The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bezixtaz82, 2021-12-02 02:57:17

SAMBUTAN HARI GURU, MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN MAJLIS APRISIASI TAHUN 2021 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO

TARIKH: 4 DISEMBER 2021(SABTU)
MASA: 9.00 PAGI
PAUTAN: https//aka.my?APC2021-PPDDARO

Keywords: hari guru apc arisiasi

Perutusan AHLI PARLIMEN P.207 IGAN

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita dapat meraikan Sambutan Hari Guru, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi 2020), & Majlis Apresiasi Tahun

2021 Pejabat Pendidikan Daerah Daro pada kali ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan syabas dan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Daro atas kejayaan menganjurkan majlis tiga (3)
dalam satu (1) bagi menghargai warga pendidik yang berkhidmat dengan penuh dedikasi di bumi bertuah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada semua warga pendidik seliaan PPD Daro
atas segala jasa dan pengorbanan anda semua mendidik anak bangsa dan menyumbang kepada pembangunan modal insan yang mampan. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu”. Tema ini memberi penekanan terhadap peranan penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun ini suasana
sambutan Hari Guru jauh berbeza, lantaran kita masih lagi berdepan dengan penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat diraikan. Sumbangan, jasa, bakti
dan pengorbanan para guru selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua. Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah landskap pendidikan
di negara kita. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berhubung
dengan pelajar. Ramai yang menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, cikgooTUBE dan Zoom untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau homebased learning. Tidak kurang juga cikgu yang
menggunakan WhatsApp dan Telegram, di samping ada juga cikgu yang menyampaikan latihan sukan secara online. Namun saya sedar bahawa masih ada kekangan dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian di
rumah kerana tidak semua murid mempunyai akses Internet yang baik. Ramai juga yang tidak memiliki peranti yang sesuai. Bagi pelajar dalam kumpulan ini, saya tahu cikgu telah menggunakan pelbagai kaedah lain.
Sebagai contoh, ada yang mencetak soalan untuk kerja rumah murid dan bekerjasama dengan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) bagi menghantar latihan ke rumah murid. Saya amat terharu dan sangat menghargai
kesungguhan para guru dan ibu bapa kita Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada guru-guru yang telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
dalam semua program yang diceburi.Bagi warga pendidik di bawah seliaan PPD Daro yang lain, anda juga hebat. Saya sanjungi dan julang kecemerlangan anda semua. Untuk memastikan pihak sekolah terus komited dan
menyokong pembelajaran anak-anak secara berterusan, pelbagai aktiviti, dan program telah berjaya dilaksanakan. Semua program ini menuntut penglibatan pihak sekolah sama ada dalam kalangan guru, murid atau AKP.
Maka, dalam majlis hari ini, kejayaan semua pihak dalam kesemua aspek di sekolah, terutama yang melibatkan murid juga diiktiraf dalam majlis yang gemilang ini. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan
SELAMAT HARI GURU, SALAM APRESIASI dan TERIMA KASIH CIKGU kepada semua warga pendidik di daerah Matu- Daro-Tanjong Manis ini. Harapan saya, jadilah warga pendidik yang dapat memartabatkan profesion
keguruan ke tahap yang lebih tinggi. Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Semoga warga pendidik sekalian akan terus
dilimpahi rahmat dan diberikan keupayaan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah menabur benih-benih ilmu dan membugar keluhuran akhlak insan di ladang pendidikan yang subur ini. “Berguru demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu”.
Dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan Sambutan Hari Guru, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi 2020), & Majlis Apresiasi Tahun 2021 Pejabat Pendidikan
Daerah Daro pada kali ini.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Perutusan TIMBALAN PPD SEKTOR PERANCANGAN
(MEMANGKU TUGAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH)

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita dapat meraikan Sambutan Hari Guru, Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (Prestasi 2020), & Majlis Apresiasi Tahun 2021 Pejabat Pendidikan Daerah Daro pada kali ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Sambutan Hari Guru, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(Prestasi 2020), & Majlis Apresiasi Tahun 2021 Pejabat Pendidikan Daerah Daro kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini bagi menghargai warga pendidik
yang berkhidmat di daerah Matu, Daro dan Tanjong Manis. Majlis ini merangkumi tiga (3) majlis iaitu Sambutan Hari Guru, Majlis Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi
2020), dan Majlis Apresiasi Tahun 2021.Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pentadbir sekolah, guru-guru
serta warga sekolah kerana telah menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab sepanjang sekolah beroperasi dalam suasana yang mencabar ini.
Semoga sokongan sedemikian dapat diteruskan bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Sejajar
dengan tema hari guru pada tahun ini, iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” warga pendidik di daerah ini juga tidak ketinggalan dalam menceburkan diri
dalam program atau aktiviti yang dipertandingkan di pelbagai peringkat. Jelas bahawa warga pendidik berperanan penting dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan
membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mencapai pelbagai kejayaan
cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada seramai 85 orang warga pendidik dalam kalangan guru dan
AKP yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Prestasi 2020. Semoga prestasi kerja cemerlang sedemikian dapat diteruskan tanpa mengira
halangan dan cabaran yang datang. Akhir kata, saya mewakili jawatankuasa pengelola majlis ini ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan
majlis ini.
















































































Click to View FlipBook Version