SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4
JALAN MAWAR 45, TAMAN MAWAR
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
KERTAS KERJA
PROGRAM KEMAS IKATAN,
KUAT SIMPULAN
TARIKH: 1 OGOS 2021
TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING
ANJURAN:
UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
DENGAN KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM
SK PASIR GUDANG 4
KERTAS KERJA
PROGRAM KEMAS IKATAN, KUAT SIMPULAN
SK PASIR GUDANG 4
1. PENDAHULUAN
Program Kemas Ikatan, Kuat Simpulan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum
yang dianjurkan oleh Unit Beruniform Pengakap Sekolah. Program ini disertai oleh
ahli-ahli pengakap Tahun 5. Program ini dianjurkan bertepatan dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu perkembangan murid
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi melalui penyertaan dalam
aktiviti kokurikulum. Pengetahuan dan kemahiran asas dalam ikatan dan simpulan ini
dapat digunakan apabila murid menyertai aktiviti perkhemahan serta diaplikasi dalam
kehidupan sebenar.
2. TUJUAN PROGRAM
Program ‘Kemas Ikatan, Kuat Simpulan’ ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada murid tentang asas dalam ikatan dan simpulan. Murid mengetahui
kepentingan membuat ikatan dan simpulan terutama ketika menyertai aktiviti
perkhemahan. Melalui program ini keyakinan murid dapat ditingkatkan terutama dari
segi kepimpinan dan meningkatkan disiplin diri. Program ini juga dapat mengukuhkan
nilai murni dalam diri agar modal insan yang seimbang dapat dibentuk selaras dengan
pembangunan negara. Selain itu, program ini juga dapat memupuk kesabaran yang
tinggi dalam diri terutama ketika menghasilkan gajet perkhemahan. Ketelitian dan
ketekunan diperlukan agar gajet yang dihasilkan sempurna.
3. OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kemahiran murid membuat ikatan dan simpulan untuk digunakan
semasa aktiviti perkhemahan.
3.2 Menerapkan kemahiran kreatif dalam menghasilkan gajet perkhemahan
menggunakan bahan sedia ada.
3.3 Memupuk nilai-nilai murni dan kerjasama dalam melaksanakan tugasan.
4. KUMPULAN SASARAN
45 orang ahli pengakap Tahun 5, SK Pasir Gudang 4.
5. TARIKH
1 Ogos 2021 (Ahad)
6. TEMPAT
Kediaman masing-masing (secara atas talian).
7. JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Puan Norliza binti Hashim
Pengerusi : Encik Mohd Wizan bin Mustafa (GPK Kokurikulum)
Naib pengerusi : 1) Puan Dian Dianti binti Jumaat (GPK Kurikulum)
Penyelaras 2) Puan Aishah binti Ibrahim (GPK HEM)
3) Encik Mohd Hafiz bin Hanapiah (GPK Petang)
: Cik Noraini binti Sukor
Setiausaha : Encik Noor Azman bin Abu
Ahli Jawatankuasa Aktiviti
Tugas Nama guru Perincian Tugas
Pamplet dan 1. Cik Priscilla a/p Paul 1. Membuat pamphlet secara soft copy
hebahan 2. Mohamad Syafiq bin Shafie untuk disebarkan kepada kelas tahun 5
kelas dalam kumpulan Whatsapp kelas
(Publisher/Anyflip/Canva/dsb)
Fotografi & 1. Mohd Hasrul Hafiezan bin 1. Mengambil gambar aktiviti-aktiviti yang
dokumentasi Abd Mubin berlangsung sepanjang program.
2. Mohamad Afifey bin Kodir 2. Memuatnaik gambar tersebut ke
dalam aplikasi telegram sekolah.
Sijil 1. Cik Rosyatisah binti Roslan 1. Membuat sijil penyertaan untuk
penyertaan 2. Mohamad Asri bin Yacob diberikan kepada murid
8. PELAKSANAAN PROGRAM
7.1 Berbincang dengan pentadbir
7.2 Menyediakan kertas kerja
7.3 Pengagihan tugas
7.4 Pelaksanaan Program
7.5 Penilaian
7.6 Laporan dokumentasi
9. PERJALANAN PROGRAM
Program Kemas Ikatan, Kuat Simpulan merangkumi tiga aktiviti iaitu:-
9.1 Penerangan dan tayangan video cara membuat ikatan dan simpulan
9.2 Kuiz ikatan dan simpulan dengan menggunakan aplikasi Quizizz
9.3 Murid menghantar gambar dan video gajet perkhemahan di ruangan telegram.
10. STRATEGIK PELAKSANAAN
10.1 Perbincangan dengan pihak pentadbiran
10.2 Penyediaan kertas kerja
10.3 Pelaksanaan program
10.4 Laporan program
11. PENILAIAN
Sila rujuk borang penilaian di lampiran
12. ANGGARAN KEWANGAN
Sumber: Unit Kokurikulum
BIL PERKARA JUMLAH
1 Sijil penyertaan 2 rim x RM 15.00 = RM 30.00
JUMLAH RM 30.00
JUMLAH RM 30.00
13. ATURCARA PROGRAM
MASA AKTIVITI
8.30 pagi Kehadiran ahli pengakap
Taklimat program
Aktiviti 1
Penerangan ikatan dan simpulan
Tayangan video cara membuat ikatan dan simpulan
Aktiviti 2
Quizizz ikatan dan simpulan
Aktiviti 3
Murid menghasilkan ikatan dan simpulan secara individu dan menghantar
hasil kerja dalam bentuk bergambar atau video di ruangan telegram.
11.00 pagi Program tamat
14. PENUTUP
Adalah diharapkan agar Program Kemas Ikatan, Kuat Simpulan anjuran Unit
Beruniform Pengakap ini dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Semoga
program yang dirancang ini mendapat manfaat kepada semua pihak.