The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAT19<br>11 MEI 2024/SABTU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FARHANA BINTI CHE AZIH KPM-Guru, 2024-05-10 11:35:54

MATPIBG19-2024/SKPP82

BUKU PROGRAM MAT19<br>11 MEI 2024/SABTU

PERASMI: TUAN HAJI EZAIDDIN BIN HUSSAIN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) SABTU 11 MEI 2024 8.30 PAGI -12.00 TENGAH HARI DEWAN SRI CEMARA, SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-19 2024


BIL. ISI KANDUNGAN M/S 1 ATUR CARA MESYUARAT 3 2 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 4 3 JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 5 4 LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-18 2023 6-20 5 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023 21 6 LAPORAN KEWANGAN 2023 22-39 7 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUN KALI KE-19 2024 40-50 9 LAPORAN UNIT KURIKULUM 2023 51-52 10 LAPORAN UNIT HEM 2023 53-74 11 LAPORAN UNIT KO-KURIKULUM 2023 75-79 12 LAMPIRAN KEHADIRAN MAT-18 80-81 13 PENGHARGAAN 82 ISI KANDUNGAN M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 1


Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan YDP PIBG Sesi 2023/2024 Ucapan Penasihat (Guru Besar) Ucapan Perasmian Penyampaian cenderamata AJK PIBG 2023/2024 Penyampaian cenderamata Perasmi Pengisian (Cikgu Hussin) Mesyuarat Agung Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu Pembentangan dan menerima Laporan Tahunan sesi 2023/2024 Pembentangan dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 Membahaskan Usul yang diterima Cabutan Bertuah 1 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 Cabutan Bertuah 2 Ucapan penangguhan YDP PIBG Sesi 2024/2025 ATUR CARA MESYUARAT 9.00 PAGI 8.30 PAGI 12.00 TENGAH HARI M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 Majlis Bersurai 2


Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu 1.0 M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-19 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Pembentangan dan menerima Laporan Tahunan Sesi 2023/2024 Pembentangan dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 Membahaskan usul yang diterima Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 Pemilihan AJK PIBG sesi 2024/2025 Ucapan penangguhan YDP PIBG sesi 2024/2025 3


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 4 JAWATAN NAMA YANG DIPERTUA SH. SAIIDATUL BALKIAH BINTI SY. ROHANI NAIB YANG DIPERTUA BRIGED GENERAL DATUK MOHD ZAINI BIN HASHIM PENASIHAT/GURU BESAR ZAMZURIAH BT MD DESA PK KURIKULUM SULAIMAN BIN MOHD RIZLAN PK HEM NURUL FARINAH BT JAMALUDDIN PK KOKURIKULUM AZMI BIN IBRAHIM PK PEND. KHAS DR SALWANI BT DERAMAN SETIAUSAHA MARYAM FATHAHIAH BINTI MOHD AZKAH BENDAHARI AQIB ASYRAF BIN RAMLI JURUAUDIT DALAMAN AINUL MASLIZAWATI BINTI ZAINUDDIN JURUAUDIT LUARAN MUHAMMAD ZULKIFLI BIN ZAINUDDIN AJK GURU SITI ZALEHA BINTI ZAINAL ABIDIN NOR HASIMAH BT RAMELAN ZAINORZIRA BT MOHD NOOR AHMAD HERIHEMSI BIN CHE MASOR RUJIAH BT MUHIN MUHAMMAD HAZIQ BIN HAMDAN AJK IBU BAPA AHMAD RASHIDI BIN ABDULLAH Ir. Ts. Gs. MOHD HAZULLAH BIN ZULKIFLI MOHAMED AMIN BIN ABDULLAH ROSMAWATI BINTI RAMLI MEJ. IR. HJ ABDUL KADIR BIN MOHD NOR AZMAN BIN JAMALUDDIN SOFIAHANI BINTI SALEH


SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8 (2) MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-18 Tarikh : 8 Julai 2023 / Sabtu Masa : 8.30 PAGI-2.00 Petang TempaT: Auditorium Utama PUSPAHANAS, Presint 1,PUTRAJAYA Kehadiran : 192 (sila rujuk Lampiran Kehadiran) LAPORAN MESYUARAT AGUNG KALI KE -18 M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 5


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG 1.1 Puan Zamzuriah binti Md Desa (Guru Besar) selaku Penasihat PIBG mengalualukan kehadiran Mejar .Ir. Haji Abdul Kadir Bin Mohd Nor iaitu Yang Dipertua PIBG, barisan ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 18. 1.2 Bagi beliau, permuafakatan membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Beliau percaya bahawa permuafakatan ini penting dalam merencanakan sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu dan bersahsiah. 1.3 Beliau turut mengetengahkan bahawa PIBG adalah signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuandan pencapaian sekolah. PIBG mencetus halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. 1.4 Pihak sekolah turut menzahirkan terima kasih atas kepercayaan ibu bapa kerana memilih SK Putrajaya Presint 8(2). Beliau turut berharap ibu bapa menghargai jasa guru-guru dan sekiranya ada masalah berkaitan anak- anak diharapkan dapat berbincang dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah. 1.5 Menurut beliau, pihak sekolah bakal mengadakan program menyeluruh untuk meningkatkan kemenjadian murid melalui elemen ABCDE selain dasar yang diketengahkan oleh KPM iaitu ANAK BAIK LAGI CERDIK. Penekanan di sekolah lebih detail dengan akronim ABCDE iaitu assalam, beratur, cantik,disiplin dan empati.Murid ditekankan dengan budaya PRESTIGE (PROGRAM EKSPLORASI TINGKAHLAKU GEMILANG). Menerusi PROGRAM PRESTIJ yang bakal pihak sekolah ketengahkan, murid-murid akan diberi BOOSTER dengan cara mempraktikkan SENAM MINDA, INKANTASI dan LAGU SEKOLAH. 1.6 Beliau mengakhiri ucapan dengan memohon sokongan kepada ibu bapa untuk Program PRESTIJ. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada para guru yang sentiasa menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa penat lelah. Guru Besar juga berterima kasih kepada YDP dalam usaha menyediakan auditorium untuk MAT yang ke-18 ini. 6


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022/2023 2.1 Mejar Ir. Haji Abdul Kadir bin Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir, ibubapa dan guru-guru di atas kesudian mereka hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 18, SK PutrajayaPresint 8(2) di PUSPAHANAS. 2.2 Mulai tahun 2023, PIBG SK Putrajaya Presint 8(2) ini telah didaftarkan di bawah Persatuan PIBG Wilayah Persekutuan yang sebelum ini terletak di bawah Persatuan PIBG Selangor. Mengikut perlembagaan baharu ini, pelantikan AJK perlu dibuat dalam Mesyuarat Agung PIBG setiap tahun. Oleh itu, pemilihan dan pelantikan AJK PIBG baharu akan diadakan pada hari ini. 2.3 YDP memaklumkan bahawa, terdapat banyak aktiviti yang telah berjaya dijalankan pada tahun lepas menggunakan dana sumbangan PIBG. Antaranya Gotong Royong Perdana yang melibatkan ibu bapa dan guru bagi merealisasikan sekolah dalam taman. Menurut beliau, pada tahun ini dijangka akan diadakan gotong royong untuk keselesaan tandas di sekolah. 2.4 YDP memaklumkan bahawa kutipan PIBG pada tahun lepas menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, menurut beliau baki yang tinggal untuk tahun ini hanyalah sedikit memandangkan dana PIBG tersebut telah disalurkan kepada pelbagai aktiviti di sekolahyang melibatkan murid-murid SKPP 8(2). 2.5 YDP berharap pada tahun ini sumbangan PIBG dapat dikutip 100 peratus memandangkan pada tahun lepas, sumbangan yang berjaya dikutip sebanyak 80 peratus sahaja. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah membayar sumbangan tersebut pada tahun lepas. 2.6 Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbangpenyumbang yang sentiasa menyumbang dari segi wang ringgit apabila crowd fund dibuka dan komitmen daripada ibu bapa dari segi tenaga dan masa dalam menjayakan aktiviti di sekolah. Selain dari wang ringgit, sekolah turut menerima dua buah televisyen yang mana digunakan di Pusat Sumber Sekolah dan di kawasan sekolah dari sumbangan individu tidak bernama. 2.7 Pada tahun ini, PIBG SK Putrajaya Presint 8(2) akan menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun pada bulan September ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tahun lima dan enam bagi merasai pengalaman dan suasana sekolah di Jepun dan mempelajari budaya serta kehidupan masyarakat negara tersebut. 7


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022/2023 2.8 Beliau berharap semua ibu bapa dapat menyokong dan mengambil peranan dalam semua aktiviti di sekolah. Komitmendari segi wang ringgit, masa dan tenaga amat diperlukan bagi memberi perangsang dan semangat buat murid-murid sekolah ini. 2.9 Beliau menitipkan pesanan kepada semua agar membuat pemilihan AJK secara baik bagi membolehkan AJK baharu dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang baik antara ibu bapa dan guru. Kerjasama ini penting bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah pada masa hadapan kelak. 3.0 Beliau mengucapkan jutaan tahniah dan tahniah kepada ahli jawatankuasa pengelola dan semua guru kerana telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 ini dengan jayanya. 8


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 3.1 Puan Siti Nurhajar Binti Haji Ismail mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung pada tahun 2022 yang lepas disahkan. 3.2 Puan Nuur Aina Binti Abdul Manan menyokong minit mesyuarat disahkan. 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN SESI 2022/2023 4.1 Cik Anis Nursyahirah Binti Addyhanis iaitu Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan sesi 2022/2023. 4.2 Beliau membentangkan aktiviti -aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2022/2023 dengan paparan video aktiviti. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang sesi 2022/2023 yang melibatkan murid-murid SK Putrajaya Presint 8(2). 4.3 Beliau juga berharap agar lebih banyak aktiviti yang menarik dan bermanfaat dapat diteruskan pada masa akan datang demi kecemerlangan murid-murid di SK Putrajaya Presint 8(2). 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 5.1 Bendahari PIBG, Encik Aqib membentangkan Penyata Kewangan 2022 dengan meminta ahli mesyuarat merujuk minit mesyuarat pada muka surat 17 dalam anyflip yang telah dikongsikan. 5.2 Perbelanjaan yang telah dikeluarkan adalah: 5.2.1 Jumlah Pembelanjaan RM118 010.90 Baki di tangan RM1971.50. Baki di bank RM19 568.01 Jumlah Besar RM139 550.41 5.3 Bendahari PIBG memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG 2022/2023 adalah meningkat dari tahun 2021/2022. Jumlah keseluruhan kutipan sumbangan PIBG pada tahun 2021 adalah sebanyak RM33 650.00, manakala untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM44 100.00. 5.4 Encik Rosidi Bin Ahmad mencadangkan agar penyata kewangan pada tahun 2022/2023 yang lepas disahkan. 5.5 Encik Norazhan Bin Mohd Mokhtar menyokong penyata kewangan disahkan. 9


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 6.0 PEMBAHASAN USUL 6.1 Usul Pertama : INFRASTRUKTUR 6.1.1 Puan Erdawati bt Ramli telah mencadangkan pihak sekolah dan PIBG menyediakan ruang ataupun tempat menunggu untuk anak-anak dan ibubapa yang berbumbung di luar pagar sekolah 6.1.2 YDP memaklumkan bahawa pihak PIBG telah berhubung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak Perbadanan Putrajaya(PPJ) bagi tujuan permohonan pembinaan susur gajah di sepanjang pagar bahagian belakang sekolah. 6.1.3 Namun, permohonan tersebut tidak berjaya disebabkan beberapa isu yang perlu dititikberatkan. Walaubagaimanapun, pihak PIBG akan terus berusaha untuk menyediakan ruang menunggu untuk anak-anak. 6.1.4 Puan Siti Zahirah bt Zulkifli telah mencadangkan penambahan bilangan kipas dan penghawa dingin untuk keselesaan anak-anak. Cadangan ini turut disokong oleh Ahmad Syafiq bin Ahmad Tamerin dan Mohd Ashrafbin Abdul Malik. 6.1.5 YDP menyeru ibu bapa untuk mengambil inisiatif dengan cara berbincang bersama Guru Kelas untuk memasang kipas di kelas-kelas tertentu demi keselesaan anak masing-masing. 6.1.6 Untuk cadangan pemasangan penghawa dingin pula, YDP memaklumkan bahawa pemasangan penghawa dingin tidak dapat dilaksanakan memandangkan ia melibatkan banyak prosedur dalam pengurusan aset sekolah. 10


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 6.0 PEMBAHASAN USUL 6.2 Usul kedua : TANDAS 6.2.1 Puan Norazlinabt Zulkiflee mencadangkan pihak sekolah dan PIBG meningkatkan tahap kebersihan dan melakukan penambahbaikan tandas untuk keselesaan anak-anak. Cadangan ini turut disokong oleh Puan Suzaini bt Ab Rahman. 6.2.2 Puan Liyana bt Yahya mencadangkan keperluan untuk menambah bilangan tandas duduk dan keperluan untuk membuat peruntukan bagi pembersihan berkala memandangkan cleaner yang disediakan agak terhad. 6.2.3 YDP menyeru ibubapa dan guru-guru untuk bekerjasama dalam memberi kesedaran dan kefahaman tentang penggunaan tandas yang betul. Sebanyak 215 tandas cangkung telah ditukar dengan tandas duduk. Namun dengan kapasiti murid SKPP 8(2) yang ramai, ia masih lagi belum mencukupi. 6.2.4 En Ashraf Azmir bin Pang mencadangkan kekerapan pembersihan tandas dan menyarankan jika ada keperluan untuk mengadakan yuran khas bagi penyelenggaraan dan penjagaan tandas. 6.2.5 Puan Atiqah bt Sapuan mencadangkan pihak sekolah dan PIBG untuk membaik pulih mangkuk, pam dan pintu tandas yang telah rosak serta mengecat pintu tandas demi keselesaan dan keselamatan anak anak. 6.2.6 YDP menyatakan bahawa pekerja pembersihan tandas melaksanakan tugasan sebanyak 2 kali sehari dengankapasiti 5 orang pekerja yang terpaksa membersihkan tandas secara bergilir-gilir dengan kapasiti penggunaan tandas murid yang tinggi memandangkan jumlah murid mencecah 1700 orang. 6.2.7 YDP memaklumkan bahawa pihak sekolah bersama PIBG akan menjalankan program “Gotong RoyongMadani“ dan mengadakan ceramah tentang penggunaan tandas dengan menjemput pihak NGO (QRAM) bagi meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tandas di kalangan murid murid sekolah. 11


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 6.0 PEMBAHASAN USUL 6.3 Usul ketiga : KANTIN 6.3.1 Puan Rosmalizabt Man mencadangkan pihak sekolah dan PIBG untuk membuat pemantauan rasa, dan harga makanan di kantin. 6.3.2 Puan Norhanita bt Hamid membuat aduan tiada harga yang dipamerkan di kantin dan ini menyukarkan anak-anak untuk membeli. 6.3.3 YDP menegaskan bahawa pihak sekolahakan bertindak untuk penambahbaikan dari pelbagai aspek. Selain itu juga, pemantauan secara berkala turut dijalankan oleh kumpulan Task Force PIBG, guru penyelaras, guru bertugas dan juga pentadbir. 6.4 Usul Keempat : KESELAMATAN 6.4.1 Pn Faiznur mencadangkan satu bonggol dibuat sebelum garisan pejalan kaki berhadapan pintu pagar dewan untuk mengelakkan kemalangan kepada murid-murid memandangkan ada ibu bapa yang memandu laju di kawasan tersebut. 6.4.2 YDP menjelaskan bahawa perbincangan bersama Presiden Perbadanan Putrajaya pada Majlis Permuafakatan PIBG Putrajaya pada 7 Oktober 2022 telah pun berbincang untuk membina bonggol had laju di zon penurunan murid di hadapan pagar SKPP 8(2). Surat juga telah dihantar kepada pihak Perbadanan Putrajaya. 6.4.3 Encik Farhan dan Pn Norhanita Bt Hamid mencadangkan pengawal yang menjaga lalu lintas bagi pejalan kaki di depan mahupun di belakang sekolah bagi mengawal lalu lintas apabila murid mahu menyeberangi jalan. 6.4.4 En. Ahmad Zamri Bin Mustakim mencadangkan pemasangan & maintenance ip camera & modem atas tanggungan ibu bapa yang bersetuju. 6.4.5 YDP dan AJK PIBG sebulat suara sesi 2022/2023 bersetuju dengan cadangan ini. Satu ‘task force’ khas dalam kalangan ajk PIBG akan ditubuhkan untuk menguruskan hal ini. 12


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 6.0 PEMBAHASAN USUL 6.5 Usul Kelima : ISU PPKI 6.5.1 Pn Azruliza bt Abdul Rahman mencadangkan agar pihak sekolah (PPKI) menganjurkan bengkel untuk guru-guru/ibu bapa mengenai caracaramenangani anak-anak istimewadengan menjemput penceramah yang berkemahiran. 6.5.2 Pn Suria Hanie Bt Mohd Haris mencadangkan agar aktiviti luar darjah bagi PPKI dipelbagaikan memandangkan negara sudah berada dalam transisi post pandemik, aktiviti seperti rawatan pergigian, kelas berenang, tarian, nyanyianperlu dibangunkan semulabagi merancakkan lagi aktiviti kepada murid. Sesi bersama juruterapi carakerja juga boleh dipertimbangkan. 6.5.3 YDP menjelaskan bahawa pihak PPKI telah merancang pelbagai aktiviti luar bilik darjah dan kertas kerja juga telah dimajukan kepada guru besar. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah 1. Rentas Desa 2. Program bubble giant Program yang bakal dijalankan ialah: 1. Terapi rock climbing 2. Terapi berkuda 3. Terapi membeli belah 4. Majlis Hari Jadi 5. Terapi alam sekitar 13


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 6.0 PEMBAHASAN USUL 6.6 Usul Keenam : PDP dan KELAS 6.6.1 Pn Syafiqahmencadangkan agar lokarmurid-murid diletakkan di dalam kelasuntuk mengatasi masalah berat beg sekolah. 6.6.2 YDP PIBG menjawab isu ini dengan menyatakan di dalam kelas loker tidak dapat diletakkan kerana masalah kelas yang padat. Setiap kelas mengandungi kapasitimurid seramai 35 hingga 40 orang murid.Ruang kelas yang padat tidak sesuai ditambah dengan loker. Menurut beliau lagi, jumlah loker akan diperbanyakkan dengankadar sewaan yang sama seperti sebelum ini. 6.7 Usul Ketujuh: KAFA 6.7.1 Encik Azman mencadangkan agar waktu balik kelas KAFA diawalkan. 6.7.2 YDP PIBG menjawab isu ini dengan menyatakan hanya 6 sekolah sahaja yang dibenarkan kafa balik lebih awal iaitu pada jam 4.30 petang. Ini kerana beberapa faktor diambil kira mengikut kesesuaian pekerjaan ibu bapa di SKPP 8 (2). 6.8 Usul Kelapan: SUMBANGAN WANG SUMBANGAN PIBG 6.8.1 YDP PIBG menyatakan dalam kaji selidik,terdapat sekolah yang sudah mengutipsumbangan PIBG sebanyak RM 100.00. 6.8.2 Encik Azman bersetuju dengan cadangan YDP PIBG sebanyak RM 80.00 setahun disebabkan kos pembelajaran yang tinggi ketika ini. 6.8.3 Encik Hafizi juga memberi cadangan lain dengan RM 50.00 untuk seorang dan dua orang anak. Manakala RM 80.00 untuk tiga, empat dan lima orang anak. 6.8.4 Encik Azhan tidak bersetuju yuran PIBG dinaikkan kepada RM 80.00, tetapi ia menyatakan supaya dinaikkan sebanyak RM 60.00 atau RM 65.00 untuk satu keluarga. 14


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 6.0 PEMBAHASAN USUL 6.8.5 YDP PIBG menyatakan bahawa kutipan sebanyak RM 65.00 sukar untuk guru kelas memulangkan baki kepada ibu bapa dan YDP membalas jika tidak setuju dengan RM 80.00 boleh dinaikkan sebanyak RM 70.00. 6.8.6 Setelah diundi,majoriti menyokong sumbangan daripada RM50.00 menjadi RM80.00 setahun untuk satu keluarga dengan bayaran ansuran selama 4 bulan, iaitu dengan undian diperoleh sebanyak 89 undian manakala undian RM70.00 sebanyak 40 undian. 6.8.7 Cadangan Dr. Salwani supaya pembayaran RM 20.00 sebulan bagi 10 bulan untuk program PPKI. Ianya boleh dibuat secara ansuran RM 20.00 setiap bulan sehingga bulan Oktober. 6.8.8 Ahli yang hadir dan ibu bapa PPKI bersetuju dengan cadangan Dr. Salwani agar pembayaran RM 20.00 selama 10 bulan bagi program PPKI. 15


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 7.1 Pembubaran dilakukan oleh YDP PIBG sesi 2022/2023 iaitu Tn Haji Kadir Bin Mohd Noor. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang menyokong dan memberikan kerjasama kepada beliau dan para ajk sepanjang sesi 2022/2023. 7.2 Agenda mesyuarat diserahkan kepada pengerusi sementara iaitu GPK Pentadbiran iaitu En Sulaiman Bin Mohd Rizlan. Beliau meneruskan mesyuarat dengan memulakan sesi undian untuk pelantikan AJK PIBG yang baru untuk sesi 2023/2024. 7.3 En. Sulaiman turut menjelaskan syarat – syarat yang perlu dipenuhi sebagai kriteria untuk calon yang bakal dilantik menjadi AJK PIBG sesi yang baru 2023/2024. Beliau turut menyentuh mengenai peranan dan kepentingan pertubuhan PIBG sekolah serta keanggotaannya. Beliau juga turut menyatakan perlunya keseimbangan ahli ajk PIBG di kalangan ibubapa dan guru. 16


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 8.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 8.1Perlantikan YDP PIBG 8.1.1 En Mohamad Amin Bin Abdullah mencadangkan Tn Haji Kadir Bin Mohd Nor dilantik sebagai YDP PIBG. Cadangan ini disokong oleh Puan Rosmawati Binti Ramli. 8.1.2 Ustaz Hasyrie Rusydi Bin Kamaruzzaman mencadangkan En. Mohamad Amin Bin Abdullah dilantik menjadi YDP PIBG sesi 2023/2024. Cadangan ini disokong oleh Cik Ainul Nadia Binti Yusli. 8.1.3 Puan Norhidayah Binti Mohamad mencadangkan agar Puan Sharifah Saidatul Balkiah Binti Syed Rohani untuk dilantik sebagai YDP PIBG. Cadangan ini disokong oleh Cik Maryam Fathahiah Binti Mohd Azkah. 8.1.4 Ir Gs. Ts. Hazullah Bin Zulkifli mencadangkan agar cadangan ini ditutup dan disokong oleh En Gushadi. 8.1.5 Setelah undian dijalankan, Puan Sharifah Saidatul Balkiah telah berjaya mendapat undi tertinggi dan dilantik menjadi YDP PIBG SKPP8(2) bagi sesi 2023/2024. 8.2Pelantikan Naib YDP PIBG 8.2.1 Ir Gs. Ts. Hazullah Bin Zulkifli mencadangkan Jeneral Bridget Mohd Zaini Bin Haji Hashim untuk dilantiksebagai NYDP PIBG yang baru untuk sesi 2023/2024. Cadangan ini disokong oleh Mohd Hafizi. 8.2.2 Jeneral Bridget Mohd Zaini Bin Haji Hashim telah mencadangkan agar Ir Tuan Hj Abdul Kadir dilantik menjadi NYDP bagi sesi yang baru. Cadangan ini disokong oleh En Mohamad Amin Bin Abdullah. 8.2.3 Pn Arifah Mat Desa mencadangkan agar Ir Gs. Ts. Hazullah Bin Zulkifli dilantik menjadi NYDP bagi sesi yang baru. Cadangan ini disokong oleh Cik Noorhidayah bt Mohamed Omar. 8.2.4 Setelah undian dijalankan jawatan NYDP PIBG sesi 2023/2024 telah memihak kepada Jeneral Bridget Mohd Zaini Bin Haji Hashim 17


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 8.0 HAL-HAL LAIN 9.1 WANG SUMBANGAN KAFA RM 20.00 sebulan 9.1.1 Penyelaras KAFA, Encik Ahmad Herihemsi mencadangkan sumbangan KAFA sebanyak RM20.00 sebulan dikekalkan. 9.1.2 Undian dibuat untuk pembayaran yuran kafa dikekalkan sebanyak RM 20.00 sebulan dan majoriti 100 peratus ibu bapa bersetuju dengan pembayaran ini dikekalkan. 18


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG SESI 2023/2024 10.1 Puan Sharifah Saidatul Balkiah binti Syed Rohani mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 2023 kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau sebagai YDP dan barisan ahli jawatankuasa baru yang melantik. 10.2 Puan Sharifah Saidatul Balkiah binti Syed Rohani berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang jitu dalam pelbagai aspek seperti penyertaan dalam sesuatu program, kutipan wang yang telah ditetapkan dan cadangan penambahbaikan dari semasa ke semasa. 10.3 Beliau turut menyatakan sepanjang memegang amanah ini akan melakukan tugas sehabisbaik bersama barisan ahli jawatankuasa yang baru. Beliau juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjangbeliau dan ahli jawatankuasa yang baru menjalankan tugas. 10.4 Sebelum mengakhiri ucapan, Puan Sharifah Saidatul Balkiah binti Syed Rohani menyatakan bahawa kerjasama kita pada hari ini menentukan kemenjadian anak-anak kita pada masa akan datang. 10.5 Mesyuarat ditangguh tepat jam 2.00 petang. 19


SUMBANGAN PIBG AKTIVITI SEKOLAH 2023 AKTIVITI Lawatan Murid-Murid PPKI Majlis Hi Tea Tahun 6 Majlis Apresiasi Tahun 2022/2023 Majlis Khatam Al-Quran Sambutan Hari Raya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Aktiviti Kokurikulum Sekolah Sumbangan Kejohanan Rentas Desa Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Gotong-Royong Madani Sambutan Hari Kanak-Kanak Perkhemahan Dalaman Perkhemahan Luaran Lawatan Planetarium Lawatan Tahun 6 Kem Ibadah Tahun 6 Sumbangan Laman Cantik M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 20


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023 21


WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA MEI 2024 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2) LAPORAN JURUAUDIT MENGENAI PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 JURUAUDIT LUARAN SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) Wakil Ibu Bapa Pada pendapat kami, Penyata Kewangan ini telah memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan PIBG SK Putrajaya Presint 8(2) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023. Rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Penyata Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) {PIBG SK Putrajaya Presint 8(2)} Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 telah diaudit mengikut kehendak Perlembagaan Persatuan. Pihak Jawatankuasa PIBG ini adalah bertanggungjawab terhadap Penyata Kewangan dan tanggungjawab kami adalah mengaudit dan memberi pendapat terhadap Penyata Kewangan tersebut. (MUHAMMAD ZULKIFLI BIN ZAINUDDIN)


ASET SEMASA DANA TERKUMPUL Wang Di Bank Sumbangan Terakru Tunai Dalam Tangan JUMLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA MEI 2024 Baki pada 1 Januari Lebihan/(Kurangan) Pendapatan Tahun Semasa JUMLAH …………………………………………… (SHARIFAH SAIDATUL BALKIAH BINTI SYED ROHANI) YANG DIPERTUA PIBG SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) (Nota yang berkembar merupakan sebahagian daripada akaun ini) Baki pada 31 Disember 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2) LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2023 Nota 2023 RM ……………………………………………………..… (AQIB ASYRAF BINTI RAMLI) BENDAHARI PIBG SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) RM 19,568.01 21,82 7.1 5 41,39 5.1 6 - - 41,39 5.1 6 41,39 5.1 6


Sumbangan PIBG Sumbangan terakru Sumbangan Tandas Bayaran Loker Sumbangan Luar Di Terima Sumbangan Baitulmal Sumbangan Majlis Aspirasi 22/23 Trip Jepun 2023 Sumbangan PPN Lawatan Tahun 6 Sumbangan Smart TV PPKI Perkhemahan Luar Planeterium Sumbangan Palastin Sumbangan Hi-Tea Tahun 6 Sumbangan Hi-Tea Gambar Sumbangan Gambar Sumbangan KAFA 1 2 3 4 - - - - - - - - - - - - - 2276.00 15,050.00 15,498.40 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2) PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023 PENDAPATAN Nota 2022 2023 RM RM 180.00 613.88 8,120.00 320.00 302.51 140,920.00 2,000.00 39,8 21. 50 750 .00 48,3 40. 00 30,0 00.0 0 20.0 0 8,25 0.0 0 18,4 30.0 0 12,1 00.0 0 19,2 00.0 0 4,25 8.2 0 13,5 00.0 0 150.0 0 -


Refund Perkhemahan Bayaran Deposit Kem Berhulu Bayaran Sumbangan Palestine Bayaran TV PPKI Alatan pejabat & Pengurusan PIBG Pendapatan Perbelanjaan Jumlah Perbelanjaan LEBIHAN/KURANGAN Bayaran balik Planetarium Jumlah Lebihan/Kurangan Sumbangan Luar Yang Telah Digunakan Penapis Air Sumbangan Firdaus Akaun Tumpangan PPKI 2022 RM 73,395.90 120,332.4 0 -46,936.50 - - - - - 4750.00 - 2688.00 1000.00 6600.00 - 120,332.4 0 2023 550.00 20.00 341,405.70 RM 363,232.85 341,405.70 21,827.15 2367.00 4258.20 18000.00 - - 2688.00 - - -


Refund Perkhemahan Bayaran Deposit Kem Berhulu Bayaran Sumbangan Palestine Bayaran TV PPKI Alatan pejabat & Pengurusan PIBG Pendapatan Perbelanjaan Jumlah Perbelanjaan LEBIHAN/KURANGAN Bayaran balik Planetarium Jumlah Lebihan/Kurangan Sumbangan Luar Yang Telah Digunakan Penapis Air Sumbangan Firdaus Akaun Tumpangan PPKI 2022 RM 73,395.90 120,332.4 0 -46,936.50 - - - - - 4750.00 - 2688.00 1000.00 6600.00 - 120,332.4 0 2023 550.00 20.00 341,405.70 RM 363,232.85 341,405.70 21,827.15 2367.00 4258.20 18000.00 - - 2688.00 - - -


PENYATA AKHIR BULAN DISEMBER 2023


USUL & CADANGAN MAT PIBG SKPP 8(2) KALI KE-19 M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 39


NAMA PEMBAWA USUL USUL-USUL MAKLUM BALAS ISU TANDAS Norhidayah Binti Yaacop Ahmad Farhan 1. Kebersihan tandas - tandas pelajar perlu dibersihkan 2 kali sehari, tidak tertumpu pada tandas guru semata-mata. - boleh buat satu sesi untuk pelajar bagi menjaga kebersihan tandas - pekerja am (tukang cuci) juga harus main peranan untuk menjaga kebersihan tandas pelajar. - paip air, flush seharusnya elok digunakan, diselenggara segera bagi memudahkan pelajar membersihkan tandas selepas digunakan. 2. Keselamatan di tandas (kunci pintu) - pastikan pintu bagi setiap tandas ada kunci/selak pintu. - jaga sensitiviti pelajar perempuan/lelaki. 3. Pihak sekolah seharusnya membuat pantauan, pemerhatian bagi tandastandas disekolah. Naik taraf atau penyelenggaraan mana-mana fasiliti yang telah rosak. Harap pihak sekolah dapat menyediakan selipar khas dan tempat letak kasut di luar tandas untuk memudahkan pelajar membuang air/wudhuk. Pekerja pembersihan membersihkan tandas 2 kali sehari dengan kapasiti 4 orang pekerja. Julat penggunaan tanfas untuk murid yang seramai lebih 1700 orang juga perlu diambil kira. Pembaikan dan penambahbaikan tandastandas murid telah pun dijalankan sebanyak dua kali dalam tahun 2023/2024 yang melibatkan kos sebanyak RM70 ribu yang diperuntukkan oleh Kementerian dan RM12.5 ribu yang diusahakan oleh PIBG. Pemantauan dibuat pihak sekolah secara berkala dan pembersihan tandas dibuat dua kali sehari. Cadangan diambil maklum. Untuk makluman juga, tempat letak dan selipar telah pun disediakan di luar surau untuk berwudhu’. M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 40


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 41 NAMA PEMBAWA USUL USUL MAKLUM BALAS ISU KANTIN Norashikin Binti Abd Aziz Harga makanan di kantin mahal. Harga ditawar dengan portion yang bersesuaian. Pemantauan akan dibuat secara berkala. Bengkel pemakanan telah dilangsungkan bersama pihak pengusaha kantin sekolah. Untuk makluman, pihak kantin sekolah telah dinilai sebagai kebersihan gred A pada bulan 2/2024. Edaran harga makanan telah disediakan oleh pihak kantin untuk makluman semua ibubapa sebagai rujukan. Jasmi bin Jamil Penggunaan kad reload untuk pelajar membeli makanan di kantin. Cadangan diambil maklum. Cadangan ini pernah dibincangkan sehingga ke peringkat Kementerian namun dibatalkan memandangkan terdapat caj tambahan yang dikenakan.


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 42 NAMA PEMBAWA USUL USUL-USUL MAKLUM BALAS ISU KESELAMATAN Nur Haslindawati Laluan lintasan zebra di hadapan sekolah diselaraskan dengan lampu trafik agar tidak menyebabkan kesesakan di simpang 4 jalan. Apabila lampu hijau, dinasihatkan agar pejalan kaki tidak melintas zebra crossing tersebut kerana akan menyebabkan kereta berhenti dan aliran trafik terganggu Perkara ini telah dibangkitkan dan telah pun dimaklumkan sebelum ini. Untuk makluman semua, hal ini telah pun dibangkitkan di perbincangan peringkat Perbadanan Putrajaya. Namun, terdapat kekangan di mana masa/timing traffic light di simpang 4 besar telah ditetapkan oleh Perbadanan Putrajaya berikutan laluan ataupun jalan ini merupakan laluan protokol atau laluan utama. Noor Shahlawaty binti Mohamed Zubir Supaya kawalan keselamatan menggunakan khidmat RELA Cadangan diambil maklum. Untuk makluman, bayaran RELA adalah mengikut jam dan hal ini diluar kemampuan sekolah. Satu jawatankuasa keselamatan akan ditubuhkan yang diketuai Exco PIBG yang akan menubuhkan kumpulan keselamatan di kalangan ibu bapa.


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 43 NAMA PEMBAWA USUL USUL-USUL MAKLUM BALAS ISU KESELAMATAN Mazlan bin Hasan Saya melihat faktor keselamatan tidak di beri perhatian serious terutamanya sesi sekolah ptg/KAFA di mana Ibubapa yg dtg lewat mengambil anak2 mereka di biarkan keseorangan di luar pagar sekolah tanpa pemantauan dari pihak pengawal keselamatan dan juga guru KAFA. Sepatutnya pihak sekolah menghubungi penjaga atau Ibubapa pelajar tersebut sekiranya ada lagi pelajar yg masih menunggu keseorangan bagi mengelak sebarang situasi di luar jangkaan spt culik dan kemalangan. Pihak guru sekolah dan kafa sentiasa memantau anak-anak sepanjang sesi persekolahan. Terdapat keadaan di mana pengawal akan membawa anak-anak yang masih lewat ke hadapan sekiranya dimaklumkan awal kepada pihak sekolah. Ibu bapa sewajarnya memaklumkan guru kelas/guru kafa sekiranya terdapat kebarangkalian lewat balik dari tempat kerja dan memastikan anak-anak hanya menunggu di dalam kawasan sekolah sahaja bagi memastikan keselamatan anak-anak. Inisiatif penambahbaikan yang sedang diusahakan PIBG bagi mengambil kira keselamatan muridmurid antara lain seperti berikut: Susur gajah berbumbung di pintu utama (lobi) 1. Bumbung di kawasan menunggu tepi dewan beserta pagar. 2. 3.Bumbung di dataran. Dewan (All in tertutup dengan sound system, holding room dan changing room) 4. 5.CCTV


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 26 NAMA PEMBAWA USUL USUL-USUL MAKLUM BALAS ISU PDP, KELAS & KOKURIKULUM Hassim bin Ab Gani Saya mencadangkan agar peralatan kokorikulum diselaraskan melalui kutipan wang supaya tidak berlaku pembaziran kerana penggunaan peralatan yang sangat minima. Setakat ini, penggunaan dan peralatan koko tidak ada isu dan masalah pembaziran. Guru dan murid memang menggunakan semua peralatan sepenuhnya, malah tidak cukup lagi seperti bola sepak, jam catur, dan lain ( bahagian sukan) Kalau bahagian sukan setiap tahun, isunya tentang jersi pasukan sekolah, setakat ini apa-apa permainan kebanyakannya murid akan bayar sendiri. Nur Asiah Mohd Shariff Supaya pihak sekolah mengadakan kembali peperiksaan dalaman bagi mengukur tahap pemahaman anak - anak terhadap matapelajaran pada akhir tahun. Keputusan peperiksaan ini dapat membantu ibubapa bagi merancang program intervensi kepada kanak - kanak sekiranya mereka didapati masih lemah atau kurang faham berkenaan pelajaran mereka disekolah. Kaedah penilaian kemajuan anak - anak sedia ada didapati sukar untuk menilai tahap pemahaman anak anak kerana lebih berbentuk subjektif. Untuk makluman bagi sesi 2024/2025 akan diadakan 2 kali ujian, iaitu pada bulan ogos dan disember, selain daripada penilaian PBD yang dilaksanakan secara berterusan.


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 45 NAMA PEMBAWA USUL USUL-USUL MAKLUM BALAS ISU PDP, KELAS & KOKURIKULUM Dahlia Fernandez Bt Mohd Farid Fernandez Surat pemakluman cuti sekolah tambahan dikeluarkan sekurangkurangnya seminggu lebih awal bagi memudahkan ibu bapa untuk membuat perancangan Perkara ini diambil maklum. Cuti tambahan berkaitan boleh dirujuk takwim Kementerian yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Ahmad Syafiq bin Ahmad Tamerin Hari cucian or keceriaan kelas anak-anak dibuat bersama ibu bapa dan guru untuk keselesaan anak-anak semasa di dalam kelas Gotong royong perdana akan diadakan pada 8 Jun 2024. Inisiatif bagi maksud keselesaan kelas boleh dirancang bersama guru kelas masing-masing Siti Norida bt Zakaria Saya mencadangkan kertas ujian diberi kepada pelajar untuk dibawa pulang supaya ibubapa dapat mengenal pasti tahap pemahaman dan penguasaan anak dalam setiap mata pelajaran. Pihak sekolah membenarkan ibu bapa memohon kertas ujian anak masing-masing kepada guru subjek. Rushima Yunus Saya menyusulkan pendapat agar kelas sesi pembelajaran pagi dan kelas KAFA sesi petang anak murid di kekalkan dalam kelas yang sama. Murid-murid diasing berikutan kelas pagi dan KAFA menggunakan silibus yang lain. Murid-murid yang masuk kelas KAFA diasing mengikut tahap penguasaan mereka dalam JAWI.


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 46 NAMA PEMBAWA USUL USUL-USUL MAKLUM BALAS ISU PPKI Mohd Hafizie Bin Abd Hamid Waktu persekolahan murid PPKI dikembalikan seperti sesi persekolahan 2023/2024 iaitu Isnin hingga Khamis : 7.45 pagi - 12.30 tengahari Jumaat : 7.45 pagi - 11.30 tengahari Justifikasi: (1) Mengelakkan kesesakan pada waktu pagi terutama apabila anak-anak tantrum. (2) Mengelakkan isu berbangkit apabila keluar terlalu awal dari pejabat setiap hari untuk menguruskan anak balik dari sekolah walaupun terdapat pelepasan dalam pekeliling dan telah diberikan surat pengesahan dari pihak sekolah. (3) Memudahkan PPM untuk nampak ibu bapa yang sampai dan kurangkan kesesakan waktu balik. Sekarang nampak guru/PPM Pra Sekolah yang akan tunggu berdekatan dengan tangga. Saya andaikan waktu balik hampir sama dengan murid PPKI. Waktu persekolahan yang telah ditetapkan sewajarnya diikuti. Walau bagaimanapun, terdapat kelonggaran diberikan kepada ibu bapa yang menghadapi masalah untuk menghantar anak-anak tantrum, namun ibu bapa perlu memaklumkan kepada guru terlebih awal.


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 47 NAMA PEMBAWA USUL USUL-USUL MAKLUM BALAS ISU-ISU LAIN Siti Norsyafiqah binti Mohd Mustafa Tempahan baju sukan atau baju rumah sukan versi muslimah untuk pelajar tahap 2 supaya lebih sopan dan mudah untuk dibawa solat. Perkara ini diambil maklum. Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada etika pemakaian yang telah digariskan oleh KPM untuk murid-murid sekolah rendah. Alina Rahim Mohon untuk pertimbangkan semula penyewaan loker PIBG yang lama dengan harga seperti sebelum ini bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan utk menyewa lebih dari 1 loker jika anak ramai. Untuk makluman, loker besi (loker lama) dibuka untuk sewaan bermula April dan hanya melalui guru kelas sahaja. Shahru zanah Binti Bunan Saya mencadangkan agar kemudahan loker diletakkan di dalam atau berhampiran kelas agar murid mudah akses locker, menjimatkan masa murid & PDP serta pergerakan murid lebih mudah di kawal. Hal ini kerana murid terpaksa berjalan jauh, hanya diperuntukan masa tertentu sahaja hingga menyebabkan anak tidak sempat ambil buku, masa pdp telah berjalan hingga menyebabkan keciciran. Loker diletakkan di koridor kelas dan hanya dalam 10 meter Sahaja. Murid hanya dibenarkan ke loker sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran (7.40 pagi) dan waktu rehat. Mohon murid datang awal ke sekolah.


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 48 NAMA PEMBAWA USUL USUL MAKLUM BALAS ISU-ISU LAIN Ahmad Farhan Mohon dapat menjaga dan memulihara kawasan persekitaran sekolah agar sentiasa dalam keadaan bersih dan indah mata melihat. Saya dapati terdapat kawasan-kawasan di dalam persekitaran sekolah tidak di jaga dengan rapi dari segi kebersihan dan susunatur. Sekolah telah pun menjalankan penambahkan kawasan sekolah. Antara inisiatif penambaikan sekolah adalah seperti berikut: 1) Penambahbaikan cat pagar belakang yang memakan kos RM5000. 2) Laman Ceria yang memakan kos RM8000. 3) Pembersihan kawasan sekolah secara berjadual. Pn. Naja Saya mencadangkan murid diberikan kelonggaran mengambil wuduk gunakan selipar yang dibawa sendiri bagi mengelakkan murid pakai stoking dan kasut dengan kaki basah bagi mengelakkan kasut berbau. Tiada halangan dan dibenarkan. Namun, tanggungjawab menjaga atas anak murid.


M E S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G S K P P 8 ( 2 ) K A L I K E - 1 9 49 NAMA PEMBAWA USUL USUL USUL-USUL YANG AKAN DIBAHASKAN Puan Sharifah Saidatul Balkiah BintI Syed Rohani (YDP PIBG 2023/2024) Saya mencadangkan supaya sumbangan PIBG diteruskan dengan kadar RM80.00 setahun untuk satu keluarga. En Ahmad Herihemsi Bin Che Mansor (Penyelaras KAFA) Saya mencadangkan supaya sumbangan KAFA diteruskan dengan kadar RM20.00 sebulan bagi tahun 2024/2025. Dr Salwani Binti Deraman (PK Pendidikan Khas) Saya mencadangkan supaya sumbangan ibu bapa PPKI sebanyak RM20 sebulan (sebanyak 10 kali pembayaran ) pada tahun 2024/2025 bagi pembayaran murid-murid PPKI.


Click to View FlipBook Version