The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 804-3-sofea, 2022-04-11 10:07:45

Kesantunan Berbahasa

KESANTUNAN
BERBAHASA

DISEDIAKAN UNTUK: EN. MOHD JANURI BIN AIYUB

TAJUK

A PENGENALAN B BUKTI PENGGUNAAN
C JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAH ASA KU R AN G SO PAN

BAH ASA KU R AN G SO PAN D CADANGAN MENANGANI ISU
KESANTUNAN BERBAHASA
E RUMUSAN
F SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Dalam kehidupan hari ini, bertutur atau berkomunikasi secara verbal merupakan perkara yang wajid
dilakukan oleh semua orang, kecuali mereka yang tidak mempunyai keupayaan dalam bertutur yang disebabkan oleh
kecacatan. Tanpa mengira bahasa, bertutur adalah alat saluran komunikasi yang penting bagi setiap individu dalam
proses pertukaran pengetahuan atau idea dan juga pengalaman dengan individu lain. Tetapi ada juga segelintir individu
yang menguasai bahasa tetapi gagal untuk menyampaikan hujah dengan baik kerana gagal dalam menyusun secara
teratur bahasa yang ingin mereka sampaikan. Hal ini sudah tentunya akan merencatkan keberkesanan mesej yang akan
disampaikan oleh mereka. Selain itu, penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan kemarahan, kegusaran atau rasa
kecil hati daripada pihak lain merupakan penggunaan bahasa yang sopan. Penggunaan bahasa yang kasar dan kurang
sopan akan menimbulkan kesan yang sebaliknya, malahan juga ia akan menjejaskan hubungan kedua-dua pihak yang
terbabit. Dalam konteks agama Islam dan agama-agama lain juga mementingkan aspek bertutur dan berbahasa. Hal ini
kerana aspek bertutur dan berbahasa amatlah penting kerana melibatkan hubungan perasaan antara manusia dengan
manusia yang lain. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi,
mengejek, melecehkan orang atau sebagainya telah mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan
peribadi bangsa yang negetif. Lebih malang lagi apabila perkara seperti ini bermaharajalela dalam media massa.
Sedangkan ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat dengan nilai-nilai mulia dan budi
pekerti yang tinggi. Pada masa itu juga bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabung jalinan segala
aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu.

BUKTI PENGGUNAAN
BAHASA KURANG

SOPAN DALAM MEDIA
SOSIAL

https://youtu.be/2NZK-GrO5H0 Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika komunikasi. Oleh itu,
berdasarkan link yang disediakan terdapat satu video seorang ibu yang
bergelar kak long yang menggunakan nada suara yang tinggi apabila tidak
dapat menerima seorang pekerja „Seven Eleven‟ yang menuduh anaknya
mencuri. Komunikasi sebegini tidak sepatutnya dicontohi kerana ia dapat
menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan tersebut dan ini
sudah pasti akan memalukan diri sendiri. Untuk menyelesaikan masalah
tersebut, kak long mestilah berbincang dengan pekerja itu secara matang
dan menggunakan nada yang sopan santun.

https://vt.tiktok.com/ZSdF34Hsb/

Link yang seterusnya merupakan sebuah video seorang lelaki
yang menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun, menghina fizikal
seseorang dan mendoakan benda-benda yang tidak elok kepada seorang
wanita. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menimbulkan
kebencian orang lain kepada penutur. Ini juga akan menjatuhkan air muka
seseorang.

https://youtu.be/x3qOklVzAdY Pada link ketiga pula merupakan video yang diambil
dalam youtube iaitu pentas akhir Big Stage, dimana pihak astro
membuat promosi drama dengan menggunakan senario yang agak
melampau hingga mendapat kecaman daripada warganegara Malaysia.
Dalam video tersebut, kita dapat melihat bahawa dialog yang dilontarkan
oleh penutur agak kasar dengan menggunakan nada suara yang tinggi
dan melontarkan kata-kata yang dapat menguris hati seseorang,
walaupun itu hanyalah sekadar lakonan. Perkara seperti ini tidak
sepatutnya berlaku kerana ini akan menjatuhkan industri seni negara
kerana menggunakan kata yang tidak sesuai.

https://vt.tiktok.com/ZSdF39QFC/

Link yang terakhir ialah sebuah video yang
dijumpai dalam tiktok dimana ia merupakan sebuah pesanan
ringkas antara seorang kawan. Melalui video ini kita dapat
melihat penghantar dengan pembalas pesanan, berbalas-balas
pesanan dengan menggunakan perkata-perkata yang tidak
sopan seperti memaki dan mencarut. Hal seperti ini tidak
sepatutnya berlaku kerana boleh menjadi contoh yang tidak
baik kepada generasi akan datang.

JUSTIFIKASI
PENGGUNAAN
BAHASA KURANG
SOPAN DALAM MEDIA

SOSIAL

Masyarakat pada hari ini hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa yang akan datang.

Jika mahu melihat corak masa hadapan negara, lihatlah genarasi muda sekarang. Begitulah analogi yang dapat digambarkan jika masyarakat
hari ini bersikap pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin. Terdapat beberapa sebab yang menyumbang
kepada penggunaan bahasa kurang sopan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Antara sebab pertama ialah cara didikan keluarga dan
persekitaran yang boleh menimbulkan permulaan kepada berlakuanya penggunaan bahasa kurang sopan. Apabila seseorang yang sering
melafazkan atau mengeluarkan perkataan yang tidak baik, kasar, dan mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan
memberontak. Semasa pembesaran remaja, didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang
kepada pemasalahan ini. Ibubapa yang tidak menunjukkan sikap lemah lembut dan sering menggunakan perkataan yang tidak sesuai seperti
„woi‟, „aku‟, „kau‟ dan sebagainya apabila bercakap dengan anak-anak mereka, boleh mendidikan anak-anak mereka menjadi begitu. Kadang
kala ibubapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa kurang sopan dan juga nada yang tinggi di
hadapan anak-anak. Hal sebegini akan meninggalkan teladan yang tidak baik kepada anak-anak dengan menganggap perbuatan itu adalah
betul dan menjadi ikutan.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Rakan sebaya merupakan orang

yang paling hampir dengan remaja selain ibubapa dan kaum keluarga. Pergaulan yang bebas dengan rakan sebaya yang
bermasalah akan menyebabkan mereka turut terpengaruh dengan gelaja yang kurang baik. Hal ini kerana sesetengah remaja
cenderung menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pergaulan seharian. Misalnya, perkataan seperti sial, celaka, bodoh
dan sebagainya sering digunakan oleh sesetengah remaja untuk menggungkapkan rasa tidak puas hati atau menggunakanya
dalam percakapan harian. Lebih membimbangkan lagi apabila ada di kalangan remaja yang tidak segan silu menggunakan bahasa
yang berunsur lucah apabila bercakap ditempat umum. Perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat
serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun hanya berkomunikasi dengan rakan sebaya. Namun begitu, walaupun
pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri tetapi tidak mustahil juga untuk mereka menuturkannya dengan kaum
keluarga atau orang yang lebih tua daripada mereka. Oleh itu, bagi menggelakkan hal sebegini ibubapa haruslah memainkan
peranan penting dengan selalu memantau anak-anak mereka dengan melihat siapa anak mereka berkawan, latar belakang kawan
anak-anak mereka, tinggal dimana dan sebagai. Sekiranya tingkah laku ini tidak dibendung sudah pastinya akan menjadi teladan
dan ikutan golongan anak-anak kecil ataupun adik-beradik mereka pula.

Punca berlakunya penggunaan bahasa kurang sopan yang seterusnya ialah berpunca dari sikap penutur itu sendiri.
Cara pertuturan seharian kita yang mempengaruhi minda separa sedar kita yang dikenali sebagai “subconscious mind” lalu
mewujudkan tabiat berfikir yang boleh menjurus ke arah pemikiran positif atau negatif. Hal ini selanjutnya mampu mencorakkan sikap
dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di sekeliling, maka apabila kita sentiasa bertutur dengan berkataan yang kasar atau
negatif akan menyebabkan kita terlatih untuk menggunakan perkataan tersebut. Apabila ini berlaku, individu tersebut lebih cenderung
untuk menggunakan kata-kata yang kasar dan kesat apabila berinteraksi dengan orang lain. Kesannya, kita sendiri yang melatih diri
kita dalam membentuk tingkah laku dan emosi yang negatif pula.

Media juga merupakan punca yang paling besar dalam penggunaan bahasa kurang sopan pada hari ini. Media
merupakan satu wadah penting yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku sesebuah masyarakat.
Perkembangan industri media kini sejajar dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi yang semakin canggih. Penggunaan
bahasa yang tidak bertanggungjawab dalam media cetak dan media elektronik menyumbang kepada masalah ini. Hal ini kerana
kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak
menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya tidak ada usaha
dijalankan untuk mengekang fenomena dari terus merebak, pasti ianya akan menjadi virus dan mengancam nilai-nilai kesantunan
bahasa kita.

CADANGAN
MENANGANI ISU
KESANTUNAN BAHASA

Dalam keadaan dunia yang tanpa sempadan dan maklumat tiada batasnya telah mendedahkan masyarakat dengan

persekitaran sejagat sekarang dengan penggunaan internet, di mana teknologi ini membolehkan rakyat Malaysia menggunakannya untuk
mendapatkan maklumat dihujung jari. Hal sebegini akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan
budaya bangsa Malaysia. Tanpa disedari budaya negatif boleh meresap dalam diri mereka dan mereka mungkin mudah mengikut dan
mengamalkan cara hidup tersebut. Penjajahan budaya kini hangat diperkatakan di mana remaja pada masa ini lebih cenderung memilih
idola dari negara barat seperti penyanyi dan pelakon filem. Ramai yang begitu taksud dengan idola mereka sehingga sanggup meniru cara
berpakaian yang menjolok mata, penggunaan perkataan yang kasar serta kesat, cara bergaul tanpa batasan, dan gaya hidup yang jelas
melanggar tatasusila masyarakat dan juga agama. Penerapan nilai dan budaya yang tidak sesuai dengan norma masyarakat mudah
diterima oleh generasi muda sekarang jika masyarakat tidak diberi pengajaran atau tindakan. Oleh itu, tapisan maklumat dari sumber-
sumber yang sukar di kawal menjadi kemahiran yang perlu ada pada diri kita. Jika tidak penerapan nilai yang tidak sejajar dengan budaya
kita akan diserap dalam masyarakat kita tanpa sedari. Oleh itu terdapat beberapa cadangan untuk menangani isu kesantunan bahasa ini.

Antara cadangan pertama untuk menangani isu kesantunan bahasa ini ialah masyarakat itu sendiri yang perlu
mengajar dirinya untuk menggunakan bahasa halus dalam kehidupan harian, yakni bahasa yang lebih sopan daripada bahasa yang
biasa digunakan seharian. Bahasa halus dalam erti kata lain ialah bahasa yang digunakan untuk menghormati orang yang dilawan
bercakap atau berkomunikasi dengan tujuan menjaga perasaan orang, mewujudkan kemesraan dan mematuhi peraturan adat istiadat.
Misalnya, penggunaan perkataan „saya‟ lebih bersopan daripada menggunakan perkataan „aku‟. Perkataan „kau‟ lebih sopan daripada
perkataan „awak‟. Perkataan „perempuan‟ lebih sopan daripada perkataan „betina‟ dan sebagainya yang sememangnya kita gunakan
pada setiap hari. Oleh itu, dengan mengubah cara kita berbahasa dengan menggunakan bahasa yang halus, menunjukkan kita
seseorang yang mempunyai kesantunan yang tinggi.

Cadangan menangani isu kesantunan bahasa yang seterusnya ialah pihak kerajaan atau swasta mengadakan kempen
serta ceramah budi bahasa dan nilai-nilai murni untuk meningkatkan kesantunan berbahasa dalam diri masyarakat. Hal ini disebabkan
untuk menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya mengamalkan amalan budi bahasa. Ini kerana masyarkat hari ini mengamalkan
cara hidup yang kasar, melanggar peraturan bahasa, membelakangkan adab sopan dalam bertutur dan tidak mengendahkan
tatasusila. Oleh itu, kempen seperti ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadar „melepaskan batuk di
tangga‟. Kempen-kempen seperti ini haruslah bersungguh-sungguh agar dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa
dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan kesantunan sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan
seharian kita.

Selain itu, cadangan yang boleh dilakukan untuk menangani isu kesantunan bahasa ini ialah melalui media massa.

Pada zaman yang menuju berudahan ini, semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapatkan kerana kemudahan
seperti internet, televisyen, radio dan banyak lagi yang mampu memberi kita untuk meneroka hal-hal yang berlaku pada masa
sekarang. Video atau iklan yang ditayangkan melalui media massa seperti televisyen berupaya untuk mempengaruhi sikap
seseorang. Oleh hal demikian, sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa. Untuk
merealisasikan impian ini, pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan sentiasa berjuang untuk
kedaulatan negara. Seperti apa yang kita tahu televisyen adalah daya tarikan yang utama dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Oleh itu, pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasa dan kepentingan nilai-nilai murni melalui
iklan-iklan di televisyen. Jika pihak media massa tidak berkerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-
warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat. Tegaslah disini bahawa pihak media massa adalah tempat untuk
mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini .

Cadangan untuk menangani isu kesantunan bahasa yang keempat ialah pihak Menteri Pendidikan Malaysia hendaklah

memasukkan tajuk kesantunan bahasa dalam buku bahasa Melayu atau menambahkan subjek kesantunan bahasa dalam mata pelajaran di
sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini kerana, apabila nilai kesantunan ini diajar dari awal, ia mampu membentuk nilai
kesantunan dalam diri generasi muda sejak kecil lagi. Tambahan pula, apabila nilai ini diterapkan dari awal ia sudah pasti akan diamalkan
sehingga ke dewasa. Oleh itu, pihak Menteri Pendidikan Malaysia hendaklah memasukkan tajuk kesantunan bahasa dalam buku teks
bahasa Melayu atau menambahkan satu lagu subjek iaitu kesantunan bahasa dalam mata pelajaran agar kesantunan dalam diri remaja
dibentuk dari peringkat awal lagi.

RUMUSAN

Bahasa merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kita. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium

untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulisan. Amalan kesantunan berbahasa antara penutur mahupun
pendengar merupakan suatu kesepakatan atau prinsip abstrak yang harus dipatuhi dalam sesebuah komunikasi. Pada hakikatnya,
elemen kesantunan berbahasa sewaktu berkomunikasi ialah teknik ataupun keupayaan untuk mengurangkan dampak negatif pada
khalayak. Oleh itu, percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna yang mendalam
dan juga mampu menyentuh perasaan. Justeru itu, Islam juga menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-
baik dalam berkomunikasi. Kesedaran berbahasa dalam kalangan masyarakat amat penting untuk memastikan bahasa Melayu
menjadi identiti dan lambang kebanggaan negara terpelihara.

SUMBER RUJUKAN

Ahmad Fuad Hassan, Khairul Faiz Alimi, Hishamudin Isam & Mashetoh Abd Mutalib. (2020, December). (PDF) Amalan Kesantunan Berbahasa
Dalam komunikasi formal Dan Tidak Formal Dalam Kalangan pelajar universiti. ResearchGate. Retrieved March 31, 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/348556959_Amalan_Kesantunan_Berbahasa_dalam_Komunikasi_Formal_dan_Tidak_Formal_dalam_
Kalangan_Pelajar_Universiti

Samsiah Sukardi. (n.d.). Bahasa Halus. Scribd. Retrieved March 31, 2022, from https://www.scribd.com/presentation/371777014/Bahasa-Halus

Katiri Sahirin Haimin. (n.d.). Penggunaan Bahasa tidak sopan Atau Bahasa Kasar. Scribd. Retrieved March 31, 2022, from
https://www.scribd.com/doc/230034361/Penggunaan-Bahasa-Tidak-Sopan-Atau-Bahasa-Kasar

Karim, A. (2014, May 4). Penggunaan Bahasa Tidak Sopan. Retrieved March 31, 2022, from
http://abkar178.blogspot.com/2014/05/penggunaan-bahasa-tidak-sopan.html?m=1

Unknown. (2016, July 24). Cara untuk menyelesaikan Masalah Lunturnya kesopanan bahasa Dalam Kalangan Masyarakat. CARA UNTUK
MENYELESAIKAN MASALAH LUNTURNYA KESOPANAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT. Retrieved March 31, 2022, from
http://komunikasi-dlm-islam.blogspot.com/2016/07/cara-untuk-menyelesaikan-masalah.html?m=1

THANK YOU


Click to View FlipBook Version