LIRIK BANGSA JOHOR
Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
Menaungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
LIRIK LAGU JOHOR NEGERIKU
Negerinya Besar Disuatu Masa
Barat Timur Selatan Ke Utara
Pusat Pemerintah Di Johor Lama
Dikenali Juga Kota Di Raja
Memerintahkan Rakyat Negeri
Serangan Musuh Terus Ditangkisi
Berbagai Cabaran Sama Menangani
Bangun Jatuh Berdiri Kembali
Bacalah Sejarah Negeri Johor
Negeri Terbilang Serta Termasyur
Dalami Sejarah Kenali Bangsa
Barulah Kita Dapat Berbangga
Sejak Dahulu Hingga Kini
Berbagai Perubahan Dilalui
Lapan Daerah Berkembang Maju
Pesat Membangun Johor
Ya Allah yaladan yaladan
Janganlah sampai dikata orang
LIRIK LAGU TANJONG PUTERI
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau Airnya biru
Di Pantai Lido Tepian Mandi
Sepanjang Masa Di Hari Minggu
Atas Bukit Tanjong Puteri
Taman Hiburan Indah Berseri
Pemandangan Menawan Hati
Jalan Tambak Hubungan Negeri
( Korus )
Tanjong Sekijang Nun Di Kuala
Tempat Nelayan Mengail Gelama
Istana Hinggap Di Kuala Danga
Pantai Berkelah Keluarga DiRaja
Dari Tebrau Orang Berakit
Singgah Stulang Membeli Kopi
Pusara Si Bongkok Di Lereng Bukit
Di Tepi Pantai Tanjong Puteri
LIRIK LAGU YALADAN
Tinggilah Tinggi Terbang Tinggi
Akhirnya Jatuh
Ya Allah Yaladan Yaladan Yaladan
Akhirnya Jatuh Ke Tanah Juga
Janganlah Kita Meninggi Diri
Akhirnya Jatuh
Ya Allah Yaladan Yaladan Yaladan
Akhirnya Jatuh Ke Bawah Juga
Jangan Diturut Resmi Lalang
Baik Diturut
Ya Allah Yaladan Yaladan Yaladan
LIRIK LAGU PULANGLAH
Saujana Luas Terbentang,
Dedaun Menghijau Dan Melambai
Sejuknya Mata Yang Memandang
Di Kampung Indah Pandangan
Kicauan Burung Keriangan
Damainya Meresap Dalam Jiwa
Walaupun Masih Di Rantauan
Resah Rindu Tetap Ku Rasa
Anak Punai Terbang Tinggi
Terjatuh Pula Di Tengah Laman
LIRIK LAGU PULANGLAH
Hatiku Sepi Menati
Rindu Mengenangkan Kawan
Yang Berada Di Selatan
Kelopak Usiaku Semakin Layu
KuPendam Di Kalbu Bilakan Bertemu,
Terkadang Terdengar Sorakan Gembira
Dengan Kawan Lama Yang Sama Usia
Indahnya
Keindahan Dan Kemakmuran DARUL
TAKZIM Menjadi Gelaran
Dengan Usaha Kepimpinannya
Kini JOHOR Telah Berubah.....
LIRIK LAGU LUASKAN KUASAMU
Ayuh Johor ! Ayuh Johor !
Luaskan Kuasamu Johor
Kami Ada ! Kami Ada !
Setia Bersamamu Johor
Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale!Ale!
Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale!Ale!
Ayuh Johor ! Ayuh Johor !
Luaskan Kuasamu Johor
Kami Ada ! Kami Ada !
Setia Bersamamu Johor.
Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale!Ale!
LIRIK LAGU LUASKAN KUASAMU
Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale!Ale!
Ayuh Johor ! Ayuh Johor !
Luaskan Kuasamu Johor
Kami Ada ! Kami Ada !
Setia Bersamamu Johor
Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale!Ale!
Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale! Ale!Ale!
Ayuh Johor ! Ayuh Johor !
Luaskan Kuasamu Johor
Kami Ada ! Kami Ada !
Setia Bersamamu Johor.
LIRIK LAGU ZAPIN YA SALAM
Damai Kisahnya Sudah Termasyhur
Terbilang Adat Seri Di Madah
Santun Budaya Negeri Johor
Kasih Terikat Di Bumi Indah
Ya Kasih Ya Kasih Terbilang Negeri
Santun Budaya
Santun Negeri Johor
Kasih Terikat Di Bumi Indah
Ya Kasih Ya Kasih Terbilang Negeri
Tidak Terkata Tidak Terkira
Budinya Harum Seluruh Negeri
Tegaknya Kota Terbilang Nama
Berbagai Kaum Berpadu Janji
Ya Kasih Ya Kasih Terbilang Negeri
LIRIK LAGU GHAZAL PAK NGAH BALIK
“Mana Pak Ngah tak balik balik ni
Hari dah jauh malam ni hah
Tengok tu bulan dah mengambang dah
Biasanya kalau bulan dah mengambang
ni
Pak Ngah dah balik dah
Hah itu pun dia Pak Ngah dah balik”
LIRIK LAGU GHAZAL PAK NGAH BALIK
Bulan Mengambang
Pak Ngah Lah Balik
Ahai Lah Sayang..
Bulanlah Yang Mengambang
Bulan Mengambang
Di Tengah Malam….2x
Ahai Nampak Bercahaya
Nampak Bercahaya
Dengan Serinya….2x
Janganlah Adik
Pak Ngah La Yang Balik
Ahai La Sayang….
Janganlah Yang Adik
Janganlah Adik
Berhati Bimbang….2x
Ahai Abang Pergi
Abang Pergi
Tidaklah Lama….2x
LIRIK LAGU SELAT TEBRAU
Angin Yang Melambai
Selat Tebrau
Indah Serta Damai
Pabila Ku Kenangi Perjuangan
Di Iskandar Puteri
Berpadulah Cita
Anak-Anak
Memendan Rasa
Bertiup Angin Rindu
Bersemarak
Di Jantung Kalbu
Pertemuan
Rindu Dendam
Terjalin Seia Sekata
Dan Berpadu
LIRIK LAGU SELAT TEBRAU
Angin Yang Melambai
Selat Tebrau
Indah Serta Damai
Pabila Ku Kenangi Perjuangan
Di Iskandar Puteri
Berpadulah Cita
Anak-Anak
Memendan Rasa
Bertiup Angin Rindu
Bersemarak
Di Jantung Kalbu
Pertemuan
Rindu Dendam
Terjalin Seia Sekata
Dan Berpadu
IBU AZIZAH JAAFAR
LATARBELAKANG :
Dilahirkan pada 17 Jun 1898 di Bukit Gambir,
Johor Bahru.
Mendapat Pendidikan tidak formal di
rumahnya.
PERANAN :
Wanita Johor pertama menyandang jawatan
Kedua Pergerakan Kaum Ibu UMNO.
Mencari dana untuk mengukuhkan
kewangan pergerakan UMNO dengan
menganjurkan pementasan
sandiwira.
IBU AZIZAH JAAFAR
Dilantik sebagai Penyelia Sains Rumah Tangga
di Johor (1938) apabila bahan
bacaan Ibu Azizah dikumpulkan dan
diterjemahkan menjadi bahan
pelajaran di sekolah tadbir rumah tangga.
SUMBANGAN :
Mengubah sikap golongan bangsawan yang
berpegang kuat pada adat dan kebiasaan
yang mengekang kemajuan wanita.
Memperjuangkan dan menggalakkan
kaum wanita untuk mendapat pendidikan
yang lebih tinggi.
Tahukah Anda:
Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Azizah adalah
diasaskan oleh Ibu Azizah.
TAN SRI HAJI MOHD NOAH OMAR
LATARBELAKANG :
Dilahirkan pada 13 Ogos 1897 di Muar.
Mendapat Pendidikan awal agama dan
bersekolah di Sekolah Melayu Bandar
Maharani serta ‘Al-Madarasah Arabiah
Al-Khairiah.
Dilantik menjadi pegawai pentadbir kerajaan
Johor sebagai Majistret kelas dua
di Mahkamah Muar.
TAN SRI HAJI MOHD NOAH OMAR
PERANAN :
Menerbitkan Majalah Warta Jabatan Agama
Johor.
Berganding bahu Bersama Dato’ Onn
dalam Gerakan meyatupadukan bangsa
Melayu menentang Gagasan Malayan Union.
SUMBANGAN :
Pengerusi tetap UMNO, 1951 hingga 1959.
Speaker Dewan Rakyat pertama selepas
merdeka (1959-1964).
Ahli Dewan Negara (Senator)
Speaker Dewan Negara (1964-1970)
Tahukah Anda:
Tan Sri Haji Mohd Noah Omar merupakan ayah
kepada Toh Puan Rahah (Isteri Tun Abdul Razak
TAN SRI HAJAH ZAINON SULAIMAN
LATARBELAKANG :
Dilahirkan pada 22 Januari 1903 di Kampung
Nyalas, Melaka.
Merupakan anak kepada Munsyi Sulaiman
yang merupakan seorang guru.
Sekolah formal pertama yang diterima adalah
Sekolah Rendah “Methodist Girls School”.
PERANAN :
Pengasas Pendidikan bagi Wanita Melayu,
Tokoh Politik Negeri Johor.
Pengasas Wanita Melayu dalam Pendidikan dan
Politik. Tokoh Wanita Malaysia.
TAN SRI HAJAH ZAINON SULAIMAN
SUMBANGAN :
Pencipta lagu ‘Bendera Pakembar’ iaitu
lagu rasmi UMNO.
Penyelia Sekolah-sekolah Perempuan Melayu
dan Agama Negeri Johor.
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya.
Tahukah Anda:
Datuk kepada Tan Sri Hajah Zainon merupakan bekas
pegawai di Balairong Sultan Siak, Sumatera.
DATO’ JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
LATARBELAKANG :
Dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk
Belanga, Singapura.
Berketurunan kerabat diraja Bendahara
Melaka dan Bendahara Tun Seri Lanang.
Menerima Pendidikan Melayu, Inggeris dan
agama secara formal di Singapura.
PERANAN:
Memimpin pegawai-pegawai Kerajaan Johor
untuk memajukan dan memodenkan
pentadbiran di bawah naungan Sultan
Abu Bakar.
DATO’ JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
PERANAN:
Mengurus pentadbiran Johor dan
memastikan keamanan serta kesejahteraan
Johor terpelihara sehingga menyebabkan
dapat mengekalkan kemerdekaan daripada
pihak British berbanding negeri lain.
Menteri Besar Johor yang pertama dan
jawatan yang pertama diwujudkan bagi
negeri-negeri.
SUMBANGAN:
Menubuhkan jabatan kerajaan
Membuka daerah utama seperti Batu
Pahat, Mersing, Endau dan Rompin.
Bersama-sama dengan Sultan Abu Bakar
membentuk dan mengubal Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor 1895.
DATO’ JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
SUMBANGAN:
Bertanggungjawab dalam
mengubahsuaikan pakaian lelaki dan Wanita.
Johor dari reka bentuk asal menjadi pakaian
rasmi yang melambangkan identiti masyarakat
Johor yang tidak terdapat di negeri lain.
Tahukah Anda:
Dato’ Jaafar Bin Haji Muhammad merupakan
Menteri Besar Johor yang pertama.
DATO’ SERI AMAR DIRAJA
ABDUL RAHMAN ANDAK
LATARBELAKANG :
Dilahirkan sekitar tahun 1850-an dan
dibesarkan di Teluk Belanga, Singapura.
Mendapat Pendidikan di England.
Merupakan sepupu kepada Sultan Abu Bakar.
PERANAN:
Menubuhkan badan Bahasa dan persuratan
pertama di Tanah Melayu.
Menasihatkan sultan dalam membuat
perlembagaan yang dinamakan Undang
DATO’ SERI AMAR DIRAJA
ABDUL RAHMAN ANDAK
PERANAN:
undang Tubuh Negeri Johor 1885.
Setiausaha Sulit Sultan sejak 1885 dan
Setiausaha Kerajaan Johor sejak tahun 1893.
SUMBANGAN:
Membangunkan pentadbiran Johor bersama-
sama Menteri Besar dan pegawai yang lainnya
semasa zaman Sultan Abu Bakar.
Mengembangkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Pentadbiran Johor.
Pemelihara kemerdekaan Johor daripada
ancaman Kolonialisme British.
Tahukah Anda:
Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1885 menjadi per-
lembangaan bertulis pertama dibuat oleh negeri Melayu.