FALSAFAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
MATLAMAT PPIM Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan pelaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut: Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, social, fizikal dan spiritual puteriputeri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalia silaturrahim dalam kalangan puteri-puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai gerak kerja kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan Kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masayrakat setempat.
OBJEKTIF PPIM Objektif pada peringkat sekolah rendah dan menengah ialah: Melahirkan satu masyarakat muda yang: Taat kepada Allah, Raja dan Negara. Berilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat. Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan Kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima masyarakat. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.
LOGO PPIM
BENDERA PPIM Merah samar- Keharmonian dan kelembutan Hijau – Agama di mana taqwa sebagai teras Putih – Kesucian Kuning – Ketaatan dan kesetiaan
MOTTO / COGANKATA BERILMU BERIMAN BERAMAL
LAGU PUTERI Puteri Lembaga Islam Riang Gembira, Tetap Taat Kepada Allah dan Raja, Berkorban Untuk Agama Dan Negara, Dunia Akhirat Mendapat Bahagia. Berusaha Mencari Pengetahuan, Berbakti Membuat Kebajikan, Belajar Mencapai Kemajuan, Bersemangat Penuh Keimanan. Puteri Lembaga Islam Riang Gembira, Tetap Taat Kepada Allah dan Raja, Berkorban Untuk Agama Dan Negara, Dunia Akhirat Mendapat Bahagia.
IKRAR PUTERI BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN: Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibu bapa. Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak. Membangunkan diri dengan sempurna. Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri. Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara.
SULUH KATA P – Patuh kepada ibu bapa U – Ugama/agama berteraskan Al Quran dan Hadis T – Taat kepada Allah dan Rasul E – Erat ukhwah islamiyah R – Rela berbakti kerana Allah I – Iman dipupuk ilmu dituntut I – Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali S – Solat ditunai setiap waktu L – Larangan Allah dijauhi A – Akhlak mulia pengukuh iman M- Muslimah mukminah rakyat seperjuangan