Biodata penulis ‘zaff taib’
Professor Madya IDr Dr. Mohd Zafrullah Haji Mohd Taib dilahirkan di ‘Forest Research Institute Malaysia’ (FRIM)
Kepong, Selangor pada 9 Januari 1969. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kepong (FRIM)
dan Sekolah Menengah St. John Kuala Lumpur serta Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Dr. Mohd Zafrullah
mempunyai Diploma Reka Bentuk Dalaman dan memperolehi Anugerah Dekan dari ITM pada 1991 dan pada
1992-1994 diterima masuk terus ke peringkat Ijazah Sarjana Senibina Dalaman di De Montfort University, Leicester
United Kingdom. Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Senibina dari Universiti Teknologi Malaysia pada
tahun 2011. Sekarang beliau adalah Timbalan Pengarah Hab Media Kreatif dan Teknologi (CMT Hub, UiTM)
dan mengajar sebagai pensyarah kanan di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM. Beliau juga
merupakan ahli profesional Pereka Dalaman Malaysia (M40-MIID) dan Ahli Profesional Lembaga Arkitek Malaysia
(LAM ID/M58).
Beliau menulis dalam beberapa siri jurnal antarabangsa dan kertas kerja dalam bidang reka bentuk mampan,
senibina Islam, pemuziuman, hospitaliti dan reka bentuk. Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Pereka Kanan,
Pengurus Reka Bentuk, Pengerusi Kualiti buku teks Reka Bentuk Dalaman di Kementerian Pelajaran Malaysia,
Penulis buku Dewan Bahasa Pustaka, Penulis dan Pereka buku-buku CMT HUB, menjadi Pemeriksa luar di
beberapa universiti, Penceramah jemputan dan Panel Pakar untuk Program TV al Hijrah, Panel Penasihat Perabot
FITEC, Panel Pemeriksa Standard Hotel (Bintang) dan Juri Reka Bentuk Internasional, Reviewer journal, Pemeriksa
dan Penyelia ‘post-graduate’ program Ijazah & PhD, Panel ahli jawatankuasa Akreditasi Lembaga Arkitek Malaysia
(MAPSM) dan Malaysia Quality Assurance (MQA).
Minat beliau terhadap alam semulajadi sejak dari kecil lagi kerana sering terdedah terhadap kehidupan di
persekitaran hutan, dimana sejak dari sekolah rendah telah dilantik menjadi ketua pengakap, pasukan ‘hiking’
FRIM dan mendaki gunung. Rekabentuk dalaman Muzium Alam semulajadi dan rekaan perabot dari kayu menjadi
pertaruhan Projek Akhir Diploma beliau. Antara pengalaman beliau di UiTM adalah sebagai ‘Protemp’ Pengerusi
Hijau bagi FSPU UiTM dan pada masa ini, beliau aktif sebagai AJK Malaysia Bamboo Society (MBS).
Pengalaman beliau dalam perundingan rekabentuk dalaman projek kerajaan dan swasta mencakupi reka bentuk
korporat, hospitaliti, muzium dan komersial seperti projek Istana Budaya, Bank Islam, Bank Agro, Public Bank,
Muzium Diraja Seri Menanti, Muzium Seremban, Pusat Nuklear Malaysia, Lobi Khas KPT, SIRIM dan lain-lain.
Anugerah tertinggi yang telah dicapai adalah Penyelidik Muda UiTM 2008 dan anugerah Harta Intelek Negara
2008. Memenangi beberapa inovasi di IID UiTM, Pencipta (2008), ITEX (2007), MTE (2008) dan paten rekabentuk
perabot. Anugerah Khidmat Cemerlang UiTM pada 2008 dan 2014.
101
Autograf