The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haziq Ismail, 2024-04-17 12:04:23

SI KUCING DAN SI HARIMAU

CERITA KANAK - KANAK

MUHAMMAD HAZIQ BIN ISMAIL


Pada zaman dahulu, tinggal seekor kucing oren di dalam hutan yang penuh dengan kehidupan. Si Kucing sangat cerdik dan lincah dalam menjalani kehidupannya di dalam hutan tersebut. Bagi membolehkan dirinya dapat hidup di hutan tersebut, Si Kucing sering kali memanjat pokok bagi mengelakkan dirinya menjadi mangsa kepada haiwan lain yang tinggal di hutan itu.


Si Kucing tinggal di dalam gua yang berada di hujung hutan tersebut. Setiap hari, dia akan keluar dari tempat tinggalnya bagi mencari makanan. .


Kadang – kala dia akan makan haiwan – haiwan kecil seperti tikus, burung dan anak ayam. Ada juga hari dia hanya makan buah – buahan. Dia juga selalu memanjat pokok apabila dikejar oleh binatang buas yang lain.


Di dalam hutan itu juga, tinggal seekor harimau yang sering memburu untuk mencari makanan. Si Harimau sering memburu pada waktu malam kerana lebih mudah baginya untuk menangkap mangsa. Pada suatu hari, Si Harimau keluar memburu mangsanya pada siang hari.


Dia ternampak Si Kucing yang sedang asyik mencari makanan di celah semak. “Sedap juga daging kucing ini jikalau aku makan”, kata Si Harimau dalam hatinya. Dengan perlahan – lahan, Si Harimau cuba mendekati Si Kucing kerana takut kehadirannya disedari oleh Si Kucing. Si Kucing menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. “Kenapa hatiku berasa tidak senang?” tanya Si Kucing kepada dirinya. Si Kucing cuba memerhatikan kawasan sekeliling.


Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Sang Harimau sedang berjalan menuju ke arahnya. Dengan pantas, Si Kucing segera memanjat pokok yang berada di sekitar kawasan itu. Si Kucing tahu bahawa Si Harimau tidak boleh memanjat pokok.


Si Harimau terpegun melihat kelincahan Si Kucing berlari memanjat pokok bagi menyelamatkan diri apabila menyedari bahawa dia cuba mendekati Si Kucing.


Si Kucing dari atas pokok berkata kepada Si Harimau, “Kau tidak akan dapat makan aku. Aku tahu yang kau tidak pandai memanjat pokok.” Kemudian, Si Kucing berlalu meninggalkan Si Harimau yang sedang marah kerana tidak dapat menangkap dirinya.


Kata – kata Si Kucing tadi membuatkan Si Harimau memikirkan satu idea untuk menangkap Si Kucing. “Aku mesti mencari cara untuk menangkap Si Kucing itu. Aku tidak kira, aku mesti rasa daging dia.” kata Si Harimau. Kemudian, Si Harimau mula merancang untuk menangkap Si Kucing itu.


Sedang dia asyik memikirkan idea untuk menangkap Si Kucing, dia terlihat seekor kancil yang dibelit oleh ular. Dia juga melihat seekor rusa yang cuba untuk menyelamatkan kancil itu daripada dimakan oleh ular.


Maka, muncullah satu idea di kotak fikiran Si Harimau. Keesokkan harinya, Si Harimau mula menjalankan rancangannya untuk menangkap Si Kucing. Si Harimau memerhati Si Kucing dari jauh. Risau kehadirannya diketahui oleh Si Kucing, Si Harimau bersembunyi di balik semak samun. Kemudian, Si Harimau perasan akan kehadiran seekor serigala tidak jauh dari tempatnya bersembunyi.


Serigala itu sedang cuba untuk menjadikan Si Kucing sebagai mangsa santapannya. Si Kucing menyedari bahawa serigala cuba untuk menangkapnya. Dia mula melarikan diri apabila serigala menerkam ke arahnya. Serigala mengejar Si Kucing dan dengan pantas memanjat sebatang pokok.


Si Harimau yang melihat kejadian itu keluar dari tempat persembunyiannya cuba untuk menghalau serigala. Serigala dengan perasaan takut lari meninggalkan mereka apabila mendengar ngauman Si Harimau.


“Turunlah kucing. Kau dah selamat sekarang. Serigala sudah lari meninggalkan tempat ini.” Kata Harimau kepada kucing. Si Kucing dengan was – was turun daripada pokok dan menjarakkan dirinya daripada harimau takut dirinya diterkam. “Jangan takut kucing. Aku hanya ingin berkawan dengan kau. Aku Cuma hendak belajar dengan kau cara memanjat pokok. Aku lihat kau sangat mahir memanjat pokok tempoh hari. Aku juga ingin minta maaf pada kau kerana hendak menerkam kau tempoh hari” Kata Harimau dengan semangat bagi menutup agendanya untuk makan Si Kucing. Si Kucing masih ragu dengan tindakan Si Harimau.


Aku juga ingin minta maaf pada kau kerana hendak menerkam kau tempoh hari” Kata Harimau dengan semangat bagi menutup agendanya untuk makan Si Kucing. Si Kucing masih ragu dengan tindakan Si Harimau. “Tolonglah ajarkan aku memanjat. Mana tahu kalau suatu hari nanti singa hendak membunuh aku. Dapatlah aku selamatkan diri daripada singa itu” Rayu harimau. Kucing tahu bahawa harimau dan singa tidak tahu memanjat pokok. Namun, kucing berasa takut untuk mengajar harimau memanjat kerana risau akan keselamatan dirinya selepas ini.


“Baiklah. Aku akan ajarkan kau memanjat.” Kata kucing. “Terima kasih kucing. Kaulah kawan aku.” Balas harimau dengan teruja. Si Kucing pun mengajar harimau cara untuk memanjat. Dengan perlahan – lahan, Si Harimau cuba untuk memanjat pokok mengikut ajaran Si Kucing. Tak lama kemudian, Si Harimau berjaya sampai di tengah batang pokok.


Namun disebabkan badannya yang berat dan besar akhirnya dia jatuh ke bawah kerana ranting tersebut tidak mampu untuk menampung berat badannya.


“Jangan putus asa harimau. Cuba lagi dan cari dahan yang besar untuk kau berpaut.” Ujar Si Kucing memberi semangat kepada Harimau. Harimau cuba memanjat pokok sekali lagi dan akhirnya dia berjaya sampai ke atas pokok. Setelah harimau berada di atas pokok, kucing pun terjun perlahan – lahan ke dahan lain sehingga ke bawah. Oleh disebabkan badannya yang kecil, dahan – dahan tersebut tidak patah dan ia tidak cedera.


“Macam mana aku hendak turun?” tanya Harimau. Si Kucing pun menjawab, “Kau hanya meminta kepada aku untuk ajarkan kau memanjat pokok. Dan aku setuju untuk ajar kau panjat pokok. Cara turun kau tidak minta untuk aku ajar. Jadi, pandai – pandailah kau turun sendiri ya harimau.” Si Kucing pada awalnya sudah mengetahui rancangan Si Harimau untuk makan dirinya. Dia terdengar kata – kata harimau kelmarin semasa dia sedang mencari makanan di kawasan itu dan kehadirannya tidak disedari oleh harimau.


Si Harimau dari atas pokok menjerit memanggil Si Kucing. “Kucing, tolong aku. Kucing.” Si Kucing lalu berkata, “Terjunlah dan kau akan selamat.” Si Harimau tahu bahawa Si Kucing menipu dirinya. Disebabkan perasaan takut, harimau mula menggigil membuatkan dirinya hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah.


Si Kucing hanya ketawa dan berkata, “Itulah balasan kau. Aku tahu kau cuba mendekati aku supaya kau boleh makan aku.” Kemudian Si Kucing berlalu pergi meninggalkan Si Harimau. Si Harimau cuba untuk bangun dan mengejar Si Kucing. Kemudian,Si Harimau menjerit kesakitan. Kakinya patah dan membuatkan dirinya tidak dapat mengejar Si Kucing yang sudah jauh meninggalkan dirinya.


“Aku bersumpah akan memburu kau seumur hidup aku. Larilah kau kucing.” Jerit harimau.


Sejak kejadian itu, Si Kucing mula berwaspada dan lebih berhati – hati untuk mencari makanan. Dia tahu bahawa Si Harimau pasti akan memburu dirinya. Si Harimau setiap hari memburu Si Kucing namun tidak menjumpai jejaknya. Si Kucing tidak lagi meninggalkan apa – apa jejak supaya tidak dijumpai oleh Si Harimau.


Click to View FlipBook Version