The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 804-3-sofea, 2022-04-11 10:48:12

KESANTUNAN BERBAHASA

KESANTUNAN
BERBAHASA

DISEDIAKAN UNTUK: EN. MOHD JANURI BIN AIYUB

TAJUK

A PENGENALAN B BUKTI PENGGUNAAN
C JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAH ASA KU R AN G SO PAN

BAH ASA KU R AN G SO PAN D CADANGAN MENANGANI ISU
KESANTUNAN BERBAHASA
E RUMUSAN
F SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Dalam kehidupan hari ini, bertutur atau berkomunikasi secara verbal merupakan perkara yang wajid
dilakukan oleh semua orang, kecuali mereka yang tidak mempunyai keupayaan dalam bertutur yang disebabkan oleh
kecacatan. Tanpa mengira bahasa, bertutur adalah alat saluran komunikasi yang penting bagi setiap individu dalam
proses pertukaran pengetahuan atau idea dan juga pengalaman dengan individu lain. Tetapi ada juga segelintir individu
yang menguasai bahasa tetapi gagal untuk menyampaikan hujah dengan baik kerana gagal dalam menyusun secara
teratur bahasa yang ingin mereka sampaikan. Hal ini sudah tentunya akan merencatkan keberkesanan mesej yang
akan disampaikan oleh mereka. Selain itu, penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan kemarahan, kegusaran atau
rasa kecil hati daripada pihak lain merupakan penggunaan bahasa yang sopan. Penggunaan bahasa yang kasar dan
kurang sopan akan menimbulkan kesan yang sebaliknya, malahan juga ia akan menjejaskan hubungan kedua-dua
pihak yang terbabit. Dalam konteks agama Islam dan agama-agama lain juga mementingkan aspek bertutur dan
berbahasa. Hal ini kerana aspek bertutur dan berbahasa amatlah penting kerana melibatkan hubungan perasaan
antara manusia dengan manusia yang lain. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun,
memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang atau sebagainya telah mengambil tempat yang akhirnya
menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negetif. Lebih malang lagi apabila perkara seperti ini bermaharajalela
dalam media massa. Sedangkan ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat dengan
nilai-nilai mulia dan budi pekerti yang tinggi. Pada masa itu juga bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan
menggabung jalinan segala aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu.

BUKTI PENGGUNAAN
BAHASA KURANG

SOPAN DALAM MEDIA
SOSIAL

https://youtu.be/2NZK-GrO5H0 Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika komunikasi. Oleh itu,
berdasarkan link yang disediakan terdapat satu video seorang ibu yang
bergelar kak long yang menggunakan nada suara yang tinggi apabila
tidak dapat menerima seorang pekerja „Seven Eleven‟ yang menuduh
anaknya mencuri. Komunikasi sebegini tidak sepatutnya dicontohi
kerana ia dapat menarik perhatian orang ramai yang berada di
kawasan tersebut dan ini sudah pasti akan memalukan diri sendiri.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kak long mestilah berbincang
dengan pekerja itu secara matang dan menggunakan nada yang sopan
santun.

https://vt.tiktok.com/ZSdF34Hsb/

Link yang seterusnya merupakan sebuah video seorang
lelaki yang menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun, menghina
fizikal seseorang dan mendoakan benda-benda yang tidak elok kepada
seorang wanita. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh
menimbulkan kebencian orang lain kepada penutur. Ini juga akan
menjatuhkan air muka seseorang.

https://youtu.be/x3qOklVzAdY Pada link ketiga pula merupakan video yang
diambil dalam youtube iaitu pentas akhir Big Stage, dimana pihak
astro membuat promosi drama dengan menggunakan senario
yang agak melampau hingga mendapat kecaman daripada
warganegara Malaysia. Dalam video tersebut, kita dapat melihat
bahawa dialog yang dilontarkan oleh penutur agak kasar dengan
menggunakan nada suara yang tinggi dan melontarkan kata-kata
yang dapat menguris hati seseorang, walaupun itu hanyalah
sekadar lakonan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku
kerana ini akan menjatuhkan industri seni negara kerana
menggunakan kata yang tidak sesuai.

https://vt.tiktok.com/ZSdF39QFC/

Link yang terakhir ialah sebuah video yang
dijumpai dalam tiktok dimana ia merupakan sebuah pesanan
ringkas antara seorang kawan. Melalui video ini kita dapat
melihat penghantar dengan pembalas pesanan, berbalas-balas
pesanan dengan menggunakan perkata-perkata yang tidak
sopan seperti memaki dan mencarut. Hal seperti ini tidak
sepatutnya berlaku kerana boleh menjadi contoh yang tidak
baik kepada generasi akan datang.

JUSTIFIKASI
PENGGUNAAN
BAHASA KURANG
SOPAN DALAM MEDIA

SOSIAL

Masyarakat pada hari ini hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada

masa yang akan datang. Jika mahu melihat corak masa hadapan negara, lihatlah genarasi muda sekarang.
Begitulah analogi yang dapat digambarkan jika masyarakat hari ini bersikap pincang, maka keadaan negara pada
masa akan datang masih belum terjamin. Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada penggunaan
bahasa kurang sopan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Antara sebab pertama ialah cara didikan keluarga
dan persekitaran yang boleh menimbulkan permulaan kepada berlakuanya penggunaan bahasa kurang sopan.
Apabila seseorang yang sering melafazkan atau mengeluarkan perkataan yang tidak baik, kasar, dan mencarut
merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Semasa pembesaran remaja, didikan
keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada pemasalahan ini.
Ibubapa yang tidak menunjukkan sikap lemah lembut dan sering menggunakan perkataan yang tidak sesuai seperti
„woi‟, „aku‟, „kau‟ dan sebagainya apabila bercakap dengan anak-anak mereka, boleh mendidikan anak-anak
mereka menjadi begitu. Kadang kala ibubapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk
menggunakan bahasa kurang sopan dan juga nada yang tinggi di hadapan anak-anak. Hal sebegini akan
meninggalkan teladan yang tidak baik kepada anak-anak dengan menganggap perbuatan itu adalah betul dan
menjadi ikutan.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Rakan sebaya

merupakan orang yang paling hampir dengan remaja selain ibubapa dan kaum keluarga. Pergaulan yang bebas
dengan rakan sebaya yang bermasalah akan menyebabkan mereka turut terpengaruh dengan gelaja yang kurang
baik. Hal ini kerana sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pergaulan
seharian. Misalnya, perkataan seperti sial, celaka, bodoh dan sebagainya sering digunakan oleh sesetengah remaja
untuk menggungkapkan rasa tidak puas hati atau menggunakanya dalam percakapan harian. Lebih
membimbangkan lagi apabila ada di kalangan remaja yang tidak segan silu menggunakan bahasa yang berunsur
lucah apabila bercakap ditempat umum. Perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat
serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun hanya berkomunikasi dengan rakan sebaya. Namun
begitu, walaupun pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri tetapi tidak mustahil juga untuk mereka
menuturkannya dengan kaum keluarga atau orang yang lebih tua daripada mereka. Oleh itu, bagi menggelakkan hal
sebegini ibubapa haruslah memainkan peranan penting dengan selalu memantau anak-anak mereka dengan melihat
siapa anak mereka berkawan, latar belakang kawan anak-anak mereka, tinggal dimana dan sebagai. Sekiranya
tingkah laku ini tidak dibendung sudah pastinya akan menjadi teladan dan ikutan golongan anak-anak kecil ataupun
adik-beradik mereka pula.

Punca berlakunya penggunaan bahasa kurang sopan yang seterusnya ialah berpunca dari sikap

penutur itu sendiri. Cara pertuturan seharian kita yang mempengaruhi minda separa sedar kita yang dikenali sebagai
“subconscious mind” lalu mewujudkan tabiat berfikir yang boleh menjurus ke arah pemikiran positif atau negatif. Hal
ini selanjutnya mampu mencorakkan sikap dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di sekeliling, maka apabila
kita sentiasa bertutur dengan berkataan yang kasar atau negatif akan menyebabkan kita terlatih untuk menggunakan
perkataan tersebut. Apabila ini berlaku, individu tersebut lebih cenderung untuk menggunakan kata-kata yang kasar
dan kesat apabila berinteraksi dengan orang lain. Kesannya, kita sendiri yang melatih diri kita dalam membentuk
tingkah laku dan emosi yang negatif pula.

Media juga merupakan punca yang paling besar dalam penggunaan bahasa kurang sopan pada hari
ini. Media merupakan satu wadah penting yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku
sesebuah masyarakat. Perkembangan industri media kini sejajar dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi
yang semakin canggih. Penggunaan bahasa yang tidak bertanggungjawab dalam media cetak dan media elektronik
menyumbang kepada masalah ini. Hal ini kerana kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa
Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai
yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa
kini. Akibatnya mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya tidak ada usaha dijalankan untuk
mengekang fenomena dari terus merebak, pasti ianya akan menjadi virus dan mengancam nilai-nilai kesantunan
bahasa kita.

CADANGAN
MENANGANI ISU
KESANTUNAN BAHASA

Dalam keadaan dunia yang tanpa sempadan dan maklumat tiada batasnya telah mendedahkan

masyarakat dengan persekitaran sejagat sekarang dengan penggunaan internet, di mana teknologi ini
membolehkan rakyat Malaysia menggunakannya untuk mendapatkan maklumat dihujung jari. Hal sebegini akan
menyebabkan mereka lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan budaya bangsa Malaysia.
Tanpa disedari budaya negatif boleh meresap dalam diri mereka dan mereka mungkin mudah mengikut dan
mengamalkan cara hidup tersebut. Penjajahan budaya kini hangat diperkatakan di mana remaja pada masa ini
lebih cenderung memilih idola dari negara barat seperti penyanyi dan pelakon filem. Ramai yang begitu taksud
dengan idola mereka sehingga sanggup meniru cara berpakaian yang menjolok mata, penggunaan perkataan
yang kasar serta kesat, cara bergaul tanpa batasan, dan gaya hidup yang jelas melanggar tatasusila
masyarakat dan juga agama. Penerapan nilai dan budaya yang tidak sesuai dengan norma masyarakat mudah
diterima oleh generasi muda sekarang jika masyarakat tidak diberi pengajaran atau tindakan. Oleh itu, tapisan
maklumat dari sumber-sumber yang sukar di kawal menjadi kemahiran yang perlu ada pada diri kita. Jika tidak
penerapan nilai yang tidak sejajar dengan budaya kita akan diserap dalam masyarakat kita tanpa sedari. Oleh
itu terdapat beberapa cadangan untuk menangani isu kesantunan bahasa ini.

Antara cadangan pertama untuk menangani isu kesantunan bahasa ini ialah masyarakat itu sendiri yang
perlu mengajar dirinya untuk menggunakan bahasa halus dalam kehidupan harian, yakni bahasa yang lebih sopan
daripada bahasa yang biasa digunakan seharian. Bahasa halus dalam erti kata lain ialah bahasa yang digunakan untuk
menghormati orang yang dilawan bercakap atau berkomunikasi dengan tujuan menjaga perasaan orang, mewujudkan
kemesraan dan mematuhi peraturan adat istiadat. Misalnya, penggunaan perkataan „saya‟ lebih bersopan daripada
menggunakan perkataan „aku‟. Perkataan „kau‟ lebih sopan daripada perkataan „awak‟. Perkataan „perempuan‟ lebih
sopan daripada perkataan „betina‟ dan sebagainya yang sememangnya kita gunakan pada setiap hari. Oleh itu, dengan
mengubah cara kita berbahasa dengan menggunakan bahasa yang halus, menunjukkan kita seseorang yang
mempunyai kesantunan yang tinggi.

Cadangan menangani isu kesantunan bahasa yang seterusnya ialah pihak kerajaan atau
swasta mengadakan kempen serta ceramah budi bahasa dan nilai-nilai murni untuk meningkatkan kesantunan
berbahasa dalam diri masyarakat. Hal ini disebabkan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya
mengamalkan amalan budi bahasa. Ini kerana masyarkat hari ini mengamalkan cara hidup yang kasar,
melanggar peraturan bahasa, membelakangkan adab sopan dalam bertutur dan tidak mengendahkan
tatasusila. Oleh itu, kempen seperti ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadar
„melepaskan batuk di tangga‟. Kempen-kempen seperti ini haruslah bersungguh-sungguh agar dapat
menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia
serta meletakkan kesantunan sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, cadangan yang boleh dilakukan untuk menangani isu kesantunan bahasa ini ialah

melalui media massa. Pada zaman yang menuju berudahan ini, semua informasi-informasi yang berlaku di
dunia ini mudah didapatkan kerana kemudahan seperti internet, televisyen, radio dan banyak lagi yang mampu
memberi kita untuk meneroka hal-hal yang berlaku pada masa sekarang. Video atau iklan yang ditayangkan
melalui media massa seperti televisyen berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang. Oleh hal demikian,
sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa. Untuk
merealisasikan impian ini, pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan
sentiasa berjuang untuk kedaulatan negara. Seperti apa yang kita tahu televisyen adalah daya tarikan yang
utama dalam kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa
memaparkan kebaikan budi bahasa dan kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen. Jika pihak
media massa tidak berkerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-warakan
masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat. Tegaslah disini bahawa pihak media massa adalah
tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini .

Cadangan untuk menangani isu kesantunan bahasa yang keempat ialah pihak Menteri

Pendidikan Malaysia hendaklah memasukkan tajuk kesantunan bahasa dalam buku bahasa Melayu
atau menambahkan subjek kesantunan bahasa dalam mata pelajaran di sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. Hal ini kerana, apabila nilai kesantunan ini diajar dari awal, ia mampu membentuk
nilai kesantunan dalam diri generasi muda sejak kecil lagi. Tambahan pula, apabila nilai ini diterapkan
dari awal ia sudah pasti akan diamalkan sehingga ke dewasa. Oleh itu, pihak Menteri Pendidikan
Malaysia hendaklah memasukkan tajuk kesantunan bahasa dalam buku teks bahasa Melayu atau
menambahkan satu lagu subjek iaitu kesantunan bahasa dalam mata pelajaran agar kesantunan
dalam diri remaja dibentuk dari peringkat awal lagi.

RUMUSAN

Bahasa merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kita. Manusia menggunakan

bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulisan. Amalan
kesantunan berbahasa antara penutur mahupun pendengar merupakan suatu kesepakatan atau prinsip
abstrak yang harus dipatuhi dalam sesebuah komunikasi. Pada hakikatnya, elemen kesantunan berbahasa
sewaktu berkomunikasi ialah teknik ataupun keupayaan untuk mengurangkan dampak negatif pada
khalayak. Oleh itu, percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi
makna yang mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan. Justeru itu, Islam juga menggalakkan
umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik dalam berkomunikasi. Kesedaran berbahasa
dalam kalangan masyarakat amat penting untuk memastikan bahasa Melayu menjadi identiti dan lambang
kebanggaan negara terpelihara.

SUMBER RUJUKAN

Ahmad Fuad Hassan, Khairul Faiz Alimi, Hishamudin Isam & Mashetoh Abd Mutalib. (2020, December). (PDF) Amalan Kesantunan
Berbahasa Dalam komunikasi formal Dan Tidak Formal Dalam Kalangan pelajar universiti. ResearchGate. Retrieved March 31, 2022,
from
https://www.researchgate.net/publication/348556959_Amalan_Kesantunan_Berbahasa_dalam_Komunikasi_Formal_dan_Tidak_Formal_
dalam_Kalangan_Pelajar_Universiti

Katiri Sahirin Haimin. (n.d.). Penggunaan Bahasa tidak sopan Atau Bahasa Kasar. Scribd. Retrieved March 31, 2022, from
https://www.scribd.com/doc/230034361/Penggunaan-Bahasa-Tidak-Sopan-Atau-Bahasa-Kasar

Karim, A. (2014, May 4). Penggunaan Bahasa Tidak Sopan. Retrieved March 31, 2022, from
http://abkar178.blogspot.com/2014/05/penggunaan-bahasa-tidak-sopan.html?m=1

Samsiah Sukardi. (n.d.). Bahasa Halus. Scribd. Retrieved March 31, 2022, from
https://www.scribd.com/presentation/371777014/Bahasa-Halus

Unknown. (2016, July 24). Cara untuk menyelesaikan Masalah Lunturnya kesopanan bahasa Dalam Kalangan Masyarakat. CARA
UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH LUNTURNYA KESOPANAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT. Retrieved March 31,
2022, from http://komunikasi-dlm-islam.blogspot.com/2016/07/cara-untuk-menyelesaikan-masalah.html?m=1

Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version