The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BEK Bahagian Hal Ehwal Korporat, 2024-02-05 05:55:14

TATACARA PENGGANTUNGAN POTRET

TATACARA PENGGANTUNGAN POTRET

TATACARA PENGGANTUNGAN POTRET RASMI Premis Operasi GIATMARA Seluruh Malaysia


TATACARA PENGGANTUNGAN POTRET RASMI Premis Operasi GIATMARA Seluruh Malaysia


Dikemas Kini Februari 2024


SENARAI KANDUNGAN 1. Tujuan 2. Tafsiran 3. Objektif 4. Pelaksanaan 5. Ilustrasi Penggantungan Potret Rasmi 6. Ilustrasi Kesalahan Penngantungan Potret Rasmi 7. Bekalan Potret Rasmi 8. Rujukan


Tatacara Penggantungan Potret Rasmi ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah dan susun atur penggantungan potret rasmi di premis-premis GIATMARA seluruh negara bagi memastikan keseragaman dalam pelaksanaannya. 1 1. TUJUAN 1.1


2. TAFSIRAN “PMP” bagi maksud Tatacara ini adalah merujuk kepada Pegawai Mengawal Pusat iaitu Pengurus - Pengurus Besar Ibu Pejabat GIATMARA, Pengarah - Pengarah GIATMARA Negeri dan Pengurus-Pengurus Pusat GIATMARA. 2.1 2


“JAPEN” bagi maksud Tatacara ini adalah merujuk kepada Jabatan Penerangan Malaysia. 2.3 “BEK” bagi maksud Tatacara ini adalah merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Korporat, Ibu Pejabat GIATMARA Malaysia. 2.2 3


“Potret Rasmi Pembesar Negara” bagi maksud Tatacara ini adalah merujuk kepada potret rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli Yang Maha Mulia Sultan, Duli Yang Maha Mulia Sultanah,Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri dan isteri serta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar/Ketua Menteri yang diedarkan oleh Jabatan Penerangan Persekutuan/Negeri bagi digantungkan di premis GIATMARA seluruh negara 2.4 4


“Potret Rasmi Pemimpin Organisasi” bagi maksud Tatacara ini adalah merujuk kepada potret rasmi Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat/Yang Berbahagia Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Yang Berbahagia Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat, Yang Berbahagia Pengerusi GIATMARA Malaysia dan Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia yang diedarkan melalui Bahagian Hal Ehwal Korporat GIATMARA Malaysia bagi digantungkan di premis GIATMARA seluruh negara. 2.5 5


3. OBJEKTIF Kedudukan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong selaku Ketua Utama Negara bagi Persekutuan; 3.1 Penggantungan potret-potret rasmi ini adalah bagi memberi penghormatan dan pemakluman mengenai: Kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong selaku orang yang mengambil keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan; 3.2 6


Kedudukan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri selaku orang yang mengambil keutamaan mengatasi orang lain dalam negerinya sendiri; 3.3 Kedudukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan; 3.4 7


Kedudukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar/Ketua Menteri selaku Ketua Kerajaan Negeri; 3.5 Kedudukan Yang Berhormat Menteri yang menerajui kementerian pengawal; dan 3.6 Kedudukan keutamaan tadbir urus operasi GIATMARA Malaysia. 3.7 8


4. PELAKSANAAN Semua PMP adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Potret Rasmi Pembesar Negara dan Potret Rasmi Pembesar Organisasi digantung dengan cara yang betul berpandukan Tatacara yang telah ditetapkan. 4.1 Pemilihan ruang untuk menggantungkan potret rasmi mestilah menggambarkan penghormatan yang diberikan dan menepati tujuan utama ianya digantung 4.2 9


Potret Rasmi digantung pada aras yang berbeza mengikut keutamaan. 4.3 Potret Rasmi tidak digantung bersamasama perhiasan / barang-barang yang lain contohnya jam, bunga, gambar perhiasan atau seumpamanya. 4.4 Potret Rasmi tidak digantungkan dalam keadaan terpisah contohnya di antara jata / logo, pintu, almari, langsir atau seumpamanya. 4.5 10


Sekiranya Potret Rasmi tersebut digantungkan di dalam satu ruangan yang luas seperti contoh dewan/bilik kuliah luas maka potret rasmi tersebut bolehlah digantungkan berasingan namun masih mengikut susunan keutamaannya dan hendaklah bersesuaian dengan ruangan tersebut. 4.6 Penggantungan Potret Rasmi hendaklah menggunakan bingkai gambar yang bersesuaian dengan saiz potret rasmi dan dalam keadaan yang sempurna. 4.7 11


Paras ketinggian untuk menggantungkan Potret Rasmi hendaklah bersesuaian dengan ruang agar mudah dilihat. 4.8 Potret hendaklah digantung sekurang-kurangnya 45 darjah dari aras pandangan dan bersesuaian dengan keluasan serta ketinggian ruang tersebut. 12


5. ILUSTRASI PENGGANTUNGAN POTRET RASMI 13


Tatacara Susunan Potret Rasmi bagi Wisma GIATMARA dan Premis GIATMARA di Wilayah Persekutuan. A. 1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . YAB Perdana Menteri Malaysia 4 . YB Menteri 5 . YBhg. Pengerusi MARA 6 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 7 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 8 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 1 2 3 4 5 7 8 6 14


Tatacara Susunan Potret Rasmi bagi Premis GIATMARA di Negeri-Negeri Beraja. B. 3 1 2 4 5 7 8 6 9 10 11 1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . DYMM Sultan Negeri 4 . DYMM Sultanah Negeri 5 . YAB Perdana Menteri Malaysia 6 . YAB Menteri Besar 7 . YB Menteri 8 . YBhg. Pengerusi MARA 9 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 10 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 11 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 15


Tatacara Susunan Potret Rasmi bagi Premis GIATMARA di Negeri-Negeri Beraja Tiada Sultanah. C. 3 1 2 4 6 7 5 8 9 10 1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . DYMM Sultan Negeri 4 . YAB Perdana Menteri Malaysia 5 . YAB Menteri Besar 6 . YB Menteri 7 . YBhg. Pengerusi MARA 8 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 9 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 10 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 16


Tatacara Susunan Potret Rasmi bagi Premis GIATMARA di Negeri-Negeri Tidak Beraja. D. 1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . TYT Yang di-Pertua Negeri 4 . YABhg. Isteri TYT Yang di-Pertua Negeri 5 . YAB Perdana Menteri Malaysia 6 . YAB Menteri Besar 7 . YB Menteri 8 . YBhg. Pengerusi MARA 3 1 2 4 5 7 8 6 9 10 11 9 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 10 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 11 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 17


1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . YAB Perdana Menteri Malaysia 4 . YB Menteri 5 . YBhg. Pengerusi MARA 6 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 7 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 8 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 1 2 3 4 5 7 6 8 Penggantuangan Potret Rasmi Dua Ruang Bagi Wisma GIATMARA dan Pusat-Pusat Pentadbiran GIATMARA di Wilayah Persekutuan) E. 18


Penggantuangan Potret Rasmi Dua Ruang Pusat-Pusat Pentadbiran GIATMARA di Negeri-Negeri BERAJA F. 3 1 2 4 5 6 7 8 10 9 11 1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . DYMM Sultan Negeri 4 . DYMM Sultanah Negeri 5 . YAB Perdana Menteri Malaysia 6 . YAB Menteri Besar 7 . YB Menteri 8 . YBhg. Pengerusi MARA 9 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 10 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 11 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 19


enggantuangan Potret Rasmi Dua Ruang Pusat-Pusat Pentadbiran GIATMARA di Negeri-Negeri BERAJA TIADA SULTANAH G. 3 1 2 4 5 6 7 9 8 10 1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . DYMM Sultan Negeri 4 . YAB Perdana Menteri Malaysia 5 . YAB Menteri Besar 6 . YB Menteri 7 . YBhg. Pengerusi MARA 8 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 9 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 10 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 20


Penggantuangan Potret Rasmi Dua Ruang Pusat-Pusat Pentadbiran GIATMARA di Negeri-Negeri TIDAK BERAJA H. 3 1 2 4 5 6 7 8 10 9 11 1 . DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong 2 . DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 3 . TYT Yang di-Pertua Negeri 4 . YABhg, Isteri TYT Yang di-Pertua Negeri 5 . YAB Perdana Menteri Malaysia 6 . YAB Ketua Menteri 7 . YB Menteri 8 . YBhg. Pengerusi MARA 9 . YBhg. Ketua Pengarah MARA 10 . YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia 11 . YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia 21


I. Penggantungan Potret Rasmi Secara Berasingan Potret R asmi boleh digantungkan berasing dan terpisah sekiranya digantungkan di dalam dewan atau ruang yang luas dan potret rasmi tersebut disusun searas tetapi masih mengikut susunan keutamaannya. 22


6. ILUSTRASI KESALAHAN PENGGANTUNGAN POTRET RASMI 23


Potret Rasmi tidak digantung dalam keadaan terpisah contohnya di antara jata/logo, pintu, almari, langsir atau seumpamanya A. TIDAK DIBENARKAN 24


Barang-barang perhiasan atau seumpamanya tidak boleh digantung bersama-sama atau di sisi/atas/ bawah potret rasmi. B. TIDAK DIBENARKAN 25


Potret Rasmi tidak digantung dalam keadaan terpisah contohnya di antara jata/logo, pintu, almari, langsir atau seumpamanya C. TIDAK DIBENARKAN 26


Potret Rasmi tidak digantung dalam keadaan terpisah contohnya di antara jata/logo, pintu, almari, langsir atau seumpamanya D. TIDAK DIBENARKAN 27


Menggunakan bingkai gambar yang bersesuaian dengan saiz potret rasmi dan dalam keadaan yang sempurna E. TIDAK DIBENARKAN 28


7. BEKALAN POTRET RASMI Bagi Potret Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, DYMM-DYMM Sultan dan Sultanah Negeri-Negeri, TYT Yang di-Pertua dan YABhg. Isteri TYT Yang di-Pertua NegeriNegeri, YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Menteri-Menteri Besar dan YAB Ketua-Ketua Menteri boleh diperolehi daripada Jabatan Penerangan Malaysia Negeri-Negeri dan daerah. 7.1 29


Bagi Potret Rasmi YB. Menteri, YB/YBhg.Pengerusi MARA, YBhg. Ketua Pengarah MARA, YBhg. Pengerusi GIATMARA Malaysia dan YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia boleh diperolehi melalui Bahagian Hal Ehwal Korporat. 7.2 30


8. RUJUKAN SURAT PEKELILING AM BILANGAN 3 TAHUN 2014 TATACARA PENGGANTUNGAN POTRET RASMI JABATAN PERDANA MENTERI 21 FEBRUARI 2014 31


Sebarang pertanyaan mengenai Tatacara ini boleh ditujukan kepada: BAHAGIAN HAL EHWAL KORPORAT GIATMARA Malaysia Wisma GIATMARA 39 & 41, Jalan Medan Tuanku 50300 KUALA LUMPUR Tel: 03-2691 2690 ext : 109 & 110


Click to View FlipBook Version