Subjek:
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
Tugasan 4:
E-book
Tajuk:
Gejala Sosial
Jabatan:
Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri
NAMA AHLI KUMPULAN:
Aswinisha A/P Palani (23DBT21F2027)
Ramya Sri A/P Jaiganash (23DLH21F2049)
Athanasius Gurang Ingemar (23DLH21F2007)
Someshwaar A/L Rebe (23DLH21F2053)
i
Rukun negara
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan
masyarakat:
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu
masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;
MAKA KAMI,
rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan kesusilaan
ii
Penghargaan
Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara,
Pemanis kalam selamat malam,
Awat bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam
sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca. Setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Illahi, keraha dengan limpah kurnianya
dapat kami menyiapkan Efolio ini dengan sempurna.
Kami telah berusaha dengan sepenuh hati dan sekuat tenaga
dalam mencari pelbagal jenis sumber untuk menghasilkan Efolio
yang berkualiti ini. Hasilnya tugasan ini dapat disiapkan dengan
jayanya. Disini saya yang merupakan salah satu anggota
kumpulan ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ahli kumpulan kerana dapat bertolak ansur dan bekerjasama
dalam melaksanakan bahagian tugasan masing-masing. Kami
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Hajah
Norhayati Fatmi kerana telah banyak membantu dalam
memberikan dorongan dan tunjuk ajar tentang pelaksanaan
tugasan ini.
Kami amat berbesar hati dan bangga kerana dapat
menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya. Akhir sekali
kami ingin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan Efolio in iii
Sekian, terima kasih
Isi Kandungan
Bil Tajuk Muka
Surat
1 Judul muka surat
i
2 Rukun negara ii
iii
3 Penghargaan 1
2
4 Isi kandung 3-4
5-6
5 Objektif
7-9
5 Pengenalan 10-11
6 Ciri-ciri gejala 12
sosial 13-15
16-19
7 Jenis gejala sosial
20
8 Punca gejala sosial 21
22
9 Statistik gejala
sosial 1
10 Kesan gejala sosial
11 Cara mengatasi
gejala sosial
12 Kesimpulan
13 Lampiran
14 Rujukan
Objektif
Dapat menenalpasti keburukan gejala sosial
Dapat mengelakkan diri daripada aktiviti gejala
sosial.
Dapat tahu tengan gejala sosial dan cara
mengatasi masalah gelaja sosial.
Dapat mengetahui tentang cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh ibubapa, masyarkat dan lain-lain.
Memupuk nilai-nilai moral dalam diri agar menjadi
seorang yang lebih baik.
Menberi kesedaran kepada orang ramai tentang
keburukan gejala sosial dalam kalangan kanak-
kanak dan masyarakat Malaysia.
2
Pengenalan
Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat
diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral
individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan
dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.
Gejala sosial adalah suata fenomena yang ditandai dengan timbulnya
permasalahan sosial yang mempengaruhi dan dipengaruhi oleh tingkah
laku setiap individu di dalam lingkungan kehidupannya. Dengan kata lain,
setiap gejala ini menjadi punca kepada gejala sosial yang lain.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan
kepada kekuatan kepada sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan
dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala
sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu
pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa.
Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal
pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan
mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa
seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan
remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang
melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan
jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan
kita. Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala
sosial yang sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.
3
Sekalipun pada setiap masa para pemimpin negara mendakwa masalah
sosial berada pada tahap yang terkawal, tetapi untuk melalui masa depan
yang masih panjang sudah tentu merupakan suatu perkara yang
membimbangkan. Ia menjadi suatu tragedi yang menakutkan apabila para
belia telah mula terperangkap dengan gejala ini. Masalah ini timbul boleh
jadi berpunca dari sikap golongan dewasa yang membina institusi keluarga
atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan anak-anak dalam bahang
kepanasan dalaman dan luaran rumahtangga.
Kini, masalah ini tanpa mengenal simpati telah melanda kawasan bandar,
demikian juga kawasan setinggan. Banyak pihak pening kepala dengan
berfikir mencari jalan keluar terhadap permasalahan ini. Folio ini akan
menberi factor dan kesan kepada masalah gejala sosial ini. Selain itu, akan
dapat mengekalkan Langkah-Langkah yang sesuai untuk mengatasi
masalah gejala sosial dalam masyarakat kini.
4
Ciri-ciri gejala sosial
1. Bersifat Rumit
Setelah membaca jenis-jenis gejala sosial dan juga contohnya,
kamu mungkin bisa menarik kesimpulan bahwa gejala sosial
adalah hal yang sangat rumit. Gejala sosial menjadi rumit
karena dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti faktor ekonomi,
politik, sosial, budaya, bahkan psikologis.
Tidak hanya itu, gejala sosial juga semakin rumit karena
melibatkan banyak hubungan, bukan hanya hubungan dengan
sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam
sekitarnya.
2. Memiliki Karakteristik yang Beragam
Setiap gejala sosial yang terjadi di masyarakat memang
berbeda satu sama lain. Gejala sosial akibat politik jelas tidak
bisa disamakan dengan gejala sosial akibat psikologis. Namun,
meski setiap gejala sosial itu berbeda, semuanya tetap saja
memiliki hubungan satu sama lain.
Gejala sosial akibat politik misalnya yang memang dilakukan di
ranah politik, sedangkan gejala sosial akibat psikologis terjadi di
lingkungan tertentu. Namun pada akhirnya, masyarakatlah yang
akan tetap menjadi korbannya.
5
3. Tidak Bersifat Umum
Selain memiliki karakteristik yang berbeda-beda satu sama lain,
gejala sosial juga sangat dipengaruhi oleh kondisi masyarakat di
suatu wilayah. Mengingat kondisi di setiap wilayah berbeda
satu sama lain, maka gejala sosial yang muncul di satu wilayah
juga akan berbeda dengan gejala sosial yang muncul di wilayah
lain. Pengaruh kondisi masyarakat di suatu wilayah yang
berbeda inilah yang membuat gejala sosial bersifat tidak
universal atau tidak umum.
4. Sifatnya Dinamis
Hanya karena gejala sosial bersifat tidak umum, bukan berarti
masyarakat akan selalu berhadapan dengan gejala sosial yang
sama selamanya. Bagaimanapun, kehidupan di suatu wilayah
cenderung berubah dari waktu ke waktu.
Perubahan kehidupan ini juga mengubah gejala sosial. Gejala
sosial yang muncul sepuluh tahun yang lalu, jelas akan berbeda
dengan gejala sosial yang muncul di masa yang akan datang.
Perubahan inilah yang membuat gejala sosial bersifat dinamis
karena mengikuti perubahan yang terjadi di kehidupan
masyarakat.
6
Jenis Gejala Sosial
Gejala Sosial adalah segala peristiwa yang terjadi antarmanusia dan
oleh manusia, entah itu individu mampu kelompok. Gejala sosial yang
terjadi dalam masyarakat ada banyak contohnya.
Suatu peristiwa dapat dikatakan sebagai gejala sosial apabila perilaku
individu yang terlibat di dalamnya saling terkait, demikian menurut
buku Pasti Bisa Sosiologi untuk SMA/MA Kelas X oleh Tim Ganesha
Operation.
Gejala sosial berbeda dengan gejala alam. Bentuknya juga bermacam-
macam, seperti gejala ekonomi, politik, budaya, dan moral.
Jenis gejala sosial yang terdapat dalam Malaysia
1)Seks bebas
Bermaksud perbuatan tanpa ikatan perkhawinan yang sah atau juga
tingkahlaku tidak normal yang berkhawin dengan agama.Hubungan
intim yang dibuat sec suka atau tidak.Kini dapat dilihat dimana-mana
sahaja berlakukegiatan tidak bermoral sama ada di kawasan bandar
ataupun luar bandar.Ia pun turut melibatkan golongan dewasa dan
kanak-kanak dikategorikan iaitu zina,khalwat,sumbang mahram yang
mana norma masyarakat kini dilihat sudah tidak bernilai lagi di mata
manusia.Kajian pada 2010 menunjukkan 300 remaja di bandar dan luar
bandar yang berumur 13-25 tahun telah terlibat dengan gejala tidak ini
dan mereka tidak terhad sesama sesama jenis(homoseksual dan
lesbian)
7
2)Penyalahgunaan Arak
Ditakfirkan sebagai minuman yang beralkohol dan memabukkan antara
gejala yang dalam masyarakat kini terutama remaja.Arak tidak ada
penguatkuasa kerana boleh dijual di kedai-kedai melalui lesen yang sah.
(Seksyen 35 Akta Ekseis 1976 oleh Lembaga Pelesenan).Bagi islam,arak
dilarang kerana memudaratkan kesihatan dan turtu disetujui oleh
agama-agama lain.Mampu merosakkan organ badan manusian dan punca
berlakunya peningkatan kematian dalam masyarakat.Menurut
WHO,alkohol menjadi punca kepada 60 jenis penyakit kepada
manusia.Menurut Jabatan Kebaikan Masyarakat 5.3 peratus daripada
keganasan rumah tangga berlaku akibat daripada alkohol sendiri. seperti
contoh(pukul isteri,mendera anak,dan lain lain)
3)Penyalahgunaan Dadah
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan
yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi
fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat
penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di
dalam badan untuk tujuan- tujuan tertentu.
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang
psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke
dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh
mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal
atau mental.Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini.
Masalah ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu. Sebenarnya, dadah
yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak
disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia menyalahgunakannya
untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah yang sering
disalahgunakan ialah heroin, marijuana, morfin, ganja dan syabu.
8
4)Masalah Rokok
Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silindersama ada
daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran
antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan
mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut
pada hujung yang lain.Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap
kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang
berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan
kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek.
Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di
sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui
kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan
menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang
didalam tubuh badan.
Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak
disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan
pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu,
menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan
penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke
seluruh tubuh badan.
9
PUNCA GEJALA SOSIAL
# Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala
sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak
mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka
tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan
mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan
mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat
bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan
keseronokan semata-mata.
# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa
Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus
dengan gejala sosial. Terdapat Ibu bapa yang tidak mengambil
berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak.
Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada
segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi
menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak
mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini
menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak
berfaedah untuk kehilangan kebosanan. Selain itu, tidak kurang
juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk
kehilangan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang
melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka.
10
# Terikut-ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat
dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di
rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi
mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan
sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif.
Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan
sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung
untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok,
melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di
pusat-pusat hiburan.
# Sikap Individualistik Masyarakat
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang
permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat
hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu
menjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja
yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka
tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka
berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu
menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu
tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di
kalangan remaja.
11
Statistik gejala sosial
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu, sebanyak 1,910 kes
melibatkan penderaan dan pengabaian dilaporkan di negeri itu dalam tempoh
setahun dari Mac 2020 hingga Mac 2021.
Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman
memberitahu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor melaporkan kes
penderaan fizikal sebanyak 686 kes, seksual (606), emosi (63) dan pengabaian
(555).
Mengikut statistik bagi kes jenayah kekerasan dalam tempoh itu ialah 4,633 kes
iaitu bunuh 80 kes, rogol (364), samun berkawan bersenjata api dan samun
bersenjata api masing-masing satu kes, samun berkawan tanpa bersenjata api
(1,798), samun tanpa bersenjata api (1,233) dan mencederakan (1,156).
Jenayah harta benda pula ialah kes curi sebanyak 4,122 kes, curi kereta (1,362),
curi motosikal (4,123), curi van/lori/jentera berat (359) dan pecah rumah 3,393
kes,” kata dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut di sidang DUN di sini, hari ini.
Mengenai masalah kekeluargaan dan kesihatan mental, Mohd Khairuddin
memberitahu, berdasarkan analisis data Pusat Kaunseling Selangor (PKS),
terdapat peningkatan permintaan sesi kaunseling sepanjang tempoh pandemik
Covid-19.
Kata beliau, permintaan itu lebih kepada sesi secara atas talian.
Antara aduan diterima ialah keretakan hubungan suami isteri dan anak-anak serta
psikopatologi iaitu isu berkaitan kesihatan mental, psikologi abnormal melibatkan
tekanan, kemurungan, kebimbangan dan sebagainya.
Data e-sharing menunjukkan peningkatan jumlah klien yang diperolehi melalui
sistem e-psy selangor ialah 86 kes pada 2019, meningkat kepada 251 pada 2020
dan menurun 214 pada 2021,” katanya. – MalaysiaGazette
12
Kesan gejala sosial
Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan
memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri
individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan
aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada
masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti
akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini
tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang
kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan
kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak
merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk,
maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk.
Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan
kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
13
1. Kesan ke atas individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain
putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu
bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang
mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan
tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-
perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling.Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak
yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada
hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya
memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan
gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri
seseorang remaja itu.
2 .Kesan ke atas keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu
terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan
hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat.
Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada
sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu,
keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang
besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah
kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa
depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat
bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang
lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan
sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
14
3. Kesan ke atas masya
rakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah
dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan,
maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur
dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan
binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat
kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat
di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-
padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat.
Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi
kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan
wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar
jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini
disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin
meningkat.
4. Kesan ke atas negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan
menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan.
Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan
akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam
negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya
anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada
hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada
hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain
terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
15
Cara mengatasi gejala
sosial
1. Peranan ibu bapa
Kita telah mengetahui antara punca utama pelibatan remaja
dalan gejala sosial ialah kurang kasih sayang daripada ibu bapa
dan keluarga. bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu
memberi perhatian, bimbingan dan kasih sayang kepada anak-
anak mereka, lebih-lebih lagi kepada peringkat remaja seperti
ibu bapa perlu memberi masa kepada anak-anak mereka, ibu
bapa membawa anak-anak kepada pelancong untuk mengenal
pasti anak-anak mereka, meraikan perayaan bersama-sama
dengan anak-anak mereka dan lain-lain. sekiranya ibu bapa
kurang atau tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya,
maka anak-anak akan mencari hiburan dan kasih sayang
tersebut daripada orang lain iaitu rakan sebaya, dan media
sosial.
16
2. Peranan Institusi Pendidikan
Pendidikan merupakan elemen penting dalam strategi pencegahan, dan
sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang bebas daripada gejala sosial. Kementerian Pendidikan
telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang dan
melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan
pendidikan pencegahan masalah sosial pada peringkat sekolah dan IPT
untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala
sosial, menyediakan alternatif bermanfaat yang dapat mencegah
daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan persekitaran
yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan dijijik. Pencegahan yang
bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat
sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
17
3.Peranan Diri Sendiri
Remaja atau diri sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi
dunia yang penuh mencabar dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hal ini, pemilihan rakan sebaya adalah turut memainkan
peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu
memikirkan baik atau buruk serta akibat yang dia hadapi sebelum
melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan
daripada ibu bapa dan guru atau orang yang lebih dewasa. Untuk
mengelak daripada terjebah dalam masalah sosial ini, remaja
boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan kem motivasi
di sekolah atau penubuhan diluar dari sekolah supaya dapat
membuat aktiviti yang lebih bermanfaat.
18
4. Peranan pihak kerajaan
Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen
berkaitan dengan masalah gejala sosial kepada remaja-
remaja yang terlibat. Kempen ini boleh memberikan
maklumat-maklumat tentang kesan dan factor masalah
gejala sosial yang mempengaruhi remaja-remaja pada
zaman ini, Kempen ini akan memberikan cara-cara yang
betul kepada remaja supaya dapat mengubahsuaikan
diri sendiri.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa
seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu
digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir
hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis.
19
Kesimpulan
Para remaja adalah peneraju negara pada masa
hadapan. Oleh itu, remaja perlulah diberikan penuh
perhatian dan cukup bimbingan supaya mereka
tidak ke arah yang salah seperti dalam masalah
sosial.Sesungguhnya, masalah keruntuhan akhlak ini
boleh dikurangkan sekiranya semua pihak memain
peranan dengan sebaiknya. Jika masalah ini dapat
diatasi, Negara akan diterajui oleh pemimpin-
pemimpin yang beribawa pada masa akan datang.
Pada zaman remaja ini lah sebaiknya ada sifat
kesedaran, sekiranya tersilap langkah ia akan
mendatangkan padah kepada diri sendiri dan
generasi akan datang juga. Jadi fikirlah sebaiknya
dalam membuat sesuatu perkara, Bak katal pepatah
"sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna
20
Lampiran
21
Rujukan
Perniagaan Jahabersa. (1998). Gejala Sosial:
Pandangan Dan Penyelesaian Menurut Islam.
Raiftissia, R. N. (2021). Gejala Sosial Yang Ada
di Masyarakat.
https://doi.org/10.31219/osf.io/t4jvr
Materi, A. (2022, October 26). Gejala Sosial -
Pengertian, Faktor, jenis-jenis, Dampak Dan
Contoh. MateriBelajar.Co.Id. Retrieved
December 4, 2022, from
https://materibelajar.co.id/gejala-sosial/
Maarif, S. D., Idhom, A. M., & Ramadhani, Y.
(2021, December 6). Apa Itu Gejala Sosial,
Contoh Gejala Sosial, Macam Dan
Dampaknya. tirto.id. Retrieved December 4,
2022, from https://tirto.id/apa-itu-gejala-
sosial-contoh-gejala-sosial-macam-dan-
dampaknya-ghNg
Okvianza, F. (2021). Melihat Gejala sosial Yang
Ada Dimasyarakat.
https://doi.org/10.31219/osf.io/u5nsh
Gischa, S. (2021, June 4). Gejala Sosial:
Definisi, Penyebab Dan Contohnya.
KOMPAS.com. Retrieved December 4, 2022,
from
https://www.kompas.com/skola/read/2021/0
6/04/133205669/gejala-sosial-definisi-
penyebab-dan-contohnya
22