E-portfolio PSVK3423 Asas Menggambar
Pensyarah Pn. Aezlin binti Mohd Omar Penyelaras Kursus PSVK3423
Biodata Pelajar Nama: Nur Adani Madiha binti Makhizu Angka Giliran: 2022152440011 Unit : BMMB1 Ambilan: PISMP JUN 2022/2027
Isi Kandungan PENGENALAN KEPENTINGAN MENGGAMBAR AKTIVITI BIDANG MENGGAMBAR PROSES PENGHASILAN KARYA KARYA AKHIR RUMUSAN SUMBER RUJUKAN
Pengenalan Di sekolah, pendidikan seni visual adalah subjek yang menjadi tumpuan pelajar. Ini disebabkan oleh fakta bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk meneroka dan mempelajari sesuatu yang lebih menggembirakan dan tidak membebankan fikiran mereka. Walau bagaimanapun, lukisan tidak dapat dipisahkan daripada seni visual. Lukisan adalah asas dalam pendidikan seni visual kerana ia boleh memberi pelajar gambaran awal tentang struktur, ruang, pertimbangan, dan komposisi. Bidang lukisan yang mendalam ini juga boleh mendorong minat pelajar untuk meneroka fikiran dan perasaan mereka melalui lukisan. Pada asasnya, pelajar boleh mempelajari pelbagai kaedah melukis dan menghasilkan gambar dalam projek reka bentuk. Dengan cara ini, mereka boleh menilai kebolehan lukisan mereka pada peringkat awal. Mereka boleh membuat karya seni dengan pelbagai media dan kaedah. Oleh itu, kita boleh mengetahui jenis bidang menggambar dan media dam teknik yang perlu digunakan mengikut kategori bidang dengan menggunakan hasil portfolio.
Kepentingan Menggambar Aktiviti menggambar membolehkan murid untuk mengekspresikan diri dan idea-idea mereka dengan cara visual. Ini boleh menjadi bentuk ekspresi kreatif yang kuat. Menggambar membolehkan seseorang untuk membangunkan dan mengekspresikan imajinasi mereka. Ini boleh merangsang kreativiti dan inovasi. Menggambar membantu dalam membangunkan pemahaman bentuk, ruang, dan rupa.Ia boleh membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah visual. Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata dalam bentuk 2 dimensi. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Pendek kata, kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik. Antara teknik dalam menggambar ialah mozek, kolaj, capan, cetakan dan lain lain
Aktiviti Bidang Menggambar
Catan Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berus dan alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan.
Alat, Media dan Bahan Alat & Media: pensel, berus cat, palet, kanvas, kertas lukisan, permukaan dinding. Bahan: cat air, cat minyak, akrilik, cat poster, gouch, tempera dan fresko.
Teknik Catan a)Teknik basah atas basah c)Teknik kering atas kering d)Teknik Impasto Permukaan kertas yang basah disapu dengan campuran warna yang basah untuk menunjukkan kesan air atau awan. b)Teknik basah atas kering Permukaan kertas yang kering disapu dengan campuran warna yang basah untuk menunjukkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan. Permukaan kertas yang sudah mempunyai warna yang sudah kering disapu dengan warna tanpa atau campuran air yang sedikit untuk memperlihatkan kesan jalinan pada suatu objek. Permukaan kertas yang kering disapu dengan campuran warna yang basah untuk menunjukkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan.
Kolaj Teknik ini adalah mudah kerana pelajar hanya menampal kertas, kain atau bahan yang dibuang di atas sesuatu permukaan. Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindih-tindih. Corak yang terhasil bergantung kepada cara susunan motif yang dihasilkan.
Alat, Media dan Bahan Alat & Media: gam kilat, gam gel (pelekat untuk kertas, kain, logam), pisau kraf, gunting, pembaris, palet, berus. Bahan: potongan kertas warna, perca kain, tali, kadbod dan sebagainya.
Teknik Kolaj Menyediakan kertas warna atau perca kain untuk dicarikkan atau digunting Membuat lakaran untuk mendapatkan idea dan tema yang diinginkan Tampal bahan tampalan secara disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas. KOLAJ telah lengkap dan sedia diperlihatkan.
Mozek Mozek merupakan aktiviti yang membentuk kreativiti artistik bagi menghasilkan corak yang estetik. Bentuk seni yang menggunakan kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang disusun secara bersebelahan tanpa bertindih di atas permukaan rata bagi membentuk corak.
Alat, Media dan Bahan Alat & Media: Gam biasa, gam putih, gam kayu, pensel, pembaris. Bahan: Kertas, kertas lukisan, kertas surat khabar, kertas warna.
Mozek yang sudah siap, media yang sama diletakkan ke atasnya kemudian mozek diterbalikkan dan bahagian asli diasingkan dari bawah mozek. Teknik Mozek Menggambar bahan di atas permukaan seperti kertas, kadbod, permukaan pasu atau lantai. KOLAJ telah lengkap dan sedia D diperlihatkan. ibuat satu bahagian demi satu bahagian sesuatu gambar sebelum proses penampalan. Teknik secara langsung Teknik secara tidak nyata Teknik indirect/double indirect
Gosokan Proses menggosok dan merakamkan pelbagai corak daripada permukaan yang berjalinan. cara terbaik merakamkan pelbagai jalinan pada suatu permukaan.
Alat, Media dan Bahan Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikankesan jalinan yang halus. Alat & Media: pensel, pensel warna, kapur, krayon, pastel, arang. Bahan: syiling, bakul, permukaan sesuatu yang timbul dan bercorak.
Teknik Mozek Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitamsahaja Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Gosokan potongan kertas Gosokan secara pusingan
Percikan Renjisan boleh dilakukan secara semburan, percikan atau tiupan warna untuk menghasilkan corak terancang atau tidak terancang. Renjisan pada permukaan kertas yang kering atau lembap.
Alat, Media dan Bahan Alat & Media: pelbagai jenis berus lukisan, berus cat, penggelek cetakan, kertas lukisan, kad manila, warna semburan, berus gigi. Bahan: cat air, cat poster, cat minyak.
Menggunakan warna semburan yang dapat menghasilkan percikan yang lebih halus dan seragam dan penggelek cetakan digunakan secara cepat sehingga warna terpercik keluar ke atas kertas. Teknik Mozek Pada bahagian hujung berus dicelup warna secara sedikit dan diketuk secara kuat untuk membentuk percikan titisan di atas permukaan kertas. Percikan menggunakan jari menghasilkan percikan yang tidak sekata.
Proses Penghasilan Karya
Lakaran kawasan langit dilukis menggunakkan pensel. Pewarna air Berus pewarna Palette Air Pensel Kertas A3 Karya 1 (Catan) Alatan & Bahan Dengan mengaplikasikan teknik basah atas basah, langit biru diwarnakan dengan menggunakan cat air dengan campuran air yang sedikit sahaja. Seterusnya, lapisan langit kedua bewarna jingga diwarnakan dengan sedikit pekat.
Warna jingga diwarnakan sehingga ke bawah sebelum warna biru diwarnakan kembali secara lebih pudar. Kemudian, awan telah dicat dengan warna putih juga menggunakan teknik kering atas kering sehingga menghasilkan jalinan sentuh. Teknik kering atas kering diaplikasikan semasa menghasilkan bunga-bunga dan teknik basah atas basah terhadap rumput. Hasil Karya (Catan)
Karya 2 (Mozek) Alatan & Bahan Kulit telur dipecahkan sehingga hancur sebelum ditampal menggunakan gam. Kulit telur Gam Latex Pensel Kertas A3 Pisau pemotong Pen marker Kulit telur dibasuh dan dibuang selaput putih di dalamnya dan keringkan di bawah cahaya matahari. Lakaran nama ditulis terlebih dahulu menggunakan pensel di atas kertas A3.
Susun dan tampal kulit telur mengikut lakaran yang telah dilakukan menggunakan gam. Tampalan kulit telur yang berlebihan perlu dipotong menggunakan pisau pemotong untuk kelihatan lebih kemas. Background doodle dilukis bagi menghasilkan frame mozek. dan bahagian luar nama ditekap dengan marker pen. Hasil Karya (Mozek)
Lakaran rama-rama dilukis menggunakkan pensel. Kain perca Gunting Gam Latex Pensel Kertas A3 Berus Karya 3 (Kolaj) Alatan & Bahan Gunting kain perca mengikut saiz yang dikehendaki.
Pelbagai corak dan jenis kain perca ditampal secara tersusun dan bertindih antara satu sama lain. Hasil Karya (Kolaj) Tampal kain perca mengikut lakaran rama-rama menggunakan gam latex.
Warnakan kertas A2 sebagai latar belakang kepada teknik percikan. Pewarna air Palette Berus pewarna Berus gigi Air Kertas A2 Karya 4 (Percikan) Alatan & Bahan Pilih warna yang lebih gelap daripada warna latar belakang untuk menimbulkan kontra pada karya. Kemudian, gunakan teknik merenjis pada berus gigi menggunakan jari pada jarak dekat lebih kasar.
Hasil Karya (Percikan) Langkah seterusnya iaitu menggunakan teknik mengetuk berus pada jari tetapi pada aras yang lebih tinggi untuk mendapatkan hasil percikan yang lebih halus dan kecil.
Warnakan kertas A2 sebagai latar belakang kepada teknik percikan. Pewarna air Palette Berus pewarna Krayon Kertas A2 Bakul Karya 5 (Gosokan) Alatan & Bahan Teknik gosokan dilakukan di atas bakul dengan menggunakan krayon bewarna putih bagi menghasilkan gosokan yang jelas dan kelihatan timbul.
Hasil Karya (Gosokan)
Rumusan Proses menggambar dapat diserap sepenuhnya dengan memahami dan menggabungkan elemen-elemen ini, seseorang boleh menghasilkan karya seni yang kuat dan bermakna. Ingat bahawa setiap orang mempunyai gaya dan pendekatan unik mereka sendiri dalam lukisan, dan penyelidikan kreatif adalah sebahagian daripada pembangunan seni. Menggambar bukan sahaja mempunyai faedah praktikal tetapi juga boleh memberikan kepuasan peribadi dan menyediakan cara untuk ekspresi diri yang unik. Oleh itu, saya berharap saya dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang saya perolehi ini untuk mengajar di sekolah pada masa hadapan dengan lebih berkesan dan bermakna.
Rujukan