1.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN Memberi sokongan terhadap pembangunan profesionalisme guru baharu di sekolah. Menjalankan penilaian pelaksanaan PPGB 2.0 dengan kebersamaan guru mentor dan membuat perakuan untuk cadangan pengesahan dalam perkhimatan guru baharu. Membentuk jawatankuasa PPGB 2.0. Melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap guru baharu sepanjang pelaksanaan PPGB 2.0. Memastikan pelaksanaan PPGB 2.0 dijalankan dengan lancar di peringkat sekolah yang selaras dengan garis panduan serta matlamat yang telah ditetapkan. Menyediakan dan mengesahkan surat lantikan secara rasmi kepada guru mentor. Pemilihan guru mentor akan menimbang kira dengan kesesuaian opsyen mata pelajaran, pengalaman, kemahiran dan personaliti guru mentor tersebut.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN GURU PENOLONG KANAN Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru serta AKP. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN) KURIKULUM • Menentukan pelaksanaaan Kursus Pengajian. • Menentukan Pancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain. • Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran. • Membantu penngurusan dan penyediaan peralatan teknologi Pendidikan dan pusat sumber. • Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber Pendidikan. • Membantu serta membimbing dalam Latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guruguru baharu dalam menjalankan tugasan harian mereka. • Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya. • Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. • Membantu dalam merancang dan meyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan. • Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan. • Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. • Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN) PENTADBIRAN • Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan AKP. • Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data dan perangkaan. • Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwin Sekolah. • Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru. • Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah. • Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit di sekolah. • Menyelaras semua jenis pungutan sekolah. • Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. • Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah. • Mengurus hal-hal bangunan, Kawasan kemudahan fizikal dan keceriaan.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 2 (HAL EHWAL MURID) DISIPLIN • Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni. • Menguruskan kemasukan dan penempatan murid. • Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. • Mengambil Tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturanperaturan tatatertib dan salah laku. • Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid. • Mengambil jawatan sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. BIMBINGAN DAN KAUNSELING • Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. • Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan. • Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid. • Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga. KESIHATAN • Menguruskan kemudahan rawatan pelajar. • Memastikan program-program kesihatan dilaksanakan. • Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah. • Menyelaras aktiviti kesihatan semua murid.
TUGAS DAN SENARAI PERANAN GURU PANITIA PERANAN GURU PANITIA Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia. Menyediakan serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guruguru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian , mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc jika perlu. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Bertukar- tukar pengalaman atau pengetahuan baru yang diperolehi dengan ahli-ahli yang lain setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan ( R&D). Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
PERANAN GURU BAHARU • Menyelesaikan masalah PdP. • Menjadi fasilitasi pembelajaran murid melalui perancangan dan pelaksanaan PdP yang dapat menarik perhatian dan minat murid serta memberi tujuan untuk pembelajaran. Pemudahcara Pembelajaran dan Pentaksiran •Membantu merancang aktiviti dan bahan korikulum. •Melaksana aktiviti kokurikulum yang ditetapkan. •Merekod dan menganalisis keputusan penilaian murid untuk tindakan penambahbaikan prestasi murid dalam kokurikulum. Pembangunan dan Pelaksanaan Kokurikulum •Menghadiri mesyuarat berkaitan peningkatan akademik atau pencapaian sekolah dan tugas rasmi seperti yang doarahkan oleh Guru Besar. •Menerima bimbingan untuk penambahbaikan PdP termasuk Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). •Menyumbang kepada peningkatan PdP, sekolah dan bidang pendidikan. Pelibatan Dalam Pembelajaran Profesional •Membantu merancang jalinan dan jaringan kolaboratif dengan ibu bapa, masyarakat dan komuniti. •Meneroka perkongsian dengan murid, rakan-rakan sejawat, ibu bapa dan komuniti sekolah. •Menghormati murid sebagai individu, bertindak balas terhadap keperluan murid dengan empati, dan memberi bimbingan kepada murid dan membuat intervensi sebagai tindakan susulan untuk perkembangan potensi murid. Pembentukan Jalinan dan Jaringan Kolaboratif dengan Ibu Bapa, Komuniti di dalam dan luar sekolah serta Pengurusan KPM
PENETAPAN SASARAN KERJA TAHUNAN BIL RINGKASAN AKTIVITI PROJEK PETUNJUK PRESTASI BAHAGIAN A: PENGURUSAN KURIKULUM 1 Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian - Menyediakan perancangan dan penerangan terperinci tentang pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. - Menyediakan RPH sebelum proses pembelajaran dijalankan. - Melengkapkan RPH dengan refleksi serta dengan eviden yang sesuai. - Menghantar e-RPH untuk semakan Guru Besar dengan mematuhi tempoh penghantaran dokumen. Masa: 42 minggu Kuantiti: 30 waktu 2 Guru mata Pelajaran bagi subjek Pendidikan Khas sekolah rendah (Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Pengurusan Diri, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat Komunikasi, Muzik dan Pendidikan Jasmani Kesihatan) - Memahami kandungan Kurikulum Standart Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) serta melaksanaan pedadogi. - Mengajar dengan mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan dan Sukatan Pelajaran yang ditetapjan. - Menyediakan bahan bantu menhajar dan lembaran kerja bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. - Menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). - Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa. 3 Penyelaras RPI - Mempengerusikan sesi Prasidang. - Mempengerusikan siding jika diturunkan kuasa oleh Guru Besar. - Merancang pelaksanaan Sidang pertama dan Sidang penilaian. - Memastikan guru merancang dan melaksanakan RPI. - Memastikan dokumen RPI disahkan oleh Guru Besar. - Memastikan dokumen RPI disimpan di tempat yang selamat dan tidak didedahkan.
4 Setiasusaha Peperiksaan (SUP) bagi Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) - Mendaftar pentaksir masuk dalam aplikasi yang disediakan. - Memilih dan mendaftar calon yang layak menerima Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah. - Membincang sesama pentaksir dalam memilih EBAI, memilih reaksi calon, memilih konstruk, menentukan indicator standard kebolehan calon dan memasukkan evidens. - Melaksanakan tugas dengan mengikut jadual kerja pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah dengan mengikut kalendar akademik. BAHAGIAN B: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 5 Guru Kelas KSSRPK Tahun 1 dan 2 - Menanda kehadiran murid di dalam buku jadual kedatangan. - Melengkapkan dan mengemaskini APDM murid. - Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria. - Memantau dan mengikuti perkembangan dan prestasi pembelajaran murid. - Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan sentiasa menyampaikan notis sekolah kepada ibu bapa. - Menyediakah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi setiap murid pendidikan khas. - Menjalin hubungan dan komunikasi baik dengan guru arus perdana. - Memberi bimbingan dan galakkan kepada murid yang terlibat dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI). BAHAGIAN C: BAHAGIAN KORIKULUM 6 Guru Penasihat Pengakap - Mengendalikan mesyuarat Agung Unit Berunitform. - Melaksanakan aktiviti kokurikulum. - Melaksanakan aktiviti kawad kaki. - Menyelia kehadiran murid bagi setiap perjumpaan. - Merancang dan melaksanakan Kem Pengakap bagi setiap tahun. - Menyediakan laporan Pengakap bagi setiap kali perjumpaan. 7 Guru Penasihat Olahraga Pendidikan Khas - Membimbing murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam latihan sukan. - Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. - Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. - Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
2.0 PROFIL SEKOLAH
MISI SJK (C) CHUNG HUA SIMANGGANG “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
VISI SJK (C) CHUNG HUA SIMANGGANG “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhu Aspirasi Negara”
CARTA PELAKSANAAN KOMPONEN SJK (C) CHUNG HUA SIMANGGANG
TAKWIN PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 PENGGEL PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
RUMUSAN CUTI PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
PELAN SJK (C) CHUNG HUA SIMANGGANG
LAGU SJK (C) CHUNG HUA SIMANGGANG
PERATURAN SJK (C) CHUNG HUA SIMANGGANG 1. Murid-murid mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas termasuk kasut,sarung kaki putih serta memakai tag nama. 2. Bila sudah berada dalam kawasan sekolah, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewenang-wenangnya. 3. Murid-muridmestimematuhidanmenepatimasasewaktupertukarankelasdantiba di sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. 4. Waktu belajar, murid-murid mesti menumpukan perhatian dengan sepenuhnya. Jangan bercakap, membaca buku cerita atau membuat latihan untuk matapelajaran lain. 5. Waktu belajar, murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas dengan sesukahati tanpa kebenaran guru. 6. Bila guru masuk ke dalam kelas, semua murid mesti mengikut arahan Ketua Kelasuntuk bangun dan mengucapkan hormat kepada guru. 7. (a) Setiap murid mesti mempunyai kelengkapan belajar seperti buku teks, buku kerja, buku latihandan alat-alat tulis seperti, pensel, pembaris, pemadam, pensel warna serta penajam pensel. (b) Sewaktu matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan, semua murid harus memakai pakaian sukan. (c ) Sewaktu matapelajaran Pendidikan Seni, murid-murid mesti menyediakan kelengkapan yang diperlukan seperti yang diaraholeh guru-guru. 8. Sebelum kelas bermula dan pada waktu rehat, murid-murid adalah dilarang berkejar-kejaran, bermain bola memanjat tempat tinggi dan bermain di dalam kelas. 9. Pada waktu balik murid-murid mesti beratur dan tidak berebut-rebut semasa hendak keluar kelas dan semasa hendak menaiki bas sekolah. 10. (a) Kuku murid-murid mesti dipotong pendek dan tidak diwarnakan. (b) Murid-murid lelaki juga dilarang mewarna dan memelihara rambut panjang.
(c ) Murid-murid perempuan tidak digalakkan berambut panjang. Jika berambut panjang ianya haruslah disikat serta diikat dengan kemas dan mewarnakan rambut adalah dilarang. 11. Murid-murid haruslah menjauhkan diri daripada sikap suka mencuri. Jika terjumpa barangbarang atau wang yang tercicir di kawasan sekolah, hendaklah diserah kembali kepada pemiliknya atau diserahkan kepada guru-guru untuk tindakan selanjutnya. 12. Demi keselamatan, murid-murid adalah dilarang membawa benda-benda tajam yang boleh mendatangkan kecederaan seperti pisau pencukur, pembaris besi dan lain-lain. 13. Murid-murid harus memelihara kebersihan dan kecantikan kawasan sekolah: (a) Jangan membuang sampah merata-rata tempat; (b) Jangan meludah merata-rata tempat; (c) Jangan menconteng dinding di kawasan sekolah; (d) Jangan memetik bunga; (e) Menjaga kebersihan tandas selepas menggunakannya dan dilarang membawa makanan ke dalam tandas. 14. Setiap murid bertanggungjawab untuk mencintai, menjaga harta benda, budaya dan nama baik sekolah. 15. Kecemerlangan Budaya Sekolah berasaskan kebersiha, bersopan santun, berdisiplin dan mematuhi peraturan. Murid-murid yang melanggar peraturan harus diberi teguran oleh guruguru terlebih dahulu. Jika keadaan menjadi bertambah serius, perkara tersebut akan diserahkan kepada guru disiplin dan seterusnya kepada Guru besar untuk tindakan selanjutnya.
3.0 PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
AKTIVITI PBB
PELAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIMATAN (LDP)
4.0 SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
SENARAI TUGAS DAN JAWATANKUASA BAHAGIAN A: KURIKULUM TUGAS 1: JUMLAH MASA MATA PELAJARAN KELAS MATA PELAJARAN MINIT SEMINGGU KSSRPK TAHUN 1 BILANGAN MURID: 4 ORANG Bahasa Inggeris 180 MINIT 6 masa x 30 minit Bahasa Cina 120 MINIT 4 masa x 30 minit Matematik 180 MINIT 6 masa x 30 minit Pengurusan Diri 150 MINIT 5 masa x 30 minit Pendidikan Jasmani 90 MINIT 3 masa x 30 minit Muzik 90 MINIT 3 masa x 30 minit KELAS MATA PELAJARAN MINIT SEMINGGU KSSRPK TAHUN 2 BILANGAN MURID: 4 ORANG Bahasa Inggeris 180 MINIT 6 masa x 30 minit Bahasa Cina 120 MINIT 4 masa x 30 minit Matematik 180 MINIT 6 masa x 30 minit Pengurusan Diri 150 MINIT 5 masa x 30 minit Pendidikan Jasmani 90 MINIT 3 masa x 30 minit Muzik 90 MINIT 3 masa x 30 minit
KELAS MATA PELAJARAN MINIT SEMINGGU KSSRPK TAHUN 3 BILANGAN MURID: 1 ORANG Bahasa Inggeris 180 MINIT 6 masa x 30 minit Bahasa Cina 120 MINIT 4 masa x 30 minit Pendidikan Jasmani 90 MINIT 3 masa x 30 minit Muzik 90 MINIT 3 masa x 30 minit KELAS MATA PELAJARAN MINIT SEMINGGU KSSRPK TAHUN 4 BILANGAN MURID: 3 ORANG Bahasa Inggeris 180 MINIT 6 masa x 30 minit Bahasa Cina 90 MINIT 3 masa x 30 minit Kemahiran Hidup Asas 90 MINIT 3 masa x 30 minit Teknologi Maklumat dan Komunikasi 180 MINIT 6 masa x 30 minit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 120 MINIT 4 masa x 30 minit Muzik 60 MINIT 2 masa x 30 minit TUGAS 2: TUGAS-TUGAS KHAS / PENTADBIRAN KURIKULUM BIL TANGGUNGJAWAB 1 Penyelaras Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 2 Setiausaha Peperiksaan (SUP) bagi Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) 3 Pentaksir bagi bagi Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR)
TUGAS 3: HAL EHWAL MURID BIL TANGGUNGJAWAB 1 Guru Kelas KSSRPK Tahun 1 2 Guru Kelas KSSRPK Tahun 2 TUGAS 4: KOKURIKULUM BIL TANGGUNGJAWAB 1 Guru Penasihat Pengakap 2 Guru Penasihat Olahraga Pendidikan Khas BAHAGIAN B: KEGIATAN DAN SUMBANGAN SUKAN Tiada PERTUBUHAN Tiada SUMBANGAN KREATIF Menceriakan kawasan sekolah dengan melukis mural. Menghiaskan tandas sekolah.
5.0 BAHAN BUKTI PdP / KEPIMPINAN
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) RANCANGAN PENGAJARAN KSSRPK TAHUN 1 RANCANGAN PENGAJARAN KSSRPK TAHUN 2 RANCANGAN PENGAJARAN KSSRPK TAHUN 3 RANCANGAN PENGAJARAN KSSRPK TAHUN 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
JADUAL WAKTU
JADUAL WAKTU
EVIDEN PENGAJARAN
6.0 SIJIL / ANUGERAH DAN PENCAPAIAN