The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BENCANA ALAM-FENOMENA ALAM SEMULAJADI ATAU PERINGATAN DARI TUHAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leoroxxrexxar, 2021-12-08 22:59:32

BENCANA ALAM-FENOMENA ALAM SEMULAJADI ATAU PERINGATAN DARI TUHAN (1)

BENCANA ALAM-FENOMENA ALAM SEMULAJADI ATAU PERINGATAN DARI TUHAN

MPU23052 – SAINS TEKNOLOGI & KEJUTERAAN DALAM
ISLAM

SESI: 1 2020/2021

KELAS: DPE 2A
PENSYARAH: PUAN FARHA BINTI

MUHAMMAD
TARIKH MENGHANTAR: 5 DISEMBER

2021

TAJUK: BENCANA ALAM: FENOMENA SEMULA JADI
ATAU PERINGATAN DARI TUHAN

AHLI KUMPULAN:

BIL NAMA PELAJAR NOMBO MATRIK TANDA
TANGAN

1 MUHAMMAD HANIF BIN ABDUL 33DPE20F2028

HALIM

2 MUHAMMAD FARKHAN BIN ROSDI 33DPE20F2029

3 MUHAMMAD AIDIL AIKAL BIN 33DCE20F2025

MURAD

4 MUHAMMAD FATHULLAH BIN 33DPC20F2026

ZULKEFLI

KURSUS : MPU23051 – SAINS TEKNOLOGI & KEJUTERAAN
SEMESTER/SESI DALAM ISLAM
PENILAIAN
PENSYARAH : 1 2020/2021
PELAJAR : TAJUK: BENCANA ALAM:FENOMENA SEMULAJADI ATAU

PROGRAM PERINGATAN DARI TUHAN
: PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD

: MUHAMMAD HANIF BIN ABDUL HALIM
(33DPE20F2028)
MUHAMMAD FARKHAN BIN ROSDI
(33DPE20F2029)
MUHAMMAD AIDIL AIKAL BIN MURAD
(33DCE20F2025)
MUHAMMAD FATHULLAH BIN
ZULKEFLI
(33DPC20F2026)

: DPE 2A,DCE2A,DPC2A

6. (II) OBJEKTIF: A) MEMBERI KEFAHAMAN TENTANG KONTEKS
B) MEMBERI KESEDARAN
C) MEMBERI CARA UNTUK MENGATASI

6. (III) PENDAHULUAN:

Apabila kita sebut tentang Bencana alam secara kefahaman umumnya ia merujuk kejadian alam yang
mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Kita juga sering mendegar khabar berita tentang kejadian-
kejadian bencana yang berlaku di Negara kita dan tak kurang juga seperti dinegara-negara luar sebagai
contoh banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan yang berlaku disana.Antara faktor yang mendorong
keadaan ini mudah berlaku kerana ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik
dalam tempoh yang terdekat ini,persoalannya adakah bencana alam berlaku secara fenomena alam semula
jadi ataupun sebagai peringatan dari tuhan?

Pertama sekali kita kena tahu bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah kehendak daripada yang maha

kuasa. ALLAH S.W.T berfirman “Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali
dengan izin Allah dan sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk
kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11). Ayat ini
menyatakan setiap ujian dan musibah diturunkan kepada hamba hanya dengan ketentuan serta
kekuasaan-Nya. Ia mempunyai hikmah yang perlu difikir dan dinilai setiap Mukmin. Justeru, segala
bencana alam yang sering dilihat dan dipaparkan dalam media adalah ketetapan Allah SWT yang
memilih siapa yang akan menerima musibah itu, tempat dan waktu. Apa yang pasti, ia mempunyai
sebab tersurat dan tersirat yang perlu difikirkan oleh kita sebagai khalifah.

Oleh itu bencana alam berlaku disebabkan fenomena alam semula jadi serta juga peringatan dari
tuhan atas kehendaknya,walaubagaimanapun kita tidak boleh hanya pandang dari sudut
ini,sebagai manusia yang Allah S.W.T ciptakan sebagai khalifah di bumi ini dan dikurniakan akal
yang sihat,kita juga perlu mengkaji atas dasar apa kejadian bencana alam berlaku,sebagai contoh
yang kita boleh lihat,Berlakunya tanah runtuh di karak akibat banyak pembalakan haram yang
berlaku kerana tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu serta keizinan pada pihak yang
berkuasa,di sini juga kita boleh lihat kezaliman yang dilakukan oleh manusia,konsep kezaliman
tidak terletak hanya pada manusia dan binatang,kezaliman terhadap tumbuh-tumbuhan juga di
ambil kira,disebabkan itu agama islam mengajarkan kita supaya sentiasa menjaga adab apa bila
berjumpa dengan manusia,binatang dan juga tumbuh-tumbuhan,sebagai contoh tidak menebang
pohon sembarangan,oleh itu kita boleh simpulkan bahawa kejadian tanah runtuh itu berlaku akibat
fenomena alam semulajadi apabila kurangnya pokok untuk menahan air hujan yang menyerap ke
tanah,dan dari sudut pandang agama ia adalah peringatan kepada manusia agar tidak menzalimi
tumbuh-tumbuhan

Seterusnya, Hikmah dari kejadian-kejadian bencana yang terjadi di alam semesta ini seperti
banjir, gempa bumi dan angin ribut bukan semata-mata memberi peringatan atau azab Ilahi.
Namun ia memberi banyak pengaruh dan impak keatas manusia. Di antaranya ialah pelbagai
nikmat Ilahi setelah berlakunya bencana seperti tanaman semakin subur selepas berlaku letusan

gunung berapi,kedua ,menyedarkan manusia dari kelalaian agar semakin banyak
mempengeringati tuhan,ke tiga membangkitkan potensi manusia untuk mengasah kemampuan diri
bagi meneruskan kehidupan,sebagai contoh meningkatkan lagi keselematan dan kesejahteraan
manusia dengan membina sistem-sistem yang mampu mengurangkan risiko bencana, dan ketiga
sebagai peringatan bagi penzalim, orang yang melampaui batas dan sebagainya. Hal ini semua
dapat dijadikan sebagai hikmah dalam kejadian bencana-bencana alam. Di samping itu, tidak ada
pertentangan sama sekali antara sebuah kejadian fenomena alam semulajadi dan peringatan dari
tuhan atau azab, kerana azab tuhan juga turun kepada manusia dan alam semesta.sesungguh
nya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya hanya Allah S.w.t yang mengetahui segalanya

Berikut merupakan antara contoh-contoh bencana alam yang berlaku di muka bumi ini

6. (IV) ISI KANDUNGAN:

6.1: LETUSAN GUNUNG BERAPI TERBESAR VESUVIUS PADA TAHUN 79 MS DI ITALI

Gambar 6.1

Pada 24 Ogos 79 SM,sebuah gunung berapi iaitu Mount Vesuvius telah meletus dan menghamburkan
lava serta abu ke udara,sekali gus menyebabkan kehancuran yang sangat binasa kepada seluruh kota
Pompeii serta segala kehidupan yang ada di dalamnya.letusan tersebut telah direkodkan sangat kuat,dan
ada pakar yang membandingkannya dengan letupan bom atom yang dilepaskan oleh tentera Amerika
Syarikat terhadap dua buah Bandar jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia Ke-2.Letusan
pada 79 SM telah mengeluarkan lava yang sangat panas,yang seterusnya menggelamkan kota Pompeii
dan Beberapa buah Bandar lain yang berdekatan,termasuklah Bandar Herculaneum,Oplonti dan
Stabiae.Letusan tersebut turut mengakibatkan kematian ribuang mangsa.Menurut rekod,Bandar tersebut
didiami oleh 16,000 hingga 20,000 penduduk,namun hanya sekitar 1,500 mangsa telah ditemui.

3/4 dari penduduk Pompeii “beku” dalam tragedi ini
Orang ramai mendedahkan bagaimana mangsa-mangsa mati,ada yang terperangkap di dalam banggunan
dan ada yang melindungi anggota keluarga mereka.Kanak-kanak dan orang dewasa didapati terkubur di
bawah debu-debu.Walaupun tisu-tisu lembut sudah mereput lama dahulu,namun setiap tulang kerangka
masih kekal.Jadi,apa yang anda lihat bukanlah patung atau replika,tetapi adalah mayat yang
sebenar.Hanya 86 badan sahaja masih jelas wujud daripada jumlah kira-kira 2000 magsa yang mati.

Kehidupan seksual yang melampau

Tabiat seksual penduduk Pompeii mampu membuatkan mereka yang berfikiran terbuka menjadi
malu,kerana Rom kuno dan Pompeii mengamalkan budaya hedonistik.Pompeii ditemui semula untuk
pertama kalinya pada hujung abad ke-16 oleh pekerja-pekerja yang menggali bagi mengubah laluan
sungai sarno,mereka kemudiannya memanggil arkitek itali,Domenuco Fontana yang mana terkejut dengan
lukisan-lukisan seksual pada dinding yang jelas dan barangan lain dijumpai ketika menggali,barang yang
ditemui itu dianggap terlalu sensitive dan menyinggung perasaan pada masa itu.pada tahun 1819,bakal
raja pada masa itu,Francis I sangat terkejut dengan penemuan barangan erotic yang mana telah
diarahkan untuk disimpan.artifak ini tidak dibenarkan dilihat oleh orang awam sehingga tahun 2000.apa
yang mengejutkan adalah orang Pompeii menggabungkan zakar ke dalam perabot,lampu minyak
mahupun loceng angin.

KESIMPULAN DARI BENCANA INI DARI SUDUT PANDANG AGAMA DAN SAINS
Bedasarkan konteks diatas,kita boleh menyimpulkan bahawa dari sudut pandang sains gunung
berapi meletus kerana magma yang terkumpul di perut magma yang terletak di bawah gunung
berapi sudah penuh dan akhirnya terdorong keluar dari gunung berapi.

Dari sudut pandang agama pula,penduduk Pompeii pada zaman itu,sangat mengamalkan
kehidupan seks yang melampau tanpa rasa malu sedangkan kita tahu Rasulullah SAW pernah
menjelaskan antara ciri umat akhir zaman ialah wujud golongan yang tidak malu menzahirkan
maksiat mereka.Rasulullah SAW bersabda: “Akan terjadi pada umat akhir zaman ini (tiga perkara
iaitu): ‘khasf’ (gunung meletus dan bumi merekah); ‘maskh’ (kutukan dan berubahnya wajah
insan) dan ‘qazf’ (berlemparan batu). Saidatina Aisyah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah
kami semua akan hancur terkena bala bencana tersebut sedang dalam kalangan kami terdapat
orang soleh? Baginda menjawab: Ya, apabila zahir perkara keji (bermaharajalela). (HR Tirmizi)

ALLAH S.W.T berfirman: “Maka setiap mereka itu Kami binasakan dengan sebab dosanya
(mereka sendiri), iaitu ada antara mereka yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya
dengan batu; dan ada dibinasakan dengan letusan suara menggempakan bumi; dan ada
yang Kami timbuskan di bumi; dan ada pula Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah)
Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah menganiaya diri sendiri.” (Al-
Ankabuut: 40)

Dari ayat ini walau kita hanya faham dasar maknanya sahaja kita tahu bahawa allah s.w.t sangat
murka dengan orang yang membuat maksiat.kita boleh lihat bukti dan pengajaran yang Allah s.w.t
tinggalkan kepada kita untuk dijadikan pengajaran dimana penduduk Pompeii yang telah beku
akibat terkena letusan gunung berapi

6.2: TSUNAMI YANG MELANDA BANDA ACEH

Bencana alam yang kedua ialah peristiwa tsunami iaitu gelombang raksasa yang menghancurkan Banda
Aceh pada 26 Disember 2004. Tsunami yang diperkirakan memiliki ketinggian 30 meter, dengan kecepatan
100 meter per saat. Gempa dengan kekuatan 9.1 hingga 9.3 skala Richter itu menggoncang dasar laut di
barat daya Sumatera. Tragedi mengorbankan lebih 220,000 mangsa itu merentasi 14 negara. Ia merupakan
gempa ketiga paling dasyat di dunia. Ombak tsunami itu bergerak 8,000 kilometer sehingga sampai ke
pantai Afrika Selatan. Gelombang kuat ini tidak hanya menghanyutkan warga atau binatang namun berhasil
menyeret sebuah kapal seberat 2,600 tan itu sejauh 5 kilometer. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menyatakan bencana ini sebagai bencana kemanusiaan terbesar yang pernah terjadi. Gempa bumi dan
tsunami ini menerjang banyak negara di Asia Tenggara dan sekitarnya, termasuk Indonesia, Sri Lanka,
India, Thailand, Maladewa, Somalia, Myanmar, Malaysia, Seychelles, dan lain-lain. Negara lainnya,
terutama Australia dan Eropa, juga menderita korban tewas yang waktu itu sedang bercuti di Asia Tenggara.

KESIMPULAN DARI BENCANA INI DARI SUDUT PANDANG SAINS DAN AGAMA

Antara punca-punca tsunami yang dapat menyebabkan perpindahan air seperti ini meliputi gempa bumi
bawah laut, keruntuhan yang terjadi di dasar laut, atau jatuhnya sesuatu objek ke dalam air seperti letusan
gunung berapi, meteor atau ledakan senjata nuklear. Punca tsunami paling umum ialah gempa bumi yang
mengakibatkan sekitar 80%–90% tsunami. Selain itu, jenis gempa bumi lain juga boleh menyebabkan
tsunami, tetapi jarang berlaku dan hanya pernah berlaku pada gempa-gempa bumi dengan kekuatan yang
amat besar. Biasanya, hanya gempa bumi dengan kekuatan skala magnitud momen bernilai 7.0 dan ke atas
yang memiliki kebolehan ini. Semakin kuat suatu gempa, semakin besar peluang tsunami untuk terbentuk
akibat gempa bumi tersebut. Selain itu, tsunami seperti ini ialah satu-satunya yang dapat bertahan jauh,
bahkan boleh menyeberangi lautan sehingga membahayakan kawasan yang lebih luas.

Tetapi mengikut perspektif islam, bencana ini ibarat peringatan dari tuhan. Sebagai contoh, satu keajaiban
berlaku ke atas Masjid Raya Baiturrahman yang masih kekal berdiri walaupun kawasan sekitarnya musnah
dan ditengelami air. Kini, ia dibina payung-payung besar menyerupai payung di Masjid Nabawi, Madinah.
Puncanya, dikatakan bahawa pada malam 25 Disember itu, sebahagian warga Aceh berpesta di pantai,
minum arak dan melakukan maksiat. Atas kuasa Allah SWT beberapa jam kemudian tragedi pun berlaku.
Maka disitu ada pengajaran dan peringatan daripada Allah SWT supaya jangan melakukan kemungkaran
dan kerosakan di atas muka bumi. Maksudnya: “Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah
Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap
sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.”
Surah Al-An’am : 102.

6.3: BENCANA BUMI TERBALIK TERJADI YANG TERJADI PADA KAUM NABI LUTH

Bencana yang terjadi pada zaman Nabi Luth diceritakan dalam Al-Quran, terdapat 85 ayat dalam
12 surah diantaranya Surah Al-Anbiyaa ayat 74 dan 75 , Surah Asy-Syu'ara ayat 160 sehingga
ayat 175 , Surah Hud ayat 77 sehingga ayat 83 , Surah Al-Qamar ayat 33 sehingga 39
Dalam penelitian yang dipresentasikan pada pertemuan tahunan American Schools of
Oriental Research di 15 November lalu, para arkeolog mengatakan bahwa
ledakan meteor di langit di atas Laut Mati sekitar 3.700 tahun lalu adalah penyebab
hancurnya Sodom.Ledakan meteor tersebut, yang menewaskan puluhan ribu orang,
diketahui setelah para ilmuwan melakukan penggalian selama 13 tahun di situs purbakala
Tall el-Hammam, yang kini masuk wilayah Yordania,Tall el-Hammam sendiri adalah
sebuah kota dari Zaman Perunggu. Sejumlah ilmuwan sebelumnya yakin bahwa Tall el-
Hammam adalah kota Sodom yang disebut dalam kitab-kitab suci, meski ada sebagian
yang masih menyangsikannya.Menurut para ilmuwan Tall el-Hammam adalah sebuah
negara kota di sebuah area yang dinamai Middle Ghor. Wilayah itu telah dihuni selama
2.500 tahun dan dilindungi oleh tembok setebal 30 meter, dengan tinggi 15 meter, dan
membentang sepanjang 2,5 kilometer.
Tetapi tembok yang kokoh itu hancur berantakan ketika meteor meledak di langit dan
gelombang hasil ledakan itu menyapu kawasan tersebut.Para ilmuwan mengatakan
ledakan meteor di atas area itu telah memicu sebuah gelombang panas nan kuat, yang
tidak saja menyapu Tall el-Hammam tetapi juga menghancurkan area seluas 500 kilometer
persegi. Area itu sendiri kemudian tak lagi didiami manusia 700 tahun setelah bencana itu
terjadi.

Kota Tall el-hammam Laut Mati

Selain itu, sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di

sekitar Laut Mati. Keberadaan umat Nabi Luth di sekitar laut mati ini diperkuat dengan ulasan

National Geographic edisi Desember 1957. ''Gunung Sodom, tanah gersang dan tandus muncul

secara tajam di atas Laut Mati. Belum pernah seorang pun menemukan Kota Sodom dan

Gomorah yang dihancurkan, namum para akademisi percaya bahwa mereka berada di Lembah

Siddim yang melintang dari tebing terjal ini. Kemungkinan air bah dari Laut Mati menelan mereka

setelah gempa bumi.Werner percaya bahawa umat Nabi Luth dihancurkan melalui sebuah gempa

bumi yang sangat hebat.Peristiwa tersebut dilukiskan dengan keterangan Al-Quran surah Asy-
Syu’araa ayat 173“Kami menghujani mereka dengan batu belerang keras sebagaimana tanah liat
yang terbakar secara bertubi”

(Gambaran Kaum Soodom)
Kaum soodom merupakan,kaum yang mengamalkan hubungan seks sesama jenis Mereka juga
adalah kaum yang banyak melakukan perbuatan keji, menyamun orang-orang yang
dalam perjalanan ke kampung mereka serta mempermain-mainkan mereka ,Allah
s.w.t telah mengutuskan banyak para nabi untuk memperingatkan kepada mereka agar
menghentikan dari terus melakukan hubungan sesama jenis.antara nabi yang diutuskan kepada
mereka adalah nabi luth.walaubagaimanapun,mereka tetap tidak mengedahkan peringatan yang
disampaikan oleh nabi luth,disebabkan itu Allah s.w.t murka dan berfirman “Dan Nabi Lut juga
(Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari
penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini
adalah kaum yang melampaui batas". Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain

daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari

bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa)

mensucikan diri". Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-

pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan

Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu,
lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan”- Surah al-A'raf

(80-84)

KESIMPULAN DAlAM KONTEKS INI

Pengajaran yang kita boleh dapat dalam kisah ini ,yang pertama ialah pengaruh positif
dari bencana-bencana yang berlaku dalam kehidupan manusia ialah, manusia akan terbangun
dan terjaga dari tidur dan kelalaian setelah tenggelam dalam kenikmatan-kenikmatan dunia, di
samping mengingatkan mereka tentang tanggung jawabnya yang besar di hadapan Tuhannya
dan mengubah sikapnya yang sebelumnya angkuh dan sombong akan bertukar menjadi rendah
hati dan tawadhu. Al-Qur'an menyentuh masalah ini dengan menjelaskan bahawa kaum-kaum
para nabi sentiasa berhadapan dengan berbagai kesulitan hingga ia meninggalkan sikapnya
yang melampaui batas dan berserah diri di hadapan Allah (s.w.t). "Kami tidaklah mengutus
seseorang nabi pun kepada sesuatu negeri, melainkan Kami timpakan kesempitan dan
penderitaan kepada penduduknya supaya mereka tunduk dengan merendahkan diri." (Surah Al-
A'raf [7]: 94)

6.4: GEMPA BUMI DI SABAH
Terdapat beberapa pendapat mengenai bencana alam di bumi ini merupakan satu fenomena
alam ataupun peringatan daripada Allah SWT, makna bencana menurut Al-Quran adalah
peristiwa yang mengancam dan menggangu kehidupan. Banyak bencana di muka bumi ini terjadi
disebabkan oleh perbuatan manusia, contoh-contoh bencana adalah gempa bumi, banjir besar,
ribut taufan dan tanah runtuh.

30 March 2005, gempa bumi dengan skala 8.7 telah melanda Pulau Sumatera, menyebabkan
ribuan orang terkorban. Gegaran ini turut dirasai penduduk di Lembah Kelang, Shah Alam,
Damansara, Kuala Lumpur dan beberapa negeri seperti Melaka dan Johor. Kejadian yang berlaku
lewat jam 12.09 pagi itu begitu menggemparkan penduduk Malaysia, terutamanya yang tinggal di
ibukota. Reaksi penduduk yang disiarkan melalui radio Ikim pagi tadi ialah apa yang berlaku itu
sebagai satu peristiwa yang menginsafkan. Realiti di Malaysia pada masa ini menunjukkan
betapa banyak penghinaan yang dilakukan oleh individu tertentu terhadap agama Islam itu
sendiri. Ia mungkin juga akibat terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan oleh manusia di muka
bumi ini tanpa ada golongan yang mampu mencegahnya. Mungkin umat Islam masa kini terlalu
melampau mencabar kuasa Allah SWT. Atau mungkin juga ianya sebagai tanda kasih sayang
Allah kepada kita hambaNya supaya insaf dan sedar. Cukuplah kita ambil sebagai peringatan
bahawa itu bukti kekuasaan Tuhan, dan berfikirlah sekadar apa yang kita tahu dari ilmu alam dan
logik akal.

Tradisi masyarakat Dusun meletakkan Kinabalu sebagai satu tempat suci dan keramat. Walaupun
ramai yang kini menganuti agama Kristian atau Islam, mereka masih berpegang pada tradisi ini.
Kinabalu bukan sekadar gunung bagi mereka, tapi lebih dari itu. Tradisi dan kepercayaan turun
temurun masyarakat sekitar banyak bertunjangkan pada gunung tertinggi di Malaysia ini.

 Pandangan bencana alam dari segi islam

Peristiwa bencana alam seperti gempa bumi sebegini merupakan peringatan daripada Allah SWT
kepada makhluknya agar bermuhasabah tentang diri masing-masing. Dalam al-Quran, Allah SWT
menceritakan banyak tamadun umat manusia dimusnahkan oleh Allah SWT melalui bencana
alam, antaranya kaum Nabi Nuh dimusnahkan dengan banjir, kaum Nabi Lut dimusnahkan
dengan gempa bumi dan kaum ‘Ad dimusnahkan dengan ribut taufan tujuh hari tujuh
malam..Jelasnya, bencana alam yang memusnahkan kaum-kaum tersebut adalah kerana
hukuman Allah SWT atas kekufuran dan kemungkaran mereka. Firman Allah SWT dalam surah
al-Ankabut ayat 40 :-
{Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami
hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan
suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang
Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri”} (Surah Al-Ankabut: 40).
Peringatan ayat Allah SWT perlu menjadi pengajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran
dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah
SWT

 Pandangan dari ahli geografi

Berbeza pula bagi ahli geografi, ahli sains dan yang memahami kejadian ini, semua bencana
alam ini telah diduga, diramal dan dijangka. Malah manusia sebenarnya telah dimaklumkan
menerusi amaran supaya tidak menyemarakkan bencana alam dengan memusnahkan alam
sekitar, tumbuh-tumbuhan, muka bumi atau mencemari udara dengan kloroflurokarbon dan
kotoran udara lain. Pada pandangan para ahli geogrfi, gempa bumi adalah pergerakan mengejut

permukaaan bumi disebabkan oleh pergerakan batuan di sepanjang garis sesar atau di atas
persempadanan plat tektonik. Walau bagaimanapun, gempa bumi juga boleh disebabkan oleh
aktiviti gunung berapi. Semakin besar saiz gempa bumi, semakin besar kemusnahan yang
dibawa.
Kesimpulannya, Setiap musibah dan ujian diturunkan perlu dijadikan iktibar dan jangan kita
mempersoalkan mengapa Allah SWT memperlakukan sedemikian sedangkan kita mengetahui
Dia berhak atas kekuasaannya sendiri. Ia peringatan kepada kita untuk mencapai nilai
ketakwaan dan keimanan tinggi. Hayati firman Allah SWT: “Katakanlah: Siapakah yang dapat
melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau
menghendaki rahmat untuk dirimu? Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong
selain Allah.” (Al-Ahzab : 17). Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa dalam menentukan
segala-galanya selain Allah SWT. Kita juga perlu berdoa agar mereka yang ditimpa ujian dan
musibah ini diberikan perlindungan sebaiknya. Semoga semua mangsa yang masih hidup dan
ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan dan kecekalan hati untuk meneruskan kehidupan lebih
baik pada masa akan datang.

6.5:BANJIR BESAR DI ZHENG ZHOU CHINA

Gambar 6.2
BEIJING: Sekurang-kurangnya 12 orang maut di Zhengzhou selepas hujan lebat melanda selama satu jam
sehingga menyebabkan banjir besar di sebahagian wilayah Henan, Selasa lalu. Lebih 100,000 orang
diselamatkan dari tebing Sungai Kuning, Zhengzhou iaitu bandar yang memiliki 12.6 juta penduduk dengan
ribuan petugas kecemasan dikerahkan bagi menjalankan usaha menyelamat.
Pihak berkuasa memaklumkan semua mayat mangsa diselamatkan dari kereta api bawah tanah di bandar
itu. Di bandar berdekatan di Gongyi, seramai empat mangsa disahkan maut dan lebih 20,000 penduduk
terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Presiden China, Xi Jinping menjelaskan situasi banjir sangat teruk dan memberi arahan kepada pasukan
keselamatan supaya mengutamakan keselamatan dan nyawa penduduk serta harta benda

Penumpang kereta api terperangkap
Penumpang kereta api bawah tanah berada dalam ketakutan kerana terperangkap dalam banjir yang hampir
mencecah paras leher serta terpaksa memegang erat siling bumbung kenderaan itu. Rakaman gambar
oleh Xinhua yang dikongsikan secara meluas dalam media sosial menunjukkan penumpang di Zhengzhou
terperangkap dalam kereta api yang dimasuki air banjir.

Pusat membeli belah,jalan raya dilanda banjir
Gambar lain menunjukkan penduduk di kawasan jalan terperangkap dalam banjir yang sudah mencecah
paras pinggul dan berusaha keras menarik orang ramai yang terperangkap dalam pusat beli belah bawah
tanah menggunakan tali. Satu gambar yang dikongsikan oleh akhbar, People’s Daily menunjukkan
penunggang motosikal di kawasan jalan membuat rantaian manusia bagi mengelakkan dihanyutkan arus
banjir yang deras.
Hujan lebat turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di seluruh bandar itu.

KESIMPULAN DARI SUDUT PANDANG SAINS DAN AGAMA
Dari kejadian bencana diatas kita dapat simpulkan dari pandang sains faktor disebabkan oleh banjir yang
tidak biasa dan dahsyat di Beijing kerana hujan yang berterusan di wilayah tersebut. Di samping
itu, provinsi ini berada di puncak tertinggi subtropika pada pertengahan bulan Julai yang sering
menyebabkan hujan lebat dan ribut petir.dari pandang agama kejadian ini berlaku sebagai
peringatan kepada kerajaan di negara china,kerana mencuba untuk menciptakan matahari
buatan manusia.

Projek ciptaan matahari buatan manusia mencabar kekuasaan Allah.Ini mengundang kemurkaan Allah
berlakunya banjir yang berlaku di wilayah tersebut menjadi satu pengajaran kepada Kerajaan Cina dan umat
manusia agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.Ini bertepatan dengan Firman Al Quran :
“Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu
lakukan (dan akan membalasnya) Surah Fusilat : 40

6. (VI) KESIMPULAN: MENGANDUNGI KESIMPULAN DAN KRITIKAN TERHADAP
KAJIAN YANG DI BUAT:

KESIMPULAN
Contoh bencana alam yang terdapat diatas, kita boleh melihat bencana alam sering berlaku di
bumi kita,pada pendapat saya kerana bumi ini sudah tua ditambah pula dengan manusia yang
sewenang-wenangnya melakukan perkara yang tidak baik kepada bumi, contohnya penebangan
pokok yang berlebihan dan sampah yang bertaburan. Tidak lupa juga oleh kerana dosa-dosa kita
yang terlampau ekstrim yang dibuat di atas muka bumi ini.
Kesimpulannya, kejadian bencana alam di bumi kita ini bukanlah sekadar fenomena alam sahaja,
akan tetapi juga peringatan daripada Allah SWT kepada kita agar kita terus kekal beribadah
kepadanya.

6. (VII) RUJUKAN:

AKHBAR

1) https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/08/462837/bencana-alam-peringatan-
buat-manusia

2) https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/03/542400/berbangga-buat-dosa-tanda-
fitrah-diri-rosak

3) https://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-besar-china-terburuk-dalam-1000-tahun-
309521

4) https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/china-dilanda-banjir-besar/
5) https://www.hmetro.com.my/amp/addin/2019/08/491359/iktibar-tinggalan-tsunami-aceh
6) https://news.detik.com/berita/d-5310107/16-tahun-tsunami-aceh-2004-begini-kronologi-

dan-penyebabnya

LAMAN WEB

1) http://www.islamquest.net/ms/archive/fa434
2) https://iluminasi.com/bm/gunung-berapi-vesuvius-letusan-dahsyat-yang-menghancurkan-

pompeii.html
3) https://iluminasi.com/bm/mount-vesuvius-letusan-gunung-berapi-pada-tahun-79-ad-yang-

menghancurkan-kota-pompeii.html
4) https://hot.liputan6.com/read/3949359/5-penyebab-gunung-meletus-secara-umum-dan-

perlu-kamu-ketahui
5) https://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir_Henan_2021
6) https://nasional.kontan.co.id/news/tsunami-aceh-bencana-alam-terbesar-16-tahun-

lalu?page=2
7) https://geodesigeodinamik.ft.ugm.ac.id/2019/10/04/faktor-yang-dapat-menjadi-penyebab-

tsunami/amp/
8) https://amp.kompas.com/nasional/read/2019/12/26/10570861/5-fakta-gempa-dan-tsunami-

aceh-tragedi-yang-terjadi-15-tahun-lalu
9) https://amp.kompas.com/tren/read/2020/12/26/081500665/hari-ini-dalam-sejarah-

mengenang-peristiwa-tsunami-aceh-2004
10)https://m.merdeka.com/sumut/penyebab-tsunami-aceh-2004-bukan-karena-ledakan-nuklir-

ini-faktanya-kln.html?page=4
11)https://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi


Click to View FlipBook Version