Bidang : Seni Kraf
SENITajuk 5 BATIK
Pengenalan
BATIK DIHASILKAN MELALUI PROSES MELILIN DAN
MEWARNAKAN KAIN PUTIH. PROSES PEWARNAAN
LAZIMNYA DIBUAT SECARA SAPUAN ATAU PENCELUPAN.
TERDAPAT BEBERAPA TEKNIK TERTENTU YANG
DIGUNAKAN UNTUK MENGHALANG (RESIST) WARNA
DARIPADA BERCAMPUR PADA BAHAGIAN-BAHAGIAN
BERCORAK SEMASA PROSES MEWARNAKAN KAIN. SALAH
SATU TEKNIK MENCORAK ATAU MELAKAR PADA TEKSTIL
ADALAH DENGAN MENGGUNAKAN LILIN. LILIN
BERFUNGSI SEBAGAI BAHAN UNTUK MENGHALANG
WARNA DARIPADA BERCAMPUR DIANTARA SATU SAMA
LAIN.
Prinsip Asas
IRAMA DAN Penggunaan PENEGASAN
PERGERAKAN Bahasa Seni JALINAN
Visual Dalam
KEPELBAGAIAN
Seni Batik
HARMONI
Prinsip Asas
GIGI KAIN KAKI KAIN
Pada bahagian kaki kain Bahagian bawah
terdapat motif gigi yang kain sarung
disebut gigi kain
KEPALA KAIN Bahagian-Bahagian
Kain Batik
Motif yang biasa
digunakan ialah
Pucuk Rebung atau
Bunga Pokok
PENGAPIT KEPALA KAIN
Termasuk bahagian
tepi kain dan
menggunakan motif
yang kecil
BADAN KAIN
Motif dan warna yang
disesuaikan dengan motif
pada bahagian kepala dan
pengapit kepala kain
Motif-motif Seni Batik
FLORA Motif-motif GEOMETRI
FAUNA Seni Batik ABSTRAK
ISEN
Motif-motif Seni Batik
Motif & Contoh
FLORA - PUCUK REBUNG
-DAUN SITI FATIMAH
- BUNGA TERATAI
- POHON ARA
- BUNGA MAWAR
- BURUNG FAUNA
- AYAM
- KUPU-KUPU
- SAYAP BURUNG GARUDA
Motif-motif Seni Batik
GEOMETRI - BANJI
- SWASTIKA
- KAWUNG
- JALUR
- MEGA MENDUNG ABSTRAK
- JARING IKAN
- AWAN
- ABOR
Motif-motif Seni Batik
ISEN - CECEK-CECEK (TITIK-TITIK)
- GERINSENG (PENUTUPAN)
- SIRAPAN (ATAP SIRAPAN)
- SISIK MELIK (SISIK BERTITIK)
- CANTEL
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
BATIK PELANGI Jenis BATIK BLOK
Batik BATIK SKRIN
BATIK
CANTING
ATAU LUKIS
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
BATIK PELANGI Batik Pelangi ialah batik yang tertua di negara kita. Batik ini
diperkenalkan oleh Minah Pelangi dari Terengganu dan Haji
PENERANGAN Che Su dari Kelantan. Batik Pelangi merupakan batik yang
tidak menggunakan lilin. Salah satu teknik penghasilan corak
Batik Pelangi adalah menggunakan teknik ikat celup. Teknik
ini memerlukan kreativiti semasa mengikat dan mencelup
kain ke dalam pewarna. Jenis ikatan yang selalu digunakan
ialah simpulan, ikatan, lipatan, dan jahitan. Terdapat beberapa
jenis pewarna yang boleh digunakan dalam proses ikat celup,
antaranya pewarna Remazol dan Naphthol. Pewarna Naphthol
tidak perlu melalui proses mematikan warna. Batik Pelangi
selalu digunakan untuk membuat baju, tudung dan selempang.
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
ALAT & BAHAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 142 ]
BENANG TALI PISAU
GETAH KAIN KAPAS
BERUS
KAIN SUTERA
PEWARNA REMAZOL
SODIUM SILIKAT
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
PROSES PENGHASILAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 143 - 144 ]
PROSES PENERANGAN
1 Guli dimasukkan kedalam kain dan diikat dengan tali atau getah mengikut corak
yang diingini
2 Sediakan bahan pewarna remazol untuk mewarnakan kain
3 Kain diwarnakan secara celupan atau menggunakan berus pada bahagian yang
diikat
4 Kain diwarnakan dengan beberapa warna untuk mendapatkan corak pelangi
5 Setelah kering, buka ikatan kain.
6 Kemudian, kain direndam di dalam sodium silikat
untuk mematikan warna.
7 Cuci kain hingga bersih untuk menghilangkan
sodium silikat.
8 Keringkan kain di tempat yang teduh.
9 Hasil akhir Batik Pelangi
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
BATIK CANTING Batik Canting atau Batik Lukis mempunyai nilai komersial yang
ATAU LUKIS tinggi. Batik Lukis ini diminati oleh pengguna dan penggemar
fesyen kerana pemilihan dan penggunaan warna, jenis kain serta
PENERANGAN motifnya yang kreatif. Kombinasi tradisional dan kontemporari
mempengaruhi perkembangan Batik Canting. Kaedah
penghasilan batik ini adalah dengan menggunakan canting yang
diisi dengan lilin cair untuk melakar corak atau motif di atas kain.
Kemudian, lakaran ini akan diwarnakan mengikut kreativiti
pembatik. Bahan seperti damar (rosin) perlu dimasukkan ke
dalam campuran lilin untuk mengelakkan lilin daripada patah
dan memudahkan proses mencanting. Minyak masak juga boleh
ditambah ke dalam campuran lilin dan damar. Sukatannya
adalah 500 gram lilin ditambah dengan tiga sudu minyak masak.
Batik ini banyak digunakan untuk menghasilkan produk seperti
selendang, skaf, tali leher dan sebagainya. Selain digunakan
untuk menghasilkan pakaian, Batik Canting juga digunakan
sebagai hiasan kelengkapan rumah serta pelengkap hiasan
dalaman yang cantik dan menarik.
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
ALAT & BAHAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 145 ]
CANTING BERUS SODA ASH
SPAN
PEWARNA REMAZOL
PERIUK DAMAR LILIN PARAFIN
DAPUR
KAIN KAPAS
PEMIDANG
KAIN SUTERA SATIN
SODIUM SILIKAT
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
PROSES PENGHASILAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 146 – 147 ]
PROSES PENERANGAN
1 Kain dipasang pada pemidang dan diregangkan. Lakarkan motif di atas kain
dengan menggunakan pensel 4B-6B.
2 Panaskan campuran lilin dan damar. Sediakan canting mengikut saiz yang
diperlukan.
3 Mulakan proses mencanting mengikut lakaran pada kain. Pastikan garisan
dicantum dengan kemas
4 Setelah selesai mencanting, warnakan corak mengikut warna pilihan. Proses
mewarna perlu dilakukan segera untuk mengelakkan warna tidak sekata
5 Kain akan direndam di dalam larutan sodium silikat untuk mematikan warna
6 Kemudian, cuci kain dengan air bersih untuk menghilangkan kesan sodium silikat
dan lebihan warna
7 Rebus kain dengan air panas yang telah dicampur soda ash. Kain direbus untuk
menanggalkan lilin pada kain
8 Keringkan kain di tempat yang teduh
9 Hasil akhir batik canting
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
BATIK BLOK Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Cap atau Batik Terap. Batik
Blok dihasilkan menggunakan blok atau sarang. Pada awalnya,
PENERANGAN blok yang digunakan diperbuat daripada kayu dan hanya
menggunakan warna hitam dengan latar belakang kain
berwarna putih. Kemudian, penggunaan blok kayu bertukar
kepada blok besi. Kini, blok dihasilkan daripada campuran bahan
tembaga, timah dan zink. Corak dan motif yang dihasilkan lebih
kemas, halus serta lebih tinggi nilai seninya. Proses ini
memerlukan sekurang-kurangnya tiga warna dengan tiga buah
blok yang berbeza. Pewarna yang digunakan seperti Remazol
dan Naphthol. Batik Blok melibatkan penggunaan meja terap.
Meja terap diperbuat daripada kayu atau logam yang diisi span
dan dialas dengan plastik. Kepingan span berfungsi untuk
menyerap dan menakung air. Span perlu sentiasa basah dalam
proses penyejukan atau pembekuan lilin semasa capan
dilakukan. Hasil Batik Blok ini digunakan untuk membuat
pakaian, perhiasan dan kelengkapan rumah.
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
ALAT & BAHAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 148 ]
BERUS LILIN PARAFIN DAMAR KAIN SUTERA SATIN
SPAN BLOK ATAU SARANG
NEBENG
KAIN KAPAS
KUALI LEPER
DAPUR PEWARNA REMAZOL
MEJA TERAP SODIUM SILIKAT
SODA ASH
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
PROSES PENGHASILAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 149 – 150 ]
PROSES PENERANGAN
1 Kain dibentang di atas permukaan meja terap. Permukaan kain perlu diratakan. Meja terap perlu sentiasa
sejuk agar lilin mengering selepas proses mengecap. Meja terap boleh dilapisi dengan span basah
2 Pastikan campuran lilin dipanaskan hingga cair
3 Permukaan blok sarang dicelup kedalam lilin panas, kemudian dicap ke atas
permukaan kain
4 Pasangkan kain pada pemidang. Kain perlu dibentangkan dengan tegang semasa
menyapu warna
5 Sapukan warna pada kain dengan menggunakan span atau berus hingga selesai.
Proses mewarna juga boleh dilakukan secara celupan
6 Setelah selesai menyapu warna, kain dibiarkan kering pada suhu bilik
7 Selepas itu, celup kain ke dalam sodium silikat untuk mematikan warna
8 Rebus kain dengan campuran soda ash untuk menanggalkan lilin pada kain
9 Jemur hingga kering. Kain dikeringkan pada suhu bilik atau di tempat
yang teduh
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
BATIK SKRIN Batik Skrin berbeza dengan batik yang lain kerana tidak
menggunakan lilin panas. Batik ini menggunakan lilin
PENERANGAN sejuk dan skrin saring sutera untuk memindahkan motif
pada kain. Motif atau corak yang disediakan dipindahkan
daripada kertas ke skrin saring sutera secara pendedahan
imej pada cahaya. Proses pemindahan motif ke atas kain
menggunakan teknik terapan lilin sejuk. Lilin tersebut
akan diratakan di atas skrin saring sutera yang
diregangkan di atas pemidang. Penggunaan teknik
cetakan saring sutera ini dapat menghasilkan imej yang
sekata berulang kali. Batik Skrin ini sangat digemari oleh
pengusaha batik kerana proses penghasilannya yang
mudah, menarik dan menjimatkan masa.
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
ALAT & BAHAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 151 ]
SEKUJI FOTO EMULSI TABLE GLUE
SKRIN SARING SUTERA
KAIN SUTERA SATIN KAIN KAPAS
BERUS SPAN
PEWARNA REMAZOL
EMULSI COATER
SPAN BESAR LIGHT BOX
LILIN SEJUK SODIUM SILIKAT SODA ASH
(COOL WAX)
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
PROSES PENGHASILAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 152 – 154 ]
PROSES PENERANGAN
1
2 Motif dihasilkan dalam bentuk digital iaitu format AI dan dicetak pada kertas
3
4 Sediakan pemidang skrin. Sapu emulsi pada pemidang. Proses ini dilakukan dalam bilik gelap
5
6 Kertas bercetak motif dibentangkan diatas light box dan disapu minyak tanah
7
8 Pemidang dan kertas dimampatkan
9 Skrin sutera saring dicuci untuk menanggalkan emulsi foto
10
Gam disapukan untuk melekatkan kain. Kain dilekatkan supaya tegang dan rata
Lilin sejuk akan dituang atas skrin
Ratakan lilin sejuk dengan menggunakan sekuji. Lilin akan terlekat pada kain
Pasangkan kain pada pemidang. Kain perlu tegang
Proses mewarna dilakukan sehingga selesai
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
PROSES PENGHASILAN [ Sila rujuk Buku Teks PSV T5, m/s 152 – 154 ]
PROSES PENERANGAN
11 Proses mematikan warna menggunakan sodium silikat
12 Cuci kain untuk menanggalkan sisa sodium silikat
13 Rebus kain dengan mencampurkan soda ash
14 Kain akan dijemur di tempat teduh
15 Hasil akhir Batik Skrin
Jenis, Alat, Bahan &
Proses Seni Batik
CONTOH-CONTOH PRODUK SENI BATIK
TOTE BAG
SARUNG KUSYEN KASUT
PELAPIK MEJA
SARUNG BANTAL
CADAR BAJU
SELIMUT
DISEDIAKAN OLEH :
NORHABIBAH NAQUIAH
GURU PENDIDIKAN SENI
SMK TELUK BAHANG