The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idah021133, 2023-03-01 23:32:46

Bab 1 STPM Makroekonomi

Bab 1 STPM Makroekonomi

Ekonomi Makroekonomi STPM Semester 2 (Bab 1) Nota Komprehensif


BAB 1: Pengenalan 1.1 Skop Analisis Makroekonomi 1.2 Aliran Pusingan Pendapatan Negara 1.3 Isu Makroekonomi 1.4 Petunjuk Makroekonomi 1.5 Matlamat Dasar Makroekonomi


1.1 Skop Analisis Makroekonomi Definisi: Menjelaskan kegiatan ekonomi sesebuah negara secara keseluruhan. Analisis ini mengkaji interaksi antara pelbagai pelaku ekonomi : ✓ Isi rumah ✓ Firma ✓ Kerajaan ✓ Negara asing Isu Makroekonomi : INFLASI,PENGANGGURAN,PERTUMBUHAN EKONOMI, IMBANGAN PEMBAYARAN. menentukan tingkat pencapaian ekonomi. Digambarkan melalui aliran pusingan pendapatan.


Petunjuk Makroekonomi : Keluaran Negara Kasar (KNK) , Kitaran Perniagaan. RUMUS ❑ Tugasan: Tulis semua rumus dalam skop isu makroekonomi.


1.2 Aliran Pusingan Pendapatan Negara Aliran pusingan pendapatan negara menunjukkan aliran fizikal dan aliran wang antara pelbagai pelaku ekonomi yang terlibat dalam kegiatan ekonomi. Dalam sebuah ekonomi terbuka (ekonomi empat sektor). Aliran Fizikal – pergerakan barang-barang dan perkhidmatan dan faktor-faktor pengeluaran antara pelaku ekonomi. Aliran Wang – pergerakan pendapatan dan perbelanjaan antara pelaku ekonomi.


Isi Rumah 1.Unit penggunaan dalam ekonomi yang terdiri daripada seorang individu, sekumpulan individu atau sebuah keluarga yang tinggal dalam sesebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi. 2. Masalah: kekurangan pendapatan. Memiliki sumber seperti buruh, modal, tanah dan usahawan serta menawarkan sumber tersebut kepada firma dan kerajaan menerima pendapatan faktor daripada firma dan kerajaan membelanjakan pendapatan ke atas barang dan perkhidmatan yang di keluarkan oleh firma. Membayar cukai kepada kerajaan. Firma 1.Unit organisasi yang merancang penggunaan sumber ekonomi yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. 2. Firma meminta sumber ekonomi daripada isi rumah untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan menawarkan barang dan perkhidmatan kepada isi rumah dan kerajaan memperoleh pendapatan dalam bentuk hasil jualan (memaksimumkan keuntungan). Membayar cukai kepada kerajaan dalam bentuk cukai pendapatan.


Kerajaan 1. Badan yang merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sesebuah negara bagi tujuan menstabilkan dan membangunkan ekonomi – memungut cukai daripada isi rumah dan firma – meminta sumber ekonomi daripada isi rumah dan meminta barang dan perkhidmatan daripada firma – menyediakan barang awam kepada isi rumah dan firma. Negara Asing 1. Sektor yang menjalankan urus niaga perniagaan antarabangsa – Firma akan mengeluar dan mengeksport barang dan perkhidmatan ke negara lain yang seterusnya dibeli oleh isi rumah di negara tersebut – isi rumah tempatan akan mengimport barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma negara lain.


❑ Tugasan: Tunjukkan aliran pendapatan dalam ekonomi dua sektor berserta huraian.


❑ Tugasan: Tunjukkan aliran pendapatan dalam ekonomi tiga sektor berserta huraian.


❑ Tugasan: Tunjukkan aliran pendapatan dalam ekonomi empat sektor berserta huraian.


1.3 Isu Makroekonomi Inflasi •Def: Kenaikan tingkat harga umum- berterusantidak terbatas •Lebihan permintaan (banyak wang mengejar sedikit barang) •Berlaku kerana kenaikan harga kos pengeluaran. Contohnya kadar upah dan bahan mentah – untung firma berkurang – naikkan harga barang dan perkhidmatan. Pengangguran •Def: Jumlah tenaga buruh yang aktif mencari pekerjaan tetapi belum dapat sebarang pekerjaan. •Pengangguran – kegagalan sebuah ekonomi menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh masyarakat. •Pengangguran = Jum Tenaga Buruh – Jum Guna Tenaga •Wujud lebihan penawaran buruh. Pertumbuhan Ekonomi •Peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang digambarkan oleh pertambahan dalam kuantiti keluaran negara. •Positif – peningkatan kualiti sumber ekonomi dan kemajuan teknologi dan pertambahan sumber ekonomi. •Negatif – kemelesetan ekonomi. Imbangan pembayaran •Penyata kewangan yang merekodkan urus niaga perdagangan antarabangsa antara sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun. •Aliran masuk wang dan aliran keluar wang serta modal. •Tiga konsep : 1. Imbangan pembayaran lebihan : aliran masuk wang ke dalam negara > aliran wang ke luar negara. 2. IPK (deficit): aliran masuk wang ke dalam negara < aliran keluar wang. 3. IP terimbang : aliran masuk wang = aliran keluar wang.


KESAN INFLASI DAN LANGKAH MENGATASI 1. Menurunkan kuasa beli wang: - Mengurangkan kemampuan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan kesan kenaikan tingkat harga umum – Taraf hidup rakyat merosot atau kos sara hidup rakyat meningkat. 2. Agihan pendapatan menjadi tidak setara: - Golongan berpendapatan tetap dan pemiutang mengalami kerugian kerana pendapatan benar telah menurun. - Golongan tidak berpendapatan tetap seperti penghutang dan pemilik harta menikmati keuntungan keran pendapatan benar telah meningkat. 3. Menjejaskan tingkat tabungan negara: - Kuasa beli wang (nilai wang) dijangka terus merosot kerana rakyat kurang menabung. Sebaliknya, lebihan pendapatan yang ada digunakan untuk membeli harta tetap seperti rumah lebih menguntungkan. 4. Menjejaskan produktiviti negara: - Sumber ekonomi cenderung dipindahkan daripada kegiatan ekonomi produktif seperti penciptaan produk baharu kepada spekulasi seperti pembelian saham.


5. Memburukkan imbangan pembayaran: - Harga barang eksport realtif lebih mahal berbanding sengan harga barang import – nilai eksport kurang daripada nilai import. 6. Menjejaskan nilai mata wang sesebuah negara: - Harga barang import yang relatif lebih murah menyebabkan permintaan terhadap barang negara lain bertambah. Maka lebih banyak RM perlu ditawarkan untuk membeli barang itu – penawaran RM meningkat. - Harga barang eksport yang relative lebih mahal menyebabkan permintaan terhadap barang eksport Malaysia berkurang dan permintaan RM juga menurun – KESAN: nilai RM jatuh (lebihan penawaran RM).


▪ Langkah mengatasi Inflasi Dasar kewangan menguncup • Bank pusat mengurangkan bekalan wang melalui kawalan terhadap bank perdagangan, iaitu mengurangkan pinjaman bank kepada firma ketika berlaku inflasi. Dasar fiskal menguncup • Campur tangan kerajaan dalam pasaran. Kerajaan Malaysia boleh menaikkan cukai dan megurangkan perbelanjaan kerajaan jika inflasi yang berlaku di Malaysia adalah akibat daripada pertambahan permintaan agregat. Dasar kawalan langsung • Dasar harga maksimum • Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang • Menggalakkan firma tempatan untuk meningkatkan pengeluaran


KESAN PENGANGGURAN DAN LANGKAH MENGATASI 1. Pengurangan Keluaran Negara: - Tingkat keluaran negara sebenar adalah lebih rendah daripada tingkat keluaran potensi – tidak menggunakan sumber yang ada menyebabkan keluaran negara adalah rendah. 2. Pembaziran Sumber Ekonomi: - Produktiviti negara adalah rendah kerana tenaga buruh tidak digunakan walaupun mereka berkemahiran tinggi. 3. Menjejaskan Taraf Hidup Rakyat: - Tingkat pengangguran yang tinggi menyebabkan jumlah pendapatan atau pendapatan per kapita penduduk adalah rendah – memjejaskan taraf hidup atau tingkat kebajikan masyarakat. 4. Mengurangkan hasil kerajaan: - Pendapatan isi rumah dan keuntungan firma menurun akibat kemerosotan produktiviti dan pengurangan keluaran negara. – pungutan cukai oleh kerajaan daripada cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan syarikat juga berkurang. 5. Mewujudkan masalah social: - Kekurangan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga menyebabkan kes jenayah meningkat seperti merompak dan menyeludup barang – Gejala social seperti pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah turut meningkat.


▪ Langkah mengatasi Pengangguran Dasar kewangan mengembang Dasar fiskal mengembang Menggalakkan moboliti buruh Membuka tanah baharu Memajukan sector ekonomi berpotensi Menyediakan kursus dan latihan kemahiran Menggalakkan kemasukan pelaburan asing


Isu pertumbuhan ekonomi dan langkah mengatasi 1. Menjejaskan pendapatan per kapita negara: - Pendapatan perkapita menurun apabila kadar pertumbuhan penduduk > kadar pertumbuhan keluaran negara pada sesuatu tahun. - Sumber ekonomi yang ada tidak mencukupi untuk menambahkan keluaran bagi memenuhi keperluan penduduk yang meningkat – tingkat keluaran rendah menyebabkan pendapatan perkapita merosot disebabkan penduduk yang meningkat 2. Faktor sosial yang negatif: - Kegiatan inovasi yang terhad tidak menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan menyebabkan keluaran negara menjadi rendah. 3. Kekurangan modal dan tabungan: - Kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah mengurangkan tingkat tabungan – Sistem perbankan yang belum berkembang maju mengehadkan pembentukan modal tetap yang penting untuk kegiatan pelaburan. 4.Kekurangan tenaga buruh mahir: - Menghalang pengolahan kekayaan sumber ekonomi, peningkatan produktiviti buruh dan aplikasi teknologi moden dalam proses pengeluaran – menyukarkan peralihan dari sektor berasaskan pertanian kepada sector ekonomi berasaskan perindustrian.


Kekurangan Usahawan Ekonomi Tradisional Kekurangan barang pengguna Masalah Alam Sekitar


Langkah mengatasi isu pertumbuhan ekonomi Meningkatkan aplikasi teknologi Menambahkan modal Meningkatkan taraf Pendidikan dan latihan Menggalakkan ekonomi bidangan Mengalakkan peruntukkan sumber dengan lebih cekap Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan


Sebab Imbangan Pembayaran Kurangan perlu Ditangani Menurunkan kadar pertukaran asing: - Kadar pertukaran asing jatuh - Permintaab terhadap barang import bertambah manakala permintaan terhadap barang eksport menurun – menjejaskan industry tempatan. Aliran keluar modal ke luar negara: - Kejatuhan kadar pertukaran asing menyebabkan kemasukan pelaburan langsung asing berkurang (aliran masuk modal ke dalam negara berkurang) - Pengurangan pelaburan langsung asing menjejaskan ekonomi negara Mengurangkan Bekalan Wang di dalam negara: - Imbangan pembayaran kurangan menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan rizab pertukaran asing untuk menampung kurangan tersebut. - Pengurangan rizab pertukaran asing menjejaskan bekalan wang dalam negara Hutang Negara bertambah: - Kerajaan terpaksa membuat pinjaman daripada negara lain untuk menampung kurangan dalam imbangan pembayaran. – beban hutang negara bertambah - Projek pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana sebahagian belanjawan kerajaan terpaksa digunakan untuk menjelaskan hutang negara.


Langkah mengatasi imbangan pembayaran kurangan Mengurangkan import Menggalakkan eksport Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang Devaluasi


Petunjuk Makroekonomi Keluaran Negara Kasar (KNK) Kitaran Perniagaan Kadar Inflasi Kadar Bunga Kadar Pertumbuhan Ekonomi Akaun Semasa dan Akaun Dagangan Kadar Pengangguran


Keluaran Negara Kasar (KNK) – Jumlah output yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran tempatan sesebuah negara sama ada di dalam atau di luar negara dalam setahun. Keluaran negara kasar sebenar – jumlah output yang sebenarnya dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam setahun. Keluaran negara potensi (KNK pada guna tenaga penuh)- jumlah output yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam setahun apabila kadar pengangguran ada sama atau kurang daripada 4%. Pertambahan KNK: - Banyak peluang pekerjaan telah diwujudkan – lebih banyak faktor pengeluaran digunakan – kadar pengangguran menurun. Tingkat kebajikan atau taraf hidup rakyat meningkat. KNK NOMINAL – DIHITUNG MENGIKUT HARGA SEMASA ; Peningkatan disebabkan oleh kenaikan harga umum tidak menggambarkan peningkatan pertumbuhan ekonomi. KNK BENAR – DIHITUNG MENGIKUT HARGA TETAP; Peningkatan menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang positif.


Kitaran Perniagaan – keadaan melambung dan meleset dalam ekonomi / peningkatan dan penurunan kegiatan ekonomi dalam jangka masa Panjang. ❑ Tugasan: Lukis Rajah Kitaran Perniagaan dan huraian.


Kadar Inflasi – peratusan kenaikan harga umum tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya – harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara. - Tingkat harga umum diukur melalui indeks harga pengguna (IH). Soalan: Negara X mencatatkan indeks harga pengguna sebanyak 110 pada tahun 2012 berbanding dengan 104 pada tahun 2011. Hitung kadar inflasi bagi negara X pada tahun 2012. Jelaskan jawapan anda.


Kadar Pengangguran = Peratusan jumlah penganggur berbanding jumlah tenaga buruh yang memasuki pasaran – Tenaga buruh golongan penduduk dalam usia 15 hingga 64 tahun yang sedang bekerja (guna tenaga)/ yang aktif mencari pekerjaan (penganggur). Tenaga Buruh = Guna Tenaga + Penganggur Soalan: Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah penganggur di Nagara Z pada tahun 2010 dan 2011. Hitung kadar pengangguran pada tahun 2010 dan 2011. Perkara Jumlah (ribu orang 2010 2011 Penganggur 500 530 Tenaga Buruh 9038 9086 Analisis:


Kadar Bunga – kadar faedah pinjaman yang dikenakan oleh bank perdagangan terhadap pinjaman (kos atas pinjaman). Kadar Bunga Nominal – kadar bunga yang dikenakan atas sejumlah wang yang dipinjam. Kadar bunga benar – perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar inflasi. Kadar bunga benar mengambil kira kesan inflasi yang menurunkan kuasa beli wang. Kadar bunga benar = Kadar bunga nominal – Kadar inflasi Contoh: Encik Rahman membuat pinjaman sebanyak RM500 000 daripada sebuah bank. Jumlah bunga yang perlu dibayar oleh Encik Rahman atas pinjaman tersebut ialah RM40 000 pada tahun pertama. Hitung a) Kadar bunga nominal yang dikenakan atas pinjaman encik Rahman pada tahun pertama. b) Kadar bunga benar sekiranya kadar inflasi pada tahun tersebut ialah 4%


Pertumbuhan ekonomi: pertambahan output yang dihitung mengikut harga tetap (KDNK benar) pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya. Kadar pertumbuhan ekonomi: peratusan pertambahan output pada tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya. – Diukur menggunakan data KNB , KNK atau KDNK benar. • Contoh: Pada tahun 2011, keluaran negara benar sebuah negara ialah RM250 600 juta. Keluaran negara benar negara tersebut kemudiannya berubah menjadi RM270 800 juta pada tahun 2012. a) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut. b) Tafsirkan jawapan anda. • Notes: Jika keluaran negara benar > keluaran negara benar tahun sebelum = Ekonomi sedang berkembang Sebaliknya : kemelesetan ekonomi.


Akaun dagangan = merekodkan nilai eksport barang nampak dan nilai import nampak bagi sebuah negara dalam tempoh setahun. Akaun semasa = merekodkan nilai eksport dan import barang nampak, nilai eksport dan import barang tak nampak (perkhidmatan), pendapatan dan pindahan semasa bagi sebuah negara dalam tempoh tertentu. Imbangan akaun semasa dan imbangan pembayaran adalah petunjuk penting untuk menunjukkan sama ada perdagangan antarabangsa menguntungkan sesebuah negara atau tidak. Imbangan dagangan = Nilai eksport barang nampak - nilai import barang nampak ❖ Imbangan akaun semasa = (Eksport barang Nampak – Import barang Nampak) + (Eksport barang tak Nampak – Import barang tak nampak) + imbangan pendapatan + pindahan semasa Atau, ❖ Imbangan akaun semasa = Imbangan barangan dan perkhidmatan + imbangan pendapatan + pindahan semasa 1. Lebihan dalam imbangan akaun semasa / imbangan pembayaran – jumlah pendapatn daripada negara asing melebihi jumlah pembayaran kepada negara asing. Sebaliknya, kurangan menunjukkan jumlah pembayaran kepada negara asing melebihi penerimaan daripada negara asing.


Matlamat Dasar Makroekonomi • Mencapai guna tenaga penuh - Menurunkan kadar pengangguran sehingga kurang daripada 4%. - Mengelakkan pembaziran sunber ekonomi dan menjamin KNK potensi tercapai. • Mengekalkan kestabilan harga umum - Untuk mengelakkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi. - Kestabilan harga umum akan menjamin kestabilan ekonomi. - Mengekalkan kestabilan kuasa beli wang serta mengekalkan kos sara hidup yang rendah. - Menggalakkan tabungan rakyat dalam negara. - Menstabilkan sektor luar negara iaitu menggalakkan eksport dan mengurangkan import. • Meningkatkan pertumbuhan ekonomi - Meningkatkan KDNK benar. - Menghasilkan pertambahan pendapatn negara yang tinggi. - Pertambahan pendapatan per kapita – peningkatan taraf hidup rakyat - Mewujudkan banyak peluang pekerjaan – guna tenaga meningkat – pengangguran menurun


- Memajukan semua sector ekonomi dalam negara termasuk perindustrian yang berorientasikan eksport. - Menambahkan aliran masuk mata wang asing meningkatkan kemampaun membayar import tertangguh serta meningkatkan nilai mata wang tempatan. • Memperbaik imbangan pembayaran - Memastikan nilai jumlah eksport lebih besar atau sama dengan jumlah nilai import. - Menambah rizab pertukaran asing sesebuah negara – mnegukuhkan nilai mata wang sesebuah negara. - Meningkatkan kemampuan membayar import tertangguh.


Click to View FlipBook Version