MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
TAJUK:
GERAKAN SYIAH MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM
AHLI KUMPULAN: NOMBOR MATRIKS
NAMA 25DPM21F1024
NUR AFIERA RIFDIANA BINTI NOR HISHAAM 25DPM21F1044
NURMIRZA NABILA BINTI RUSDI 25DPM21F1034
NUR AISYAH BATRISYIA BINTI RAZALI 25DPM21F1010
HAIRUNNISA BINTI HARIZAN
DISEDIAKAN UNTUK:
MADAM SITI NOOR MARINI BINTI AS’ARI
SESI 2 2021/2022
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA
1.0 PENGHARGAAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 PENGENALAN
4.0 ISI DAN KETERANGAN
4.1 PENGENALAN SYIAH
4.2 SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH
4.3 JENIS KESESATAN AJARAN SYIAH
4.4 FAKTOR PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
4.5 KESAN APABILA MEMASUKI SYIAH
4.6 LANGKAH UNTUK MEMBANTERAS AJARAN SYIAH
5.0KESIMPULAN
6.0 LAMPIRAN
7.0 SUMBER RUJUKAN
1.0 PENGHARGAAN
بسم الله الرحمن نرهيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu kami ingin bersyukur atas limpahan
kurniaan ALLAH S.W.T diatas segala waktu, kekuatan, kesabaran serta kerajinan yang
diberikan kepada kami dalam melaksanakan tugasan e-folio ini dan melengkapkannya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Madam
Siti Noor Marini yang telah banyak membantu kami bagi menyelesaiakan tugasan yang
diberi. Kami berharap e-folio yang disediakan ini padat dengan maklumat berkenaan tajuk
kami dan dapat mencegah segala keburukan yang mungkin berlaku sekiranya terjebak
dalam ajaran syiah yang boleh memecahbelahkan umat islam.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
• Menerangkan maksud syiah dan langkah untuk mencegahnya.
• Memberitahu kesan yang diperoleh apabila terjebak dengan ajaran syiah.
• Menyatakan jenis-jenis kesesatan syiah yang terdapat dalam ajaran syiah.
3.0 PENGENALAN
E-folio yang disediakan ini adalah untuk membantu umat islam dalam mencegah kegiatan
ajaran syiah serta menerangkan sejarah kemunculan syiah, dan kesannya kepada kita jika
terjebak dengan kegiatan ini. Dalam e-folio yang disediakan ini segala yang berkaitan
dengan ajaran syiah akan diterangkan bagi mendedahkan kepada umat islam perbezaan
antara ajaran syiah dan ajaran islam yang betul supaya umat islam dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dengan aktiviti yang menyesatkan.
4.0 ISI DAN KETERANGAN
4.1 PENGENALAN SYIAH
Menurut etimologi (lughah) bahasa Arab, “Syiah” bermaksud, “Pengikut dan pembela
seseorang”. Mengikut terminologi (istilah) syariat Islam, “Golongan yang berpendapat
bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada Sahabat-
Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan.
4.2 SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH
Sejarah kemunculan Syiah, mereka telah lama wujud dalam sejarah Islam, bahkan mereka
telah muncul sejak zaman Khalifah Ali bin Abi Talib sendiri. Beliau yang memerintah
pada tahun 36H sebelum wafat pada tahun 40H. Lebih kurang 1400 tahun dahulu.
Sejarah menyebutkan pada tahun 37H, berlaku salah faham yang memuncak sehingga
berlaku pertempuran antara dua orang sahabat yang mulia iaitu Saidina Ali bin Abi Talib
radhiyallahu ‘anhu dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu ‘anhuma. Berlaku
perselisihan sehingga berlaku peperangan Siffin.
Dipendekkan cerita, akhirnya dua orang sahabat ini mencapai satu kata sepakat untuk
berdamai mencari jalan penyelesaian. Akhirnya kedua-dua kumpulan ini berpisah dan
kembali ke negeri masing-masing. Muawiyah kembali ke Damsyiq di Syria, dan Ali
kembali ke Kufah di Iraq.
Sejarah mencatatkan bahawa ketika Ali bersama tenteranya dalam perjalanan kembali ke
Kufah, sebahagian besar dari tentera Ali berpisah dan keluar dari tentera Ali. Mereka tidak
setuju dengan apa yang dicapai antara Ali dan Muawiyah. Dikatakan seramai 12 ribu orang
keluar dari tentera Ali. Mereka ini diistilahkan oleh para Ulama sebagai kumpulan
Khawarij.
Kumpulan-kumpulan ini walaupun telah lama wujud, tetapi sehingga ke hari ini, fikrah-
fikrah atau ideologi-ideologi mereka terus subur di kalangan masyarakat Islam. Keluarnya
kumpulan Khawarij yang tidak setuju dengan perdamaian dan kata sepakat antara Ali dan
Muawiyah ini, mereka akhirnya mengkafirkan Saidina Ali dan mengkafirkan Muawiyah.
Tetapi di sini kita tidak mahu bercerita tentang kumpulan Khawarij. Yang kita hendak
faham adalah Syiah. Dari perselisihan Khawarij dengan Saidina Ali, bermulalah bibit-bibit
Syiah. Mereka bermula dalam keadaan ‘innocent’. Mereka tidak salah, tidak ada
penyimpangan atau kesesatan, iaitu mereka yang bersama dengan Ali. Ali di satu pihak
bersama penyokongnya, dan Khawarij di satu pihak lain yang menentang. Sejarah Syiah
bermula dari orang-orang yang menyokong Ali pada ketika itu.
Mereka pada mulanya menyokong Ali, dan ini tidak ada masalah kerana ramai di kalangan
para Sahabat yang juga menyokong Ali, walaupun ada juga yang menyokong Muawiyah.
Di situ tidak ada masalahnya. Perselisihan bermula dalam masalah perbezaan ideologi
politik, ada yang menyokong Muawiyah dan ada yang menyokong Ali. Tetapi lama
kelamaan, sifat ta’assub (fanatik) mula meresap di kalangan sebahagian penyokong Ali.
Pada mulanya mereka sokong sahaja, tetapi peringkat seterusnya mereka mula
mengangkat Ali. Mereka mengatakan Ali yang paling bagus. Tetapi pada peringkat ketiga
dan seterusnya, di sini berlaku penyimpangan dan kesesatan yang jelas.
Sejarah mencatatkan bahawa orang-orang Syiah pada peringkat ketiga dan seterusnya
mula menyimpang secara jelas dari Islam apabila mereka mula terkesan dengan satu
hasutan dari seorang yang bernama Abdullah bin Saba’.
Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi dari Yaman. Dia pergi ke Iraq kononnya masuk
Islam. Tetapi betapa cepatnya dapat dilihat kesesatannya, apabila dia menyeru penyokong-
penyokong Ali ini supaya mengangkat Ali dan menolak sahabat yang lain, bahkan mencela
para sahabat yang lain sehingga mengkafirkan para Sahabat yang lain. Ini adalah
kemuncak kesesatan orang Syiah, iaitu apabila mereka mengkafirkan para Sahabat.
Kita kena faham kedudukan sahabat Rasulullah. Mereka bukan calang-calang orang.
Mereka adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk
berdamping dengan utusanNya iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan membantu
Baginda dalam dakwah. Tetapi orang Syiah mencela sehingga mengkafirkan mereka.
Mereka tidak berhenti di situ. Sebahagian mereka sampai ke peringkat keempat yang
paling dahsyat. Dari kalangan pengikut Abdullah bin Saba’ juga yang sehingga
mengangkat Ali sebagai Tuhan. Mereka mendakwa Allah menjelma dalam diri Ali bin Abi
Talib. Ini semua berlaku pada zaman Ali. Betapa sesatnya pemikiran orang-orang Syiah
pada peringkat ketiga dan keempat ini.
Apabila Ali melihat sikap mereka yang terlalu mengagung-agungkan dirinya, tentu sahaja
Ali tidak berdiam diri. Siapa sahaja yang mengangkat dia sebagai Tuhan, jelas itu adalah
jelas perbuatan kufur, mengeluarkannya dari Islam. Maka Ali memberi amaran kepada
mereka supaya bertaubat. Tetapi disebabkan pemikiran sudah rosak, mereka terus
mengatakan Ali Tuhan.
Ali akhirnya menghukum mereka dengan sedahsyat-dahsyat hukuman iaitu dibakarnya
mereka. Tetapi pengikut Syiah yang melampau, apabila melihat Ali memberikan hukuman
begitu, adakah mereka bertaubat? Tidak, bahkan sebaliknya. Mereka berkata, “Kami pada
hari ini lebih beriman dengan engkau wahai Ali sebagai Tuhan, kerana tidaklah yang
menyiksa dengan api kecuali Tuhan api iaitu Allah. Maka engkau adalah Allah.
4.3 JENIS KESESATAN AJARAN SYIAH
1. Beriman dengan imam
Para imam adalah maksum dan dilantik oleh tuhan secara nas. Ia merupakan rukun iman yang
pertama.
2. Wilayah Al-Faqih
Memperhambakan manusia tanpa batas dan syarat.
3. At-Taqiyyah
Iaitu memperkatakan sesuatu dan menyembunyikan sesuatu yang lain. (menghalalkan
penipuan)
4. Al-Ghuluw
Ghuluw bermaksud sifat melampau. Syiah mempunyai suatu kaedah : “Setiap apa yang
diputuskan oleh akal itu adalah keputusan syarak”.
5. Menyeksa diri di Hari Asyura
Dilakukan pada 10 Muharram untuk memperingati Imam Hussain. Siapa melakukannya
mendapat syurga.
6. Syahadah ketiga ketika azan
Menambah lafaz dalam azan: “Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah”.
7. Mut’ah
Perkahwinan sementara yang mengharuskan zina atau dipanggil perkahwinan kontrak.
8. Solat Jumaat tidak wajib
Di waktu ketiadaan Imam Mahdi, solat Jumaat tidak wajib ke atas setiap orang Islam.
9. Penyelewengan Al-Quran
Syiah mendakwa Al-Quran yang wujud sekarang telah diselewengkan. Mereka mempunyai
Al-Quran sendiri iaitu mashaf Ali dan mashaf Fatimah.
10. Ar-Raj’ah
Kepercayaan bahawa para imam Syiah akan kembali ke dunia untuk membalas dendam
sebelum Kiamat.
11. Al-Bada’
Mengatakan Allah itu jahil, membuat kesilapan dalam menentukan takdir lalu
membetulkannya semula.
12. Al-Irhab
Menyerahkan diri kepada ketua tanpa ikatan dan syarat supaya boleh diheret melakukan
keganasan.
4.4 FAKTOR PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
1. Orang Melayu Islam yang sangat cinta dan kasih terhadap keluarga Nabi Muhammad
SAW
• Diatas asas cinta dan sayang tesebut mereka mudah menerima dakwah syiah yang
melampau dalam membesarkan dan mengagungkan keluarga Rasulullah SAW.
2. Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah
• Sesetengah orang terpengaruh dengan hukum fekah dan Syiah yang lebih mudah
mengikut pendapat mereka berbanding mazhah-mazhab lain seperti boleh jama'
(himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja .
• Mereka juga berasa bangga dengan nikah mut'ah dalam mazhab Syiah.
3. Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah
• Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk
menyebarkan fahaman mereka.
4.5 KESAN APABILA MEMASUKI SYIAH
1. Akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan
ajaran sesat boleh merosakkan akidah Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada
ajaran Islam.
2. Masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan
bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik
serta khurafat.
3. Minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin
yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak
rasional dan fanatik.
4. Kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian
tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri , ibu, atau bapa.
5. Keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga
yang ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka.
4.6 LANGKAH BAGI MEMBENTERAS AJARAH SYIAH
1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar.
- Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses
pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyediakan kokurikulum pendidikan peringkat rendah kelas al-Quran dan fardhu
ain.
-Dalam kokurikulum tersebut penekanan diberikan terhadap pendidikan akidah yang benar
melalui penggubalan kokurikulum agama atau silibus agama yang berkaitan.
3. Mengelvarkan beberapa bahan bacaan dan buku berkaitan isu liberalisme, pluralisme
-Dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Dan Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam, Majlis
Agama Negeri berhubung perkara ini seperti buku 'Soal Syiah Di Malaysia' serta 'Diskusi Isu
Akidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia' yang diterbitkan oleh JAKIM.
4. Program pemantapan kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah.
-Dengan agensi yang menyelaras program kepada penjawat awam dan institusi pengajian tinggi
khususnya kepada pelajar yang akan keluar negara
5. Kerjasama dalam Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu
- oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular
dalam
masyarakat.
5.0 KESIMPULAN
Islam iaitu agama yang diturunkan Allah SWT sebagai panduan hidup manusia terdiri daripada
tiga komponen utama iaitu akidah (kepercayaan), syariat (pengamalan) dan akhlak
(pengabdian atau sifat kehambaan). Justeru, seseorang itu hanya akan dianggap sebagai
Muslim dan Mukmin sebenar apabila akidahnya suci daripada faktor-faktor kesesatan,
syariatnya benar tapa ada unsur-unsur penyelewengan dan akhlaknya terpuji serta jauh
daripada kebobrokan. Sesungguhnya Islam adalah agama yang jelas kebenarannya dan jelas
juga batas-batas kekufurannva.
Ajaran sesat membawa pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia yang tidak mempunyai
pegangan agama yang kukuh dan utuh. Oleh yang demikian satu anjakan paradigma harus
dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta masyarakat sejagat agar dapat
mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
6.0 LAMPIRAN
1. Contoh keratan akhbar yang menunjukkan ajaran syiah di mana sekiranya menandatangani
sebuah kontrak keluar islam maka seseorang muslim itu akan murtad iaitu keluar dari agama
islam.
2. Contoh ajaran syiah dimana pengikutnya sanggup mencedarakan diri mebikut apa yang
disuruh oleh ketuanya.
3. Isu hangat 2022 di Malaysia umat islam menunjukkan perkara yang pelik dan tidak patut
dicontohi iaitu solat dengan kipas. Sama ada menjadikan kipas makmum atau imam Ketika
solat.
7.0 SUMBER RUJUKAN
1. Internet
• https://online.fliphtml5.com/ocsvf/yjvx/#p=18
• https://online.anyflip.com/gtsji/ahso/mobile/
• https://syiahblogger.blogspot.com/2020/03/gerakan-syiah-
memecahbelahkan-perpaduan.html?m=1
2. Surat Khabar
• Surat Khabar Harian Metro 31 Ogos 2009.