Al-Quran & Sains
5 fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
1. Kejadian Manusia
Ahli biologi dunia menemui -
bahawa penciptaan manusia adalah terjadi
dengan gabungan sperma dan ovum yang
membentuk zigot.Penemuan ini adalah hasil
kajian yang dibuat oleh ilmuan barat pada
1940.Proses ini diterangkan dengan jelas
oleh Al-Quran dalam
surah Al-Mukminun 12-14:
“Lalu Kami menciptakan anak keturunannya
berkembang biak dari air mani yang tersimpan
Kokoh dalam rahim hingga waktu kelahirannya.
“Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang
disimpan dalam tempat yang kukuh
iaitu rahim dalam perut perempuan.”
5 fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
2. Peredaran matahari dan bumi
Sejak sekian lama para saintis telah mengkaji dan membuat kesimpulan bahawa
planet-planet mengelilingi matahari manakala bulan mengelilingi bumi.
Mereka juga mendapati bahawa kesemua planet-planet dan bintang mempunyai
garis peredarannya sendiri.
Hal ini juga telah dijelaskan oleh Al-Quran sejak lebih 1,400 tahun dahulu.
“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari
dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
(di angkasa lepas).” -Al Anbiya 33
“dan matahari berjalan ditempat peredarannya.
Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." -Yaasin 38
5 fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
3. Alam semesta yang berkembang
Pada abad ke-20 seorang ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann
dan ahli kosmologi George Lemaitre telah membuat satu penemuan
yang mengejutkan bahawa alam semesta ini tidak statik sebaliknya terus berkembang
dari semasa ke semasa.
Ini juga telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam surah Ad Dariyat ayat ke-47
“Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya
kami benar-benar meluaskannya!”
5 fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
4. Kekuatan dan rahsia besi
Ahli astronomi moden mengakui bahawa logam besi yang
ditemui di bumi ini adalah bukan berasal dari bumi sebaliknya
ia adalah dari bintang-bintang raksasa di luar angkasa sana.
Al Quran menerangkannya dalam Surah Al Hadid ayat 25:
“Dan kami menurunkan besi yang padanya terdapat
kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia”
5 fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
5. Cap jari
Dunia hari ini mengakui bahawa sekalipun manusia telah wujud sekian lama
dan jumlahnya berbilion namun fakta mengenai cap jari manusia sangat ajaib.
Al-Quran bukanlah buku sains namun ia telah dinyatakan mengenainya
sejak sekian lama dalam surah Al Qiyaamah 3-4
“Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan
tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
“Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa Menyusun
(dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
SEKIAN, TERIMA KASIH