The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Aqila, 2023-12-06 10:12:02

punca masyarakat kurang menghayati Rukun Negara

E-Folio MPU21032

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TUGASAN: E-FOLIO TAJUK: PUNCA-PUNCA MASYARAKAT KURANG MENGHAYATI RUKUN NEGARA NAMA PENSYARAH: USTAZ AHMAD SYU' AIB BIN ZUKHRI KUMPULAN 4 (DFO1A) NO. NAME NO MATRIKS 1. NURUL AQILAH BINTI HAMZAH 33DFO23F1016 2. ROSMAHIDAYU BINTI ROSNI 33DFO23F1022 3. KAALIDEVI A/P PACHIAPPAN@ARASU 33DFO23F1020 4. NUR ADIBAH MAISARAH BINTI MAZLAN 33DFO23F1028 5. PUTERI NUR BATRISYA BINTI NOOR AZMAN 33DFO23F1017


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Penghargaan 1 2. Objektif 2 3. Pendahuluan 3-4 4. Isi : • Punca-punca masyarakat kurang menghayati Rukun Negara • Kepentingan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan bermasyarakat • Cara-cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi penghayatan Masyarakat terhadap Rukun Negara 5-13 14-15 16-19 5. Kesimpulan 20-21 6. Rujukan 22 7. Lampiran 23


PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini , kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Syu’aib bin Zukhri ,selaku Pensyarah Penghayatan Etika dan Peradaban kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami Ustaz Ahmad Syu’aib bin Zukhri atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih.


OBJEKTIF: Melalui kajian ini, kami dapat: 1) Mengetahui faktor-faktor masyarakat kurang menghayati Rukun Negara 2) Mengkaji kepentingan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan bermasyarakat 3) Menyenaraikan cara-cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi penghayatan masyarakat terhadap Rukun Negara


PENDAHULUAN Rukun Negara merupakan dokumen asas tatacara kehidupan bermasyarakat warga Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bertujuan untuk membina perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum berlandaskan kesepaduan dan keharmonian antara kaum menerusi prinsip-prinsip yang terkandung dalamnya. Setelah lebih lima dekad berlalu, Rukun Negara yang diwujudkan oleh Majlis Perundingan Negara (MAPEN) telah berjaya menjadi asas utama bagi resipi kesepaduan dan keharmonian kaum di Malaysia di mana warga Malaysia dan pentadbiran keselamatan negara khasnya, dengan menginsafi bahawa tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak wajar berulang lagi di bumi bertuah ini. Menyedari hakikat berkenaan serta pentingnya kesepaduan dan keharmonian kaum dikekalkan, maka prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara ini telah dijadikan tunjang utama dalam pelaksanaan konsep Keluarga Malaysia yang baharu diperkenalkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan pada 22 Ogos 2021. Sesungguhnya kebijaksanaan Perdana Menteri memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia adalah bertepatan pada waktunya ke arah mengukuhkan lagi kesepaduan dan keharmonian kaum dalam usaha membawa keluar negara daripada penularan pandemik COVID-19 sekali gus untuk memperkukuhkan Keluarga Malaysia dalam menghadapi cabaran mendatang pasca COVID-19. Keluarga Malaysia turut menekankan kepada agenda kebersamaan dalam usaha memulihkan semula aktiviti ekonomi dan mobilisasi sosial. Langkah kerajaan memulakan pendekatan luar biasa melangkaui ideologi sosiopolitik bersama blok pembangkang untuk bersama-sama memastikan peranan dan gerak kerja masing-masing adalah seiring dengan aspirasi pembangunan semula negara dan kemaslahatan rakyat selari menyokong agenda Keluarga Malaysia. Konsep tersebut jelas diakui bersifat lebih inklusif merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum malahan nilai-nilai ini juga adalah cerminan yang cukup sempurna sebagai sebuah keluarga yang mana setiap dari ahlinya mempunyai semangat dan cita-cita untuk saling lengkap-melengkapi, bertoleransi dan hormat-menghormati.


Justeru, sebagai sebuah keluarga besar, setiap warga Malaysia dituntut untuk memainkan peranan masing-masing bagi menggerakkan institusi kekeluargaan sama ada dari peringkat mikro atau makro yang mana semua suara adalah didengari, setiap tindakan adalah dihargai malah setiap sumbangan dan buah fikiran yang diberikan adalah disyukuri. Justeru, konsep Keluarga Malaysia yang berpaksi kepada prinsip dan nilai terkandung dalam Rukun Negara ini bakal membuktikan ianya menjadi kunci kepada kesepaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Hakikatnya, Rukun Negara yang terbahagi kepada dua bahagian ini telah menggariskan dengan jelas objektif yang ingin dicapai yang terbit daripada penggubalan rukun itu sendiri. Namun, apakah punca-punca masyarakat kurang menghayati prinsip Rukun Negara?


PUNCA-PUNCA MASYARAKAT KURANG MENGHAYATI RUKUN NEGARA 1) Wujud masalah perpaduan Malaysia telan melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajan olen negara asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957 adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Bagi memastikan negara tidak dijajajan dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara ini. Kita tiada seorang pahlawan seperti Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, ataupun Dol Said yang melakukan penentangan terhadap kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau gerakan penentangan Inggeris di Sabah yang gagah diketuai oleh Mat Salleh pada tahun 1884 hingga 1900. Yang kita ada adalah Dato Seri Najib Tun iaitu ketua barisan pemimpin negara yang merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tanpa kegagahan seperti tokoh zaman dulu-kala, yang perlu hanyalah semangat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, peganglah pepatah ini sebagai prinsip di dalam hidup demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Perasaan cinta, sayangkan negara dan perasaan ingin membebaskan negara daripada sebarang penjajahan adalan satu semangat nasionalisme. Oleh itu, semangat nasionalisme yang mendalam tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit telah dapat dipupuk menerusi perpaduan kaum. Berdasarkan senario hari ini, sifat tanggungjawab haruslah wujud dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menerima dengan minda yang terbuka segala adat resam dan budaya yang diamalkan oleh agama masingmasing agar penindasan yang berlaku di Afrika, Indonesia dan Thailand dapat dibendung. Budaya melentur buluh biarlah dari rebungnya hendaklah dipraktikkan dalam diri anakanak sejak kecil lagi dalam membentuk dan menanam semangat perpaduan. Sebagai conton di sekolah, lagu kebangsaan dinyanyikan dan Rukun Negara dihayati sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan demikian, mereka akan menyedari akan kepentingan bersatu padu saling hormat-menghormati. Oleh itu, kita hendaklah bersama-


sama berganding bahu dan berganding tenaga dalam membajai dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang mash bersekolah.Selain itu, pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara kita dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia. Para pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Hal ini demikian kerana, pelancong berasa lebih selesa dan selamat berada di negara ini walaupun suatu ketika dahulu Malaysia turut tergugat dengan muncul dan tersebarnya wabak virus influenza H1N1 yang menjadi topik hangat di seluruh dunia, namun industi pelancongan tetap berkembang maju saban tahun kerana wujudnya perpaduan yang kukuh. Timbalan Menteri Pelancongan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dengan adanya sifat perpaduan dan layanan baik mera yang diberikan olen rakyat negara ini kepada pelancong asing, peratusan peningkatan industri pelancongan akan terus berlaku meskipun agak berkurangan dengan wujudnya wabak penularan H1N1. Tidak disangkal lagi bahawa, rakyat Malaysia dapat bergaul mesra antara satu sama lain yang boleh terdiri daripada berbilang kaum dan juga agama. Sebagai contoh, di sekolah rendah dan juga menengah, para pelajar dapat menikmati infrasruktur yang disediakan dan dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa ada mengatakan muafakat membawa berkat. Jadi, jelas sekali di sini perpaduan kaum bukan sahaja dapat menyemai dan menanam sifat patriotisme di dalam diri malahan dapat dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk bertandang ke Malaysia.Negara ini sebenarnya turut tidak terlepas daripada isu pergaduhan, pertelingkahan dan penindasan yang pernah berlaku kepada rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di Malaysia. Pastinya rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah tertanam dalam ingatan dan minda masing-masing. Pada masa itu, semua barisan pemimpin dan rakyat telah berhempas pulas untuk mengatasi dan menamatkan masalah penindasan tersebut. Lantasan itu, konsep perpaduan kaum hendaklah diamalkan manakala sikap seperti enau dalam belukar melepaskan puck masingmasing hendaklah dielakkan bagi menjamin perpaduan kaum di seluruh Malaysia. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat mengekalkan keharmonian negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi dapat hidup dalam


keadaan selesa dan hormat menghormati antara berlainan kaum sejajar dengan penggubalan dasar luar Malaysia selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekaligus membawa kepada keamanan setempat. Peribahasa Melayu ada mengatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pepatah ini dapat direalisasikan melalui kerjasama yang tidak berbelah bahagi dan erat antara semua kaum dan agama. Sebagai contoh, kaum India menghormati dan bersifat terbuka dengan budaya yang diamalkan oleh kaum Melayu dan Cina. Memang tidak dapat dinafikan, mash ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang melibatkan rakyat di negara ini meskipun Malaysia sudah mengamal dan mempraktikkan konsep perpaduan. Contoh yang boleh dilihat adalah seperti demonstrasi jalanan yang mempunyai hubung kait dengan Akta ISA. Maka jelaslah, kunci kepada kesejahteraan dan keharmonian yang dinikmati olen rakyat bukan hanya bergantung kepada konsep perpaduan sahaja tetapi turut melibatkan pembukaan minda dan fikiran yang terbentang luas mengenai penerimaan adat resam, budaya dan nilai-nilai positif haruslah disi di dalam diri masing-masing agar tidak berlaku sebarang permusuhan.


2) Kehilangan nilai murni dan jati diri Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan nilai-nilai murni dan jati diri. Berikut merupakan faktor-faktor yang telah dibincangkan. 1. Pengarun rakan, persekitaran dan gaya hidup moden. Rakan sebaya merupakan satu faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa sama ada kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut. Menurut Albert Bandura (1997) melalui Teori Pembelajaran Sosial, perilaku kebanyakan orang dipelajari dengan cara pemerhatian melalui tauladan. Dengan memerhati perilaku orang lain, mereka belajar bagaimana ianya dilakukan dan kemudian mengambilnya sebagai panduan kepada perilaku sendiri. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang lain ditiru oleh orang lain terutamanya golongan kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya pula menjadi lebih utama di peringkat remaja. Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mengenai corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipathi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat remaja, ia juga berperanan penting dalam pelbagai peringkat umur. la juga penting di peringkat 'geng' iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran yang berlaku di antara rakan sebaya, tetapi juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima penededan ii. Kurang Kesedaran ibu bapa


Rumah adalah tempat paling baik untuk memulakan pendidikan. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu untuk menunjukkan contoh yang terbaik bagi anak-anak. Ibu bapa perlu mempraktikkan semula nilai-nilai murni dan budi bahasa yang menjadi warisan generasi terdahulu. Kesibukan bekerja bukan alasan untuk memupuk ciri-ciri keperibadian yang luhur samada untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak dengan sempurna. Merujuk Majalah Dewan Masyrakat keluaran Oktober 2006 dalam membicarakan isu gothic dikalangan remaja belasan tahun sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakan remaja ini menjadikan alasan bosan dengan kesibukan ibu bapa bekerja sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak antara faktor mereka terjebak dengan gejala seumpama itu. Selain itu, tidak dinafikan faktor kurangnya didikan agama dan adat budaya ketimuran di rumah mereka sehinggakan mereka memilih budaya luar sebagai cara hidup mereka. Remaja ini pada mulanya hanya suka-suka dan ikut-ikut akhirnya menjadi budaya yang sukar dikikis dan lebih malang lagi apabila melibatkan masalah aqidah. III. Jurang Ekonomi antara masyarakat terlalu ketaraTanpa ekonomi yang mantap dalam sesebuah pellagra, kehidupan akan melarat dan berlakulah kejadian seperti mencuri, menyamun, memasuki kumpulan haram (kongsi gelap), menipu dan sebagainya. Para remaja yang terjebak dalam masalah ini tidak takut dengan sebarang undang-undang yang ada. Bagi mereka, kehidupan adalah untuk menikmati segala bentuk kesenangan dan dapat berseronok (enjoy). Tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan aktiviti sosial yang lain menyebabkan ibubapa dan anak-anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibubapa.Mereka sebagai ibubapa janganlah terlalu taksub degan dunia pekerjaan shingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Antara faktor lain yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan juga bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama selain kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau


penjaga,tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain yang menyebabkan ibu bapa dan anak kurang meluangkan waktu bersama atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak. Kegawatan ekonomi juga antara sebab keruntuhan akhlak yang boleh dikatakan punca hubungan kekeluargaan didalam alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Kesimpulannya, ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi untuk menggelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai daripada harta benda dan wang ringgit. Mereka inilah yang kan memimpin negara pada suatu hari nanti kelak. Iv. Kurang didikan agama. Agama adalah tunjang kehidupan manusia. Semua agama mengajar kepada kepada kebaikan dan tatasusila serta nilai-nilai murni yang harus diamalkan pengikutnya tidak kira Islam, Kristian, Budhha mahupun Hindu. Kurang didikan agama merupakan antara punca kemerosotan nilai-nilai mulia kerana kurang pemahaman oleh remaja itu sendiri tentang nilai-nilai itu sendiri.


Ibu bapa berperanan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting dalam memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah "Segala-galanya bermula dirumah" begitulah falsafah tokoh philosophi terkenal, Franklin D. Roosevert. Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karektor anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh untuk melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta mengejar aktiviti sosial lain boleh menyebabkan kemerosotan nilai-nilai murni bila ia tidak berteraskan agama. Apabila jati diri kurang dalam diri remaja dan ditambah pula faktor jarang besua muka, maka remaja membawa halan hidup sendiri tanpa pengawasan ibu bapa. Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja telah hilang nilai-nilai murni apabila perkara-perkara yang ingin dicuba tidak dibenarkan agama atau hanya mengetahui separuh sahaja dari ajaran agama. Contonya, bagi yang beragama Islam, zina adalah haram. Mereka tahu ia haram tetapi mereka tidak menjauhkan diri atau tidak dapat menahan diri apabila mereka mabuk. Mereka merasakan dosa minum arak adalah tidak seberat zina. Jadi memikirkan mereka hanya minum arak dan mereka tidak melakukan zina mereka menghalalkan sendiri tindakan minum minuman keras itu. Walhal minuman keras sebenarnya boleh menyebabkan zina berlaku kerana tidak menyedari tindakan sendiri bila sudah mabuk.Selain dari faktor kurang didikan agama dari ibu bapa, remaja sendiri merupakan sebab berlakunya kemerosotan nilai-nilai murni. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam walaupun ibu bapa telah mengambil tindakan sewajarnya dengan menghantar anak-anak ke program-program kerohanian bagi menstabilkan antara unsur rohani, mental dan fizikal. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu


disi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Kekurangan nilai agama di dalam diri remaja menyebabkan mereka senang terpengaruh dengan media massa sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja tidak mahu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa. v. Institusi keluarga yang goyah. Keluarga boleh dikaitkan dengan adanya ibu, bapa dan anakanak disekelilingnya. Namun bila berlaku pecah belah sebuah keluarga itu akan dianggap pincang dan tidak sempurna. Keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan remaja bermula dengan hubungan ibu, bapa, abang, kakak mahupun adik. Keluarga sepatutnya peka terhadap perkembangan moral seseorang anakanak remaja dan memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi individu. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menerapkan nilai-nilai murni kerana anak-anak terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Bak kata pepatah Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuhnya. Ibu bapa perlulah terlebih dahul membudayakan nilai-nilai mulia seperti bersopan santun, menghormati orang tua, atau penyayang agar anak-anak terdorong mencontohi sifat-sifat tersebut. Keluarga yang berpecah belah akan secara tidak langsung memberi kebebasan kepada remaja. Lantaran kesibukan kerja, tugasan mengasuh itu diserahkan sepenuhnya kepada pembantu rumah. Ibu bapa yang berfikiran dapat mengalihkan pandangan anak-anak dari keluarga yang tidak sempurna kepada kesempurnaan. Keluarga yang berkemampuan dari segi harta pula memberikan kemewahan yang keterlaluan dan akan menyebabkan cara hidup anak-anak mengalami kemerosotan nilai-nilai murni disebabkan keruntuhan disiplin mereka sendiri. Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak dengan kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak dengan alasan tidak dapat meluangkan masa bersama mereka akan memberi lebih kebebasan dan ini memburukkan lagi keadaan.


Hubungan keluarga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah yang tidak harmonis serta tiada keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anak juga boleh membawa kepada kancah keruntuhan nilai-nilai murni. Ibu bapa dan kelarga yang berkonflik turut memberi kesan emosi dan tekanan kepada anak-anak remaja kerana tidak mendapat hak sepenuhnya seperti kash sayang dan perhatian. Pada masa yang sama mereka bimbang konflik ini menyebabkan perceraian ibu bapa. Ibu bapa yang berkonflik akan melepaskan perasaan terhadap anak-anak. Akibatnya mereka hilang sifat hormat kepada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kash sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Jadi mereka cenderung mencari keseronokan diluar dan seterusnya terjebak dengan budaya lepak, merempit dan mengujungi pusat hiburan. Dalam sesetengah kes, ada anak-anak ini yang sengaja untuk berperangai sedemikian demi mendapatkan perhatian ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk.


KEPENTINGAN MENGAMALKAN PRINSIP RUKUN NEGARA 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat Semua rakyat perlulah bersatu padu bagi mewujudkan negara yang mepunyai rakyat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa. Rukun negara dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana sema rakayat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetian dan cinta akan negara. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Walaupon terdapat perbezaan, kita boleh membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara jika rakyat menghayati rukun negara. 2) Membina sebuah masyarakat yang progresif Rukun negara dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang boleh mencapai kemajuan di bidang sains serta teknologi selaras dengan perkembangan teknologi serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Masyarakat progresif perlulah diwujudkan agar masyarakat dapat bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi agar dapat menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Walau bagaimapon kita perlulah memastikan kemajuan yang dikecapi tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan. 3) Memelihara satu cara hidup demokratik dan liberal Rukun negara menjadikan masyarakat bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun mempunyai perbezaan, masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan serta dapat menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia. 4) Mencapai sebuan masyarakat yang adil dan menghormati undang-undang negara


Semua anggota mayarakat mempunyai peluang untuk menikmati kekayaan yang ada pada negara. Masyarakat yang adil dapat diwujudkan di dalam negaa ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama. Pihak yang lemah perlulah dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil perlulah bebas daripada penindasan terhadap orang lain ataupun penindasan terhadap sesuatu golongan yang lain.


CARA YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI PENGHAYATAN MASYARAKAT TERHADAP RUKUN NEGARA 1. Diri-sendiri Tanpa kita sedari, penghayatan dan pemahaman diri kita terhadap Rukun Negara semakin pudar dan kurang diambil peduli. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa langkah atau cara bagi memastikan diri kita seiring dengan Rukun Negara yang telah dietapkan, dalam menjalani kehidupan seharian bagi mengekalkan kesejahteraan dalam diri kita. 1) Menanamkan sifat baik serta mengamalkan ninai positif di dalam diri Langkah yang pertama bagi menghayati Rukun Negara ialah, kita perlulah menanamkan sifat baik serta mengamalkan nilai-nilai positif di dalam diri. Hal ini bertujuan bagi membentuk diri kita sebagai seorang yang bersopan-santun, bermaruah, beradab serta berakhlak dan berhemah mulia. Sebagai seorang manusia yang hidup di dalam pelbagai budaya, sifat- sifat baik dan nilai yang positif perlulah diterapkan supaya dapat mengelakkan diri daripada menyentuh hal sensitiviti setiap kaum dan budaya. Sebagai contoh, menjaga bahasa dan bait-bait setiap tutur kata kita ketika berkomunikasi di antara satu sama lain. Secara tidak langsung, sifat berdisiplin dan hormat di dalam diri setiap individu menjadi sebagai satu asas dan tunjang bagi hubungan yang baik dengan orang lain. 2) Melibatkan diri dengan menyertai Kelab Rukun Negara Seterusnya, sebagai seorang pelajar sama ada pada peringkat sekolah atau universiti, kita sudah didedahkan dan diperkenalkan dengan Rukun Negara pada setiap perhimpunan mingguan. Menjadi persoalan adalah apabila kita hanya melafazkan tanpa memahami maksud setiap prinsipprinsip Rukun Negara tersebut. Oleh itu, untuk meningkatkan penghayatan dan memahami lebih mendalam tentang Rukun Negara, kita mestilah menggalakkan diri kita dengan mengaktifkan diri di dalam Kelab Rukun Negara yang telah diwujudkan di sekolah atau universiti. Hal ini kerana, kita akan memperolehi


pelbagai manfaat dan kelebihan daripada aktiviti atau program yang dianjurkan di dalam kelab tersebut. Secara tidak langsung, kita dapat menarik minat pelajar-pelajar lain untuk menyertai Kelab Rukun Negara dan sekali gus, perkara ini dapat meningkatkan penghayatan terhadap Rukun Negara dan jati diri di dalam diri kita dan semua pelajar di sekolah dan universiti. 3) Menghormati dan berusaha mematuhi undang-undang negara Akhir sekali, kita hendaklah menghormati dan berusaha mematuhi penguatkuasaan undangundang negara. Undang-undang dan peraturan yang ditubukan bukan hanya sekadar perkataan sahaja, tetapi undang-undang mempunyai kedudukan yang tinggi dan dilarang sama kali untuk kita mempersendakannya. Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara yang melanggar peraturan negara dan bertindak mengikut cara sendiri kerana ia merupakan salah satu jenayah dan boleh disabitkan kesalahan. Sebagai contoh, pada era kini, ramai indvidu yang berani menyebarkan sesuatu isu secara atas talian tanpa soal selidik terlebih dahulu sehingga kita sudah tidak pasti sama ada maklumat yang disampaikan benar atau palsu. Sedangkan, undang-undang untuk mengawal maklumat atau penulisan dan sebagainya yang mempunyai unsur fitnah telah direka khas iaitu Akta Fitnah 1957 (Akta 286). (Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2015). Oleh hal yang demikian, ia amat penting untuk kita mematuhi dan menghormati undang-undang negara seperti yang sudah jelas


2. Masyarakat Sejak kebelakangan ini, penghayatan terhadap Rukun Negara di dalam kalangan masyarakat Malaysia juga dilihat semakin merundum dan kurang dipertengahkan di dalam isu-isu semasa. Oleh itu, terdapat beberapa cara bagi masyarakat Malaysia menghayati Rukun Negara bagi memperkukuhkan lagi penghayatan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 1) Menjaadikan prinsip kelima sebagai panduan dalam bermasyarakat pelbagai kaum Bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan, masyarakat perlu menjadikan prinsip kelima ini sebagai panduan dalam hidup bermasyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pertelingkahan dan perselisihan faham sering sahaja berlaku anatara kaum.terutama sekali apabila hidup berjiran dengan kaum yang berbilang bangsa. Bagi mengelakkan pertelingkahan ini, semua masyarakat perlulah sedar dan menitikberatkan bahawa sifat kesopanan, hormat menghormati dan saling bertolak ansur adalah sifat yang perlu dipraktikkan dan dijadikan sebagai salah satu penawar kepada keharmonian di dalam sesebuah komuniti itu. Jika nilai-nilai murni seperti ini dijadikan sebagai panduan, ia dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan dapat mengelakkan daripada tragedi 13 Mei 1965 berulang lagi. Oleh itu, betapa pentingnya sifat kesopanan dan kesusilaan ini perlu wujud di dalam golongan masyarakat di Malaysia bagi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian hidup. 2) Mengaplikan sifat bersatu padu antara kaum Selain daripada itu, masyarakat hendaklah mengaplikasikan sifat bersatu padu sesama mereka supaya hubungan di antara ketiga-tiga kaum di Malaysia iaitu, Melayu, India dan Cina dapat dieratkan dan dikekalkan sehingga menjadi satu bentuk perpaduan yang teguh. Bagi memastikan kesatupaduan rakyat yang berbilang kaum, masyarakat mestilah mengamalkan sikap saling hormat menghormati, tolong-menolong dan bersopan-santun di antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila sesebuah kaum itu meraikan hari perayaan mereka seperti Hari Raya Aidilfitri, kaum-kaum lain boleh menunjukkan sifat-sifat tersebut dengan menziarahi dan mengunjungi ke rumah mereka walaupun berbeza adat dan budaya.


Dengan cara ini, masyarakat akan lebih bersatu padu, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim anatara mereka dan dapat melahirkan rasa semangat perpaduan dalam pelbagai kaum, bangsa dan budaya.pada prinsip keempat iaitu prinsip kedaulatan undang-undang.


KESIMPULAN Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu - padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga - mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh sema negara di dunia termasuklah Malaysia. la penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Oleh itu, kewujudan Rukun Negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat - menghormati antara satu sama lain tanpa warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu, matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis. Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. la penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara it akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempegiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Rentetan beberapa peristiwa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah -olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja - Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demontrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara,


Keluhuran Perlembagaan, dan Kedaulatan Undang - Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan. Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kitamenggadaikan keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan ini hati dan tidakpuasan yang tidak dikongsi majority rakyat. Jangan kita lupa bahawa klim kemakmuran dari keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing. Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungnya yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanakkanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rendah.


RUJUKAN 1. Abdul Aziz,A,R.(2010). rukun negara dalam memperkukuhkan negara (pp.443-457).Institute of Tun Dr.Mahathir Mohamad's Thoughts,Universiti Utara Malaysia 2. RUKUN NEGARA LANGKA YANG PERLU DI LAKUKAN KE ARAH MEMUPUK KESEDARAN UNTUK MENGHAYATI RUKUN NEGARA (Februari 03,2015.) https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/02/rukun-negara-langkah-langkah-yang-perludi.html 3. Berita harian(Ogos 29,2020)Rukun Negara Wadah bentuk masyarakat berpandangan jauh. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/725822/rukun-negara-wadah-bentukmasyarakat-berpandangan-jauh 4. Dr. Mohd bin Samsudin,Dr. Azharudin bin Mohamed Dali,Ridzuan bin Hasan Ishak bin Saidoo.(2020).Buku teks Sejarah tingkatan 5 (pp.157-159)Dewan Bahasa dan Pustaka 5. Nurul Afiqah binti Zulazli.(Oktober 2014).KESAN RUKUN NEGARA KEPADA BANGSA DAN NEGARA .http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/kesimpulan.html


LAMPIRAN https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/725822/rukun-negara-wadah-bentukmasyarakat-berpandangan-jauh Dr. Mohd bin Samsudin,Dr. Azharudin bin Mohamed Dali,Ridzuan bin Hasan Ishak bin Saidoo(2020).Buku teks Sejarah tingkatan 5. (pp157-159).Dewan Bahasa dan Pustaka


Click to View FlipBook Version