ROKOK VAPE ROKOK VAPE
Puan Zainab Zamirah Khair binti Zakaria BBA 4054 sk dusun nanding sk dusun nanding (Guru Pembimbing) Muhammad Faeeq Amjad bin Ahmad Faizul (Ketua Kumpulan) Muhammad Akram Baqir bin Badrul Hisham (Ahli Kumpulan)
ROKOK VAPE? Apa itu Rokok elektronik atau vape menggunakan pengewap (vaporizer) berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair yang berperisa khas yang disedut penggunanya untuk mendapat rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Vape memanaskan nikotin (diekstrak daripada tembakau), perasa dan bahan kimia lain untuk menghasilkan aerosol yang disedut. Cecair vape biasanya mengandungi gliserol (gliserin sayuran) dan propylene glycol (PG), dan bahan kimia yang digunakan untuk perasa. Walaupun bahan-bahan ini dianggap selamat untuk digunakan dalam kosmetik dan makanan, risiko jangka panjang untuk menyedut bahan ini tidak 100% selamat.
01 0405 Dalam tandas awam atau lif. Di tempat premis atau pejabat kerajaan. KAWASAN LARANGAN MEROKOK 0203 Di taman awam kecuali di tempat letak kereta terbuka. Di kawasan yang digunakan untuk aktiviti keagamaan. Di kawasan taman asuhan kanak-kanak
PENDIDIKAN & KESEDARAN Meningkatkan kesedaran tentang bahaya penggunaan rokok vape melalui kempen pendidikan awam, ceramah, dan bahan-bahan maklumat yang mudah diakses. PENYELIDIKAN SAINS Melakukan kajian saintifik bagi memahami kesan jangka panjang penggunaan rokok vape terhadap kesihatan. PENYEKATAN & KAWALAN Mengenakan sekatan dan kawalan yang ketat terhadap pengiklanan dan promosi rokok vape, khususnya yang menyasarkan golongan muda. PEMULIHAN & SOKONGAN Menyediakan program pemulihan dan sokongan kepada individu yang ingin berhenti daripada ketagihan menghisap rokok vape. CARA TANGANI ROKOK VAPE
MEMELIHARA KESIHATAN RESPIRATORI membantu memelihara kesihatan paru-paru anda. MENINGKATKAN KUALITI HIDUP meningkatkan kualiti hidup anda dengan mengurangkan risiko penyakit MENJIMATKAN WANG Dengan mengelakkan pembelian rokok dan peralatan vape, anda dapat menjimatkan wang MENGGALAKKAN HIDUP SIHAT menyokong gaya hidup yang lebih sihat dan mempengaruhi orang lain dalam komuniti MEMPERBAIKI HUBUNGAN SOSIAL membantu meningkatkan hubungan sosial MANFAAT JAUHI ROKOK VAPE MEMELIHARA KESIHATAN RESPIRATORI membantu memelihara kesihatan paru-paru anda.
Penggunaan rokok elektrik mahupun rokok tembakau, keduanya-duanya menyebabkan kesan buruk bagi kesihatan manusia sama ada dalam jangka pendek ataupun jangka panjang. Penggunaan rokok vape akan mengakibatkan kesan yang negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, marilah kita bersama-sama mematuhi semua larangan penggunaan rokok vape yang tidak memberikan sebarang kebaikan “Mencegah lebih baik dari mengubati” Jauhilah rokok sebelum kita ketagihan. Bersama kita wujudkan generasi yang lebih sihat dan lebih baik untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara pada masa akan datang. Assalamualaikum w.r.t….. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, setelah bertungkus lumus dapat kami menyiapkan Buku Skrap Digital PPDa ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing kami iaitu Puan Zainab Zamirah Khair binti Zakaria. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala syarat penyediaan buku skrap kami penuhi. Akhir sekali, ucapan terima kasih & penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan buku skrap ini, Sekian.