BIODATA
TUNKU
15 AUGUST, 2021
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan
pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku
merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul
Hamid Halimshah,Ini bermakna Tunku dilahirkan
di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO
yang lain. Tunku tinggal di Istana Kota Lama
yang dikenali sebagai ‘Istana Tiga Tangga’. Nama
timangan Tunku ialah ‘Awang’yang disebabkan
kulitnya yang hitam manis akibat bermain panas
manakala Ayahandanya memanggil beliau
dengan nama ‘Putra’.Pada usianya enam tahun
belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor
Star dan kemudian sekolah Government English
School. Pada tahun 1913, ketika Tunku berusia
sepuluh tahun, bondanya menghantarnya ke
Bangkok untuk tinggal bersama-sama kakanda
sulungnya Tunku Yusuf yang sedang bertugas
disitu. Beliau telah dimasukkan ke Sekolah
Debsurin. Kemudiannya Tunku pulang ke Kedah
dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu
pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang
Free School. Semasa usia Tunku tujuh belas
tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke
seberang laut untuk menuntut pelajaran di St.
Catherine’s College, Universiti Cambridge,
England.Pada tahun 1933, Tunku berkahwin
dengan seorang gadis Cina yang memeluk
agama Islam dan mengambil nama Meriam.
Mereka dikurniakan dua orang anak, Tunku
Khadijah dan Tunku Nerang.
Tunku Abdul Rahma PutraAl-Haj
KERJAYA
Tunku Abdul Rahman
Tunku memulakan kerjayanya dengan berkhidmat sebagai Penolong Pegawai
Daerah, selepas itu Pegawai Daerah di beberapa Daerah di Kedah. Pada tahun
1935, ketika Tunku bertugas di Kuala Nerang, beliau telah memperjuangkan agar
keadaan kesihatan dan perubatan di situ diperbaiki,Pada tahun 1940 Tunku
dilantik menjadi Timbalan Pengarah Pertahanan Awam, Kedah Selatan. Apabila
Jepun menyerahkan Kedah kepada negara Thai pada tahun 1941, Tunku dilantik
menjadi Penyelia Pelajaran.Setelah tamat perang dunia yang Kedua Tunku turut
menyertai politik menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran ke
arah kemerdekaan. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin lain dalam
UMNO, beliau berusaha menyatupadukan tenaga orang-orang Melayu. Beliau
berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Timbalan Pendakwa Raya di bawah
Jabatan Undang-Undang Persekutuan dan kemudiannya Presiden Session Court.
Tetapi perkembangan politik dalam UMNO dan di luarnya amat pesat seolah-olah
menantikan seseorang pemimpin tertentu untuk mengetuainya. Pada bulan Ogos
1951 terjadilah satu krisis dalam UMNO yang menyebabkan Datuk Onn meletakkan
jawatannya sebagai Yang Dipertua. Waktu itu ada beberapa tokoh UMNO yang
boleh mengambil alih tempat Datuk Onn, tetapi pemimpin-pemimpin parti yang
ada bersetuju atas tubuh Tunku. Dengan itu, jadilah Tunku Yang Dipertua.
UMNO yang ke-2 sampai selama 20 tahun kemudian.
~ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ~
~ TUNKU ABDUL RAHMAN ~
SUMBANGAN & PERJUANGAN
15 AUGUST,2021
Pada waktu pemulaaan pimpinan Tunku, tugas terpenting ialah bagi memupuk
kerjasama antara kaum dan mencapai persetujuan atas perkara-perkara pokok bagi
pemerintahan negara merdeka. Hasilnya “Perikatan” UMNO-MCA-MIC telah memberi
impak positif kepada enyatuan kaum. Kata sepakat yang dahulunya susah untuk
dicapai kerana parti-parti tidak mempunyai pendapat yang sama, sekarang boleh
diselesaikan secara konsensus dalam Perikatan.
Pemimpin-pemimpin Perikatan mengemukakan idea kemerdekaan kepada Kerajaan
British. Rombongan pertama Perikatan ke London telah dibuat pada tahun 1954
tetapi tidak beroleh kejayaan. Pada Julai tahun 1955 telah berlangsung pilihanraya
umum yang pertama diadakan di mana Perikatan mencapai kejayaan cemerlang
dengan beroleh 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Dengan majoriti yang
diperolehi itu, perikatan membawa satu rombongan lagi ke London, diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Ketua Menteri, Tunku berusaha sedaya upaya untuk menamatkan
pengganasan komunis secara damai. Pada 9 September 1955, beliau mengisytiharkan
pengampunan bagi pengganas-pengganas komunis yang menyerah diri. Berikutan
daripadanya, Rundingan Baling diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 antara
Parti Komunis Tanah Melayu,tetapi gagal.Lima tahun kemudian, usaha bersama
seluruh rakyat telah berjaya menamatkan Darurat yang disebabkan oleh
pengganasan komunis.
~ TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ ~
SUMBANGAN &
PERJUANGAN
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk
berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah
Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan
empat orang wakil Parti Perikatan, dapat meyakinkan Kerajaan British
supaya menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957.
Pada 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor, ketika jam tepat pukul
12 tengah malam, bendera Tanah Melayu pun dinaikkan, mengambil
tempat Union Jack. Awal pagi esoknya, 31 Ogos, di Stadium Merdeka,
Tunku membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan. Dalam kedua-dua
peristiwa itu, pekikan “Merdeka!” daripada Tunku berkumandang
disambut gembira oleh ribuan rakyat disitu dan jutaan lagi yang
mengikuti siaran radio.
Setelah negara merdeka pada tahun 1957 dan Tunku Abdul Rahman
menjadi Perdana Menteri yang pertama, usaha-usaha dibuat bagi
mengukuhkan pemerintahan negara melalui perpaduan rakyat dan
kemajuan ekonomi. Rancangan Malaya yang pertama, dimulakan
sejak 1956, adalah bertujuan untuk mengisikan kemerdekaan dengan
pembangunan.
Great Ideas Annual Report 01