Pertandingan Hari: Rabu Tarikh: 5 Julai 2023 Masa: 7.30 pagi Tempat: Dewan Terbuka SK St Michael Bercerita Bahasa Melayu Anjuran : Pejabat Pendidikan Bahagian Samarahan Kelolaan :Sekolah Kebangsaan St Michael, Samarahan PERINGKAT Zon kota
ATURCARA 7.30 : Pendaftaran peserta 8.00 : Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku 8.15 : Bacaan doa oleh Cikgu Dana anak Jugat : Ucapan alu-aluan oleh YBrs En. Brown Sang ak Lagan, Guru Besar SK ST Michael. . : Ucapan perasmian oleh YBrs En. Wan Suhardi bin Wan Dahlan, Guru Besar SK Empila merangkap Pengerusi Zon. : Pertandingan bermula 10.30 : Rehat 11.00 : Ulasan Ketua Hakim : Penyampaian hadiah dan sijil : Penyampaian cenderahati 11.30 : Sesi bergambar Bahagian Pertama - Tahap 1 Bahagian Kedua - Tahap 1 Bahagian Pertama - Tahap 2 Bahagian Kedua - Tahap 2
1.0 PENGENALAN 1.1 Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokohtokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. 1.2 Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. 1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertemakan Wira Anti Rasuah (WAR).
2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan. 2.2. Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis- penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan. 2.6 Menggalakkan murid menjana idea spontan berdasarkan bahan rangsangan.
3.0 PELAKSANAAN 3.1 Pertandingan Peringkat daerah akan dikendalikan oleh Sekolah Kebangsaan Meranek (Tahap 1) dan Sekolah Kebangsaan Kpg Melayu (Tahap 2) dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah(PPD). Hanya pemenang (johan ) peringkat daerah akan bertanding ke peringkat negeri. 3.2 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan. 3.3 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik 4.0 KATEGORI 4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori secara individu seperti berikut: 4.1.1 Tahap Satu : Tahun 3 4.1.2 Tahap Dua : Tahun 4 hingga 6
5.0 SYARAT-SYARAT 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. 5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan cerita. Penggunaan kostum dan tata rias dibenarkan serta diberi markah. Pakaian seragam sekolah juga dibenarkan. 5.4 Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. Kedua-dua unsur ini tidak boleh melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut. 5.5 Unsur lakonan dan main peranan tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan adalah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.
Tema : Wira Anti Rasuah Tajuk yang bersesuaian dengan tema yang ditetapkan. Tempoh bercerita ialah seperti berikut: Tahap 1 (Tahun 3) : 5 hingga 6 minit Tahap 2 (Tahun 4 - 6) : 6 hingga 7 minit Selepas selesai Bahagian Pertama, peserta akan bercerita secara spontan berdasarkan gambar yang disediakan Semua peserta akan dikuarantin sebelum sesi spontan dimulakan. Tempoh persediaan satu (1) minit diberikan kepada peserta sebelum memulakan cerita spontan. Peserta akan memulakan bercerita dalam tempoh tiga (3) minit. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada PPD Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan. 5.6 Pertandingan dijalankan dalam dua (2) bahagian iaitu: Bahagian Pertama Bahagian Kedua
Penasihat : Jawatankuasa Zon Kota Samarahan Pengerusi : Brown Sang anak Lagan (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Nicholas Jana anak Badindang (PKKK) Naib Pengerusi : Riah anak Akai (PK1) : Ustazah Rasida binti Arabi (PK HEM) Setiausaha : Anita anak Ginde Bendahari : Riah anak Akai Ahli : Semua guru : Semua AKP JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT ZON KOTA JAWATANKUASA KERJA Urusetia : Anita anak Ginde (K) : Norhasikin binti Anis : Jalia binti Lamat . Protokol : Nicholas Jana anak Badindang (K) : Riah anak Akai : Rasida binti Arabi
Persediaan Pentas : Peter anak Sogih (K) : Dana anak Jugat Sistem Siar Raya : Zenal Abidin bin Meseli (K) : Mohd Iskandar bin Zain Juruacara Majlis : Collin Lee Kin Hong Hadiah / Cenderahati : Lindsay Bugang (K) : Reni anak Da’au Jamuan : Hanipah binti Buang (K) : Jalia binti Lamat : Norhasikin binti Anis Pendaftaran : Roszie binti Saparman (K) : Hanipah binti Buang Penyelia Peserta : Sani bin Kawi (K) : Taib bin Daim Buku Program : Norlia binti Abdul Wahab (K) : Fa’izah binti Mushadad Dokumentasi : Elviana anak Albert Silli Penjaga masa : Peter anak Sogih Kebersihan : Zuriah binti Aboi (K) : Semua pembersih kawasan Kawalan murid : Roszie binti Saparman (K) : Hasyimahyon binti Bujang : Musliha binti Merias
ANAK KECIL MEMUNGUT JAMBU, SUDAH KENYANG LARI KE HUTAN, SEJAK KECIL MENUNTUT ILMU, SUPAYA SENANG DIHARI KEMUDIAN.
Bahasa Jiwa Bangsa. Hilang Bahasa, Lenyaplah bangsa.
PENGHARGAAN Seluruh warga SK St Michael mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Zon Kota . Lelah berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di warung Siti, Terima kasih kami ucapkan, Atas segala jasa dan bakti.