The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UJIAN PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN PERNIAGAAN KERTAS 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52038191, 2021-08-30 01:44:45

UJIAN PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN PERNIAGAAN KERTAS 1

UJIAN PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN PERNIAGAAN KERTAS 1

[SULIT] 3767/1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR SERI ALAM

UJIAN PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 3767/1
TINGKATAN 4 2021 Satu jam lima belas minit
PERNIAGAAN
Kertas 1
Ogos
1 ¼ jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
1

[SULIT] 3767/1
ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN

1. Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.
A. Penawaran barang dan perkhidmatan
B. Mewujudkan peluang pekerjaan
C. Menambahkan pendapatan negara
D. Membantu masyarakat setempat

2. Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan

Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?
A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Syarikat Berhad
D. Milikan Tunggal

3. Maklumat berikut berkaitan Syarikat Batik Indah.
Pengilangan

Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap

5 juta 70 orang

Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah
A. kecil
B. sederhana
C. besar
D. mega

4. Apakah tujuan penubuhan organisasi bermotifkan untung?
A. Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
B. Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat
C. Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
D. Menawarkan barang dan perkhidmatan

2

[SULIT] 3767/1
5. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
• Liabiliti terhad
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
A. Syarikat sendirian berhad
B. Syarikat awam berhad
C. Milikan tunggal
D. Koperasi

6. Rajah yang berikut menunjukkan suatu skala perniagaan

Pilih pernyataan yang benar tentang P
A. Melibatkan penjualan suatu produk hanya dalam negara
B. Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja
C. Penjualan suatu produk pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri
D. Melibatkan penjualan produk di pasaran dalam negeri dan di luar negara

7. Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?
A. Kedai Runcit Ali
B. Restoran Syed dan Sheikh
C. Koperasi Kg Rebana Berhad
D. Syarikat JAZZ Sendirian Berhad

8. Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
A. Kilang pakaian
B. Kedai kek dan biskut
C. Loji penapisan minyak
D. Pengeluaran ubat-ubatan

9. Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan
A. antara penduduk luar negara
B. antara satu negara dengan negara lain
C. antara penduduk dalam negara
D. dalam sempadan sesebuah negara

3

[SULIT] 3767/1

10. Antara yang berikut, manakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding

dengan perkongsian berhad?

I. Mudah diuruskan

II. Mudah ditubuhkan

III. Hayat Perkongsian berterusan

IV. semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

11. Trend persekitaran perniagaan yang meningkat dipengaruhi oleh beberapa faktor berikut
I. pertukaran mata wang asing
II. pekerja bermotivasi

III. situasi politik yang stabil
IV. undang-undang baharu

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
A. Guna tenaga semakin menurun
B. Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
C. Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
D. Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

13. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.
Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi
kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas
Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?
A. Gaya pengurusan sokongan
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya Pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan laissez-faire

4

[SULIT] 3767/1
14. Pernyataan manakah berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?
I. Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
II. Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
III. Mengawal selia sistem pembayaran negara
IV. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para
peniaga ?
A. MARA
B. MARDI
C. FELDA
D. SIRIM

16. Rajah menunjukkan keadaan trend persekitaran sebuah perniagaan.

Apakah faktor luaran yang menyebabkan keadaan demikian berlaku?
A. Pekerja kurang bermotivasi
B. Keadaan ekonomi semakin lembab
C. Strategi pemasaran yang kurang berkesan
D. Kos pengeluaran semakin meningkat

17. Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah deflasi.
• Menurunkan kadar cukai pendapatan
• Mengurangkan kadar faedah bank
Apakah kesan tindakan tersebut?
A. Kos pinjaman perniagaan meningkat
B. Harga barang dan perkhidmatan menurun
C. Pengeluar mengurangkan operasi pengeluaran
D. Permintaan untuk barang dan perkhidmatan akan meningkat
5

[SULIT] 3767/1

18. Maklumat yang beikut berkaitan dengan satu factor luaran yang memoengaruhi perniagaan

Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6%

pada 1 April 2016

Apakah faktor luaran tersebut?

A. Politik dan perundangan

B. Sosiobudaya Ekonomi

C. Ekonomi

D. Teknologi

19. Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

Faktor Dalaman Faktor Luaran
A Ekonomi Undang – undang

B Ekologi Pemasaran

C Kewangan Gaya Pengurusan

D Sumber manusia Politik

20. Pernyataan berikut berkaitan sejenis penggangguran
Encik Amir bekerja sebagai seorang nelayan. Beliau terpaksa berhenti bekerja pada musim
tengkujuh

Apakah jenis penggangguran tersebut?
A. Penggangguran kitaran
B. Penggangguran struktur
C. Penggangguran bermusim
D. Pengangguran musim sementara

21. Antara berikut padanan yang tepat berkaitan visi dan misi.

Visi Misi

A Perancangan masa panjang Menjelaskan tujuan perniagaan

B Ketetatapan Perniagaan dalam melakukan aktiviti Panduan keputusan untuk membuat

C Memaksimumkan keuntungan Sasaran yang boleh diukur

D Pembentukan maklumat lebih khusus Menjaga kebajikan ahli

22. Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Baju Abadi.

Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 2 tahun

Nyatakan ciri-ciri SMART yang ada dalam pernyataan objektif tersebut.

A. Boleh diukur dan spesifik

B. Munasabah dan jangka masa

C. Boleh diukur dan jangka masa

D. Munasabah dan boleh diukur

6

[SULIT] 3767/1
23. Maklumat berikut menunjukkan visi sebuah syarikat penerbangan

Menjadi jenama yang dipercayai, dengan menawarkan keselamatan, yang terbaik serta

mendapat pengalaman mewah kepada para pelanggan

Bagaimanakah pembentukan visi dapat meningkatkan keupayaan syarikat tersebut?

A. Merancakkan aktiviti pemasaran

B. Memiliki sistem pengurusan yang lebih cekap

C. Menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing

D. Memastikan operasi perniagaan menghasilkan untung setiap tahun

24. Antara yang berikut, manakah menerangkan objektif dengan tepat?
A. Menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan
B. Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus
C. Menjadi garis panduan dalam pengurusan organisasi
D. Mengariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

25. Antara yang berikut, manakah merupakan perubahan matlamat sesebuah perniagaan?
A. Perpaduan kaum
B. Teknologi yang canggih
C. Ekonomi yang melambung
D. Sumber kewangan yang banyak

26. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi yang betul
A. Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan
B. Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi
C. Objektif harus ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi
D. Visi seharusnya dapat dicapai dalam masa kurang daripada lima tahun

27. Pernyataan di bawah merujuk kepada objektif sebuah syarikat
Syarikat Mesra Sdn Bhd akan mengeluarkan 50 000 unit kereta pada tahun hadapan

Apakah ciri-ciri objektif bagi syarikat tersebut?
A. Boleh diukur
B. Munasabah
C. Boleh dicapai
D. Jangkamasa

7

[SULIT] 3767/1
28. Manakah bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?
A. Pemilik mengubah lokasi perniagaan
B. Pemilik meningkatkan bilangan pekerja
C. Hasil meningkat dari semasa ke semasa
D. Pemilik membawa masuk modal tambahan

29. Pernyataan di bawah merujuk kepada kesan kegagalan perniagaan mencapai matlamat dan
objektif.
Kegagalan mendapatkan untung boleh menjejaskan imej perniagaan
Apakah kesannya terhadap perniagaan?
A. Sukar untuk mendapat pembiayaan bank
B. Terpaksa membayar pembekal secara tunai
C. Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
D. Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah

30. Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah syarikat
“Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak
50 000 unit motosikal kuasa tinggi pada tahun hadapan.”

Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi?
A. Boleh diukur (Measurable)
B. Munasabah (Realistic)
C. Boleh dicapai (Attainable)
D. Jangka masa (Time Frame)

31. Antara berikut, apakah aspek yang perlu ada dalam carta organisasi?
I. Jenis tugas
II. Hierarki pengurusan

III. Jadual waktu bekerja
IV. Pembahagian kuasa

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

32. Manakah merupakan peranan pengurusan sumber manusia?
A. Menyelesaikan masalah dan pertikaian pekerja
B. Melaksanakan program latihan kemahiran untuk pekerja baru
C. Memastikan keperluan sumber tenaga kerja mencukupi
D. Memastikan tenaga kerja kekal dalam organisasi
8

[SULIT] 3767/1
33. Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Linda.

Puan Linda, ingin memasarkan produk kecantikan syarikat beliau secara atas talian

untuk memudahkan urusan perniagaannya

Apakah kaedah yang boleh digunakan pelanggan untuk membuat tempahan dengan cepat?

A. E-pemasaran

B. E-banking

C. E-dagang

D. E-government

34. Apakah kepentingan hubungan dan interaksi dengan organisasi luar
A. Mewujudkan jaringan perniagaan
B. Memudahkan proses urus niaga
C. Meneliti kemampuan sesebuah perniagaan
D. Membantu pencapaian matlamat perniagaan

35. Manakah penyataan benar tentang interaksi antara perniagaan kecil dengan perniagaan besar
dalam bahagian fungsian kewangan?
A. Menghubungi perniagaan besar bagi memastikan bayaran diterima dengan betul
B. Menyediakan sumber kewangan mencukupi untuk menjelaskan hutang
C. Menyediakan kemudahan kredit kepada perniagaan kecil
D. Memastikan setiap bayaran direkodkan dengan sistematik

36. Pernyataan yang manakah berkaitan tujuan bahagian fungsian sumber manusia?
A. Menjawab pertanyaan pelanggan
B. Memastikan bahan mentah untuk pengeluaran mencukupi
C. Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran
D. Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan

37. Maklumat menunjukkan peranti teknologi maklumat dan komunikasi.
• Komputer Riba
• Telefon
• Mesin Faksimili

Apakah peranan peranti tersebut dalam fungsian sumber manusia?
A. Menjimatkan masa
B. Tidak perlu melatih pekerja
C. Mengurangkan penggunaan buruh
D. Memudahkan penilaian data perniagaan

9

[SULIT] 3767/1
38. Maklumat yang berikut berkaitan dengan unsur dalam proses komunikasi
• Penting untuk mengukur tahap keberkesanan proses komunikasi
• Boleh terdiri daripada tulisan,kata atau isyarat badan
Apakah unsur tersebut ?
A. Enkod
B. Dekod
C. Saluran
D. Maklum balas

39. Rajah di bawah menunjukkan dua buah perniagaan yang terdapat di Kulim, Kedah

Mengapakah kedua-dua perniagaan ini memerlukan bahagian fungsian yang sama?
A. Supaya boleh bersaing secara adil
B. Untuk merebut syer pasaran yang sama
C. Memaksimumkan kepuasan pelanggan
D. Mencapai visi,misi dan objektif yang dirancang

40. Maklumat di bawah ini merujuk kepada peranan salah satu bahagian fungsian dalam
organisasi.
• Menjalankan urusan dalaman organisasi
• Mengurus rekod
• Mengendalikan mesyuarat
Apakah bahagian fungsian berkenaan?
A. Kewangan
B. Pentadbiran
C. Sumber manusia
D. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………… ……………………….. ………………………
(Muhammad Hafiz b Jusoh) (Mohd Nuhairi) (Rajeswaran /al Krishnan)
Guru Mata Pelajaran Perniagaan Ketua Panitia Perniagaan GKMP Teknik&Vokasional

10


Click to View FlipBook Version