The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG BIL 3 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liazalia72, 2021-04-13 09:57:26

MINIT MESYUARAT BIL3/2021

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG BIL 3 2021

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BIL. 3 / 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST

Tarikh : 18 Januari 2021
Masa : 3.00 petang
Tempat : Google Meet

Kehadiran : 1. Pn. Peggy Wong (Penasihat)
2. En. Muzzafar b. Mohd. Zain (YDP PIBG)
3. En. Chin Kang Wei (Naib YDP PIBG)
4. Pn. Azalia binti Hj. Abu (Setiausaha)
5. Pn. Susila Devi a/p Sanmugam (Naib Setiausaha)
6. Pn. Farah Azila bt. Sulaiman (Bendahari)
7. Pn. Noor Azwa bt. Abd. Majid (Naib Bendahari)
8. Dr. Prem Lal a/l N. Hathulal (AJK Ibu Bapa)
9. Pn. Rosnani bt. Ayob (AJK Ibu Bapa)
10. En. Balachandrar Naidu a/l Purusa Naidu (AJK Ibu Bapa)
11. En. Vigneswaran Thavachellvam (AJK Ibu Bapa)
12. En. Zu Yazin b. Mohd. Noor (AJK Guru)
13. Pn. Lavaanya a/p Panneerchelvam (AJK Guru)
14. Pn. Haliza bt. Jamaludin (AJK Guru)
15. Cik Norazah bt. Yunus (AJK Guru)
16. Pn. Nurin Azhani bt. Azizan (AJK Guru)

Turut Hadir:
1. Pn. Noni Junaidah bt. Mohd. Yunus (PK Pentadbiran)
2. Pn. Salmah bt Mat Rashid (PK Hal Ehwal Murid)
3. Pn. Thirupthi a/p Visvanathan (PK Ko-Kurikulum)

Tidak Hadir Bersebab:
1. En. Muhammad Shaiful Azha b. Basri (AJK Ibu Bapa)

Agenda 1: Ucapan Pengerusi
1.1
Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli yang hadir pada
mesyuarat AJK PIBG pada kali ketiga ini. Beliau berterima kasih atas kesediaan semua
ahli untuk menyertai mesyuarat secara “google meet” berdasarkan keadaan situasi
pandemik yang amat merisaukan kini.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat pada kali ini lebih menumpukan
perkara-perkara berbangkit berkenaan sesi pembukaan sekolah sesi 2021 dalam
keadaan pendemik yang agak membimbangkan. Justeru tiada pembentangan dan
pengesahan minit mesyuarat kali kedua.

1.3 Pengerusi berharap terdapat kaedah lain yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah
selain pembelajaran dalam talian kerana bukan semua ibu bapa mempunyai

kemudahan Internet yang baik. Beliau turut memberi contoh terdapat sekolah di
Kuala Lumpur yang menggunakan kaedah mengambil modul atau latihan di sekolah
secara bergilir-gilir selain pembelajaran dalam talian.

Makluman

Agenda 2 : Ucapan Penasihat

2.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa
ke mesyuarat PIBG kali ketiga sesi 2020/2021.

2.2 Beliau telah memperkenalkan barisan penolong kanan SK Perempuan Methodist yang
baru iaitu Puan Noni Junaidah bt. Mohd. Yunus (Penolong Kanan Pentadbiran), Puan
Salmah bt. Mat Rashid (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Puan Thirupthi a/p
Visvanathan (Penolong Kanan Kokurikulum)

2.3 Puan Guru Besar turut memaklumkan bahawa SK Perempuan Methodist telah
dimasukkan dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Pengurusan sekolah
akan menjadi lebih sistematik dengan adanya program ini.

2.4 Puan Guru Besar turut memaklumkan bahawa sebayak 22 buah Smart TV telah
dipasang di kelas-kelas. Kabel HDMI turut dibekalkan sekali memandang Wifi sekolah
kurang memuaskan. Selain itu, dari segi infrastruktur sekolah, dinding luar bangunan
baru telah dibaiki dan dicat disebabkan terdapat rekahan yang menyebabkan air
hujan masuk ke dalam bangunan.

2.5 Puan Guru Besar turut memaklumkan bahawa pemindahan bilik turut dilakukan
melibatkan makmal sains yang berpindah ke kelas 2 Harold (SMK Perempuan
Methodist) dan surau ke bilik SPBT (SMK Perempuan Methodist). Hal ini disebabkan
pihak Tadika menuntut kawasan mereka.

2.6 Puan Guru Besar juga meminta jasa baik dan ehsan daripada PIBG agar memberi
pinjaman duit kepada empat orang pekerja swasta disebabkan mereka tidak peroleh
gaji bulan Disember. PIBG bersetuju untuk memberi pinjaman sebanyak RM600
seorang (secara one off) dan mereka perlu membayar semula RM300 x 2 bulan
kepada PIBG agar tidak membebankan mereka.

2.7 Puan Guru Besar turut memaklumkan bahawa guru-guru SK Perempuan Methodist
telah bergotong-royong bagi menyambut kehadiran murid-murid pada sesi
persekolahan yang akan datang. Pihak sekolah telah membuat persediaan yang
terbaik untuk memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid.

Makluman

Agenda 3: Laporan Kewangan
3.1
Puan Farah Azila telah membentangkan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir pada

bulan Disember,2020 iaitu berbaki sebanyak RM44,284.40 dan Laporan Kewangan

Komputer yang berakhir pada bulan Disember,2020 berbaki sebanyak RM5996.87

Makluman

Agenda 4 Laporan Penolong Kanan

4.1 Laporan Penolong Kanan Pentadbiran:
Puan Noni Junaidah memaklumkan terdapat penambahbaikan daripada tahun lepas.
Dokumen Penjajaran Kurikulum telah didedahkan kepada guru-guru secara google
meet. Terdapat tiga kaedah pdp yang ditawarkan iaitu:
i. selesaikan dahulu standard pengajaran yang belum habis
ii. selitkan standard pengajaran yang belum habis dalam tajuk yang sesuai
iii.guna kedua-dua kaedah yang difikirkan sesuai.
Kebanyakan guru memilih untuk menyelitkan standard pengajaran yang belum
selesai ke dalam tajuk yang sesuai.

Murid-murid Tahun 1,2021 akan menggunakan modul transisi dan akan diedarkan
kepada ibu bapa secara pandu lalu pada 19.01.2021. Modul ini akan digunakan
sehingga bulan Mac, 2021.

Puan Noni turut memaklumkan bahawa jadual akan melibatkan beberapa fasa. Fasa 1
contohnya, jadual hingga akhir Januari. Dalam fasa 1, guru-guru akan ambil masa
untuk berkenalan dengan murid-murid.

Makluman
4.2 Laporan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:

Puan Salmah memaklumkan bahawa murid-murid Tahun 1, 2021 adalah seramai 121
orang. Seramai 12 orang murid baru telah mendaftar masuk ke sekolah ini. Beliau
turut memaklumkan bahawa semasa pandu lalu untuk mengambil modul transisi, ibu
bapa akan menyertakan sekali sampul untuk modul dan wang RM21.00.

Murid-murid Tahun 2-6 akan membuat pemulangan dan pengambilan buku teks
pada Tarikh yang telah ditetapkan oleh AJK SPBT. Beliau berharap semua ibu bapa
akan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan agar proses pemulangan dan
pengambilan buku teks berjalan lancar.

Puan Salmah turut meminta jasa baik daripada pihak PIBG agar memberi kelulusan
kepada hampir 400 orang murid yang layak mendapat bantual awal persekolahan.
Hal ini kerana terdapat ibu bapa yang tidak memberitahu jumlah pendapatan.

Makluman

4.3 Laporan Penolong Kanan Kokurikulum:
Aktiviti kokurikulum akan dibuat dalam bentuk projek dalam masa PKPB. Pihak
sekolah akan menganjurkan pertandingan dalam talian bagi mencungkil bakat pelajar
seterusnya dalam mewakili sekolah dalam pertandingan dalam talian yang dianjurkan
oleh PPD.
Makluman

Agenda 5 Hal-hal lain
5.1 YDP amat menggalakkan pertandingan dalam kalangan pelajar. Guru-guru boleh
menggunakan aplikasi seperti Kahoot, Quizziz dan lain-lain pertandingan yang sesuai
dengan pelajar. Pihak PIBG boleh menyediakan hadiah untuk pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

5.2 Puan Salmah mencadangkan agar diberi hadiah untuk kehadiran murid sebagai satu
bentuk galakan hadir ke sekolah. Beliau akan menyediakan kertas kerja bagi tujuan
tersebut.

5.3 Puan Rosnani berharap agar diadakan majlis atau penghargaan utnuk murid-murid
Tahun 6, 2020 sebagai kenang-kenangan sepanjang enam tahun berada di sekolah
rendah.
YDP turut berasa simpati terhadap pelajar-pelajar Tahun 6 dan mencadangkan agar
diperuntukkan RM30-RM50.00 seorang dalam bentuk cenderamata sebagai tanda
kenangan.
En. Bala menyatakan majlis atau cenderahati untuk Tahun 6 boleh dibuat kemudian
kerana mereka masih berada dalam kawasan yang sama.
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan memikirkan cara yang sesuai
untuk menyampaikan hasrat YDP. Beliau turut memaklumkan bahawa pada
22.01.2021 akan diadakan hari pemulangan buku teks dan pemberian sijil kepada
murid-murid Tahun 6 secara pandu lalu.

5.4 En. Vignes berharap pihak sekolah boleh fikirkan cara untuk bantu pelajar yang tidak
dapat mengikuti pembelajaran dalm talian agar semua pelajar dapat mengikuti
proses pembelajaran dengan baik.

5.5 Puan Guru Besar memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG harus
dibuat sebelum 30 Mac 2021. Sekiranya PKP sehingga Tarikh tersebut, beliau
mencadangkan agar dibuat google form untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa
agar mengekalkan ajk sedia ada. Segala aktiviti dan sumbangan yang melibatkan ajk
PIBG akan dibuat dalam bentuk powerpoint dan akan disertakan dalam google form
tersebut.
En. Bala mencadangkan agar pencalonan ajk yang baru dibuka kepada ibu bapa
pelajar Tahun Satu,2021 yang mungkin ada yang terbaik.

5.6 Dr. Prem berharap sesi pemulangan dan penerimaan buku teks mengikut SOP yang
ditetapkan.
Beliau turut mencadangkan pelajar-pelajar yang menghadiri kelas dalam talian diberi
mata sebagai galakan.
Puan Noni menjelaskan ada guru yang memberi penghargaan secara peribadi sebagai
penghargaan kepada pelajar atas komitmen mereka dalam pembelajaran.

5.7 Puan Guru Besar menjelaskan pdpr adalah digalakkan bukan paksaan kepada pelajar
tetapi guru-guru wajib mengajar. Guru Besar turut memaklumkan secara keseluruhan
hanya 30% sahaja pelajar yang melibatkan diri dalam pembelajaran dalam talian.

Agenda 6 Ucapan Penangguhan
6.1 YDP mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama daripada ajk dan pihak
sekolah. Moga PIBG dan sekolah akan terus berganding bahu demi memastikan
kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang. Perjumpaan seterusnya akan diadakan sebelum
Mesyuarat Agung PIBG.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_____________________ _______________________
(AZALIA BT. HJ. ABU) (MUZZAFAR B. MOHD. ZAIN)
Setiausaha PIBG 2020/2021 Yang Dipertua PIBG
SK Perempuan Methodist SK Perempuan Methodist

Disahkan oleh :

_____________________
(PEGGY WONG)
Guru Besar
SK Perempuan Methodist

Pengesahan minit mesyuarat:
Pencadang : ________________________________
Penyokong : ________________________________


Click to View FlipBook Version