Pendahuluan 1.1 Tujuan 1.2 Skop 1.4 Tanggungjawab Warna Korporat GIATMARA 2.1 Keterangan Warna 2.2 Spesifikasi warna 2.3 Aplikasi Warna Perlambangan Korporat GIATMARA 3.1 Keterangan Logo 3.2 Rasional Logo & Warna Pada Logo GIATMARA 3.3 Pembentukan Logo 3.3.1 Pembentukan Logo Mengikut Grid 3.3.2 Pendaftaran Hak Cipta 3.3.3 Pecahan Kod Warna 3.3.4 Fon Pada Logo 3.3.5 Kedudukan Logo 3.3.6 Penggunaan Logo Hitam Dan Putih 3.3.7 Penggunaan Logo Pelbagai Warna 3.38 Kesalahan Penggunaan Logo 3.39 Contoh Aplikasi Logo KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0
Fon Rasmi 4.1 Arial & Trebuchet Bendera Korporat 5.1 Keterangan Bendera 5.2 Spesifikasi Cetakan Bendera Warna Korporat Bangunan GIATMARA 4.0 5.0 6.0
MANUAL IDENTITI KORPORAT
1.0 PENDAHULUAN 1.1 TUJUAN Sebagai sebuah organisasi yang berkembang pesat seharusnya memiliki suatu identiti yang menyerlah bagi memastikan kewujudannya dalam persekitaran pasaran yang kompetitif, akan sentiasa relevan dan dikenali umum. GIATMARA yang kini telah menjangkau usia matang pastinya perlu dikenali dengan satu tanda aras identiti penjenamaannya yang tersendiri. Manual Identiti Korporat GIATMARA Sendirian Berhad ini disediakan agar ianya menjadi rujukan serta panduan kepada keseluruhan komuniti GIATMARA dalam usaha menjelmakan suatu identiti tersendiri untuk dikenali umum. Dengan memberi penekanan terhadap aspek keterampilan imej organisasi yang konsisten dan meyakinkan, manual ini akan menggariskan tatacara dan kaedah bagaimana elemen - elemen yang berkait dengan perlambangan syarikat perlu ditampilkan dengan cara yang betul dan seragam. Perihal ini sudah pasti akan memberi gambaran positif kepada pelanggan terhadap kualiti dan imej perkhidmatan yang ditawarkan oleh GIATMARA sekali gus mengangkat jenama GIATMARA ke seantero negara dan antarabangsa.
1.2 SKOP PENDAHULUAN Manual Identiti Korporat ini merangkumi aktiviti pelaksanaan, pemantauan dan pematuhan Perlambangan Korporat / Logo GIATMARA oleh keseluruhan komuniti GIATMARA, dan / atau mana-mana pihak yang diberikan hak untuk menggunakannya yang melibatkan skop berikut: • Warna Korporat Warna Korporat GIATMARA adalah merujuk kepada warna rasmi yang akan digunakan dalam semua urusan yang melibatkan penampilan imej syarikat secara pentadbiran. • Logo Korporat Logo Korporat GIATMARA merupakan harta intelek GIATMARA iaitu Cap Dagangan (Trademark) yang telah didaftarkan ke Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO). Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman yang melibatkan cap dagangan. • Warna Korporat Premis Warna Korporat Premis merupakan warna yang akan digunakan secara konsisten kepada semua fasiliti GIATMARA sama ada pentadbiran mahupun latihan.
Entiti di bawah GIATMARA atau mana-mana pihak yang diberikan hak untuk menggunakan Lambang Korporat GIATMARA, bertanggungjawab mematuhi Manual Identiti Korporat ini. Penggunaan Lambang Korporat GIATMARA untuk tujuan selain pelesenan harta intelek GIATMARA, hendaklah mendapat kebenaran daripada bahagian yang bertanggungjawab mengawalnya terlebih dahulu. Semua pihak yang berkaitan bertanggungjawab memastikan Manual Identiti Korporat ini dipatuhi sepenuhnya. Mana-mana pihak yang ingin menggunakan Lambang Korporat GIATMARA melalui program, aktiviti dan / atau projek kerjasama mestilah memaklumkan melalui pihak pengurusan yang mengawalnya. 1.3 Tanggungjawab PENDAHULUAN
LAMBANG KORPORAT GIATMARA
2.0 WARNA KORPORAT GIATMARA MANUAL IDENTITI KORPORAT
KETERANGAN WARNA 2.1 LAMBANG KORPORAT GIATMARA Pemilihan warna korporat yang tepat amat penting bertujuan untuk dikenali dengan mudah oleh masyarakat. Pilihan warna kelabu oleh GIATMARA adalah strategi pemasaran yang tepat kerana warna kelabu memiliki pelbagai makna yang positif. Berikut adalah beberapa makna warna kelabu yang dapat menunjukkan betapa pentingnya pemilihan warna kelabu sebagai warna korporat GIATMARA: • Kesanggupan dan semangat Warna kelabu dikaitkan dengan kesanggupan, keberanian, semangat dan kecekalan. Ini bersesuaian dengan semangat jatidiri yang diterapkan untuk berjaya. Selain itu, warna kelabu juga dapat memberi memotivasi melalui tindakan positif dan berani untuk mencapai tujuan. • Kepemimpinan dan kekuatan Warna kelabu juga dikaitkan dengan kepemimpinan dan kekuatan. GIATMARA sebagai institusi latihan, memperlihatkan betapa pentingnya kepemimpinan dan kekuatan untuk mencapai tujuan. Warna kelabu juga dapat menjadi simbol kekuatan dan menunjukkan bahwa GIATMARA adalah peneraju dalam bidang latihan vokasional.
SPESIFIKASI WARNA 2.2 LAMBANG KORPORAT GIATMARA Kaedah penggunaan warna dalam rekabentuk korporat identiti amat penting untuk memastikan konsistensi dan pengenalan yang baik terhadap jenama syarikat atau organisasi. Warna kelabu dengan nilai seperti tertera boleh memberikan pelbagai impak bergantung kepada cara ia digunakan C: 70%, M: 63%, Y: 58%, K: 50% atau R: 58 G: 58 B: 61 #3a3a3d
APLIKASI WARNA 2.3 Warna kelabu dengan nilai C: 62, M: 53, Y: 53, dan K: 24 boleh digunakan dalam rekabentuk korporat identiti dengan cara berikut: Latar Belakang Gunakan sebagai latar belakang dalam kertas surat, kad nama, dan bahan percetakan. Ini memberikan penampilan profesional. Logo dan Tajuk: Gabungkan dalam logo atau tajuk utama. Memberi kesan moden dan serius. Pastikan jelas pada latar belakang. Elemen Tambahan Gunakan untuk hiasan, garisan pemisah, atau bingkai. Tambah sentuhan halus. Konsistensi Gunakan secara konsisten dalam semua bahan identiti korporat. Padankan Warna Padankan dengan warna lain seperti putih atau biru. Pastikan keseimbangan warna yang baik. Penggunaan warna kelabu ini membantu mencipta imej jenama yang stabil, profesional, dan moden dalam identiti korporat.
3.0 LOGO KORPORAT MANUAL IDENTITI KORPORAT
Keterangan Logo 3.1 LOGO KORPORAT GIATMARA Bentuk Gear pada logo melambangkan sebuah institusi latihan kemahiran yang dinamik Perkataan GIATMARA menggunakan fon “Impact” melambangkan kegigihan dan ketekunan dalam melaksanakan segala aktiviti yang diamanahkan bagi membela masyarakat bumiputera Tulisan Jawi melambangkan penekanan pembangunan aspek kerohanian dalam penyampaian perkhidmatan Semangat cintakan negara adalah salah satu nilai murni yang ditanam kepada seluruh komuniti GIATMARA agar dapat membentuk masyarakat yang bersatu-padu
KUNING Murni dan berinisiatif selari dengan inspirasi MARA membela masyarakat bumiputera. WARNA MERAH Serba boleh dan berani mara ke hadapan untuk peluang-peluang baru. WARNA BIRU Komited dan berwawasan sebagai badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta mertabat bangsa. Kombinasi warna kuning, merah dan biru bermaksud kekuatan, kestabilan, keberanian, keilmuan, dinamik dan kesejahteraan. Rasional Logo & Warna pada logo GIATMARA 3.2
LOGO KORPORAT GIATMARA Pembentukan Logo 3.3 3.3.1 Pembentukan Logo Mengikut Grid 1. Penggunaan grid adalah sebagai panduan teknikal bagi pembentukan Lambang Korporat GIATMARA supaya sentiasa jelas di samping dapat memastikan keseragaman penggunaannya. 2. Ilustrasi yang disediakan di sini boleh dijadikan sumber rujukan untuk mengekalkan keseragaman 3. Simbol X merupakan zon bebas untuk fon dan logo dan Sebarang perkataan yang hendak digunakan. sebarang bentuk logo, fon dan apa jua bentuk penggunaannya sama ada media cetak atau elektronik hendaklah berada di luar zon bebas tersebut. 4. Sebarang perubahan saiz yang dilakukan pada logo mestilah sentiasa mengikut skala yang sedia ada
3.3.2 Pendaftaran Hak Cipta Pembentukan Logo 3.3 Logo Korporat GIATMARA telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelak Malaysia pada 18 Disember 2012
Pembentukan Logo 3.3 3.3.3 Pecahan Kod Warna LOGO KORPORAT GIATMARA CMYK Kuning Merah Biru Cayan : 2% Magenta: 2% Yellow: 78% K Black: 0% RGB Red : 254 #feec57 Green: 236 Blue: 87 CMYK Cayan : 2% Magenta: 95% Yellow: 100% K Black: 1% RGB Red : 251 #dd3226 Green: 50 Blue: 38 CMYK Cayan : 100% Magenta: 99% Yellow: 14% K Black: 4% RGB Red : 47 #2f307f Green: 48 Blue: 127 Berikut ialah warna-warna yang meliputi semua platform komunikasi daripada bahan luar talian hingga dalam talian. Penggunaan variasi warna lain tidak dibenarkan, melainkan dinyatakan di sini. Warna mungkin kelihatan berbeza, bergantung pada kesan dan bahan pencetakan yang berbeza. Kod CMYK dan RGB yang ditunjukkan hanyalah untuk rujukan dan mesti dipadankan dengan kod Pantone masing-masing.
Pembentukan Logo 3.3 3.3.4 Fon Pada Logo ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ A B C D E F G H J K L M N OPQRSTUVWXYZ IMPACT Arial Italic Malaysia GIATMARA IMPACT merupakan fon yang digunakan di dalam pembentukan logo GIATMARA. Dengan gaya teks yang berat dan tegas, IMPACT dapat menyampaikan kekuatan dan keberanian, sesuai dengan semangat dan matlamat GIATMARA. Perkataan Malaysia pada logo GIATMARA adalah menggunakan fon Arial Italic Gaya miring dalam “Arial Italic” menambah sentuhan dinamik kepada logo, tetapi dengan kelembutan yang tetap mengandungi kesan profesional. Kesan ini sesuai dengan identiti GIATMARA yang ingin menonjolkan inovasi dan kesinambungan dalam pendidikan.
Susunan Logo Korporat GIATMARA bersama logo-logo agensi yang berkolaborasi pada reka bentuk / design sesuatu majlis perlu disusun mengikut keutamaan kekananan dari segi protokol Pembentukan Logo 3.3 3.3.5 Kedudukan Logo LOGO KORPORAT GIATMARA
Versi Hitam & Putih Logo berwarna hitam diletakkan di atas permukaan latar belakang yang berwarna putih. Gunakan logo berwarna hitam terhadap latarbelakang berwarna putih atau berwarna terang, atau latar belakang fotografi yang terang, selagi terdapat kontras yang mencukupi (kurang daripada 30% hitam atau setaraf). Pembalikan Warna Hitam & Putih (Reverse White) Logo berwarna putih diletakkan di atas permukaan latarbelakang yang berwarna hitam. Gunakan logo 1-warna (sebaliknya) putih terhadap latarbelakang berwarna hitam atau gelap, atau latar belakang fotografi gelap, tanpa sempadan, selagi ada kontras yang mencukupi (sekurang-kurangnya 70% hitam atau bersamaan). Versi Grayscale Lambang Korporat GIATMARA versi berwarna hitam putih grayscale. 30% 70% 100% Pembentukan Logo 3.3 3.3.6 Penggunaan Logo Hitam Dan Putih LOGO KORPORAT GIATMARA
Contoh penggunaan Lambang Korporat GIATMARA versi berwarna di atas latar belakang berwarna cerah. Contoh penggunaan Lambang Korporat GIATMARA versi berwarna hitam putih grayscale di atas latar belakang berwarna. Contoh penggunaan Lambang Korporat GIATMARA versi berwarna putih reverse white di atas latar belakang berwarna gelap. Jika Lambang Korporat GIATMARA berada di atas latar belakang berwarna hitam atau pun gelap, outline stroke putih perlulah diletakkan pada Lambang Korporat GIATMARA supaya lebih jelas dan tidak tenggelam dengan latar belakang Warna memainkan peranan yang penting untuk memastikan keseragaman identiti korporat GIATMARA lebih tersusun, kemas dan efektif. Ilustrasi yang disediakan di sini adalah di antara beberapa contoh pembentukan logo GIATMARA dalam pelbagai versi warna terhadap penggunaan latar belakang yang berwarna gelap dan cerah. Pembentukan Logo 3.3 3.3.7 Penggunaan Logo Pelbagai Warna
DILARANG DILARANG DILARANG DILARANG DILARANG DILARANG DILARANG DILARANG GIATMARA merupakan sebuah institusi.... Kejayaan pada kejuaraan.... Dilarang membuat penapisan warna pada logo rasmi Dilarang meletakkan ilustrasi atau tanda pada logo rasmi Dilarang membuat pengubahsuaian bentuk pada logo rasmi Dilarang membuat pengubahsuaian skala pada logo rasmi Dilarang membuat pengubahsuaian warna pada logo rasmi Dilarang logo rasmi untuk dijadikan sebahagian daripada text Dilarang memusing kedudukan bentuk pada logo rasmi Dilarang menukar fon pada logo rasmi Pembentukan Logo 3.3 3.3.8 Kesalahan Penggunaan Logo LOGO KORPORAT GIATMARA
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa) Ciri-ciri wajib didalam Kad Rasmi www.giatmara.edu.my MyGIATMARA NAMA (ALL CAPS & BOLD) [email protected] Wisma GIATMARA No. 39 & 41 Jalan Medan Tuanku 50300 Kuala Lumpur +6 012 123 123 +6 03 1234 123 PENGURUS English (Designation) GIATMARA PANDAN Department / Location Bahagian Hadapan a) kad Nama Bahagian Belakang 3 6 4 7 5 8 2 9 1 1. Lambang korporat GIATMARA pada bahagian hadapan kad nama berwarna putih dan berada di tengah tengah kad dan kelebaran logo adalah 60% daripada lebar kad 2. Pada bahagian belakang, Lambang Korporat GIATMARA di tengah dan di atas maklumat 3. Nama pemilik kad berada di bahagian kiri maklumat. Fon yang digunakan adalah Arial 4. Jawatan yang disandang serta nama bahagian / pusat tempat bertugas 5. Jawatan yang disandang serta nama bahagian / pusat tempat bertugas dalam bahasa english 6. email pemilik kad 7. No untuk dihubungi 8. Alamat surat menyurat 9. Senarai media sosial GIATMARA
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa) b) Kemeja Korporat Keperluan memakai pakaian seragam pada masa ini adalah lebih menjurus kepada pengenalan sesuatu organisasi dan sebagai lambang atau imej. Dalam menggunakan pakaian seragam di bidang korporat, tentunya imej yang hendak dipamerkan menggambarkan Identiti GIATMARA yang berfikiran ke hadapan dan mempunyai pandangan positif terhadap bidang dan tugas yang diwakilinya. LOGO KORPORAT GIATMARA
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa) c) Cenderamata Contoh rekaan bagi barangan dan cenderamata korporat • Bag Kertas • Bag Kanvas • Payung • Mug • Buku nota dan pen • Tuala
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa) e) Kepala Surat GIATMARA Malaysia, Wisma GIATMARA, No. 39 & 41, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur Tel: +603 2691 2690 GIATMARA Malaysia, Wisma GIATMARA, No. 39 & 41, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur Tel: +603 2691 2690 Spesifikasi bagi tujuan percetakan Jenis kertas: 1. Conqueror White Laid - 100gms 2. Simili paper - 100gsm Bagi meningkatkan visibiliti dan reputasi GIATMARA, kepala surat rasmi dibenarkan untuk dimasukkan maklumat akreditasi. Percetakan kepala surat selain dari templat kepala surat rasmi di dalam manual ini hendaklah mendapat kebenaran daripada bahagian yang bertanggungjawab. LOGO KORPORAT GIATMARA
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa) f) Sampul Surat IBU PEJABAT GIATMARA WISMA GIATMARA No. 39 & 41, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 03-26912690 WEBSITE : www.giatmara.edu.my Sampul Surat Rasmi IBU PEJABAT GIATMARA WISMA GIATMARA No. 39 & 41, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 03-26912690 WEBSITE : www.giatmara.edu.my Sampul Surat Tetingkap
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa) g) Media Sosial Media sosial merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dengan khalayak. Melalui media sosial juga dapat memudahkan orang awam mendapat maklumat-maklumat penting berkaitan GIATMARA. Simbol ataupun logo-logo media sosial GIATMARA seperti yang tertera amatlah digalakkan untuk dipamer pada reka bentuk / design sebagai alat untuk mempromosikan GIATMARA. LOGO KORPORAT GIATMARA
Media Sosial GIATMARA diwujudkan untuk kegunaan rasmi Jabatan/Pusat latihan/Bahagian/Jabatan dan cawangan. Profil Foto (Facebook/Twitter/Instagram) Cover Art (Facebook/Twitter/Instagram) • Perkataan “GIATMARA” • Tagline Poster (Facebook/Twitter/Instagram) • Lambang Korporat GIATMARA di sebelah kiri • Senarai URL Media Sosial Rasmi GIATMARA di bahagian bawah • Moto, tagline dan url laman web GIATMARA Senarai Media Sosial GIATMARA dan Garis Panduan Media Sosial GIATMARA boleh dirujuk di laman web www.giatmara.edu.my www.facebook.com/MyGIATMARA Profil foto facebook
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa) g) Media Sosial Instagram/MyGIATMARA Twitterr/MyGIATMARA g) Media Sosial LOGO KORPORAT GIATMARA
www.giatmara.edu.my
Pembentukan Logo 3.3 3.3.9 Contoh Aplikasi Logo ( Perlu Merujuk Kepada Peraturan Yang Berkuat Kuasa Semasa Ke Semasa ) i) Bahannn Bercetak Design Poster Design Bunting GIATMARA LOGO KORPORAT GIATMARA
4.0 FON RASMI MANUAL IDENTITI KORPORAT
Fon Rasmi 4.1 Arial dan Trebuchet adalah dua jenis fon yang sangat sesuai dengan pelbagai media pengiklanan dan komunikasi, dari laman web hingga dokumen rasmi. Arial adalah fon serifa tanpa hiasan yang mudah dibaca pada skala kecil mahupun besar, dan ia sering digunakan dalam dokumen rasmi seperti surat rasmi dan laporan syarikat. Trebuchet, di sisi lain, adalah fon tanpa serifa yang memberikan tampilan moden dan bersih, sesuai untuk laman web, presentasi, dan bahan promosi. Kedua-dua fon Arial dan Trebuchet mempunyai beberapa varian yang membolehkan kita memilih fon yang paling sesuai dengan imej dan identiti mereka. Contohnya, Arial memiliki varian seperti Arial Narrow dan Arial Black, manakala Trebuchet mempunyai Trebuchet MS dan Trebuchet MS Bold.
Arial Regular ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Arial Italic ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Trebuchet Regular ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Trebuchet Italic ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Arial Bold ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Arial Bold Italic ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Trebuchet MS Bold ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Trebuchet MS Bold Italic ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ abcdefghijklmnopqrstuvwxyz 1234567890 Arial Trebuchet
LAMBANG KORPORAT GIATMARA
5.0 BENDERA KORPORAT MANUAL IDENTITI KORPORAT
Keterangan Bendera 5.1 Bendera merupakan salah satu cara yang paling jelas untuk merancang identiti visual syarikat. Ia berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan mesej dan nilai-nilai penting yang ingin diwujudkan oleh syarikat kepada masyarakat. Warna, logo, dan reka bentuk bendera dapat memberikan gambaran tentang industri, corak etika, dan objektif syarikat tersebut. Bendera syarikat yang diiktiraf dengan baik dapat memberikan manfaat yang signifikan dalam memperkukuh reputasi dan citra syarikat. Penggunaannya secara konsisten dalam acara-acara, persidangan, dan pameran boleh membantu meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan terhadap syarikat.
SPESIFIKASI CETAKAN BENDERA 5.2
6.0 WARNA KORPORAT BANGUNAN GIATMARA MANUAL IDENTITI KORPORAT
Keterangan Warna 6.1 Warna Korporat Premis GIATMARA telah ditetapkan berwarna kelabu dan digunakan secara konsisten kepada semua fasiliti GIATMARA sama ada pentadbiran mahupun latihan