Tajuk
Umang
Si Tempang
Oleh Natasha
Di sebuah kampung yang diberi nama kampung
Semakau, tinggal seorang budak lelaki yang tempang.
Budak lelaki tersebut Bernama Umang. Umang tinggal
bersama dengan ibunya, Mak Senai di hujung kampung.
Bapa Umang telah meninggal ketika Umang berusia lima
tahun.
Walaupun tanpa suami, Mak senai berusaha
membesarkan Umang. Kehidupan Umang dan ibunya
sangat susah. Untuk mendapatkan makanan, Mak Senai
akan ke hutan setiap hari untuk mencari kayu api. Hasil
kutipan kayu api tersebut akan dijual ke pasar. Dengan
itu, dapatlah mereka membeli beras dan barangan lain.
Di kampung tersebut, Umang dan ibunya sangat disenangi oleh
penduduk kampung. Umang sering kali dipuji oleh penduduk
kampung kerana rajin menolong ibunya dan sering beramah-
mesra dengan penduduk kampung. Walaupun kaki Umang
tempang, Umang tidak pernah mengeluh akan kekurangan yang
ada pada dirinya. Umang tidak pernah berfikir bahawa
kekurangan pada dirinya menjadi penghalang untuk dia
melakukan aktiviti seharian seperti orang lain.
Ucup, Imai dan Ipan merupakan sekumpulan budak nakal
dikampung tersebut. Setiap hari, mereka bertiga selalu
mengacau Umang. Mereka sering mengejek Umang dengan
gelaran ‘Si Kaki Bengkok’. Namun, Umang memiliki seorang
sahabat baik Bernama Mika. Mika ialah cucu tok ketua
kampung. Mika ialah seorang yang berani dan baik hati. Apabila
Umang dikacau oleh Ucup dan kawan-kawannya, Mika akan
mengusir mereka bertiga. Umang sangat bersyukur mempunyai
sahabat seperti Mika.
Setiap petang, setelah Umang memberi makan haiwan
ternakannya, Umang akan menghabiskan masanya untuk
memancing di sungai. Untuk pergi ke sungai tersebut, Umang
perlu melalui jalan di pinggir hutan. Penduduk kampung sering
menasihati Umang untuk tidak memancing di sungai itu lagi
kerana dipercayai dihujung sungai tersebut terdapat sebuah
rumah usang. Penduduk kampung mengatakan bahawa rumah
usang tersebut berhantu kerana pernah melihat kelibat seorang
nenek tua berkebaya biru.
Namun begitu, Umang tidak mengambil kisah akan nasihat
penduduk kampung kerana baginya itu hanyalah cerita rekaan
untuk menakutinya sahaja. Bagi Umang, tidak mungkin ada
hantu di siang hari.
Seperti kebiasaaanya, Umang membawa joran miliknya untuk
memancing di sungai. Semasa dalam perjalanan menuju ke
sungai, Umang terserempak dengan Ucup dan kawan-
kawannya. Mereka sedang melastik sarang burung di dahan
pokok. Di dalam sarang tersebut ada seekor anak burung yang
baru menetas. Umang merasa perbuatan mereka adalah tidak
baik.
Dengan segera Umang berteriak menyuruh Ucup menghentikan
perbuatan mereka itu. Disebabkan merasa terganggu, Ucup dan
kawan-kawannya mulai melastik kearah Umang. Umang merasa
kesakitan apabila batu-batu tersebut mengenai tubuhnya.
Umang hanya mampu melindungi tubuhnya dengan tangan.
Namun, secara tiba-tiba Ucup dan kawan-kawannya berhenti
melastik kearah Umang. Perlahan -lahan umang melihat ke arah
Ucup dan kawan-kawannya. Umang merasa hairan apabila
Ucup dan kawan-kawannya berdiri tegak dan kelihatan pucat.
Sambil terketar-ketar, Ucup menunjuk ke arah belakang Umang.
“HANTUU!! Cepat lari!” jerit Ucup sebelum lari dengan laju.
Umang mengagahkan diri menoleh ke arah belakangnya.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang nenek tua
berkebaya biru sedang berdiri di belakangnya. Umang merasa
takut sampai tidak dapat mengerakkan kakinya. Dia teringat
akan cerita penduduk kampung tentang nenek tua yang tinggal
di hujung sungai tersebut.
“Cu, boleh tolong nenek pulang ke rumah? Nenek tidak dapat
melihat dengan jelas.” Ujar nenek berkebaya biru tersebut.
“Ne-nenek ni si-siapa?” tanya Umang dengan gagap.
“Panggil nenek, Nek Jah. Nenek tinggal di hujung sungai ini.”
Jawab nenek tersebut.
“Tapi orang kampung kata hujung sungai ni hanya ada rumah
usang berhantu.” Kata Umang kepada nenek tersebut.
“Memang rumah Nek Jah usang, tetapi tidak pernah pula Nek Jah
berjumpa dengan hantu” jawab Nek Jah sambil tersenyum.
“cucu siapa nama? Boleh tolong Nek Jah pulang ke rumah? Hari
semakin gelap, nenek takut ” Sambung Nek Jah.
Umang berasa kasihan melihat Nek Jah yang bertongkatkan kayu
itu. Perasaan takutnya terhadap Nek Jah kian menghilang.
“Baiklah Nek Jah, saya sudi membantu Nek Jah pulang ke rumah.
Nama saya Umang.” jawab Umang.
“Ooo Umangg.. terima kasih Umang” kata Nek Jah.
Umang menolong memimpin tangan Nek Jah.
Disebabkan Nek Jah sudah tua, dia berjalan dengan
sangat perlahan. Tambahan pula, dengan keadaan kaki
Umang yang tempang, mereka tidak dapat berjalan
dengan laju. Maka mereka tiba di rumah Nek Jah setelah
hari gelap.
Setelah menghantar Nek Jah, Umang ingin segera pulang
ke rumahnya kerana dia yakin ibunya pasti merasa risau
dengan keberadaannya. Namun, Nek Jah menghalang
Umang. Kata Nek Jah, bahaya sekiranya Umang balik pada
waktu itu kerana ada banyak binatang buas yang mencari
makanan apabila malam menjelma. Umang tidak dapat
membantah kata-kata Nek Jah kerana Nek Jah segera
menarik tangan Umang masuk ke dalam rumah usangnya.
Setelah masuk ke dalam rumah
tersebut, alangkah terkejutnya
Umang apabila mendapati bahawa di
dalam rumah itu terdapat sebuah
taman yang sangat cantik. Lebih
menghairankan Umang dapat melihat
langit yang memancarkan sinar
cahaya matahari, padahal sebelum
masuk ke rumah tersebut hari
sudahpun gelap. Suasana di dalam
rumah itu sangatlah tenang dan
damai. Burung - burung saling
berkicauan seolah-olah menyambut
kedatangan Umang.
Lebih mengejutkan Umang, Nek Jah yang tadi seorang nenek
tua yang bongkok dan bertongkat kini bertukar menjadi seorang
gadis yang sangat rupawan. Umang terdiam tidak mampu
mengatakan sepatah kata. Dirinya terpukau dengan apa yang
dilihatnya.
“Umang, usah takut. Sebenarnya aku penjaga kawasan sungai
ini. Kamu seorang yang sangat baik hati. Walaupun merasa
takut, kamu tetap menolong orang lain yang dalam kesusahan.”
Ujarnya. Umang masih terdiam di tempatnya tadi.
“Umang, ambillah pemberian saya ini sebagai tanda terima
kasih terhadap sikap baik kamu itu.” Ujar gadis itu sambil
menghulurkan sebuah botol yang mengandungi minyak.
“Sapulah minyak itu ke bahagian kaki kamu yang tempang,
maka kamu akan berjalan seperti orang lain. Ingatlah wahai
Umang, untuk sentiasa bersikap baik dengan orang lain, maka
percayalah kamu akan bahagia selamanya.” kata gadis tersebut
sebelum meniup sesuatu ke wajah Umang.
Pada keesokkan harinya, Umang terbangun apabila merasa
tubuhnya digoncang oleh seseorang. Rupa-rupanya, itu ialah ibu
Umang. Ibunya lantas memeluk Umang sambil menangis. Umang
berasa hairan apabila dia melihat kawasan sekeliling. Ianya ialah di
tepi kawasan sungai tempat dia selalu memancing. Umang melihat
botol di gengaman tangannya. Lantas dia teringat akan pesan gadis
penjaga sungai itu. Umang segera menyapukan minyak itu ke
kakinya. Alangkah gembiranya dia apabila dia dapat berjalan seperti
orang lain. Ibu Umang turut gembira melihat anaknya tidak lagi
tempang.
tamat