The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52038191, 2021-08-25 09:59:01

PPT EKO K1 T5 2020

PPT EKO K1 T5 2020

[SULIT] 3767/1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR SERI ALAM

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5 2020

3767/1

EKONOMI

Kertas 1

Ogos

1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
1

[SULIT] 3767/1

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN
1. Antara faktor pengeluaran berikut, yang manakah mempunyai mobiliti geografi?
A. Tanah, buruh , modal
B. Buruh, modal, usahawan
C. Modal, usahawan, tanah
D. Usahawan, tanah, buruh

2. Situasi manakah yang menunjukkan masalah kekurangan yang dihadapi oleh firma?
A. Puan Haniza gagal membuka cawangan syarikatnya kerana pinjaman bank tidak
diluluskan
B. Cik Sahira gagal menyiapkan tempahan baju pelanggannya kerana kesuntukan masa
C. Encik Zahir terpaksa menutup operasi perniagaan restorannya kerana tiada sambutan
D. Encik Yeoh gagal menjelaskan bayaran insurans kilangnya akibat kegawatan
ekonomi

3. Keluk kemungkinan pengeluaran perlu mengambil andaian seperti:
A. Ekonomi mencapai kestabilan
B. Tingkat teknologi berkembang
C. Faktor pengeluaran tetap dan terhad
D. Berapa banyak barang yang dikeluarkan

4. Sistem ekonomi manakah yang mendorong isi rumah kurang bermotivasi untuk bekerja kuat?
A. Sistem ekonomi Islam
B. Sistem ekonomi campuran
C. Sistem ekonomi pasaran bebas
D. Sistem ekonomi perancangan pusat

2

[SULIT] 3767/1

5. Padanan manakah yang betul berkaitan dua sistem ekonomi dalam menyelesaikan masalah

asas ekonomi

Masalah asas ekonomi Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem Ekonomi Campuran

A Apa yang hendak Mengikut permintaan dan Ditentukan secara mutlak oleh

dikeluarkan penawaran pasaran pihak kerajaan

B Berapa hendak Semua barangan mengikut Barang ekonomi ikut mekanisme

dikeluarkan mekanisme pasaran pasaran dan barang awam

ditentukan oleh kerajaan

C Bagaimana hendak Kaedah yang dapat Kaedah yang dapat

dikeluarkan memaksimumkan untung memaksimumkan kebajikan

semata-mata semata-mata

D Untuk siapa Diagihkan secara adil dan Diagihkan mengikut agihan

dikeluarkan sama rata pendapatan

6. Situasi manakah yang mempengaruhi peningkatan permintaan daging kambing?
A. Harga daging lembu menurun
B. Pendapatan boleh guna menurun
C. Harga kos membela kambing menurun
D. Citarasa pengguna terhadap kambing menurun

7. Jadual di bawah menunjukkan penawaran tiga buah firma dalam pasaran

Kuantiti ditawar (unit)

Harga (RM) Firma Muhammad Firma Hariz Firma Haikal
20
15 30 25 45
70
20 45 35

25 60 45

Berapakah kuantiti penawaran pasaran ketika harga RM25?

A. 60 unit

B. 75 unit

C. 125 unit

D. 175 unit

3

[SULIT] 3767/1

8. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran kasut sukan dalam pasaran

Harga (RM) Kuantiti permintaan (pasang) Kuantiti penawaran (pasang)

45 120 80

50 110 90

55 100 100

60 90 110

65 80 120

Keadaan manakah yang berkaitan pada tingkat harga RM60

I. Lebihan penawaran

II. Lebihan permintaan

III. Kurangan penawaran

IV. Kurangan permintaan

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

9. Rajah manakah yang menunjukkan perubahan keluk keseimbangan pasaran akibat daripada
peningkatan kadar cukai pendapatan individu?
A. . Harga (RM)

D0 S
D1
E0
P0 E1
P1

S D0 Kuantiti (unit)
0 D1

Q1 Q0

4

[SULIT] 3767/1

B. .

Harga (RM) S

D1
D0

P1 E1
E0

P0

S Q0 Q1 D1
0 D0

Kuantiti (unit)

C. . Harga (RM)

D S0
S1
P0
P1 E0
E1

S0 D
S1

0 Kuantiti (unit)
Q0 Q1

D. . Harga (RM) S1
S0
D
E1

P1
E0

P0

S1 D
S
Q1 Q0 Kuantiti (unit)
0

5

[SULIT] 3767/1

10. Jadual di bawah menunjukkan nilai keanjalan harga penawaran bagi dua jenis barang

Barang X Barang Y

-1.2 1.4

Apakah jenis barang yang berkaitan dengan nilai keanjalan di atas?

Barang X Barang Y

A Roti Majerin

B Minyak masak Gula

C Telefon pintar Beras

D Kereta komputer

11. Faktor manakah yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan tidak anjal
I. Barang tahan lama
II. Barang tidak mempunyai pengganti

III. Barang yang mempunyai banyak kegunaan
IV. Pengunaan barang dalam jangka masa pendek

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

12. Rajah di bawah menunjukkan perubahan penawaran barang akibat dariapda tindakan kerajaan
mengenakan cukai

Harga (RM) S1 S0
D E1

P1 L E0
P0

S1 D
N
M
S0

0 Kuantiti
(unit)
Q1 Q0

Berapakah jumlah cukai yang perlu ditanggung oleh isi rumah dan firma

6

[SULIT] 3767/1

Isi rumah Firma
A NP0LM P0P1E1L
B NP1E1M P0P1E1E0
C P0P1E1E0 NP0E0M
D P0P1E1L NP0LM

13. Wang ialah suatu benda yang diterima umum sebagai…
A. Alat ukuran nilai
B. Alat simpanan nilai
C. Alat bayaran tertunda
D. Alat perantaraan pertukaran

14. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan peranan bank pusat sebagai jurubank kepada
bank perdagangan
I. Menyediakan akaun penjelasan
II. Sumber pinjaman terakhir
III. Mengeluarkan mata wang
IV. Menguruskan rizab tunai
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Antara berikut, yang manakah kelebihan bagi pemegang akaun semasa
I. Kadar faedah lebih tinggi
II. Membuat bayaran menggunakan cek

III. Kemudahan kad juruwang elektronik
IV. Sijil boleh dijadikan cagaran pinjaman bank

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7

[SULIT] 3767/1
16. Gambar di bawah menunjukkan tiga jenis pekerjaan yang popular di Malaysia

Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3

Padanan manakah yang betul berkenaan pekerjaan dengan sektornya Gambar 3
Sektor tertier
Gambar 1 Gambar 2 Sektor sekunder
Sektor tertier
A Sektor primer Sektor sekunder Sektor tertier

B Sektor tertier Sektor primer

C Sektor sekunder Sektor primer

D Sektor primer Sektor sekunder

17. Faktor manakah yang mempengaruhi individu menyertai pekerjaan dalam sektor kedua
I. Faedah sampingan
II. Pengaruh keluarga

III. Kelayakan akademik
IV. Pengalaman dan kemahiran

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

18. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan bayaran pindahan
A. Pemberian anak kepada ibu
B. Dividen amanah saham
C. Elaun kerja lebih masa
D. Bonus tahunan

8

[SULIT] 3767/1

19. Situasi manakah yang mempengaruhi isi rumah meningkatkan perbelanjaan ke atas ayam
frozen.
I. Harga ayam segar meningkat
II. Penurunan pendapatan boleh guna
III. Peniaga mempelbagaikan kaedah jualan
IV. Harga ayam segar secara relatif lebih tinggi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

20. Maklumat manakah berkaitan dengan fitur ekonomi dalam pembelian kredit?
A. Nilai cagaran
B. Jenis barang
C. Tempoh bayaran balik
D. Bayaran pendahuluan

21. Apakah kepentingan membuat belanjawan peribadi
I. Mengelakkan berlaku kenaikan harga barang
II. Membantu mengurangkan kadar pengangguran

III. Mengurangkan kadar cukai pendapatan individu
IV. Menyelaraskan perbelanjaan mengikut pendapatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

22. Risiko pelaburan adalah kemungkinan seseorang individu mengalami…
A. kerugian daripada pelaburan
B. keuntungan daripada pelaburan
C. ketidakpastian daripada pelaburan
D. ketidakseimbangan daripada pelaburan

9

[SULIT] 3767/1
23. Gambar di bawah menunjukkan input yang digunakan dalam pengeluaran

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan input X
A. Pengurangnya boleh meningkatkan keuntungan
B. Wujud dalam jangka masa panjang sahaja
C. Berubah mengikut tingkat pengeluaran
D. Tetap wujud walaupun output sifar

24. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai hubungan antara kos purata dengan
kos marginal
I. Kos purata melebihi kos marginal ketika kos purata menurun
II. Kos marginal melebihi kos purata ketika kos purata meningkat
III. Kos marginal sama dengan kos sut ketika kos purata meningkat
IV. Kos purata sama dengan kos marginal ketika kos purata menuurn
A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. III dan IV

25. Aktiviti manakah yang membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi
A. Persekitaran kerja yang kondusif
B. Kesukaran membuat keputusan
C. Prosedur kerja yang agak rumit
D. Pekerja kurang berpengalaman

10

[SULIT] 3767/1

26. Situasi manakah yang menggambarkan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat
I. Kadar suhu meningkat
II. Kadar pencemaran meningkat

III. Bilangan penganggur meningkat
IV. Harga barang dan perkhidmatan meningkat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Rajah di bawah menunjukkan perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan

Apakah faedah sosial daripada situasi di atas?
A. Pertambahan barangan dan perkhidmatan
B. Peluang pekerjaan meningkat
C. Peningkatan keluaran negara
D. Pembangunan ekonomi

28. Pada era sekarang, golongan belia semakin ramai berminat untuk bekerja sebagai kakitangan
awam. Antara berikut, yang manakah manfaat sampingan yang ditawarkan oleh pihak
kerajaan.
I. Mudah untuk keluar masuk sektor awam dan sektor swasta
II. Peluang kerja lebih masa dengan bayaran yang tinggi
III. Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
IV. Mendapat bayaran pencen selepas bersara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

11

[SULIT] 3767/1

29. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan dasar makroekonomi negara
A. Kerajaan memberi subsidi
B. Peningkatan keluaran negara
C. Barang awam dikeluarkan oleh kerajaan
D. Merapatkan jurang pendapatan masyarakat

30. Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah yang berlaku dalam ekonomi negara

Bagaimanakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah
di atas

I. Menarik balik subsidi kepada pengeluar
II. Meningkatkan kadar cukai barangan kepada peniaga
III. Menghadkan penawaran sesuatu barang pada suatu tingkat tertentu
IV. Menetapkan harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

31. Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah inflasi
Berlaku apabila permintaan pengguna meningkat ketika negara mencapai guna tenaga penuh
Situasi di atas berkaitan dengan masalah inflasi…
A. tarikan permintaan
B. tolakan kos
C. diimport
D. kitaran

12

[SULIT] 3767/1

32. Pengangguran merupakan suatu keadaan apabila terdapat tenaga buruh yang…
A. Sedang mencari pekerjaan
B. Tiada keinginan untuk bekerja
C. Masih belajar di institusi pengajian tinggi
D. Belum mempunyai keinginan untuk bekerja

33. Apakah kebaikan daripada pertumbuhan ekonomi?
I. Faedah pinjaman meningkat
II. Peningkatan sifat keusahawanan

III. Sistem politik dan sosial negara stabil
IV. Harga barang mengalami peningkatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

34. Maklumat di bawah berkaitan dengan cukai yang dibayar oleh tiga individu

• Puan Sabariah membuat pembayaran cukai di pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

• Cik Ng membayar cukai kerana membawa pekerja asing dari Indonesia untuk syarikatnya

• Cik Punitha membayar cukai kerana membeli barang dari negara Belgium

Apakah jenis cukai yang dibayar oleh tiga individu di atas

Puan Sabariah Cik Ng Cik Punitha

A Cukai pendapatan individu Duti import Duti eksais

B Cukai pintu Levi Duti import

C Duti setem Cukai pendapatan syarikat Duti eksport

D Cukai tanah Duti eksais Levi

13

[SULIT] 3767/1
35. Gambar di bawah menunjukkan dua jenis perbelanjaan pembangunan kerajaan

Gambar 1 Gambar 2

Padanan manakah yang berkaitan perbelanjaan pembangunan kerajaan di atas

Gambar 1 Gambar 2

A Sektor perkhidmatan sosial Sektor pentadbiran am

B Sektor perkhidmatan ekonomi Sektor keselamatan

C Sektor perkhidmatan sosial Sektor perkhidmatan ekonomi

D Sektor pentadbiran am Sektor perkhidmatan sosial

36. Tujuan utama kerajaan melaksanakan dasar fiskal mengembang adalah untuk meningkatkan
A. kadar cukai
B. bekalan wang
C. permintaan argegat
D. perbelanjaan kerajaan

Soalan 37 hingga 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Salah

B Salah Betul

C Betul Betul

D Salah Salah

37. I Sistem ekonomi pasaran bebas mewujudkan kuasa monopoli dalam pasaran
II Penggunaan sumber adalah secara optimum dalam sistem ekonomi pasaran bebas untuk
memaksimumkan kos pengeluaran

38. I Kenaikan harga faktor pengeluaran menyebabkan keluk penawaran perabot beralih ke kiri
II Jangkaan harga pada masa hadapan meningkat menyebabkan keluk penawaran perabot
pada masa sekarang beralih ke kanan

14

[SULIT] 3767/1

39. I Bank perdagangan memberi kemudahan overdraf kepada pemegang Akaun Simpanan
Tetap

II Draf bank ialah cek yang dikeluarkan oleh bank perdagangan atas permintaan pelanggan
untuk membuat bayaran kepada pihak ketiga yang berada di dalam negeri sahaja

40. I Pendapatan faktor produktif terdiri daripada faedah, dividen dan bayaran pindahan
II Untung ialah ganjaran kepada pemilik modal kerana risiko yang dihadapinya

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………… ……………………….. ………………………
(Muhammad Hafiz b Jusoh) (Fatimah Farhana bt Ali ) (Rajeswaran /al Krishnan)
Guru Mata Pelajaran Ekonomi Ketua Panitia Ekonomi GKMP Teknik&Vokasional

15


Click to View FlipBook Version