The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN MEMBINA BANGUNAN IKONIK PANITIA SAINS 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Nom Fazlina, 2021-08-29 02:44:59

PERTANDINGAN MEMBINA BANGUNAN IKONIK PANITIA SAINS 2021

PERTANDINGAN MEMBINA BANGUNAN IKONIK PANITIA SAINS 2021

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021
S.K. LAHAD DATU III

Sempena dengan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Panitia
Sains, SK Lahad Datu III berbesar hati untuk mengambil bahagian dengan mengadakan
pertandingan Merekacipta Model Bangunan Ikon Negara Menggunakan Bahan Terbuang.
Pertandingan ini melibatkan murid-murid untuk mereka dan membina model bangunan ikon
Malaysia yang terkenal seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar KLCC, Masjid
Negara dan sebagainya menggunakan bahan-bahan terbuang.

Oleh itu, pertandingan ini diharapkan dapat memberikan murid kesedaran tentang
negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Selain itu, pertandingan ini juga dapat meningkatkan
kesedaran murid-murid untuk menghargai alam sekitar dengan aktiviti mengitar semula
bahan-bahan buangan.

Akhir sekali, pertandingan ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan kesan
yang positif kepada murid-murid dari segi pengetahuan, jasmani, emosi dan rohani.

SYARAT DAN PERTANDINGAN :

1. Terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III.

2. Model pertandingan dan video penyertaan dihasilkan di
rumah atau tempat masing-masing.

3. Peserta hanya perlu menghantar VIDEO (durasi tidak
ditetapkan) untuk menyertai pertandingan.

4. Tarikh pertandingan : 30 Ogos ~ 10 September 2021

PEMARKAHAN DAN HADIAH :

SKEMA PEMARKAHAN PERTANDINGAN

KRITERIA MARKAH
Keaslian 30
Kekemasan 20
Bahan yang digunakan 20
Ciri Istimewa 30

HADIAH PERTANDINGAN :

TEMPAT PERTAMA ( HAMPER ) ~ 6 X RM 50
TEMPAT KEDUA ( HAMPER ) ~ 6 X RM 40
TEMPAT KETIGA ( HAMPER ) ~ 6 X RM 30

PANDUAN PERTANDINGAN :

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1.Penyertaan adalah secara INDIVIDU.

2.Peserta menyediakan hasil kerja dengan menggunakan sekurang-kurangnya 70% bahan terbuang ( seperti kotak,
botol plastik, kertas suratkhabar, dsb) dan 30% bahan lain ( seperti gam, selotape, tali, dan dsb).

3.Peserta mestilah membuat video pembentangan (durasi sekurang-kurangnya 1 minit 30 saat) untuk menyertai
pertandingan dan menghantar video tersebut sebelum atau pada 10 September 2021.

4.Maklumat yang perlu dirakam dalam video adalah seperti ( Pastikan murid menulis skrip ucapan sebelum membuat
rakaman ) :

i.Nama peserta dan kelas
ii.Nyatakan semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan model.
iii.Nyatakan cara peserta menghasilkan model.
iv.Nyatakan ciri istimewa model tersebut.

5.Semua keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD.

PANDUAN MENGHANTAR PENYERTAAN :

CARA MENGHANTAR VIDEO PENYERTAAN :

1. Video boleh dihantar ( Send ) secara Personal Message (PM) kepada guru
Sains kelas masing-masing.

2. Video yang tidak mencukupi syarat tidak akan diterima. Pastikan murid-murid
sediakan skrip ucapan sebelum merakam video.

3. Murid-murid boleh mendapatkan bantuan ibu bapa atau orang lain semasa
merakam, TETAPI tidak boleh semasa menyediakan model.

PENUTUP :

Adalah diharapkan agar pertandingan ini dapat
mencapai objektif yang ditetapkan. Dengan komitmen dan
kerjasama semua guru-guru Sains dan pihak sekolah,
program ini akan menjadi satu usaha untuk meningkatkan
prestasi matapelajaran Sains di peringkat sekolah.


Click to View FlipBook Version