The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Aqila, 2023-12-07 01:24:35

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

palestin MPU 21032

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TUGASAN: PROJEK TAJUK: FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE NAMA PENSYARAH: USTAZ AHMAD SYU' AIB BIN ZUKHRI KUMPULAN 4 (DFO1A) NO. NAME NO MATRIKS 1. NURUL AQILAH BINTI HAMZAH 33DFO23F1016 2. ROSMAHIDAYU BINTI ROSNI 33DFO23F1022 3. KAALIDEVI A/P PACHIAPPAN@ARASU 33DFO23F1020 4. NUR ADIBAH MAISARAH BINTI MAZLAN 33DFO23F1028 5. PUTERI NUR BATRISYA BINTI NOOR AZMAN 33DFO23F1017


ISI KANDUNGAN TAJUK M/S Pendahuluan Program 3 Atur Cara Program 4 Objektif Program 5 Kesimpulan program 6 Refleksi Diri 7-20 Lampiran / Rujukan 21


PENDAHULUAN Program Palestine ini diadakan bertujuan untuk menimbulkan rasa simpati, empati, belas ihsan serta perasaan berperikemanusiaan kepada saudara seagama kita di bumi Palestine. Ia juga bertujuan untuk menimbulkan rasa insaf dan meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. Perasaan berperikemanusiaan terhadap penderitaan dan kesusahan yang dihadapi oleh saudara kita di sana akibat perbuatan kejam dan tidak berhati perut tentera rejim Zionis Israel. Walaupun rakyat Palestine dibunuh, diugut, dirampas hartanya, kanak-kanak serta bayi yang tidak berdosa atau bersalah dibunuh, wanita diambil kehormatannya dan dipaksa membuka aurat tetapi mereka tidak gentar malahan lebih semangat dan berani untuk berjihad FISABILILLAH iaitu ke jalan ALLAH. Oleh sebab inilah ketakwaan dan rasa insaf dapat ditingkatkan. Perlahan-lahan tujuan ini dilaksanakan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) agar mata dan hati mereka lebih terbuka dengan jelas. Selain itu, program ini menyahut agar warga PTSN dan rakyat Malaysia berpendirian untuk terus bangkit bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestine yang telah direnggut secara paksa serta kejam. Seperti slogan dan prinsip program yang dianjurkan tersebut iaitu “FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE!”. Hal ini sangat penting kerana dalam masa yang sama kemajuan teknologi dan komunikasi media pada hari ini menyebabkan mahasiswa dan mahasiswi terdedah kepada pelbagai jenis kandungan yang hanya boleh diakses di hujung jari termasuklah yang melibatkan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan. Entah pasti sama ada maklumat yang didapati tersebut adalah benar atau hanya semata-semata rekaan oleh media barat yang cuba untuk menutupi hakikat sebenar atau mengelabui mata dunia untuk mempercayai bahawa Israel adalah mangsa keadaan sedangkan kebenaran sebenar tidak pernah berpihak pada Palestine. Melalui program ini, mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi dapat mengetahui tentang sejarah antara Palestine-Israel yang cuba ditutupi oleh dunia terutama sekali media Barat yang memihak kepada pihak Israel. Program ini perlu diolah secara teliti kerana jika tidak ia dikhuatiri secara tidak sengaja atau tersalah menonjol kepada aspek kekerasan terutama dalam kalangan kanak-kanak. Tentunya, semua pihak tidak mahu niat program tersebut yang bersifat murni tersebut menjadi penyumbang kepada normalisasi kekerasan. Tambahan lagi, prinsip


keadilan pada program ini dikaitkan dengan keperluan keadilan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan dalam dan luar negara dapat dicapai secara bersama. 3 ATUR CARA PROGRAM :- HARI/TARIKH MASA AKTIVITI 8.00 pagi Ketibaan pelajar PTSN 8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran pelajar dan pensyarah 8.40 pagi Majlis bermula dimulakan dengan selaat kepada Nabi Muhammad saw 9.00 pagi Bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Syu’aib Bin Zukhri 9.00 - 9.15 pagi Ucapan Pembukaan Tuan Pengarah PTSN Ts. Haji Hamdan bin Samdin 9.15 - 9.20 pagi Tayangan Montaj Video Palestin 22 NOVEMBER 2023 (RABU) 9.30 - 12.30 tengah hari Ceramah dan perkongsian mengenai : 1)Sejarah negara dan wilayah palestin 2) Sejarah bangsa Palestin 3)Perjuangan rakyat Palestin 4)Kekejaman zionis kepada rakyat Palestine 5)Isu Palestin 6)Tayangan video-video Palestin Oleh Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin Pengasas dan Pengerusi, Pertubuhan Sukarelawan ANSAR Malaysia. 12.30 -12.35 tengah hari Sajak palestin 12.35 - 12.50 tengah hari Solidariti Palestine diketuai oleh Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin 12.50 – 1.00 Tengah hari Bacaan Doa Qunut Nazilah dan Doa Penutup oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Syu’aib Bin Zukhri


4 OBJEKTIF PROGRAM :- ❖ Menerapkan kesedaran dalam diri setiap warga PTSN tentang nilai kemanusiaan sejagat. ❖ Menyokong inisiatif bantuan kerajaan Malaysia dari pelbagai bentuk bantuan yang bakal dan disalurkan ke Palestine. ❖ Mendidik mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi mengenai nilai-nilai manusiawi yang merangkumi hak asasi, hak kebebasan, hak memiliki harta, hak mengamalkan agama yang dianuti dan hak bersuara serta sifat ihsan dalam diri. ❖ Membentuk sifat empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami oleh individu lain tanpa mengira latar bangsa, agama atau status sosial. ❖ Memberi kesedaran kepada setiap warga PTSN tentang betapa peritnya kehidupan rakyat Palestine yang hidup dalam kesengsaraan kerana hampir setiap hari suara bom kedengaran di mana-mana tanpa henti. ❖ Melahirkan sifat kesyukuran dalam diri mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi dengan keadaan sekeliling yang serba lengkap dan nyaman berbanding dengan keadaan rakyat di Palestine yang tidak diberikan peluang untuk menerima pelajaran dengan sempurna dan selesa. ❖ Membuka minda dan hati yang telah dikelabui oleh mata dunia terutama pengaruh media barat ❖ Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang kefahaman ZIONIS untuk memahami mengapa mereka bertindak sedemikian kejam serta tidak berhati perut kepada rakyat Palestine walaupun rakyat Palestine yang bukan beragama ISLAM.


❖ Mengetahui agenda sebenar tentera ZIONIS ISRAEL selain daripada menawan MASJIDIL AL-AQSA. ❖ Adakah Isu Palestine hanya berkait rapat dengan Isu agama Islam semata atau isu ini juga berkait rapat dengan isu kemanusiaan atau isu bersama? 5 KESIMPULAN PROGRAM Dengan ini dapat disimpulkan bahawa program ini sedikit sebanyak dapat memberikan iktibar dan nilai-nilai moral serta murni daripada peristiwa yang menimpa Palestin sehingga ke hari ini. Sudah 75 tahun Palestin dijajah oleh puak yang tidak tahu mengenang budi dan terlalu sombong. Mungkin kebenaran dan rintihan pilu yang diungkapkan oleh rakyat Palestin yang dianiayai oleh dunia tidak ditunjukkan malahan dikunci rapat, tidak ada ruang sedikit pun dibuka kepada mereka. Seterusnya kesimpulan lain yang dapat kita peroleh daripada program yang telah dijalankan ini iaitu “From The River To The Sea, Palestine Will Be Free” ialah dapat mengetahui tentang situasi terkini saudara kita di sana yang sedang berhempas-pulas sehingga menumpahkan darah demi mempertahankan tanah air negara daripada diambil oleh rejim Zionis. Akhir kalam, iktibar yang dapat daripada program ini adalah sebagai panduan kepada rakyat dan negara kita. Iktibar yang kedua adalah kesedaran politik negara hendaklah menghalang penjualan tanah kepada warga asing atas alasan faktor ekonomi dan komersial sekalipun ditawarkan dengan harga yang tinggi kerana akhirnya rakyat akan menjadi pengemis di negara sendiri. Seterusnya, demokrasi tidak boleh disalahgunakan sehingga membuka peluang kepada misi Zionis dan komunis untuk menjadi agenda parti politik dan mengetepikan kedaulatan raja, keluhuran perlembagaan dan keistimewaan bangsa utama negara. Apa pun, ia ibarat kata nasi sudah menjadi bubur. Keluar air mata darah sekali pun sukar untuk diubah kepada asal kecuali dengan pertolongan dan kekuasaan daripada Allah S.W.T setelah segala usaha telah dilakukan. Inilah perjuangan Hamas. Semoga berlaku keajaiban seperti peristiwa perang badar. Dalam keadaan kita orang Melayu Islam komited bersolidariti dengan rakyat Palestin, amatlah penting dan wajib kita menghayati dengan penuh keinsafan sampai ke tulang putih demi memastikan apa yang terjadi di bumi Palestin tidak terjadi di negara kita sendiri Malaysia. Kita tidak mahu peristiwa ini atau peristiwa sejarah dahulu berlaku sekali lagi. Bak kata pepatah Melayu, “Pisang berbuah dua kali”. Jika berlaku di Malaysia, orang Melayu pribumi akan hilang bumi di mana tempat berpijak dan tempat berteduh. Ya, Melayu tidak hilang di dunia, tetapi Melayu boleh menjadi pelarian kerana kehilangan tempat asalnya sendiri lantaran diambil oleh warga asing, inilah yang terjadi kepada rakyat Palestin. Bukan sahaja hilang tanah dan harta benda, malah di halau keluar dari bumi Palestin dan kanak-kanak serta wanita dan rakyat biasanya sudah 75 tahun di seksa dengan kejam. Terkini bom digugurkan di Gaza ibarat air hujan yang jatuh ke bumi, dan menjadi pesta kepada tentera Zionis Israel yang mendapat sokongan oleh dajjal-dajjal Amerika dan Eropah.


6 REFLEKSI DIRI REFLEKSI DIRI OLEH NUR ADIBAH MAISARAH- 33DFO23F1028 Menerusi program soladariti bersama Palestine yang telah dikupaskan minggu lalu, apa yang saya rasai selepas pencerahan tersebut ialah satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan. Apa yang saya boleh cakap di sini, saya merasa geram dan amarah yang tinggi terhadap perilaku dan perbuatan kejam tentera rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestine yang tidak bersalah. Bagaimana tidak saya berasa geram, bukannya puak ini pandai berterima kasih malah mereka sesuka hati mengakui bahawa tanah yang sedang mereka cuba mengambil sepenuhnya adalah tanah atau negara mereka sendiri. Dengan angkuh mereka tidak mengakui perbuatan kejam mereka. Dasar puak Zionis yang tidak tahu mengenangkan budi tetapi hanya tahu melakukan kerosakan di atas tanah orang lain. Seterusnya, perasaan sebak yang menghimpit dada, Allahuakbar, hati saya tidak sanggup untuk melihat penderitaan yang dihadapi oleh saudara seagama saya di bumi para syahidan tersebut demi memperjuangkan Masjid Al-Aqsa bagi pihak saudara Islam lain yang jaraknya sangat jauh tetapi sentiasa dekat di dalam hati nurani mereka. Air mata ini sentiasa jatuh tatkala mengenangkan nasib saudara di sana, walaupun kami tiada hubungan sedarah tetapi entah mengapa hati ini terasa sangatlah dekat pada mereka. Mungkin ini yang masih dinamakan sebagai perasaan belas ihsan dan berperikemanusiaan. Cabaran saya sebagai pelajar dalam melestarikan ketamadunan negara Malaysia seperti mendepani kesusahan untuk mengekalkan kesucian dan keunikan bahasa rasmi negara Malaysia iaitu Bahasa Melayu yang turut menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Seperti yang kita semua maklum pada umumnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian termasuklah bagi upacara rasmi seperti Majlis Pertabalan Sultan Dan Raja. Kami berpendapat bahawa ini adalah salah satu cabaran sebagai pelajar untuk mengekalkan ketamadunan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada zaman globalisasi dan teknologi yang semakin bertambah maju, Bahasa Melayu yang dahulunya indah itu semakin dicemarkan nama baiknya oleh kerana terdapat pertambahan bahasa asing di dalamnya. Pertambahan beberapa bahasa asing dalam suku kata bahasa Melayu ini lebih mesra dikenali sebagai bahasa rojak. Tidak dapat dinafikan bahawa, kami juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan


daripada menggunakan bahasa rojak ini dalam tutur bicara terutama ketika bersosial kerana pada akhirnya kita semua juga adalah manusia biasa. Oleh itu, ia juga merupakan salah satu daripada cabaran dalam melestarikan ketamadunan di negara Malaysia. 7 Cabaran saya sebagai pelajar dalam mewujudkan keharmonian negara di antaranya ialah melibatkan pemahaman antara budaya bagi setiap kaum. Seperti yang kita tau Malaysia ialah satu negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya di dalamnya. Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri, menjadikan Malaysia suatu negara yang unik. Ini merupakan salah satu cabaran bagi kami kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai pendapat dan pola fikiran sama. Sebagai contoh, kemungkinan ada yang mempertikaikan kenapa kita harus hidup secara harmoni dan memahami budaya kaum lain sedangkan ada saja yang tidak mahu untuk memahami dari perspektif sudut pandang mereka. Jawapannya bukan harus atau tidak tetapi perlu kerana dari dulu kala lagi kita sudah hidup bermasyarakat bersama kaum lain. Jika kita tidak cuba memahami budaya kaum lain bagaimana untuk kita mengharapkan kaum lain memahami budaya kita sendiri? Persoalan ini lebih menjurus ke arah semangat toleransi dan kemuafakatan sesama rakyat tanpa mengira latar agama, bangsa, budaya mahupun status sosial yang dimiliki oleh individu tersebut. Sekiranya saya sebagai pelajar tidak cuba untuk memahami budaya kaum lain dalam kalangan sahabat yang datang daripada latar kaum serta budaya berlainan bagaimana kami juga ingin mengharapkan mereka memahami budaya kami sendiri. Jika pemahaman budaya ini diterapkan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa serta mahasiswi-mahasiswi PTSN serta yang menuntut ilmu di IPT berlainan maka sikap rasis dapat dielakkan. Kesannya, kita dapat hidup secara harmoni dan menghormati budaya kaum lain dengan adanya pemahaman budaya ini. Antara cabaran dalam aspek luar negara ialah sekatan keselamatan kawalan pintu selat negara iaitu sistem imigresen. Sistem sekatan keselamatan ini salah satu dari cabaran yang paling rumit untuk dikawal dalam mengekalkan keselamatan serta keharmonian sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, pendatang asing tanpa passport atau visa sah ini agak licik dalam menceroboh masuk ke dalam pintu selat sesebuah negara. Mereka sanggup untuk mengambil seribu macam taktik agar berjaya masuk ke dalam negara yang mereka inginkan tanpa ditangkap atau disyaki oleh warga sekitar mahupun mereka yang bekerja di dalam jabatan imigresen negara tersebut. Ada yang mengambil laluan laut menggunakan bot nelayan sebagai penyamaran sekiranya tidak berjaya melepasi laluan darat yang dikawal ketat oleh pihak polis serta pihak imigresen. Malahan, terdapat juga yang sanggup dan rela menghabiskan puluhan ribuan atau ratusan wang untuk membuat kad pengenalan, visa dan passport palsu di negara mereka sendiri semata-mata untuk menceroboh masuk ke dalam tetapi tentu saja taktik ini tidak berjaya mengelabui mata pihak imigresen.


8 Sebagai rakyat dan mahasiswa pada masa yang sama, tanggungjawab sosial melibatkan kesedaran terhadap isu-isu kemanusiaan terutama isu kemanusiaan yang sedang berlaku di luar negara. Contohnya, isu kemanusiaan berkaitan pemerdagangan manusia yang cukup popular di negara Thailand dan China. Pemerdagangan manusia bermaksud penjualan manusia di pasaran gelap secara paksa tanpa persetujuan dari mangsa, pada awalnya mangsa hanya menganggap individu yang menipu mereka ini mahu menawarkan kerja kepada mereka kerana termakan dengan janji manis yang telah ditawarkan tanpa mengetahui hakikat sebenar. Kes ini amatlah membimbangkan dan mengundang kegelisahan antara kalangan masyarakat sekitar terutama dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak berjantina perempuan. Hal ini dikatakan demikian kerana kes ini lebih menyasarkan wanita melebihi lelaki, kemungkinan wanita yang menjadi mangsa akan menjadi pelacur di pasar gelap dan sekiranya yang menjadi mangsa adalah lelaki berkemungkinan organ dalaman yang masih elok serta berfungsi dengan baik akan diambil tanpa persetujuan dan secara paksaan lalu dijual di pasar gelap tersebut. Maka, sebagai mahasiswa kita perlulah menyampaikan maklumat yang tepat dan libatkan diri dalam kerja amal yang berupaya untuk mendukung bantuan kemanusiaan supaya boleh dihulurkan dalam menyelesaikan kemanusiaan berkaitan pemerdagangan manusia ini. Setiap mahasiswa memiliki serta memainkan peranan yang penting dalam mendepani arus kemodenan negara mahupun menghadapi krisis dengan baik dalam dan di luar negara. Tambahan lagi, mereka dapat menjadi agen perubahan dengan mengembangkan keterampilan, kepemimpinan, dan wawasan yang diperlukan untuk menghadapi halangan atau cabaran pada masa kini. Melalui pendidikan dan tindakan yang ditunjukkan, mahasiswa dapat memberi sumbangan positif dalam mencari penyelesaian untuk permasalahan kompleks yang dihadapi oleh negara. Hal ini dikatakan kerana pemikiran orang pada zaman dahulu dan zaman kini sangat berbeza. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menyumbang iaitu dari segi pembelajaran , tahap pendidikan dan tahap IQ yang berbeza untuk setiap individu.


9 Kesimpulannya, pengetahuan terhadap isu-isu semasa dan perubahan global memberikan kesedaran yang penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan memahami impak perkembangan global terhadap negara kita, kita dapat menyokong dasar-dasar yang memastikan kestabilan dan kemakmuran negara. Pendidikan juga memainkan peranan utama dalam pembentukan masyarakat yang dinamik dan cemerlang. Mendorong pengetahuan, kecekapan, dan kreativiti dalam kalangan generasi muda membuka pintu kepada peluang masa depan yang lebih cerah untuk pembangunan serta kemajuan negara ini. Terakhir, melalui penyertaan aktif dalam proses demokrasi seperti mengundi dalam pilihan raya, kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin yang mewakili nilai dan aspirasi kita. Dengan melakukan tanggungjawab ini, kita membentuk arah masa depan negara. Secara keseluruhannya, peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah kunci ke arah masyarakat yang adil, harmoni, dan sejahtera. Ini bukan hanya tanggungjawab pemerintah, tetapi juga tanggungjawab bersama sebagai satu komuniti yang berbilang kaum dan budaya.


10 REFLEKSI DIRI OLEH NURUL AQILAH – 33DFO23F1016 Menerusi program bersama Palestine ini, saya dapat mengetahui sejarah dan punca tentang berlakunya peperangan antara negara Palestine dan Israel. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sebab-sebab Israel mahu mengambil Bumi Gaza. Cabaran saya sebagai pelajar dalam melestarikan ketamadunan Malaysia ialah dari aspek memupuk nilai-nilai toleransi. Keharmonian dalam masyarakat memerlukan sikap terbuka dan hormat terhadap pandangan dan kepercayaan orang lain. Program latihan kesedaran seperti bengkel dialog antarabangsa dan kempen penghormatan antara budaya dapat membantu membina jaringan sosial yang kukuh. Bagi mencapai keharmonian negara, pelajar juga perlu menyedari bahawa hak asasi manusia adalah asas yang penting. Mereka perlu menjadi penyokong hak-hak asasi manusia dan memahami keperluan untuk memastikan keadilan dan kesamarataan dalam masyarakat. Secara keseluruhannya, pelajar memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada keharmonian dan melestarikan ketamadunan di Malaysia. Dengan pemahaman, kesedaran, nilai-nilai toleransi, dan sokongan terhadap hak asasi manusia, mereka dapat membentuk masyarakat yang lebih bersatu dan damai dalam kepelbagaian yang membanggakan negara ini. Cabaran dalam menangani isu luar negara termasuklah merapatkan jurang sosial. Jurang sosial perlulah ditutup serapat-rapatnya dan dibuang jauh agar keharmonian negara dapat dipupuk terutama dalam kalangan rakyat yang berbeza status. Bukan semua individu mempunyai gaya hidup yang sama. Hal ini yang menyebabkan terdapat beberapa jurang sosial yang berlaku dalam kalangan individu yang berlainan kasta. Kesannya, ada yang diperlakukan dengan berbeza mengikut taraf sosial yang dimiliki oleh individu tersebut. Oleh sebab beberapa faktor inilah yang telah menjadikan jurang sosial semakin besar. Oleh kerana itu hal ini perlu diselesaikan dengan segera agar ia tidak menjadi isu antarabangsa.


11 Seterusnya, peranan mahasiswa dalam mendepani arus kemodenan negara serta dalam menghadapi krisis dalam dan luar negara ialah dengan memperkuat dan menambah baik kemahiran soft skills seperti kemahiran dalam berkomunikasi terutama dalam masyarakat bersama keyakinan yang tinggi, kreativiti dalam menghasilkan sesuatu produk yang mampu berdaya saing secara hangat serta memberi manfaat kepada pengguna atau masyarakat pada zaman teknologi moden ini dan pemecahan masalah secara terperinci menjadi beberapa bahagian kecil yang boleh diselesaikan secara profesional namun padat tetapi ringkas. Malahan mahasiswa juga dapat terlibat dalam penyelidikan dan pengembangan penyelesaian inovasi, serta juga berperanan sebagai agen perubahan melalui pengakuan untuk kebijakan yang mendukung ke arah kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, melibatkan diri dalam dialog lintas budaya, mahasiswa juga dapat memainkan peranan penting dalam membangun pemahaman global untuk mengatasi cabaran bersama di peringkat antarabangsa. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita juga perlu melibatkan diri dalam dialog awam dan berfikiran kritis terhadap isu-isu yang mempengaruhi negara. Memberikan sumbangan idea dan pandangan konstruktif dapat membentuk dasar awam yang lebih efektif dan responsif terhadap kehendak masyarakat. Ini turut membentuk sistem demokrasi yang kukuh dan memberi peluang untuk penyelarasan kepentingan rakyat dengan kebijakan negara. Selain itu, kesedaran terhadap pemeliharaan nilai-nilai tradisional dan warisan budaya menjadi asas yang penting untuk mewarisi identiti negara kepada generasi akan datang. Menjunjung tinggi nilai-nilai seperti hormat-menghormati, kekeluargaan, dan keberagamaan budaya serta memperkukuh integrasi sosial dan memastikan kelestarian warisan negara kita terjaga. Keterlibatan dalam bidang sains dan teknologi juga memberikan sumbangan penting kepada pembangunan negara. Mendorong generasi muda untuk mengambil minat dalam bidang ini, menyokong penyelidikan dan pembangunan, serta mencipta persekitaran yang kondusif untuk inovasi, adalah langkah-langkah yang dapat membawa Malaysia ke arah era ekonomi berpandukan pengetahuan.


12 REFLEKSI DIRI OLEH KAALIDEVI – 33DFO23F1020 Melalui program ini, saya dapat menerima pengetahuan tentang ilmu sejarah. Hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya. Bukan itu sahaja, saya juga dapat membaiki diri sendiri dengan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang telah berlaku. Selain itu, saya juga berasa sedih apabila mendengar akan peristiwa tersebut. Peristiwa tersebut memberikan rasa kegelisahan dalam hati saya. Simpati dan empati push me to help them. Kalau saya diberi dan mendapat peluang, saya akan menolong mereka dari pelbagai sudut atau sumbangan. Sebagai contoh, menderma makanan dan menjadi sukarela untuk menolong mangsa. Cabaran kami sebagai pelajar dalam mewujudkan keharmonian negara termasuklah merapatkan jurang sosial antara sahabat-sahabat yang berlainan kaum. Jurang sosial perlulah ditutup serapat-rapatnya dan dibuang jauh agar keharmonian negara dapat dipupuk terutama dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi PTSN. Bukan semua pelajar menerima pembelajaran yang sama dari kecil, ada yang dihantar ke sekolah jenis vernacular (SJK). Hal ini yang menyebabkan terdapat beberapa jurang sosial yang berlaku dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi. Kesannya, ada yang kurang fasih dalam berbahasa Melayu kerana sistem pendidikan yang diterimanya berbeza-beza mengikut jenis sekolah. Jika ia adalah SJK Cina maka sistem pendidikan diambil dan ditiru sepenuhnya dari negara China. Oleh sebab beberapa faktor inilah yang telah menjadikan jurang sosial antara kaum di Malaysia semakin besar. Terdapat juga yang tidak bertegur sapa secara langsung dengan kaum lain kerana dikhuatiri tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh mereka. Ia juga menjadi cabaran kepada kami kerana kami juga mengalami beberapa kesusahan untuk memahami dan berkomunikasi dengan sahabat kami dari latar belakang kaum berlainan pada mulanya tetapi perlahan lahan kami telah mengadaptasi dengan persekitaran baru. Oleh itu, jurang sosial memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keharmonian negara serta menjadi cabaran dalam mewujudkan keharmonian negara terutamanya dalam kalangan warga PTSN.


13 Di samping itu, tanggungjawab sosial saya sebagai rakyat dan mahasiswa terhadap isu-isu luar negara ini juga meliputi penglibatan aktif dalam kempen kesedaran, sedikit sebanyak sumbangan dana dan pencerahan berkaitan isu-isu kemanusiaan di peringkat global. Menunjukkan rasa simpati dan membangkitkan semangat perpaduan untuk menolong mangsa bencana alam seperti mangsa badai taufan, konflik yang berlaku antara negara yang mampu membawa kepada kerosakan atau kerusuhan mahupun ketidaksamaan antara rakyat dengan rakyat disebabkan oleh status sosial yang wujud (membezakan antara miskin dan kaya). Hal inilah yang membantu untuk menimbulkan kesedaran serta mendukung kepada sebab dari bantuan antarabangsa datang membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Sebagai mahasiswa, terlibat dalam permasalahan berkaitan isu-isu ini juga dapat memberikan sumbangan berharga dalam mencari penyelesaian berterusan untuk meningkatkan keadaan ke arah yang lebih rasa berperikemanusiaan di seluruh dunia. Kesimpulannya, kesedaran terhadap kelestarian alam dan perlindungan alam sekitar juga merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Perubahan iklim dan penurunan kualiti alam sekitar adalah isu global yang memerlukan tindakan kolektif. Dengan mengamalkan gaya hidup berhemah sumber, pengurangan pembaziran, dan penyokong kepada usaha-usaha pemuliharaan alam, kita dapat menjana impak positif terhadap kelestarian alam negara. Selain itu, kesedaran terhadap pendidikan dan pemupukan kebolehan insaniah turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat yang berdaya saing. Memastikan akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti bagi semua lapisan masyarakat membina landasan untuk pembangunan modal insan yang kukuh. Pendedahan kepada ilmu pengetahuan, seni, dan teknologi juga membentuk individu yang kreatif dan berinovasi, memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial. Sikap kesukarelawan dan gotong-royong dalam menyokong komuniti tempatan membina jaringan sosial yang erat dan mengukuhkan kohesi masyarakat. Ini termasuk penyertaan dalam program-program sukarela, membantu yang memerlukan, dan kolaborasi untuk menangani isu-isu tempatan. Dengan cara ini, kita dapat menjana perubahan positif di peringkat tempatan yang secara langsung memberi impak kepada kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia.


14 REFLEKSI DIRI OLEH ROSMAHIDAYU BINTI ROSNI – 33DFO23F1028 Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa program FREE PALESTINE. Antara perkara yang saya pelajari ialah bentuk nikmat yang Allah SWT kurniakan, kekuasaan Allah SWT yang sangat besar, dan hati nurani yang perlu ada dalam diri kita. Hal ini sangat berguna kepada saya kerana di samping dapat memperbaiki akhlak, saya juga boleh memperbaiki masa depan saya. Pada mulanya saya hanya berasa sakit hati kerana kejahatan pihak Israel tetapi selepas diberi penerangan daripada penceramah, mula hadir perasaan ingin bersama saudara kita di sana untuk memperjuangkan ukhuwah Islam dan tanah air mereka serta juga Masjid Al-Aqsa. Harapan saya suatu hari nanti akan ada balasan yang setimpal pada mereka (Israel) dan kemenangan untuk saudara kita di Palestine, Insya-Allah. Cabaran saya sebagai pelajar dalam melestarikan ketamadunan negara Malaysia seperti mengekalkan seni budaya dan warisan bagi setiap kaum dan etnik yang ada di Malaysia. Keunikan yang terdapat di Malaysia yang sememangnya tiada pada negara lain adalah berlainan jenis kaum dan etnik yang boleh hidup bersama secara harmonis tanpa perbalahan antara satu sama lain. Antara seni budaya yang terdapat di Malaysia adalah seperti seni lukisan batik yang popular di sekitar kawasan pantai timur (Terengganu dan Kelantan), seni persembahan tarian tradisional masyarakat India iaitu Kolattam, seni Gendang 24 Musim atau lebih dikenali sebagai gendang Cina, seni pertahanan diri masyarakat Cina iaitu Wusyu, seni tari masyarakat Melayu iaitu tarian Kuda Kepang yang berasal daripada Jawa Indonesia dan seni pertunjukan wayang kulit. Manakala di negeri Borneo, seni budaya dan seni warisan di sana tidak dapat ditemui di Semenanjung Malaysia menjadikannya sebagai satu seni dan warisan yang unik. Namun begitu, terdapat beberapa persamaan antara kelompok etnik di Sabah dan Sarawak dari segi seni budaya, adat istiadat, tradisi dan pegangan hidup, bukanlah semuanya tetapi minoriti hampir sama. Sebagai contoh yang boleh saya ambil ialah di dalam adat istiadat perkahwinan etnik Melayu Sarawak iaitu makan Nasi Temuan. Oleh itu, ini merupakan satu daripada cabaran yang rumit untuk dikekalkan kerana bukan mudah untuk mengekalkan seni budaya dan warisan yang hampir lapuk ditelan zaman. Ini juga tidak mudah bagi kami kerana terdapat sebahagian seni budaya dan warisan yang agak asing didengari atau diketahui.


15 Seterusnya, cabaran dalam aspek luar negara untuk menangani isu-isu luar negara ialah kehadiran sesetengah dari warga asing yang menyalahgunakan visa pelancongan sebagai satu tiket untuk mencari rezeki di negara orang tetapi perniagaan mereka dijalankan secara haram tanpa pengetahuan dari pihak imigresen. Tidak salah untuk mencari sumber pendapatan di negara orang, tiada kuasa yang menghalang tetapi haruslah mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan imigresen negara tersebut, jika tidak mereka boleh dikenakan hukuman atau denda yang setimpal dengan perbuatan tersebut. Oleh itu, mengekalkan keselamatan pertahanan negara merupakan salah satu cabaran dalam menangani krisis luar negara kerana ia melibatkan kesemua negara, sekiranya yang terlepas merupakan tawanan penjara yang diburu dan dicari-cari oleh negara nya sendiri maka ia boleh mengganggu keselamatan negara tersebut ataupun negara lain. Seterusnya, mahasiswa dapat membangun kerjasama antarabangsa dan kerjasama dengan organisasi bukan-pemerintah untuk memahami isu-isu kemanusiaan secara lebih mendalam. Selain itu, mereka dapat memanfaatkan kepakaran mereka, seperti dalam teknologi atau kepakaran akademik, untuk merancang penyelesaian inovatif yang dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat di negara-negara yang memerlukan bantuan. Selama belajar, mahasiswa dapat memupuk integrasi isu-isu kemanusiaan dalam kurikulum serta meningkatkan kesedaran kolektif terhadap tanggungjawab global. Peranan mahasiswa dan juga sebagai rakyat dalam mendepani arus pemodenan negara ialah mahasiswa perlu menggali potensi bakat yang terdapat dalam diri masing-masing. Contohnya seperti mencungkil bakat dalam industri digital, seni, dan inovasi dengan menghadiri beberapa pertandingan yang berkaitan dengannya di peringkat daerah, negeri, IPT malahan di peringkat antarabangsa jika berkesempatan. Mahasiswa perlulah merebut peluang yang ada kerana peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup sahaja. Demikian mahasiswa juga dapat mengembangkan potensi kepimpinan yang ada dalam diri serta bekerjasama bersama-sama untuk mencari penyelesaian yang efektif ketika menghadapi masalah. Kesimpulannya, mahasiswa dapat menjadi pengaruh kepada perubahan sosial dengan mempromosikan nilai-nilai kepelbagaian, berterusan dan tanggungjawab sosial yang ada dalam sesebuah negara. Hal ini amatlah penting dalam mengatasi cabaran di dalam dan luar negara supaya mereka mampu berdaya saing dengan individu yang seumuran dengan mereka malahan yang lebih dewasa lagi.


16 Kesimpulannya, penggunaan teknologi dan inovasi yang betul dan tepat memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ekonomi negara yang sememangnya perlu diakui. Memahami dan mengadaptasi diri terhadap kemajuan teknologi dapat membantu meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa. Selain itu, kesedaran terhadap kepentingan pembangunan ekonomi yang inklusif dapat memastikan manfaat kepada ekonomi negara dapat disebarkan secara saksama di kalangan rakyat. Hal ini turut menjadi tanggungjawab bersama. Keupayaan untuk bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam masyarakat berbilang budaya adalah aspek lain yang perlu diperkukuhkan. Ini melibatkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, bahasa, dan tradisi, yang pada gilirannya memperkaya pengalaman hidup bersama. Memupuk semangat toleransi dan saling hormat membina tapak untuk masyarakat yang berpadu dan berdaya saing di peringkat global. Dalam menangani cabaran-cabaran global seperti pandemik atau krisis kemanusiaan, solidariti, dan kepekaan terhadap keadaan orang lain di seluruh dunia juga merupakan aspek penting. Sumbangan dalam bentuk bantuan kemanusiaan atau penyertaan dalam usaha-usaha antarabangsa dapat membina imej Malaysia sebagai negara yang prihatin dan berkongsi beban tanggungjawab global. Secara ringkas, peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merangkumi pelbagai aspek termasuk kelestarian alam, kemajuan ekonomi, kesepaduan masyarakat, teknologi, dan tanggungjawab global. Dengan kesedaran dan tindakan yang wajar dan sepatutnya.


17 REFLEKSI DIRI OLEH PUTERI NUR BATRISYIA – 33DFO23F1017 Apa yang saya dapati daripada program tersebut ialah rasa bertanggungjawab terhadap negara demi mempertahankan negara daripada diambil oleh kuasa luar walaupun terpaksa bertarung nyawa. Selain itu, semangat tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu. Seterusnya apa yang saya dapati ialah nilai murni iaitu saling bantu-membantu walaupun berjauhan antara satu sama lain menunjukkan tanda peduli terhadap ujian yang menimpa Palestine. Akhir sekali, keberanian dalam melakukan apa- apa sahaja tanpa memikirkan risiko yang akan datang kerana yakin adanya pertolongan dari Allah. Cabaran saya sebagai pelajar dalam melestarikan ketamadunan di Malaysia adalah dengan mengekalkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri. Patriotisme merupakan rasa kecintaan kepada tanah air manakala nasionalisme merupakan kefahaman dan perasaan menjunjung tinggi rasa kebangsaan dalam diri setiap individu. Tujuan kami berpendapat sedemikian sebagai salah satu cabaran kerana ada kalanya semangat tersebut boleh pudar atau bertambah. Oleh itu, kami telah mengambil beberapa langkah atau inisiatif dalam diri masingmasing untuk mengekalkan semangat patriotik dan nasionalis. Sebagai contoh, menghadiri dan turut serta dalam program yang berkaitan dengan semangat kebangsaan seperti Sambutan Kemerdekaan atau Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, program yang diadakan pada bulan kemerdekaan iaitu pada setiap bulan OGOS juga akan kami hadiri. Tidak dilupakan juga, program yang dianjurkan di peringkat universiti atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPT) yang sedang kami duduki iaitu Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) akan kami hadiri jika diberi kesempatan dan peluang atau pada waktu lapang. Dengan ini, bukan sahaja ia dapat menaikkan kembali semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri kami malahan dapat juga memupuk nilai penghargaan dan rasa kesyukuran ke atas kemerdekaan yang telah berjaya dicapai oleh pejuang-pejuang tanah air untuk membebaskan tanah Melayu dari penjajahan Inggeris Belanda dan Portugis.


18 Peranan saya sebagai mahasiswa dalam mendepani arus kemodenan negara adalah dengan memperdalam fahaman tentang punca permasalahan global ini berkaitan isu kemanusiaan serta memberi sokongan kepada kebijakan yang mendukung kepada hak asasi manusia seperti hak keselamatan diri demi kesejahteraan masyarakat di peringkat antarabangsa. Dengan demikian, tanggungjawab sosial membawa impak positif kepada diri dan masyarakat serta mampu mengatasi isu-isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia. Selain itu, ada sesetengah dari mereka menyalahgunakan visa melancong sebagai satu tiket untuk mencari rezeki di negara orang tetapi perniagaan mereka dijalankan secara haram tanpa pengetahuan dari pihak imigresen. Tidak salah untuk mencari sumber pendapatan di negara orang, tiada kuasa yang menghalang tetapi haruslah mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan imigresen negara tersebut, jika tidak mereka boleh dikenakan hukuman atau denda yang setimpal dengan perbuatan tersebut. Oleh itu, mengekalkan keselamatan pertahanan negara merupakan salah satu cabaran dalam menangani krisis luar negara kerana ia melibatkan kesemua negara, sekiranya yang terlepas merupakan tawanan penjara yang diburu dan dicari-cari oleh negara nya sendiri maka ia boleh mengganggu keselamatan negara tersebut ataupun negara lain. Peranan mahasiswa dalam mendepani krisis dalam dan luar negara ialah melibatkan diri dengan mempertingkatkan kemahiran digital dan teknologi, serta memahami impaknya ke atas kepelbagaian sektor terutamanya dalam sektor ekonomi dan sosial sesebuah negara. Dalam erti kata lain mereka juga berperanan sebagai agen sosial yang peduli terhadap masyarakat dengan menghulurkan bantuan melalui aktiviti-aktiviti sukarelawan seperti gotong-royong muafakat dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh badan NGO. Mereka tidak boleh sesekali menyampaikan maklumat yang salah dan palsu jika tidak mahu diambil tindakan, hanya maklumat tepat, sahih, padat dan bermanfaat kepada masyarakat sahaja diterima. Selain daripadanya mungkin akan dikenakan denda atau penjara jika maklumat tersebut boleh membawa kepada propaganda dan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Dapat disimpulkan bahawa mahasiswa bukanlah sekadar menjadi penerima kemajuan zaman semata tetapi juga menjadi individu yang proaktif dalam membentuk masa depan negara ke arah yang lebih baik.


19 Kesimpulan yang dapat diperoleh daripada peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah kepentingan untuk aktif menyumbang kepada pembangunan negara. Ini termasuklah kesedaran terhadap isu-isu sosial, ekonomi, dan alam sekitar, serta keterlibatan dalam aktiviti masyarakat. Menghormati perbezaan budaya, bersikap inklusif, dan menjunjung nilai-nilai moral dan etika juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di dalam masyarakat. Selain itu, kesedaran terhadap hak dan tanggungjawab sebagai warganegara serta penyertaan dalam proses demokrasi akan membentuk sebuah masyarakat yang lebih sengaja dan bertanggungjawab. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu mengenali bahawa peran dan tanggungjawab kita tidak hanya terhad kepada diri sendiri, tetapi juga membabitkan sumbangan positif kepada komuniti dan negara secara keseluruhan. Oleh itu penerapan nilai-nilai seperti integriti, kejujuran, dan sikap amanah dalam kehidupan seharian amat membantu dalam membina masyarakat yang dipenuhi dengan nilai moral yang tinggi. Melibatkan diri dalam inisiatif sukarela, program kebajikan, dan aktiviti keagamaan atau kebudayaan adalah cara-cara yang memperkukuhkan ikatan sosial di kalangan rakyat Malaysia. Ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan bantuan, tetapi juga memupuk semangat gotong-royong dan kebangkitan di dalam masyarakat.


20 LAMPIRAN/RUJUKAN Prof Madya Dr. Zulkifli Hasan. (2021, July 21).MOMENTUM GERAKAN MAHASISWA SEMASA PANDEMIK.https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1984219 Berita Harian Online. (2020, June 2).MAHASISWA NADI PENGGERAK MASYARAKAT BERTAMADDUN.https://www.google.com/url?q=https://www.bharian.com.my/rencana/suratpe mbaca/2020/02/653005/mahasiswa-nadipenggerakmasyarakatbertamadun&usg=AOvVaw2um5L0F6-shrQ9r9basCh&hl=en_MY Dr Rahman Ab Rahman. (2021, Jun 7).PENGAJARAN DARI PALESTIN | HARIAN METRO. https://www.hmetro.com.my/addin/2021/06/714717/pengajaran-dari-palestin KOMPAS TV. (2023, Oktober 20).3 RIBU LEBIH WARGA PALESTINA TEWAS AKIBAT SERANG ISRAEL PADA KHAMIS 19 OCTOBER2023 https://youtu.be/eFaGiZYJVQQ?si=xLksgcs66o_-Q0aO THE TELEGRAPH. (2023 November 7).They're all dead Dozens killed as Israel targets south Gaza https://youtu.be/XY3t80-vCJY?si=eFDTKTMk0DeRm8P2


Click to View FlipBook Version