ROBERT
BADEN-
POWELL
BIODATA SAYA
NAMA : NUR AFIQAH ‘AINAA BINTI REDUAN
TARIKH : 1 SEPTEMBER 2005
LAHIR
NO. KP : 050901-01-1264
NO.
KEAHLIAN : J 11282-21PN
KUMPULAN : 14
SEKOLAH : SMK DATO’ PENGGAWA BARAT
HOBI : MEMBACA BUKU/MEMASAK
BIODATA
NAMA PENUH : Robert Stephenson Smith Baden Powell
NAMA
SINGKATAN : BP
TARIKH LAHIR : 22 Februari 1857
TEMPAT LAHIR
PENDIDIKAN : London , England
AWAL
PEKERJAAN Charter House , London
NAMA BAPA
NAMA ISTERI :
TARIKH
MENINGGAL Bekas Mejar Tentera British
DUNIA
:
: Reverend H.G Baden Powell
: Lady Olive Baden Pow:ell
: 8 Januari 1941
KEHIDUPAN AWAL
Dilahirkan di Paddington, London, Baden-Powell merupakan
anak ke enam daripada lapan anak kepada Profesor Savilian
yang mengajar geometri di Oxford. Ayahnya meninggal
ketika beliau berusia tiga tahun.
Selepas menghadiri Sekolah Tinggi Bukit Ros (Rose Hill
School), Tunbridge Wells, Baden-Powell dianugerahkan
dengan biasiswa bagi sekolah awam Charterhouse.
Pengenalannya kepada kemahiran pengakap adalah menjejak
dan memasak haiwan serta mengelak guru
dalam belukar yang berhampiran, yang juga merupakan
kawasan larangan.
Beliau juga bermain piano dan violin, mampu melukis dengan
baik dengan menggunakan kedua belah tangan
("ambidextrous"_), dan gemar berlakon. Percutian
dihabiskan dengan ekspedisi belayar atau berkanu dengan
saudaranya.
KERJAYA
KETENTERAAN
TAHUN 1876 TAHUN 1897
Baden-Powell memasuki Hussars Pulang ke India untuk mengetuai
Ke-13 di India 5th Dragoon Guards
TAHUN 1895
Bertugas dengan khidmat
khas di Afrika
SEJARAH
PENUBUHAN
PENGAKAP
Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord
Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP.
Beliau ialah seorang askar Inggeris yang
berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907.
Pergerakan Pengakap bermula di Pulau
Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap
yang pertama di dunia. Beliau telah
mengeluarkan satu rancangan latihan bagi
Pengakap pada tahun 1907.
Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada
22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde
Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth
Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell,
seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak
kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau
mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal
dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah
berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di
beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman
ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan
sentiasa taat pada perintah.
TAHUN 1870
Beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England
dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang
sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19
tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan
terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan
seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu
memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam
pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada
tahun 1876.
TAHUN 1878
Beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan
ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau
telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya
melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya
menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk
melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal
sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti
sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran
“serigala yang tidak pernah tidur” atau “Impeesa” kerana
keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau
telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.
Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan
negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua
negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi
tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda
untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan
bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan
musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat
ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899
hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak
British datang menembusi kepungan musuh.
TAHUN 1899
Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak
sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten
Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada
beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini
beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.
Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka
rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku
“Aids to Scouting”. Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam
buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu
pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith.
Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda
yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole
Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan
“Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H
Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.
Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut
mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah
pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah
mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali
sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan
pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri
jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000
Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park
adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan
menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia
penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya
yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di
England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V
merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of
Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.
TAHUN 1937 TAHUN 1941
Sewaktu usianya 80 tahun, Beliau meninggal dunia di Paxtu,
beliau telah sakit tenat dan Kenya. Beliau disemadikan di
Nyeri dalam lingkungan bayang-
terpaksa berhenti dari bayang gunung Kenya. Batu
pergerakan Pengakap di nisan beliau turut diukir “Robert
merata-rata dunia. Beliau Baden Powell, Chief Scout of
bersama isterinya Lady Baden World, born February 22nd
Powell atau Miss Olave 1857, died January 8th 1941.”
Soames pengasas pergerakan Logo Pengakap dan pandu puteri
pandu puteri telah berhijrah ke turut diukir pada batu nisan
tersebut. Kuburnya telah
Kenya, Afrika. Beliau diletakkan batu-batu berbentuk
bermastautin di sebuah bulat dengan satu titik di tengah-
kampung yang aman permai tengah yang bermaksud
selepas berkhidmat kepada “Gone Home“. Kata-kata terakhir
dunia Pengakap selama 33 BP adalah seperti berikut: Tuhan
memimpin dan membantu di
tahun. dalam kerja-kerjamu.
SEKIAN , TERIMA KASIH