The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidah810, 2022-07-12 21:32:48

BUKU TEKS BAHASA MELAYU SJKC TAHUN 6

Buku Teks BM SJK Tahun 6

Lihat dan pamerkan.

Kaedah Pencarian Maklumat

Azli dan rakan-rakannya telah melayari laman sesawang Perpustakaan
Negara Malaysia. Mereka telah menemukan pautan Program Literasi Media
dan Maklumat. Dalam program itu, para peserta diberi panduan tentang
kaedah pencarian maklumat yang tepat dan berkesan. Mereka dilatih untuk
mencari maklumat daripada sumber rujukan bercetak seperti kamus dan
ensiklopedia. Selain itu, mereka diajar tentang kaedah pencarian maklumat
menerusi enjin carian Google dan Sistem Katalog dalam Talian.

Perpustakaan = Negara = Malaysia =

NOTA GURU  Bimbing murid mengenal tulisan Jawi pada objek. 143
 Minta murid mempamerkan tulisan Jawi.
4.4.1
4.4.2 KBAR: Mengingat – Mengecam Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Nilai Murni – Menghargai

Bina ayat.

Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang

Kompang X-ray
Seminggu yang lalu, Arisa mengunjungi majlis perkahwinan sepupunya
di Melaka. Dalam majlis itu, dia telah menyaksikan suatu persembahan
kompang. Pasukan kompang itu terdiri daripada anak muda. Mereka
memalu kompang yang unik. Dibuat daripada filem sinar-X kompang
mereka itu. Sungguh merdu paluan Kompang X-ray itu.

Ayat Susunan Biasa
Pasukan kompang itu terdiri daripada anak muda.

subjek predikat

Kompang X-ray itu dicipta oleh Encik Suman Ahmad. Beliau menggunakan
filem sinar-X bagi menggantikan kulit haiwan. Kreatif betul beliau.

Ayat Susunan Songsang
Kreatif betul beliau.

predikat subjek

Banyak kelebihan Kompang X-ray. Kos pembuatan kompang ini
murah dan bunyinya nyaring daripada kompang biasa. Walaupun basah,
kompang ini masih dapat menghasilkan bunyi. Selain itu, tangan pemain
kompang kurang sakit ketika memalu kompang ini.

Contoh: (Sumber: www.yim.my)

Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang
Dicipta oleh Encik Suman Ahmad
Kompang X-ray itu dicipta oleh Kompang X-ray itu.
Encik Suman Ahmad.

Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang.
Ayat susunan songsang ialah ayat yang predikatnya dikedepankan mendahului subjeknya.

144 Bimbing murid memahami dan mengenal pasti ayat susunan biasa dan ayat NOTA GURU
susunan songsang yang terdapat dalam teks.
Minta murid menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang 5.3.4
dan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.

KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Kreativiti dan Inovasi

Pemulihan

Baca petikan. Kemudian, cari makna perkataan.
Mat Sains

Junidi gemar menonton rancangan televisyen yang berunsurkan
pendidikan sains. Mat Sains ialah rancangan yang paling disukainya.
Rancangan ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang pintar sains.

Dalam satu episod yang ditontonnya, Mat Sains telah menunjukkan cara
membuat dakwat ajaib. Dia membuat dakwat itu dengan menggunakan
jus lemon.

12

putik kapas

jus lemon Biarkan tulisan itu kering.
Tulisan itu akan hilang.
Tulis perkataan di atas
kertas kosong. 4

3

Letakkan kertas itu di bawah cahaya Tulisan itu akan kelihatan.
lampu yang panas.

Mat Sains menerangkan rahsia keajaiban itu. Jus lemon mengandungi
asid yang tidak berwarna. Apabila kering, asid itu tidak akan kelihatan.
Namun, asid itu akan bertukar kepada warna perang apabila diletakkan
di bawah cahaya lampu yang panas.

NOTA GURU

2.1.2 145

Pengayaan

Permainan Mencari Kad Tersembunyi

Cara bermain:
1. Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan Kuning,
Kumpulan Merah dan Kumpulan Biru.
2. Setiap kumpulan perlu mencari kad bergambar mengikut warna kumpulan

masing-masing yang disembunyikan di taman sains sekolah.
3. Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza.

• Kumpulan Kuning dikehendaki membina ayat seruan dan ayat perintah.
• Kumpulan Merah dikehendaki membina ayat aktif dan ayat pasif.
• Kumpulan Biru dikehendaki membina ayat susunan biasa dan ayat

susunan songsang.
4. Kumpulan yang berjaya menemukan kad dan membina ayat yang betul

dalam masa terpantas ialah pemenang.

Contoh Kad Bergambar:

146 NOTA GURU

5.3.2
5.3.3
5.3.4

Pengukuhan

Catat maklumat dan janakan idea.

Trak Pelbagai Guna

Trak pelbagai guna ini dicipta oleh

Encik Wagiman Dulahabedi. Encik

Wagiman ialah peladang kelapa

sawit di Ayer Hitam, Johor.

Encik Wagiman mencipta trak ini

dengan menggunakan barangan

terpakai. Beliau menggunakan

barang-barang seperti enjin skuter,

kerusi plastik dan rim tayar lori

lama serta kotak gear terpakai. Trak

ini turut dilengkapi gerabak yang

mampu menampung beban yang

berat sehingga empat tan. Trak ini

sesuai juga digunakan di atas tanah gambut.

Trak ini amat berguna kepada peladang kecil dan sederhana. Trak ini

digunakan untuk mengangkut muatan seperti kelapa sawit, kayu, padi dan

nanas. Selain itu, trak ini boleh digunakan untuk membelah kayu, mengepam

air dan berfungsi sebagai kren. (Sumber: www.yim.my)

Maklumat Bagaimanakah trak ini boleh
tentang pencipta ditambah baik?

Trak Keistimewaan
Pelbagai
Guna

Kegunaan

NOTA GURU

3.2.3

147

Penilaian

Jawab soalan.

Eh, ada roti Jangan makan, adik. Kakak Mengapakah kakak
keju! Saya ingin akan membuang roti keju itu. mahu membuang
makan roti keju roti keju itu?
yang enak ini.

Lihatlah roti keju ini. Roti Mengapakah Roti keju ini berkulat kerana tindakan
ini mempunyai tompokan roti keju itu mikroorganisma. Mikroorganisma ialah
yang berwarna hitam. berkulat? hidupan yang terlalu kecil untuk dilihat oleh
Roti ini sudah tidak boleh
dimakan. Roti ini berkulat. mata kasar. Jika kita dapat menghalang
tindakan mikroorganisma terhadap
makanan, makanan tahan lebih lama.

1. Berikan contoh ayat seruan dan ayat perintah yang terdapat dalam dialog di atas.
2. Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif.
(a) Saya ingin makan roti keju yang enak ini.
(b) Kakak akan membuang roti keju itu.
3. Tukarkan ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat susunan songsang.
(a) Roti ini sudah tidak boleh dimakan.
(b) Roti ini mempunyai tompokan yang berwarna hitam.
4. Lengkapkan peta grafik di bawah.


Makanan Rosak

Punca Kesan

5. Bagaimanakah kita dapat menghalang makanan daripada cepat NOTA GURU
rosak? Berikan cadangan.
5.3.2
148 5.3.3
5.3.4
3.2.3

8

Ekonomi,
Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan

Jika tidak dipecahkan ruyung, Hendak seribu daya,
di mana boleh mendapat sagu tak hendak seribu dalih

Ingat sebelum kena, Sedikit-sedikit tekun,
jimat sebelum habis lama-lama menjadi bukit

(Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)

NOTA GURU Bimbing murid menyatakan maksud peribahasa.
Minta murid bercerita berdasarkan gambar dan peribahasa.

149

22 Majukan
Ekonomi Kita

Ceritakan. Audio
bercerita
Kisah Pemungut Madu

Pak Cik Sapian bapa saudara Abong. Beliau mencari rezeki dengan
memungut hasil hutan. Pada suatu hari, beliau dan rakan-rakannya
masuk ke hutan untuk mencari madu lebah tualang.

Mereka memulakan perjalanan pada awal pagi.

meredah hutan – mendaki bukit berjumpa – pokok tualang – sarang lebah

membuat pemijak memanjat pokok – berwaspada

Mari beli madu
lebah asli.

dijual – laris – khasiat – wah – berapa – untung
mengumpulkan madu – botol kesihatan – mencegah

150  Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan NOTA GURU

• e kBsipmrbesini gyamnugrisdemsueani.gecam dan mendengar ujuran. 1.3.1
• M Minitnatammuruidridmmemempenrgsuejmarbsaehmkaunlacuejruitraa.n.
KBKABTA:TM: Menecnipgtaap–likMaesin ghasilkan StrateSgtirPadtePg:iKPPd–P:VKeorbnsatlr-ulinktgivuisismtikel
EMEMK:KK: eNuilsaaihMauwrnain–aKna–sEihKs1ayang

Baca dan persembahkan. Daftar
Hobi Menjanakan Pendapatan

Inspirasi Forum Log masuk

Encik Malek dan Encik Tan jiran Li Chen. Mereka amat meminati bonsai kelapa. Mereka
menjadikan aktiviti membuat bonsai kelapa sebagai hobi bagi memenuhi masa lapang.

Bonsai kelapa yang dihasilkan oleh mereka sangat unik. Banyak rakan dan jiran yang
berminat untuk membeli hasil kerja mereka. Apabila permintaan semakin tinggi, Encik
Malek dan Encik Tan membuka perniagaan bonsai kelapa secara bersama.

Perniagaan bonsai kelapa Encik Malek dan Encik Tan mendapat sambutan hangat.
Mereka menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Pada mulanya, mereka
menjadikan perniagaan ini sebagai hobi. Kini, perniagaan itu dijadikan sebagai mata
pencarian untuk menjanakan pendapatan yang lumayan.

Encik Malek dan Encik Tan terus mengorak langkah. Mereka menggunakan
Internet dan media sosial untuk mempromosikan produk mereka. Mereka berazam
untuk memajukan perniagaan bonsai kelapa itu. Oleh sebab itu, mereka sentiasa
berbincang dan mencari jalan untuk meningkatkan kualiti produk. Mereka tidak bersikap
hangat-hangat tahi ayam. Bagi mereka, alang-alang mandi biar basah.

Tinggalkan komen Saksikanlah penghasilan produk kami menerusi
video ini. Lihatlah keunikan bonsai kelapa yang
Darshita: kami hasilkan.
Kawan-kawan, apakah ilmu dan
nilai yang kamu peroleh daripada Bonsai kelapa kami sangat cantik dan berkualiti.
perniagaan bonsai kelapa Encik Malek Bonsai ini sesuai dijadikan hiasan rumah. Harga
dan Encik Tan? bonsai kelapa kami dijual antara RM35.00 hingga
RM300.00 sepasu. Untuk membuat tempahan,
Azli: sila klik pautan yang berikut:
Ilmu yang saya peroleh
https//bonsaimalektan.com.my
Li Chen:
Nilai yang saya peroleh 10:45/ 65:00

5,5 M 1,5 M Share Save

NOTA GURU  Bimbing murid membaca teks bahan sastera dengan sebutan yang betul

2.3.2 • Bimdabninigntmonuarisdi ymaenmgbsaecsauadia. n memahami maklumat tersurat dan tersirat. 151
• Mi Mntiantma umriudrimd emmebneyraiktaaknarnesilpmounsd.an nilai.

KBKABTA: TM:eMnegnagnaanliasilsis–isM–eMneilnaila i Strategi PdP: KBConBs–truBkatcivaisamn eintensif

EMEKM:KN:ilKaei uMsuarhnai w– aKnearjans–aEmKa2

Tulis karangan.

Jutawan Muruku

Encik Narayan a/l Devan tokoh perniagaan yang berjaya. Beliau yang berusia
58 tahun memiliki Syarikat Kudapan Enak Sdn. Bhd. di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Syarikat beliau menghasilkan dan memasarkan pelbagai makanan tradisional
kaum India. Produk utama syarikat beliau ialah muruku.

Keluarga Pencapaian

• isterinya Jayanthi a/p • mempunyai kilang
Kunalan makanan

• tiga orang anak lelaki • menggunakan peralatan
• anak-anak mengikut canggih

jejak langkahnya • memperoleh pendapatan
jutaan ringgit
Rahsia Kejayaan
Perancangan
• mempunyai semangat
keusahawanan yang Masa Depan
tinggi
• mengembangkan
• rajin berusaha dan perniagaan
tidak mudah putus asa
• meluaskan pasaran
• di mana ada • mempelbagaikan produk
kemahuan, di situ ada
jalan

152

Kelab Usahawan Muda sekolah Naresh membuat perancangan untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke kilang Encik Narayan. Selaku setiausaha kelab, Naresh
perlu memohon kebenaran daripada pihak sekolah. Dia perlu menulis surat rasmi
kepada guru besar sekolahnya.

Kelab Usahawan Muda,
SJK (T) Taman Makmur,
41000 Klang,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Guru Besar, 7 OKTOBER 20qq.
SJK (T) Taman Makmur,
41000 Klang,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuan,

Memohon Kebenaran untuk Mengadakan Lawatan

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa Kelab Usahawan
Muda, SJK (T) Taman Makmur bercadang untuk mengadakan lawatan ke kilang Syarikat Kudapan
Enak Sdn. Bhd..

3. Butiran lawatan tersebut adalah seperti yang berikut:
(i) Tarikh:
(ii) Masa:
(iii) Tempat lawatan:
(iv) Bilangan peserta:
(v) Guru pengiring:

4. tujuan – pendedahan – proses pembuatan – pengetahuan – semangat keusahawanan

Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Naresh

(NARESH A/L SATHIYA)
Setiausaha,
Kelab Usahawan Muda,
SJK (T) Taman Makmur.

NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan karangan secara koheren dan kohesi.
Minta murid menulis karangan biografi dan surat kiriman rasmi.
3.3.1
KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Keusahawanan – EK2 153

Hasilkan sajak dan persembahkan.

Rezeki dari Laut

Nun di sana
di tengah samudera
para nelayan memeras keringat
mengharungi laut yang bergelora
demi mencari rezeki
menangkap ikan, ketam dan sotong.

pekerja – pelantar minyak –
mencari galian – petroleum dan
gas asli – ekonomi negara

kapal – belayar – membawa
kontena – beraneka barangan –
pelosok dunia

penyelam – menyabung nyawa –
dasar laut – mutiara berharga

Audio
sajak

154 Bimbing murid menghasilkan sajak (rangkap dua, tiga dan empat) berdasarkan NOTA GURU
frasa dan gambar dengan menggunakan bahasa yang indah dan santun.
Minta murid mendeklamasikan sajak. 4.3.1

KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Naturalis
EMK: Keusahawanan – EK1

Bina ayat.
Kata Berimbuhan

Perniagaan Patung Mini

Kakak Yi Mun membuat perancangan untuk menceburi bidang perniagaan.
Beliau bercadang untuk membuka sebuah butik. Namun begitu, fikirannya
serabut kerana modalnya tidak mencukupi. Beliau gementar kerana bimbang
akan kegagalan yang akan dihadapinya. Beliau pun meminta bantuan ayahnya
untuk menyelesaikan kemelut itu.

“Idea kamu itu bagus tetapi agak berisiko. Pada pandangan ayah, mulakan
perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Dalami dan kuasai selok-belok
perniagaan sebelum mengeluarkan modal yang besar. Sebaik-baiknya, ceburi
perniagaan yang berkaitan dengan kemahiran kamu,” nasihat Encik Yap sambil
memandang deretan patung mini yang berselerak di atas meja. Patung mini itu
ialah hasil kerja tangan kakak Yi Mun.

“Kamu mahir membuat patung mini. Patung mini kamu itu cantik dan sesuai
dijadikan hiasan serta cenderamata. Ayah yakin bahawa patung mini itu akan
mendapat sambutan jika dijual,” tambah Encik Yap lagi.

Setelah berfikir panjang, akhirnya kakak Yi Mun membuat keputusan untuk
menerima cadangan ayahnya. Beliau pun memulakan perniagaan patung mini.

Kata Berimbuhan Kata Berimbuhan Kata Berimbuhan Kata Berimbuhan

Awalan Akhiran Apitan Sisipan

NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan.
Minta murid menyenaraikan kata berimbuhan dan membina ayat.
5.2.1
KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme 155
EMK: Keusahawanan – EK2

23 Pupuk Minat
Keusahawanan

Sampaikan cerita.
Bengkel Usahawan Cilik

Bengkel kreativiti minat
Usahawan Hasilkan
produk
Cilik sendiri.

Sertailah bengkel ini. yakin berani
Bengkel ini mampu Promosikan
mengasah bakat produk yang
keusahawanan kamu. dihasilkan.

2 Oktober 20 Wah, hebatnya
usahawan cilik!
9:30 pagi- 5:30 petang
Dewan Usahawan Shah Alam

Yuran Penyertaan:
RM30.00 Seorang

Kawan-kawan, saya laris untung Audio
ingin menceritakan bercerita
Urus kewangan
secara bijak.

156 Bimbing murid menceritakan bahan grafik dengan sebutan dan intonasi NOTA GURU
yang betul serta gaya dan ekspresi yang sesuai.
Minta murid membuat simulasi. 1.3.2

KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik
EMK: Keusahawanan – EK3

Baca dan cari makna perkataan.
Perniagaan Digital

Dayang amat kagum akan semangat
keusahawanan ibunya. Ibu Dayang, iaitu
Puan Normah, berniaga dari rumah. Beliau
menjual laksa Sarawak yang enak. Perniagaan
beliau dijalankan secara dalam talian.

Puan Normah memanfaatkan teknologi digital
dalam perniagaannya. Selain mempromosikan
masakannya menerusi laman sesawang dan
media sosial, beliau menggunakan khidmat
penghantaran makanan mudah alih. Para
pelanggannya boleh membuat tempahan
dengan menggunakan aplikasi dalam telefon
bimbit mereka. Kemudian, makanan yang
ditempah akan dihantar terus ke rumah mereka
menerusi perkhidmatan tersebut.

Kini, Puan Normah berjinak-jinak dalam projek
penghasilan video masakan. Dalam rakaman
videonya, beliau memasak laksa Sarawak sambil
berceloteh. Kemudian, beliau memuat naik video
masakannya melalui saluran YouTube.

Video masakan Puan Normah mendapat
sambutan yang hebat. Video masakannya
pernah tular di media sosial. Jumlah penonton
dan pelanggannya makin lama makin
bertambah. Puan Normah amat gembira
kerana beliau dapat menjanakan pendapatan
tambahan. Pendapatannya itu bergantung
pada bilangan penonton dan pelanggan yang
mengikuti videonya.

Kejayaan ibunya itu menyuntik inspirasi
dalam diri Dayang. Keinginan untuk menjadi
usahawan digital mula terdetik dalam
hatinya. Namun begitu, dia sedar bahawa
untuk merealisasikan impian itu bukanlah
tugas yang mudah. Dia perlu berusaha sedaya
upaya kerana jika tidak dipecahkan ruyung,
di mana boleh mendapat sagu.

NOTA GURU  Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik.
 Minta murid mencari makna perkataan yang tidak difahami serta meneliti
2.1.2 sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.

KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Merujuk 157
EMK: Keusahawanan – EK1

Tulis karangan.

Usahawan Desa

Bidang keusahawanan amat luas. Bidang ini tidak hanya tertumpu pada
masyarakat yang tinggal di kota. Bidang ini boleh diusahakan oleh
masyarakat di desa juga. Usahawan desa boleh mengusahakan pelbagai
produk seperti makanan, kraf tangan, perabot dan pelancongan.

Untuk menjadi usahawan desa yang berjaya,

mengenal pasti mempunyai ilmu
jenis perniagaan perniagaan yang
yang sesuai mencukupi

Cara-cara Menjadi
Usahawan Desa yang Berjaya

mengamalkan menggunakan
sikap yang cara penjualan dan
baik terhadap pemasaran yang
pelanggan berkesan

memilih lokasi
perniagaan
yang sesuai

158

Arisa mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolahnya. Tajuk
syarahannya ialah “Cara-cara Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya”.

kata alu-aluan Salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang
bertajuk “Cara-cara Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya”.

kata sapaan Hadirin yang saya muliakan,

isi Isi 1
• mengenal pasti jenis perniagaan yang sesuai 

Isi 2
• mempunyai ilmu perniagaan yang mencukupi

Isi 3
• mengamalkan sikap yang baik terhadap pelanggan

Isi 4
• memilih lokasi perniagaan yang sesuai

penghargaan Kesimpulannya, untuk menjadi usahawan desa yang berjaya,
kita mestilah rajin berusaha dan mempunyai pengetahuan. Selain
itu, kita perlu bijak membuat perancangan agar peniagaan yang
kita usahakan tidak mengalami kegagalan.

penutup Sekian, terima kasih.

NOTA GURU Bimbing murid menulis karangan fakta dan syarahan secara koheren 159
dan kohesi.
3.3.1 Minta murid menulis karangan fakta dan syarahan.

KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Keusahawanan – EK1

Bina cerita dan persembahkan.

Ibu saudara Yi Mun baru Bernasnya Idea Kalau beginilah
memulakan perniagaannya. keadaannya, aku
Perniagaan tersebut perniagaan kurang maju – persaingan boleh gulung tikar.
dijalankan di sebuah medan sengit – tiada keistimewaan
selera. Beliau menjual
beraneka jenis makanan.

mendapat akal – Ibu saudara Yi Mun berusaha – penat lelah –
mencipta resipi baharu menghasilkan menu yang dibantu – pekerja – berhasil
sihat. Beliau mencipta
Moga-moga usahaku mi sayuran dan aiskrim Siew Min, tolong
berhasil. buah-buahan. Mi sayuran saya sekejap.
dihasilkan daripada
campuran bayam dan lobak. Baik, puan.
Aiskrim buah-buahan pula
dihasilkan daripada
buah-buahan segar seperti
nanas, mangga, strawberi
dan kiwi.

makanan unik – enak – berpusu-pusu – tidak menang perniagaan maju – membuka
berkhasiat – menawan selera tangan – jualan laris – untung restoran – impian terlaksana
– pelanggan terpikat berganda

Harap bersabar, ya.

Bimbing murid menghasilkan cerita. NOTA GURU
Minta murid mempersembahkan cerita.
4.3.2
160 KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik
EMK: Keusahawanan – EK4

Bina ayat.

Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang

Sumber Inspirasiku

Naresh penggemar susu segar. Dia menggemari susu segar berperisa
kurma. Sangat sedap susu segar itu. Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh
di pasar raya.

Naresh mengagumi pengasas produk susu segar itu. Encik Loi Tuan Ee
nama beliau. Naresh menjadikan beliau sumber inspirasinya. Dia ingin
mengikut jejak langkah Encik Loi Tuan Ee. Dia mahu menjadi usahawan
susu segar yang berjaya.

Naresh melayari laman sesawang syarikat Encik Loi Tuan Ee. Syarikat
beliau mempunyai 60 ekor lembu pada mulanya. Kini, mempunyai kira-kira
6000 ekor lembu syarikat beliau.

Encik Loi Tuan Ee mempunyai rakan kongsi. Encik Azmi Zainal rakan kongsi
beliau. Encik Azmi membantu Encik Loi mengembangkan operasi syarikat.
Beliau menarik pelabur untuk membuat pelaburan di syarikatnya.

Usaha mereka membuahkan hasil. Mendapat sambutan yang hebat
produk keluaran syarikat mereka. Sungguh laris jualan susu segar itu.
Semakin maju dan berjaya syarikat mereka.

Encik Loi Tuan Ee

Encik Azmi Zainal

NOTA GURU Bimbing murid memahami ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang.
Minta murid membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang.
5.3.4
KBAT: Menganalisis – Mencerakin Strategi PdP: Konstruktivisme 161
EMK: Keusahawanan – EK2

24 Generasi
Celik Wang

Dengar, tafsirkan dan berikan respons.

Perbankan Internet

Azli dan abangnya melayari laman sesawang sebuah bank. Mereka menonton
pautan video tentang perbankan Internet.

Perbankan Internet memudahkan urusan kewangan anda. Pengguna
perkhidmatan ini boleh melakukan urusan kewangan di mana-mana sahaja
dan pada bila-bila masa.

Wah, bagusnya!
Kita tidak perlu lagi
beratur di bank. Kita
boleh melakukan
urusan perbankan
di rumah.

Perkhidmatan perbankan Internet membolehkan pengguna
menyemak baki, membuat pembayaran bil dan memindahkan wang.

Perkhidmatan perbankan Internet dijamin selamat.

Perkhidmatan perbankan Internet layak bagi Audio
pemegang kad Mesin Teler Automatik (ATM) yang pendengaran
berumur 18 tahun ke atas.
(Sumber: www.bsn.com.my)
Pengguna perbankan Internet tidak boleh mendedahkan
maklumat peribadi mereka kepada orang lain.

Bimbing murid mentafsirkan dan memberikan respons terhadap penyataan. NOTA GURU
Minta murid membuat simulasi.
1.1.3
162 KBAT: Menilai – Mentafsirkan Strategi PdP: KP – Intrapersonal
EMK: Kewangan – CK6

Baca, buat rumusan dan ramalan.

Rajin Menyimpan, Cerah Masa Depan
Nisha sedang menonton sebuah drama menerusi televisyen. Drama itu
mengisahkan kehidupan seorang eksekutif muda yang bernama Sazali.

Sazali eksekutif muda yang bertugas di sebuah syarikat
terkemuka. Beliau mengamalkan gaya hidup yang
sederhana. Beliau tidak berbelanja melebihi keperluannya
atau mengikut hawa nafsu. Wang gaji pada setiap bulan
dibelanjakannya secara berhemat. Baginya, ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis.

Kehidupan di kota memerlukan kos sara hidup yang tinggi.
Oleh sebab itu, Sazali sentiasa mengawal perbelanjaannya.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, beliau menggunakan
pengangkutan awam untuk ke pejabat. Beliau jarang-jarang
membeli pakaian yang mahal. Beliau tidak menghabiskan
wangnya di restoran yang mewah. Selain itu, beliau sentiasa
menjimatkan penggunaan elektrik dan air di rumah bagi
mengurangkan kos.

Setiap bulan, Sazali akan menguntukkan wang gajinya
untuk disimpan. Beliau menyimpan wang tersebut di bank.
Beliau berbuat demikian kerana yakin bahawa wang
simpanannya akan selamat.

Selain itu, beliau melaburkan wangnya dengan membeli
unit saham yang disyorkan oleh kerajaan. Hasil daripada
pelaburan tersebut, wang simpanannya bertambah banyak.

Sebagai anak, Sazali tidak pernah lupa akan
tanggungjawab kepada ibu bapanya. Setiap bulan, beliau
akan mengirim wang kepada ibu bapanya di kampung.
Beliau mahu membalas jasa mereka.

Sikap Sazali amat dikagumi oleh rakan-rakan sekerja
beliau. Bagi mereka, Sazali

Kira-kira sepuluh tahun kemudian,

NOTA GURU Bimbing murid membaca dan menaakul bahan. 163
Minta murid membuat rumusan dan ramalan.
2.2.1
KBAT: Menilai – Mempertimbangkan Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Kewangan – CK3

Tulis jawapan dan cadangan.

Selesaikan secara Bijak

Masalah Cadangan Penyelesaian

Encik Lim mahu membeli Apakah yang patut
komputer riba untuk dilakukan oleh
anaknya. Beliau membaca Encik Lim? Berikan
pelbagai iklan tentang cadangan.
promosi komputer riba.
Beliau sukar membuat pilihan
kerana bimbang tertipu.

Baru-baru ini, Yi Mun Cadangkan
dihadiahi sebuah tindakan yang
tablet pintar oleh wajar dilakukan
ibunya. Namun begitu,
tablet pintar itu rosak oleh Yi Mun.
selepas beberapa hari
digunakannya.

Abang Yi Mun kehilangan Apakah tindakan
dompetnya. Di dalam yang patut dilakukan
dompet itu terdapat wang
tunai, kad pengenalan oleh abang Yi Mun?
dan kad ATM. Beliau
berasa cemas.

Basikal Yi Kun tidak Bagaimanakah
dapat digunakan.
Brek basikal itu rosak. Yi Kun dapat
Yi Kun tidak mempunyai menyelesaikan
wang yang mencukupi masalahnya?
untuk membaiki
kerosakan tersebut. Berikan cadangan.

 Bimbing murid menghasilkan jawapan. NOTA GURU
 Minta murid menulis cadangan.
3.2.2
164 KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Penyelesaian masalah
EMK: Kewangan – CK3

Hasilkan lagu dan persembahkan.

Mari Melabur

Marilah teman-teman
Marilah melabur ah
Laburlah duit kita
Dalam

Marilah teman-teman
Marilah melabur ah
Kita mendapat untung
Kita dapat

Dengarlah teman nasihat saya
Janganlah kita membuang
Ayuh melabur hai dengan segeranya
Supaya duit

Marilah teman-teman
Marilah melabur ah
Duit kita selamat
Dijaga dengan

Marilah teman-teman
Marilah melabur ah
Mula-mula sedikit
Akhirnya jadi

Nukilan: ARK2021
(Melodi lagu “Kenek-kenek Udang”)

Audio
lagu

NOTA GURU  Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu. 165
 Minta murid mempersembahkan lagu dengan gaya yang kreatif.
4.3.3
KBAT: Mencipta – Mereka Strategi PdP: KP – Muzik
EMK: Kewangan – CK4

Bina ayat.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Sediakan Payung sebelum Hujan

Ayah Yi Mun sedar akan kepentingan perlindungan insurans. Beliau
mengambil perlindungan insurans hayat, perubatan, rumah dan kenderaan.

“Perlindungan insurans perlu kamu ambil. Perlindungan insurans amat
penting,” kata ayah Yi Mun kepada jiran mereka, Encik Lee.

Insurans Hayat Faedah Insurans Rumah
Jika pemegang polisi Perlindungan Jika rumah terbakar atau
meninggal dunia, warisnya dilanda banjir, syarikat insurans
akan mendapat sejumlah Insurans akan membayar pampasan.
wang pampasan.
Insurans Kenderaan
Insurans Perubatan Jika kenderaan dicuri atau
Jika pemegang polisi ditimpa kemalangan, syarikat
diserang penyakit, kos insurans akan membayar
perubatannya akan pampasan atau kos baik pulih
ditanggung oleh syarikat kenderaan.
insurans.

Penyakit kritikal telah menyerang ayah Seorang pemandu lori telah melanggar
Yi Mun. Beliau mendapatkan rawatan kereta Encik Lee. Kereta beliau
pakar di hospital. Syarikat insurans mengalami kerosakan teruk. Beliau
menanggung kos perubatan beliau. melaporkan kejadian itu kepada pihak
polis dan membuat tuntutan kepada
Contoh: syarikat insurans. Pihak insurans
menanggung kos baik pulih.

Ayat Aktif Ayat Pasif

Beliau mengambil perlindungan insurans
hayat, perubatan, rumah dan kenderaan.

Perlindungan insurans perlu kamu ambil.

Polisi insurans ialah dokumen perjanjian yang mengandungi syarat
perlindungan insurans.

 Bimbing murid mengenal pasti dan memahami ayat aktif dan ayat pasif NOTA GURU
yang terdapat dalam teks.
 Minta murid membina ayat aktif dan ayat pasif berdasarkan teks. 5.3.3

166 KBAT: Mengaplikasikan – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Kewangan – CK6

Pengayaan

Projek Multimedia

Cara Pelaksanaan:

1. Setiap kumpulan perlu menyediakan perancangan perniagaan yang strategik.
2. Perancangan perniagaan tersebut perlulah mempunyai maklumat seperti
yang berikut:

(a) Nama produk
(b) Keistimewaan produk
(c) Cara pemasaran produk
(d) Anggaran perbelanjaan
3. Gunakan kata berimbuhan dan pelbagai jenis ayat seperti ayat aktif
dan ayat pasif dalam persembahan tersebut.
4. Buat persembahan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.

Contoh Projek: Keistimewaan Contoh Projek: Keistimewaan
Nama Produk Ketip Kuku Kanta Nama Produk Pengetip Kuku Kanta
• dilengkapi kanta pembesar • dilengkapi kanta pembesar
Cara Pemasaran • memudahkan pelihatan Cara Pemasaran • memudahkan pelihatan
• poster ketika mengetip kuku • poster ketika mengetip kuku
• gegantung • mengelakkan kecederaan • gegantung • mengelakkan kecederaan
• risalah semasa mengetip kuku • risalah semasa mengetip kuku
• media sosial • menghasilkan potongan kuku • media sosial • menghasilkan potongan kuku
yang kemas yang kemas
• sesuai digunakan oleh • sesuai digunakan oleh
pelbagai peringkat umur pelbagai peringkat umur

Anggaran Perbelanjaan

• modal

• kos PHREOBAMTO! SI
• harga seunit
• harga promosi

• keuntungan

Anggaran Perbelanjaan

• modal

• kos PHREOBAMTO! SI
• harga seunit
• harga promosi

• keuntungan

NOTA GURU 167

5.2.1
5.3.3
5.3.4

Pengukuhan

Teliti maklumat. Kemudian, tulis karangan yang bertajuk
Cara-cara Mengelakkan Akaun Bank Disalahgunakan oleh
Pihak Lain”.

Jangan serahkan kad Jangan dedahkan
debit atau kad ATM maklumat perbankan
kepada pihak lain. peribadi, nombor
akaun, nombor
Laporkan pengenalan peribadi
kehilangan (PIN) atau kata laluan
kad ATM kepada kepada pihak lain.
pihak bank atau
polis dengan Cara-cara
kadar segera. Mengelakkan
Akaun Bank
Disalahgunakan

oleh Pihak
Lain

Jangan mudah percaya Laporkan aktiviti
akan tawaran wang bagi pemindahan wang
penggunaan akaun bank yang meragukan
anda. dalam akaun anda
kepada pihak polis
168 atau bank.

(Sumber: Bank Negara Malaysia)

NOTA GURU

3.3.1

Penilaian

Jawab soalan.

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Abang Junidi telah setahun menamatkan pengajiannya di universiti.
Beliau mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan. Beliau telah
memohon pekerjaan di beberapa buah syarikat pembinaan. Namun
begitu, permohonannya gagal disebabkan oleh kemelut ekonomi yang
melanda negara.

Sementara menunggu tawaran kerja yang sesuai, abang Junidi bekerja
sendiri bagi menjanakan pendapatan. Beliau tidak terlalu memilih pekerjaan
kerana tidak mahu menjadi penganggur. Beliau sanggup menjadi pemandu
di sebuah syarikat e-panggilan.

Abang Junidi melakukan pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguhnya. Beliau
bekerja dari awal pagi hingga lewat malam. Walaupun berpendidikan tinggi, beliau
tidak malu untuk melakukan pekerjaan tersebut. Baginya, hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih.

Pendapatannya setiap hari tidak menentu. Pendapatannya bergantung
kepada jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya. Secara
kasarnya, pendapatan beliau dalam sehari adalah antara RM100.00
hingga RM200.00.

Walaupun memperoleh wang yang banyak, abang Junidi tidak lupa diri.
Beliau tidak boros semasa berbelanja kerana mahu menggunakan wang
tersebut untuk dijadikan modal perniagaan. Beliau bercita-cita untuk menjadi
usahawan yang berjaya.

1. Berikan 10 contoh kata berimbuhan dalam petikan di atas.
2. Cari makna perkataan yang berwarna merah dengan merujuk kamus.
3. Buat rumusan tentang sikap abang Junidi.
4. Cadangkan perniagaan yang dapat diusahakan oleh abang Junidi.
5. Apakah yang akan berlaku jika abang Junidi terlalu memilih pekerjaan?

NOTA GURU 169

2.1.2
2.2.1
3.2.2
5.2.1

Bacaan Luas

Wang Kertas Malaysia

Tahukah kamu bahawa wang kertas Malaysia mula dikeluarkan oleh Bank Negara

Malaysia bermula pada tahun 1967? Sebelum itu, wang kertas kita dikeluarkan

oleh kerajaan British.

Pertama 1967 – 1982

Corak Geometri:

Siri Pertama Tema ini melambangkan amalan global pada
1967 – 1982 ketika itu.

CONTOH CONTOH

Siri Kedua Kedua 1982 – 1996
1982 – 1996
Artifak Kebudayaan:
Siri Ketiga Tema ini mengetengahkan artifak kebudayaan
1996 – 2012 dan kemajuan seni bina yang melambangkan
identiti negara seperti bangunan Parlimen dan
Tugu Negara.

Siri Wang CONTOH CONTOH
Kertas
Keluaran Ketiga 1996 – 2012
Bank
Negara Wawasan 2020:
Malaysia Tema ini menjadi sumber inspirasi untuk mencapai
Wawasan 2020 yang digagaskan oleh kerajaan
bagi mencapai status negara maju.

CONTOH CONTOH

Siri Keempat Keempat 2012 – kini
2012 – kini
Keunikan Malaysia:
Tema ini mempromosikan keunikan flora dan
fauna Malaysia.

CONTOH CONTOH

Setiap penghasilan wang kertas baharu mempunyai beberapa kriteria. Kriteria tersebut
termasuklah aspek keselamatan terkini. Oleh hal yang demikian, pemalsuan wang sukar
dilakukan. Antara ciri keselamatan yang boleh dikesan pada wang kertas ialah cetakan
timbul. Cetakan timbul digunakan pada bahagian potret Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, wang tersebut mudah dikenali oleh orang ramai. Wang ini juga mesra
pengguna. Simbol Braille pada wang kertas dicipta untuk memudahkan orang cacat
pelihatan mengenali dan menggunakan wang kertas tersebut.

(Sumber: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, BNM/16/08-2021)
170




Click to View FlipBook Version