bedak sejuk lEan seng I D E N T I T I B A L I K P U L A U N O V 2 0 2 3
Ahli Kumpulan : Group 6 Maria Usun Sugang 298813 Mathavans A/L Manisegaran 297313 Muhammad Fadhlan Mu'allim bin Ahmad Fauzi 300657 Morisha Reanne A/P Martin Luther 297406 Valerie Abbygail 300798 Aina Damia binti Ahmad Zaibidi 298703 Elaize Chong Khai Yee 300562 Aina Nawwarah Binti Borhan 297306 Nur Syaza Izzati Binti Abd Majid 301262
1.0 ABSTRAK 2.0 TUJUAN KAJIAN 3.0 KAEDAH KAJIAN 4.0 PENGENALAN 5.0 LATAR BELAKANG 6.0 SEJARAH 7.0 CARA PEMBUATAN 8.0 KEUNIKAN BEDAK SEJUK 9.0 KEBAIKAN BEDAK SEJUK 10.0 SUMBANGAN 11.0 CABARAN 12.0 PERKEMBANGAN PASARAN 13.0 SOLUSI 14.O KESIMPULAN 15.0 MAKLUM BALAS BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PENGGUNAAN BEDAK SEJUK 16.0 RUJUKAN Isi Kandungan
Y L our paragraph text Bedak sejuk merupakan produk kecantikan yang masih digunakan secara berleluasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutama para wanita. Kajian bedak sejuk ini akan dispesifikasikan kepada Bedak Sejuk Lean Seng yang dibuat dan diproses oleh Encik Yeoh Siong Huat yang bertempat di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan tentang bedak sejuk Lean Seng secara lebih terperinci iaitu daripada aspek asal usul, kebaikan, keunikan bedak sejuk Lean Seng dan juga cabaran yang diatasi oleh Encik Yeoh Siong Huat dalam proses pembuatan bedak sejuk ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan bedak sejuk Lean Seng ini kepada masyarakat dan juga terhadap ekonomi negara Malaysia. ABSTRAK Bedak sejuk merupakan produk kecantikan yang masih digunakan secara berleluasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutama para wanita. Kajian bedak sejuk ini akan dispesifikasikan kepada Bedak Sejuk Lean Seng yang dibuat dan diproses oleh Encik Yeoh Siong Huat yang bertempat di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan tentang bedak sejuk Lean Seng secara lebih terperinci iaitu daripada aspek asal usul, kebaikan, keunikan bedak sejuk Lean Seng dan juga cabaran yang diatasi oleh Encik Yeoh Siong Huat dalam proses pembuatan bedak sejuk ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan bedak sejuk Lean Seng ini kepada masyarakat dan juga terhadap ekonomi negara Malaysia.
TUJUAN KAJIAN BEDAK SEJUK 01. 02. 03. Untuk mengenali sejarah dan asal usul Bedak Sejuk Lean Seng Mengidentifikasi keunikan Bedak Sejuk Lean Seng yang berbeza dengan produk lain Menghuraikan manfaat dan keefektifan Bedak Sejuk Lean Seng kepada pengguna Mengkaji sumbangan Bedak Sejuk Lean Seng kepada ekonomi Menganalisis cabaran yang dihadapi serta cara mempertigkatkan industri bedak sejuk Mengenal pasti perkaitan Bedak Sejuk Lean Seng dengan subjek Kenegaraan 04. 05. 06.
METHOLOGI KAJIAN Soal Selidik Borang soal selidik telah disebarkan secara atas talian kepada para mahasiswa dan mahasiswi untuk diisikan yang berkaitan dengan isu relevansi bedak sejuk pada zaman modern ini. Temu Ramah Orang Sumber Untuk pengumpulan data yang lebih terperinci, kami telah berkunjung ke kilang Bedak Sejuk Lean Seng untuk menemu ramah orang sumber iaitu Encik Yeoh tentang pengetahuan beliau dalam industri tersebut. Pemerhatian Kami telah membuat kaedah pemerhatian terhadap sekeliling kilang Bedak Sejuk Lean Seng di Balik Pulau dan proses penghasilan produk untuk menyempurnakan lagi kajian ini. Laman Sesawang Kaedah laman sesawang telah digunakan untuk mencari maklumat dan data berkaitan dengan kebaikan bedak sejuk secara saintifik dengan lebih terperinci . Rujukan perpustakaan Rujukan buku di perpustakaan sama ada fisikal mahupun atas talian telah menjadi salah satu kaedah kajian kami dalam mengumpulkan informasi berkaitan dengan sejarah dan asal usul bedak sejuk.
edak sejuk merupakan satu produk kecantikan yang bersifat tradisional dan berasal dari Kepulauan Melayu. Umumnya, bedak sejuk diperbuat daripada beras yang telah direndam selama empat bulan. Lazimnya, bedak sejuk ini akan dibuat dalam bentuk biji-biji yang kecil. Namun seiring dengan kemajuan teknologi, terdapat banyak bahan lain yang juga dicampurkan ke dalam bedak sejuk ini untuk memodifikasikan produk kecantikan ini demi menarik lagi minat pelanggan terutama dalam kalangan wanita untuk membeli produk ini. Bukan itu sahaja, dengan menambah baik kualiti bedak sejuk ini juga akan dapat meningkatkan daya saing produk sejuk ini dalam pasaran. Bedak sejuk ini biasanya akan digunakan untuk menyejukkan badan dan juga melicinkan kulit terutama kulit wajah. BEDAK SEJUK LEAN SENG B Kilang Bedak Sejuk Lean Seng merupakan antara kilang yang bergiat aktif dalam pemprosesan dan pengeluaran bedak sejuk ini. Kilang ini sekarang diusahakan secara giat oleh Encik Yeoh Siong Huat yang berumur 46 tahun. Beliau lahir dan dibesarkan di Balik Pulau. Beliau telah meneruskan legasi ini selama 7 tahun setelah kepergian ayahnya pada tahun 2016. Proses pembuatan bedak sejuk ini sebenarnya merupakan proses yang telah diturun-temurunkan lebih daripada 40 tahun keluarga beliau.
LATAR BELAKANG BEDAK SEJUK LEAN SENG Di kawasan perkampungan Balik Pulau, terdapat sebuah kilang tradisional bedak sejuk yang bernama Bedak Sejuk Lean Seng. Kilang tersebut dimiliki oleh dua adik-beradik lelaki, iaitu Yeoh Siong Huat yang berumur 44 tahun dan Yeoh Seong Chin yang berumur 42 tahun. Berdasarkan temu ramah yang dibuat oleh Free Malaysia Today kepada Yeoh Seong Chin, perniagaan Bedak Sejuk Lean Seng diasaskan oleh ayahnya, Yeoh Keng Beng pada tahun 1975. Menuruti perkataan Yeoh Seong Chin, ayahnya menceburi dalam pelbagai pekerjaan seperti nelayan dan juga terlibat dalam bidang pembuatan belacan sebelum memulakan perniagaan bedak sejuk. Pada akhir kata, Yeoh Seong Chin telah mengatakan bahawa mereka berdua adik-beradik masih merasakan bedak sejuk mempunyai masa depan tetapi tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku dalam satu atau dua dekad. Mereka akan terus menjalankan perniagaan bedak sejuk sehingga suatu hari yang tiada sesiapa lagi yang memerlukan produk mereka.
Perniagaan itu dimulakan oleh mendiang bapa, Encik Yeoh Keng Beng, pada tahun 1975 dan anak-anak lelaki telah menghabiskan masa pembentukan mereka di dalamnya. Hari ini, Encik Siong Huat telah mengambil alih jubah selepas kematian Encik Yeoh lima tahun lalu. Pengeluaran masih berpegang pada akarnya yang sederhana kerana bahan-bahannya adalah semulajadi dan sebahagian besar prosesnya adalah buatan tangan. Encik Siong masih ingat bahawa mantera utama bapanya adalah berpegang pada asas. Pengasasnya telah menghabiskan masa bertahuntahun menyempurnakan formula bedak sejuk dan perkara terakhir yang dia mahukan ialah seseorang yang membuat pengubahsuaian. Dia menjelaskan bahawa bapanya juga menolak botol plastik walaupun ia lebih murah dan mudah didapati kerana mesra alam adalah sebahagian daripada persamaan. Begitu juga, aci cahaya matahari tidak boleh digantikan dengan sebarang bentuk mesin pengering. Encik Siong juga menyebut bahawa bapanya seorang yang sangat rajin. Selain bedak sejuk, beliau juga membuat belacan dan menternak babi untuk menyara keluarga. Tetapi serbuk itu yang mendapat banyak maklum balas positif. Malangnya, Encik Siong bersetuju bahawa tidak akan ada sebarang perubahan pada pemandangan bedak sejuk pada masa hadapan.
Rendamkan beras ke dalam tong Beras tersebut dihancurkan dan ditapis untuk mengasingkan pes beras dengan air Pes beras dibentuk menjadi bedak sejuk menggunakan alatan mendiang ayahnya Bedak sejuk tersebut dijemur 2 jam dan disimpan 2 jam selama 3 hari berturut turut Bedak sejuk diasingkan mengikut saiz menggunakan penapis Bedak sejuk dimasukkan ke dalam botol untuk dijual CARA PEMBUATAN 1 2 3 4 5 6
Antara keunikan bedak sejuk lean seng ialah bedak sejuk ini merupakan perniagaan turun temurun yang telah mencecah 3 generasi. Bermula daripada ayahnya, Encik Yeoh Keh Beng pada tahun 1975 dan kini diwarisi oleh Encik Yeoh Siong Huat. Seterusnya, keunikan bedak sejuk ini ialah cara pembuatan bedak sejuk itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana proses pembuatan bedak sejuk lean seng masih mengekalkan tradisi temurun iaitu pembuatan secara tradisional atau dengan kata lain secara buatan tangan. Bedak sejuk ini dikatakan merupakan satu satunya kilang di Pulau Pinang yang masih mengekalkan tradisi tersebut. Tambahan pula, bedak sejuk ini hanya diperbuat daripada bahan asli iaitu beras dan air tanpa melibatkan sebarang campuran kimia sekaligus menjadikan bedak sejuk ini bebas bahan kimia serta sebarang pengawet. Beras yang digunakan pula ialah sejenis beras hancur yang digunakan untuk membuat kuey teow. Kemudian, bedak sejuk ini mendapatkan bau yang harum daripada putik bunga melati yang diletakkan bersama sama dengan bedak sejuk ke dalam botol pada akhir proses. Keunikan Bedak Sejuk Lean Seng Bukan itu sahaja, pengeringan bedak sejuk ini melalui pancaran matahari tanpa melibatkan sebarang mesin pengering. Selain itu, Encik Yeoh Siong Huat menggunakan botol kaca untuk mengisi bedak sejuk yang telah siap berbanding menggunakan botol plastik. Meskipun botol plastik lebih murah dan mudah didapati, namun menurut beliau, ‘ Mesra Alam’ menjadi asas utama dalam perniagaan. Di samping itu, keunikan bedak sejuk lean seng termasuklah harga yang begitu berpatutan berbanding bedak sejuk yang lain. Bedak sejuk ini dijual dengan harga serendah RM7 untuk setiap botol membolehkan bedak sejuk ini menjadi tarikan utama para pelancong tempatan mahupun luar negara. Akhir sekali, bedak sejuk ini sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Hal ini sekaligus membolehkan bedak sejuk ini laris di pasaran.
KEBAIKAN BEDAK SEJUK LEAN SENG ebagai contoh, individu yang menjalani latihan ketenteraan digalakkan memakai bedak sejuk setelah terdedah kepada terik yang melampau bagi membolehkan wajah dalam keadaan normal. Seterusnya, bedak sejuk boleh melembabkan kulit muka. Individu yang mengalami masalah kulit sensitif, kering dan kusam sangat sesuai menggunakan bedak sejuk bagi mendapatkan kulit lembab, licin dan lembut ntara kebaikan bedak sejuk ini ialah dapat menyumbang kepada kecantikan individu. Hal ini kerana bedak sejuk mampu menyegarkan kulit wajah terutama kepada individu yang sentiasa terdedah kepada cuaca panas.Bedak sejuk dihasilkan daripada beras yang mempunyai kesan khas untuk mnyejukkan persekitaran di sekeliling sekaligus membolehkan kulit sentiasa berasa sejuk dan segar. A S
S K
Menurut kajian yang dijalankan mendapati kepekatan asid amino dan asid lemak yang terkandung dalam bedak sejuk (Mbanjo et al.,2020). Asid amino dan asid lemak ini juga yang digunakan dalam industri kecantikan untuk membantu melembapkan kulit serta menggalakkan semula pertumbuhan sel dan tisu (Michalak M,2021). Bukan itu sahaja, kajian berasingan yang dijalankan pada 2016 menunjukkan kepekatan fenolik yang tinggi dalam ekstrak padi dalam menghasilkan beras (Limtrakul et al., 2016). Fenolik merupakan antioksidan yang menyumbang kepada anti-penuaan, antimikrob dan anti-radang serta fenolik dapat menyerap ke dalam kulit dengan baik(Działo M, 2016).
Sumbangan Bedak Sejuk Setiap perniagaan memainkan peranan yang penting terhadap ekonomi begitu juga dengan perniagaan bedak sejuk Lean Seng. Perniagaan beliau banyak memberi sumbangan kepada ekonomi terutamanya dalam sektor ekonomi pelancongan. Walaupun Encik Yeoh hanya meneruskan legasi mendiang ayahnya yang tradisional namun begitu perniagaan bedak sejuk Lean Seng masih mendapat sambutan yang hangat. Hal ini dikatakan demikian kerana, perniagaan bedak sejuk banyak mendapat perhatian daripada pelancong luar negara misalnya, pelancong dari Singapura, Taiwan, dan Filipina. Para pelancong tersebut melancong ke Malaysia khususnya Balik Pulau untuk melihat dan mempelajari proses pembuatan dan keunikan bedak sejuk ini. Hal ini dapat membantu Malaysia dalam mempromosikan Balik Pulau kepada pelancong luar kerana seperti yang kita tahu kawasan Balik Pulau ini semangnya tidak maju berbanding daerah Pulau Pinang yang lain. Seterusnya, peneraju perniagaan bedak sejuk Lean Seng, Encik Yeoh turut bersetuju dan menyatakan bahawa bedak sejuk dapat menjadi produk tempatan yang boleh berdaya saing di peringkat antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau telah mempunyai peluang pasaran di peringkat antarabangsa iaitu pelanggannya yang berasal dari Singapura, Filipina dan Taiwan. Namun begitu, Encik Yeoh tidak berhasrat untuk menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa kerana permintaan yang terlalu tinggi. Oleh sebab itu, Encik Yeoh hanya mengambil tempahan dalam kawasan semenanjung sahaja. BALIK PULAU
BEDAK SEJUK LEAN SENG C a b a r a n BALIK PULAU etiap industri mempunyai pasang surutnya sepanjang perjalanan, tidak kira sebesar mana atau sekecil mana. Oleh itu, industri bedak sejuk yang kini mencapai identiti sebagai warisan Balik Pulau tidak terkecuali. Dua cabaran yang paling mencabar yang dihadapi oleh Encik Neoh semasa membangunkan industri bedak sejuk ini adalah semasa pembangunan industri tersebut dan ketika kawalan pandemik berlaku. S YANG DIHADAPI OLEH ENCIK LEAN SENG Encik Yeoh menghadapi beberapa cabaran ketika memutuskan untuk mengambil alih pembangunan kilang bedak sejuk dari ayahnya. Salah satu cabaran yang paling mencabar adalah keragu-raguan yang dirasakannya awalnya. Beliau menyedari bahawa tugas tersebut bukan sahaja sukar, tetapi juga memerlukan usaha yang besar. Lebih-lebih lagi, dalam era moden ini, ramai orang lebih cenderung mencari peluang ekonomi di bandarbandar besar berbanding pekan kecil yang mungkin kurang berkembang.
alam situasi pandemik yang melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, Encik Yeoh menghadapi cabaran yang signifikan dalam perniagaan bedak sejuknya. Mulai dari bulan Mac hingga Mei, beliau tidak menerima sebarang pesanan selama dua bulan kerana peraturan PKP yang ketat, yang menyebabkan pelancong dan pembeli tidak dapat mengakses pulau untuk mendapatkan stok. Sepanjang tempoh PKP, beliau menghadapi kesukaran kerana stok bedak sejuk terkumpul mencapai lebih daripada 300 kilogram. Walaupun pada awalnya tidak ada pesanan, namun setelah pelonggaran PKP, semua stok habis terjual dalam masa yang singkat. Hal ini mencerminkan populariti tinggi bedak sejuk Encik Yeoh dan permintaan yang kuat dari pelanggan. D eskipun mengalami ketidakpastian pada awal pandemik, namun peningkatan yang pesat dalam permintaan setelah PKP dilonggarkan menunjukkan bahawa produknya sangat dihargai oleh pelanggan setia dan juga menarik minat baru. Encik Yeoh dapat mengambil pengalaman ini sebagai pembelajaran untuk menghadapi cabaran di masa depan dan mungkin meningkatkan strategi pemasaran atau pengurusan stok untuk menyokong pertumbuhan bisnesnya. Dalam kesimpulannya, kejayaan dalam mengatasi krisis PKP menonjolkan daya saing dan populariti bedak sejuk Encik Yeoh di pasaran tempatan. M atu cabaran utama yang dihadapi oleh Encik Yeoh ialah cuaca. Dalam proses pembuatan bedak sejuk, adalah penting untuk menjemurnya setiap hari untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. Namun, cuaca menjadi faktor yang tidak dapat diabaikan. Hujan menjadi satu ancaman besar kerana jika bedak sejuk terkena hujan, ia boleh merosakkan kualiti produk. Ini menjadikan pengurusan cuaca dan perlindungan terhadap elemen-elemen persekitaran merupakan faktor kunci dalam operasi harian kilang. Selain itu, cabaran lain yang dihadapi adalah kekhasan produk. Mengikut kajian PubMed, proses pembuatan bedak sejuk melibatkan penjemuran untuk menjaga keasidan dan kandungan prebiotik yang menyumbang kepada fungi kecantikan bedak sejuk. Oleh itu, penggunaan oven tidak dapat diambilkira sebagai alternatif kerana ia boleh mengganggu sifatsifat unik yang terkandung dalam bedak sejuk. Meskipun cabaran-cabaran ini hadir, keputusan Encik Yeoh untuk mengambil alih legasi ayahnya menggambarkan keberanian dan keazaman untuk mengekalkan tradisi keluarga. Mungkin dengan peningkatan teknologi atau strategi inovatif, Encik Yeoh dapat mengatasi cabaran ini dan memajukan lagi kilang bedak sejuk untuk terus bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar. S
P E R K EMB A N G A N P A S A R A N P E R K EMB A N G A N P A S A R A N Bedak Sejuk Lean Seng telah berkembang secara meluas di negara ini kerana sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pelancong dari dalam dan luar negara. Penerus legasi bedak sejuk, Yeoh Siong Huat, sering kali diminta untuk menunjukkan demonstrasi cara menghasilkan bedak sejuk tradisional kepada pelancong. Hal ini membuktikan bahawa bedak sejuk sangat terkenal bukan sahaja dalam masyarakat kita tetapi warga asing juga. Populariti yang dimiliki oleh Bedak Sejuk Lean Seng ini sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada perkembangan ekonomi di Pulau Pinang. enurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pulau Pinang muncul sebagai negeri dengan pertumbuhan ekonomi paling tinggi iaitu sebanyak 13.1 peratus pada tahun 2022 berbanding 6.9 peratus tahun sebelumnya (Rajah 1.1) Sehubungan dengan itu, bedak sejuk ini turut dipasarkan di Taiwan, China dan Singapura secara runcit dan juga pukal. M Rajah 1.1 Sumber: KDNK Mengikut Negeri | OpenDOSM
MMAAMMPPUUKKAAHH INDUSTRIBEDAKSEJUK LEANSENG DISELAMATKAN?
Tidak cukup tenaga buruh. Hal ini disebabkan oleh industri bedak sejuk lokal tidak berkembang dengan seluasnya. Pihak kerajaan boleh menyalurkan dana kepada peniaga bedak kecil yg kecil utk mengembangkan legasi .Tamsilnya, Dana Impak Khazanah Nasional Bhd (Khazanah Nasional) telah menyumbangkan dana untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan. L ntara alasan kenapa bedak sejuk kurang digemari oleh generasi pada era modenisasi ini adalah kerana baunya yang masam dan kurang selesa. Menurut Schumpeter(1934), pembangunan ekonomi akan berkembang maju dalam lingkungan masyarakat yang menghargai dan menggalakkan setiap orang untuk menciptakan inovasi yang baru .Pembuat bedak sejuk boleh cuba menghasilkan produk yang baru seperti bau wangi bunga agar menarik pelanggan yang lebih banyak terutamanya dari golongan generasi muda. A L
Berdasarkan kajian Mohammed (2014) , 64.7% responden menyatakan bahawa perkembangan pesat di kawasan Balik Pulau telah menyumbangkan kepada peningkatan tahap jenayah dan 63.8% daripada responden percaya bahawa pembangunan telah meningkatkan bilangan aktiviti gejala sosial misalnya perokok,seks sebelum kahwin, vandalisme, dan buli. Selain itu, 60.4% responden tempatan percaya bahawa ketagihan dadah, penyalahgunaan dan kemelut di kalanganbeliaBalikPulautelahmeningkat. Tuntasnya ,pihak jawatankuasa tempatan haruslah meningkatkan keselamatan pelancong yang datang melawat untuk meningkatkan eko pelancongan bagi memajukan industri bedak sejuk seperti menguatkuasakan jadual perondaan polis di sekitar kawasan Balik Pulau dan menyediakan lebih banyak pondok telefon awam bersertakan nombor panggilan cemas.Tindakan tersebut perlu dilakukan kerana tempat perindustrian bedak sejuk telah berada di kawasan yg agak terpencil dan tidak semaju seperti di kawasan bandar. Oleh itu, kerajaan tempatan haruslah menjaga imej bandarbandar yang lebih ‘tua’ dengan ciri-ciri warisan bandar kerana ia amat penting menampilkan bangunan mewakili era seni bina yang berbeza. Kearifan tempatan ini haruslah dimartabatkan agar tidak hilang nilainya L LLL
Kesimpulan
DEMOGRAFI RESPONDEN Lelaki Perempuan 21-22 23-24 18-20 India Cina Melayu Bumiputera Sarawak Bumiputera Sabah
Mengekalkan kelembapan kulit
RUJUKAN nadz.my. (2023, December 10). Manfaat Bedak Sejuk Yang perlu Anda Tahu. https://nadz.my/bedak-sejuk/#google_vignette Bottom up Approach: Urbanisation in the Perception of the Local Communities of Balik Pulau, Penang Island, Malaysia Khalid Sabbar Mohammed , Narimah Samat and Yasin Abdalla Eltayeb Elhadary British Journal of Applied Science & Technology 4(32): 4533-4549, 2014 https://www.researchgate.net/profile/Yasin-Elhadary2/publication/287139312_Bottom_up_Approach_Urbanization_in_the_Perceptio n_of_the_Local_Communities_of_Balik_Pulau_Penang_Island_Malaysia/links/5 6ed02d508ae59dd41c557b0/Bottom-up-Approach-Urbanization-in-thePerception-of-the-Local-Communities-of-Balik-Pulau-Penang-IslandMalaysia.pdf Colombo, F., Cappa, C., Bani, C., Magni, M., Biella, S., Restani, P., & Di Lorenzo, C. (2023). Characterization of color, phenolic profile, and antioxidant activity of Italian pigmented rice varieties after different technological treatments. Food Bioscience, 53, 102674. https://doi.org/10.1016/j.fbio.2023.102674 Działo, M., Mierziak, J., Korzun, U., Preisner, M., Szopa, J., & Kulma, A. (2016). The Potential of Plant Phenolics in Prevention and Therapy of Skin Disorders. International journal of molecular sciences, 17(2), 160. https://doi.org/10.3390/ijms17020160(2023). Gempak.com. https://gempak.com/rojakdaily/lifestyle/we-take-tour-inside-bedak-sejukfactory-balik-pulau-63899 Farid, A. (2023, May 30). Suka pakai bedak sejuk dari dulu lagi? Teruskan, rupanya ada 6 manfaat ini! Hello Doktor. https://hellodoktor.com/sihatbergaya/penjagaan-kulit/bedak-sejuk-manfaat/ Ghazali, A. R., Muralitharan, R. V., Soon, C. K., Salyam, T., Maulana, N. N. A., Thaha, U. a. B. M., Halim, R. M., Suhaifi, S., Khalid, M. H. M., Kutty, A. A., & Kofli, N. T. (2020). Viability and Antioxidant Effects of Traditional Cooling Rice Powder (bedak sejuk) Made from Oryza sativa ssp. Indica and Oryza sativa ssp. japonica on UVB-Induced B164A5 Melanoma Cells. Asian Pacific Journal of Cancer Prevention. https://doi.org/10.31557/apjcp.2020.21.11.3381 Jabatan Perangkaan Malaysia. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). OpenDOSM. https://open.dosm.gov.my/ms-MY/dashboard/gdp
RUJUKAN Michalak, M., Pierzak, M., Kręcisz, B., & Suliga, E. (2021). Bioactive Compounds for Skin Health: A Review. Nutrients, 13(1), 203. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7827176/ Nazari, T. (2020, January 31). Bedak sejuk: Our grandmothers may have been right all along. TRP.https://www.therakyatpost.com/living/2020/01/23/bedak-sejuk-ourgrandmothers-may-have-been-right-all-along/ Prestasi Ekonomi Pulau Pinang. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (58) https://www.penang.gov.my/images/statistiksosioekonomi/2022/bab2.pdf Reena Sekaran (2021, Februari 23). Dua beradik pembuat bedak sejuk terakhir di Pulau Pinang. FMT Lifestyle. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmtohsem/inspirasi/2021/02/23/dua-beradik-pembuat-bedak-sejuk-terakhir-dipulau-pinang/ Syahira Yahya (2023, Oktober 22). Tradisi orang Myanmar pakai bedak sejuk waktu siang. Malaysia Gazette. https://malaysiagazette.com/2023/10/22/tradisi-orangmyanmar-pakai-bedak-sejuk-waktu-siang/ Tsen Ee Lin (2021, February 23). Beauty in the hands of Penang’s last bedak sejuk maker. Reena Sekaran @ FMT lifestyle https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2021/02/23/beauty-in-thehands-of-penangs-last-bedak-sejuk-maker/ Wibowo (2015:17) Wibowo,dkk (2015). Pendidikan Karakter berbasis kearifan lokal disekolah KEARIFAN LOKALDALAM MENDUKUNG PENGEMBANGAN INDUSTRI KREATIF DIPROVINSI BALIPutu Ayu Sita Laksmi1)dan I Gde Wedana Arjawa2)1,2Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas Warmadewa Denpasar Bali Journal Scientific of Mandalika (JSM), Vol. 4,No. 1,Januari2023, e-ISSN: 2745-5955, p-ISSN: 2809- 0543Avalaible online at: http://ojs.cahayamandalika.com/index.php/jomla/issue/archive Yusof, N. S. (2019). Ritual perubatan tradisional penyakit kayap dengan unsur sejuk panas dalam masyarakat Melayu. Zaidi Mohamad (2017, Julai 5). Mak Cun 3, Andainya Takdir rekod lebih 10 juta tontonan. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2017/07/299147/mak-cun-3- andainya-takdir-rekod-lebih-10-juta-tontonan