The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lim030211, 2022-04-27 10:26:14

LIM XI HENG TUGASAN3 PALS1012

LIM XI HENG TUGASAN3 PALS1012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Semester 2 Tahun 2022

PALS1012
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

TUGASAN 3 : PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR
LIM XI HENG

ANGKA GILIRAN
2021232310308

NO. KAD PENGENALAN
030211-02-0819

KUMPULAN/ UNIT
PPISMP RBT A

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _____ _______ Tarikh : _____27/4/2022_______

Nama Pensyarah DR YEAP TEIK WEI Tarikh Terima
Tarikh Serahan 27/4/2022 (Diisi oleh Pensyarah)

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan :________ _____________ Tarikh : __________________

1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 3

2 1.0 PENGENALAN 4

3 2.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM 5

SEKITAR

4 3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU 7

5 4.0 KESIMPULAN 9

6 RUJUKAN 10

2

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya Lim Xi Heng ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut

Pendidikan Guru Kampus Perlis kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan kerja
kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Badrul Zaman Bin Abdul
Latif selaku pensyarah PSRE1122 kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada saya . Bukan sahaja, saya mengucapkan terima kasih kepada
encik kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat tugasan ini .

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa saya yang selalu memberi sokongan dan dorongan dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka, mungkin tidak ada motivasi untuk saya
dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Tambahan pula, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana selalu memberi
idea atau menukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Akhir sekali, saya berharap saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping dapat
menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

3

1.0 PENGENALAN
Definisi Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk

memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia. Selain itu, Teknologi Hijau juga merujuk produk, peralatan, atau
sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut. Pertama sekali, ia meminimumkan degrasi
persekitaran dan selamat untuk digunakan serta menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan. Seterusnya, ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang
rendah atau sifar , menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber-sumber yang
boleh diperbaharui.

Jika diteliti dengan lebih dalam, apakah maksud teknologi hijau ini? Teknologi hijau merupakan
aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi yang dapat menangani
impak negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan ia lebih
mesra alam berbanding dengan teknologi yang sedia ada. Kita menggunakan sumber-sumber
seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk semasa
kita menggunakan teknologi hijau. Oleh hal yang demikian, teknologi yang mampu mengurangkan
pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada
peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan (Hazlan, 2019). Aplikasi Teknologi
Hijau juga selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) iaitu
pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan dan
mengurangkan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita perlu bertanggungjawab
untuk memastikan generasi seterusnya berpeluang untuk menikmati kualiti kehidupan yang kita
perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.

Lain daripada itu, adakah teknologi hijau penting? Tepuk dada tanya selera. Teknologi Hijau adalah
satu teknologi yang mesra alam dan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan
gas karbon ke udara yang boleh menyebabkan perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan
fenomena perubahan cuaca dunia yang paling jelas adalah cuaca yang melampau dan kita sedang
menghadapi cuaca panas ini. Rentetan itu, kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang
prominen di mayapada ini adalah kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub
Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan
sebagainya. Jadi, masyarakat di seluruh dunia telah menjadikan mitigasi fenomena perubahan
cuaca dunia sebagai salah satu tugasan utama mereka.

Sebenarnya proses perubahan cuaca global tidak dapat dihalang. Namun demikian,kita dapat
melakukan sesuatu untuk melambatkan proses perubahan cuaca global. Lantaran itu, aplikasi
Teknologi Hijau merupakan salah satu cara yang boleh diambil untuk melambatkan proses
perubahan cuaca global ini. Manusia merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam
pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang buat. Sebagai contohnya,

4

penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan
sebagainya.

Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap
tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air
merupakan antara usaha-usaha yang boleh dipertimbangkan dalam menjalankan aktiviti harian kita.
Walaupun amalan-amalan hijau bukanlah satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita tetapi kita
perlulah mengubah minda kita bagi memastikan kita masih boleh menikmati kehidupan yang kita
nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang
kita buat pada hari ini akan menentukan masa depan anak-anak kita.Oleh itu, marilah kita semua
mula mendekati dan mengamalkan amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula
sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan
sebagainya.

Dalam dasar teknologi hijau negara, Teknologi Hijau ialah pemacu pertumbuhan ekonomi negara
ke arah pembangunan yang lebih mapan. Antara empat tonggak dasar teknologi hijau negara
adalah tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Tenaga adalah mencari ketidakbergantungan
tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga. Alam sekitar adalah memulihara dan
meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Ekonomi adalah meningkatkan pembangunan ekonomi
negara melalui penggunaan teknologi. Sosial adalah meningkatkan kualiti hidup untuk
semua.Tujuan kebangsaan yang mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala
tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan
persekitaran yang sihat.

2.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR
Dalam mendepani era pascaperindustrian dan globalisasi yang berolak pantas bagai belut diketil

ekornya, kehidupan masyarakat mengalami perubahan yang amat ketara.pembangunan pesat
terdapat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Pembangunan pesat telah menyebabkan ramai
yang terlepas pandang dan kurang mengambil berat tentang peri pentingnya pembangunan
diselarikan dengan penjagaan alam sekitar (Mypt3, 2022). Kesibukan mengejar kekayaan dan
pembangunan telah menyebabkan masyarakat dunia semakin tidak mementingkan alam sekitar dan
mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Kurang kesedaran daripada masyarakat juga
menyebabkan jangkaan pembaziran yang perlahan dan hanya peratusan kecil orang yang benar
mengambil berat tentang penyebaran alam sekitar. Keadaan ini amat membimbangkan semua pihak
dan 75 peratus daripada belia Malaysia berasa bimbang tentang isu perubahan iklim di Malaysia,
dengan majoriti mereka menyokong pengurangan pembangunan infrastruktur serta pelaksanaan
hukuman lebih berat terhadap pembalakan haram. Itu adalah dapatan jilid 2 tinjauan Manifesto
aspirasi belia yang dijalankan dari 22 Februari sehingga 7 Mac lalu dengan menggunakan sebanyak
3,089 responden berumur 18 hingga 30 tahun (Astro Awani, 2022).

5

Saya telah memilih Tajuk 4 Pengurusan Sisa Pepejal sebagai Tema besar untuk membuat analisis
berkaitan pelbagai produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam
sekitar. Produk teknologi hijau saya adalah berkaitan dengan isu pencemaran tanah dan isu
pembaziran makanan.

Tanah adalah salah satu komponen yang terpenting dalam keberlangsungan hidup manusia sama
halnya dengan air dan udara, bayangkan saja jika struktur dan kualitas tanah rusak tentu saja
mempengaruhi tingkat kadar air dalam tanah (Pemerintah Kabupaten Buleleng, 2019). Selain
berkaitan dengan air, kualiti tanah juga merupakan faktor terpenting hidupnya tumbuh-tumbuhan
sementara itu tumbuh-tumbuhan adalah salah satu mata rantai makanan yang akan mempengaruhi
mata rantai makanan di atasnya.Maksud pencemaran tanah ialah perbuatan yang berlaku kepada
sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran
tanah adalah disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan
pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Penerokaan hutan biasanya dilakukan
oleh pengusaha-pengusaha kilang kerana kebanyakan kawasan perindustrian dilakukan di kawasan
hutan. Tanah yang diteroka akan lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai
kawasan kilang. Kawasan yang berlebihan ini biasanya akan terbiar dan akhirnya mengakibatkan
ketidakseimbangan ekosistem. Bagi industri air mineral pula, air di bawah tanah akan digali oleh
kilang ini lalu mengakibatkan adanya ronga2 kosong dibawah tanah dan ini mendorong kepada
kejadian subsiden. Selain itu, sampah sarap yang dihasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya
karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur akan menyebabkan pencemaran tanah
seperti ketidaksuburan tanih. Pada zaman dahulu, antara punca pencemaran kepada alam sekitar
oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh perlombongan yang menggunakan kapal korek. Kapal
korek ini dilakukan di kawasan yang lapang. Selepas bijih timah habis dikorek di lombong, kawasan
tersebut akan ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana kawasan tersebut tercemar dengan
pelbagai sisa daripada indutri perlombongan. Antara punca pencemaran tanah ialah pembuangan
bahan-bahan daripada kilang seperti sisa toksik, sisa-sisa kilang dan minyak. Seterusnya,
pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat juga merupakan salah satu faktor pencemaran
tanah. Penggunaan racun serangga secara tidak mengawal juga akan mencemarkan tanah.
Rentetan itu, punca kemalangan nuklear dan ujian atom. Ini merupakan salah satu faktor
pencemaran tanah yang paling serius kerana skala kemerosotan adalah sangat besar.

Setelah mengetahui apa-apa punca pencemaran tanah, kita perlulah mengambil tahu aspek
kesan pencemaran tanah. Antara kesan pencemaran tanah adalah kita tidak sesuai untuk
menjalankan pertanian di tanah yang sudah dicemari. Hal ini kerana bahan kimia akan membunuh
tumbuhan yang ditanam. Selain itu, membuang sampah di merata-rata tempat akan menarik
perhatian serangga atau haiwan yang membawa penyakit seperti lalat dan tikus. Ini akan
mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia. Bukan sahaja, pencemaran
tanah ini adalah salah satu pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar turut menjejaskan
aktiviti harian manusia. Sekiranya hampir semua tempat di dunia ini dicemari, manusia akan tidak

6

berpeluang untuk melihat keindahan dan keceriaan alam ini. Ini merupakan perkara yang sangat
sedih bagi generasi masa depan kita.

Isu yang kedua adalah isu pembaziran makanan. Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), hampir 15,000 tan makanan dibazirkan setiap hari
(Haliza Rahman, 2021). Sebanyak 20 peratus atau 3,000 tan daripada jumlah itu adalah lebihan
makanan tidak disentuh dan masih boleh dimakan. Bukan sahaja, jumlah ini sudah cukup untuk
menampung 5.3 juta orang dengan hidangan tiga kali dalam sehari terutamanya di negara yang
tertentu seperti Syria dan Palestin, Walaupun Malaysia dikenali sebagai syurga makanan, tetapi
masih ada sebilangan masyarakat yang mengalami kelaparan dan terpaksa mencari makanan di
kawasan pembuangan sampah. Pada tahun 2018, kajian yang dibuat oleh Tabung Kanak-Kanak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke atas responden yang menetap di rumah pangsa
di Kuala Lumpur telah menunjukkan satu daripada 10 kanak-kanak adalah makan kurang daripada
tiga kali sehari. Peningkatan sisa makanan merupakan satu masalah alam sekitar dan ia juga
berkaitan dengan politik, eokonomi, moral dan teknologi tetapi masalah ini kurang diambil perhatian
berbanding masalah alam sekitar yang lain. Jadi, apakah punca pembaziran makanan?

Antara faktor pembaziran makanan yang perdana ialah sikap kecuaian dalam menguruskan
makanan seperti terlupa menutup makanan dan menyimpan makanan. Ini akan menyebabkan
makanan menjadi basi dan tidak boleh dimakan lagi. Selain itu, masyarakat tidak mengamalkan
perancangan baik dalam menguruskan menu makanan, pembelian dan penyimpanan stok makanan.
Sekiranya seseorang itu tidak membuat perancangan yang baik dalam menguruskan makanan, dia
akan cenderung terlebih membeli atau membeli makanan dan minuman yang tidak diperlukan. Pada
waktu yang sama,pengguna telah menghadapi masalah penyimpanan makanan di tempat yang
salah dan ini telah menyebabkan makanan rosak dan akhirnya dibuang. Di samping itu, ibu bapa
tidak bertanggungjawab untuk memainkan peranan sendiri dalam memantau dan mendidik anak-
anak. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak untuk menghargai makanan. Tamsilnya,ibu bapa
perlulah memberi didikan moral dan memberitahu anak-anak tentang kepentingan alam sekitar dan
makanan dalam kehidupan kita. Malahan, ibu bapa juga perlulah menjadi teladan bagi anak-anak.

3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

Berkas Kompos Hidroponik

7

Dalam tugasan ini, saya telah memilih berkas kompos dan hidroponik sebagai produk teknologi
hijau. Saya menggunakan kedua-dua produk teknologi hijau ini untuk membuat analisis tentang isu-
isu semasa global mengenai alam sekitar iaitu isu pencemaran tanah dan isu pembaziran makanan.

Berkas kompos dapat menyelesaikan isu pencemaran tanah. Hal ini kerana berkas kompos ini
menggunakan baja organik seperti sisa-sisa makanan, daun kering, habuk kayu. Baja organik lebih
menjaga alam sekitar kita dan tidak akan membawa kesan pencemaran kepada alam sekitar
berbanding baja kimia. Baja kompos boleh dihasilkan melalui proses pengkomposan dan disarankan
dalam bidang perkebunan organik. Baja organik yang dihasilkan oleh berkas kompos mempunyai
banyak kebaikan terhadap tanah dan tidak ada sebarang pencemaran tanah berlaku. Baja organik
akan memperbaiki struktur tanah dan membekalkan nutrien yang berterusan kepada tanaman.
Seterusnya, baja organik akan memperbaiki saliran air tanah dan membuatkan tanah mampu
menyerap air dengan berkesan. Tumbuhan yang disenyawakan dengan kompos juga cenderung
lebih berkualiti daripada tumbuhan yang disenyawakan dengan baja kimia. Misalnya, tanaman lebih
tahan terhadap penyimpanan, lebih segar, lebih berat dan lebih enak. Yang penting sekali, baja
organik yang dihasilkan oleh berkas kompos akan menjimatkan kos pembajaan berbanding baja
kimia. Hal ini kerana baja organik tersebut adalah menggunakan sisa-sisa makanan dan tidak
memerlukan sebarang pembelanjaan. Di samping itu, cara pembuatan berkas kompos tidak sukar
kerana bahan-bahan untuk menghasilkan berkas kompos ni mudah didapati di sekeliling kawasan.
Kaedah penggunaan produk ini juga amat mudah sahaja. Makanan basi atau makanan yang tidak
boleh dimakan boleh terus dibuang ke dalam berkas kompos. Ini telah menyelesaikan isu
pembaziran makanan. Makanan tersebut akan dijadikan baja kompos yang organik dan boleh
menyuburi pokok-pokok. Jadi, masyarakat boleh membuat baja kompos dengan menggunakan
berkas kompos ini di rumah sahaja. Ini telah memudahkan masyarakat dan juga boleh membantu
melestarikan alam sekitar. Persis peribahasa Melayu, serampang dua mata.

Walaupun berkas kompos mempunyai kelebihannya dan dapat membantu menyelesaikan isu
pencemaran tanah serta isu pembaziran makanan, namun ia juga terdapat beberapa kekurangan.
Pertama sekali, bahan-bahan yang digunakan untuk proses kompos ini adalah makanan basi atau
makanan yang tidak boleh dimakan. Oleh itu, proses pengkomposan sisa makanan akan
menghasilkan bau yang busuk dan mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan penduduk
berhampiran. Dalam kata lain, ini akan merendahkan kualiti kehidupan masyarakat. Bukan sahaja,
pengkomposan sisa makanan akan menarik perhatian serangga atau haiwan yang membawa
penyakit seperti lalat, ular dan tikus. Ini akan membawa kesan buruk kepada kesihatan dan
keselamatan manusia. Malahan, proses pengkomposan memerlukan banyak kerja dan masa yang
lama. Kita perlulah menjalankan pemindahan sisa-sisa makanan beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, jangka masa bagi proses pengkomposan bukanlah sekejap sahaja. Ia memerlukan
kesabaran kita untuk tunggu sisa makanan tersebut menjadi baja kompos. Jangka masa
pengkomposan mungkin memerlukan satu bulan sehingga setahun. Sementelahan itu,

8

pengkomposan memerlukan ruang. Oleh demikian, ini akan menjadi satu masalah bagi pemilik
rumah yang kecil.

Hidroponik adalah satu cara bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja
tanpa menggunakan tanah (Kebuna Putrajaya, 2019). Kaedah ini adalah menggunakan bahan-
bahan seperti sabut kelapa, bulu mineral, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain untuk
menggantikan tanah. Kaedah ini juga tidak menggunakan baja kimia di atas tanah. Pertanian secara
hidroponik dapat menyelesaikan isu pencemaran tanah kerana ia tidak memerlukan tanah sebagai
media tanaman. Jadi, kita tidak perlu bimbang tentang pasir atau debu yang kotor dan semua sayur
boleh dimakan termasuk akar sayur dengan selamat kerana ia tidak menyentuh pasir dan tanah
langsung. Selain itu, kita tidak perlu menyiram tanaman kerana kaedah ini sudah mempunyai air di
dalamnya. Ia telah menjimatkan masa, air dan tenaga kita. Bukan sahaja, pertanian secara
hidroponik akan lebih nitrisi. Hal ini kerana baja yang diletakkan tidak mengalami larut resap. Maka,
ini dapat mengelakkan pembaziran baja dan sayur yang ditanam tidak perlu bersaing dengan
tanaman lain seperti pokok liar. Sayur yang ditanam akan mendapat nutrisi sepenuhnya.
Sementelahan itu, kaedah ini dikatakan mesra alam sekitar kerana ia langsung tidak menggunakan
racun serangga. Oleh itu, ia tidak akan menyebabkan pencemaran bau seperti bau najis.

Antara kelemahan hidroponik adalah tanaman akan mati lebih cepat jika prosesnya gagal. Selain
itu, hidroponik ini lebih rumit berbanding cara menanam menggunakan tanah. Akhir sekali,
tumbuhan yang ditanam dengan cara hidroponik biasanya lebih mahal.

4.0 KESIMPULAN
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh, kedua-dua produk teknologi hijau terdapat kebaikan dan
kekurangan masing-masing. Namun begitu, saya akan memilih berkas kompos berbanding
hidroponik. Hal ini dikatakan demikian kerana berkas kompos lebih sesuai untuk menyelesaikan isu-
isu semasa global mengenai alam sekitar yang telah disebut di atas iaitu isu pencemaran tanah dan
isu pembaziran makanan. Walaupun hidroponik lebih sesuai untuk menyelesaikan isu pencemaran
tanah tetapi ia tidak dapat menyelesaikan isu pembaziran makanan. Bukan sahaja, kelebihan berkas
kompos ini lebih boleh membantu kita dalam kehidupan berbanding kelebihan hidroponik. Proses
pembuatan berkas kompos juga lebih mudah daripada hidroponik. Yang penting sekali, kos yang
diperlukan oleh berkas kompos amat murah sahaja. Kita juga boleh membuat berkas kompos ini
pada bila-bila masa di rumah sendiri sahaja tetapi hidroponik ini lebih kepada tujuan komersial.
Rentetan itu, kejayaan hasil pengkomposan lebih tinggi daripada hasil tanaman hidroponik. Ini
adalah kerana tanaman secara hidroponik akan lebih cepat mati jika prosesnya gagal. Dalam kata
lain, risiko hidroponik lebih tinggi. Tuntasnya, masyarakat perlulah bekerjasama untuk
menyelesaikan isu-isu semasa global yang mengenai alam sekitar supaya generasi masa depan kita
dapat menikmati keindahan alam sekitar.

9

RUJUKAN
Hazlan. (2019, March 25). Apa itu teknologi hijau? Inovasi, Motivasi Dan Teknologi.

https://hairilhazlan.com/2019/03/25/apa-itu-teknologi-hijau/
Astro Awani. (2022, April 26). Tinjauan Belia | Belia bimbang isu alam sekitar, perubahan iklim.

astroawani.com. https://www.astroawani.com/video-malaysia/tinjauan-belia-belia-bimbang-

isu-alam-sekitar-perubahan-iklim-1964349
Mypt3. (2022, March 3). Pencemaran Alam Sekitar, Karangan maksud punca Kesan Jenis.

https://mypt3.com/pencemaran-alam-sekitar
Pemerintah Kabupaten Buleleng. (2019, February 25). Pencemaran Tanah. | Dinas Perumahan,

Kawasan Permukiman dan Pertanahan. Disperkimta.Bulelengkab.Go.Id.

https://disperkimta.bulelengkab.go.id/informasi/detail/artikel/pencemaran-tanah-11
Rahman, H. (2021, May 4). Kekang pembaziran makanan. Sinarharian.

https://www.sinarharian.com.my/article/136793/KHAS/Pendapat/Kekang-pembaziran-

makanan (2019, July 12). Asas Penanaman Secara Hidroponik.
Kebuna Putrajaya.

https://www.kebuna.com/blog/asas-penanaman-secara-hidroponik

10


Click to View FlipBook Version