The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN MENULIS ESEI KEMERDEKAAN_BMKVPC 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZALEHA BT MOHAMAD NOOR Moe, 2021-11-11 07:30:36

PERTANDINGAN MENULIS ESEI KEMERDEKAAN_BMKVPC 2021

PERTANDINGAN MENULIS ESEI KEMERDEKAAN_BMKVPC 2021

2

3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MENULIS ESEI KEMERDEKAAN
PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA TAHUN 2021

1.0 PENDAHULUAN
Dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-64, Unit Bahasa
Melayu akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei bertemakan Kemerdekaan. Tema esei
“Malaysia Prihatin Menangani Pandemik Covid-19” dipilih dengan mengambil kira situasi
semasa negara kita yang sedang berjuang mengekang penularan pandemik ini dan tema ini juga
selari dengan Tema Sambutan Kemerdekaan 2021 iaitu “Malaysia Prihatin”. Program ini
diharapkan dapat melahirkan pelajar yang menghayati erti kemerdekaan sebenar serta mempunyai
daya juang yang tinggi dari segi mental dan fizikal. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan
kemahiran menulis melalui penggabungjalinan idea, pengetahuan isu semasa serta pengalaman
secara kritis dan kreatif.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini adalah bagi memupuk
semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Sebagai
generasi pascamerdeka, sudah tentunya pelajar perlu diberi pendedahan yang berterusan tentang
pentingnya semangat cinta akan negara. Melalui program ini juga, guru-guru dapat mengenal pasti
bakat penulisan dan potensi diri pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

3.0 RASIONAL
Menyedari peri pentingnya usaha menyemai dan menghayati semangat cinta akan negara dalam
kalangan pelajar ini perlu dilakukan secara berterusan dan melalui pelbagai cara, maka penganjuran
aktiviti menulis esei kemerdekaan ini diharap mencapai matlamat yang dihasratkan.

4.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
4.1 Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar
4.2 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar
4.3 Menyediakan wadah kepada pelajar untuk menonjolkan bakat menulis dengan menggunakan
laras bahasa yang sesuai, huraian isi yang jelas dan kritis, dengan menggunakan bahasa yang
gramatis.

1

5.0 SASARAN
Semua pelajar Sijil Vokasional Malaysia Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Pertandingan ini
terbahagi kepada dua kategori :
5.1 Tahun 1SVM (Semester 1)
5.2 Tahun 2SVM (Semester 3)

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN
6.1 Menyediakan Kertas Kerja Program
6.2 Mesyuarat AJK dan Agihan Tugas
6.3 Pelaksanaan Program
6.3.1 Pertandingan ini dilaksanakan secara dalam talian kerana masih dalam sesi PdPR.
6.3.2 Hebahan dan publisiti pertandingan dilaksanakan melalui kumpulan whatsapp
kelas oleh Pensyarah Bahasa Melayu kursus masing-masing.
6.3.3 Setiap penyertaan akan dihantar dan dinilai oleh Pensyarah Bahasa Melayu
kursus masing-masing.
6.3.4 Keputusan pertandingan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 15 Oktober
2021.

7.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 30 Ogos hingga 30 September 2021

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH Hadiah RM 120.00
RM 300 RM 80.00
Panitia Bahasa 1. Pemenang 3 esei terbaik (3+3)
Melayu 6 orang x RM20.00

2. Sagu hati (4+4)
8 orang x RM10.00

Jumlah RM 300.00 Jumlah RM 200.00

2

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn. Hj. Alwi bin Mohd Ali (Pengarah)
Timbalan Pengerusi : En. Aluwi bin Hassan (TPA)
Penyelaras : En. Mt Yusoff bin Che Cob (KJPU)
Penolong Penyelaras : Cik Salina binti Salleh (KU Bahasa)
Setiausaha : Pn. Zaleha binti Mohamad Noor
Pen. Setiausaha : Pn. Salma binti Yaso’
Bendahari : Pn. Basimah binti Ibrahim

JAWATANKUAS KERJA SENARAI TUGAS

NAMA • Menyediakan poster pertandingan
• Menyebar luas poster pertandingan melalui
AJK Poster Pertandingan
group whatsapp kelas dengan kerjasama
• Pn. Zaleha bt Mohamad Noor pensyarah bahasa Melayu setiap kursus sehari
sebelum pertandingan bermula
Hakim Pertandingan Esei
• Memeriksa esei setiap peserta berdasarkan
• Tn. Hj. Mt Yusoff bin Che skema pemarkahan yang ditetapkan
Cob
• Memilih lima esei terbaik dan lima hadiah sagu
• Pn. Noriza bt Deraman hati bagi setiap kategori
• Pn. Basimah bt Ibrahim
• Pn. Hjh. Azna bt Salleh • Menguruskan hadiah dan sijil pemenang
• Pn.Nazira Erni bt Abdul • Menyediakan sijil AJK

Rashid
AJK Hadiah dan sijil

• Pn. Salma bt Yaso’
• En. Razali bin Hasbullah

10.0 TENTATIF PROGRAM
10.1 Poster Pertandingan akan disebar luas kepada semua pelajar SVM sehari sebelum tarikh
pelaksanaan
10.2 Sijil penyertaan digital akan dihantar kepada setiap peserta melalui pengesahan maklumat
daripada pensyarah kursus.
10.3 Pengumuman pemenang selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2021
10.4 Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang akan diadakan semasa sesi persekolahan
bersemuka.

3

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama
daripada semua pihak serta mencapai objektif yang digariskan.

Disediakan oleh:

.................................................
(ZALEHA BT MOHAMAD NOOR)
Setiausaha,
Pertandingan Menulis Esei Kemerdekaan Unit Bahasa Melayu
Kolej Vokasional Pengkalan Chepa,
Tarikh : 15 Ogos 2021

Disemak oleh:

.................................................
(HJ MT YUSOFF BIN CHE COB)
Ketua Jabatan Pendidikan Umum,
Kolej Vokasional Pengkalan Chepa,
Tarikh :

Disahkan oleh:

................................................. Ulasan :
(HJ ALWI BIN MOHD ALI) ________________________________________________
Pengarah, ________________________________________________
Kolej Vokasional Pengkalan Chepa, ________________________________________________
Tarikh: ________________________________________________
________________________________________________

4

MAKLUMAT AM DAN SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.0 PENDAHULUAN
Dalam usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Tahun 2021, Unit
Bahasa Melayu akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei bertemakan Kemerdekaan. Program
ini diharapkan dapat menjadi satu platform yang bermanfaat kepada pelajar Sijil Vokasional
Malaysia Kolej Vokasional Pengkalan Chepa untuk meningkatkan kemahiran menulis dengan
jalinan idea, pengetahuan isu semasa dan pengalaman secara kreatif.

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
3.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar
3.2 Menyediakan wadah kepada pelajar untuk menonjolkan bakat menulis dengan menggunakan
bahasa yang gramatis
3.3 Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar

4.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sijil Vokasional Malaysia Kolej Vokasional
Pengkalan Chepa. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori :
4.1 Tahun 1SVM
4.2 Tahun 2SVM

5.0 TEMA
Tema pertandingan ialah “Malaysia Prihatin Menangani Pandemik Covid-19” yang menekankan
keprihatinan semua pihak, baik pihak kerajaan, pihak swasta, masyarakat mahupun setiap individu di
Malaysia dalam usaha mengawal penularan pandemik Covid-19.

5.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
5.1 Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk menghantar satu esei sahaja bagi setiap kategori.
5.1.1 Kategori 1SVM : Panjang esei hendaklah antara 150 - 200 patah perkataan
5.1.2 Kategori 2SVM : Panjang esei hendaklah melebihi 350 patah perkataan
5.2 Esei mestilah ditulis menggunakan Bahasa Melayu berdasarkan tema “Malaysia Prihatin
Menangani Pandemik Covid-19”.
5.3 Esei tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa,
agama dan kaum mana-mana pihak.

5

5.4 Esei hendaklah merupakan karya asli peserta, tidak mempunyai unsur plagiarisme dan tidak

pernah diterbitkan. 1

5.5 Format penulisan esei

5.5.1 Esei boleh ditulis tangan atau ditaip menggunakan komputer. Esei yang ditaip mestilah

menggunakan tulisan jenis Arial, bersaiz 12 dalam jarak dilangkau 1.5 dan dihantar

melalui bentuk pdf, dan

5.5.2 WAJIB dinyatakan bilangan patah perkataan di penghujung esei.

5.6 Esei hendaklah dihantar kepada Pensyarah Bahasa Melayu kursus masing-masing.

5.7 Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 September 2021.

5.8 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN
6.1 Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 15 OKTOBER 2021.
6.2 Lima esei terbaik bagi setiap kategori dipilih sebagai pemenang.
6.3 Lima hadiah sagu hati turut disediakan bagi setiap kategori.
6.3 Sijil penyertaan digital disediakan kepada semua peserta.
6.4 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil penghargaan yang akan disampaikan pada
sesi persekolahan bersemuka nanti.

6


Click to View FlipBook Version