E-PEMBELAJARAN BMMB 3193 USMAN AWANG Ahli kumpulan: Joel, Dayangku Wanieda, EfyscIa, Clyrence & Deborah Kelas: BM1622
Pelajar meneroka maklumat (jurnal/prosiding) dalam talian tentang kajian kesamarataan gender dalam prosa moden (cerpen/novel/drama) dan membuat ulasan. Soalan
Jurnal 1 : https://ir.upsi.edu.my/files/docs/ 2020/1491_1491.pdf Cerpen bertajuk “Manatakka Manputaiyal Aki”
Imej Wanita India dalam Cerpen N.Mageswari Sathiyawathy Suami pemabuk Bekerja siang dan malam Taat kepada suami Menjaga keluarga Suaminya tidak bertanggungjawab
Ulasan 1 Cerpen Manatakka Manputaiyal Aki, sebenarnya ingin menunjukkan wujudnya kesamarataan gender walaupun watak utama harus menjaga rumah tangga kerana suaminya seorang yang tidak bertanggungjawab. Namun, Sathiyawathy yang merupakan watak utama berjaya menjadi wanita yang berpendidikan tinggi sekali gus tidak berharap dengan suaminya kerana dia mampu bekerja dan menyara keluarga. Sathiyawathy juga mampu memberi pendidikan yang baik untuk anaknya. Situasi ini menggambarkan bahawa dia mampu menjadi wanita yang berjaya setaraf dengan lelaki-lelaki lain diluar sana bahkan lebih baik daripada mereka. Sathiyawathy juga mempamerkan sikap wanita yang mampu melawan kudrat seorang lelaki dengan berjaya melawan emosinya sebagai seorang wanita yang akan beremosi ketika mendapat suami yang pemalas, bahkan dia tidak menyebarkan sikap buruk suaminya kepada orang lain dan sentiasa taat setia.
ULASAN 2 Terdapatnya pemikiran berkaitan feminisme dalam cerpen Manatakka Manputaiyal Aki. Sebagai contoh, watak utama, iaitu Sathiyawathy, seorang wanita yang terpaksa menjaga keluarganya dan memantau perkembangan pendidikan anak-anaknya. Sathiyawathy merupakan isteri kepada seorang suami yang malas, tidak bertanggungjawab dan seringkali mabuk. Walau bagaimanapun, dia tetap setia kepada suaminya kerana dia tidak ingin berpisah dan masih mencintai suaminya seadanya, Hal ini jelas menunjukkan bahawa Sathiyawathy merupakan seorang isteri yang taat dan solehah terhadap suaminya. Terbuktilah perkara ini membawa kepada pemikiran feminisme kerana melibatkan persoalan tentang kebebasan kaum wanita (Sathiyawathy) daripada perhambaan kaum lelaki (suaminya Sathiyawathy).
Cerpen Manatakka Manputaiyal Aki menceritakan bahawa wanita juga dapat hidup berdikaritanpa lelaki disamping. Contohnya, Sathiyawathy merupakan seorang ketua keluarga yang telah ditinggalkan suami. Beliau bekerja keras untuk memelihara keluarga dan berupaya memberi pendidikan yang terbaik kepada anakanaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam demi menanggung semua perbelanjaan keluarga dan bertindak berani menyelesaikan masalah keluarga. Jelaslah bahawa, wanita tidak perlu terlalu bergantung harapan sepenuhnya kepada kaum lelaki yang tidak menjalankan amanah sebaliknya mereka mula yakin pada diri sendiri dan kebolehan dan kemampuan mereka. ulasan 3
Ulasan 4 Bagi Cerpen N. Mageswari, pengarang cuba untuk mengetengahkan mengenai imej wanita dan mengenal pasti citra wanita serta perjuangan kaum wanita di luar sana bahawa wanita mampu berdikari tanpa seorang lelaki. Pendekatan ini sudah tentunya akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka di mata masyarakat. Di dalam cerpen ini, pengarang mengetengahkan pemikiran feminisme iaitu imej masayarakat India di dalam cerpen N.Mageswari. Pemikiran Feminisme membawa maksud perjuangan kaum wanita untuk mendapatkan status yang sama dengan lelaki.
Ulasan 5 Bagi Cerpen N. Mageswari, dalam karya cerpennya Manatakka Manputaiyal Aki . Pengarang berjaya memaparkan genre kesamarataan gender dan juga meningkatkan imej wanita . Hal ini kerana perjuangan wanita yang ditunjukkan oleh pengarang melalui watak Sathiyawathy yang terpaksa memikul tanggungjawab yamg besar dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak - anaknya dan memberikan kehidupan yang selesa kepada mereka meskipun mempunyai suami yang pemabuk dan malas bekerja. Peranan seorang wanita yang mampu menggalas tanggungjawab seorang suami tersebut menunjukkan bahawa kemampuan seorang wanita untuk berjuang
SEKIAN, TERIMA KASIH.