The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Aktiviti Tahunan
Creative Media & Technology HUB
UiTM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shariman6405, 2022-01-26 03:08:56

CMT NEWS 2020

Buku Program Aktiviti Tahunan
Creative Media & Technology HUB
UiTM

CMT News 2020 | UiTM

CMT

NEWSCreative Media & Technology HUB
Universiti Teknologi MARA

2020

Creativity Beyond Possibilities

Creative, Media & Technology Hub 2020 1

CMT News 2020 | UiTM

Diterbitkan oleh:
Hab Media Kreatif & Teknologi
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor,
Malaysia.
Tel: 603-55436460
E-mail: [email protected]
Diterbitkan pada Mac 2021
Penulis
Masrur Mohd Khir & Mohd Zafrullah Hj Mohd Taib
Editor
Azhar Hj Abd Jamil
Rekabentuk Kulit & Buku
Mohd Zafrullah Hj Mohd Taib & Shak Banon bt Yusof
Fotografi dan Suntingan Visual
Muhammad Aidil bin Azmie, Mohd Zafrullah Hj Mohd Taib, Masrur Mohd Khir
Suntingan Teks dan Pembaca Pruf
Azhar Hj Abd Jamil, Mohd Raihan Razi Nor Azmi
Terbitan © 2021. Hab Media Kreatif dan Teknologi, UiTM
Cetakan © Pusat Percetakan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA
ISBN : 978-967-25663-0-4
eISBN : 978-967-18324-9-3
Hak Cipta Terpelihara Hab Media, Kreatif & Teknologi, Universiti Teknologi MARA.
Tidak dibenarkan mencetak semula mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis dari penerbit HAB MEDIA KREATIF
DAN TEKNOLOGI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR.

2 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Kandungan

Kandungan 3-8

Prakata 9

Sekapur Sireh 10

Seulas Pinang 11

Selayang Pandang 12

Latar belakang 17

Pernyataan Dasar 17

Visi 18

Misi 18

Objektif 18

Carta Organisasi 19

Mesyuarat bersama Altamohida 21

Pameran Titania di Galeri CMT Hub 22

Pameran Almotahida di Galeri CMT Hub 23
24
Lawatan Tinjauan ke CMT Hub oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM

Kunjungan Timbalan Naib Canselor seluruh IPTA di Galeri CMT Hub UiTM 25

Mesyuarat bersama MSIM 27

Lawatan ke TV3, Mesyuarat bersama Media Prima Digital 28

Mesyuarat bersama KITAMEN Resources 29

Bengkel Jabatan Komunikasi UiTM di Everly Hotel, Putrajaya 30

Rancangan “Apa Khabar UiTM” oleh Web Media di CMTHub 31

Sumbangan kepakaran sesi perkongsian PhD 32

Perpindahan kakitangan CMT Hub dan Web Media ke Lobi CMT Hub UiTM 33

Creative, Media & Technology Hub 2020 3

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat kolaborasi UiTM bersama FRIM 34

Mesyuarat dan perjumpaan wakil CMT Hub bersama Naib Canselor UiTM 35

Riadah ‘Team building’ Jabatan Komunikasi UiTM di Alamanda Putrajaya 36

Program makan malam Jabatan Komunikasi UiTM bersama staf di Everly Hotel Putrajaya 37

Sumbangan kepakaranTeam building dan Kursus Kepimpinan di Eco Resort Hulu Langat 38

Viva voice CMT Hub supervision 39

Mesyuarat Kolaborasi CMT Hub UiTM dengan National Autism Resource Centre (NARC) 40

Rancangan “Apa Khabar UiTM” Media Web di CMT Hub UiTM 41

Bengkel Jabatan Komunikasi seluruh sistem UiTM di Hotel Acapella 42

Mesyuarat Pengurusan CMT Hub UiTM 43

Deligasi CMT Hub UiTM selaku wakil UiTM bagi Le Tour de Langkawi di Genting Highland 44

Mesyuarat FRIM berkaitan dengan buluh 45

Mesyuarat kolaborasi KITAMEN dengan CMT Hub UiTM 46

Rancangan Apa Khabar UiTM oleh Web Media di CMT Hub UiTM 47

Sumbangan Kepakaran Bamboo Industry Summit 2020 di Universiti Putra Malaysia 48-49

Sumbangan Kepakaran Imej Korporat di wakili oleh wakil CMT Hub UiTM 50

Apa Khabar UiTM Ekstra oleh Web Media 51

Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM 52

Mesyuarat kakitangan bersama Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi Korporat UiTM 53

Kunjungan hormat Pengarah dan Timbalan Pengarah CMT Hub ke Pejabat Penolong Naib Canselor 54
Strategik Prof Dr Abdul Rahman Omar

Sumbangan kepakaran Program Sesi Dialog bersama Presiden (Asia Pacific institute of Event 55
Management) ‘Adjunct Professor on Event’ UiTM

Mesyuarat Akreditasi Sarjana Muda Pengurusan Majlis, UiTM 56
57
Ekspo Selangkah ke UiTM di Dewan Agong Tuanku Canselor

Kajian ODL di CMT sebelum persediaan Uji-Lari ODL berkaitan PKP Covid 19 58

4 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Majlis Jamuan Hari Raya kakitangan CMT Hub dan Web Media UiTM 59
Sumbangan Kepakaran Industri Projek kolaborasi TV RTM - 60
Dekorasi Berinspirasi pendedahan Pelajar pada Industri

Mesyuarat CMT Hub Online bersama staff dan pelajar Latihan Industri 61

Sumbangan Kepakaran CMT Hub dalam Akademik - Viva PhD as External Examiner 62
(Jemputan UIAM) Online Pelajar Iran 63
Kunjungan hormat CMT Hub ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM

Mesyuarat UiTM Persepsi Index 64
CMT Hub di Majlis Perpisahan Puan Puspa Marina Omar, Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi 65
(Secara Hibrid: WFO &WFH)

Jasamu di Kenang Puan Puspa Marina Omar 66

Lantikan Pengarah Kanan Baru Jabatan Komunikasi UiTM 67

Hari pertama di CMT Hub UiTM selepas Perintah Kawalan Pergerakan 68

Mesyuarat Imej Korporat UiTM Team secara atas talian 69

Urusan projek perundingan CMT Hub di BITCOM 70

Mesyuarat dan pembentangan secara ODL dengan pelajar yang menjalani 71
Latihan Praktikal di CMT Hub UiTM

Kunjungan Ketua Program City University ke CMT Hub UiTM 72
Projek Re-Cycle - Membaik pulih meja Koperasi Kedai Buku & penyusunan 73
semula sebagai bahan tempat Pameran Galeri CMT Hub

Kunjungan Timbalan Pereka Jabatan Komunikasi ke CMT Hub UiTM 74
Webinar tentang penjagaan Kucing oleh Encik Yusof Mustaffar dari Bahagian Web Media 75
di Galeri CMT Hub UiTM

Mesyuarat Imej Korporat UiTM di Canseleri 76

Bengkel pelan tindakan Industri Buluh Malaysia 2020 - 2025 77

Mesyuarat AJK Imej Korporat & lawatan tapak Hospital UiTM 78

Apa Khabar UiTM bersama Prof. Ts Dr. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor Pembangunan
berkaitan Greenation di CMT Hub UiTM 79

Mesyuarat di Tadom Hill Resort rancangan penjenamaan (Branding) 80

Creative, Media & Technology Hub 2020 5

CMT News 2020 | UiTM

Sumbangan CMT Hub - Kepakaran sebagai Penilai Luar di INTI College 81

Majlis Bergambar Ahli Jawatankuasa Imej & Identiti Korporat UiTM 82

Mesyuarat kakitangan CMT Hub UiTM 83

Rekabentuk ‘Co-Working Table’ CMT Hub UiTM 84

Mesyuarat bagi penganjuran Majlis Mou diantara CMT Hub UiTM dan KITAMEN Resources 85

Perjumpaan bersama Penasihat Undang-undang UiTM 86

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Imej & Identiti Korporat UiTM 87

Mesyuarat bersama Pusat Pencetakan FSSR, UiTM 88

Lawatan tapak bagi persediaan Majlis menandatangani MoU di Canseleri bersama wakil 89
Media Prima Digital (Rev Media Group)

Majlis Perpisahan Penolong Pendaftar & meraikan kedatangan Staf baru CMT Hub UiTM 90

Mesyuarat bersama Pemilik Tadom Hill Resort berkaitan ‘Branding’ 91

Mesyuarat bersama Bahagian Transformasi Universiti (BTU) 92

Mesyuarat bersama Dekan Fakulti Senibina Perancangan & Ukur UiTM 93

Kunjungan hormat dan mesyuarat bersama Timbalan Naib Canselor 94
Hal Ehwal Pelajar UiTM berkaitan e-Sukan di UiTM

Persiapan bagi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Rev Media Group, 95
(Media Prima Digital) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Rev Media Group, 96
(Media Prima Digital) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Sesi wawancara pasukan UiTM Vendetta dan Penasihat Persatuan e-Sport Club di CMT Hub UiTM 97

Mesyuarat Korporat bersama Bahagian Transformasi Universiti (BTU) 98

Bersama KITAMEN Resources bagi persediaan Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) 99

Pra-Kemerdekaan di CMT Hub UiTM 100

Mesyuarat online CMT Hub bersama Tadom Hill Resort berkaitan Branding di Tadom Hill 101

Sumbangan Masyarakat, Perbincangan Modul Skil Rekabentuk Dalaman (ID) 102
untuk Tajaan Kursus PENJANA B40

Meraikan hari terakhir Pelajar Latihan Industri di CMT Hub UiTM 103

6 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat & persembahan Sustainable Development Goals (SDG) di Jabatan Komunikasi UiTM 104

Mesyuarat gerak kerja dan ‘Pre-Event’ Memorandum Persefahaman (MoU)
Media Prima Digital (Rev Media Group) 105

‘Pre Launching’ Memorandum Persefahaman Kitamen Resources 106
di Bangunan Canseleri UiTM 107
Memorandum Persefahaman (MoU) diantara KITAMEN dan UiTM

Liputan Media UiTM bakal perkenal modul kurikulum e-Sukan 108

Seminar Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan Negara anjuran
Malaysia Timber Industry Board (MTIB) 109

Sumbangan Industri Perbincangan dengan Ketua Jabatan Pusat Pembangunan Rekabentuk dan
Pengujian Perabot, Furniture Industry Technology Center (FITEC) MARA 110

Mesyuarat dengan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM bersama Kelab Pelajar e-Sukan UiTM 111

Mesyuarat Imej Korporat bersama Kontraktor Utama Projek PFI Hospital UiTM Puncak Alam 112

Rancangan Apa Khabar UiTM Ekstra oleh Web Media UiTM - Masa hadapan eSukan di Kampus 113

Mesyuarat bersama FITEC berkaitan kollaborasi Industri 114

Mesyuarat bersama Jabatan Muzium Negara (JMM) 115

Menyumbang kepakaran Industri sebagai penilai di ONE Academy 116

Seminar Coaching & Mentoring di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM 117

Seminar Leardership di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM 118
Mesyuarat bersama Dekan Fakulti Senilukis & Senireka UiTM berkaitan kerjasama dengan 119
Jabatan Muzium Negara

Rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 sebagai Panel Jemputan tentang isu 120
kebebasan bersuara dan salahguna media sosial: “Penularan Berita Palsu”

Mesyuarat bersama REV Media Group, Kumpulan Media Prima Bhd 121

Mengaplikasikan Teknologi berkaitan ‘Sustainable Development Goal’ (SDG) di CMT Hub UiTM 122
Bengkel pembentukan modul Ko-Kurikulum e-Sukan 123

Memorandum Persefahaman YADIM bersama Universiti Awam di Putrajaya 124
Lawatan AJK Inspektorat Imej & Identiti Korporat ke UiTM Cawangan Terengganu 125

Creative, Media & Technology Hub 2020 7

CMT News 2020 | UiTM

Aktiviti Staf CMT Hub mengunakan kaedah Tanaman Hidroponik di ‘Roof Top’ CMT Hub UiTM 126
Mesyuarat bersama wakil REV Media Group berkaitan Hub e-Sukan Hub di CMT Hub UiTM 127

Persembahan Sustainable Development Goals untuk Timb. Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi 128

Sumbangan Kepakaran Program ‘Malaysian Standards Art & Design’ 2020 129
online Webinar Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Pembentangan Kertas Kerja ‘Asian Virtual National Residential Innotech 2020’ 130
Bengkel Pre Audit & Perancangan Strategik 2020 CMT Hub UiTM 131

Lawatan Tapak oleh Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Kreatif ke CMT Hub UiTM 132
Sumbangan Kepakaran Bengkel perisian Adobe In Design di CMT Hub Studio 133
Sumbangan Kepakaran Perundingan Rekabentuk CMT Hub untuk Cadangan
Projek Balai Luak Johol, Negeri Sembilan 134
Lawatan tapak oleh wakil Lakar Wanita ke Galeri CMT Hub UiTM 135
Bersama Pen. Naib Canselor Kolej Pengajian Seni Kreatif, Prof. Dr Zaini Abdullah di CMT Hub 136
Kempen Greenation ‘Re-Cycle’ di CMT Hub UiTM 137
Sumbangan Masyarakat Mesyuarat bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 138
Persiapan Pameran Lukisan Lakar Wanita di Galeri CMT Hub 139
Majlis Perpisahan dan Perpindahan Unit Web Media ke Bangunan Canseleri 140
Majlis Perpisahan dan pertukaran staff Jabatan Komunikasi UiTM di
Restoran Ar Rausha, Shah Alam 141

8 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Prakata dari Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hab Media Kreatif & Teknologi
(CMT Hub) UiTM kerana berjaya menerbitkan buku program aktiviti tahunan sepanjang tahun 2020
ini. Seterusnya, sekalung penghargaan juga terhadap Pengarah CMT Hub UiTM, Prof. Madya Ts. Dr.
Azhar Hj Abd Jamil dan semua kakitangan pekerja yang bertungkus lumus bagi menjayakan agenda
universiti dalam memartabatkan kerjasama antara pihak industri dan dalaman Universiti Teknologi
MARA (UiTM).
Keistimewaan CMT Hub ini adalah kerana ia merupakan sebuah platform yang boleh digunakan
untuk inovasi dan juga komunikasi. Transformasi organisasi ini berlaku apabila CMT Hub berada di
bawah Jabatan Komunikasi pada 1 Ogos 2019. Perkara ini telah mencorak langkah CMT Hub ke satu
tahap yang lebih baik dengan menyatukan semua Pusat Bertanggungjawab (PTJ) lain. Justeru, ia
berperanan penting dalam merangka integrasi lestari (SDG) dan juga mempamerkan bahan-bahan
inovasi serta membangunkan e-Sukan sebagai batu loncatan kepada pelajar untuk menempuh era
Revolusi Industri 4.0.

Namun begitu, tahun 2020 adalah tahun yang penuh mencabar dan dugaan susulan pandemik
Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan amalan norma baharu dalam setiap kegiatan. Ia
secara tidak langsung turut membantut beberapa aktiviti yang telah dirancang dan diluluskan seperti
pengubahsuaian pejabat dan galeri CMT.

Sungguhpun begitu, keterampilan CMT Hub terserlah apabila Galeri CMT Hub dijadikan sebagai
tonggak utama dalam merealisasikan dan melonjakkan lagi nama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pandemik Covid-19 tidak mengekang CMT Hub untuk terus aktif melalui pameran, sudut ilmiah dan
perkongsian ilmu daripada pakar dalaman berkolaborasi bersama industri terutama sekali dalam
bidang kreatif, keusahawanan dan inovasi mengikut norma baharu. Antara kejayaan CMT Hub adalah
projek-projek khas seperti cadangan Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals
(SDG) dan juga e-Sukan. Kolaborasi bersama industri ternama seperti Media Prima Digital (MPD) dan
Celcom dalam Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) telah mendapat banyak perhatian dan penglibatan
daripada kalangan para pelajar sekaligus membuktikan bahawa CMT Hub ini mampu berdiri selaras
dengan pencapaian yang dikehendaki.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada CMT Hub dan terus komited.

Sekian, terima kasih.

Encik Zulkipli Abu Bakar
Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi

Creative, Media & Technology Hub 2020 9

CMT News 2020 | UiTM

Sekapur Sirih dari Pengarah

Tahun 2020 merupakan tahun yang berjaya untuk Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub). Pelbagai
program dan aktiviti yang dijalankan pada tahun ini mendapat kerjasama dari Pusat Bertanggungjawab
(PTJ) dan fakulti dalam menganjurkan pameran dan aktiviti bersama di CMT Hub. CMT News 2020
ini diterbitkan untuk kita kongsikan bersama, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun
2020. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi, Encik Zulkipli
Abu Bakar diatas sokongan dan galakan yang diberikan kepada CMT Hub dalam menganjurkan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai fakulti dan juga dari pihak industri.

Tidak lupa juga kepada semua pihak industri yang telah banyak memberi sokongan kepada CMT Hub
dalam menganjurkan pelbagai program dalam menjalinkan kolaborasi serta kerjasama dengan fakulti
dan pihak industri. Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar untuk CMT Hub dengan masalah
pandemik Covid-19 yang menular di seluruh dunia. Pandemik ini telah merencatkan banyak aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang oleh pihak CMT Hub. Namun kejayaan yang besar yang dapat dicapai oleh
CMT Hub adalah kerjasama dengan pihak Media Prima Digital dan KITAMEN dalam menganjurkan
program e-sukan di UiTM Cawangan Selangor. Kejayaan dalam menganjurkan program e-sukan
dengan pihak Media Prima Digital dan KITAMEN telah membawa CMT Hub dan UiTM umumnya
telah menandatangani MOU bersama anak Media Prima Berhad yang kini dikenali sebagai RevMedia
Group. MOU kedua bersama dengan pihak industri e-sukan iaitu KITAMEN telah membuka satu lagi
peluang kepada pembangunan ko-kurikulum di UiTM. Kesinambungan dari pembangunan program
ko-kurikulum, pihak CMT Hub juga telah merancang untuk mengadakan modul e-sukan sebagai salah
satu modul kokurikulum di UiTM. Perkara-perkara ini secara tidak langsung telah memberi semangat
kepada CMT Hub dan juga turut merancakkan lagi program serta perancangan untuk tahun 2021.

Jalinan kolaborasi bersama gabungan pelbagai kepakaran UiTM dengan pihak industri ini menjadikan
CMT Hub sebagai platform untuk menghasilkan para graduan yang berkebolehan serta mempunyai
kemahiran berfikir dengan kreatif untuk menempuhi era Revolusi Industri (IR) 4.0.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Ts. Dr. Azhar Hj Abd Jamil
Pengarah
Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT Hub)

10 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Seulas Pinang dari Timbalan Pengarah I

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat
Allah SWT dengan limpah kurnianya, buat kali ketiga buku program aktiviti tahunan Hab Media Kreatif
& Teknologi UiTM (CMT Hub) telah berjaya diterbitkan sekali lagi untuk tahun 2020.
Saya percaya bahawa penghasilan buku laporan tahunan ini CMT News 2020 bukan sahaja penting,
malah juga mengenengahkan hasil kreatif dan acara yang telah dihasilkan serta meningkatkan profil
CMT Hub dalam kalangan warga universiti serta pihak industri.
Pada tahun 2020 ini, CMTHub banyak menfokuskan kepada aktiviti dan program yang berteraskan
teknologi khususnya yang berkaitan dengan teras utama UiTM iaitu teknologi dalam bidang
pembelajaran dan pengajaran. CMTHub telah mengorak langkah untuk terus memacu Revolusi
Industri (IR) 4.0. dengan melakukan kerjasama bersama beberapa pihak industri yang berteraskan
teknologi. Antaranya adalah seperti Intel, Socio, Almotahida Group, Media Prima Digital (MPD),
Robotech industries, KITAMEN, MSIM dan lain-lain. Selain daripada itu, CMTHub juga telah menjadi
pelopor e-Sukan di UiTM dalam penganjuran acara e-Sukan terbesar peringkat kampus iaitu Kejohanan
E-Sukan Kampus (KEK) untuk Semester 1 dan Semester 2. Acara e-Sukan ini juga dijalankan bersama-
sama rakan penganjur utama iaitu Media Prima Digital dan KITAMEN serta penaja utama iaitu Celcom
Axiata Bhd. CMTHub juga telah menubuhkan persatuan dan kelab E-Sukan serta dalam rancangan
untuk menubuhkan Hab e-Sukan atau e-Sport Hub bersama dengan kerjasama pihak industri. Akhir
sekali, CMTHub bercadang mewujudkan kurikulum e-Sukan atau e-Sport di UiTM ini. Walaupun
perkara ini masih dalam perbincangan, tetapi saya percaya ianya boleh dijayakan. Insya’Allah.
Sekian, terima kasih
Dr. Masrur Mohd Khir
Timbalan Pengarah I
Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT Hub)

Creative, Media & Technology Hub 2020 11

CMT News 2020 | UiTM

Selayang Pandang dari Timbalan Pengarah II

Tahun 2020 ini telah memberikan satu sinar yang cerah untuk Hab Media Kreatif & Teknologi UiTM
(CMT Hub) melalui kerjasama dengan pihak industri terutama sekali dalam bidang Kreatif & Teknologi.
Sepanjang perjalanan CMT Hub tahun ini, terdapat pelbagai cabaran dan halangan dari pihak tertentu
akan keyakinan CMT Hub ini, namun syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang diberi melalui
beberapa program dan projek yang membuahkan hasil. Ucapan terima kasih juga perlu diucapkan
atas usahasama pihak penggerak CMT Hub, pihak industri, pihak pentadbiran UiTM dan pihak fakulti
yang mengambil bahagian dalam aktiviti serta mempamerkan bahan dari segi intelektual serta kreatif
seperti yang dipaparkan dalam CMT News 2020 ini.

Transformasi UiTM yang berlaku pada tahun 2020 ini juga, boleh dijadikan sebagai salah satu faktor
kejayaan CMT Hub untuk tahun 2021 diteruskan lagi hingga tahun 2025. Selain itu CMT Hub juga
telah melakukan sebuah projek khas dengan kolaborasi bersama bahagian Timbalan Naib Cancelor
Penyelidikan dan Inovasi, Bahagian Transformasi Universiti, Rakan Kerjasama Strategik Global UiTM,
Institute for Biodiversity & Sustainable Development (IBSD), Greenation, dan juga Web Media iaitu
Pembangungan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG). Projek ini juga merupakan langkah
untuk Transformasi Universiti 2025 secara fizikal dan sistematik. Tujuan projek SDG ini dilakukan untuk
menyediakan sebuah platform bagi UiTM untuk memberitahu kepada umum sehingga ke peringkat
global tentang apa-apa pameran yang dijalankan seperti Greenation, projek-projek fakulti dan juga
projek-projek pelajar. Pembangunan lestari atau SDG ini juga dilakukan supaya setiap aktiviti atau
pameran yang dijalankan ini mendapat pengiktirafan global dan boleh menaikkan tahap QS ranking
UiTM.

Perkara seperti projek SDG boleh memberikan lonjakan untuk CMT Hub. Bukan itu sahaja, kolaborasi
yang akan datang juga akan lebih bersifat pemacu dan menjadi pembuka jalan kepada UiTM serta
fakulti-fakulti yang berkaitan bagi merealisasikan ketampakan UiTM dalam kepakaran, kreativiti serta
keusahawanan.

Sekian, terima kasih

Prof. Madya IDr. Dr. Mohd Zafrullah Hj Mohd Taib
Timbalan Pengarah II
Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT Hub)

12 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Hab

Media Kreatif
dan Teknologi

Creative, Media & Technology Hub 2020 13

CMT News 2020 | UiTM

Penghargaan

Ybhg. Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraii Kassim
Naib Canselor
Prof. Ts. Dr Haji Mohamad Kamal Haji Harun
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Prof. Dr. Nazip Suratman
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Prof. Dr Azizan Abdullah
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Prof. Dato’ Dr Rahmat Mohamad
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni)
Prof. Dato’ Dr. Mohd Fozi Ali
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Puan Hajah Sa’adah Ibrahim
Pendaftar
Dr Hj Mohd Anuar Mazuki
Bendahari
Assoc. Prof. Dr Haidar Dziyauddin
Penasihat Undang-undang
En Zulkifli Abu Bakar
Pengarah Kanan
Bahagian Komunikasi Korporat

14 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Hab

Media Kreatif
dan Teknologi

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM, Bil. 07/2015 telah meluluskan
penubuhan Hab Media Kreatif dan Teknologi (Creative Media & Technology Hub) UiTM
pada Mei 2015 dari adalah ilham YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi dan
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi iaitu YBhg. Dato’ Prof
Dr Asma Binti Ismail.

Creative, Media & Technology Hub 2020 15

CMT News 2020 | UiTM

Hab Media Kreatif dan Teknologi
(Creative Media & Technology Hub)

Penggerak utama bagi Hab Media Kreatif & Teknologi UiTM 2020

16 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Latar belakang

Hab Media Kreatif & Teknologi UiTM atau Hab Media Kreatif dan Teknologi UiTM
CMT Hub ditubuhkan pada 25 Mac 2015 (CMTHub) ditubuhkan untuk menyahut seruan
dan merupakan cetusan idea dari Yang kerajaan iaitu “bagi menentukan agar Malaysia
Berhormat, Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri berjaya menjadi negara maju berpendapatan
Pendidikan Tinggi Malaysia serta Ketua tinggi dan mempunyai peranan penting dalam
Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT iaitu ekonomi global, satu-satunya pilihan kita ialah
YBhg. Dato’ Prof Dr Asma Binti Ismail. menggerak aktifkan semua potensi, kemahiran
Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT) dan bakat seluruh rakyat Malaysia.”
merupakan aspirasi Kementerian Pengajian Ini bertepatan dengan Dasar Industri Kreatif
Tinggi Malaysia untuk menjadikan Universiti Negara, yang mana UiTM sebenarnya
Teknologi MARA UiTM sebagai pusat merupakan penyumbang terbesar dari aspek
perkembangan ilmu media kreatif dan teknologi pendidikan, latihan praktikal dan juga pengisian
serantau selari dengan dasar industri kreatif (content) dalam bidang ini.
negara.
Penubuhan Hab Kreatif Media dan Teknologi Pernyataan Dasar
(Entiti Kecemerlangan – EK) berupaya untuk
menjadi salah satu medium bagi melonjakkan MemperkasakanUiTMsebagaisebuahUniversiti
nama UiTM sebagai pakar rujuk dan pusat Kreatif dan keusahawan (entrepreneurial)
perkembangan ilmu Media, Kreatif & Teknologi secara menyeluruh berasaskan kreativiti dan
serantau. inovasi melalui kolaborasi/ kerjasama antara
Penubuhan Hab Media Kreatif dan Teknologi pelbagai Entiti/Fakulti bagi menghasilkan
juga akan berfungsi sebagai penghubung produk dan perkhidmatan berkualiti yang
bidang kreatif, sains, kejuruteraan, perubatan mampu dikomersilkan di peringkat global bagi
dan lain-lain bagi memastikan ilmu baru memertabatkan warisan seni budaya.
dan aplikasi baru dapat diwujudkan bagi
menyumbang kepada pembangunan sumber
insan.

Creative, Media & Technology Hub 2020 17

CMT News 2020 | UiTM

Visi Objektif

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang 1. Mewujudkan pelbagai projek di bawah
berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan tema-tema tertentu dalam sesuatu jangka
akademik bagi menerajui dinamisme masa.
bumiputera dalam semua bidang profesional
bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang 2. Menjadi hab yang menggalakkan
berdaya saing, global dan beretika. aktiviti-aktiviti kreatif dan keusahawanan
(entrepreneurial) melalui pendedahan/
Misi kolaborasi di antara entiti / Fakulti /
industri.
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran
bumiputera dalam semua bidang menerusi 3. Mempromosikan perkhidmatan dalam
penyampaian program profesional, penyelidikan bidang hybrid (kreatif dan teknologi tinggi)
serta penglibatan khidmat masyarakat yang dan perundingan pakar-pakar.
berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika
keprofesionalan. 4. Melestari dan mentransformasikan
warisan dan budaya dalam kreativiti dan
keusahawanan (entrepreneurship).


5. Merealisasikan ketampakan (visibility)

UiTM sebagai Universiti kreatif dan
keusahawanan (entrepreneurial).

18 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Carta Organisasi CMT Hub 2020

Dr Masrur Mohd Khir YBhg Prof Emeritus Datuk
Timbalan Pengarah I Ir. Mohd Azraai Kassim
(Majlis & Pameran) Naib Canselor

En Zulkifli Abu Bakar
Pengarah Kanan

Jabatan Komunikasi

Prof Madya Ts. Dr. Azhar Hj Abd Jamil
Pengarah

Prof Madya IDr. Dr Mohd Zafrullah Mohd Taib
Timbalan Pengarah II
(Jaring Industri)

Cik Suraiya Abdul Majid
Penolong Pendaftar Kanan

Mohd Azlee Jamaludin
Pegawai Eksekutif

Shak Banon Yusof Puan Norhidayah Refingi
Pelukis Grafik Tertinggi Pembantu Tadbir

Pembantu Penerbitan Muhammad Hafidz Zainuddin
Pembantu Operasi

Creative, Media & Technology Hub 2020 19

CMT News 2020 | UiTM

Hab

Media Kreatif

dan Teknologi

20 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat bersama Altamohida Education Group

(06 Jan 2020)

Perbincangan dengan pihak Altamohida berkaitan sesi teknologi ODL terkini

Sumbangan Kepakaran
Mesyuarat berkenaan Imej Korporat UiTM

(10 Jan 2020)

Dijemput khas bagi Perbincangan Projek Hospital UiTM berkaitan imej korporat, susun atur, rekabentuk ‘Way finding’ dan imej
keseluruhan Hospital UiTM, Puncak Alam

Creative, Media & Technology Hub 2020 21

CMT News 2020 | UiTM

Pameran Titania di Galeri CMT Hub UiTM

(13 Januari 2020)

Pameran pelajar tahun akhir ‘Fine Art Jewelery’ TITANIA 2020, di CMT Hub dengan koleksi-koleksi terkini

22 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Pameran oleh Almotahida Education Group di Galeri CMT Hub UiTM

(14 Januari 2020)

Pameran ini adalah sempena pembelajaran menggunakan
Teknologi IR 4.0 dan Education 5.0 bagi ODL

Creative, Media & Technology Hub 2020 23

CMT News 2020 | UiTM

Lawatan Tinjauan ke CMT Hub
oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM

(15 Januari 2020)

Tinjauan Prof.Ts. Dr. Mohd Nazip Suratman,TNC PJI ke CMT Hub, melihat perkembangan dan perubahan CMT Hub sejak
di letakkan di bawah naungan Jabatan Komunikasi UiTM pada 1 Ogos 2019

24 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Kunjungan Timbalan Naib Canselor seluruh IPTA
di Galeri CMT Hub UiTM

(15 Januari 2020)

Prof. Ts. Dr. Mohd Nazip Suratman, TNC PJI ke CMT Hub, mewakili Timbalan Naib
Canselor seluruh IPTA ke Pameran berkaitan Big Data oleh Socio dan Teknologi
ODL IR 4.0 oleh Almotahida Education Group

Creative, Media & Technology Hub 2020 25

CMT News 2020 | UiTM

Sekitar Pameran Teknologi ODL IR 4.0 dan Pameran Big Data di Galeri CMT Hub UiTM

26 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat bersama MSIM & Delegasi daripada Shanghai, China

(15 Januari 2020)

Mesyuarat dan perbincangan bersama MSIM berkaitan teknologi IR 4.0

Mesyuarat bersama MSIM Holdings dan Delegasi daripada
Guangzhou, China

Creative, Media & Technology Hub 2020 27

CMT News 2020 | UiTM

Lawatan ke TV3, Mesyuarat bersama Media Prima Digital

(16 Januari 2020)

Melawat TV3 dan bermesyuarat dengan Media Prima Digital berkaitan MOU serta kerjasama berkaitan e-Sukan

28 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat bersama KITAMEN Resources

(16 Januari 2020)

Bersama CEO KITAMEN Resources Encik Hazman Hassan dan Encik Fahmi Fairuz di Wisma Kitamen

Creative, Media & Technology Hub 2020 29

CMT News 2020 | UiTM

Bengkel Perancangan Strategik Jabatan Komunikasi UiTM
di Everly Hotel Putrajaya

(17 Januari 2020)

Bengkel Perancangan Strategik Jabatan Komunikasi UiTM selama 3 hari 2 malam di Hotel Everly, Putrajaya.

30 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Rancangan Apa khabar UiTM oleh Web Media di CMT Hub UiTM

(17 Januari 2020)

CMT Hub di jadikan lokasi tetap bagi rakaman ‘Live Show’
rancangan Apa khabar UiTM oleh Unit Web Media, Jabatan
Komunikasi UiTM

Creative, Media & Technology Hub 2020 31

CMT News 2020 | UiTM

Sumbangan kepakaran sesi perkongsian PhD

(17 Januari 2020)

Pendedahan ‘Mock -up’ VIVA Voice PhD di CMT Hub UiTM

Dr Masrur Mohd Khir selaku pemeriksa bagi mock viva PhD

32 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Perpindahan kakitangan CMT dan Web Media ke Lobi CMT Hub UiTM

(17 Januari 2020)

Perpindahan Staf Web Media dan CMT Hub dari aras atas ke Lobi bawah Pejabat CMT Hub UiTM

Creative, Media & Technology Hub 2020 33

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat kolaborasi UiTM bersama Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM)

(17 Januari 2020)

Lawatan delegasi UiTM di ketuai oleh TNC PJI, membincangkan kollaborasi
yang dapat di buat berkaitan dengan sumber dan hasil hutan

34 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat dan perjumpaan CMT Hub bersama Naib Canselor UiTM

(17 Januari 2020)

Perjumpaan bersama Profesor Emeritus Datuk Ir Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM

Creative, Media & Technology Hub 2020 35

CMT News 2020 | UiTM

Riadah ‘Team building’ Jabatan Komunikasi di Alamanda Putrajaya

(18 Januari 2020)

Program ‘Riadah Korporat’ bagi mengeratkan
kerjasama sesama staf Jabatan Komunikasi
bermain bowling dan melepaskan ‘stress’
berbengkel

36 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Program makan malam Jabatan Komunikasi UiTM bersama staf,
di Everly Hotel Putrajaya

(19 Januari 2020)

Berbincang halatuju Jabatan Komunikasi secara santai sambil menjamu selera

Creative, Media & Technology Hub 2020 37

CMT News 2020 | UiTM

Sumbangan kepakaran Team building dan Kursus Kepimpinan
di Eco Resort Hulu Langat

(21Januari 2020)

Menghadiri sesi teambuilding dan kursus kepimpinan oleh Dr. Masrur Mohd Khir
(Timbalan Pengarah CMT Hub) sebagai Penasihat bersama Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Non-Residen (JPNR) UiTM Selangor di Eco Resort Hulu Langat, Selangor

38 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Sumbangan kepakaran External Viva voice PhD and Supervision

(23 Januari 2020)

Pembentangan VIVA oleh pelajar PhD, Muhamad Nizam Abd Aziz melibatkan kepakaran dari CMT Hub
dalam kajian ‘Using Apps’ akademik - penyeliaan oleh Prof Madya IDr. Dr. Mohd Zafrullah Hj Mohd Taib

Creative, Media & Technology Hub 2020 39

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat Kolaborasi CMT Hub
dengan National Autism Resource Centre (NARC)

(31 Januari 2020)

Perbincangan mesyuarat berkaitan dengan
penganjuran majlis larian amal oleh NARC
di UiTM, Shah Alam

40 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Rancangan Apa Khabar UiTM, Web Media di Lobi CMT Hub UiTM

(31 Januari 2020)

Pengacara Apa Khabar UiTM yang di kendalikan oleh En Muhamad Zairul Masrom dan Cik Nurshuhada

Creative, Media & Technology Hub 2020 41

CMT News 2020 | UiTM

Bengkel Jabatan Komunikasi UiTM untuk Koordinator Korporat
bagi seluruh sistem UiTM di Hotel Acapella, Shah Alam

(3 Febuari 2020)

Bengkel menyelaras maklumat dan info pihak pengurusan
komunikasi bersama koordinator seluruh sistem UiTM

42 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat pengurusan CMT Hub UiTM

(06 Februari 2020)

Mesyuarat kakitangan dan pihak pengurusan CMT Hub

Creative, Media & Technology Hub 2020 43

CMT News 2020 | UiTM

Delegasi CMT Hub selaku wakil UiTM bagi Le Tour de Langkawi
di Genting Highland

(10 Februari 2020)

Penglibatan CMT Hub sebagai
mewakili UiTM di Le Tour de
Langkawi Stop booth, Genting
Highland. Acara telah di batalkan
kerana cuaca berkabus tebal
yang tidak mengizinkan di puncak
Genting Highland, Pahang

44 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
berkaitan Inovasi Tanaman

(13 Februari 2020)

Mesyuarat ‘event’ Buluh di FRIM bersama Dato Mazlina dan
CMT Hub di wakili oleh Prof Madya IDr. Dr. Mohd Zafrullah
Mohd Taib

Creative, Media & Technology Hub 2020 45

CMT News 2020 | UiTM

Mesyuarat kolaborasi KITAMEN Resources dengan CMT Hub UiTM

(14 Februari 2020)

Mesyuarat bersama Kitamen dan Perbincangan kearah memetrai MoU bersama UiTM

46 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Rancangan Apa Khabar UiTM oleh Web Media di Lobi CMT Hub UiTM

(14 Februari 2020)

Live show “Apa Khabar UiTM” disiarkan oleh Unit Web Media yang dipancar terus dari Cmt Hub UiTM

Creative, Media & Technology Hub 2020 47

CMT News 2020 | UiTM

Sumbangan Kepakaran sebagai ahli jawatankuasa
Bamboo Industry Summit 2020 di Universiti Putra Malaysia

(18 Februari 2020)

Sumbangan wakil CMT Hub di Perjumpaan di Industri Buluh, Universiti Putra Malaysia, Bangi

48 Creative, Media & Technology Hub 2020

CMT News 2020 | UiTM

Di antara gerai jualan sempena Bamboo Summit 2020

Creative, Media & Technology Hub 2020 49

CMT News 2020 | UiTM

Sumbangan Kepakaran Imej Korporat ke Kampus UiTM Kuala Pilah,
Kampus UiTM Dungun & UiTM Bukit Besi oleh wakil CMT Hub dan
Jabatan Komunikasi UiTM

(20 Februari 2020)

Barisan Ahli Jawatan Kuasa Imej Korporat dalam lawatan Inspektorat ke Kampus Kuala Pilah UiTM

50 Creative, Media & Technology Hub 2020


Click to View FlipBook Version