AKTIVITI FIZIKAL AKTIVITI FIZIKAL PAKK3424 TUGASAN 2 : PENULISAN NUR ALFARAFIESYA SOFIA BINTI ROSLAN PAKKB
Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama. Kemahiran motor terdiri daripada motor halus, motor kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin (Zulkipli Yaakob, 2009). Dengan demikian, pendekatan belajar melalui bermain merupakan pilihan yang tepat bagi membantu meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak kerana bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak (Ramlah Jantan, 2013). Dengan demikian, perkembangan motor kasar dan motor halus dapat ditingkatkan melalui aktiviti yang menarik dan menyeronokkan terutamanya kepada kanak-kanak prasekolah. Pendahuluan
Apa itu kemahiran Motor Halus ? Kemahiran Motor Halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “Fine Motor Skills ” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil – kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan. Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah (Teacher Aini, 2019)
MOTOR HALUS GET READY WITH ME GET READY WITH ME
JENIS BAHAN Tali Krayon Kotak Butang Baju Kain Felt Benang dan Jarum
PEMILIHAN BAHAN Berkaitan dengan matlamat dan objektif Isi pembelajaran yang terkandung dalam KSPK Pemilihan bahan ini adalah mengikut KSPK berdasarkan tunjang Fizikal dan Estetika dengan memilih standard kandungan 1.1 iaitu Meneroka pelbagai aktiviti yang melibatkan motor halus. Pemilihan bahan ini adalah bertetapan dengan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan iaitu : Murid boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan pergerakan motor halus 1. Murid boleh menunjukkan koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor halus melalui pelbagai aktiviti 2. Murid boleh menggunakan kemahiran motor halus melalui aktiviti yang melibatkan alatan 3.
PEMILIHAN BAHAN kepelbagaian Kaedah penggunaan bahan Tahap pencapaian pelajar Aspek pertimbangan yang dibuat sebelum penghasilan bahan ini adalah bahan mestilah sesuai dengan tahap dan kebolehan supaya mudah diterima oleh murid. Bahan ini boleh digunakan secara berkumpulan atau individu. Jika penggunaan bahan secara individu, kanak-kanak lebih berpeluang dan mempunyai masa yang mencukupi untuk meneroka dan mencuba sendiri bahan tersebut manakala jika secara berkumpulan, ia dapat menggalakan interaksi antara murid dan perkongsian idea antara satu sama lain.
CIRI-CIRI BAHAN Bahan berupa reka bentuk asli Warna-warni Bersifat fleksibel Bahan yang digunakan mempunyai reka bentuk asli, konkrit dan jelas supaya murid dapat melihat dan meniru gerakan dengan lebih mudah. Penggunaan warna-warni dalam penghasilan bahan untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Justeru itu, bahan pembelajaran yang mengandungi pelbagai warna ini mampu menarik perhatian murid untuk terus mengikuti pengajaran guru (Shanthanchandran, 2015). Bahan bersifat fleksibel kerana dapat digunakan dalam berbagai situasi pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Selain itu, bahan ini juga disediakan dengan saiz dan berat yang sesuai dengan murid untuk memudahkan ia dibawa, diguna dan disimpan (Salini Dharan, 2014)
APLIKASI DIGITAL Membutang baju Mengikat tali kasut Sebelum guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba dan mengendalikan sendiri dengan menggunakan bahan tersebut, guru boleh memaparkan video-video pembelajaran seperti berikut supaya kanak-kanak lebih seronok dan dapat meningkatkan kefahaman murid. Hal ini demikian kerana penggunaan youtube amat sesuai dan berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah serta memberi kefahaman dan keseronokan belajar kepada murid dengan adanya hiburan tayangan video walaupun video tersebut adalah sebuah cerita. (Haslina, 2012)
MANUAL PENGGUNAAN Murid memegang bahagian baju yang mempunyai butang disebelah kanan dengan menggunakan tangan kanan 1. Pada masa yang sama murid memegang baju disebelah kiri yang mempunyai lubang dengan tangan kiri 2. Murid merapatkan kedua-dua bahagian baju dengan keadaan butang baju berada di bawah dan selari dengan lubang butang 3. Keluarkan butang melalui lubang tersebut. 4. Murid memasukkan hujung tali kasut ke dalam lubang terbawah di bahagian depan kasut sehingga kedua-dua hujungnya mempunyai panjang yang sama 1. Ambil hujung kanan tali dan bawa ke atas dan melintasi ke lubang kasut di sebelah kiri, membentuk sebuah loop 2. Ulang langkah yang sama dengan ujung kiri tali, membawa ke atas dan melintasi ke lubang kasut di sebelah kanan, melintasi loop yang telah dibuat oleh tali kanan. 3. Tarik kedua-dua hujung tali ke arah luar, sehingga membentuk simpul yang rapat di tengah kasut. 4. 5.Buat dua loop dengan kedua-dua hujung tali. Silangkan kedua-dua loop tersebut di atas bagian tengah simpul yang telah dibuat, kemudian tarik kedua-dua loop tersebut ke bawah melintasi bahagian bawah simpul. 6. Tarik kedua ujung tali dengan lembut untuk merapatkan simpul 7. GET READY WITH ME GET READY WITH ME
Kepentingan Bahan dalam PdP Aktiviti mengikat tali kasut dan membutang baju melibatkan penggunaan motor halus, yang penting untuk perkembangan koordinasi tangan dan mata murid-murid Bahan seperti mengikat tali kasut dan membutang baju memerlukan fokus dan tumpuan yang tinggi. Dengan penggunaan bahan ini, murid-murid dapat mengembangkan kemampuan mereka untuk menumpukan perhatian pada detail dan menyelesaikan tugas dengan teliti. Proses mengikat tali kasut melibatkan urutan langkah-langkah tertentu dan memerlukan pemahaman visual dan ruang yang baik. Pembelajaran cara mengikat tali kasut dapat membantu muridmurid mengembangkan pemahaman tentang konsep ruang dan urutan. Aktiviti seperti mengikat tali kasut dan membutang baju juga dapat menjadi kesempatan untuk kolaborasi antara murid dan guru atau sesama rakan. Kolaborasi ini dapat memperkuat hubungan sosial dan menggalakkan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Relevan Kebolehpasaran Bahan Kualiti Bahan Walapun bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti motor halus ini hanya memerlukan kos yang rendah, namun kualitinya tinggi kerana rupa bentuknya yang asli, menarik dan kreatif serta mampu menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan dalam aktiviti motor halus ini membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus sesuai dengan umur mereka. Selain itu, pemilihan bahan dalam aktiviti ini juga memenuhi kehendak KSPK yan mana ia boleh digunakan tidak kira di prasekolah atau di rumah
Apa itu kemahiran Motor Kasar ? Kemahiran Motor Kasar atau dan Bahasa Inggeris “Gross Motor Skills ” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar – iaitu melibatkan seluruh tubuh badan. Aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar merujuk kepada aktiviti seperti berjalan, berlari, melompat, mencangkung dan sebagainya (Teacher Aini, 2019)
MOTOR KASAR JUMP & THROW JUMP & THROW MULA
Gegelung Bakul JENIS BAHAN Bola Pita pelekat
PEMILIHAN BAHAN Berkaitan dengan matlamat dan objektif Isi pembelajaran yang terkandung dalam KSPK Pemilihan bahan ini adalah mengikut KSPK berdasarkan tunjang Fizikal dan Estetika dengan memilih standard kandungan 2.2 iaitu Melakukan pelbagai pergerakan lokomotor Pemilihan bahan ini adalah bertetapan dengan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan iaitu : Murid boleh melakukan gabungan pergerakan lokomotor iaitu melompat menggunakan dua belah kaki dan melompat dengan sebelah kaki 1. 2.Murid boleh melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah 3.Murid boleh membaling bola ke sasaran
PEMILIHAN BAHAN Kaedah permainan Permainan ini dimainkan secara individu mengikut giliran. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif semua murid. Selain itu, guru akan lebih peka dan mudah untuk mengesan setiap pergerakan fizikal dan tahap perkembangan fizikal murid-murid. Mencabar Bahan yang digunakan seperti gegelung yang berbentuk bulat memerlukan murid untuk lompat dengan kedua-dua belah kaki manakala pita pelekat yang dibuat bentuk segi empat sama memerlukan murid untuk lompat dengan sebelah kaki dapat meningkatkan daya berfikir mereka. Hal ini demikian kerana penyediaan permainan yang mencabar minda memerlukan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif semasa bermain (Arianaaranella, 2020). Sesuai dengan murid-murid Bahan yang digunakan sesuai dengan murid prasekolah kerana murid dapat didedahkan dengan lebih tentang alatan bersukan seperti gegelung dan bola. Selain itu, saiz bahan yang sesuai dengan saiz fizikal kanakkanak prasekolah membolehkan mereka membantu guru menyusun bahan dan alatan untuk aktiviti tersebut serta mengemas semula bahan dan alatan setelah selesai bermain.
CIRI-CIRI BAHAN Menjimatkan kos Selamat digunakan Aktiviti yang diadakan ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Hal ini demikian kerana, kesemua bahan dan alatan yang diperlukan sangat mudah didapati dan sedia ada di kawasan prasekolah seperti gegelung dan bola. kos yang rendah dalam penyediaan bahan dan alatan tidak akan menjadi bebanan guru kerana apa yang penting adalah keberkesanan sesuatu pembelajaran (Raja Nani, 2021). Pemilihan bahan bagi aktiviti ini turut mengambil kira aspek keselamatan seperti tidak tajam supaya kanak-kanak tidak mengalami kecederaan, semasa bermain, tidak tinggi agar kanak-kanak tidak jatuh semasa bermain dan lantai yang tidak licin bagi mengurangkan risiko tergelincir semasa melompat atau mendarat. Tahan lasak Bahan yang digunakan tahan lasak dan tidak akan rosak walaupun sekiranya murid-murid terlanggar atau terpijak semasa mendarat. Dengan demikian, bahan seperti gegelung, bola dan bakul boleh disimpan dan digunakan semula untuk aktiviti yang lain.
APLIKASI DIGITAL Guru akan memaparkan video berdurasi kurang tiga minit sebagai set induksi. Hal ini bertujuan untuk memberi bayangan kepada murid tentang aktiviti yang akan dilakukan sekaligus meraih emosi teruja murid-murid. Lompat si katak lompat
MANUAL PENGGUNAAN 1.Murid berdiri tegak di garisan MULA Murid akan bergerak secara melompat mengikut arah anak panah yang telah ditentukan 2. Apabila murid akan melompat di kawasan gelung, murid hendaklah melompat dan mendarat menggunakan dua belah kaki 3. Kemudian, apabila murid akan melompat ke kawasan berbentuk segi empat sama, murid akan melompat dan mendarat menggunakan sebelah kaki. 4. Setelah sampai ke kawasan gelung yang terakhir, murid akan mengambil bola yang ada di dalam kawasan gelung. 5. 6.Murid membaling bola ke dalam bakul THROW THE BALLS THROW THE BALLS
Kepentingan Bahan dalam PdP Meningkatkan perkembangan motor kasar kerana aktiviti melompat dan membaling bola membutuhkan penggunaan keterampilan motor kasar yang melibatkan gerakan tubuh yang besar dan koordinasi yang baik antara berbagai bahagian tubuh badan Meningkat daya ingatan kanak-kanak yang mana kanak-kanak perlu ingat kawasan di dalam gegelung perlu melompat menggunakan dua belah kaki manakala kawasan yang berbentuk segi empat sama perku melompat dengan sebelah kaki Penggunaan bahan dan alatan seperti bola dan bakul akan membantu meningkatkan fokus dan konsentrasi murid-murid untuk memastikan bola yang dibaling masuk ke dalam bakul sekaligus memerlukan koordinasi mata dan pergerakan tangan yang cekap. Aktiviti Melompat dan membaling bola memerlukan koordinasi tubuh yang baik serta keseimbangan yang tepat. Penggunaan bahan-bahan ini memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri bagi meningkatkan keterampilan keseimbangan
Kesesuaian Kebolehpasaran Bahan Pelbagai guna Penggunaan bahan-bahan seperti gegelung dan bola memberikan kesempatan kepada guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang kreatif dan bervariasi. Hal ini dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti tersebut. Penggunaan bahan dalam aktiviti motor kasar seperti gegelung dan bola sesuai digunakan oleh kanak-kanak pelbagai peringkat umur dan saiz serta mempunyai ketahanan yang kuat dan tidak mudah rosak
Segala aktivti yang dirancang khusus untuk meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan holistik mereka. Aktiviti yang merangsang motor halus, seperti membutang baju dan mengikat tali kasut membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta keterampilan manipulatif yang penting untuk tugasan harian. Kemudian, aktiviti yang melibatkan motor kasar, seperti berlari, melompat, dan memanjat dapat memperkuat otot-otot, memperbaiki keseimbangan, dan membantu dalam meningkatkan kemampuan keterampilan motor kasar yang penting untuk olahraga, aktiviti fizikal, dan interaksi sosial. Kesimpulannya, kepelbagaian aktiviti yang melibatkan pergerakan motor dapat membuka peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sekaligus membantu meningkatkan perkembangan motor secara optimal bagi menyumbang kepada perkembangan holistik kanak-kanak. Kesimpulan
CoComelon. (2023, Ogos 12). Mengikat tali sepatumu |cocomelon bahasa Indonesia - lagu anak anak [nursery rhymes. [Video]. Youtube. https://youtu.be/l6ukqZoqdJI?feature=shared Didi & Friends. (2014, Oktober 31). Lagu kanak-kanak|lompat si katak lompat |didi & friends. [Video]. Youtube. https://youtu.be/aw7Ab5UDQMc?feature=shared Haslina. (2012). Keberkesanan penggunaan Youtube dalam pengajaran dan pembelajaran. Scribd. https://www.scribd.com/doc/79176528/Keberkesanan-PenggunaanYoutube-Dalam-Pengajaran-DanPembelajaran#:~ text=Penggunaan%20video%20tersebut%20dalam %20proses,ilm 4%20pengetahuan%20sedia%20ada%20pelajar. Rahmawati Masri. (2021, Januari 31). Transisi - memasang butang baju (kemahiran motor halus). [Video]. Youtube. https://youtu.be/tPmEfleM3Cg?si=YpagPbbupv64OYGw Raja Nani. (2021). Ciri-ciri bbm. Scribd. https://www.scribd.com/document/510859206/ciriciri-bbm Ramlah Jantan. (2013). Faedah bermain dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah (4- 6 tahun). Researchgate. https://www.researchgate.net/publication/303897656_FAEDAH_BERMAIN_DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH 4- 6 TAHUN#:~:text=Friedrich%20Froebel%20(1782-1852),sosial%20dan%20kesihatan%20emosi%20mereka. Salini Dharan. (2014). Tajuk 4 bahan bantu mengajar. Slideshare. https://www.slideshare.net/salinidharan/tajuk-4-bahan-bantu-mengajar Shanthachandran. (2015). Keberkesanan bbm. Scribd. https://www.scribd.com/doc/274059143/Keberkesanan-BBM Teacher Aini. (2019). Maksud motor halus dan motor kasar. Tadikaerakreatif. https://tadikaerakreatif.com/maksud-motor-halus-dan-motor-kasar/ Zulkiply Yaakob. (2009). Perkembangan motor halus dan kasar kanak-kanak. Scribd. https://www.scribd.com/doc/12898166/Perkembangan-Motor-Halus-dan-kasarKanak-kanak Rujukan
Terima Kasih