The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PBL KIMIA TAPAI AFIF FT SURAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6208756, 2022-09-27 07:53:03

PBL KIMIA TAPAI 2022

PBL KIMIA TAPAI AFIF FT SURAYA

PENAPAIAN BERAS
PULUT ( TAPAI )

BAB : SEBATIAN
KARBON

NAMA :
AFIF MIKAIL ZAIDI BIN ROSHADI
NURALYEA SURAYA BINTI NORMAN

KELAS :
5 BERLIAN /2022

NAMA GURU :
CIKGU SITI AYU MEGAWATI BINTI MOHD SAID

PENGENALAN TAPAI

Tapai ialah sejenis makanan yang dibuat daripada
pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai
pulut. Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah
terlalu rumit hanya memerlukan bahan seperti pulut,
ragi dan sedikitgula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah
dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan
dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun
yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman
ini, daun tapai semakin sukar didapati dan
kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan
daun pisang. Tapai yang telah siap dibungkus
dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar
atau ditempat yang gelap dan ditutup dengan
kain.Setelah diperam dan disimpan selama 3
hari,tapai itu akan masak dan barulah boleh
dimakan.Tapai yang telah masak mengeluarkan air
yang sangat manis bergas dalam kuantiti yang
sedikit.

Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan
sebagai ubat tradisional. Penghasilan paste tapai pulut
yang dihasilkan lebih kurang sama bentuk seperti
produk ‘chesdale cheese’.Justeru langkah inisiatif telah
diambil untuk menghasilkan produk keju ini
berasaskan penggunaan tapai pulut.Paste tapai ini
boleh digunakan sebagai pengganti kepada paste keju
dan mayonis dimana paste tapai yang dihasilkan ini
tidak mengandungi kolesterol dan kandungan lemak
yang tinggi berbanding paste keju yang
asalnya.Penghasilan paste tapai ini juga sangat mudah
untuk dihasilkan.Rasanya yang kurang manis dan
sedikit rasa masam telah memenuhi ciri-ciri sebagai
keju dan boleh dimakan dengan roti.Tekstur yang
dihasilkan adalah berbeza mengikut pemboleh ubah
yang digunakan seperti penggunaan tepung
jagung,tepung gandum dan tepung ubi.

BAHAN MEMBUAT TAPAI

1) 1 kg beras pulut

2) ½ biji ragi

3) Bekas dadih / daun getah / daun pisang

CARA PENYEDIAAN

1. Beras pulut dicuci sehingga
bersih lalu direndam minimum 2
jam.

2. Beras pulut yang telah
direndam ditoskan lalu
dimasukkan ke dalam tempat
kukus.

3. Beras pulut dikukuskan selama 25
minit. Api ditutup apabila wap telah naik
dan pulut yang telah dimasak dialihkan
ke dalam dulang besar untuk disejukkan.
(Pulut diratakan di atas dulang supaya
cepat sejuk)

4. Apabila pulut telah sejuk, ragi
diayak kan ke atas pulut.
Ratakan ragi pada seluruh
bahagian pulut.

5. Masukkan pulut yang telah digaul
dengan ragi ke dalam bekas dadih dan
daun pisang.

6. Letakkan tapai yang sudah siap ke
dalam bekas dan balutkan bekas
tersebut dengan kain lalu disimpan
ditempat yang gelap selama 2 hari.

7. Selepas 2 hari, tapai sedia dimakan

HASIL KERJA

PERBINCANGAN

1. Apakah proses yang berlaku semasa proses
penapaian berlaku?

Tapai dihasilkan dari proses fermentasi bahan
atau makanan tinggi karbohidrat seperti beras,
pulut dan ubi. Proses fermentasi didorong oleh
mikroorganisma yang terkandung dalam ragi.

2. Apakah tindak balas yang berlaku semasa
proses penapaian?

Tindak balas penapaian glukosa

3. Mengapakah tapai tidak menjadi atau
menjadi masam?

Proses penapain tersebut terhasil tetapi ragi
(mikrob yis) itu menghasilkan asid laktik.
Pengoksidaan etanol kepada asid etanoik (aka
asid asitik).

4. Mengapakah tapai menghasilkan rasa yang
manis?

Rasa manis tapai terhasil apabila karbohidrat
diuraikan dan didominasi oleh mikroorganisma
yang menjadikan tekstur pepejal karbohidrat
lepu, mencair serta manis. Mikroorganismaini
menghasilkan enzim amiliotik yang
menguraikan kanji karbohidrat tepu kepada
saiz gula yang lebih kecil.

5. Mengapakah tapai bertukar warna jika pembuat
‘period’?

Pertukaran warna tapai disebabkan oleh proses
penapaian telah dikontaminasi oleh
mikroorganisma lain selain daripada yang
sepatutnya ada dalam ragi. Mikroorganisma lain
akan menghasilkan bahan kimia berlainan yang
menyumbang kepada kepelbagaian warna, bau
dan rasa tapai itu. Mikroorganisma ini datangnya
daripada persekitaran , peralatan, atau tangan kita
sendiri semasa proses pengendalian. Dan BUKAN
disebabkan oleh ‘period’.

KEBAIKAN & KEBURUKAN
TAPAI

Kebaikan tapai :-

• Dapat membantu sistem penghadaman
• Dapat membantu menguatkan tulang dan

gigi
• Dapat membantu menstabilkan suhu

badan
• Dapat membantu mengatasi masalah

jerawat
• Dapat mengelakkan daripada terkena

penyakit anemia dan hipertensi

Keburukan tapai :-

• Merosakkan sel otak dan sistem saraf
bayi dalam kandungan

KESIMPULAN

Bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat bersama-sama membuat tapai pulut dengan
jayanya.Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih
kepada Cikgu Siti Ayu Megawati binti Mohd Said kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan tapai pulut. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan lain yang saling berganding bahu
dalam penghasilan tapai pulut.

Sepanjang proses penghasilan tapai ini berlangsung, kami
mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang tapai pulut. Ini
merupakan kali pertama kami menghasilkan tapai pulut ini. Banyak
proses yang perlu dilakukan untuk menyiapkan tapai pulut ini
seperti mencuci beras pulut sehingga bersih, mengayak ragi ke
atas pulut dan akhir sekali memasukkan pulut ke dalam bekas didih
dan daun pisang.

Hasrat saya adalah untuk melihat tapai pulut menjadi makanan
utama bagi semua lapisan masyarakat di Malaysia. Tapai pulut
mempunyai banyak kesan positif antaranya kaya dengan sumber
probiotik, dapat membantu sistem penghadaman dan yang paling
penting adalah ia dapat dijadikan sebagai makanan diet.

SUMBER RUJUKAN

1. http://sukriramli.blogspot.com/2016/09/proses-
penapaianfermentasi-tapai-pulut.html
2. https://www.mingguanwanita.my/jelas-pakar-
kimia-semasa-pembuatan-tapai-bertukar-warna-
bukan-disebabkan-period/
3. https://lelaki.my/tapai/
4. https://skincode.my/articles/selami-khasiat-tapai-
makanan-tradisional-popular-sabah


Click to View FlipBook Version