INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
56000 KUALA LUMPUR
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
PENULISAN ESEI II
( INDIVIDU )
SEMESTER : 3 TAHUN : 2
KOD KURSUS
EDUP3053
KURSUS
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Nama Pelajar NURYL DAMIA AZFARAH BINTI MOHD SALAHUDDIN
Angka Giliran 2020172340245
000516-03-0922
No Kad
Pengenalan
Kumpulan/Unit G3.1
Nama Pensyarah MOHD SHAFERI BIN MOHAMED HASSIM
Tarikh Hantar 20 OGOS 2021
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar: Tarikh:
Markah:
Pada zaman yang serba moden ini, penggunaan media elektronik dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran sudah menjadi norma baharu di setiap
sekolah dan institusi pendidikan. Hal ini kerana, melalui penggunaan TMK, ianya dapat
membantu guru untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran lebih-lebih lagi pada musim
pandemik yang melanda negara. TMK termasuklah penggunan pelbagai aplikasi, perisian
serta video pengajaran yang digunakan sepanjang proses PdP. Menurut Siti Zulaikha (2012),
penggunaan video dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sebagai salah satu
bahan bantu mengajar memberikan pengalaman yang baru kepada pelajar.
Menurut Hailmi (2019), pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan
video pengajaran antaranya adalah VivaVideo Pro, Quik, FilmoraGo, PowerDirector, InShot
dan Kinemaster. Namun begitu, terdapat beratus malahan beribu lagi aplikasi dan perisian
yang boleh digunakan untuk menghasilkan dan mengedit video pengajaran yang akan
digunakan semasa sesi PdP. Video pengajaran yang telah dihasilkan adalah menggunakan
aplikasi VN dan CapCut. Aplikasi ini dipilih sebagai aplikasi bantuan untuk mengedit video
pengajaran yang dihasilkan kerana cara penggunaannya yang mudah dah praktikal untuk
guru dan semua lapisan masyarakat.
Seramai 12 maklumbalas telah berjaya direkodkan sebagai responden bagi menilai
video pengajaran yang dihasilkan. Instrumen yang digunakan adalah Google Form kerana ia
lebih mudah diagihkan dan digunakan berbanding instrumen yang dicetak pada kertas.
Berdasarkan responden yang terdiri daripada lapan orang perempuan dan empat orang lelaki,
masing-masing telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjawab soal selidik yang
diagihkan.
Majoriti responden terdiri daripada lingkungan umur 20 hingga 29 tahun iaitu seramai
lima daripada 12 orang responden manakala bagi responden yang berumur 30 hingga 39
tahun pula adalah seramai tiga daripada 12 orang. Di samping itu, bagi responden yang
berumur 40 hingga 49 tahun serta 50 tahun dan keatas pula, masing-masing adalah seramai
dua daripada 12 orang responden. Daripada 12 orang responden, hanya dua orang sahaja
yang bersetuju bahawa isi kandungan yang digunakan untuk menghasilkan video bersesuaian
dengan tema pengajaran iaitu masakan rimba. Namun begitu, selebihnya iaitu seramai 10
orang responden sangat setuju bahawa isi kandungan adalah bersesuaian.
Bagi soalan yang seterusnya iaitu fakta dan konsep yang mudah difahami oleh murid,
seramai lima orang yang bersetuju manakala seramai tujuh orang yang sangat setuju bahawa
fakta dan konsep mudah difahami oleh murid. Pada pendapat saya sendiri, agak sukar untuk
memberi kefahaman yang maksimum kepada murid berkaitan masakan rimba kerana situasi
negara yang dilanda pandemik ini menyebabkan segala perkara adalah terbatas. Hal ini
kerana, untuk memahami sesuatu konsep itu, murid perlulah mengalami dan melaluinya
sendiri. Namun, melalui penghasilan video pengajaran ini, sekurang-kurangnya murid dapat
melihat situasi sebenar walaupun hanya secara atas talian.
Seterusnya, seramai lima orang responden bersetuju bahawa muzik dan gambar latar
yang digunakan sesuai dengan tema pengajaran. Manakala, seramai tujuh responden yang
sangat bersetuju dengan penggunaan muzik latar yang digunakan adalah sesuai dengan
tema pengajaran. Bagi soalan seterusnya iaitu grafik, visual dan warna yang berkesan dan
sesuai dengan murid digunakan dalam penghasilan video pengajaran, hanya seramai empat
orang sahaja yang bersetuju berbanding selebihnya iaitu seramai lapan orang sangat
bersetuju. Seramai lapan responden bersetuju bahawa audio adalah jelas dan boleh difahami
manakala hanya seramai empat orang responden sahaja yang sangat setuju.
Bagi soalan seterusnya iaitu video pengajaran mempunyai arahan dan bahasa yang
jelas serta mudah difahami, seramai empat orang responden yang setuju dan selebihnya iaitu
seramai lapan orang responden adalah sangat setuju bahawa video mempunyai arahan dan
bahasa yang jelas serta mudah difahami. Selain itu, bagi penggunaan sari kata yang sesuai,
jelas dan mudah difahami pula, hanya seorang sahaja yang setuju manakala selebihnya iaitu
seramai 11 orang adalah sangat setuju. Bagi teknik rakaman yang menarik, seramai lapan
orang yang bersetuju manakala seramai empat orang adalah sangat setuju. Tidak dinafikan,
teknik rakaman saya masih perlu ditingkatkan bagi menghasilkan video yang dapat menarik
perhatian lebih ramai penonton. Bagi peralihan video yang lancar dan sesuai, seramai
sembilan orang yang bersetuju manakala seramai tiga orang yang sangat bersetuju bahawa
peralihan video adalah lancar dan sesuai.
Di samping soalan-soalan yang diajukan kepada responden, terdapat juga ruangan
komen dan cadangan penambahbaikan. Rata-rata komen adalah sangat membina dan boleh
digunakan sebagai titik loncatan untuk memperbaik pulih lagi kualiti video yang bakal
dihasilkan. Antaranya adalah, responden ada menekankan bahawa penggunaan alatan tajam
yang tidak sesuai dengan murid, naratif yang terlalu pantas, suara yang perlahan, rakaman
yang terlalu jauh dengan input yang sepatutnya difokuskan, dan selebihnya adalah berkaitan
durasi dan video yang terlalu laju. Namun begitu, pelbagai komen positif juga turut diterima
antaranya adalah video yang menarik dan mudah difahami serta agak sesuai dijadikan video
pengajaran untuk pelbagai lapisan dan kategori murid.
RUJUKAN
Amanda Liana. (n.d.). Instrumen Penilaian Media Pengajaran dan Pembelajaran
TMK. PDFCOFFEE. https://pdfcoffee.com/instrumen-penilaian-media-pengajaran-dan-
pembelajaran-tmk-pdf-free.html
Hailmi. (2019, Oktober 4). 6 Apps Terbaik Untuk Buat Video Pengajaran. Blogspot.
https://www.cikguhailmi.com/2019/10/6-apps-terbaik-untuk-buat-video-pengajaran.html
Imtiaz. (2016, Januari 19). Masakan rimba solar. SlideShare.net.
https://www.slideshare.net/imtiaz78/masakan-rimba-solar
Siti Zulaikha. (2012, Oktober 2). Bab 7 Video dalam Pengajaran. SlideShare.net.
https://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/bab7-video-dalam-pendidikan
Siti Nurhidayah Zaidy. (n.d.). Teknologi dalam Pengajaran Pembelajaran. Weebly.
http://hidayahzaidy.weebly.com/perancangan-pemilihan-penghasilan-dan-penilaian-
media-pengajaran.html
LAMPIRAN
Link Google Form : https://forms.gle/9veWRPFDUHgxnPz56
Link Excel : https://docs.google.com/spreadsheets/d/1xZ1yoPtCUGPyN6ud-
tkP8q_MMQPu7xfurAJBC6Dexc0/edit?usp=sharing