The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfathiha0205, 2021-05-27 20:25:13

MPU21032_E-FOLIO

PEMANTAPAN KESEPADUAN

PEMANTAPAN
KESEPADUAN

NASIONAL
MALAYSIA

MPU21032-Penghayatan Etika dan
Peradaban

Sesi Disember 2021

PENSYARAH: PUAN SUHAILA BT MUSTAFFA

PENSYARAH
PUAN SUHAILA BT

MUSTAFFA

NUR FATHIHA BINTI NURAZILA BINTI
SAHAR AHAMAD ISA

(18DAT20F2023) (18DAT20F2007)

NUR ILYANA BINTI AIDA FAQIHAH BINTI
SHAHARUDIN MOHAMMAD YUSOF

(18DAT20F2033) (18DAT20F2001)

OBJEKTIF TOPIK 4

Untuk membolehkan anda memahami
proses pemantapan kesepaduan
nasional di Malaysia

HASIL

PEMBELAJARAN

TOPIK 4

Setelah mempelajari topik ini, anda
akan dapat:

i) membincangkan proses
pemantapan kesepaduan nasional di
Malaysia
ii) Mengaplikasikan kesepaduan
sosial dalam kalangan masyarakat
Malaysia

ISI KANDUNGAN

M/S 3 - PENGHARGAAN
M/S 4 - PENGENALAN
M/S 7-9 - LAPISAN PERPADUAN

-3 WAJAH
M/S 10 - PEMANTAPAN KESEPADUAN

MALAYSIA
M/S 11-16 - MATLAMAT PERPADUAN

YANG DIIDAMKAN
- DETIK PERPADUAN
-DETIK PERBEZAAN
M/S 17-21 - KESEPADUAN
-PERISTIWA 13 MEI
-ETOS NASIONAL
M/S 22-24 - PROSES PENYATUPADUAN

YANG DIUSAHAKAN
-IPNas
M/S 25 - KESIMPULAN
M/S 26 - KERATAN AKHBAR
M/S 27 - GALERI ALBUM
M/S 28 - SUMBER RUJUKAN
M/S 29 - DISEDIAKAN OLEH

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan
kurnianya maka terhasillah sebuah majalah ini di mana mampu

memberikan manfaat kepada semua pembaca.Sesungguhnya
kami berasa bangga dan berbesar hati melalui coretan pena

yang terpahat pada ssteiap patah perkataan di majalah
ini.Setinggi tinggi penghargaan kami ingin ucapkan kepada

pensyarah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban,Puan
Suhaila Binti Mustaffa di atas bimbingan,sumbang saran
pendapat dan idea untuk menghasilkan majalah ini.Tanpa
sokongan beliau,maka adlah mustahil bagi kami menghasilkan
coretan yang bermkana ini.Terima kasih juga khususnya
kepada semua ahli kumpulan yang telah bertungkus lumus
menghasilkan output yang terbaik .Segala info dan isi
kandungan yang ada dalam naskah majalah ini adalah di
pastikan dari sumber yang sahih dan benar. Semoga majalah ini
dapat memberikan panduan dan kesedaran kepada para

pembaca dalam menjadi masyarakat yang berilmu
pengetahuan.

PENGENALAN

Kepelbagaian Ia dilaksana melalui tiga
menimbulkan berbagai rangkai proses yang
cabaran kepada sesebuah bergerak serentak dipacu
masyarakat, seperti oleh tiga motivasi, iaitu
Malaysia. Setiap komuniti perpaduan yang
misalnya mempunyai akar diidamkan, kesepaduan
etika dan peradaban yang yang dicapai dan
berbeza dan terjelma penyatupaduan yang
dalam pemikiran dan diusahakan. Tindakan
praktis kehidupan membina Indeks
masing-masing. Namun Perpaduan Nasional (IPNas
kesemuanya perlu hidup 2018) adalah suatu usaha
dalam sebuah masyarakat serius untuk memantau
Malaysia, berkongsi pemantapan kesepaduan
persamaan dan mencari nasional.
titik pertemuan ketika
terjadi perbezaan.
Kesediaan tawar menawar,
berunding dan melakukan
mediasi telah membawa
keamanan, kestabilan dan
keharmonian di Malaysia
semenjak Merdeka. Inilah
kesepaduan nasional yang
telah wujud, didukung
dan mesti terus menerus
dimantapkan.

LAPISAN
PERPADUAN

PERPADUAN KESEPADUAN

Kesatuan merupakan Keadaan bersepadu,
matlamat akhir yang menjadi kesatuan yang
diidamkan dalam sebuah
negara yang berbilang utuh keadaan aman,
makmur, stabil dan
kaum sejahtera yang dicapai

PENYATUPADUAN

Proses menyatupadukan
usaha berterusan pada
peringkat semua lapisan
masyarakat untuk
menyelesaikan defisit

sosial berwahanakan tapak
intergrasi berprinsipkan
tawar-menawar,
perundingan dan mediasi

PERPADUAN=UNITY IS
UNIFORMITY adalah

Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta

dan bangga kepada tanah air

Yang lebih Unity is
realistik adalah uniformity atau
"kesepaduan" 'perpaduan' ialah
atau cohesion kesamaan atau
kesatuan satu

bangsa, satu
agama, satu
bahasa, satu
negara, yang
juga merupakan
kata-kat siogan.

'Uniformity' hanyalah
suatu gambaran
tentang suatu
masyarakat yang

sempurna yang tidak
mungkin menjadi

kenyataan (UTOPIA)

WAJAH POSITIF

3 Datang daripada kepelbagaian yang dimegahkan, di
rayakan (celebrating diversity) dan dikomersialkan.
Malaysia mendapat keuntungan berbilion melalui
manfaat menjual kepelbagaian cth: "Tahun Melawat

Malaysia"

W WAJAH NEGATIF
A
J Wujud hasil daripada kepelbagaian yang pelbagai
A bentuk yang menghasilkan konflik,
H
pertelingkahan,nertikam lidah dan fitnah menfitnah
yang disebar melalui khabar angin. Turut berkait
dengan prejudis dan streotaip.

WAJAH IDAMAN

Rasa atau keinginan membentuk perpaduan yang
ideal yaitu unity in uniformity atau perpaduan dalam

kesatuan. Keinginan idealistik diungkap dalam
pelbagai bentuk oleh ahlinpolitik dan pemimpin, lirik

lagu dan slogan

PEMANTAPAN

KESEPADUAN NASIONAL

MALAYSIA

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran
kepada sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. setiap

komuniti misalnya mempunyai akar etika
danperadaban yang berbeza dan terjelma dalam
permikiran dan praktis kehidupan masing-masing.
Namun kesemuanya perlu hidup dalam sesebuah
masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan
mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan.

Kesediaan tawar menawar, berundingan dan
melakukan mediasi telah membawa keamanan,
kestabilan dan keharmonian di Malaysai semenjak
Merdeka. Ini merupakan kesepaduan nasional yang
telah wujud, didukung dan memastikan terus
menerus dimantapkan. Ia dilaksanakan melalui tiga
proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga

motivasi iaitu perpaduan yang diidamkan,
kesepaduan yang dicapai dan penyetupaduan yang

diusahakan. Tindak membina indeks perpaduan
Nasional ( Ip Nas 2018) adalah suatu serius untuk

memantau pemantapan kesepaduan nasional

MATLAMAT
PERPADUAN YANG

DIIDAMKAN

Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa

dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan

tenteram tanpa mengugat keamanan

negara.Tanpa keamanan, rakyat tidak akan

hidup selesa dan negara akan bergolak

setiap masa. Kita dapat memilih di negara-

negara bergolak beperangan luar. Kanak-

kanak, perempuan dan orang tua menjadi

mangsa kebuluran serta miskin tidak

terpisah daripada kehidupan.Perpaduan

amat penting dan perlu dibina dan dipupuk

agar menjadi suatu budaya dan amalan

kehidupan rakyat dalam negara ini. Prof

Ulung Datuk Dr Shamsul Amri

Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri
Institusi Kajian Etnik (KITA) Universiti Baharuddin, Pengarah dan
Kembangsaan Malaysia (UKM)
Pengasas Institusi Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kembangsaan Malaysia
(UKM)

Menyatakan " Perpaduan sebagai suatu

hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur,

dilihat secara nyata mahupun berkekalan.

Perkara ini biasanya hadir mengikut

keperluan, keadaan dan detik-detik tertentu

secara formal dalam kehidupan seharian

masyarakat".

DETIK PERPADUAN

Detik Perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku
dalam kehidupan seharian masyarakat. Antaranya suasana
yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah
detik-detik ketika pergaulan di pasar,memberi bantuan
ketika bencana,mengunjungi tempat percutian,menikmati
cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di

pawagam dan sebagainya

SUKAN

KENALKAH ANDA DENGAN
DATO LEE CHONG WEI?

Hampir satu Malaysia mengenali nama itu iaitu
pemain badminton nombor satu

Malaysia.Walaupun Dato Lee Chong wei
bangsa Cina, namun rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa menyokong dan meminati
setiap permainan beliau di setiap permainan

badminton.

MAJLIS
PERKAHWINAN

"STREETWEDDING"

Apabila majlis perkahwinan dilakukan di taman-taman
perumahan.Ianya menimbulkan suasana yang sesak dan kawasan
meletak kenderaan para tetamu sangat terhad dengan kehadiran
ramai jemputan.Jika dilihat kepada peruntukan undang-undang

dalam negara.Ianya merupakan satu kesalahan mendiri dan
menyelenggara sesuatu halangan di tempat awam.

Inilah detik perpaduan yang wujud dikalangan rakyat Malaysia
iaitu bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling

memahami antara satu sama lain tanpa mengira agama dan
budaya.

KESIHATAN

Sebagai doktor mahupun jururawat, mereka tetap akan merawat
pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana
itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbangga khususnya

ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit melanda negara.

DETIK PERBEZAAN

APAKAH PERBEZAAN ANDA
DENGAN ORANG SEKELILING

ANDA?

ADAKAH PERBEZAAN-
PERBEZAAN INI MENYUKARKAN
KEHIDUPAN ANDA SETIAP HARI?

Kita tidak boleh lari daripada
penezaan khasnya berkaitan dengan
budaya bangsa Malaysia. Perbezaan ini
perlu dilihat daripada aspek positif
untuk mengukuhkan lagi perpaduan

dan hubungan antara kaum.

SAMBUTAN

PERAYAAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada pelbagai jenis kaum. Antaranya ialah
Melayu,Cina,India,Iban,Melanau,Kadazan-
Dusun
Setiap kaum mempunyai perayaan masing-
masing. Oleh itu, dalam perayaan di Malaysia,
detik perbezaan dapat dilihat dengan jelas
kerana perayaan biasanya berkaitan dengan
budaya dan agama pelbagai agama. Tetapi ini
tidak dapat dianggap sebagai perbedaan yang
mengancam perpaduan negara, kerana setiap
budaya dan agama mempunyai ciri khasnya
sendiri. Setiap warganegara perlu berfikiran
terbuka dan berfikiran terbuka ketika
menghadapi perayaan festival sebagai perayaan
tahunan semua kaum di Malaysia.

JENAYAH

Definisi jenayah merupakan satu perbuatan yang bertentangan
dengan undang-undang negara. Pada era globalisasi ini, kes
jenayah semakin meningkat di negara kita. Hal ini amat
membimbangkan rakyat Malaysia. Kita sering menerima
berita-berita mengenai kes jenayah yang baru melalui di
televisyen, media sosial dan juga surat khabar seperti mencuri,
merompak, membunuh, merogol dan sebagainya Apakah
persoalan yang akan timbul di pemikiran kita ketika itu?

ISU TEMPAT

KERJA

Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik
perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum
memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa, kaum,
dan agama. Sebagai majikan, mereka boleh mengiktiraf
pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, pekerjanya
akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan
dengan lebih teliti dan amanah. Secara tidak langsung, para
pekerja akan berasa lebih adil dan selesa semasa bekerja.

KESEPADUAN

Keadaan aman,stabil,makmul dan sejahtera yang dicapai tetapi
diakui msaih terdapat perbezaan dalam bentuk definasit sosial

yang wujud dalam sesebuah masyarakat

KESEPADUAN NASIONAL

Kesepaduan Nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok
yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudaya yang
berbeza dan menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih

merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran. Hasil
daripada penyatuaan ini keadaan menjadi aman, stabil, aman,
makmur dan sejahtera yang dicapai. Walau bagaimanapun diakui
terdapat perbezaan dalam bentuk defisit social yang wujud dalam
sesebuah masyarakat di negara kita ini. Alat yang utama sebagai

teras perpaduan kesepaduan nasional ialah perlembagaan
Persekutuan dan Rukunegara. Dua perkara menjadi tunjang
utama kepada kesepaduan nasional. Masyarakat dinamik akan

mewujudkan kelompok petani Tradisional kepada petani
komesial industri, golongan miskin dan masyarakat kampung
kepada warga kosmopolitan. Daripada segi kemajmukan bangsa,

akan wujud pelbagai etnik dan budaya modeniti yang
mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi
norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial. Hal ini
merentasi hubungan horizontal antara entik dan agama sekaligus

dapat membina negara bangsa berintegrasi yang maju

KESEPADUAN SOSIAL

KESEPADUAN SOSIAL Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin
(2014) telah mengenengahkan konsep kesepaduan sosial sebagai
formula penting bagi mengurus masyarakat majmuk berdasarkan
kepada konsep dan ciri-ciri kesepaduan. Menurut beliau, kesepaduan
sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang
wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik.
Ia berupaya memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan
yang kuat yang dilandasi dengan rasa hormat, tolak ansur dan saling

percaya sesama mereka.

Terdapat enam dimensi yang ada dalam kesepaduan sosial itu:

Keupayaan-Pamencilan
Rangkum-Pengecualian
pernyata-Ketakterlibatan
Pengiktirafan-Penolakan
Setaraf-Tidak setaraf
Kesamaan-Ketidaksamaan

DEFISIT SOSIAL

•Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang
memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan

tahap kesepaduan •Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan
persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza

bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat.
•KITA melalui IPNas telah mengenalpasti Defisit Sosial ini yang
diperoleh dari suara hati orang ramai melalui pertemuan dengan

mereka.

PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara Malaysia iaitu berlakunya
rusuhan kaum yang mengakibatkan
kehilangan nyawa dan harta benda dan
mempunyaikaitan dengan pilihan raya
umum 1969.

13 Mei – merupakan tarikh yang sangat sinonim dalam
sejarah negara kita. Pada tarikh ini, berlakunya peristiwa
berdarah yang tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh
rakyat Malaysia terutama mereka yang mengalami sendiri
peristiwa berdarah itu. Lebih menyayat hati, ada antara
mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-
gara perbalahan antara kaum, hilang keluarga dan tempat

bergantung akibat tragedi ini.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA

PERISTIWA 13 MEI

Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada
kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar

perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling
untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat
yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara
aman dan sentiasa bersifat bersangka baik antara satu

sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat
bahawa sikap hormatmenghormati, bertolak ansur,

bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji
seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat
curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis

kaum, agama, budaya dan pegangan agama di
Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti
berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isuisu
sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa
kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi
negara ini .Oleh itu, kaum-kaum lain yang tinggal di
negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa
kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni
di kalangan masyarakat. Pendek katatanggungjawab
perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

ETOS NASIONAL

Menurut kamus dewan ialah sifat ciri satu bangsa, budaya, era dan lain-lain. Ia
berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna perwatakan atau
karakter. menurut Mansor et al (2016), perkataan etos berasaskan daripada
perkataan etika, sikap, keperibadian,watak, katakter serta keyakinan

Etos Nasional bangsa malaysia menurut Tun Mahathir ialah
Perkongsian sejarah
Perkongsian nilai
Perasaan kekitaan Bersama
Perkongsian masa depan
Kesetiaan
Komitmen
keterikatan emosi negara

Dr Tun Mahathir

Menurut Nazri Mulim (2016), terdapat beberapa dimensi utama yang dapat
menjelaskan etos bangsa sesebuah masyarakat. Etis bangsa terbina apabila

masyarakat berkongsi nilai yang sama merangkumi elemen kerjasama,
menghormati setiap individu, tolenrasi, displin dari etika atau moral dan

demokrasi

Nazri Muslim

PROSES PENYATUPADUAN YANG
DIUSAHAKAN

Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan ialah apabila terbina
satu model integrase kesepaduan nasional yang dinamakan
sebagai indeks perpaduan nasional 2018 (IPNas). Model ini
menyenaraikan tiga perkara utama sebagai asas dalam

menentukan indeks perpaduan iaitu perpaduan kesepaduan dan
penyatupaduan. IPNas merupakan rujukan untuk mencipta usaha

membina tanpa integrasi dengan menggunakan paduan
Mengenalpasti Kategori Defisit Sosial untuk memperbaiki

kekurangan tersebut

Perbandingan Persetujuan Konstruk Etos
Bangsa Mengikut Etnik 2018

IPnas

Indeks perpaduan Nasional atau lebih
dikenali sabagai IPNas dilaksanakan pada

tahun 2017-2018
IPNas juga telah mendapat mandat dan
pembiayaan dari kerajaan Malaysia seperti

JPM,EPU dan JPNIN
IPNas 2018 dibangunkan untuk
menghasilkan satu indeks pengukuran

nasional

PENYATUPADUAN,KESEPADUAN,PERPADUAN

CADANGAN PELAN TINDAKAN INDEKS
PERPADUAN NASIONAL IPNas

KESIMPULAN

Dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara
bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar

telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk
menjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan

maju dalam semua bidang, tetapi juga
mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan
bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan. Malaysia yang kita
impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan
rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat
hidup dalam keadaan aman dan damai dengan

rakyatnya yang memiliki kesatuan dan
perpaduan yang utuh, sementara hubungan
kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan
berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan
tuntutan perlembagaan. Perpaduan kaum dan
integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan
sosiopolitik di negara ini yang dapat menjamin

kemajuan dan keutuhan bangsa.

KERATAN AKHBAR

GALERI ALBUM
Perbincangan di
kamsis

Temu ramah penduduk
setempat (Muhd Azali
Samad,34) di aplikasi
'whatsapp'

Perbincangan
bersama ahli
kumpulan di aplikasi
'whatsapp'

Temubual penduduk
setempat melalui
'video call'

Nurul Ain Nabilah Bt Rosdi,23 memberikan
pendapat bahawa kesepaduan nasional di Malaysia
amat teguh namun masih terdapat segelintir pihak
yang kurang pendidikan dan tidak mengambil berat
mengenai kesepaduan nasional di Malaysia.Hal ini

telah membawa kepada banyak komplikasi dan
peningkatan pergaduhan/jenayah.Dia memberikan

cadangan agar memperbanyakkan lagi aktiviti
kemasyarakatan yang dapat disertai oleh masyarakat

berbilang kaum dan bangsa agar setiap individu
dapat berkerjasama dan merapatkan hubungan

tanpa mengenal bangsa atau latar belakang

SUMBER
RUJUKAN

https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/Seminar
%20IPNas_Prof.%20Dr%20Mansor%20dan%20PM%

20Dr.%20Mohd%20Sobhi.pdf

Buku Penghayatan Etika dan Peradaban versi Politeknik
Malaysia

https://perpaduannegara.blogspot.com/2020/09/perpad
uan.html

http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiwa-
13-mei.html?m=1

https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

DISEDIAKAN OLEH;

1)NUR AZILA BT AHAMAD ISA
2)NUR FATHIHA BT SAHAR
3)AIDA FAQIHAH BINTI
MOHAMMAD YUSOF
4)NUR ILYANA BINTI
SHAHARUDIN


Click to View FlipBook Version