14) Rajah dibawah menerangkan kualiti diri yang dimiliki oleh Hang Tuah. Apakah kualiti diri tersebut? A) Bijaksana C) Taat setia B) Jujur dan amanah D) Bertanggungjawab 15)Apakah bukti Hang Tuah merupakan seorang yang berani? A) Mentaati perintah sultan B) Mahir dalam ilmu persilatan C) Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi utusan ke China, India dan Turki D) Mengalahkan orang upahan Majapahit yang dihantar oleh Patih Gajah Mada 16)Siapakah nama guru persilatan Hang Tuah? A) Aria Putera C) Hang Jebat B) Aria Bupara D) Hang Mahmud 17)Berikut adalah peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka kecuali A) Pengawal sultan C) Penasihat sultan B) Ketua Angkatan Laut D) Ketua rombongan ke China • Bertarung dengan Taming Sari sehingga memperoleh kemenangan. • Menguasai 12 bahasa untuk memudahkannya menjalankan tugas rasmi. HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
18) Siapakah nama pendekar Jawa yang berjaya ditewaskan oleh Hang Tuah? A) Aria Putera C) Taming Sari B) Hang Jebat D) Patih Gajah Mada 19) Bagaimanakah Hang Tuah boleh melihat wajah Maharaja China? A) Bertutur dalam bahasa Cina B) Menunjukkan keris Taming Sari C) Menunjukkan persembahan silat D) Memakan kangkung yang tidak dipotong 20)Bagaimanakah kita boleh mencontohi kesetiaan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah sewaktu menjadi Laksamana Melaka? A) Taat kepada pemerintah C) Menimbulkan kekacauan B) Memalukan nama baik negara D) Membelakangkan arahan Pemimpin ‘ 20 HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
1) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. bijaksana kegemilangan menewaskan Hang Lekir berkahwin laksamana menyesali hulubalang Dang Merdu Wati melihat bunuh Sungai Duyung keamanan dedikasi tangkas menuntut bela difitnah Hang Mahmud memujuk menyembunyikannya SUBJEKTIF 20 Hang Tuah berasal dari Kampung ____________________(1). Nama bapa Hang Tuah ialah ________________(2) manakala nama ibu beliau pula ialah __________________(3). Hang Tuah mempunyai empat orang sahabat karib iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, _________________(4) dan Hang Lekiu. Hang Tuah pernah pernah menyelamatkan bendahara dalam peristiwa amuk. Ini membuktikan bahawa Hang Tuah seorang yang ______________(5) dan berani. Kesannya, Hang Tuah dilantik menjadi _______________(6) manakala empat orang sahabatnya pula menjadi ____________________(7). Sebagai seorang laksamana, Hang Tuah menjalankan tugasnya dengan penuh _______________(8). Sewaktu mengetuai rombongan menghantar utusan Melaka ke negara China, Hang Tuah berjaya _____________(9) wajah Maharaja China yang tidak pernah ditatap oleh sesiapa pun. Hal ini menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan seorang yang ________________(10). Selain itu, Hang Tuah juga berjaya ______________(11) Tun Teja untuk ______________(12) dengan Sultan Melaka. Hang Tuah pernah ___________(13) dan dijatuhi hukuman ___________(14) oleh Sultan Melaka. Walau bagaimanapun, bendahara telah menyelamatkan Hang Tuah dengan cara ___________________(15). Mendengar perkhabaran tersebut, Hang Jebat telah mengamuk kerana mahu ________________(16) atas kematian sahabatnya, Hang Tuah. Sultan menyedari dan _____________(17) kesilapannya. Bendahara telah memberitahu sultan bahawa Hang Tuah masih lagi hidup. Lalu, Sultan menitahkan Hang Tuah untuk mengembalikan ____________________(18) di Melaka. Hang Tuah berjaya _________________(19) Hang Jebat. Hang Tuah dilantik semula sebagai Laksamana Melaka. Sumbangan beliau telah membawa kepada ________________ (20) Kesultanan Melayu Melaka. HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
2) Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( ) pada pernyataan yang salah. BIL PERNYATAAN JAWAPAN A) Hang Tuah menggunakan kebijaksanaannya ketika bertarung dengan Taming Sari sehingga memperoleh kemenangan. B) Hang Tuah belot kepada Sultan Melaka. C) Hang Tuah tidak menjalankan tugasnya dengan jujur. D) Salah satu peranan Hang Tuah ialah menjadi pengawal sultan. E) Menjaga keselamatan perairan Melaka bukan tugas Hang Tuah. F) Hang Tuah pernah meminang Puteri Gunung Ledang atas titah sultan. G) Hang Tuah pernah mengalahkan orang upahan Majapahit yang dihantar oleh Patih Gajah Mada. H) Hang Tuah tidak berjaya mendapat keris Taming Sari. I) Nama guru persilatan Hang Tuah ialah Aria Bupara. J) Hang Tuah pernah melihat wajah Maharaja China. c 10 HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
JAWAPAN OBJEKTIF 1) D 11) C 2) B 12) D 3) C 13) A 4) B 14) A 5) C 15) D 6) B 16) A 7) B 17) C 8) A 18) C 9) B 19) D 10)D 20) A SUBJEKTIF (1) 1) Sungai Duyung 2) Hang Mahmud 3) Dang Merdu Wati 4) Hang Lekir 5) tangkas 6) laksamana 7) hulubalang 8) dedikasi 9) melihat 10)memujuk 11) bijaksana 12) berkahwin 13) difitnah 14) bunuh 15)menyembunyikannya 16)menuntut bela 17)menyesali 18)keamanan 19)menumpaskan 20)kegemilangan SUBJEKTIF (2) A) B) C) D) E) F) G) H) I) J) HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.