The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Nom Fazlina, 2021-07-13 08:19:44

PBL SAINS TAHUN 6

PROJEK KITAR SEMULA

Keywords: PBL

Disediakan oleh : Cikgu Nom Fazlina Numlee
SK LAHAD DATU III, SABAH

PEMBELAJARAN Berasaskan Projek (PBL) adalah satu
pendekatan pedagogi yang meransang kemahiran abad ke-21
murid. Ia adalah pendekatan jangka masa panjang yang
meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.

PBL adalah salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh
murid-murid bagi mencapai sesuatu tujuan ataupun untuk
menyelesaikan masalah.

Pembelajaran akan berfokus kepada tugasan yang terancang
dalam sesuatu masa tertentu. Melalui PBL ini, masa yang
diperlukan ialah satu minggu.

Diharapkan dengan cara PBL ini, murid-murid akan dapat
menyediakan tugasan dengan lebih baik dan sempurna.

Modul PBL ini juga, mengandungi panduan kepada murid-murid,
ibu bapa / penjaga tentang cara membimbing murid-murid
menyediakan tugasan yang diberikan di rumah.

Guru boleh membuat pentaksiran meskipun tidak berada
bersama murid-murid. Bahan-bahan bukti berbentuk gambar,
video boleh dijadikan sebagai evidens dalam pentaksiran.

Ibu bapa / penjaga sangat dialu-alukan membantu guru-guru
dalam menjayakan PBL ini. Kerjasama ibu bapa / penjaga
bersama guru-guru amat diperlukan. Murid-murid bukan sahaja
perlu dibimbing oleh guru, malah perlu sokongan daripada ibu
bapa/ penjaga.

Diharapkan Modul PDPR PBL ini dapat membantu dan semoga
bermanfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Cikgu Nom Fazlina Numlee
Credits to : Cikgu Nik Suhana Megat Daud

BAB 9 : BAHAN BUANGAN

Apakah Murid-murid,
itu bahan buangan
Bahan ialah bahan yang
Buangan ? tidak diperlukan
lagi dan tidak
mahu disimpan.

Bahan buangan boleh dikelaskan kepada
dua iaitu bahan buangan terbiodegradasi
dan bahan buangan tidak terbiodegradasi.

BAHAN BUANGAN
TERBIODEGRADASI

Bahan buangan Contoh bahan
terbiodegradasi buangan
adalah bahan
buangan yang boleh terbiodegradasi :
direputkan oleh
mikroorganisma dan Sisa makanan
kembali menjadi
nutrien di dalam
tanah.

Biasanya terdiri Kertas dan surat khabar lama
daripada bahan
organik.

Ranting dan daun kering

Tulang haiwan

BAHAN BUANGAN
TIDAK
TERBIODEGRADASI

Bahan buangan Contoh bahan
tidak terbiodegradasi buangan tidak
adalah bahan terbiodegradasi :
buangan yang tidak
boleh direputkan
oleh mikroorganisma.

Biasanya terdiri Plastik
daripada kaca,
plastik, logam dan
sisa toksik.

Polisterin

Kaca

Logam

Objektif :

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

-> menaakul penggunaan bahan tidak
terbiodegradasi secara berhemah.

Sekolah : SK Lahad Datu 3
Nama Guru :

Cikgu Nom Fazlina Numlee
Masa Projek : 1 Minggu

Untuk Murid :

1. Rujuk tajuk Bahan Buangan dalam buku teks
Sains Tahun 6 muka surat 149- 159.

2. Hasilkan sebuah pasu tumbuhan daripada botol
plastik terbuang.

3. Siapkan tugasan/ projek dalam masa satu (1)
minggu.

4. Jaga keselamatan semasa menggunakan benda
tajam semasa menjalankan tugasan/ projek.

Untuk Ibu / Bapa / Penjaga :

1. Pastikan keselamatan anak / jagaan semasa
mereka menjalankan tugasan / projek.

2. Berikan bantuan untuk menyediakan bahan-
bahan yang diperlukan oleh anak / jagaan
semasa mereka menjalankan tugasan / projek.

3. I b u b a p a / p e n j a g a d i g a l a k k a n m e m b e r i
bimbingan yang sesuai semasa anak / jagaan
menjalankan tugasan / projek.

Botol plastik terbuang
Gunting

Tali kain atau kain panjang
Tanah

Anak
pokok

1. Kumpulkan bahan-bahan
yang diperlukan.

2. Bersihkan botol
terbuang.

3. Potong botol kepada
dua bahagian seperti dalam
gambar.

4. Isikan air di bahagian
bawah botol.

5. Letakkan seutas benang
dan isikan tanah di
bahagian bawah botol.

6. Tanam anak pokok
dalam tanah.

7. Letakkan pasu di
tempat yang sesuai.

Images may be subject to copyright. Ctto : owner

Sila hantar bukti berbentuk gambar
atau video projek yang kamu hasilkan

kepada guru kamu.


Click to View FlipBook Version