AIR PAHIT ENTERPRISENO 35-G,JALAN ILMU 3,DATARAN UNIVERSITI PUTRA NILAI,71800 NILAI,NEGERI SEMBILANRANCANGAN PERNIAGAANNAMA CALON MOHAMMAD AKIL DARWISY BIN MOHD AZMANNO KAD PENGENALAN 080515-03-0181ANGKA GILIRAN NAO89AO45NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD SAIDLogo Perniagaan
R4RGRSMK DATO’ MOHD SAIDMohammad Akil Darwisy Bin Mohd Azman080515-03-0181NA089A045
SENARAI KANDUNGANBIL BUTIRAN MUKA SURAT1 RINGKASAN EKSEKUTIF2 1.0 PENGENALAN3 2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN4 3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK5 4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN /ORGANISASI6 5.0 RANCANGAN OPERASI7 6.0 RANCANGAN PEMASARAN8 7.0 RANCANGAN KEWANGAN19 8.0 PENUTUP
RINGKASAN EKSEKUTIFAir Pahit Enterprise terletak di No. 35-G, Jalan Ilmu 3, Dataran Universiti, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal.Kegiatan utama perniagaan ini adalah menjual kopi panas, kopi ais dan makanan vendor. Produk yang ditawarkan di Air Pahit Enterprise merangkumi pelbagai jenis kopi seperti Coco Mocha, Kopi Karamel, Rose Latte Mimpi, Matcha Kopi Fusion dan Kopi Awan Senja. Terdapat juga makanan vendor seperti Roti Garing, Kek Coklat dan Kek Keju. Semua minuman dan makanan ini disediakan menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi menjamin rasa yang enak dan konsisten.Rancangan pentadbiran bagi Air Pahit Enterprise diketuai oleh pemilik sendiri iaitu Mohammad Akil Darwisy bin Mohd Azman selaku Pengurus Besar dan Pengurus Pentadbiran, dibantu oleh seorang Pengurus Operasi dan Pemasaran. Perniagaan ini juga disokong oleh staf mahir dalam bidang masing-masing yang membantu memastikan kerja-kerja harian berjalan lancar dan teratur.Rancangan operasi bagi perniagaan Air Pahit Enterprise lebih tertumpu kepada jualan langsung di premis serta menerima pesanan melalui talian. Semua minuman dan makanan disediakan di premis menggunakan bahan segar yang diperoleh daripada pembekal terpilih di sekitar Negeri Sembilan. Perniagaan ini beroperasi 6 hari seminggu dengan fokus untuk memberikan layanan mesra dan pantas kepada pelanggan.Rancangan pemasaran bagi Air Pahit Enterprise menggunakan campuran strategi pemasaran berfokuskan produk, harga, promosi dan bentuk agihan. Perniagaan ini mempromosikan jenama melalui media sosial, iklan berbayar, publisiti, serta jualan langsung di lokasi strategik. Aktiviti promosi juga dijalankan dari semasa ke semasa bagi menarik pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada.Bagi rancangan kewangan pula, Air Pahit Enterprise menyediakan penyata aliran tunai, penyata pendapatan, dan untung rugi sebagai rujukan utama. Tujuan penyata ini adalah untuk memantau hasil jualan, jumlah penerimaan, serta pembayaran perniagaan. Setiap transaksi direkodkan dengan teliti untuk memastikan keuntungan dapat diukur dan sebarang kerugian dapat dielakkan. Perniagaan ini sentiasa memastikan pengurusan kewangan dilakukan secara cekap untuk mencapai keuntungan maksimum.Modal awal perniagaan adalah sebanyak RM66,000 yang terdiri daripada RM50,000 tunai di bank, RM3,000 inventori awal, dan RM13,000 kelengkapan. Modal ini digunakan untuk menampung kos pengubahsuaian premis, pembelian mesin kopi, peralatan penyediaan minuman, stok awal, dan kos operasi. Air Pahit Enterprise yakin dengan kualiti produk, suasana kedai yang menarik, dan pemasaran yang berkesan, perniagaan ini akan terus berkembang serta mendapat sambutan tinggi pada masa akan datang.
51.0 PENGENALANAir Pahit Enterprise dimiliki oleh Mohammad Akil Darwisy Bin Mohd Azman dan sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan aktiviti menjual minuman berasaskan kopi seperti kopi panas,kopi ais dan pelbagai variasi kopi moden yang digemari pelanggan.Selain itu,kedai ini turut menyediakan makanan tambahan yang dibekalkan oleh vendor luar seperti Roti Garing,Kek Coklat dan Kek Keju bagi memenuhi citarasa pelanggan.Kelebihan perniagaan ini ialah ia diurus dan dikawal sepenuhnya oleh pemilik kerana perniagaan ini merupakan perniagaan milikan tunggal.Ini membolehkan pemilik membuat keputusan dengan cepat,bebas dan mengikut kreativiti sendiri tanpa campur tangan pihak lain .Tambahan pula,pemilik hanya perlu menanggung beban cukai yang rendah,iaitu cukai pendapatan individu Air Pahit Enterprise juga mengambil bahagian dalam program latihan dan bimbingan keusahawanan anjuran agensi kerajaan seperti Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SME Corp Malaysia.Melalui pernyataan ini,pemilik memperoleh ilmu dalam pengurusan perniagaan,pemasaran,kewangan serta pembangunan produk,sekali gus meningkatkan kecekapan pengendalian operasi harian.Tujuan utama Air Pahit Enterprise menyediakan rancangan perniagaan ini adalah untuk mendapatkan pembiayaan daripada MAYBANK sebanyak RM140,000 melalui skim pembiayaan usahawan. Maybank dipilih kerana institusi ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah iaitu sebanyak 4% setahun, berbanding institusi kewangan lain. Maybank juga tidak memerlukan cagaran dan turut menyediakan khidmat nasihat bagi memastikan pinjaman digunakan secara berkesan demi mencapai matlamat perniagaan. Dana pinjaman ini akan digunakan bagi menampung kos pembukaan premis baharu perniagaan serta kelengkapan asas yang diperlukan
12.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAANBUTIRAN MAKLUMATNama Perniagaan Air Pahit EnterpriseAlamat Premis Perniagaan NO 35-G,JALAN ILMU 3,DATARAN UNIVERSITI PUTRA NILAI,71800 NILAI,NEGERI SEMBILANNo. Telefon dan Faks0192603565Emel/fb/IG/Tik [email protected] Milikan PerniagaanMilikan tunggalTarikh Pendaftaran Perniagaan 15/Disember/2023Tarikh Mula Perniagaan 09/Januari/2024No. Pendaftaran Perniagaan (SSM) 202303080515Nama Bank PerniagaanMaybankNo Akaun Bank Perniagaan1651 2008 1505
23.0 LATAR BELAKANG PEMILIKBUTIRAN MAKLUMATNama Penuh Mohammad Akil Darwisy Bin Mohd AzmanNo. Kad Pengenalan 080515-03-0181Tarikh Lahir 15/5/2000Umur 25Status Perkahwinan BujangAlamat Rumah Desa Jati Apartmen Fasa 1,Blok C,C-07-01,71800,Nilai,Negeri SembilanNo. Telefon Peribadi 0189061797Emel [email protected] AkademikDiploma PerniagaanKemahiran Menguruskan perniagaan kecilPengalaman Pengalaman selama 3 tahun bekerja di kafe
34.0 RANCANGAN PERNTADBIRAN4.1 LOGO PERNIAGAANMaksud / Deskripsi LogoBUTIRAN MAKLUMATReka Bentuk UtamaGambar secawan kopi berasap di tengah logo menggambarkan konsep minuman kopi panas yang klasik dan menarik perhatian pelanggan.Ia juga melambangkan kepakaran perniagaan ini dalam menyajikan kopi asli yang berkualiti tinggi.Teks Sekitar Logo“Air Pahit Enterprise” ditulis melingkari bahagian atas dan bawah logo untuk memperkenalkan nama rasmi syarikat dan memberikan identiti kukuh kepada jenamaReben Berwarna PerangWarna latar dan reben perang keemasan serta corak biji kopi disekeliling logo melambangkan elemen semula jadi kopi dan mewujudkan suasana yang hangat serta mesra pelanggan.Warna ini juga memberi sentuhan elegan dan keaslian pada jenama
44.2 VISI, MISI DAN OBJEKTIFVISIMenjadi kedai kopi tempatan yang terkenal dengan rasa kopi asli,suasana santai dan layanan mesra,serta menjadi pilihan utama pelanggan di seluruh MalaysiaMISIMenyediakan kopi berkualiti tinggi dengan harga berpatutan menggunakan bahan segar dan asli,sambil memberi pengalaman yang selesa dan mesra pelanggan di setiap kunjunganOBJEKTIF1.Menghidangkan kopi berkualiti tinggi menggunakan biji kopi terpilih dan kaedah penyediaan yang terbaik2.Mewujudkan suasana kedai yang menarik dan selesa untuk pelanggan menikmati kopi bersama keluarga atau rakan3.Mengembangkan jenama “Air Pahit Enterprise” ke beberapa lokasi strategik dalam masa 5 tahun akan datang melalui pemasaran berkesan dan perkhidmatan berkualiti
54.3 CARTA ORGANISASI PERNIAGAANJenis struktur organisasi yang dipilih Air Pahit Enterprise adalah struktur organisasi berdasarkan fungsi.Pengurus BesarMOHAMMAD AKIL DARWISY BIN MOHD AZMANPengurus Operasi dan PemasaranAMAN BIN RAZAKKerani Pentadbiran AHMAD BIN AMIN BARISTAKAMAL BIN KAMIL JURUWANGSYAHMI BIN DZAL Pengurus Pentadbiran dan kewanganALI BIN ABU
64.4 Deskripsi Tugas PentadbiranButir MaklumatNama Mohammad Akil Darwisy bin Mohd AzmanJawatan Pengurus BesarBidang Tugas 1) Merancang,mengurus dan menyelia operasi keseluruhan perniagaan2) Membuat keputusan strategik bagi memastikan pertumbuhan dan kelestarian perniagaan3) Menilai prestasi setiap jabatan dan memberi pertambahan untuk penambahbaikanGaji RM 4 500Butir MaklumatNama Ali bin AbuJawatan Pengurus Pentadbiran dan KewanganBidang Tugas 1) Menyelia pengurusan dokumen dan fail syarikat2) Menyediakan bajet bulanan serta laporan perbelanjaan3) Memastikan semua rekod kewangan dan kakitangan diskaun secara sistematikGaji RM 3 500Butir MaklumatNama Ahmad bin AminJawatan Kerani PentadbiranBidang Tugas 1) Menyimpan rekod kehadiran pekerja dan laporan aktiviti harian2) Membantu dalam penyediaan invois dan laporan aktiviti harian3) Menyediakan surat-surat rasmi syarikatGaji RM 2 500
74.5 PENGGAJIAN4.5.1 JADUAL IMBUHAN DAN GAJI TERMASUK KWSP DAN PERKESONAMA DAN JAWATANGAJI KASAR KWSP MAJIKAN PERKESO MAJIKANRM RM RMMohammad Akil Darwisy bin Mohd AzmanPengurus BesarRM 4500 RM 585 RM 77.85Ali bin AbuPengurus Pentadbiran RM 3500 RM 455 RM 60.35Aman bin RazakPengurus Operasi dan PemasaranRM 3500 RM 455 RM 60.35Ahmad bin AminKerani Pentadbiran RM 2500 RM 325 RM 42.85Kamal bin KamilBaristaRM 2000 RM 260 RM 34.15Jumlah(Jan-Dis)RM 16000 RM 2080 RM 275.55JADUAL BAYARAN UPAH STAF SAMBILAN (diambil bekerja pada bulan Jan)JAWATANKADAR UPAH JAM BEKERJABILANGAN HARIJUMLAHRM RMSyahmi bin DzalJuruwang10 5 24 1200
84.5.2 BENTUK INSENTIF PEKERJABerikut merupakan bentuk-bentuk insentif pekerja yang akan diberikan kepada pekerja:Keselamatan dan kesihatan pekerjaAir Pahit Enterprise mewujudkan budaya kerja yang selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta penyediaan sistem dan peralatan yang sesuaiPeningkatan Kerjaya & LatihanPekerja diberikan peluang untuk mengikuti kursus latihan, bengkel, atau program pembangunan profesional yang dibiayai oleh syarikat. Ini membantu meningkatkan kemahiran pekerja dan membuka peluang kenaikan pangkat.Fleksibiliti Masa BekerjaInsentif seperti waktu kerja fleksibel atau kebolehan untuk bekerja dari rumah bagi pekerja tertentu boleh meningkatkan motivasi serta keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
94.6 Kos PentadbiranBil Butiran Lama Baharu1. Kelengkapan pentadbiran 4500 100002. Kelengkapan operasi 8500 31000JUMLAH RM13000 RM41000Peralatan/perabot Kuantiti Kos seunit(RM)Jumlah (RM)Meja dan kerusi 4 set 350 1400Rak almari 3 set 150 450Komputer 2 set 1500 3000Mesin pencetak 1 set 3500 3500Telefon & mesin faksimili 1 set 250 250Penghawa dingin 4 set 1000 4000Kipas 4 set 100 400Tong sampah 2 set 45 90CCTV 2 set 955 1910JUMLAH Kelengkapan pentadbiran lama+ baharu15000
105.0 RANCANGAN OPERASI5.1 Jenis ProdukAir Pahit Enterprise menjual tiga jenis biji kopi utama yang menjadi pilihan utama pelanggan kami iaitu: •Biji Kopi Excelsa mempunyai aroma yang kuat dan rasa yang unik ,sedikit masam dengan sentuhan buah-buahan.Ia sering digunakan dalam campuran kopi untuk menambah rasa .Biji kopi ini sesuai digunakan dan diminum oleh pelanggan yang sukakan rasa yang lebih berani dan kompleks.•Biji Kopi Geisha pula terkenal sebagai kopi premium dengan rasa floral,halus dan ringan seperti teh.Ia dihasilkan dari kawasan tanah tinggi dan sangat digemari oleh pecinta kopi yang mahukan pengalaman rasa ekslusif dan lembut.Biji Kopi Maragogipe,atau lebih dikenali sebagai “Elephant Bean”keranasaiznya yang besar,mempunyai rasa yang ringan dan seimbang.Ia sesuai untuk pelanggan yang inginkan kopi yang tidak terlalu pahit dan mudah diminum.Saiz biji yang besar juga menjadikan kopi ini kelihatan lebih menarik dan berkualiti.
115.2 CARTA ALIR OPERASI PERNIAGAANPelanggan melihat menuPelanggan membuat pesanan di kaunter/ aplikasiBarista menyediakan minuman & makanan mengikut pesananMinuman diserahkan kepada pelangganPelanggan menikmati munumanPelanggan membuat bayaran Hasil memuaskan Sedikan semula minuman/tangani aduan pelangganPelanggan akan datang semula/beri maklum balas positifTAMATYaMULATidak
125.3 Waktu Operasi PerniagaanHari MasaIsnin hingga sabtu 10:00 am - 11:00 pmAhad CUTI5.4 Deskripsi Tugas OperasiButir MaklumatNama Aman bin RazakJawatan PENGURUS OPERASIBidang Tugas1) Merancang dan menyelia operasi harian perniagaan2) Memastikan kualiti produk serta kepuasan pelanggan3) Menjalankan promosi dan pemasaran melalui pelbagai platformGaji RM3500Butir MaklumatNama Syahmi bin DzalJawatan JuruwangBidang Tugas1) Mengurus transaksi pembayaran pelanggan yang tepat2) Menyediakan laporan jualan harian3) Memastikan kawasan kaunter bersih dan kemasGajiRM1200Butir MaklumatNama Kamal bin KamilJawatan BaristaBidang Tugas1) Menyediakan dan menghidangkan minuman mengikut standard kualiti2) Menjaga kebersihan kawasan penyediaan minuman 3) Memberikan layanan mesra kepada pelanggan dan menerima maklum balasGaji RM2000
135.5 KEDUDUKAN PREMIS PERNIAGAANi. ALAMAT PREMIS PERNIAGAANNO 35-G,Jalan Ilmu 3,Dataran universiti,Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.ii. PELAN LOKASIiii.Lokasi kedai dipilih dikawasan Nilai kerana kawasan ini sangat strategik dan mudah di akses oleh pelanggan.Terletak berhampiran Aeon Mall Nilai,Lotus’s dan kawasan tumpuan seperti Mesa Mall Nilai serta Nilai Square,lokasi ini mampu menarik perhatian orang ramai yang sering berkunjung ke situ.Lokasi ini juga mampu menarik perhatian pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk melakukan tugasan universiti mereka di kedai kopi saya sambil menikmati air-air kopi yang terkandung dalam menu di kedai saya.Selain itu, kawasan ini dikelilingi oleh perumahan padat seperti Desa Kasia,Desa Anggerik dan Desa Akasia yang mempunyai ramai penduduk.Ini memberikan kebolehan dari segi potensi pelanggan tetap.Lokasi yang mudah dicari,selesa dan berada di kawasan tumpuan menjadikan kedai saya pilihan sesuai untuk pelanggan yang ingin menikmati minuman dalam suasana santai.Air Pahit Enterpise
145.6 Susun Atur Ruang Premis Perniagaan
155.7 Rakan strategik niagaBil Pembekal Produk dibekalkan1 Pembekal Biji Kopi Premium Nilai Sdn.Bhd.Syarikat ini membekalkan biji kopi tempatandan import yang dan berkualiti tinggi,sesuai untuk menu utama kedai kopi2 Fresh Dairy Nilai (Pembekal Susu & Tenusu)Membekalkan susu segar,krimer ,susu pekat,susu cair dan produk tenusu seperti latte 3 Cawan&Plastik Nilai Sdn.Bhd. Syarikat ini membekalkan cawan plastik lut sinar,penutup minuman,straw jumbo dan lengan pelindung panas.Ia membantu memperkemaskan penyajian dan pembungkusan miunman untuk dibawa pulang
165.8 Kos Operasi5.8.1 Kos belian stokInventori awalBil Item Unit Harga Kos(RM)Jumlah1 Biji Kopi Excelsa 20 50 10002 Biji Kopi Geisha 20 50 10003 Biji Kopi Maragogipe 20 50 1000JUMLAH RM 3 000Kos belian stok (Januari)Bil Item Unit Harga seunit (RM)Jumlah1 Susu full cream 5 30 1502 Susu oat 5 35 1753 Sirap caramel 5 40 2004 Sirap vanilla 5 40 2005 Whipping cream 5 25 1256 Ais batu 30 5 1507 Gula melaka 10 20 2008 Sirap hazelnut 5 40 2009 Serbuk kayu manis 5 30 15010 Pembugkusan 178 25 4450JUMLAH 6000
17Kos belian stok setiap bulanBulan % peningkatan(3%-7%)Jumlah (RM)Jan 6000 Feb 3 6180 Mac 3 6365 April 4 6620 Mei 4 6885 Jun 5 7229 Julai 6 7663 Ogos 6 8123 September 6 8610 Oktober 7 9213 November 7 9858 Disember 7 10548 JUMLAH 93294
185.8.2 Kos-kos lainBIL BUTIRAN BELANJABELANJA SEBULAN BELANJA SEKALIRM RM1 Gaji 160002 Upah 12003 KWSP 20804 Perkeso 2765 Sewa Premis 30006 Alat tulis 9507 Petrol 33308 Utiliti 116059 Promosi 3700010 Ubahsuai 6000011 Lesen Perisian MYOB akaun 149912 Kursus dan Latihan 145013 PBT 1014 Suntikan Tifoid (swasta) 15015 Ansuran Pinjaman 116716 Faedah atas pinjaman 46717 Pendahuluan sewa beli kenderaan 178018 Ansuran sewa beli kenderaan 22319 Faedah atas sewa beli kenderaan 5020 Ansuran sewa beli kelengkapan 113921 Faedah atas sewa beli kelengkapan 6822 Susut nilai kelengkapan 270023 Susut nilai kenderaan 1424
195.9 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi5.9.1 Justifikasi penggunaan dan prosedur mengurus Sumber Fizikal Bil. Sumber Fizikal Contoh Justifikasi / alasan penggunaanProsedur mengurus1. Bangunan Premis perniagaanMemberi ruang selesa kepada pelanggan untuk menikmati minuman dan makananMenyewa,menyelenggara kebersihan dan memastikan keselamatan premis2. Kemudahan Kenderaan Kenderaan memudahkan penghantaran pesananKenderaan diservis mengikut jadualCCTV\\CCTV mengawasi keselamatanCCTV diselenggara secara berkala3. Peralatan Teknologi & MaklumatKomputer, Mesin cetak, Telefon, Mesin Pengimbas Barcode Memudahkan rekod jualan, pengurusan stok, penyediaan laporan, cetakan resit dan promosi, komunikasi serta mempercepat pembayaran.Digunakan mengikut keperluan dan diselenggara secara berkala oleh pekerja terlatih.
205.9.2 Justifikasi penggunaan dan prosedur mengurus Sumber TeknologiBil. Sumber teknologiContoh Justifikasi / alasan penggunaanProsedur mengurus1. Kemahiran dan pengalamanPekerja yang berkemahiran dan berpengalamanPekerja mahir menghasilkan kopi berkualiti dan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelangganLatihan dan kursus perlu diberikan secara berkala untuk kekalkan standard kualiti dan kemahiran pekerja2. Lesen perisian Antivirus & Firewall untuk komputerMelindungi data pelanggan,resit transaksi dan maklumat penting syarikat daripada ancaman siberPerisian keselamatan dikemas kini secara automatik dan diaudit secara berkala untuk mencegah sebarang pencerobohan
216.0 RANCANGAN PEMASARAN6.1 Analisis Industri6.1.1 Analisis SWOTBerikut merupakan analisis kebaikan dan kelemahan perniagaan Benang SulamanKekuatan Kelemahan1. Rasa kopi yang unik dan memikat pelanggan2. Layanan mesra dan suasana selesa3. Harga minuman yang berpatutan1. Kedai masih kurang dikenali oleh pelanggan setempat2. Kaedah promosi yang tidak sistematik
226.1.2 TANDINGAN PRODUK DENGAN PESAINGBIL PRODUK Air Pahit Enterprise Stanza Coffee co. Savoir Cafe’1 Kopi karamel Rasa manis seimbang,tidak terlalu pekat,aroma wangi dan konsisten setiap cawanRasa manis yang kuat dengan sedikit pahit dihujung lidahRasa karamel yang terserlah,sesuai untuk pelanggan yang gemar minuman manis2 Coco Mocha Gabungan koko dan kopi yang lembut dan harmoni sesuai untuk semua peringkat umurMocha dengan rasa koko yang digemari oleh pencinta coklatSaiz hidangan besar dan sesuai untuk pelanggan yang suka minuman pekat3 Matcha Kopi FusionPerpaduan matcha dan kopi yang seimbang,segar dan unik merupakan tarikan utama pelangganMatcha pekat dan menarik untuk peminat matchaRasa kuat dan pahit untuk pelanggan yang gemarkan kelainan
236.1.3 Strategi Harga dengan PesaingBIL PRODUK Air PahitEnterpriseStanza Coffee co. Savoir Cafe’1 Kopi Karamel RM 12.00 RM18.50 RM20.002 Coco Mocha RM17.20 RM22.50 RM22.003 Matcha Kopi Fusion RM18.00 RM23.00 RM25.00
246.1.4 Campuran pemasaran perniagaan1) ProdukAir Pahit Enterprise menawarkan pelbagai jenis minuman kopi seperti Kopi Hitam Premium, White Latte, dan Kopi Gula Melaka. Semua minuman disediakan segar setiap hari menggunakan resipi asli dan dibungkus dalam cawan bercorak batik tempatan bagi menarik minat pelanggan.2) HargaHarga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik untuk semua golongan. Perniagaan ini juga mengadakan promosi harga istimewa pada waktu pagi bagi menarik pelanggan tetap, khususnya pelajar dan pekerja.3) PromosiPromosi dijalankan melalui media sosial seperti Instagram dan TikTok untuk memperkenalkan produk. Antara strategi promosi ialah iklan digital, baucar minuman percuma, dan promosi “beli satu percuma satu” pada hari tertentu.4) AgihanKedai ini terletak di lokasi strategik di pusat bandar, berdekatan dengan kawasan pelajar dan pekerja. Selain itu, ia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui aplikasi seperti GrabFood dan FoodPanda, bagi memudahkan pelanggan membeli secara dalam talian.
256.2 ANALISIS PASARANi Penentuan Harga Jualan SeunitJENIS PRODUKHARGA BELIAN SEUNITPERATUS KENAIKAN HARGA JUALANHARGA JUALAN KUANTITI JUALAN SEBULANJUMLAH JUALANRM RM RMKopi Awan Senja 3.50 280% 13.30 500 6650Kopi Karamel 3.00 300% 12.00 500 6000Coco Mocha 4.30 300% 17.20 500 8600Rose Latte Mimpi 3.20 290% 12.48 490 6115Matcha Kopi Fusion 4.50 300% 18.00 500 9000Jumlah 36365
26ii Menghitung:a. Sasaran/Anggaran Jualan (1 januari 2025-31 Disember 2025)*Sasaran jualan setiap bulan berdasarkan peningkatan sebanyak 4%-9%Berikut merupakan sasaran jualan perniagaan bagi tempoh satu tahun.BULANSASARAN / ANGGARAN % PENINGKATANSASARAN / ANGGARAN JUALANRMJanuari 36365Februari 4% 37820Mac 4% 39333April 5% 41300Mei 5% 43363Jun 6% 45967Julai 6% 48725Ogos 7% 52136September 7% 55786Oktober 8% 60249November 8% 65069Disember 9% 70925Jumlah 597040
27ii) Sasaran untungMargin untung kasar = untung kasar Jualan BersihMargin Untung Kasar= 510076597040Bulan Jualan(RM) % Untung Sasaran UntungJanuari 35400 0.82 29028Febuari 36816 0.82 30189Mac 38289 0.82 31397April 40203 0.82 32966May 42213 0.82 34615Jun 44746 0.82 36692Julai 47431 0.82 38893Ogos 50751 0.82 41616September 54304 0.82 44529Oktober 58105 0.82 47646November 62753 0.82 51457Disember 68401 0.82 56089Jumlah 475118X 100%X 100%
28iii)Syer pasaran dengan pesaingBil Nama Syarikat % Syer Jumlah Syer Ranking1 Air Pahit Enterprise 60 358224 12 Stanza Coffee co 22 131349 23 Savoir Cafe 18 107467 3Sasaran pelanggan 1.Pekerja kerana golongan pekerja sering mencari tempat untuk berehat, berbincang atau minum kopi selepas waktu bekerja. Mereka juga mempunyai pendapatan tetap dan mampu menjadi pelanggan tetap kerana kuasa beli mereka yang tinggi.2.Pelajar universiti kerana mereka gemar belajar di luar kampus danmencari tempat dengan WiFi, suasana tenang dan minuman yang sedap. Mereka juga mengikuti trend minuman kopi moden seperti latte dan mocha.3.Pelajar sekolah juga menjadi sasaran kerana mereka suka lepak bersama rakan selepas balik dari sekolah. Mereka juga gemar akan makanan vendor serta air kopi yang menenangkan fikiran dan memberi tenaga, serta boleh menjadi pelanggan setia jika diberikan promosi khas.
297.0 RANCANGAN KEWANGAN7.1 MENGHITUNG KEPERLUAN MODAL PERNIAGAAN a. Modal awalBIL MODAL AWAL JUMLAHRM1 Bank 50,0002 Kelengkapan 13,0003 Inventori Awal 3,000 Jumlah 66,0007.2 Penyata Kewangan• Penyata Alir Tunai ( 1tahun)• Penyata Pendapatan Proforma (1 tahun)• Penyata Kunci Kira-kira (1 tahun)
308.0 PENUTUPPerniagaan Air Pahit Enterprise amat menghargai sumbangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam mengembangkan perniagaan yang dijalankan. Teknologi seperti Instagram, TikTok dan pelbagai aplikasi digital telah membantu dalam promosi, pemasaran dan pengurusan perniagaan secara lebih cekap dan sistematik. Penggunaan ICT juga memudahkan urusan atas talian serta membantu perniagaan ini dikenali oleh lebih ramai pelanggan.Selain itu, perniagaan ini turut mendapatkan bantuan dan bimbingan daripada agensi yang menyokong usahawan. Antara agensi yang membantu ialah Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SME Corp Malaysia. Kedua-dua agensi ini memberi sokongan dari segi latihan, bimbingan serta strategi perniagaan. Saya juga telah membuat pinjaman pembiayaan sebanyak RM140,000 daripada Maybank, yang digunakan untuk menampung kos pembukaan premis baharu serta kelengkapan asas yang diperlukan bagi melancarkan operasi perniagaan.Perniagaan ini juga menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan masyarakat. Contohnya, dengan memberikan bonus kepada pekerja, memberi sumbangan kepada rumah anak yatim, serta menawarkan kelas asas pembuatan kopi secara percuma. Usaha ini dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat dan menunjukkan komitmen perniagaan terhadap nilai kemanusiaan.Akhir sekali, perniagaan ini akan terus berusaha memasarkan produk secara lebih meluas bagi meningkatkan jualan tahunan dan keuntungan, serta memastikan jenama Air Pahit Enterprise lebih dikenali dalam kalangan masyarakat.