PEMBUANGAN BAYI Valerina Nisha Ak Galau (20DSK22F1024) Joan Samban Ak Austine (20DSK22F1034) Fatin Faqeriah Binti Hamsah Nama Pensayarah: Nama Ahli Kumpulan: NILAI MASYARAKAT MPU23042
PRAKATA Pada kesempatan ini izinkanlah kami untuk puji syukur kepada kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas kasih karunia dan berkat-Nya kerana memberi nafas sehingga ahli kumpulan kami dapat menyelesaikan e-Buku ini dengan baik walaupun jauh dari sempurna, oleh itu kami mengharapkan adanya segala kritik atau saran yang membangunkan dari para pembaca. Kami juga berharap agar akan ada yang mengembangkan lagi tentang topik ini pada masa yang akan datang . Walaupun, menghadapi kesukaran sepanjang melengkapkan e-Buku ini, kami tetap berusaha , bertolak ansur dan bekerjasama dalam menyiapkan e-Buku ini. Semoga kandungan e-Buku ini dapat dipergunakan sebagai salah acuan, petunjuk mahupun pedoman bagi pembaca dalam pendidikan. Pengetahuan yang diperoleh tidak datang dari langit begitu saja, terdapat mahluk-Nya yang Tuhan percaya untuk menyampaikan ilmu-Nya, melalui pensyarah kami iaitu Puan Fatin Faqeriah Binti Hamsah yang dengan penuh kesungguhan dan kesabaran dan kesabaran dalam mengisi ruang kosong dalam pengertian kami tentang topik kami. Akhir kata dari kami, tiada gading yang tak retak, kata pepatah. Namun upaya mencari gading yang tak retak ini setidaknya telah kami lakukan walaupun ada kekurangan.
OBJEKTIF Memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa kes pembuangan bayi semakin meningkat pada masa kini. Menjelaskan cara-cara bagaimana menangani kes pembuangan bayi daripada berlaku. Menjelaskan penyebab-penyebab bagaimana kes pembuangan bayi boleh berlaku. Memberi kefahaman kepada masyarakaat mengenai kesan jika kes pembuangan ini tidak dengan segera. Memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa perbuatan kes pembuangan adalah salah disisi undangundang dan negara.
PEMBUANGAN BAYI KANDUNGAN Pengenalan 1 5 cara mengatasi 6-7 5 faktor cabaran 2-3 5 contoh isu 8-10 5 kesan cabaran 4-5 Penutupan 11 Latihan pengukuhan 12-13 Rujukan 14
PENGENALAN Kehidupan yang sejahtera, ketenangan hidaup yang berpanjangan, rumah tangga yang kukuh, pasangan yang ideal dan keluarga yang bahagia adalah sentiasa menjadi idaman setiap individu. Hal ini kerana ianya adalah salah satu keperluan hidup manusia atau lebih tepat jika dirujuk sebagai fitrah hidup manusia. Dalam konteks perbincangan pada hari ini, manusia pada zaman sekarang semakin berani mencabar undang-undang negara malah lebih dahsyat lagi apabila mereka sanggup melanggar hukum-hukum atau peraturan yang telah ditetapkan di dalam syariat Islam. Dinihari, negara banyak digemparkan dengan berita mengenai kes-kes pembuangan bayi. Bukan hana dengan mendengar khabar angin, malah perbuatan terkutuk manusia ini sering menjadi hiasan di dada-dada akhbar dan topik perbincangan hangat di media massa. Namun demikian, kes pembuangan bayi ini kian menjadi-jadi dan lebih memalukan lagi apabila peratus golongan remaja yang terlibat adalah semakin meningkat. Dalam peringkat umur seperti ini, sepatutnya mereka perlu sentiasa sibuk mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menempuh hidyp yang kian semakin mencabar dari segi ekonomi dan taraf hidup. Tetapi mereka tidak menyedarinya dan lebih gemar memilih jalan yang membawa mereka ke alam yang gelap. Jika dikaji dengan teliti, ternyata bahawa seks bebas atau pergaulan bebas yang berlaku di negara kita ini, adalah penyumbang kes-kes seperti ini. Ini juga terbukti bahawa ajaran yang dibawa oleh barat telah merosakkan minda golongan remaja sekaligus menghancurkan kedidupan mereka. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu daripada keluarga, cara medah ialah membunuh atau membuang bayi itu. Hal ini menyayat hati apabila bayi yang baru dilahirkan sememangnya memerlukan kasih sayang di buang begitu sahaja. Pada hari ini, kehidupan manusia yang melakukan gejala pembuangan bayi ini sememangnya tidak berhati perut dan mereka lebih teruk daripada binatang kerana binatang tidak pernah membunuh anaknya tetapi membesarkan anaknya hingga boleh berdikari. Sudah terlalu kerap manusia semakin menganggap pembuangan bayi ini sebagai satu perkara biasa. Ternyata manusia di akhir zaman ini semakin bersifat kebinatangan malah lebih teruk dari binatang. Tempat-tempat seperti tang sampah, kubur, tepian sungai atau tasik adalah destinasi bagi menyelesaikan masalah pembuangan bayi. PEMBUANGAN BAYI 1
Kurang didikan agama Kurang kasih sayang keluarga Didikan agama sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang. Oleh itu, ia juga mempengaruhi setiap perbuatan anak-anak sepanjang hari. Kurang didikan agama menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja dan tidak berlandaskan agama. Ia adalah salah punca pembuangan bayi berleluasa dari dahulu lagi. Kasih sayang keluarga sangat penting dalam membentuk anak-anak yang pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Tanpa kasih sayang keluarga, kemungkinana anak akan terabai dan membuat hal masing-masing. Halhal yang negative akan menyebabkan mereka terpesong melakukan zina sehingga terjadinya punca pembuangan bayi. FAKTOR CABARAN PEBUANGAN BAYI 2
Kurang pendidikan agama Tiada pendirian diri dan tidak berfikir kesan Pengaruh rakan sebaya Statistik menunjukkan punca pembuangan bayi yang terbesar adalah datang dari remaja yang tidak bersekolah terutamanya yang menetap di kawasan pedalaman. Kurang pendidikan akademik adalah punca pembuangan bayi, tetapi ia boleh dielakkan sekiranya remaja berkenaan mendapat pendidikan agama yang sempurna. Para remaja yang tidak ada pendirian diri tidak memikirkan kesan sekiranya mereka melakukan sesuatu perkara. Seks bebas juga adalah perkara yang menjadi punca pembuangan bayi, tetapi semuanya bermula dari para remaja sendiri. Pendirian yang kuat dan sering memikirkan kesannya akan menjadi penghalang mereka melakukan perkara yang tidak diingini. Punca pembuangan bayi juga adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Kes pembuangan bayi juga telah berlaku di sekolah. Sudah semestinya kes ini melibatkan pelajar sekolah. Punca pembuangan ini salah satunya adalah dengan siapa kita berkawan dan bergaul. Kalau tersalah pilih kawan, buruk padahnya. PEMBUANGAN BAYI 3
KESAN CABARAN Kadar kematian bayi yang lebih tinggi akan berlaku Keruntuhan institusi kekeluargaan Ibu yang bersedia untuk membuangkan bayi mereka akan melahirkan anak dengan menggunakan cara sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital. Sewaktu mereka melahirkan anak, ibu tidak akan berada dalam keadaan dan situasi yang selesa. Tanpa penjagaan perubatan yang sempurna, ibu akan mengalami jangkitan kuman dan juga kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak. Dalam keadaan ini, bayi akan cedera sewaktu bersalin dan kadar kematian bayi adalah sangat tinggi jika berbanding dengan kelahiran bayi di hospital. Akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam keluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan anak sehingga anakanak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup. PEMBUANGAN BAYI 4
Menjejaskan imej masyarakat sekeliling Pembangunan negara terjejas Kekosongan emosi Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini daripada berlaku. Tidak dapat dinafikan pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pasttinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menanmpung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Kekosongan emosi disebabkan membesar tanpa ibu bapa adalah tragedi dan membawa kepada kencenderungan bunuh diri, yang menimbulkan keadaan fikiran yang putus asa; dan membesar dengan kesepian dan perasaan tidak disayangi, dianiaya dan diabaikan. PEMBUANGAN BAYI 5
PEMBUANGAN BAYI MENGATASI CABARAN Menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkana akhlak remaja. Menguatkuasakan undang-undang Memberi didikan agama Pihak media massa perlu menyekat filem-fillem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sossial dan pembuangan bayi semakin meningkat. Pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja-remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapaat mengurangkan kes pembuangan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan dan mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. 6
PEMBUANGAN BAYI Perpepsi masyarakat mestilah diubah Masyarakat jangan terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlingungan dan menyesali perbuatan mereka dan juga tidak meggugurkan kndungan mereka. 7
PEMBUANGAN BAYI Menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi meembela nasib mereka yaang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka. 7
https://tinyurl.com/2p9e76kv Dalam akhbar ini telah nyatakan bahawa trend buang bayi masih berleluasa walaupun pelbagai cara dilakukan untuk menangani jenayah itu dan majoriti si pelaku itu adalah dalam kalangan remaja. PEMBUANGAN BAYI CONTOH ISU 8
https://tinyurl.com/4dtcasw6 Dari akhbar kita dapat simpulkan bahawa bukan dalam kalangan remaja saja yang termasuk dalam kes pembuangan bayi tetapi kalangan dewasa juga. Ini kemungkinan besar disebabkan faktor tidak mempunyai wang untuk menampung kehidupan anak mereka itu. PEMBUANGAN BAYI CONTOH ISU https://tinyurl.com/yck65fk3 Berdasarkan rekod siasatan PDRM, kes buang bayi ini terjadi kerana faktor pertama kehamilan luar nikah bermakna mangsa atau suspek yang mengandung dan membuang bayi ini, kebanyakan mereka terjebak dengan seks di luar perkahwinan yang menyebabkan mengandung, tidak berdsedia serta tanpa pengetahuan keluarga. 9
PEMBUANGAN BAYI CONTOH ISU https://tinyurl.com/mrybpp2b Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah yang membabitkan 99 bayi dan diikuti sebanyak 77 bayi (15.8%) di tempat pembuangan sampah dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan, dan hospital. 10 https://tinyurl.com/3ym7w9hr Akhbar ini telah menyatakan bahawa polis menahan seorang pelajar Tingkatan Lima untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam sebuah tong sampah di sebuah blok di Taman Flat Bagan, di sini. Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu ditahan di rumah keluarganya jam 6 petang, pada Sabtu selepas dilaporkan mengalami tumpah darah oleh jirannya yang kemudian menghubungi ambulans dan polis. Dia kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk mendapatkan rawatan. Difahamkan, remaja berkenaan melahirkan seorang bayi perempuan pada petang Jumaat seorang diri di dalam tandas rumah keluarganya.
PEMBUANGAN BAYI PENUTUP Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sememangnya amat membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Tindakan untuk mengawal gejala ini sudah sampai ke tahap yang dianggap serius. Justeru itu, semua warga masyarakat tidak mengira kaum dan agama haruslah bersatu padu bagi membantu mencegah dan membanteras gejala sosial supaya tidak menjadi lebih serius dan dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Pihak atasan dan badan-badan kebajikan juga perlu lebih peka dan perlu menganjurkan pelbagai ceramah, programprogram dakwah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih banyak informasi tentang gejala ini dan sedar tentang kesan serta bahaya daripada perbuatan yang tidak bermoral itu. Dengan pelbagai usaha yang dilakukan secara bersama-sama ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Sebagai remaja yang bermoral, kita seharusnya menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang kejam dan hina. Sebaliknya kita akan dihina, dicaci dan dicemuh oleh masyarakat. Kita perlu berfikir dengan rasional dengan mengambil kira baik dan buruk sesuatu perkara sebelum melakukan hal tersebut. 11
PEMBUANGAN BAYI LATIHAN PENGUKUHAN Apakah kepentingan menangani isu pembuangan bayi? Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kesan pembuangan bayi? Apakah yang akan berlaku jika isu pembuangan bayi meningkat? Apakah sebab pembuangan bayi? OBJETKTIF: A. supaya negara luar memandang serong negara kita B. supaya dapat menjaga imej keluarga C. supaya masyarakat dikecam oleh masyarakat D. supaya dapat meningkatkan kadar kematian bayi A. terpengaruh dengan rakan sebaya B. bayi itu akan kekurangan kasih sayang C. bayi itu akan hidup dengan bahagia D. menjaga nama baik keluarga A. kekurangan didikan agama B. mempunyai keluarga yang bahagia C. menjaga pemakaian D. tidak bergaul dengan rakan yang negatif A. teman lelaki yang ingin bertanggungjawab B. ibu bapa yang memahami C. masyarakat yang menyokong dan memberi nasihat D. malu kerana mempunyai anak luar nikah 12
PEMBUANGAN BAYI Pilih huraian yang berkaitan dengan nilai kasih sayang. Nyatakan nilai yang patut diamalkan dalam menangani isu ini? Pihak yang manakah yang perlu bertanggungjawab untuk menangani dan mengurangkan kes ini daripada berlaku? Apakah iktibar yang perlu diambil oleh remaja pada masa kini dari akhbar-akhbar yang telah diterbitkan mengenai kes pembuangan bayi? Adakah penting untuk mengadakan kempen kesedaran bagi remaja mengenai kes ini? jika PENTING, sila jelaskan. Adakah media sosial seperti Tiktok, Instagram, dan Facebook mempengaruhi remaja pada masa kini? Jelaskan. A. remaja harus memikirkan mana yang baik dan buruk sebelum mengambil keputusan B. remaja haruslah mengasihi anak dan ridak membuang anak C. remaja harus bertanggungjawab dalam menjaga bayi D. remaja garus berdikari menjaga anak SUBJEKTIF: 13
https://tinyurl.com/muxpjy2c https://tinyurl.com/bdepy8c8 https://tinyurl.com/mr2adra2 https://tinyurl.com/wfayrf2m https://tinyurl.com/2p9e76kv https://tinyurl.com/4dtcasw6 https://tinyurl.com/yck65fk3 https://tinyurl.com/mrybpp2b https://tinyurl.com/3ym7w9hr Kami Prihatin Sang Bayi 22 Kes: Himpunan kes yang tak terlupakan Internet: Buku: PEMBUANGAN BAYI 14 RUJUKAN
e-Buku ini menjelaskan kes pembuangan bayi yang ada di Malaysia, Antaranya ialah faktor-faktor, kesan-kesan, cara-cara mengatasi dan isu-isu pada masa kini mengenai pembuangan bayi yang telah dikeluarkan dari surat kahbar. Penjelasan kes pembuangan bayi ini telah disesuaikan dengan menghubungkaitkan isu semasa yang semakin berleluasa sejak dahulu lagi disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhinya dari pelbagai sudut. Penerbit: