PEND.SENI VISUAL
TINGKATAN 3
TAJUK : SENI ARCA
CIKGU HABIBAH
DEFINISI ARCA
Seni arca merupakan hasil produk seni
dalam bentuk 3 dimensi (3D).
Permukaannya dapat disentuh serta
dilihat daripada pelbagai sudut.
Perkataan arca dalam bahasa inggeris
disebut sebagai sculpture, iaitu satu
proses mengukir, memotong atau
menggores.
SEJARAH PERKEMBANGAN SENI ARCA
TEMPATAN
•Seni arca berkembang pada tahun 1960
•Menyedarkan masyarakat tentang
fungsi arca
•Pengiktirafan di dalam dan luar negara
•Pengarca sprti Syed Ahmad Jamal, Latiff
Mohidin, Anthony Lau dan lain-lain
•Tahun 1976, Balai Seni Lukis Negara
telah mengadakan pameran arca
pertama
•Tahun 1980, pengarca muda lepasan
Institusi Teknologi Mara membawa
nafas baru dalam seni arca
•Diketuai oleh Zakaria Awang, Mad
Anuar Ismail dan Ariffin Ismail
PENGARCA DI MALAYSIA
Rosli Zakaria Sarifah and Standing,
1993, besi dan bahan
jumpaan
Mad Anuar Ismail Pahlawan #5, 2017,
gangsa dan keluli
tahan karat
Ramlan Abdullah The Sign, 2018, besi keluli
tahan karat dan batu
granit
Raja Shahriman Raja Gejolak Api, 2008, besi
Aziddin tempa dan cat
JENIS-JENIS ARCA
ARCA ESTETIK
Mad Anuar Ismail, Keris
Handle, 1993, besi
Merupakan arca yang diperagakan dengan
tujuan penghayatan nilai keindahannya
sahaja. Ianya mempunyai nilai intelek
yang amat tinggi untuk difahami.
ARCA BERFUNGSI
Rosli Zakaria, Belit Apa,
2012, besi dan warna
Arca yang bukan sahaja mempunyai nilai
estetik tetapi digunakan juga untuk tujuan
atau kepentingan seperti sebuah kerusi
untuk duduk
KAEDAH ASAS MEMBENTUK ARCA
MANIPULASI
Membentuk arca dengan menggunakan kemahiran
tangan seperti pembuatan model. Bahan terbuka
seperti tin, dawai, doh dan tanah liat boleh
digunakan untuk penghasilan arca tiga dimensi.
BINAAN
Menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk
dibina, ditambah atau dicantumkan sehingga
menghasilkan satu struktur yang lebih besar.
LUAKAN
Kaedah mengukir dan membuang bahagian berlebihan
pada bahan yang digunakan seperti bongkah kayu,
plaster of paris, batu marmar, lilin atau tanah liat.
ACUAN
Kaedah membentuk menggunakan acuan. Bahan yang
sesuai digunakan ialah bahan cecair yang mudah
membeku seperti lilin, plaster of paris, simen dan
sebagainya.
BENTUK ARCA
BINAAN
Kaedah menggunakan satu jenis bahan utama
sahaja untuk dibina, ditambah dan dicantum
TIMBULAN
Arca berbentuk 3D yang menonjol keluar
daripada satu permukaan 2D yang rata
MOBAIL
Arca ini mempunyai seni kinetik kerana
kemampuannya bergerak, berputar atau
berombak.
DINDING
Arca yang dihasilkan diatas pelbagai bahan serta
media dan dilekat pada dinding
ASEMBLAJ
Arca daripada cantuman pelbagai bahan
terbuang yang berbeza
LUAKAN
Proses mengukir dan membuang bahagian yang
berlebihan daripada blok bahan
ACUAN
Arca acuan dibentuk dengan
menggunakan acuan
INSTALASI
Satu peragaan arca yang menggunakan
persembahan berdasarkan tempat dan masa
yang sebenar
STABAIL
Arca jenis ini boleh bergerak tetapi tidak
mempunyai awangan dan pergerakannya
terhad
AKTIVITI PADA MINGGU
HADAPAN
PELAJAR DIKEHENDAKI UNTUK MENYEDIAKAN:-
1) SPAN BUNGA @ SABUN MANDI
2) PENSEL
3) PISAU
JUMPA LAGI MINGGU HADAPAN……
SEKIAN, TERIMA KASIH