The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sains Tingkatan 1 - 1.6 Langkah penyiasatan saintifik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurkhaidiriyah, 2021-05-30 03:18:05

Sains Tingkatan 1 - 1.6 Langkah penyiasatan saintifik

Sains Tingkatan 1 - 1.6 Langkah penyiasatan saintifik

Keywords: penyiasatan saintifik

1.6 Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik

cikgu khai

1.6 Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir PdPr murid 1 Permata dapat:
1. Menulis 12 kemahiran proses dan dapat membezakannya dengan menyatakan ciri dengan betul.
2. Menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik dengan urutan yang betul melalui perbincangan

menerusi Google Meet.

KRITERIA KEJAYAAN:
1. Murid dapat menyebut 1 kemahiran proses sains dan menyatakan 12 kemahiran proses sains serta cirinya

dengan merujuk buku teks.
2. Murid dapat membezakan sekurang-kurangnya 4 kemahiran proses sains dengan merujuk slaid yang diberi.
3. Murid dapat menulis 9 langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik dan membuat urutan langkah dalam

menjalankan penyiasatan saintifik dengan betul dalam peta i-think.
4. Murid dapat menggunakan istilah yang betul semasa menulis langkah dalam penyiasatan saintifik dengan

memberi kenyataan berdasarkan contoh daripada slaid.
5. Murid dapat membuat hipotesis dengan menghubungkan 2 pemboleh ubah berdasarkan contoh.

12 Kemahiran
proses sains

1. Memerhati Kumpul maklumat guna lima deria iaitu
rasa,penglihatan,bau,pendengaran dan sentuhan.

Mengenal pasti perbezaan dan persamaan objek 2. Mengelas

dan boleh kenal pasti ciri umum sekumpulan item.

3. Mengukur dan Pemerhatian secara kuantitatif dan boleh mengira
menggunakan dan membandingkan bilangan item di dalam
nombor kumpulan yang berlainan

Membuat kesimpulan awal untuk 4. Membuat
menerangkan peristiwa atau objek. inferens

5. Meramal Proses untuk menentukan dan menjangkakan peristiwa.

Mempersembahkan maklumat atau idea 6. Berkomunikasi
dalam pelbagai bentuk. (jadual, graf, rajah)

7. Menggunakan Menunjukkan lokasi,arah,bentuk dan
perhubungan saiz, isi padu, jisim dengan masa.
ruang dan masa
Kebolehan memberi penerangan 8. Mentafsir
rasional tentang objek, fenomena. data

9. Mendefinisi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep atau keadaan
secara operasi dengan menyatakan perkara yang diperhatikan.

11. Membuat Boleh jadi satu faktor ,keadaan atau 10. Mengawal
hipotesis hubungan yang boleh diubah. pemboleh ubah

Menghasilkan satu kenyataan umum yang
difikirkan benar berdasar inferens.

Melaksanakan prosedur untuk 12. Mengeksperimen
menguji sesuatu hipotesis.

Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik

1. Mengenal pasti masalah - Persoalan atau pernyataan masalah yang berkaitan dengan suatu pemerhatian.

2. Membuat hipotesis - Penerangan awal pemerhatian atau tekaan yang munasabah bagi masalah tersebut.

3. Mengawal pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasi – kuantiti fizik yang perlu ditetapkan sebelum eksperimen dijalankan.
Pemboleh ubah bergerak balas – kuantiti fizik yang bergantung kepada Pemboleh ubah dimanipulasi.
Pemboleh ubah dimalarkan – kuantiti fizik yang tetap semasa eksperimen dijalankan.

4. Merancang eksperiman - Memilih bahan dan radas yang sesuai serta prosedur eksperimen.

5. Menjalankan eksperimen - Mengamalkan kemahiran manipulatif yang betul supaya data tepat dan jitu.
- Patuhi langkah-langkah keselamatan.

6. Mengumpul data – Data kualitatif atau kuantitatif direkod dalam jadual dengan menggunakan alat pengukur
dan mengambil kira sebarang ralat. Ukuran diulang 3 kali supaya mendapat nilai purata yang jitu.

7. Menganalisis dan mentafsir data – Gunakan jadual atau graf.

8. Membuat kesimpulan - Sama ada hipotesis diterima atau ditolak. Jika ditolak, buat hipotesis baru dan buat
eksperimen semula.

9. Menulis laporan – Lengkap dengan semua data dan maklumat.

Contoh: Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik

Ibu mertua telah sampai dari kampung dan Ani bergegas
ke dapur untuk menyediakan air minuman. Bagaimanakah
cara untuk mendidihkan air dengan cepat?

1. Mengenal pasti masalah Persoalan
Pernyataan masalah: Adakah saiz api mempengaruhi tempoh masa air untuk mendidih?

2. Membina hipotesis Tekaan
Hipotesis: Semakin besar saiz api, semakin pendek tempoh masa air untuk mendidih.

3. Mengawal pemboleh ubah Kuantiti fizik
Pemboleh ubah dimanipulasi: Saiz api
Pemboleh ubah bergerak balas: Masa untuk air mendidih
Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz bikar yang sama

4. Merancang eksperiman Bahan, radas, prosedur
Bahan dan radas: , bikar, Penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, kaki retort,
termometer, jam randik
Prosedur:
1. Isikan 300ml air ke dalam bikar.
2. Panaskan air dalam bikar menggunakan api kecil.
3. Rekodkan masa yang diambil untuk air mendidih.
4. Ulang eksperimen dengan menggunakan api sederhana dan api besar.

termometer Untuk laporan
bikar mesti tukar

air kepada ayat pasif
Prosedur:
Penunu Bunsen
1. Bikar diisi dengan 300ml air.
2. Air dalam bikar dipanas menggunakan api kecil.
3. Masa yang diambil untuk air mendidih direkodkan.
4. Eksperimen diulang dengan menggunakan api

sederhana dan api besar.

5. Menjalankan eksperimen Kemahiran manipulatif, langkah keselamatan

6. Mengumpul data Rekod dalam jadual, ulang 3 kali

7. Menganalisis dan mentafsir data Graf atau jadual

Saiz api Masa untuk air mendidih (min) Masa untuk air mendidih (min) 35
Kecil 30 30
Sederhana 20 25
Besar 10 20
15
10

5
0

Kecil Sederhana Besar
Saiz api

8. Membuat kesimpulan Hipotesis diterima atau ditolak
Kesimpulan: Hipotesis diterima. Semakin besar saiz api, semakin pendek tempoh masa air
untuk mendidih.

9. Menulis laporan SMK DUSUN NANDING
KM 17 JALAN HULU LANGAT
Data dan maklumat lengkap
43100 HULU LANGAT

LAPORAN EKSPERIMEN
Pernyataan masalah:

Hipotesis:

Tujuan:

Pemboleh ubah:

Bahan dan radas:

Prosedur:

Pemerhatian / Keputusan:

Analisis dan tafsiran data / Perbincangan:

Kesimpulan:

Praktis formatif 1.6 (Buku teks m/s 37)

1. Apakah inferens?
Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat
diperhatikan.

2. Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan
semasa menjalankan eksperimen penyejatan air daripada bekas yang
mempunyai luas permukaan berbeza.

Pemboleh ubah dimanipulasi = luas permukaan bekas
Pemboleh ubah bergerak balas = kuantiti akhir air selepas 30 minit.
Pemboleh ubah dimalarkan = suhu persekitaran,

tempoh eksperimen.

cikgu khai


Click to View FlipBook Version