BMMB1104- KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
DISEDIKAN UNTUK:- DR. ARFAH BINTI AHMAD
NAMA NUR SOFEA NATASYA BINTI MAZLAN
ANGKA GILIRAN 2021252310149
NO. K/P 030424030594
PROGRAM PPISMP
AMBILAN JUN 2021
KUMPULAN/UNIT BAHASA MELAYU/F2F
NAMA PENSYARAH DR. ARFAH BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR 26/03/2021
Pengenalan
Kesusasteraan Melayu ialah hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Namun begitu, perkembangan masyarakat yang semakin
bertambah pada hari ini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dalam
kehidupan. Perubahan ini telah menyababkan sastera menjadi satu bidang kegiatan
yang khusus dan tersendiri. Sastera yang dahulunya menjadi hak milik bersama kini
telah berubah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta. Ini kerana,
sastera merupakan ungkapan spontan melalui perasaan yang mendalam serta dijadikan
ekspresi fikiran melalui medium bahasa.
Takrif Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraa merupakan bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua,
perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
membawa maksud huruf atau buku indah. Manakala, sastera daripada bahasa umum
ialah bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Menurut kamus, kesusasteraan
bermaksud hasil seni atau karya tulisan yang berbentuk dalam prosa atau puisi yang
memiliki keistimewaaan yang tersendiri. Selain itu, seni kesusasteraan pula ialah seni
karang mengarang daripada bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi.
Seterusnya, kesusasteraan Melayu melalui konteks pendidikan ialah karya asal
yang tertulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan dalam
bentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi
mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan juga jasmani bagi memaparkan nilai
kemanusiaan dan citra masyarakat.
Melalui definisi tentang kesusasteraan di atas, dapat disimpulkan bahawa
kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai
kata-kata yang indah, pengajaran dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan
yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat. Di
samping itu, sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi yang berupa
pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat mahupun keyakinan dalam
membentuk gambaran konkrit yang dapat membangkitkan keperibadian melalui
pengantara bahasa tidak kira bermutu atau tidak bermutu.
Unsur-Unsur Dalam Kesusasteraan
Mengikut Hashim Awang menjelaskan bahawa unsur-unsur dalam
kesusasteraan terbahagi kepada empat, iaitu intelek, emosi, imaginasi, dan juga teknik.
Melalui intelek ia dapat menimbulkan satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam
menghasilkan sesebuah karya sastera. Seterusnya, emosi dapat membezakan di antara
karya sastera dengan bukan sastera. Selain itu, imaginasi yang dapat memperlihatkan
ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satunya benda
atau peristiwa. Unsur kesusasteraan yang terakhir ialah teknik, dimana ia merangkumi
cara pengarang untuk menyusun peristiwa di dalam cerita, memilih penggunaan kata-
kata, mengatur rangkap-rangkap dalam sajak, meletakkan sandiwara dalam lakonan
dan sebagainya.
Jenis, Bentuk dan Ciri
Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai ragam. Hal ini kerana,
jenis dan bentuk kesusasteraan memiliki unsur-unsur khusus yang dapat membentuk
pola secara berbeza bagi tujuan tertentu. Manakala, Kesusasteraan Melayu dari segi
jenis dan bentuknya pula dapat dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden,
puisi tradisional dan juga puisi moden
Prosa Tradisional
Prosa tradisional ialah hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya ayat biasa
dengan menggunakkan tatabahasa yang mudah, tinggi mutunya dan menjadi standard
kepada yang lain dengan mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang
lazim serta tidak berubah mengikut peredaan masa. Prosa tradisional memiliki
perbezaan dengan sastera lama kerana, sastera lama memiliki sifat sementara. Hal ini
kerana, prosa tradisional merupakan sastera yang memiliki sifat yang diwarisi secara
turun-temurun walaupun jangka masa sastera tersebut sangatlah lama. Tujuan prosa
tradisional ini adalah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa
itu. Di samping itu, prosa tradisional terbahagi kepada dua genre, iaitu sastera rakyat
(lisan) dan sastera istana (tulisan).
Sastera rakyat merupakan hasil kreatif yang termasuk dalamnya iaitu daya
ciptaan imginasi pencipta yang mengandungi atau mengambarkan nilai-nilai “world view”
secara sendiri. Sastera rakyat dapat dicirikan sebagai sastera yang bersifat tradisional
dan juga lama, iaitu berada dalam sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lebih lama
daripada dua generasi. Selain itu, sastera rakyat akan menjadi hak milik kepada semua
masyarakat yang menghasilkannya. Sastera rakyat juga mempunyai bentuk berpola
dengan plot yang hampir sama, mempunyai fungsi tertentu dengan memberi mesej serta
penulisnya yang bersifat sederhana, spontan dan kadangkala agak kasar. Secara
kasarnya sastera rakyat boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu naratif dan bukan
naratif. Sastera naratif dapat dibahagi kepada mitos, legenda dan cerita rakyat,
manakala sastera bukan naratif terdiri daripada puisi rakyat.
Selain itu, sastera istana mula berkembang dalam istana. Sastera ini dipecahkan
kepada kepada tiga jenis unsur iaitu, unsur Hindu, unsur Islam dan Hindu-Islam. Contoh,
Hikayat Seri Rama (unsur India), Hikayat Pendawa Lima (unsur Hindu-Islam), dan
Hikayat Abu Nawas (unsur Islam). Dalam sastera ini terdapat tiga jenis sastera dalam
kelompak besar iaitu, sastera epic, sastera panji, dan sastera agama.
Sastera epic dikenali sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat. Sastera ini
mementingkan ciri pahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Tokoh dalam sastera ini
digambarkan sebagai berlebihan sehingga menjadi sempurna dan disayangi oleh
masyarakat. Contoh sastera epic ialah Hikayat Hang Tuah. Selain itu, sastera panji yang
merupakan karya yang isinya berkisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.
Nama watak hero atau utama dikenali sebagai panji. Contoh sastera panji ialah Hikayat
Cendawan Putih. Seterusnya, sastera agama dimana ia berfokuskan pada cerita yang
menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam penjuangan beliau untuk
menyebarkan agama Islam. Contoh yang dapat dilihat ialah Hikayat Bulah Berbelah.
Prosa Moden
Menurut Annas Hj Ahmad (1988), hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi
masih lagi digolongkan dalam sastera moden. Seperti apa yang kita tahu Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi merupakan pengkarya sastera Melayu Moden. Antara hasil karya
beliau yang terkenal ialah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.
Cerpen atau dikenali sebagai novel pendek dapat didefinisikan sebagai kisah
rekaan yang telah diringkaskan, panjangnya antara 500 hingga 15000 patah kata.
Cerpen ini mempunyai kesatuan yang dicapai terutamanya melalui plot. Di samping itu
mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak dan perwatakan, gaya dan sebagainya.
Cerpe ini berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita yang berpusat pada
sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. Cerpen
ini mengemukan cerita dalam latar tempat yang terhad, jangka waktu yang pendek dan
pertalian ceritanya tidaklah komplek.
Seterusnya, drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam
bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak
dalam kisah tersebut. Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun
sebagai cara persembahan. Dalam drama ini, ia mengambarkkan satu aspek kehidupan
manusia dengan mengemukkan konflik melalui aksi dan dialog para watak. Lazimnya,
skip dalam dialog lakonan drama memang dirancang untuk dipentaskan. Sesuatu drama
dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti untuk melihatnya. Oleh itu,
sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang dan haruslah mempunyai tarikan
yang kuat untuk memikat perhatian para penonton.
Selain itu, novel ialah prosa rekaan yang panjang dimana di dalamnya termuat
sebahagian besar daripada sebuah kehidupan nyata. Secara khususnya, novel
merupakan suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa yang benar-benar berlaku
atau imaginative dengan penyertaan watak yang kesemuanya digarap menurut s uatu
pola tertentu. Novel ini berbeza dengan cerpen dari segi panjangnya dan
penceritaannya tidak terbatas pada satu-satu watak. Peristiwa dan latar yang
terkandung dalam novel tidak terhad dengan mengambil jangka masa yang agak
panjang. Pertalian cerita dalam novel lebih kompleks daripada cerpen.
Puisi Tradisional
Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Puisi
merupakan suatu bentuk tulisan atau pengucapan yang berirama yang dilahirkan
melalui tanggapan yang penuh imaginative daripada seseorang penulis atau penyair.
Terdapat dua golongan puisi melayu iaitu Puisi Tradisional yang terdiri daripada pantun,
gurindam, syair dan seloka.
Pantun merupakan puisi Melayu asli yang paling tua dan paling popular dalam
kalangn msyarakat Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa pantun adalah satu-satunya
puisi Melayu tradisional tulen dan lahir di Alam Melayu. Pantun ini membawa maksud
dengan bentuk yang cukup tersusun, sopan, teratur, bersistematik dalam usaha
melahirkan sesuatu maksud, pemikiran, idea dan gagasan yang tersendiri. Pantun
selalunya bersifat terikat dan selalu digunakkan sebagai hiburan, memberi nasihat dan
pengajaran secara halus tanpa menyinggung perasaan seseorang dalam adat dan
agama sesebuah kaum. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai alat komunikasi dan
cerminan masyarakat setempat dan bersifat universal. Pantun juga terdiri daripada
empat baris, iaitu pada baris pertama dan kedua merupakan pembayang manakala
baris ketiga dan baris kempat adalah maksud.
Pantun mempunyai banyak jenis iaitu, pantun dua kerat, pantun empat kerat,
pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat, pantun dua belas kerat,
dan pantun berkait. Ciri-ciri pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap. Bilangan
perkataan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan suku kata
antara 8 hingga 12. Selain itu, rima atau bunyi akhir adalah sejajar bagi pantun dua
kerat iaitu „a,a‟ manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhirnya berbentuk
„a,b,a,b‟. Antara contoh setiap jenis pantun dengan bergantung pada fungsi dan
kandungan pantun ialah:
i. Menghibur
- Dalam semak ada kebun,
Dalam kebun ada para,
Dalam gelak ada pantun,
Dalam pantun ada bicara,
ii. Nasihat
- Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat lagi pohon matahari,
Kawan seribu mudah dapat,
Sahabat setia payah dicari.
iii. Menduga akal
- Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya?
iv. Meluahkan Prasaan
- Lubuk Kelah banyak ikan,
Tempat nelayan menebar jala,
Puas sudah saya hiburkan,
Siang malam terkenag juga.
v. Menyampaikan Hasrat Seni
- Anak cina bertimbang madat,
Dari Pasak langsung ke Deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
vi. Menyedapkan Cakap
- Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismilah pembuka bicara.
vii. Menyampaikan Hasrat Tersembunyi
- Anak Cina menjual kayu,
Amoi cantik menjual kain,
Bagaimana bunga tak layu,
Embun menitik di tempat lain.
viii. Agama
- Menantunya pula Lela Sari,
Semua melihat jatuh berahi,
Selagi agama tidak diingkari,
Sebarang perintah wajid dipatuhi.
ix. Budi
- Payah kami menabur padi,
Nanas juga ditanam orang,
Payah kami menabur padi,
Emas juga dipandang orang.
x. Jenaka
- Oh bulan ke mana bintang,
Atas pucuk kayu ara,
Oh tuan ke mana hilang,
Dalam bilik anak dara,
xi. Percintaan
- Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apa guna bermain mata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.
xii. Perpisahan
- Pucuk pauh selara pauh,
Sembilu ledung ledungkan,
Adik jauh kekanda jauh,
Kalau rindu sama menungkan.
Bentuk :
i. Pantun dua kerat
- Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
ii. Pantun empat kerat
- Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
iii. Pantun enam kerat
- Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkah tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah saying.
iv. Pantun lapan kerat
- Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon pudding,
Hidup subur kanak, dan kiri,
Tuan pergi dagang seorang,
Tuan saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
v. Pantun sepuluh kerat
- Sakit kepala rasa pening
Dalam peti ubatnya habis,
Mahu diminta pada siapa,
Hanya dinding di kanak kiri,
Bila jatuh diri berseorangan,
Apabila hati semakin kering,
Payah sekali mahu menangis,
Bersabar serta bertimbang rasa,
Hanya mementing diri sendiri,
Semaki jauh tersimpang jalan.
vi. Pantun dua belah kerat
- Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa Sultan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bialah gugur masuk perigi,
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak Berdiri Rasullah,
Kami yang di sini dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
vii. Pantun berkait
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang Subuh
Minta doa pada Tuhan
Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Minta doa kepada Tuhan
Moga-moga Allah makbulkan
Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Moga-moga Allah makbulkan
Dapat nanti seorang jodoh
Anak ayam turun tujuh
Mati seekor tinggal enam
Dapat nanti seorang jodoh
Sebagaimana yang kamu idamkan
Anak ayam turun enam
Mati seekor tinggal lima
Sebagaimana yang kamu idamkan
Elok muafakat hidup bersama
( Anak Ayam Turun Sepuluh)
Gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu Tradisional yang lama seperti
mana yang dikenali sekarang oleh Raja Ali haji melalui „Gurindam Dua Belas‟ yang
dikarang pada tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat, iaitu terdiri daripada dua
baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima
rima akhir „a,a‟. selain itu, sukukata gurindam dalam baris ialah antara 8 hingga 12 suku
kata. Dalam sebuah gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan
keseluruhan idea. Bahasanya juga bernas dan serius manakala isinya pula
mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran, serta menyatakan perasaan cinta.
Contoh gurindam ialah:-
Gurindam Nasihat
Percuma jadi orang punya harta
Kalau tidak beramal pada sesama
Apabila orang banyak berkata
Itu tandanya dia berdusta
Percuma punya banyak teman
Kalau tidak berbuat kebaikan
Jika engkau ingin dipercaya orang
Sikap jujur haruslah dipegang
Apabila dengki sudah merasuki hati
Tak akan pernah hilang hingga nanti
Berbohong jangan dilakukan
Nanti kamu dijauhi orang
Lakukan kebaikan selalu
Kebaikan akan menghampirimu
Hendaklah pelihara kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi
Jika bertindak pikirlah dulu
Supaya sesal tak membelenggu
Memang penting punya harta
Tapi menuntut ilmu jangan lupa
Seterusnya, syair merupakan sejenis puisi yang berlagu yang berasal dari Parsi
dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair
ini telah wujud lama dalam bentuk puisi melayu tetapi diubah namanya. Bentuk
konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhir
„a,a,a,a,‟. manakala setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dan suku
kata pula 8 hingga 12 bagi setiap baris. Di setiap baris terdapat suatu hentian serta
setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang
lengkap. Syair juga adalah penyataan yang berlarutan. Misalnya, apabila
menggemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Contoh syair:-
Syair Agama
Jauhi semua perbuatan jahat
Jauhi pula perbuatan maksiat
Mari kita segera bertobat
Supaya kita selamat dunia akhirat
Jangan risau dengan cobaan
Jangan bersedih kerana kesulitan
Berdoa saja pada Tuhan
Insyaallah Dia kan kabulkan
Ingatlah pada dosamu
Ingatlah akan kelalaianmu
Perbaiki hati dan dirimu
Tuhan pasti akan menyayangimu
Disamping itu seloka merupaka perkataan Sanskrit „shloka‟ yang bermaksud
berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka ialah bentuk puisi tradisional yang
bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Seloka ini lebih pepatah, bidalan
atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan
sindiran. Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris
serangkap seperti pantun seloka namun binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun
atau syair. Selain itu, terdapat juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap
barisnya menjadi isi puisi seperti Seloka Pak Kaduk, Seloka Pandai Pak Pandir dan juga
Seloka Emak Si Randang. Contoh seloka bebas:-
Anak Bertuah
Bertuahnya anak aku
Belajar pandai sampai universiti
Kerja besar gaji besar
Bini cantik kereta antik
Rumah pula tepi bukit
Aku juga sakit-sakit
Bertuahnya anak aku
Meeting sana meeting sini
Dalam negeri luar negeri
Kampung laman tak peduli
Ayah sakit ibu mata apa peduli
Buat duit atas duit
Baju koyak seluar carik
Bertuah sunguh anak aku
Puisi Moden
Menurut Za‟ba puisi dapat diperlihatkan melalui dua ciri utama puisi, yang
pertama, sifat abstrak seperti cantik atau indah bahasa dan kemerduan bunyi. Manakala
yang kedua, sifat konkrit yang melalui struktur dasar yang merangkumi binaan baris
dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris
dan susunan rima. Melalui kedua-dua ciri ini ia mempunyai hubungan yang erat dengan
tema dan juga mempunyai kesan kepada pembaca.
Menurut H.B Jassin (1983), sajak adalah pengucapan perasaan dengan perasaan yang
di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan. Secara terperincinya sajak adalah
suara hati atau luahan perasaan penyair. Sajak ini lahir daripada jiwa dan perasaan.
Selain itu, sebagai puisi moden, sajak tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata
atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir seperti yang
terdapat dalam puisi tradisional. Secara keseluruhannya, puisi Melayu moden adalah hal
karya kreatif yang mempunyai bentuk yang bebas dan tersendiri mengikut cita rasa
penulis. Contoh sajak:-
Jalan Ke Masjid
Jalan ini kulalui lagi
Aku menapak langkah
Sabutan azan isyak
Malam ini
Rembulan penuh jauh di ufuk sana
Bintang-bintang pula bagai menyaksikanku
Aku kini ke masjid
Tidak seperti malam-malam kelmarin
Hanyut diarusi kelekaan
Jalan ini tidak secerah siang
Lampu-lampu hanya terpacak di persimpangan
Hatiku tetap bersuara
Aku ingin ke masjid
Aku rindu rahmat ilahi
Keindahan muncul di hati
Namun sayang
Mungkin keinsafan itu akan hilang lagi
Sama seperti dahulu
Fungsi Sastera Melayu
Fungsi sastera Melayu mewujudkan pemikiran bijaksana yang sentiasa
memimpin manusia bagi mencapai kemajuan yang sesuai untuk kemaslahatan hidup.
Sehubungan itu, pemikiran dalam sastera Melayu dapat membentuk sosialisasi
masyarakat dengan lebih jelas. Pemikiran yang dimaksudkan ini masih lagi utuh dan
murni walaupun diletakkan dalam mana-mana zaman yang sentiasa berubah. Antara
fungsi sastera Melayu ialah sebagai alat pendidikan. Pengalaman para pengarang telah
diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang merangkumi pelbagai
bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Prosa atau puisi dan diadun
dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi harganya
dapat dikutip oleh para pembaca. Oleh itu, maka berlakulah pendidkan secara tidak
langsung. Sudah terang lagi bersuluh kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk
pendidikan buat masyarakat pada hari ini. Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan
Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji
keindahan karya sastera dan dapat menguasai kemahiran dalam berbahasa Melayu.
Peranan sastera juga dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini
kerana, ia bertepatan dengan konsep membina „modal insan‟ yang telah diharapkan
oleh pemimpin negara. Di peringkat sekolah Kesusasteraan Melayu memainkan
peranan sebagai satu cabang ilmu dan senjata yang kuat bagi meresapi dan
berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu yang sejajar dengan konsep bahasa merentas
kurikulum. Manakala di peringkat pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik
penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif serta pelajar diberikan pengetahuan
tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan
bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Oleh hal demikian, tidak hairanlah sekiranya
teks-teks sastera Melayu dijadikan bahan bacaan yang wajib kepada semua pelajar
sekolah atas alasan-alasan di atas.
Selain itu, fungsi kesusasteraan Melayu yang kedua ialah instrument perpaduan.
Pada tahun 1969 telah berlaku rusuhan kaum 13 Mei di Malaysia. Rusuhan ini telah
memberi petanda buruk kepada kita bahawa hubungan etnik di negara Malaysia sangat
rapuh. Bagi menanam sikap kesatuan dan perpaduan dalam kaum di Malaysia, banyak
dasar kerajaan telah dilaksanakan. Oleh itu, pengajaran perpaduan nasional dalam
kesusasteraan Melayu telah dijadikan matlamat uatama dalam bidang pendidikan.
Menurut Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera
haruslah dijadikan instrument penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau „esprit
de corp‟ dalam kalangan rakyat bagi membina sebuah negara bangsa yang bersatu
padu. Sastera negara telah menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada
satu bentuk budaya kebangsaan bagi berkongsi bersama sebagai pemangkin untuk
menyatupadukan rakyat dan menyemaikan perpaduan kaum demi keharmonian negara
tercinta.
Fungsi sastera seterusnya ialah alat kawalan sosial dalam kehidupan harian.
Sastera secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan
seharian melalui cerita rakyat. Sebagai contoh, jika derhaka kepada ibubapa, seseorang
itu akan mendapat balasan seperti malapetaka sebagaimana di dalam cerita Si
Tanggang. Selain itu, berangan-angan tinggi tanpa usaha seperti Mat Jenin. Malah
anak-anak harus bijak seperti Sang Kancil dalam cerita binatang. Dalam cerita legenda
pula, terdapat tokoh yang menjadi sanjungan satu-satu masyarakat. Misalnya tokoh
agama, pahlawan, dan peneroka. Melalui gambaran istimewa daripada tokoh yang
dipaparkan ini menunjukkan semangat perjuangan yang gigih, memiliki kekuatan yang
luar biasa, berjasa dan seupamanya. Kesemua ini dapat menanam semangat tidak
putus asa dalam kalangan pendengar dan juga pembaca selain menanamkan semangat
cinta akan tanah air yang tidak berbelah bahagi. Melalui cerita legenda pula ia dapat
memberi sumbangan yang amat besar kepada kehidupan masyarakat dalam
membentuk anggota masyarakat untuk menjadi manusia yang wawasan dalam
kehidupan. Manakala, cerita rakyat dapat menentukan arah tindak tanduk masyarakat
pada masa itu hingga memberi kesan di hati mereka.
Di samping itu, dakwah juga merupakan fungsi sastera. Antara ciri-ciri penting
yang membentuk pandangan sastera adalah nilai ijabiyah (positif) dan waqi‟iyyah (
realistik), di mana ia mestilah mendalami dan memiliki sesuatu sebagaimana adanya.
Dalam sastera Islam ia mestilah dijelaskan dengan ciri waqi‟iy, realistik, “dalam erti
melihat apa adanya” (Siddiq Fadzil, 2021). Ia mestilah diraikan dengan pandangan
yang had dalam menilai dan melukiskan sesuatu hakikat dengan menekankan peranan
al-tawjih (membimbing) dan al-ta‟dib (mendidik), dan pengisbatan ciri-ciri estetik dan
prinsip takamul dan takmilahnya. Antara sumbangan sastera Islam dalam pembentukan
akhlak manusia Melayu yang dikemukan oleh sarjana adalah untuk melihat atau
mengukur sejauh mana sumbangan sastera Islam kearah pembentukan akhlak manusia
di alam Melayu. Contoh pengarang Hamzah Fansuri yang mengambil bentuk syair
sebagai alat untuk menyampaikan ajaran Islam dengan hasil karya beliau, iaitu Syair
Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pingai, dan Syair Fakir. Syair-syair ini ditulis untuk
menekankan tentang kematian dan seksaan Allah SWT di hari akhirat. Karya sastera
Islam yang dikarang oleh beliau adalah untuk mengajak manusia supaya sentiasa
bertakwa kepada Allah SWT.
Medium protes dan kritikan sosial juga merupakan salah satu isi dalam fungsi
sastera Melayu. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku
dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Hal ini kerana, sastera adalah sebuah
gambaran kehidupan manusia bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa
tetapi perkara yang biasa diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Dalam
masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam
masyarakatnya. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk
tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan pengajaran. Contohnya,
berhubung konsep perjuangan yang terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan
dengan merujuk dua buah karya novel iaitu Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Abdullah.
Dalam novel ini, pengarang mengunakkan watak dari aspek cara perjuangan yang
dipaparkan dalam karya. Hal ini dapat dikesan dalam contoh petikan di bawah iaitu,
“…Dalam hidup ini kita tidak harus terus
di belenggu dengan tekanan yang melulu.
Kita harus berani untuk membebaskan diri
tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi
jangan sampai membelakangi undang-undang.”
Fungsi sastera Melayu yang terakhir ialah hiburan. Hiburan akan melahirakan
karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiduran ini akan terhasil
apabila wujudnya keindahan kata-kata yang diungkapkan, dengan irama atau rentak
yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau
pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. kepentingan fungsi hiburan menjadikan
karya sastera seperti cerita pnglipur lara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang
diminati pada suatu ketika dahulu. Contoh unsur hiburan yang dapat dilihat dalam karya
sastera rakyat ialah cerita jenaka, Pak Kaduk yang gila berlaga ayam. Dalam cerita Pak
Kaduk ini bukan sahaja menghiburkan tetapi sarat dengan mesej yang ingin
disampaikan. Manakala, dalam sastera moden seperti novel Anak Mat Lela Gila karya
Ishak Haji Muhammad. Buku ini diterbitkan semula oleh Institut Terjemahan & Buku
Malaysia (ITBM) pada tahun 2012.. novel ini mengisahkan seorang pemuda yang
dianggap gila oleh penduduk kampung iaitu suka membersihkan laman masjid namun
tidak pernah menjengah ke dalamnya.
Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi
T radisional
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia
yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Pengertian paling
mudah ialah budi mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan. Oleh
hal demikian, budi dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa dan
gaya hidup. Manakala akal merupakan proses menggunakkan minda untuk mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu dalam meneroka idea dan membuat
pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Manifestasi akal budi dapat dilihat melalui empat aspek utama iaitu pemikiran,
pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
Pemikiran merupakan satu proses yang menggunakkan minda untuk mencari
makna dan memahami sesuatu dengan meneroka pelbagai kemungkinan idea dan
membuat pertimbanga yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah disamping dapat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialui.
Mengikut agama Islam orang yang berfikir dan menggunakkan kemahiran berfikir dalam
mencari ilmu agama akan dipandang tinggi berbanding orang yang melaksanakan
ibadah tanpa ilmu.
Aspek seterusnya ialah aspek pertuturan yang dapat dilihat melalui sifat
kesantunan. Berdasarkan tokoh bahasa terkenal iaitu Awang Sariyan (2007) membuat
takrifan kesantunan adalah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara. . Ini membawa maksud kesantunan merupakan aturan perilaku
yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat yang tertentu
sehingga menjadi prasyarat bermasyarakat. Selain itu, beliau juga turut mengemukan
prinsip kesantunan bahasa. Antaranya prinsip bertanggungjawab untuk menjaga lidah
dan prinsip hikmah serta pengajaran yang baik. Prinsip ini mestilah diamalkan bagi
setiap individu supaya dapat memelihara lidah daripada mengeluarkan perkataan yang
tidak baik.
Selain itu akal budi masyarakat Melayu dapat dilihat melalui perlakuan. Dalam
kehidupan seharian masyarakat Melayu dapat dijadikan masyarakat yang kaya dengan
tingkah laku yang berhemah dan baik. Sebagai contoh sikap orang Melayu yang dapat
dilihat di dalam kenderaan awam seperti kereta api, monorel, bas dan sebagainya yang
memberi tempat duduk kepada orang tua. Seterusnya, dalam hikayat klasik di mana
terdapat pergaduhan yang mengaibkan maruah seseorang. Misalnya dalam cerita Hang
Tuah, di mana Hang Jebat yang ingin membalas dendam ke atas Sultan disebabkan
Hang Tuah telah dimalukan dan jatuhi hukuman bunuh kerana difitnah bermukah
dengan dayang istana. Maka disebabkan itu lahirlah peribahasa „menconteng arang ke
muka‟ iaitu sesuatu perlakuan yang dapat menimbulkan rasa malu kepada diri dan juga
ahli keluarga. Anggota masyarakat yang sanggup memalukan diri sendiri dan ahli
keluarga dianggap tidak mempunyai maruah diri.
Aspek yang terakhir ialah gaya hidup. Dalam konteks ini gaya hidup dapat dilihat
dalam kehidupan seharian iaitu agama serta kepercayaan, adat istiadat, kesenian,
sistem kekeluargaan dan pengalaman nilai-nilai murni. Menurut Kamus Dewan (1984),
gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individu atau kumpulan yang menjalani
kehidupan seperti mewah, sederhana atau seumpamanya dalam diri masyarakat.
Akal Budi Dalam Pantun
Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak akan wujud dalam kekosongan atau
vakum. Pantun ini merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Pantun
selalunya digunakan bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan. Hal ini kerana,
sebelum orang Melayu tahu tentang berbalas surat, mereka telah pandai berpantun dan
biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri. Pencipatannya terkandung dalam pantun
adalah dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap,
dua belas rangkap, dan pantun berkait. Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun
merupakan pengungkapan yang mengandungi pembayang dan maksud. Contoh pantun
empat kerat :-
Tanam delima ditengah padang,
Raja berarak dari asahan,
Terimalah saya anaknya dagang,
Dating dengan kain basahan.
Aspek akal budi yang digunakkan pada pantun dagang di atas menggunakan
aspek pertuturan di mana ia dapat dilihat melalui aspek tersurat pada diksi baris ketiga
iaitu terimalah saya anaknya dagang. “Terimalah” menunjukkan cara pertuturan
seseorang dengan sopan dan merendah diri apabila datang ke tempat orang. Pada
rangkap ini menunjukkn cara berbahasa seseorang mencerminkan nilai dirinya.
Kesimpulannya, aspek pertururan yang terdapat dalam pantun ini mendidik masyarakat
supaya sentiasa menggunakan bahasa yang bersopan santun dan bercakap dengan
menggunkkan konsep rendah diri atau rendah hati.Menurut agama Islam ketinggian
dalam menggunakkan adab sopan dalam pertuturan telah mencerminkan nilai diri
seseorang dianggap tinggi ilmu
Akal Budi Dalam Syair
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan Kepunyaan orang Melayu yang
mendapat pengaruh daripada dua buah negara iaitu Arab dan juga Parsi. Syair
merupakan sejenis puisi berlagu yang di mana ia disampaikan dalam bentuk rangkap
dan menjadi kegemaran oleh masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair
mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuannya membawa makna isi dan maksud
yang ingin disampaikan oleh penyair. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.
Contoh syair Burung Nuri:-
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Dalam aspek akal budi daripada syair Burung Nuri, yang dihasilkan oleh Mohd
Yusof Md Nor telah menyatakan pada rangkap satu syair di atas adalah untuk
menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehingga
kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikiran yang
kurang sempurna. Pada rangkap ini menunjukkan juga bahawa penyair adalah seorang
yang rendah diri dalam memulakan sesuatu benda. Konklusinya, akal budi yang
terdapat dalam syair Burung Nuri ini adalah memenuhi semua unsur dalam akal budi
yang terkandung dalam manifestasi akal budi masyarakat melayu dalam karya puisi
tradisional.
Akal Budi Dalam Seloka
Seloka berasal daripada perkatan Sanskrit iaitu shloka yang membawa erti
berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu
semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Sebagai satu bentuk puisi
tradisional yang bercorak karangan berangkap atau berirama, seloka lebih kepada
pepatah, bidalan atau perumpaman yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda,
olokan, ejekan dan sindiran. Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk
terikat iaitu empat baris serangkap dan binaannya mirip kepada bentuk pantun dan juga
syair. Walau bagaimanapun, terdapat seloka dalam bentuk bebas dan setiap barisnya
mengandungi maksud. Selain itu, seloka juga terdiri daripada ungkapan berjajar yang
melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa
berirama. Satu ciri penting seloka adalah mempunyai maksud mengejek, menyindir
secara serius ataupun secara jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. Namun
begitu, isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran
dan teladan buat para pembaca.
Antara seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pak Pandir dan Pak
Kaduk yang diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat. Cerita Pak Kaduk merupakan salah
satu bentuk Sastera Rakyat dan merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak
Kaduk yang memiliki sifat lurus bendul. Dia juga mempunyai seseorang isteri yang
terpaksa menahan segala perbuatan Pak Kaduk yang lurus bendul itu. Contoh Seloka
Pak Kaduk ialah :-
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa berlayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menunpang.
Seloka pak paduk ini bertujuan unk menghidurkan dan berjenaka tetapi terselit
unsur sindiran di sebalik ceritanya. Pak Kaduk mewakili sikap segelintir masyarakat
Melayu yang dikatakan mempunyai sifat yang negetif dan sifat ini dijadikan senda gurau
dan sindiran dalam seloka. Oleh itu, akal budi yang terdapat dalam seloka ini iaah
menyindir individu yang bersikap individu yang bersikap bodoh dalam melakukan
tindakan tanpa menggunakan akal fikiran waras yang suatu hari nanti akan merugikan
diri sendiri. Sebagai contoh, dengan kebodohan Pak Kaduk yang bertindak tanpa
menggunakan akal fikiran secara waras menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib
malang seperti yang terdapat dalam seloka diatas.
Tumpuan terhadap Seloka Pak Kaduk ini terkesan terhadap beberapa baris
ujaran yang menggambarkan unsur dalam akal budi iaitu pemikiran. Berdasarkan teks
„mudik menongkah surut‟ | „hilir menongkah pasang‟ merupakan sesuatu perkara yang
bertentangan yang dilakukan oleh para nelayan. Tindakan Pak Kaduk bermudik dalam
arus air bertentangan itu mendatangkan kepenatan yang akhirnya mendatangkan
kerugian kepadanya. Perkara ini telah mencerminkan sikap sebenar Pak Kaduk yang
merupakan seorang lurus bendu dan dungu. Meskipun tindakan yang dilakukan oleh
Pak Kaduk adalah lucu tetapi ia sindiran kepada masyarakat.
Selain itu, aspek akal budi yang terdapat dalam Seloka Pak Kaduk ialah
pelakuan di mana tindakan Pak Kaduk yang melabuhkan sauhnya ketika angina sedang
bertiup. Mengikut ilmu perkapalan zaman dahulu, sesebuah kapal digerakkan melalui
pergantungan kepada pergerakan angina yang bertiup mengikut arah dan waktunya.
Namu begitu, sindiran pengarang jelas terpapar dari tindakan Pak Kaduk yang
melabuhkan sauhnya tatkala agin mula bertiup. Kelemahan membuat keputusan dan
tidak menggunakan pertimbangan akal yang waras akan mendatangkan kerugian.
Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk menyindir dengan sinis tentang sikap
sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Hal ini kerana, banyak
kelemahan yang wujud di dalam kehidupan seharian mereka. Watak Pak Kaduk
hanyalah seseorang wakil sikap keturunan orang Melayu yang perlu diberi teguran
supaya mengubah sikap.
Akal Budi Dalam Gurindam
Gurindam ialah suatu bentuk puisi Melayu tradisional seperti yang diperkenalkan
oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846.
Bentuk gurindam selalunya terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap yang
mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan menggunakan skima rima
akhir, “a,a”. seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan
keseluruhan idea. Isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta
pernyataan perasaan cinta. Contoh akal budi masyarakat Melayu dalam Gurindam:-
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi‟il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hedaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Akal budi dalam seloka adalah kelakuan. Kelakuan ini dapat dijelaskan kepada
pembaca bahawa seseorang yang sedang menjaga pandangannya, pendengaran, lisan,
anggota badan dan nafsu, ia dapat mengendalikan diri daripada melihat perkara yang
negatif. Hal ini kerana, pada rangkap pertama seloka apabila kita menjaga penglihatan
ia dapat mengurangkan keinginan terhadap perkara-perkara yang negatif. Oleh itu, mata
haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang
oleh Tuhan.
Selain itu, contoh pada rangkap kedua pula merupakan aspek pertuturan.
Apabila kita menjaga pendengaran maka berita yang buruk atau kabar angina yang
tidak menyenangkan dapat dihindarkan. Oleh hal demikian, seseorang itu mestilah
menjaga tutur kata dengan hanya membicarakan benda yang berfaedah sahaja.
Kesimpulannya, apa yang tedapat dalam gurindam ini hanya terdapat aspek kelakuan
dan pertuturan sahaja dalam manifestasi akal budi masyarakat melayu.
Rumusan
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya dan ciptaan seni
yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera yang dahulunya menjadi
hak milik bersama kini telah berubah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri
dan hak cipta. Ini kerana, sastera merupakan ungkapan spontan melalui perasaan yang
mendalam serta dijadikan ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Selain itu,
kesusasteraan Melayu secara umumnya adalah sebagai suatu bentuk ilmu pengetahuan
yang sangat berfaedah dengan setiap perkara yang berkaitan kesusasteraan Melayu
dihuraikan secara ringkas, tepat dan menarik untuk dibaca. Dalam kesusasteraan
Melayu jug terdapat jenis dan bentuk kesusasteraan yang mempunyai pelbagai ragam
kerana masing-masing kerana memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola
secara berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan
bentuknya dapat dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional
dan puisi moden yang mempunyai huraiannya sendiri.
Sumber Rujukan
Anderline. (2021, October 29). Kumpulan Contoh Gurindam, Pengertian, Jenis Dan
Maknanya. Puisi Dan Kata Bijak. Retrieved March 26, 2022, from
https://www.puisibijak.com/2019/10/contoh-gurindam-pengertian-maknanya.html
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Haji Abdul Rani Hassan
& Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu:
Pustaka Al-Ehsan
Deng mako. (2018, February 23). Fungsi Sastera. Academia.edu. Retrieved March 26,
2022, from https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. (2021, March). Retrieved
March 26, 2022, from https://www.researchgate.net/journal/Jurnal-Komunikasi-
Malaysian-Journal-of-Communication-2289-1528/5
Mustapha, S. M. B. (2012, April 26). Pantun Dan Maksud. Pantun dan Maksud.
Retrieved March 26, 2022, from
http://shamarsetia.blogspot.com/2012/04/pantun-dan-maksud.html?m=1
Nugroho, F. T. (2021, August 27). Contoh-Contoh Gurindam Berbagai Tema Dalam
Bahasa Indonesia. bola.com. Retrieved March 26, 2022, from
https://www.bola.com/ragam/read/4642465/contoh-contoh-gurindam-berbagai-
tema-dalam-bahasa-indonesia?page=3
Nugroho, F. T. (2021, August 27). Contoh-Contoh Syair Dalam Berbagai Tema, Penuh
Makna Mendalam. bola.com. Retrieved March 26, 2022, from
https://www.bola.com/ragam/read/4642511/contoh-contoh-syair-dalam-berbagai-
tema-penuh-makna-mendalam
Prosa Melayu. (n.d.). Retrieved March 26, 2022, from
https://members.tripod.com/xfile_my/kosas.htm
Puisi Moden - Dewan Bahasa dan pustaka. (n.d.). Retrieved March 26, 2022, from
http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/113
Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim. (2004). Sastera Hikayat. Scribd. Retrieved March
26, 2022, from https://www.scribd.com/doc/250090545/sastera-hikayat
Sajak. Sastera Itu Indah. (n.d.). Retrieved March 26, 2022, from
https://sasteraituindah.weebly.com/sajak.html
Seloka. CIKGU RAHMAN CAMERON. (2011, April 16). Retrieved March 26, 2022, from
http://itacateringdcameron.blogspot.com/2011/04/seloka.html?m=1
Teha Amran. (2017, May 14). Jenis Sastera Rakyat (Mitos Dan Lagenda). SlideShare a
Scribd company. Retrieved March 26, 2022, from
https://www.slideshare.net/shytehachentamu/jenis -sastera-rakyat-mitos -dan-
lagenda#