The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

_BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SKPS 2023. Latest.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mutiaraputih1505, 2023-06-02 11:29:54

_BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SKPS 2023. Latest.pptx

_BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SKPS 2023. Latest.pptx

2023/2024 Buku Panduan PENGURUSAN SEKOLAH SK PULAU SERAI, PEKAN. PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 2.0 09-4266437 09-4266440 [email protected]


MUKA SURAT 1 2 – 3 4 – 5 6 7 8 9 10 11 – 12 13 14 – 16 17 – 23 24 – 32 33 – 34 35 – 37 38 39 – 43 44 – 45 46 47 48 49 – 62 63 – 65 66 – 69 70 – 71 72 - 73 74 – 75 76 – 81 82 – 91 92 – 97 98 – 107 KANDUNGAN BIL PERKARA 1 Kata Aluan Guru Besar 2 Rukun Negara & Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3 Visi dan Misi KPM 4 Lagu Sekolah 5 Logo Sekolah dan Pengertian 6 Profil Sekolah 7 Pelan Kedudukan Sekolah 8 Pelan Sekolah dan Kawad Kebakaran 9 Fokus Sekolah 10 Piagam Pelanggan 11 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 12 Panduan Am 13 Pengurusan dan Pentadbiran 14 Pembelajaran Berkualiti 15 Standard Kualiti Pengurusan Panitia 16 Faktor-faktor Peningkatan Akademik 17 Bidang Tugas Guru 18 Kalendar 2023 19 Penggal Persekolahan 2023 20 Daftar Hari Kelepasan AM Negeri Pahang 21 Minggu Persekolahan 22 Takwim Persekolahan Sesi 2023 23 Jadual Guru Bertugas 2023 24 Senarai Penjawatan Guru dan Kakitangan SKPS 2023 25 Enrolmen Murid Mengikut Kelas 26 Jadual Pencerapan PdPc dan Semakan Buku Tulis 2023 27 Carta Organisasi 28 Pengurusan dan Pentadbiran 29 Kurikulum 30 Hal Ehwal Murid 31 Kokurikulum


KATA ALUAN GURU BESAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhat ila dan Salam Sejahtera Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya Alhamdulillah, dan syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan serta dengan izinNya, kita dapat lagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik di SK Pulau Serai pada tahun ini. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah serta jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah SK Pulau Serai , Pekan kerana telah berjaya menyiapkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah untuk tahun 2023. Buku Panduan Pengurusan Sekolah ini disediakan setiap tahun adalah untuk dijadikan rujukan dan garis panduan kepada warga sekolah untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan berkesan. In sya Allah Sejagat sedang mendepani VUCA iaitu menggambarkan keadaan dunia yang tidak stabil (volatility), tidak pasti (uncertainty) rumit (complexity) dan kabur (ambiguity) disukarkan lagi dengan cabaran COVID19 pastinya merupakan cabaran besar kepada para guru dan warga sekolah untuk memastikan kemenjadian murid yang seimbang dapat direalisasikan. Kesemua perubahan dan cabaran pendidikan harus diterima dengan hati terbuka dan sewajarnya warga pendidik yang menjadi peneraju serta pelaksana dapat menjalankan amanah untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia dengan sebaik mungkin. Situasi ini amat menuntut warga pendidik lebih prihatin, komited dan mempunyai daya juang yang tinggi dalam mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak bangsa yang kita didik menjadi insan yang seimbang, bukan sahaja berjaya tetapi saling menghormati, amanah, berdaya usaha dan mengamalkan nilai hidup Islam. Saya amat yakin guru-guru dan kakitangan di sekolah ini berupaya untuk bersama-sama merealisasikan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti. Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga bersatu hati dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan SK Pulau Serai dengan ikhlas. #kerjasamakerjasamasama PUAN NOR AKILIN BINTI MOHD LAZIM GURU BESAR SK PULAU SERAI, PEKAN. 1 | Page


RUKUN NEGARA & FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 2023


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, Kepercayaan Kepada Tuhan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. RUKUN NEGARA RUKUN NEGARA & FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3 | Page


KPM VISI & MISI


VISI KPM Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. MISI KPM MISI DAN VISI KPM 5 | Page


LOGO SEKOLAH 7 | Page WARNA BIRU (LUAR) Melambangkan harapan masyarakat WARNA BIRU (DI DALAM) Melambangkan kesepaduan cita-cita dan hasrat ibubapa yang selaras dengan sekolah 6 GELUNG Melambangkan kesatuan dan kesepaduan usaha untuk merealisasikan hasrat dan harapan kecemerlangan berteraskan 6 teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan berlandaskan 6 rukun iman BELANG MERAH PUTIH DAN HITAM BERBENTUK ‘U’ Laluan kecemerlangan yang terancang dan terarah bagi semua pelajar SKPS Keberanian meneroka ilmu demi untuk mencapai cita-cita suci dan mulia Lambang kesepaduan negeri dan kebangsaan BUKU TERBUKA Rujukan utama Punca ilmu dunia akhirat OBOR Gambaran sinaran ilmu yang berteraskan Al-Quran yang boleh menerangi seluruh alam semesta. BULAN BINTANG BERLATARKAN WARNA BIRU Kecemerlangan dan kegemerlapan Negara Malaysia akan dibangunkan dengan kesepaduan ilmu yang berteraskan keagamaan WARNA KUNING Latar belakang ‘Sekolah Kebangsaan Pulau Serai’ dan cogan kata sekolah ‘Bersatu Berusaha Berjaya’ Melambangkan Institusi Beraja (Negeri) ditunjangi dengan ilmu.Institusi sekolah dan pendidikan berkait rapat Institusi Beraja-dirangkumi hasrat rakyat dan kehendak pemerintah yang tidak dapat dipisahkan. Bahkan perlu digabung dan dimenterikan agar Institusi sekolah,Raja dan Demokrasi Berparlimen dapat diteguhkan dan dipelihara dengan ikatan yang utuh berlandaskan keislaman( warna hitam)mengelilingi semua institusi.


PROFIL SEKOLAH SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pulau Serai ini terletak di Kampung Pulau Serai Pekan. Ia telah dibuka dan mula beroperasi pada 4 Januari 2010 secara rasminya. Kod Sekolah adalah CBA 5089. Serahan sekolah ini telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Negeri Pahang iaitu Tuan Abdul Hamid Bin Abu Bakar. Guru Besar yang pertama Puan Hajah Zaharah binti Mohd Salleh. Sekolah ini bermula dengan 17 orang guru dengan kapasiti murid awal seramai 214 orang murid. Barisan Pentadbir awal adalah Puan Hajah Zaharah binti Mohd Salleh selaku Guru besar sekolah, Encik Mohammad Bin Ismail selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Lailawati Binti Hasni selaku guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Salimar binti Mohammad selaku guru penolong kanan kokurikulum dibantu oleh 3 orang AKP. 8 | Page


PROFIL SEKOLAH 8 | Page SEJARAH SEKOLAH Kini Tahun 2022 SK Pulau Serai diterajui oleh Pn Nor Akilin Bt Mohd Lazim (Guru Besar) dibantu oleh barisan Guru Penolong Kanan, En Mohd Azraie B Ibrahim @ Abdullah (GPK Pentadbiran), Pn Masmaliza Bt Ahmad (GPK HEM), dan En Mohd Rosdi B Mohd Dawi (GPK Kokurikulum) . Disamping 20 orang guru, 2 lelaki 18 perempuan dan 3 orang AKP.


PELAN KEDUDUKAN SEKOLAH 9 | Page


PELAN SEKOLAH & KAWAD KEBAKARAN 10 | Page


FOKUS SEKOLAH PEMBINAAN SAHSIAH YANG BERKUALITI - FOKUS MURID 01 • Satu konsep bagi merealisasikan amalan/budaya Islam dan nilai-nilai murni seperti yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara/Kebangsaan. • Menjadikan Musalla Sekolah sebagai pusat tarbiah pendidikan. • Menggalakkan murid-murid solat Fardu secara berjemaah sebelum menjalankan aktiviti kokurikulum atau lain-lain kegiatan • Melatih murid-murid membaca, menghafal dan mengamalkan doa-doa harian • Melatihkan murid-murid mengamalkan budaya memberi salam dan lain-lain nilai murni BERKAT – FOKUS GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN • Pendekatan kerja secara kolaboratif 02 • Bekerja dengan ikhlas, amanah dan ceria demi mencari keredaan Allah • Mewujudkan suasana permuafakatan bekerja, bertukar-tukar fikiran atau pendapat berkonsepkan "Berat Sama Dipikul dan Ringan Sama Dijinjing“ • Menghormati rakan sekerja dan menjaga nama baik organisasi • Bersatu hati dan tenaga dalam menjayakan program-program sekolah • Mewujudkan suasana kerja yang kreatif dan inovatif SEPAKAT - FOKUS PIBG DAN IBU BAPA 03 • Menanam sikap bantu membantu di antara ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat • Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan mengatasi lain-lain masalah • Merealisasikan konsep ‘Anak-Anak Adalah Tanggungjawab Kita Bersama’ • Mengadakan program motivasi kepada ibu bapa • Mengadakan program mendekatkan ibu bapa dan masyarakat setempat dengan sekolah • Mengadakan program ‘Kunjungan Mesra’ di antara guru dengan ibu bapa • Mewujudkan hubungan baik di antara sekolah dengan gensi-agensi luar 11 | Page


FOKUS SEKOLAH 01 KECEMERLANGAN AKADEMIK (KURIKULUM) • Memastikan pencapaian PBD akan terus meningkat dari tahun ke tahun • Mempertingkatkan bilangan murid yang berkualiti dalam PBD • Memberi pendedahan dan pendekatan awal kepada murid-murid tentang pentingnya menguasai kemahiran untuk kecemerlangan • Memupuk semangat dan budaya suka membaca dikalangan murid-murid • Mempastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas 3M • Mengamalkan konsep pengayaan dan pemulihan bagi mempastikan setiap murid dapat mengembangkan potensi diri 02 KECEMERLANGAN INSAN (HEM) ∙Mempastikan murid-murid melaksana dan menyempurnakan semua kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ∙@ tanggungjawab kepada keluarga ∙@ tanggungjawab kepada sekolah ∙@ tanggungjawab kepada guru ∙@ tanggungjawab kepada pelajaran ∙@ tanggungjawab kepada aktiviti kokurikulum ∙@ tanggungjawab kepada rakan-rakan ∙@ tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara ∙Mempastikan murid-murid mengamalkan ciri-ciri disiplin yang baik ∙Membentuk sahsiah diri murid-murid supaya menjadi anak yang soleh ∙Mewujudkan suasana mesra, ceria, berilmu dan beramal ∙Menanamkan sikap suka bekerjasama dan bergotong-royong sesama mereka 03 KECEMERLANGAN AKADEMIK (KURIKULUM) • Membentuk kecergasan mental dan fizikal murid melalui aktiviti kokurikulum • Mewujudkan semangat kesukanan yang sihat dan ukhwah • Memupuk cara berfikir dan cara bersosial yang betul melalui aktiviti persatuan • Mempertingkatkan daya ketahanan diri murid dalam menghadapi pelbagai situasi • Memahamkan murid-murid supaya dapat menghargai nilai-nilai kebudayaan dan bakal yang ada pada diri sendiri KECERIAAN SEKOLAH 04 • Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif • Menjaga kebersihan dan kecantikan sekolah • Mewujudkan medan rehat di sekitar sekolah • Memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap sekolah • Merealisasikan konsep ‘Sekolahku Rumahku • Menjadikan sekolah sebagai pusat maklumat dan ilmu kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran 12 | Page


PIAGAM PELANGGAN 13 | Page


PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan • Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. • Komitmen komuniti yang padu • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik; • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. • Memantapkan kepimpinan sekolah • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid APA ITU TS25? MELAHIRKAN MODAL INSAN UNGGULMELALUI : OBJEKTIF TS25? TERAS TS25? 15 | Page


Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi Komitmen komuniti yang padu. MATLAMAT TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 16 | Page


PANDUAN AM


PANDUAN AM 1. Arahan Am 1.1 Selaku pegawai kerajaan, warga SKPS adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah AM Kerajaan. Oleh itu semua warga SKIS hendaklah memahami dan mematuhi Perintah AM tersebut. 1.2 Semua warga SKPS dikehendaki membaca, memahami dan boleh mentafsir dengan tepat akan kanduagan Perintah Am dan arahan perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau sumber mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua warga SKPS dikehendaki mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang 1.5 Guru hendaklah sentiasa mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas 2. Kedatangan 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah 2.2 Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum waktu belajar dan merekod kehadiran menggunakan kad perakam waktu semasa sampai dan waktu pulang dari sekolah 2.3 Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar kepada pihak sekolah dengan kadar segera 2.4 Semua bentuk urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan 3. Keluar Waktu Mengajar 3.1 Guru tidak dibenar untuk meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar 3.2 Guru hendaklah mengisi borang kebenaran keluar selaras dengan arahan Perintah Am 5 Bab G. Kelulusan atau kebenaran daripada Guru Besar atau Pegawai Penyelia perlu diperolehi sebelum keluar 3.3 Selaras dengan dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI), bahan PdPc untuk murid perlu disediakan dan diserahkan kepada Guru Bertugas Mingguan atau Guru Penolong Kanan untuk digunakan oleh guru lain yang mengganti kelas yang ditinggalkan 4. Cuti 4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046 SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Namun begitu guru boleh dipanggil untuk bertugas oleh Guru Besar tidak lebih daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian selain daripada tugas mengajar. 18 | Page


PANDUAN AM 4.2 Cuti Sakit 4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturutturut hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan 4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun 4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putusputus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. 4.3 Cuti Tanpa Gaji 4.3.1 Berdasarkan Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak 4.3.2 Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak lebih 180 hari 4.3.3 Kelayakn Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun 4.3.4 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti 4.4 Cuti Sambilan 4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja 4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara keagamaan bagi tempoh tujuh hari dalam setahun 4.5 Cuti Keluar Negera Semua guru yang hendak bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah sampai ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 4.6 Setiap kakitangan dan guru layak untuk mendapatkan cuti tetepi menjadi hak Guru Besar / Jabatan Pendidikan Negeri / Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meluluskannya. 5. Pakaian 5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan profession keguruan dan masyarakat timur. 5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan 5.3 Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan rambut yang kemas dan sesuai 5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai 5.4.1 Guru PJ perempuan : Seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T/ sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit 5.4.2 Guru PJ lelaki : seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T/sukan, baju trek atau jersi, kasut getah tanpa tumit. 19 | Page


PANDUAN AM 6. Perhubungan Sesama Guru 6.1 Guru sewajarnya membentuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka di samping berusaha mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman/ pendapat kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah 7. Bilik Guru 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru. 7.2 Guru boleh berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Waktu tersebut di anggap sebagai ‘non teaching period’ bukannya ‘free period’. Waktu tersebut hendaklah digunakan untuk melakukan perkara- perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3 Guru tidak digalakkan untuk membawa pelajar ke dalam bilik guru 7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana- mana pihak. 8. Perjawatan dan Pengajaran 8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka hendaklah berurusan dengan Pembantu Tdabir atau Guru Besar 8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, hendaklah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan atau Guru Penolong Kanan 9. Tugas 9.1 Setiap tugasan dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan pentadbiran hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan beramanah. 9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas seseorang guru mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas arahan tersebut. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar. 9.3 Guru boleh dan digalakkan untuk meminta kerjsama atau bantuan daripada guru lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 10. Buku Rekod Mengajar 10.1 Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan buku Rekod Mengajar. Segala maklumat hendaklah dilengkapkan dengan kemas dan betul. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk tujuan semakan. 10.2 Jika seseorang guru itu bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan 10.3 Buku Rekod Mengajar diserahkan ke Pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 20 | Page


PANDUAN AM 11. Jadual Waktu 11.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu Salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan dalam kelas 11.2 Jadual Waktu tidak boleh dipinda tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu 12. Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) 12.1 Guru Kelas bertanggungjawab untuk melengkapi setiap maklumat yang diperlukan di dalam APDM. Segala arahan dan kehendak- kehendan mengenainya tercetak di bahagian kulit hadapan buku tersebut. 12.2 APDM hendaklah diurus dengan kemas, teratur 12.3 APDM hendaklah sentiasa dikemas dan diuruskan dengan baik. 12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau selang seli dalam satu minggu hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid jika tidak ada sebarang keterangan bertulis / lisan. 12.5 Analisis hendaklah dibuat pada setiap hari akhir bulan persekolahan dan disahkan oleh Guru Penolong Kanan HEM 13. Kebersihan 13.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Guru kelas hendaklah menyediakan jadual giliran bertugas pelajar untuk menjaga kebersihan kelas. Segala alatan pembersihan hendaklah digunakan dengan cara yang betul dan disimpan di tempat yang selamat. 13.2 Guru-guru yang disediakan bilik-bilik khas untuk pengajaran dan pembelajaran atau pengurusan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan kebersihan bilik tersebut. 13.3 Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar. 14. Surat Menyurat 14.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan 15. Surat yang diterima 15.1 Semua surat yang dialamatkan kepada sekolah / Guru Besar hanya boleh dibuka oleh Guru Besar. Dalam keadaan tertentu kakitangan / guru yang diarahkan membuka surat adalah dibenarkan. 15.2 Surat yang ditujukan atas nama peribadi adalah menjadi hak pemiliknya untuk membukanya. 15.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada Guru Besar, surat itu bolehlah disimpan sendiri setelah tindakan diambil. 21 | Page


PANDUAN AM 15.4 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar tetapi untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah : - 15.4.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpananya 15.4.2 Mengambil tindakan yang sewajarnya 15.4.3 Memulangkan semula fail tersebut ke pajabat 16. Membeli barang 16.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan “borang nota minta” yang disediakan di pejabat. 16.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. 16.3 Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pesanan Tempatan. 16.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 17. Pelawat 17.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar 18. Kegiatan Kokurikulum 18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan teratur 19. Perhimpunan Sekolah 19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan. 19.2 Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 19.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah 20. Mesyuarat Guru / Perjumpaan Mingguan (KIK) 20.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kehadiran semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan 20.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan / Ketua Panitia. 21. Buku Stok / Inventori 21.1 Guru Kanan / Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus buku stok / inventori dan memastikan maklumat dicatat dengan tepat, lengkap dan dikemaskini dalam jangka waktu yang ditetapkan. Buku ini dari masa ke semasa akan disemak oleh Guru Besar. 22. Tanda Nama 22.1 Semua guru dan kakitangan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah dan di luar sekolah. 22 | Page


PANDUAN AM 23. Keahlian Kelab Guru dan Kakitangan (PSKPP) 23.1 Semua guru secara automatic menjadi ahli kelab guru dan kakitangan sekolah 23.1 Jumlah yuran kelab tertakluk kepada keputusan mesyuarat 24. Penggunaan Alatan 24.1 Penggunaan alatan hendaklaj betul serta mengikut peraturan 24.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok 24.3 Memulangkan peralatan yang telah digunakan dengan segera dalam keadaan baik setelah selesai digunakan 24.4 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera sebelum, semasa atau selepas digunakan 25. Arahan dan Pekeliling 25.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi 25.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, adalah menjadi tanggungjawab sendiri untuk menyimpannya. 25.3 Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, guru hendaklah mengembalikan ke pejabar sekolah setelah di ambil tindakan. 26. Kunci 26.1 Semua kunci sekolah hendaklah disimpan ditempat yang disediakan di pejabat. 26.2 Mana-mana guru yang ingin menyimpan kunci bilik-bilik tertentu hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut akan bertanggungjawab terhadap bilik itu sepenuhnya 27. Acara atau Majlis Sekolah 27.1 Kehadiran semua guru dalam mana-mana majlis atau acara rasmi sekolah adalah diwajibkan 28. Laman Web Berkaitan Urusan Sekolah 28.1 Setiap guru/ kakitangan bertanggungjawab menyimpan “ID” dan “Password” bagi setiap aplikasi / portal dalam talian yang berkaitan dengan diri sendiri. 28.2 Bertanggungjawab untuk menyimpan dan mengemaskini maklumat diri dari masa ke semasa berdasarkan arahan yang ditetapkan 28.3 Hanya guru yang diberikan tanggungjawab yang dibenarkan membuka, melihat dan mengemaskini aplikasi / portal sekolah. 29. Arahan Semasa 29.1 Semua guru dan kakitangan adalah tertakluk kepada arahan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar / Pegawai Penyelia dari masa ke semasa. 23 | Page


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


MESYUARAT KURIKULUM 01 02 03 04 05 Aluan Pengerusi Majlis Perkara berbangkit Laporan Bahagian (Perancangan/ aktiviti/ isu) Peruntukan Kewangan Hal-hal Lain MESYUARAT KURIKULUM Panduan Laporan Bahagian : Bilangan mesyuarat Laporan semakan buku ( mutu semakan, latihan, kerja murid, jumlah latihan, pembetulan, keterlibatan murid dalam semakan, semakan kemaskini ) Laporan / rumusan pencerapan ketua panitia dan rakan sejawat, jumlah pencerapan, kekerapan, KBAT, BBM, inovasi, perkongsian idea dan tindakan susulan. Program PKKP (program baru / diterusankan / digugurkan) dan status program. Pencapaian berdasarkan standard kualiti yang ditentukan. 25 | Page


MESYUARAT HAL EHWAL MURID Panduan Laporan Bahagian : Bilangan mesyuarat Perancangan aktiviti, masalah dan tindakan susulan / strategi mengatasi masalah Pencapaian berdasarkan standard kualiti. 26 | Page


MESYUARAT KOKURIKULUM Panduan Laporan Bahagian : Bilangan mesyuarat / kekerapan aktiviti Status program / pelaksanaan perancangan, kehadiran / penyertaan dan pencapaian Masalah dan strategi Pengikhtirafan 27 | Page


MESYUARAT KELAB & PERSATUAN Panduan Laporan Bahagian : Minit mesyuarat / laporan hendaklah disediakan oleh murid dengan bimbingan guru Aluan Pengerus i Perkara berbangk it Aktiviti / isu 28 | Page


MESYUARAT PANITIA MATAPELAJARAN Panduan secara am seperti di bawah : Mesyuarat empat kali setahun Mesyuarat terbahagi kepada dua iaitu formal dan tidak formal Mesyuarat formal – mengikut agenda seperti di atas dan boleh diubahsuai mengikut keperluan Edaran minit : Formal – 7 hari selepas mesyuarat Tidak formal – 3 hari selepas mesyuarat Edaran dalaman : Guru Besar, semua GPK selain dari ahli Fokus utama perbincangan kedua-dua jenis mesyuarat ialah mengenai peningkatan P&P serta latihan yang strategik dan program peningkatan prestasi 29 | Page


Panduan secara am seperti di bawah : Merancang program dan pelaksanaan serta tindakan untuk penambahbaikan dan keberkesanannya Melibatkan aktiviti persatuan / kelab akademik untuk membantu meningkatkan pencapaian kurikulum Melaksanakan penyemakan, penyusunan dan pengauditan BBM untuk keperluan jangka pendek dan panjang serta berusaha menambahkan BBM dari masa ke semasa Bertanggungjawab kepada PSS bagi membantu penggunaannya sebagai nadi peningkatan ilmu pengetahuan STRUKTUR PENGURUSAN DAN KERANGKA “KUASA” (AUTHORITY) Guru Besar menentukan masa dan tanggungjawab setiap pegawai dan staf yang mengguna, melaksana dan mengesahkan semua kerja yang mempunyai kesan ke atas kualiti. Tugas dan tanggungjawab personal adalah seperti yang dinyatakan dalam prosedur kualiti. Masing-masing bertanggungjawab kepada bidang tugas mengikut Standard Quality ditetapkan dan mencegah ketidakuran Pelaksanaan : - Menyediakan carta organisasi yang jelas Merobohkan banteng birokrasi Menyediakan prosedur, standard kualiti dan carta aliran kerja yang jelas atau sekurang-kurangnya panduan / senarai tugas dan bidang kuasa 30 | Page


Pelbagai kaedah dan suasana kondusif sama ada di dalam serta di luar bilik darjah :- Sentiasa berlaku perkongsian melalui pencerapan rakan sejawat bagi mendapatkan P&P yang berkesan dan strategic Menjadikan perbincangan tidak formal di antara guru dan staff sebagai perbincangan professional yang berfokuskan P&P di luar dan di bilik darjah Mencadang / menyediakan pelbagai bahan bacaan / sumber bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran KAJIAN DAN PERANCANGAN Mempunyai Bank Data ( Folio A ) dan perancangan program ( Folio B ) Pelaksanaan : Folio A & B lengkap, kemaskini dan digunakan sepenuhnya PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN PEMANTAUAN SISTEMATIK Pemantauan proses pencerapan di bilik darjah & penyeliaan aktivti di luar bilik darjah. Pemantauan input : - Penilaian kualiti peribadi guru ( sikap, pengetahuan, keupayaan, menghadapi cabaran, kemahiran P&P, komunikasi dan kaunseling ) Penilaian kualiti diri murid ( sikap terhadap sekolah, pelajaran, guru, amalan nilai-nilai murni dan cita-cita ) 31 | Page


Pelaksanaan : - Menjalankan pemantauan seperti dirancang ( mengikut jadual dan keperluan dan berterusan serta penglibatan individu / pasukan yang ditentukan ) Mempunyai rekod Menyimpan alat dan maklumat kemas Melaksanakan kajian / pengesanan keperluan dan keberkesanan serta tindakikut Menggunakan kaedah dan sumber :- 32 | Page


PEMBELAJARAN BERKUALITI A. PENEKANAN KEPADA PEMBELAJARAN BERKUALITI IKLIM PEMBELAJARAN KONDUSIF HARAPAN & HALATUJU PELAJARAN RANGKAIAN BANTUAN EFISYEN KAEDAH PEMBELAJARAN EFEKTIF PEMBELAJARAN PELAJAR RASA TANGGUNGJAWAB UNTUK CEMERLANG MOTIVASI DIRI DIUTAMAKAN PEMUAFAKATAN : BELAJAR BERPASUKAN DAN KENDIRI TANGGUNGJAWAB & RISIKO : DIDIK PELAJAR HARUNGI RISIKO SETIA DIRI : KEMAMPUAN CERMIN DIRI & SETIA DIRI 33 | Page


PEMBELAJARAN BERKUALITI B. PENEKANAN KEPADA PENGAJARAN PEMBELAJARAN GURU AMALAN PENGAJARAN MENILAI DIRI LATIHAN KEMAHIRAN DIRI PEMUAFAKATAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PEMUAFAKATAN PROGRAM & KAEDAH PENGAJARAN PENGURUSAN PENGAJARAN YANG EFEKTIF 34 | Page


STANDARD KUALITI PENGURUSAN PANITIA FAIL PANITIA KANDUNGAN FAIL FAIL A Panduan pengurusan fail Senarai jawatankuasa Senarai guru mengajar kelas Takwim panitia Surat pekeliling atau siaran dari (KPM, JPN, PPD dll) Panggilan atau notis mesyuarat Minit mesyuarat Surat terima dan keluar Perancangan aktiviti Cadangan pembelian FAIL PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DATA & ANALISIS & JPU KOLEKSI SOALAN PERSATUAN A B C D E 35 | Page


STANDARD KUALITI PENGURUSAN PANITIA KANDUNGAN FAIL FAIL B Sukatan pelajaran Rancangan pelajaran tahunan Rancangan pelajaran harian Jadual waktu pencerapan & dokumen Rekod semakan buku latihan murid Senarai buku yang digunakan FAIL C Analisis peperiksaan Senarai nama murid / buta huruf 3M / intervensi / pemulihan Jadual penentu ujian (JPU) FAIL D Soalan-soalan yang disediakan oleh panitia Soalan-soalan luar (daripada sekolah, kelompok, daerah, PSPN, negeri dan luar FAIL E Perlembagaan Nama penasihat dan jawatankuasa Rancangan tahunan kelab / persatuan Rekod pencapaian Senarai ahli Kehadiran ahli 36 | Page


STANDARD KUALITI PENGURUSAN PANITIA NOTA : ❖ Agihan tugas untuk menyelenggarakan fail ❖ Kandungan fail boleh berubah mengikut keperluan ❖ Setiap fail mengandungi kandungan minit bagi mencatat surat masuk / keluar ❖ Surat masuk ditulis dengan dakwat merah ❖ Surat keluar ditulis dengan dakwat hitam / biru ❖ Setiap surat diberikan nombor dan ditulis di dalam bulatan JAWATANKUASA PANITIA ✔ PENASIHAT : GURU BESAR ✔ PENGERUSI : GURU KANAN MATA PELAJARAN (dilantik) ✔ SETIAUSAHA : GURU KANAN MATA PELAJARAN ✔ AHLI : Semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut 37 | Page


FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENINGKATAN AKADEMIK 1. KEPIMPINAN PENTADBIR Mengambil hati semua yang terlibat (guru, murid, penjaga) Sama-sama turun padang mengenal pasti kelemahan dan tindakan mengatasi Membimbing guru mengaplikasi kaedah P&P yang berkesan Memberikan motivasi berterusan kepada guru dan murid Menerapkan nilai-nilai murni Menunjukkan minat dan teladan menjalankan pemantauan ke atas kerja bertulis Sentiasa berbincang dengan guru Memberi segala kemudahan yang boleh Menimbulkan suasana yang menyeronokkan 2. KOMITMEN GURU Sanggup bekerja tidak kira masa Menjadi mentor kepada semua murid tanpa mengira tahap kebolehan murid bekerjasama dengan murid mewujudkan kelas ceria, kondusif dan informatif Menerima tanggungjawab diberikan dengan positif 3. PROGRAM SEKOLAH TERANCANG Kelas bimbingan ( sabtu ) Kelas tuisyen Program pagi ( Panitia ) Program motivasi Perjumpaan bersama penjaga Bengkel kemahiran belajar Tip-tip menjawab soalan Program kecemerlangan kelompok & daerah Ujian pengesanan dan soalan-soalan luar Belajar lah Sayang – kerja rumah yang dibantu oleh penjaga Bacaan Yassin 4. PENGLIBATAN PENJAGA Menggalakkan memberi sumbangan ke sekolah Membantu menceriakan bilik darjah Sentiasa berkomunikasi dengan guru yang mempunyai masalah pembelajaran 38 | Page


BIDANG TUGAS GURU GURU KELAS 1. Pengurusan dan Organisasi Kelas ❖ Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, AJK Kebersihan Kelas ( membersih papan putih dan menyapu kelas, menyusun kerusi dan meja, membuang sampah, mengelap tingkap, menyediakan langsir dan Bungan dalam kelas ) ❖ Menentukan perkara-perkara berikut ada dalam kelas : ❖ Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan ❖ Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak ❖ Membimbing organisasi kelas yang dilantik untuk menjalankan tugas ❖ Mengemaskini sudut-sudut mata pelajaran di kelas dan sudut NILAM ❖ Mempastikan program NILAM dijalankan waktu rehat ❖ Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bersama guru yang berkaitan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sesuatu masalah. ❖ Melengkapkan boring-borang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki. ❖ Mengenalpasti dan menyediakan senarai nama murid yang tidak menguasai 3M. 2. Mengurus APDM Mempastikan data pelajar sentiasa dikemaskini Mengambil tahu sebab pelajar tidak hadir 4. Laporan pelajar, Sijil Berhenti dan Surat Akuan ✔ Mempastikan setiap pelajar mempunyai fail peribadi, rekod profil, fail lembaran kerja ✔ Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik murid selepas penilaian ✔ Menghantar rekod profil untuk ditandatangani oleh pentadbir ✔ Menyampai rekod profil kepada penjaga untuk ditandatangani dan memastikan rekod tersebut dikembalikan untuk simpanan ✔ Mengadakan buku komunikasi bagi setiap pelajar 5. Masalah Pembelajaran Kesihatan dan Disiplin o Memberi galakan, motivasi dan meransangkan minat pelajar terhadap akademik o Sentiasa prihatin terhadap masalah pelajar o Melapor kepada GPK HEM jika terdapat murid mempunyai masalah berkaitan o Melapor kepada Guru Bimbingan jika terdapat kes o Melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin o Menulis surat amaran tidak hadir kepada penjaga murid yang ponteng sekolah Jadual waktu kelas Jadual bertugas Perabot Alat pembersihan TOV, target & keputusan peperiksaan 40 | Page


BIDANG TUGAS GURU PERATURAN BILIK DARJAH Berdiri dan memberi salam / ucap selamat kepada mana-mana guru dan tetamu yang masuk Beratur sebelum masuk ke kelas di waktu pagi, sebelum dan selepas rehat dan sebelum pulang Bertugas mengikut jadual waktu Mendapat kebenaran guru / ketua kelas untuk keluar dari kelas Elakkan keluar kelas lebih daripada seorang pada satu-satu masa Memberi penuh tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran Tidak mengganggu kawan / membuat bising Membuat kerja berfaedah / pandai menggunakan masa terluang semasa guru tiada dalam kelas Membuat latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru Belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan sepenuhnya sudut bacaan yang disediakan Mematuhi peraturan dan taat setia kepada arahan yang diberikan oleh guru Pastikan semua suis lampu dan kipas ditutup sebelum keluar meninggalkan kelas Pastikan semua kerusi dimasukkan ke bawah meja apabila keluar kelas Sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria KEPERLUAN ASAS BILIK DARJAH Papan Maklumat Jadual Waktu Kelas (Terkini) Jadual Tugas Harian Murid Senarai nama murid, TOV dan keputusan setiap penilaian Sudut-sudut mata pelajaran dan carta Gambar dan biodata murid Sudut bacaan / perpustakaan mini Fail-fail mata pelajaran murid Buku komunikasi Pelan laluan kebakaran Kalendar tahunan Kata-kata peransang Kata kunci Senarai inventori kelas Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa dengan guru-guru yang mengajar khususnya kelas yang berkaitan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan mengatasi sesuatu masalah Mengenalpasti dan menyediakan senarai murid yang tidak menguasai 3M untuk Kelas Pemulihan / Intervensi 41 | Page


BIDANG TUGAS GURU JAWATANKUASA JADUAL WAKTU ❖ Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru (KG) seperti yang diperuntukkan JPNP untuk menyusun jadual waktu ❖ Memastikan peruntukan masa mengikut pekeliling yang ditetapkan (terkini) ❖ Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran yang ditetapkan ❖ Menentukan minit mengajar setiap guru mengikut kesesuaian tahun dan opsyen serta keseimbangan ❖ Menentukan bentuk jadual waktu yang digunakan sesuai dengan kehendak sekolah ❖ Menyimpan jadual waktu peribadi untuk rujukan ❖ Membuat jadual waktu peribadi dalam bentuk senarai untuk kemudahan membuat jadual ganti dan pemantauan / pencerapan ❖ Bertanggungjawab membuat pengubahsuaian jadual waktu dari masa ke semasa berdasarkan kesesuaian dan arahan pentadbir JAWATANKUASA PEPERIKSAAN Mendapatkan salinan sijil kelahiran semua calon UPSR Membuat pendaftaran mengikut format yang ditetapkan dan dihantar ke PPD Mengurus borang-borang berkaitan Menentukan bilik peperiksaan Menyusun meja / kerusi mengikut pelan peperiksaan dan memastikan meja / kerusi yang standard dan selesa Menyediakan pelan tempat duduk calon Menyediakan dan menampal label meja di atas meja calon (sebelah kanan) Menyediakan almari, jam dinding, kapur, pemadam, first aid (lengkap) dan bahan yang diperlukan oleh pengawas Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan Menganalisa keputusan peperiksaan Penyelaras mesti berada dihari peperiksaan untuk memastikan kelancaran peperiksaan PEPERIKSAAN DALAMAN ❖ Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah / kelompok / daerah ❖ Menyediakan jadual penggubal soalan ❖ Mengurus, percetakan, pembahagian dan tempat simpanan kertas soalan ❖ Memastikan kesahihan soalan ❖ Memastikan kertas-kertas soalan diedar kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan ❖ Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubal soalan ❖ Memastikan jadual peperiksaan kertas jawapan mengikut masa yang ditetapkan ❖ Memastikan set soalan disimpan untuk Bank Soalan ❖ Memasukkan keputusan / markah ke dalam komputer dengan lengkap dan dibukukan / difailkan untuk setiap penilaian ❖ Membuat analisa pencapaian setiap penilaian ❖ Memastikan data keputusan lengkap dicetak untuk rujukan sekolah / PPD 42 | Page


BIDANG TUGAS GURU PEMULIHAN Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang tidak menguasai 3M Memahami modul-modul berkaitan intervensi 3M Mengatur jadual waktu untuk pemulihan dikelas berkaitan Merancang aktiviti-aktiviti dan penilaian seperti yang dicadangkan oleh JPN Merancang aktiviti yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian Menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan Menilai, merekod dan menyediakan laporan mengikut format yang dikehendaki oleh jabatan Membuat tindakan ikut laporan perkembangan Mengajar bersama-sama dengan guru-guru mata pelajaran sekiranya keadaan memerlukan DATA SEKOLAH ❖ Mengemaskini semua maklumat guru dan kakitangan ❖ Memastikan enrolmen murid mengikut kelas pada setiap bulan ❖ Menyiapkan data setiap 5 haribulan setiap bulan ❖ Menyemak dengan teliti dan tepat setiap maklumat terkini yang dimasukkan sebelum ditandatangani ❖ Menghantar data lengkap dan disket ke ppd setelah disemak dan ditandatangani oleh GPK Pentadbiran dan Guru Besar DATA SEKOLAH ✔ Memastikan bilangan meja dan kerusi guru mencukupi ✔ Merancang susun atur meja, kerusi dan lain-lain sesuai dan selesa ✔ Mengadakan jadual bertugas harian untuk bilik guru ✔ Pastikan bilik guru sentiasa bersih dan kemas ✔ Menyediakan peraturan bilik guru ✔ Menceriakan bilik guru ✔ Menyediakan maklumat yang sepatutnya ada di bilik guru seperti : - Info Bilik Guru Jadual Waktu Induk AJK Bilik Guru Papan Kenyataan Langsir Carta Organisasi 43 | Page


KALENDAR 2023


KALENDAR 2023 / 2024 45 | Page


KALENDAR AKADEMIK 2023 / 2024


MINGGU PERSEKOLAHAN 48 | Page M TARIKH CATATAN M TARIKH CATATAN 1 20 MAC - 24 MAC 22 4 SEPT. - 8 SEPT 2 27 MAC - 31 MAC 23 11 SEPT. - 15 SEPT. 3 3 APRIL -7 APRIL 8 APRIL - NUZUL AL-QURAN 24 18 SEPT. 22 SEPT. 16 SEPT. HARI MALAYSIA 4 10 APRIL - 14 APRIL 25 25 SEPT. - 29 SEPT. 28 SEPT. MAULIDUL RASUL 5 17 APRIL - 21 APRIL 26 2 OKT. - 6 OKT. 24 APRIL - 28 APRIL CUTI SEKOLAH 27 9 OKT. - 13 OKT. 6 1 MEI - 5 MEI 28 16 OKT. - 20 OKT. 7 8 MEI - 12 MEI 29 23 0KT. - 27 OKT. 8 15 MEI - 19 MEI 30 30 OKT. - 3 NOV. 9 22 MEI - 26 MEI 31 6 NOV. - 10 NOV. 29 MEI - 2 JUN CUTI SEKOLAH 32 13 NOV.- 17 NOV. 12 NOV. DEEPAVALI 10 5 JUN - 9 JUN 5 JUN - HARI KEPUTERAAN AGUNG 33 20 NOV. - 24 NOV. 11 12 JUN - 16 JUN 34 27 NOV. - 1 DEC. 12 19 JUN - 23 JUN 35 4 DIS. - 8 DIS. 13 26 JUN - 30 JUN 29 JUN HARI RAYA HAJI 36 11 DIS. - 15 DIS. 14 3 JULAI - 7 JULAI 16 DIS. - 31 DIS. CUTI SEKOLAH 15 10 JULAI - 14 JULAI 37 2 JAN. - 5 JANUARI 16 17 JULAI - 21 JULAI 19 JULAI - AWAL MUHARRAM 38 8 JAN. - 12 JAN. 17 24 JULAI - 28 JULAI 39 15 JAN. - 19 JAN. 18 31 JULAI - 4 OGOS 1 OGOS- KEPUTERAAN SULTAN PAHANG 40 22 JAN. 26 JAN. 19 7 OGOS - 11 OGOS 41 29 JAN. - 2 FEB. 20 14 OGOS - 18 OGOS 42 5 FEB.- 9 FEB. 21 21 OGOS - 25 0G0S 10 FEB. - 10 MAC CUTI AKHIR TAHUN 26 OGOS - 3 SEPT. CUTI SEKOLAH 1 11 MAC 2024 BUKA SEKOLAH 2024


JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN 48 | Page


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2023


Click to View FlipBook Version