The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh kerja kursus SPM 2022 subjek perniagaan oleh Helmy Haqim.

Diminta kepada yang menggunakan contoh ini untuk rujukan sahaja. Elakkan sebarang plagiat atau peniruan. Saya meletakkan kepercayaan pada anda.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helhelmyhaqim050624, 2023-08-02 22:59:32

Kerja Kursus Perniagaan SPM 2022

Contoh kerja kursus SPM 2022 subjek perniagaan oleh Helmy Haqim.

Diminta kepada yang menggunakan contoh ini untuk rujukan sahaja. Elakkan sebarang plagiat atau peniruan. Saya meletakkan kepercayaan pada anda.

HELMY AND FRIENDS HEALTHY SNACKS Lot 621, 6, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor RANCANGAN PERNIAGAAN NAMA CALON MUHAMMAD HELMY HAQIM BIN SUPARI NO KAD PENGENALAN 050624-10-1447 ANGKA GILIRAN BB050A038 NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIJANGKANG JAYA


SENARAI KANDUNGAN No Butiran Mukasurat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Latar belakang Perniagaan 2 3.0 Latar belakang Rakan Kongsi 3-4 4.0 Rancangan Pentadbiran 4.1 Carta organisasi perniagaan 4.2 Spesifikasi tugas pentadbiran 4.3 Penggajian 4.3.1 Jadual imbuhan dan gaji termasuk KWSP dan PERKESO 4.3.2 Bentuk insentif pekerja 4.3.3 Program yang sesuai bagi pembangunan dan kemahiran pekerja 4.4 Kos-kos perbelanjaan lain 4.4.1 Senarai kos-kos pentadbiran mengikut keperluan perniagaan 5-12 5.0 Rancangan Operasi 5.1 Jenis produk 5.2 Carta alir proses produk (carta alir) 5.3 Waktu operasi perniagaan 5.4 Spesifikasi tugas operasi 5.5 Kedudukan premis perniagaan 5.6 Susun atur ruang premis perniagaan 5.7 Rakan strategik niaga 5.8 Kos Operasi 5.9 Pengurusan sumber Fizikal dan Teknologi 13-24 6.0 Rancangan Pemasaran 6.1 Analisis industri 6.2 Analisis pasaran 25-36 7.0 Rancangan Kewangan 7.1 Menghitung keperluan modal perniagaan 7.2 Penyata Pengeluaran / menghitung kos pengeluaran 7.3 Penyata Kewangan Proforma 37-43 8.0 Penutup 44 Lampiran (Dokumen Sokongan) 45


i RINGKASAN EKSEKUTIF Perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks adalah sebuah perniagaan jenis perkongsiaan yang diusahakan oleh Helmy, Adam dan Azri. Perniagaan kami beroperasi di Lot 621, 6, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor. Perniagaan kami menghasilkan produk makanan kesihatan iaitu “Fruity More” yang berasakan buahbuahan tempatan yang dikeringkan serta dicampurkan dengan madu asli. Produk ini mempunyai kualiti yang premium dan membekalkan khasiat yang pelbagai serta sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur. Ianya juga telah mendapat kelulusan HALAL oleh JAKIM. Visi perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks adalah untuk menjadi pengeluar produk makanan kesihatan yang terkemuka bukan sahaja di Malaysia, malahan ke peringkat antarabangsa. Misi kami pula adalah untuk memperkenalkan prduk kami iaitu “Fruity More” kepada semua lapisan masyarakat serta mempromosikan tentang khasiat produk makanan kesihatan kami kepada masyarakat untuk meraih keyakinan dan kepercayaan mereka.. Selain itu kami juga ingin mencipta peluang perniagaan di dalam industri makanan kesihatan dan juga memajukan nama perniagaan. Perniagaan kami juga mempunyai objektif tersendiri iaitu, ingin menyasarkan sasaran jualan produk “Fruity More” sebanyak 3 000 sebulan dan juga menyasarkan peningkatan keuntungan sebanyak 5% setiap bulan. Disamping itu kami ingin meluaskan lagi pasaran dengan membuka 2 atau 3 buah cawangan di kawasan berbeza dalam masa 7 tahun. Kami juga menyasarkan untuk mengeluarkan produk baharu seperti produk minuman kesihatan dalam masa 3 tahun. Ringkasan rancangan pentadbiran menunjukkan perniagaan ini di urus oleh Muhammad Helmy Haqim Bin Supari iaitu pengurus besar yang dibantu oleh penolong pengurus iaitu Muhammad Azri Bin Ahmad selaku rakan kongsi aktif dalam perniagaan ini yang menyumbang modal sebanyak RM50 100 dan juga Muhammad Adam selaku rakan kongsi yang hanya menyumbang modal sebanyak RM33 400 . Seterusnya, Nurul Ain Binti Kamal bertugas sebagai penyelia operasi yang bertanggungjawab memantau empat orang pekerja operasi. Perniagaan kami menawarkan gaji mengikut kadar ganjaran minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM1500. Pelbagai jenis insentf juga disediakan seperti caruman KWSP, caruman PERKESO, bonus tunai, kemudahan cuti dan kemudahan perubatan untuk memastikan kebajikan pekerja terjamin dan seterusnya memastikan operasi perniagaan dapat dijalankan secara optimum.


ii Ringkasan rancangan pemasaran yang menerangkan tentang strategi promosi yang strategik dengan menggunakan pelbagai jenis media seperti media sosial iaitu Facebook, Instagram dan Tiktok untuk menarik minat pelanggan secara lebih luas. Kaedah ini memerlukan kos yang minimum dan pada masa yang sama mengurangkan kos perbelanjaan. Selain itu, perniagaan kami menggunakan media cetak seperti risalah yang akan di agihkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Langat. Di samping itu, perniagaan kami mengadakan promosi jualan seperti potongan harga pada hari-hari istimewa iaitu pada hari Perayaan Tahun Baru Cina, Bulan Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Deepavali dan juga hari perayaan lain. Analisis SWOT menunjukkan perniagaan kami mempunyai kekuatan dari segi harga. Kami menawarkan harga yang kompetitif dan berpatutan iaitu RM25 bagi 500g sebungkus. Harga yang dikenakan juga adalah lebih murah berbanding dengan pesaing kami. Ringkasan rancangan operasi menerangkan tentang senarai harga produk kami iaitu RM25 dengan anggaran kuantiti 500g sebungkus. Waktu perniagaan kami mula beroperasi adalah dari 8 pagi hingga 9 malam dan akan berehat 2 kali sehari. Perniagaan kami beroperasi dari hari Selasa hingga Ahad dan akan ditutup setiap hari Isnin. Pelanggan boleh membuat pembelian secara terus di premis perniagaan kami ataupun boleh hubungi kami di 03-5788-1255 untuk membuat tempahan awal. Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan secara atas talian. Perniagaan juga menggunakan pelbagai jenis mesin bagi melancarkan operasi pengeluaran produk. Bahan- bahan mentah yang digunakan merupakan buah -buahan tempatan yang segar dan sebahagiannya perniagaan dapatkan daripada rakan strategik iaitu FAMA. Ringkasan rancangan kewangan menunjukkan kami menggunakan sumber pembiayaan luaran iaitu pinjaman daripada MARA. Perniagaan kami membuat pinjaman daripada MARA sebanyak RM50 000 di bawah SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MUDAH JAYA (SPIM) dengan kadar faedah serendah 4% dan tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 10 tahun. Pinjaman ini adalah bertujuan untuk membeli kelengkapan operasi seperti mesin pencuci buah, mesin pengering, mesin pembungkusan dan juga melakukan ubah suai premis


iii Modal permulaan kami adalah sebanyak RM167 000 yang diperoleh daripada sumber pembiayaan dalaman iaitu wang simpanan sendiri. Modal permulaan kami dikumpulkan dari ketiga tiga rakan kongsi. Rakan kongsi satu menyumbang modal sebanyak RM83 500, rakan kongsi dua menyumbang modal sebanyak RM50 100 dan rakan kongsi tiga sebanyak RM33 400. Modal keseluruhan yang diperoleh daripada kedua dua sumber pembiayaan adalah sebanyak RM217 000. Prospek masa depan perniagaan kami megharapkan dapat menghasilkan lebih banyak saiz produk untuk menarik lebih banyak pelanggan dan juga menyasarkan pengeluaran produk baharu seperti minuman kesihatan. Selain itu, perniagaan kami juga mensasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di Malaysia dan juga meluaskan pasaran produk hingga ke luar negara.


1 1.0 PENGENALAN Nama perniagaan kami ialah Helmy and Friends Healthy Snacks. Nama perniagaan ini dipilih berdasarkan produk kesihatan yang kami hasilkan dan nama ini juga menunjukkan kerjasama antara saya dan rakan kongsi. Perniagaan kami merupakan perniagaan jenis perkongsian yang mudah ditubuhkan kerana tidak banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Kami memilih perniagaan jenis perkongsian untuk mendapatkan modal yang lebih besar serta untuk berkongsi kepakaran, pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan kejayaan perniagaan. Kegiatan utama perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks ialah menghasilkan makanan kesihatan yang berasaskan buahbuahan tempatan yang dikeringkan dan dicampurkan dengan madu asli. Ianya sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur dan juga telah diiktiraf halal oleh JAKIM. Perniagaan kami terdiri daripada 7 pekerja iaitu pengurus besar, penolong pengurus, penyelia operasi dan seterusnya empat orang pekerja operasi. Bagi meningkatkan lagi kemahiran pekerja, perniagaan kami menyediakan program latihan kepada pekerja iaitu Program Latihan Keusahawanan Oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara). Latihan Keusahawanan ini merupakan kursuskursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi. Tujuan rancangan perniagaan ini diadakan adalah untuk memohon pembiayaan daripada MARA sebanyak RM50 000 di bawah SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MUDAH JAYA (SPIM). Kami memilih MARA kerana agensi ini menawarkan kadar faedah yang rendah sebanyak 4% dan tempoh pembayaran yang fleksibel selama 10 tahun. Selain itu, agensi ini juga membolehkan jumlah pinjaman disesuaikan dengan keperluan semasa perniagaan. Perniagaan kami juga mempunyai sumber pembiayaan dalaman iaitu wang simpanan sendiri dan setiap rakan kongsi turut menyumbangkan modal sebanyak RM167 000. Penggunaan sumber pembiayaan dalaman adalah mudah dan ringkas serta tidak melibatkan kos faedah. Akan tetapi jumlah modal yang dikumpul masih terhad dan sukar untuk ditambah dalam masa yang singkat. Hal ini menyebabkan kami memerlukan pinjaman daripada agensi MARA. Pinjaman RM50 000 tersebut digunakan untuk melakukan ubah suai premis serta membeli mesin seperti mesin pencuci buah, mesin pengering dan mesin pengadun madu.


2 2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN BUTIRAN MAKLUMAT Nama Perniagaan Helmy & Friends Healthy Snacks Alamat Premis Perniagaan Lot 621, 6, Jalan Gangsa, Kawasan PerindustrianTelok Panglima Garang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor No.Telefon Dan Faks 03-5788-1255 Emel/FB [email protected] / FruityMoreee Bentuk Milikan Perniagaan Perkongsian Kegiatan Utama Perniagaan Menghasilkan makanan kesihatan yang berasaskan buah-buahan tempatan yang dikeringkan seperti manggis, nangka, mangga dan pisang dicampurkan dengan madu asli Tarikh Pendaftaran Perniagaan 1 Julai 2022 Tarikh Mula Perniagaan 1 Ogos 2022 No.Pendaftaran Perniagaan (SSM) 202203786543 Modal Sumbangan Rakan Kongsi Rakan Kongsi 1 : RM83 500 Rakan Kongsi 2 : RM50 100 Rakan Kongsi 3 : RM33 400 Modal Kesuluruhan Jumlah modal rakan kongsi : RM167 000 Pinjaman MARA : RM 50 000 Jumlah : RM217 000 Nama Bank Perniagaan Cimb Bank Berhad No.Akaun Bank Perniagaan (Akaun Semasa) 7602787569


3 3.0 LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI BUTIRAN MAKLUMAT Nama Penuh Muhammad Helmy Haqim Bin Supari No. Kad Pengenalan 950624-10-1447 Tarikh Lahir/Umur 24 Jun 1995 / 27 Tahun Status Perkahwinan Bujang Alamat Rumah Lot 4206 Jalan Merbuk Batu 9 Kebun Baharu 42500 Telok Panglima Garang, Selangor No. Telefon Peribadi 011 1621 3193 E-Mel [email protected] Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Kemahiran Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin Pengalaman Bekerja sebagai akauntan di Cimb Bank Berhad selama 3 tahun Kursus/Latihan Yang Dihadiri Serta Nama Penganjur *Berkaitan Dengan Perniagaan Program Latihan Keusahawanan Oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) BUTIRAN MAKLUMAT Nama Penuh Muhammad Adam Shah Bin Samat No. Kad Pengenalan 931103-02-5147 Tarikh Lahir/Umur 03 November 1993 / 29 Tahun Status Perkahwinan Berkahwin Alamat Rumah 220, Jalan Desa 3/1 Taman Desa Sijangkang 42500 Telok Panglima Garang, Selangor No. Telefon Peribadi 011 1215 8398 E-Mel [email protected] Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kemahiran Mahir dalam menggunakan perisian komputer Pengalaman Bekerja sebagai pereka grafik di Ultimate Print Sdn.Ltd selama 3 tahun Kursus/Latihan Yang Dihadiri Serta Nama Penganjur *Berkaitan Dengan Perniagaan Program Latihan Keusahawanan Oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)


4 BUTIRAN MAKLUMAT Nama Penuh Muhammad Azri Bin Ahmad No. Kad Pengenalan 950222-10-1445 Tarikh Lahir/Umur 22 Febuari 1995 / 27 Tahun Status Perkahwinan Bujang Alamat Rumah Lot 1252 Batu 8 Luar Kampung Sijangkang 42500 Telok Panglima Garang, Selangor No. Telefon Peribadi 013 407 0206 E-Mel [email protected] Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kemahiran Mahir dalam menguruskan aplikasi dah sistem teknologi maklumat dan komunikasi Pengalaman Bekerja sebagai penyelia di Syarikat Perodua Sdn.Bhd selama 3 tahun Kursus/Latihan Yang Dihadiri Serta Nama Penganjur *Berkaitan Dengan Perniagaan Program Latihan Keusahawanan Oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)


5 4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 4.1 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN Berikut merupakan carta organisasi bagi perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks


6 4.2 SPESIFIKASI TUGAS PENTADBIRAN JAWATAN TUGAS Pengurus Besar - Menjaga kebajikan pekerja - Mengenal pasti dan menentukan hala tuju perniagaan - Meningkatkan prestasi perniagaan dengan cara merangka strategi, menetapkan objektif dan dasar organisasi - Bertanggungjawab untuk merancang, membuat keputusan, mengorganisasi, menyelaras, memimpin, dan mengawal sumber manusia untuk memastikan matlamat organisasi tercapai Penolong Pengurus - Memastikan aliran keluar masuk wang diurus dengan baik - Mengemaskini akaun dan penyata kewangan perniagan - Bertanggungjawab menyediakan perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan - Membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum jualan dan menentukan kaedah pemasaran


7 4.3 PENGGAJIAN 4.3.1 JADUAL IMBUHAN DAN GAJI Berikut merupakan jadual imbuhan dan gaji bagi perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks BIL NAMA PEKERJA / JAWATAN GAJI KASAR POTONGAN PEKERJA JUMLAH POTONGAN GAJI BERSIH POTONGAN MAJIKAN KWSP PERKESO KWSP PERKESO 11% RUJUK JADUAL PERKESO 13% RUJUK JADUAL JENIS PERTAMA RM RM RM RM RM RM RM 1 PENGURUS 3000.00 330.00 15.00 345.00 2655.00 390.00 51.65 2 PENOLONG PENGURUS 2900.00 319.00 14.00 333.00 2567.00 377.00 49.85 3 PENYELIA 1700.00 187.00 8.00 195.00 1505.00 221.00 28.85 4 Pekerja Operasi 1 1500.00 165.00 7.00 172.00 1328.00 195.00 25.35 5 Pekerja Operasi 2 1500.00 165.00 7.00 172.00 1328.00 195.00 25.35 6 Pekerja Operasi 3 1500.00 165.00 7.00 172.00 1328.00 195.00 25.35 7 Pekerja Operasi 4 1500.00 165.00 7.00 172.00 1328.00 195.00 25.35 JUMLAH 13600.00 1496.00 65.00 1561.00 12039.00 1768.00 231.75


8 4.3.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA 1- KWSP Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (1995) mewajibkan caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) setiap bulan. Perniagaan kami menawarkan caruman KWSP kepada pekerja kerana ianya memberikan banyak manfaat seperti dividen iaitu kadar minimum yang dijamin oleh kerajaan sebanyak 2.5% dan akan dibayar kepada setiap pemegang KWSP. Selain itu, Ketidakmampuan dan kematian. Apabila seorang pemegang diisytiharkan tidak mampu untuk bekerja ataupun meninggal dunia, pemegang atau warisnya akan menerima bayaran ihsan daripada KWSP. Wang ini bukan datang daripada akaun pemegang, sebaliknya daripada perbadanan KWSP sendiri untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penerima atau keluarganya. Akhir sekali, pengecualian cukai. Sumbangan KWSP pekerja boleh ditolak daripada cukai, sehingga jumlah maksimum RM6000 setiap tahun. Ini juga termasuklah pengecualian insurans nyawa premium. Malah, dividen yang diperoleh dan wang yang dikeluarkan di bawah KWSP semuanya dikecualikan daripada cukai. Pekerja juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang tersebut untuk pelbagai kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan ataupun untuk menunaikan haji, walaupun ada sesetengah orang memilih untuk tidak menggunakan cara ini. JUSTIFIKASI : Perniagaan kami mencarum di dalam caruman KWSP untuk memastikan pekerja mempunyai simpanan yang cukup untuk digunakan selepas pencen. Dan pada masa yang sama mengurangkan beban yang ditanggung oleh pekerja dengan adanya potongan cukai, dividen dan bayaran ihsan yang diperolehi daripada caruman ini. Di samping itu memastikan pekerja mempunyai simpanan untuk tujuan lain seperti membayar yuran pengajian, bil perubatan atau menunaikan haji. 2- PERKESO Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) (1969) mewajibkan pihak majikan mengambil insurans pampasan pekerja iaitu caruman majikan 1.25% dan pekerja 0.5% daripada gaji bulanan pekerja untuk melindungi majikan daripada tuntutan pekerja. Perniagaan kami menawarkan caruman PERKESO kepada pekerja bagi memberi bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit. Lebih-lebih lagi jika ianya menyebabkan pekerja kekurangan kebolehan bekerja. Perkeso juga menawarkan bantuan kepada keluarga pekerja sekiranya berlaku kematian. Skim ini dibahagikan kepada tiga iaitu SKIM BENCANA (perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja), SKIM KEILATAN (melindungi pekerja yang hilang upaya atau meninggal


9 dunia atas sebab yang tiada kaitan dengan kerja) dan SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING (melindungi pekerja asing di Malaysia kecuali pembantu rumah) JUSTIFIKASI : Perniagaan kami mencarum dalam caruman PERKESO untuk meringakan beban pekerja dan menjaga kebajikan mereka dari segi perubatan dan kewangan. Dengan mencarum di bawah caruman ini, pekerja boleh mendapat pelbagai faedah dan perlindungan seperti faedah perubatan (Skim Bencana), pencen ilat (Skim Keilatan) dan faedah hilang upaya kekal (Skim Bencana Kerja Pekerja Asing) 3- KEMUDAHAN CUTI Kemudahan cuti diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan merangkumi cuti tahunan, cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dan sebagainya. Perniagaan kami menawarkan cuti mengikut tahun perkhidmatan dimana semakin lama seseorang pekerja berkhidmat, semakin banyak peruntukan cuti yang diperolehi. Cuti tahunan akan diberikan kepada setiap pekerja selama 10 hari setahun. Bagi pekerja yang hamil pula, mereka akan diberikan cuti bersalin selama 2 bulan. JUSTIFIKASI : Perniagaan kami memberikan kemudahan cuti kepada pekerja untuk memastikan kebajkan pekerja sentiasa terjaga dan memastikan mereka boleh mendapatkan cuti sekiranya berlaku hal kecemasan, memerlukan rehat atau perlu menguruskan hal keluarga 4 - BONUS TUNAI Penghargaan yang dibayar secara tunai kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu berdasarkan prestasi perniagaan. Perniagaan kami memberikan bonus tunai kepada pekerja yang berprestasi tinggi sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, produktiviti dan motivasi kerja mereka. Bonus tunai akan diberikan 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember. JUSTIFIKASI : Perniagaan kami menawarkan bonus tunai kepada pekerja yang berprestasi tinggi untuk memastikan mereka rasa dihargai dan disamping itu, meningkatkan motivasi pekerja, memastikan kesetiaan pekerja serta meningkatkan semangat bersaing antara pekerja.


10 5- KEMUDAHAN PERUBATAN Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai oleh majikan. Perniagaan kami menyediakan kemudahan perubatan iaitu kad perubatan atau lebih dikenali sebagai “medical card” untuk diberikan kepada pekerja bagi tujuan rawatan kesihatan dan rawatan gigi.Pekerja boleh mendapatkan rawatan secara percuma, akan tetapi kad perubatan tersebut terhad setakat RM3000 bagi setiap pekerja. Di samping itu, ianya juga boleh digunakan untuk ahli keluarga kepada pekerja. JUSTIFIKASI : Perniagaan kami menyediakan kemudahan perubatan untuk menjaga kebajikan pekerja dan juga memastikan mereka mendapat rawatan secara percuma


11 4.3.3 PROGRAM PEMBANGUNAN Bagi memastikan pekerja sentiasa produktif dan mengikuti perkembangan teknologi terkini perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks telah memberikan program pembangunan Latihan Keusahawanan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada semua pekerja. Program latihan keusahawanan ini merupakan kursuskursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi. Kursus ini dilaksanakan secara stand alone atau secara berstruktur melibatkan beberapa modul dalam satu-satu siri latihan Perniagaan kami memilih Program Latihan Keusahawanan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana program ini menyediakan modul latihan terkini yang menepati kehendak industri dan pasaran semasa serta mempunyai pemudahcara yang berkelayakan dan berpengalaman yang terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan syarikat korporat. Selain itu, terdapat mod pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline, bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan daripada pegawai MARA dan peluang mendapat kemudahan sokongan melalui ekosistem perniagaan yang disediakan oleh MARA.


12 4.4 KOS PENTADBIRAN Berikut merupakan kos pentadbiran bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Peralatan Pejabat BIL JENIS Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1 Printer 1 599 599 2 telefon & mesin fax 2 790 1580 3 Laptop 3 1900 5700 4 router internet 1 279 279 NILAI 8158 Kelengkapan Perabot Bil Jenis Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1 Kerusi 3 369 1107 2 Meja 3 630 1890 3 set sofa 1 599 599 4 Kipas 1 169 169 5 Aircond 2 1149 2298 6 rak fail 3 150 450 7 mesin punchcard 1 149 149 NILAI 6662 Belanja Unifrom Bil Jenis Harga/Unit Unit Jumlah 1 Uniform Pekerja Pengurusan 120 1 120 2 Uniform Staf Sokongan 120 2 240 3 Uniform Pekerja Operasi 120 4 480 JUMLAH 7 840 Keperluan Kenderaan Bil Aset Nilai (RM) Pendahuluan (RM) Jumlah Sewa Beli (RM) 1 Lori 70000 7000 63000


13 5.0 RANCANGANOPERASI 5.1 Jenis produk Berikut merupakan jenis produk bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Nama produk : Fruity More Harga : RM25 Khasiat/Kelebihan : Perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks menyediakan produk makanan kesihatan iaitu “Fruity More” yang berasakan buah-buahan tempatan yang dikeringkan iaitu nangka, manggis, mangga dan pisang serta dicampurkan dengan makanan kesihatan lain seperti madu asli yang dibekalkan dari HoneyComb enterprise. Fruity More sesuai dimakan oleh semua golongan tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun orang tua. Fruity More membekalkan khasiat yang pelbagai dan baik untuk semua. Antaranya, kandungan sumber serat yang banyak boleh membantu sistem pencernaan. Selain itu, menurut Harvard School of Public Health, buah-buahan kering membantu mencegah penyakit obesiti, jantung dan beberapa bentuk kanser. Di samping itu, ianya mempunyai kandungan lemak dan kalori yang baik menjadikannya sumber tenaga semula jadi terutamanya untuk atlet.


14 Buah-buahan kering juga merupakan suplemen untuk orang yang ingin menambah berat badan secara sihat. Kandungan polifenol di dalam buah buahan bertindak sebagai antibarah, antidiabetes, anti darah tinggi dan boleh mengelak masalah jantung dan seterusnya, membantu menyihatkan kulit. Fruity More mengandungi buah mangga yang mengandungi fitonutrien, vitamin A, C, E, omega dan 6 Kandungan madu asli yang dicampurkan juga mempunyai khasiat yang baik seperti meningkat imuniti badan. Sebatian fitonutrien yang terkandung dalam madu dapat menguatkan sel imun dalam badan. Selain itu, madu juga diketahui mempunyai sifat antibakteria dan antikulat. Rasa manis madu boleh mencetuskan pengeluaran air liur untuk melembapkan tekak yang kering, sekaligus mengurangkan rasa gatal di tekak dan keinginan untuk batuk. Seterusnya, pelbagai antioksidan dalam madu juga berguna untuk mengurangkan keradangan yang boleh mencetuskan batuk. Malah, beberapa kajian menyatakan bahawa madu berguna sebagai ubat batuk semula jadi yang tidak kurang daripada ubat batuk perubatan yang sering diresepkan oleh doktor untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun. Fruity More telah mendapat kelulusan Halal daripada JAKIM menjadikannya satu kelebihan atau kemudahan kepada pelanggan muslim untuk mengenalpasti sama ada produk ini halal untuk dimakan atau tidak. Dari segi pembungkusan pula perniagaan kami menggunakan pembungkus yang mempunyai Zip Lock bagi memudahkan pelanggan. Dengan adanya ziplock, pelanggan boleh menyimpan semula selepas bungkusan tersebut dibuka dan pada masa yang sama menjadikannya mudah dibawa kemana mana sahaja.


15 5.2 CARTA ALIR PROSES PRODUK Mula Memilih bahan mentah (nangka, manggis, mangga, pisang) Mencuci buah-buahan Memotong buah-buahan Mengeringkan buah-buahan yang telah di potong menggunakan mesin pengering pada suhu 35’C-70’C Menyalut buah-buahan yang telah dikeringkan dengan madu asli Hasil Memuaskan? Pembungkusan dan pelabelan YA TIDAK Di jual pada industri lain Tamat


16 5.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN Berikut merupakan jadual waktu operasi perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks HARI MASA OPERASI Isnin CUTI Selasa 8.00 a.m – 9.00 p.m Rabu 8.00 a.m – 9.00 p.m Khamis 8.00 a.m – 9.00 p.m Jumaat 8.00 a.m – 9.00 p.m Sabtu 8.00 a.m – 9.00 p.m Ahad 8.00 a.m – 9.00 p.m Rehat : 1.00 – 2.00 p.m Rehat : 6.30 – 8.00 p.m CUTI : Cuti pelepasan am


17 5.4 SPESIFIKASI TUGAS OPERASI JAWATAN TUGAS Penyelia Operasi - Mengurus perjalanan dan aktiviti operasi pengeluaran perniagaan - Memastikan pekerja mengikut deskripsi tugas dan SOP kerja - Memastikan proses pengeluaran mengikut standard agar produk akhir mencapai piawaiaan yang ditetapkan - Menguruskan bahan mentah, stok dan juga tempahan pelanggan Pekerja Operasi 1 - Mengawal selia mesin pencuci buah - Mengupas dan memotong buah-buahan kepada beberapa bahagian - Memasukan buah-buahan ke dalam mesin pemotong untuk dipotong kepada bahagian yang lebih kecil - Membantu menjaga kaunter pembayaran sementara pekerja operasi 4 keluar mengambil bekalan bahan mentah atau menghantar tempahan kepadapelanggan Pekerja Operasi 2 - Membantu mengupas dan memotong buah-buahan kepada beberapa bahagian - Menyusun buah-buahan yang telah di potong di atas dulang untuk disimpan didalam mesin pengering buah-buahan - Membawa buah-buahan yang telah disusun ke dalam mesin pengering - Membantu menyusun produk siap di rak peragaan Pekerja Operasi 3 - Mengawal selia mesin pengering buah - Membawa keluar buah-buahan daripada mesin pengering setelah siap dikeringkan - Mencampurkan buah-buahan yang telah kering dengan makanan kesihatan iaitu madu dan kismis - Menguruskan proses pembungkusan dan pelabelan produk akhir Pekerja Operasi 4 - Menyimpan produk siap ke dalam stor - Menjaga Kaunter pembayaran - Menyusun produk siap di rak peragaan - Bertugas sebagai pemandu lori untuk mengambil bahan mentahdaripada pembekal dan juga menghantar produk siap atau tempahan kepada pelanggan atau pemborong


18 5.5 KEDUDUKAN PREMIS PERNIAGAAN Berikut merupakan lokasi perniagaan Helmy and friends healthy snacks ALAMAT: 621, 6, Jalan Gangsa Kawasan Perindustrian Telok Pangima Garang, 42500 Telok Panglima Garang SEBAB MEMILIH LOKASI 1. Terdapat Kemudahan Infrastruktur - Kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti air, elektrik dan tandas sangat membantu bagi menjalankan operasi perniagaan. Selain itu, kemudahan lain seperti ruang parkir yang luas merupakan suatu kemudahan bagi pelanggan. Di samping itu, keadaan premis perniagaan yang lengkap, kemas dan selamat juga akan meyakinkan pelanggan dan membuatkan mereka berasa lebih selamat 2. Tempat Yang Mempunyai Tumpuan Ramai - Lokasi perniagaan yang strategik dan mudah dicari memudahkan pelanggan untuk datang ke premisperniagaan. Hal ini kerana premis perniagaan terletak berdekatan dengan premis perniagaan lain yangmenjadi tumpuan ramai seperti Ninso, Homemart dan restauran 3. Berhampiran dengan pembekal dan pelanggan - Lokasi perniagaan yang berhampiran dengan pembekal merupakan suatu kelebihan . Ini kerana ianya dapat mengurangkan kos pengangkutan dan pada masa yang sama, menjimatkan masa serta tenaga pekerja untuk mengambil stok bahan mentah. Stok bahan mentah boleh didapatkan dengan segera dan seterusnya mengelakkan masalah kekurangan atau kehabisan bahan mentah. Terdapat juga kawasan perumahan berdekatan dengan premis perniagaan. Ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari lokasi perniagaan


19 5.6 SUSUN ATUR RUANG PREMIS PERNIAGAAN Berikut merupakan susun atur ruang premis bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks


20 5.7 RAKAN STRATEGIK Rakan strategik penting dalam mengembangkan sebuah perniagaan dan dapat membantu untuk meningkatkan prestasi perniagaan, memaksimumkan keuntungan, memaksimumkan kapasiti pengeluaran serta dapat memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua pihak. Perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks mempunyai dua rakan strategik iaitu : 1) HoneyComb Enterprise HoneyComb Enterprise membekalkan makanan kesihatan iaitu madu asli yang menjadi ramuan utama bagi produk kami. Mereka akan membekalkan stok madu mengikut jadual dan harga yang telah ditetapkan berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui. HoneyComb Enterprise menawarkan “kemudahan kredit” (ambil dan bayar kemudian) dan juga diskaun sebanyak 20% kepada kami kerana kami merupakan pelanggan tetap yang dipercayai dan juga sering membeli stok madu secara pukal (dalam kuantiti yang banyak). Perniagaan kami memilih HoneyComb Enterprise sebagai pembekal utama kerana mereka membekalkan madu yang segar, asli dan berkualiti tinggi. Status hubungan antara Helmy And Friends Healthy Snacks dengan HoneyComb Enterprise sebagai rakan strategik memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Perniagaan kami akan mendapat bekalan madu yang mencukupi untuk menghasilkan produk dan juga boleh menjimatkan kos perbelanjaan manakala bagi HoneyComb Enterprise pula, mereka akan mendapat pelanggan tetap dan seterusnya, dapat mempromosikan perniagaan mereka. 2) FAMA Perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks mengambil peluang untuk bekerja secara inovatif dengan rakan strategik seperti FAMA yang merupakan pembekal buah-buahan utama bagi perniagaan kami. Mereka membekalkan buah-buahan diperlukan untuk menghasilkan produk kami iaitu manggis, mangga, nangka dan pisang yang segar dan bermutu tinggi . Perniagaan kami merupakan pelanggan tetap dan juga sering membeli buah-buahan daripada mereka secara pukal dan akan mendapat diskaun sebanyak 30%. Kerjasama ini akan memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu dapat memajukan perniagaan, meningkatkan keuntungan dan menjalinkan hubungan yang baik. Selain itu, FAMA akan mendapat pelanggan tetap manakala perniagaan kami mendapat bahan asas iaitu buah-buahan yang segar dan premium untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.


21 5.8 KOS OPERASI Berikut merupakan kos operasi bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Kelengkapan Operasi BIL JENIS Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1 Mesin pencuci buah 1 7300.00 7300.00 2 Mesin pemotong buah 1 6000.00 6000.00 3 Mesin pengering 2 13644.00 27288.00 4 Mesin pembungkusan 1 11600.00 11600.00 5 Mesin penyalut madu 1 15000.00 15000.00 6 Apron 5 16.00 80.00 7 Sarung Tangan 2 2.00 4.00 8 Pisau 3 2.00 6.00 JUMLAH BESAR 67278.00 Keperluan Bahan Mentah Bil. Bahan Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah 1 Buah mangga 800 10.00 8000.00 2 Buah pisang 800 5.00 4000.00 3 Buah Nangka 800 5.00 4000.00 4 Buah manggis 800 10.00 8000.00 5 Madu 100 50.00 5000.00 Jumlah 29000.00 BUTIRAN BULANAN TAHUNAN ONE OFF 1 Utiliti 1400 16800 2 Sewa Premis 4000 48000 3 Insurans 2200 26400 4 Promosi-Iklan FB 100 1200 5 Penyelenggaraan 350 4200 6 Diesel dan Tol 400 4800 7 Belanja Ubahsuai - - 15000 8 Pakaian Seragam - - 840 9 Papan Tanda - - 1100 10 Bunting - - 300 11 Pendaftaran SSM - - 60 12 Lesen Perniagaan - 400 - 13 Lesen GDL - - 250 14 Cukai Jalan - 800 - 15 Paten 1590 16 Suntikan Typhoid 350


22 5.9 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI Berikut merupakan pengurusan sumber fizikal bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks SUMBER FIZIKAL CONTOH FUNGSI PROSEDUR Kilang Dan Mesin 1) Mesin Pencuci Buah TSJ-2700 2) Mesin Pemotong Buah HP-360 3) Mesin Pengering Buah AGHD-15ELC-51 4) Mesin Pembungkus Ziplock DS-180SZ 1) Digunakan untuk mencuci buah-buahan 2) Digunakan untuk memotong buah-buahan kepada bahagian kecil 3) Digunakan untuk mengeringkan buah-buahan 4) Digunakan untuk membungkuskan buahbuahan kering yang telah dicampur madu Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang - Pengurusan baik pulih mesin perlu sentiasa dirancang bagi memastikan jika berlaku kerosakan dapat diselesaikan dengan segera - Penyelenggaraan secara berkala perlu dilakukan dengan membuat jadual pemeriksaan bagi memastikan kelancaran proses pengeluaran produk Perlindungan Insurans - Peniaga perlu mengambil insurans yang sesuai seperti insurans kebakaran dan kecurian bagi mengurangkan risiko kerugian - Peniaga perlu memastikan bangunan dan kilang dilengkapi alat pemadam api, kamera litar tertutup, alat penggera dan laluan kecemasan.


23 SUMBER FIZIKAL CONTOH FUNGSI PROSEDUR Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1) Laptop 2) Mesin pencetak 3) Telefon 1) Digunakan bagi mengurus operasi perniagaan seperti membuat promosi, mengurus tempahan dan menguruskan kewangan perniagaan 2) Mencetak dokumen penting seperti invois, kontrak dan surat 3) Digunakan untuk berkomunikasi dengan pelanggan bagi urusan tempahan produk dan berkomunikasi dengan pembekal untuk membuat tempahan bahan mentah Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang - Pengurusan baik pulih teknologi maklumat dan komunikasi perlu sentiasa dirancang bagi memastikan jika berlaku kerosakan dapat diselesaikan dengan segera dan memastikan operasi berjalan lancar Perlindungan Insurans - Peniaga perlu mengambil insurans yang sesuai seperti insurans kebakaran dan kecurian bagi mengurangkan risiko kerugian Kenderaan 1) Lori 1) Digunakan untuk mengambil bekalan bahan mentah daripada pembekal dan juga menghantar tempahan produk kepada pelanggan dalam kuantiti yang banyak. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang - Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang perlu dilakukan terhadap kenderaan agar proses penghantaran berjalan dengan lancar Perlindungan Insurans - Perniagaan perlu mengambil perlindungan insurans komprehensif supaya boleh membuat tuntutan jika berlaku kecederaan terhadap pemandu atau kerosakan ke atas kenderaan yang disebabkan oleh kemalangan


24 Berikut merupakan pengurusan sumber teknologi bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks SUMBER TEKNOLOGI CONTOH FUNGSI PROSEDUR Harta Intelek Cap Dagangan -Logo -Resepi -Nama Produk Logo dan nama produk berfungsi sebagai identiti perniagaan untuk memastikan pelanggan mudah mengingati dan mengenali produk perniagaan PATEN - Perniagaan kami mendaftar paten di MyIPO untuk mendapatkan hak eksklusif. Logo, nama produk serta resepi perniagaan kami belum dizahirkan oleh manamana pihak. - Tujuan perniagaan kami mendaftar paten bagi logo, resepi dan nama produk adalah untuk mendapatkan perlindungan undangundang serta mengelakkannya disalah guna oleh pihak lain serta mengelakkan sebarang peniruan Lesen Perisian Lesen Perisian FINANCIO Digunakan untuk merekod pembayaran, perbelanjaan,cukai dan menghasilkan penyata kewangan PATEN - Lesen perisian perakaunan perlu dipatenkan agar tidak disalahgunakan - Perniagaan kami menggunakan lesen perisian yang tulen bagi melindungi nama baik perniagaan dan mengelakkan sebarang tindakan undang – undang


25 6.0 RANCANGAN PEMASARAN 6.1 ANALISIS INDUSTRI 6.1.1 Berikut merupakan kekuatan dan kelemahan pesaing bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks PESAING KEKUATAN KELEMAHAN Aziz Tasty Dried Fruit Enterprise -Kewangan yang kukuh kerana telah lama berada di dalam industri selama 10 tahun lebih lama berbanding Helmy And Friends Healthy Snacks. - Lokasi perniagaan yang strategik kerana berdekatan dengan pelanggan dan pembekal membolehkan mereka mengurangkan kos pengangkutan dan memudahkan pelanggan mencari premis perniagan. - Jenama produk mereka yang terkenal iaitu NutriGo terkenal dengan rasanya yang enak dan kualiti yang premium - Mengenakan harga yang mahal bagi satu produk kerana kualiti nya yang premium dan telah lama diperkenalkan kepada orang ramai - Strategi pemasaran dan promosi yang kurang berkesan dan tidak mengikut trend semasa dan memakan lebih banyak kos dengan hanya menggunakan media cetak iaitu majalah dan risalah -Pengunaan teknologi mesin yang kurang canggih menyebabkan proses pengeluaran menjadi perlahan dan seterusnya mengurangkan kuantiti pemgeluaran Dried Fruit Nasrul Enterprise - Sumber manusia yang mempunyai kemahiran yang tinggi, pengetahuan dan pengalaman yang luas membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk - Penggunaan teknologi mesin yang canggih dan terkini memudahkan pekerja mengendalikan mesin dan seterusnya memaksimumkan jumlah pengeluaran produk. - Strategi pemasaran yang bijak dan mengikut trend dengan menggunakan media elektronik seperti televisyen dan radio serta media sosial seperti instagram dan facebook untuk menarik lebih banyak pelanggan dan meluaskan pasaran produk - Harga yang mahal kerana menggunakan bahan yang premium dan di import dari luar negara iaitu epal, aprikot dan kiwi. - Lokasi perniagaan yang kurang strategik kerana berada agak jauh dengan premis perniagaan lain, sekaligus menyukarkan pelanggan mencari premis perniagaan dan meningkatkan kos pengangkutan.


26 6.1.2 PERBANDINGAN PRODUK DENGAN PESAING Berikut merupakan perbandingan produk dengan pesaing bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks ASPEK PERBANDINGAN Nama : Helmy And Friends Healthy Snacks Produk : Fruity More Nama : Aziz Tasty Fruit Enterprise Produk : Nutrigo Nama : Dried Fruit Nasrul Enterprise Produk : Power Fruit HARGA Harga yang murah dan berpatutan kerana menggunakan buahbuahan tempatan yang mudah diperoleh daripada pembekal tempatan Harga yang mahal kerana kualiti yang premium dan juga kismis yang diimport dari luar negara. Jenama mereka telah lama berada dalam pasaran selama 10 tahun dan masih terkenal hingga masa kini Harga yang mahal kerana menggunakan teknologi mesin yang canggih dan buahbuahan yang di import dari luar negara KHASIAT Berasakan buah-buahan tempatan iaitu buah nangka, manggis, mangga dan pisang serta dicampurkan dengan madu asli. Buah yang digunakan memberi khasiat seperti membantu sistem pencernaan dan mencegah obesiti serta kanser. Madu yang digunakan pula dapat meningkatkan imuniti badan dan menguatkan sel imun badan. Berasaskan buah mangga yang dicampurkan dengan kismis. Manga yang digunakan mengandungi khasiat yang pelbagai seperti menjaga kesihatan jantung, mencegah sembelit, dan menjaga sistem penghadaman. Kismis pula meningkatkan kesihatan mata dan juga mengawal tekanan darah tingi Berasaskan buahbuahan yang diimport dari luar negara iaitu kiwi, epal dan aprikot. Buah-buahan ini membekalkan khasiat seperti mengurangkan risiko kanser menghalang pembentukan sel kanser dan mengawal kolestrol serta membaiki profil lemak dalam darah


27 PEMBUNGKUSAN Menggunakan pembungkusan yang mempunyai ziplock dan mempunyai pelbagai saiz. Ziplock membolehkan pelanggan menyimpan semula produk selepas dibuka dan mudah dibawa kemana-mana sahaja Menggunakan pembungkusan yang sama dengan produk Helmy And friends Healthy Snacks iaitu pembungkusan ziplock akan tetapi terhad kepada 2 saiz sahaja.Selain itu, reka bentuk pembungkusan tersebut kelihatan tidak terlalu menarik. Menggunakan pembungkusan kotak yang mempunyai satu saiz sahaja iaitu saiz besar. Pembungkusan ini menyukarkan pelanggan untuk membawa atau menyimpan semula produk tersebut.


28 Berikut Merupakan analisis SWOT bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks KEKUATAN - Perniagaan mengeluarakan produk makanan kesihatan iaitu “Fruity More” yang terdiri daripada buah-buahan tempatan bermutu tinggi yang dikeringkan serta dicampurkan dengan madu - Sumber manusia yang berkemahiran tinggi dan mempunyai pengetahuan dan pengelaman yang luas membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti produk secara optimum - Strategi pemasaran yang strategik membantu mencapai sasaran pelanggan yang dapat meningkatkan jualam perniagaan Kelemahan - Kekurangan sumber kewangan menyebabakan perniagaan tidak dapat beroperasi dengan optimum - Jenama yang belum dikenali kerana baru sahaja diperkenalkan dalam pasaran Peluang - Sosiobudaya dimana cita rasa masyarakat berubah kerana semakin sedar akan kepentingan memilih makanan kesihatan menjadikannya kelebihan kepada perniagaan kerana ianya merupakan satu peluang untuk memperkenalkan produk perniagaan - Teknologi mesin yang semakin canggih dan moden membolehkan peningkatan kuantiti dan kualiti pengeluaran produk secara optimum Ancaman - Keadaan ekonomi negara yang tidak stabil menyebabkan perniaaagn tidak dapat beroperasi dengan baik dan secara optimum - Undang – undang yang ditetapkan oleh kerajaan berkaitan piawaian pengeluaran produk makanan mungkin akan berubah dan seterusnya menjadi ancaman kepada perniagaan - Ekologi iaitu bencana alam yang sukar dijangka seperti banjir, gempa bumi dan kemarau boleh menghalang perniagaan untuk beroperasi secara optimum


29 6.1.3 STRATEGI HARGA PESAING Berikut merupakan harga produk Fruity More yang ditawarkan oleh perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks berbanding pesaing perniagaan kami. Bil JENIS PRODUK Harga Helmy And Friends Healthy Snacks Harga Aziz Tasty Fruit Enterprise Harga Dried Fruit Nasrul Enterprise 1 Fruity More (500g) 25 45 40


30 6.1.4 STRATEGI PROMOSI 1) PRODUK Perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks menghasilkan produk makanan kesihatan iaitu “Fruity More” yang berasakan buah-buahan tempatan yang dikeringkan iaitu manggis, mangga, nangka dan pisang serta dicampurkan dengan madu asli. Fruity More membekalkan khasiat yang pelbagai seperti membantu sistem pencernaan, mencegah obesiti dan kanser serta menjadi sumber tenaga semula jadi. Madu yang dicampurkan juga membantu meningkatkan imuniti badan dan juga menguatkan sel imun badan. Perniagaan kami menggunakan pembungkusan plastik yang mempunyai ziplock untuk memudahkannya disimpan semula dan boleh dibawa kemana-mana sahaja dengan mudah. 2) HARGA Perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks mengenakan harga yang murah iaitu RM25 dengan anggaran kuantiti sebanyak 500g sepaket kerana kami menggunakan buah-buahan tempatan yang mudah diperoleh daripada pembekal tempatan yang berdekatan dengan premis perniagaan. Harga produk ditentukan setelah mengambil kira nilai titik pulang modal (TPM) yang dijadikan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperolehi perlu melebihi jumlah kos yang ditanggung bagi mendapat keuntungan. KUANTITI HARGA 500g RM25


31 3) PROMOSI Perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks menggunakan strategi promosi yang strategik dan sesuai dengan peredaran masa untuk mencapai sasaran pelanggan. Perniagaan Kami menggunakan pelbagai jenis media pengiklanan seperti media sosial iaitu instagram, facebook, twitter dan tiktok untuk menarik minat pelanggan remaja, kanak-kanak dan orang dewasa secara lebih luas. Penggunaan media sosial boleh mengurangkan kos perbelanjaan kerana ianya hanya memerlukan kos yang minimum. Selain itu, perniagaan kami juga menggunakan media cetak seperti majalah dan risalah yang akan diedarkan kepada orang ramai dan pada masa yang sama kami akan mengedarkan sampel percuma untuk dirasa. Di samping itu, perniagaan kami mengadakan promosi jualan seperti potongan harga pada hari-hari istimewa iaitu pada hari perayaan Tahun Baru Cina, Bulan Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Deepavali dan juga hari perayaan lain. 4) AGIHAN Perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks memilih lokasi yang strategik untuk memasarkan produk dengan berkesan. Premis perniagaan kami mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti air, elektrik, tandas dan parkir yang luas untuk menjalankan operasi perniagaan serta memudahkan pelanggan. Selain itu, premis perniagaan juga berada berhampiran dengan pembekal dan pelanggan. Hal ini membolehkan perniagaan menjimatkan kos pengangkutan, masa serta tenaga dan seterusnya mengelakkan masalah kekurangan bekalan bahan mentah. Kami memilih saluran agihan yang efektif iaitu daripada pengeluar kepada pemborong kepada peruncit dan seterusnya kepada pelanggan. Perniagaan kami juga menggunakan saluran agihan agen untuk mengedarkan produk kami.


32 6.2 ANALISIS PASARAN Berikut merupakan harga jualan seunit bagi produk Fruity More. Harga seunit ditentukan setelah mengambil kira nilai titik pulang modal (TPM) yang dijadikan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperolehi perlu melebihi jumlah kos yang ditanggung bagi mendapat keuntungan 6.2.1 HARGA JUALAN SEUNIT Jumlah Jualan Setahun (unit) 41385 Kos Berubah (RM) 510517 Kos Tetap (RM) 277785 Kos Berubah Seunit (RM) 12 Harga Jualan seunit (RM) 25 TPM (unit) 21935


33 6.2.2 (i) SASARAN JUALAN Berikut merupakan sasaran jualan bagi perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks BIL BULAN Purata Jualan Sehari Bilangan Hari Sebulan Jumlah Jualan Sebulan Harga Jualan SASARAN JUALAN (RM) 1 Ogos 2022 100 26 2600 25 65000 2 September 105 26 2730 25 68250 3 Oktober 110 26 2867 25 71663 4 November 116 26 3010 25 75246 5 Disember 122 26 3160 25 79008 6 Januari 2023 128 26 3318 25 82958 7 Februari 134 26 3484 25 87106 8 Mac 141 26 3658 25 91462 9 April 148 26 3841 25 96035 10 Mei 155 26 4033 25 100836 11 Jun 163 26 4235 25 105878 12 Julai 171 26 4447 25 111172 JUMLAH TAHUN 1 41385 1034613 BULAN JUALAN SEHARI X BIL HARI X HARGA JUALAN X % JUALAN JUALAN September Ogos 2022 100 X 26 X 25 65000 X 105% 68250


34 6.2.2 (ii) SASARAN UNTUNG Berikut merupakan sasaran untung bagi perniagaan Helmy And Friends Healthy Snacks BIL BULAN SASARAN UNTUNG (RM) 1 Ogos 2022 19870 31% 2 September 20864 3 Oktober 21907 4 November 23002 5 Disember 24152 6 Januari 2023 25360 7 Februari 26628 8 Mac 27959 9 April 29357 10 Mei 30825 11 Jun 32366 12 Julai 33985 JUMLAH TAHUN 1 316275 BULAN SASARAN UNTUNG X % UNTUNG UNTUNG September Ogos 2022 19870 X 105% 20864


35 6.2.2 (iii) PENGIRAAN SYER PASARAN SYER PASARAN BIL NAMA PERNIAGAAN SYER PASARAN JUALAN SETAHUN 1 Helmy And Friends Healthy Snacks 25% 1034613 PERNIAGAAN SENDIRI 2 Aziz Tasty Fruit Enterprise 30% 310384 PESAING 3 Dried Fruit Nasrul Enterprise 45% 1862304 PESAING JUMLAH 100% 4138453 CARA PENGIRAAN SYER PASARAN : = [1034613/4138453] X 100% =25% 25% 30% 45% SYER PASARAN Helmy And Friends Healthy Snacks Aziz Tasty Fruit Enterprise Dried Fruit Nasrul Enterprise


36 6.2.3 SASARAN PELANGGAN Perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Healthy Snacks menghasilkan produk makanan kesihatan iaitu Fruity More yang berasaskan buahan tempatan yang dikeringkan dan dicampurkan dengan madu. Produk ini sesuai dimakan oleh kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan juga warga emas sekaligus menjadikan semua lapisan masyarakat bermula dari kanak-kanak hingga ke warga emas sebagai sasaran pelanggan kami. Akan tetapi kami lebih memfokuskan untuk mensasarkan pelanggan dewasa dan warga emas yang berumur dalam lingkungan 30 tahun ke atas. Ini kerana, kebanyakkan orang mula menjaga pemakanan apabila sudah mula meningkat dewasa. Selain itu produk kami mempunyai tekstur yang lembut menjadikannya mudah untuk dimakan terutamanya bagi orang tua.


37 7.0 RANCANGAN KEWANGAN 7.1 MENGHITUNG KEPERLUAN MODAL PERNIAGAAN 1-Berikut merupakan keperluan modal bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Modal Pekongsi 167000 Pinjaman 50000 Tempoh pinjaman (tahun) 10 Kadar Faedah Setahun 4% NISBAH MODAL PEKONGSI Rakan Kongsi 1 Rakan Kongsi 2 Rakan Kongsi 3 83500 50100 33400 50% 30% 20% 2-PEMBIAYAAN LUARAN Ansuran Pinjaman (Setiap Bulan) Jumlah yang dipinjam bahagi jumlah bulan 50000 120 Bulan 417 Sebulan 5000 Setahun Bayaran Faedah atas pinjaman setiap bulan 167 Sebulan RM50 000 X 4% / 12 2000 Setahun RM50 000 X 4% 3-SEWA BELI KENDERAAN Harga Kenderaan 70000 Bayaran Pendahuluan 7000 10% X Harga Kenderaan Tempoh 7 Kadar Faedah Setahun 4.25% Jumlah Pinjaman Sewa Beli 63000


38 4- ANSURAN PINJAMAN SEWA BELI 5- GAJI PEKERJA SEBULAN SETAHUN (x12 bulan) Gaji 13600 163200 KWSP Majikan 1768 21216 PERKESO Majikan 231.75 2781 Gaji Penyelia/Pengurus Pengeluaran 1700 20400 Upah Buruh 6000 72000 6- BELANJA SUSUT NILAI BUTIRAN SUSUT NILAI SETAHUN KENDERAAN 7000 PERALATAN PEJABAT 1482 MESIN 6727.8 Ansuran Sewa Beli (Setiap Bulan) Jumlah yang dipinjam bahagi jumlah bulan 63000 84 bulan 750 Sebulan 9000 Setahun Bayaran Faedah atas pinjaman setiap bulan 223 Sebulan RM 63 000 X 4.25% / 12 2678 Setahun RM 63 000 X 4.25%


39 7.2 PENYATA PENGELUARAN 7.2.1 Menghitung kos pengeluaran Berikut merupakan penyata pengeluaran bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Helmy And Friends Healthy Snacks Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Julai 2023 RM RM Kos Bahan Langsung Inventori awal Belian Bahan Langsung 438,517 Tolak Pulangan Belian 438,517 Tambah : Angkutan Masuk Duti atas belian 438,517 Tolak : Inventori bahan langsung 43,852 Kos bahan langsung digunakan 394,665 Kos Buruh Langsung Upah Buruh Langsung 72,000.00 Belanja Langsung Paten 1,590.00 Kos Prima 468,255 Kos Overhed Gaji Penyelia 20400 Sewa Kilang 28800 Insurans Kilang 15840 Susut Nilai Mesin 6728 Utiliti Kilang 10080 81,847.80 KOS PENGELUARAN 550,103


40 7.3 PENYATA KEWANGAN PROFORMA Berikut merupakan penyata kewangan proforma bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks 7.3.1 Penyata Aliran Tunai Ogos Sep Okt Nov Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul JUMLAH Baki awal 119056 132772 148455 166201 186116 208306 232887 259976 289701 322192 357588 Penerimaan Modal sendiri 167000 167000 Pinjaman modal 50000 50000 Jualan 65000 68250 71663 75246 79008 82958 87106 91462 96035 100836 105878 111172 1034613 Jumlah Penerimaan 282000 68250 71663 75246 79008 82958 87106 91462 96035 100836 105878 111172 1251613 Pembayaran Belian 27550 28928 30374 31893 33487 35162 36920 38766 40704 42739 44876 47120 438517 Gaji 13600 13600 13600 13600 13600 13600 13600 13600 13600 13600 13600 13600 163200 KWSP Majikan 1768 1768 1768 1768 1768 1768 1768 1768 1768 1768 1768 1768 21216 PERKESO Majikan 232 232 232 232 232 232 232 232 232 232 232 232 2781 Ansuran pinjaman 417 417 417 417 417 417 417 417 417 417 417 417 5000 Faedah atas pinjaman 167 167 167 167 167 167 167 167 167 167 167 167 2000 Bayaran Pendahuluan 7000 7000 Ansuran pinjaman kenderaan 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 9000 Faedah pinjaman kenderaan 223 223 223 223 223 223 223 223 223 223 223 223 2678 Peralatan Pejabat 14820 14820 Mesin 67278 Utiliti 1400 1400 1400 1400 1400 1400 1400 1400 1400 1400 1400 1400 16800 Sewa Premis 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 48000 Insurans 2200 2200 2200 2200 2200 2200 2200 2200 2200 2200 2200 2200 26400 Promosi-Iklan FB 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 1200 Penyelenggaraan 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 4200 Diesel dan Tol 400 400 400 400 400 400 400 400 400 400 400 400 4800 Belanja Ubahsuai 15000 15000 Pakaian Seragam 840 840 Papan Tanda 1100 1100 Bunting 300 300 Pendaftaran SSM 60 60 Lesen Perniagaan 400 400 Lesen GDL 250 250 Cukai Jalan 800 800 Paten 1590 1590 Suntikan Typhoid 350 350 Jumlah pembayaran 162944 54534 55980 57499 59093 60768 62526 64372 66310 68345 70482 72726 855579 Lebihan/Kurangan 119056 13716 15682 17747 19915 22191 24580 27090 29724 32491 35396 38446 396034 Baki tunai akhir bulan 119056 132772 148455 166201 186116 208306 232887 259976 289701 322192 357588 396034 396034 Helmy And Friends Healthy Snacks PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 JULAI 2023


41 Berikut merupakan penyata pendapatan proforma bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Helmy And Friends Healthy Snacks Penyata Pendapatan Proforma bagi tahun berakhir 31 Julai 2023 RM RM Jualan 1,034,613 Tolak Kos Barang Dijual Inventori Awal - Kos Pengeluaran 550,103 Kos barang siap untuk dijual 550,103 Tolak : Inventori akhir barang siap 5,501 Kos Jualan Barang Siap 544,602 Untung kasar 490,011 (-) BELANJA Gaji 70,800.00 KWSP Majikan 21,216.00 PERKESO Majikan 2,781.00 Faedah pinjaman modal 2,000 Faedah pinjaman kenderaan 2,678 Utiliti 6,720 Sewa Premis 19,200 Insurans 10,560 Promosi-Iklan FB 1,200 Penyelenggaraan 4200 Diesel dan Tol 4800 Belanja Ubahsuai 15000 Pakaian Seragam 840 Papan Tanda 1100 Bunting 300 Pendaftaran SSM 60 Lesen Perniagaan 400 Lesen GDL 250 Cukai Jalan 800 Suntikan Typhoid 350 Susut Nilai Kenderaan 7000 Susut Nilai Peralatan Pejabat 1482 173,737 Untung bersih 316,275


42 AKAUN PENGASINGAN UNTUNG RUGI Untung Bersih 316275 Perkongsian Untung Muhammad Helmy Haqim Bin Supari 50% 158137 Muhammad Azri Bin Ahmad 30% 94882 Muhammad Adam Shah Bin Samat 20% 63255 AKAUN SEMASA Tarikh Butiran Helmy Azri Adam Tarikh Butiran Helmy Azri Adam 2023 2022 1 Ogos baki b/b 2023 31 Julai Gaji 36000 34800 31 Julai baki h/b 194137 129682 63255 Pengasingan Untung 158137 94882 63255 194137 129682 63255 194137 129682 63255 1 Ogos baki b/b 194137 129682 63255


43 Berikut merupakan kunci kira-kira bagi perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks Helmy And Friends Healthy Snacks Penyata Kedudukan Kewangan Proforma Pada 31 Julai 2022 Kos(RM) Susut Nilai Terkumpul (RM) RM Aset Bukan Semasa Kenderaan 70,000 7,000 63,000 Peralatan Pejabat 14,820 1,482 13,338 Mesin 67,278 6,728 60,550 136,888 Aset Semasa Bank 396,034 Inventori Akhir 49,353 Modal kerja 445,387 582,275 DIBIAYAI OLEH Ekuiti Pemilik Modal Pekongsi 1 83,500 Modal Pekongsi 2 50,100 Modal Pekongsi 3 33,400 167,000 (+) Untung bersih Akaun Semasa Pekongsi 1 158,137 Akaun Semasa Pekongsi 2 94,882 Akaun Semasa Pekongsi 3 63,255 316,275 Modal Akhir 483,275 Liabiliti Jangka panjang Pinjaman Modal 45,000 Pinjaman Kenderaan 54,000 99,000 582,275


44 8.0 PENUTUP Perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks yakin akan berjaya dan dapat melangkah jauh dalam industri makanan kesihatan kerana produk kami iaitu “Fruity More” merupakan produk yang berkualiti tinggi . Ini kerana, ianya 100% dihasilkan daripada buah-buahan tempatan yang dibekalkan dari pembekal tempatan serta madu asli yang membekalkan pelbagai khasiat kepada semua. Selain itu, produk kami juga memenuhi kehendak atau kriteria setiap pelanggan, lebih-lebih lagi pelanggan yang ingin menjaga kesihatan. Perniagaan kami sangat yakin bahawa perniagaan ini akan memberi pulangan yang menguntungkan dan seterusnya berjaya mencapai visi, misi dan objektif perniagaan. Perniagaan kami juga mempunyai sumber manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman yang dapat memastikan perniagaan beroperasi secara optimum. Perniagaan Helmy and Friends Healthy Snacks menghargai sumbangan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT). Kami menggunakan teknologi tersebut untuk pelbagai tujuan perniagaan seperti membuat pengiklanan di dalam media sosial. Selain Itu, kami juga menggunakan teknologi ini untuk menguruskan operasi perniagaan seperti urusan niaga secara atas talian, menerima tempahan pelanggan dan lain-lain. Perniagaan kami juga menggunakan khidmat agensi yang membantu usahawan iaitu MARA. Agensi ini merupakan agensi pinjaman terbaik yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu usahawan kecil bumiputera menjalankan atau mengembangkan perniagaan. Kami membuat pinjaman daripada MARA sebanyak RM50 000 dibawah Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPIM) Kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 4% setahun dan tidak perlukan cagaran untuk membuat pinjaman. Perniagaan kami akan menjalankan tanggungjawab sosial kepada setiap pekerja kami dan juga kepada masyarakat. Kami menyediakan insentif yang pelbagai seperti bonus tunai, kemudahan perubatan, kemudahan cuti, caruman KWSP dan caruman PERKESO bagi memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjaga sekaligus memastikan operasi perniagaan dapat dijalankan secara optimum. Bagi masyarakat pula, perniagaan kami akan membuat jualan amal setiap tahun dimana, hasil jualan produk akan disumbangkan kepada anak yatim ataupun golongan yang memerlukan. Selain itu, keuntungan yang diperoleh akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan sektor awam seperti taman rekreasi. Perniagaan kami bercadang untuk memajukan lagi nama perniagaan didalam industri makanan kesihatan dengan cara menambah baik produk sedia ada ataupun menghasilkan produk minuman kesihatan pula dalam masa terdekat. Selain itu perniagaan kami bercadang untuk meluaskan lagi pasaran hingga ke luar negara


45 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version