Kandungan
SEMANIS BICARA PENGARAH BPLTV
TN HJ AZMAN BIN ADNAN....................................................................................................3
SEMANIS BICARA PENGARAH KV KLUANG
TS HJH ROHANI BINTI BUSAH.............................................................................................4
PENDAHULUAN.......................................................................................................................5
AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN MUTIARA KVK .....................................................6
KEJAYAAN & PERKONGSIAN PENGALAMAN PELAJAR...........................................7-66
1.TEKNOLOGI ELEKTRONIK.........................................................................8-12
2.TEKNOLOGI ELEKTRIK.............................................................................14-17
3.TEKNOLOGI KIMPALAN...........................................................................19-24
4.TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI......................................................26-29
5.TEKNOLOGI PEMBINAAN........................................................................31-36
6.ANIMASI 3D................................................................................................38-44
7.PENGURUSAN PERNIAGAAN...................................................................46-49
8.PERAKAUNAN............................................................................................51-55
9.TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA...................57-61
10.TEKNOLOGI MAKLUMAT.......................................................................63-66
11.TEKNOLOGI AUTOMOTIF......................................................................68-72
DATA PERATUSAN KEBOLEHPASARAN...................................................................74-78
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH.......................................79
CATATAN................................................................................................................................80
2
Semanis Bicara
Pengarah Bltv
Bismilahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Tahniah dan syabas
diucapkan kepada JK Penerbitan Mutiara KVK Siri 2 / 2021 atas
kejayaan menerbitkan buku yang sangat bermakna ini. Semoga dengan
penerbitan Majalah Mutiara KVK Siri 2/2021 dapat menjadi panduan bagi
meningkatkan semangat juang pelajar-pelajar di bawah Kolej Vokasional
khususnya Kolej Vokasional Kluang untuk kecemerlangan dari segi
kemahiran dan akademik.
Yakinlah kecemerlangan dan kegigihan alumni yang terdapat dalam
penerbitan ini mampu menjadi penyuntik semangat kepada
pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kluang yang lain. Kejayaan alumni tidak
datang bergolek tanpa pengorbanan, komitmen dan usaha yang berterusan.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh
warga Kolej Vokasional Kluang terus bersama-sama menjayakan
agenda pemerkasaan TVET KPM demi melahirkan tenaga mahir
negara seterusnya menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi.
“We Create Our Future”
HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN
PENGARAH ,
BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK & VOKASIONAL
3
Semanis Bicara
Pengarah Kv Kluang
Bismilahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Buku Mutiara KVK
Edisi 2 / 2021 dapat diterbitkan kerana ia merupakan medium terbaik untuk
menghebahkan kemenjadian dan kejayaan anak-anak didik Kolej
Vokasional Kluang, yang diberi asuhan melalui sistem pendidikan
teknik dan vokasional.
Buku Mutiara KVK Edisi 2 / 2021 dimuatkan dengan kejayaan alumni Kolej
Vokasional Kluang daripada pelbagai bidang seperti Teknologi Pembinaan,
Teknologi Kimpalan, Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan
sebagainya. Dengan kemahiran yang dikuasai, mereka juga ada yang
menceburi bidang usahawan. Ini membuktikan bahawa bekas pelajar Kolej
Vokasional mampu berdaya saing dengan rakan-rakan mereka yang berjaya
dalam bidang akademik.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan
sehingga terbitnya buku “Mutiara KVK Sesi 2 / 2021” ini. Semoga lebih
ramai lagi Alumni KVK dapat diketengahkan untuk dicontohi oleh para pelajar
dan masyarakat amnya.
Sekian , Terima Kasih
“Prepare For a Career Not Just a Job”
Ts. Hajah Rohani Binti Busah
Pengarah,
4 Kolej Vokasional Kluang.
Pendahuluan
Mutiara Kvk
T ranformasi Pendidikan Vokasional merupakan salah satu daripada 25 inisiatif utama yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja mahir negara, RMK-10 telah mencadangkan penambahbaikan akses
kepada pendidikan vokasional bermula di peringkat sekolah dengan meningkatkan kemahiran
rakyat Malaysia ke arah meluaskan kebolehpasaran dan memesatkan pembangunan
modal insan yang lebih kompeten dan berdaya saing.
Tranformasi pendidikan vokasional memfokuskan kepada membina bakal
pekerja yang dapat diterima oleh industri sebagai tenaga mahir professional yang
mempunyai lulusan yang diiktiraf bukan sahaja di Malaysia tetapi juga oleh badan-badan
professional dalam dan luar Negara seperti Suruhanjaya Tenaga, CIDB, City & Guillds,
TWI dan lain-lain.
Buku “Mutiara KVK’’ ini menghimpunkan beberapa kisah kejayaan alumni dari setiap bengkel
atau program yang ada di kolej vokasional Kluang yang sewajarnya kita banggakan.
Melalui buku ini membuktikan bahawa dengan Pendidikan Teknik dan
Vokasional mampu melahirkan modal insan yang dapat memenuhi aspirasi
negara untuk melahirkan seramai mungkin modal insan bagi pembangunan negara seterusnya.
Buku “Mutiara KVK” ini juga diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada
para pembaca khasnya dalam kalangan pelajar kolej vokasional bagi mereka mencipta impian dan
seterusnya menggapai kejayaan yang lebih baik.
5
Ahli Jawatankuasa Penerbitan
Mutiara Kvk
PENAUNG
TS HJH ROHANI BINTI BUSAH
PENASIHAT 1
EN ZULKIFLI BIN YUSOP
PENASIHAT 2
PN HJH SA’DIAH BINTI SAMINGAN
PENGERUSI PENASIHAT 3
EN ZULKIFLI BIN MOHAMED IRPOW PN AZLINA BINTI ABD AZIZ
KETUA PENYELARAS & PENULIS
PN NURUL AFIQAH BINTI ZAILANI
PENOLONG PENYELARAS
PN JULIYANA BINTI ABDUL JAMAL
PEREKA GRAFIK & EDITOR
CIK NOR ARYANI HAZIRAH BINTI ARIS
J/K PANEL PENULIS
SEMUA KJ DAN KP
6
Biodata Alumni
NAMA : RAJA MUHAMMAD FAHMI BIN RAJA FAUZI
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : TECHNICIAN
TEMPAT BEKERJA : VTECT SDN. BHD MUAR JOHOR
GAJI : RM 2000
Latar Belakang Pekerjaan
Mula Bekerja pada 2 November 2020 sebagai Technician di VTect SDN. BHD. Muar,
Johor. Bidang Pekerjaan saya adalah membaiki mesin Hydraulic dan Pnuematic serta
membaik pulih PCB Board yang rosak.
8
Biodata Alumni
NAMA : AKMAL DANIAL BIN ABDUL RAHMAN
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOHORT AMBILAN : 2016
JAWATAN : JURUTEKNIK
TEMPAT BEKERJA : SUNNINGDALE TECH (MALAYSIA) SDN BHD
GAJI : RM 1700
Latar Belakang Pekerjaan
Saya bekerja sebagai juruteknik selepas tamat menjalani latihan praktikal pada Mei 2020.
Disini saya ditugaskan untuk membaiki mesin dan menghasilkan produk. Selain itu juga,
saya bertanggujawab mengawal keluaran dan kualiti produk. Serta mengendalikan Mesin
Pneumatic dan Robot Arm.
9
Biodata Alumni
NAMA : MOHAMAD ARSYAD BIN MOLYADI
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOHORT AMBILAN : 2016
JAWATAN : TECHNICIAN
TEMPAT BEKERJA : INSTRUMENTS TECHNOLOGY (JOHOR) SDN. BHD.
GAJI : RM 1700
Latar Belakang Pekerjaan
Saya bekerja di Instruments Technology (Johor) selepas tamat menjalani Latihan
Industri sebagai Technician. Disini saya ditugaskan untuk membaiki mesin dan
menghasilkan produk. Selain itu juga , saya bertanggujawan mengawal keluaran dan kualiti
produk yang dikeluarkan.
10
Biodata Alumni
NAMA : AMIRAH NADHIRAH BINTI RAZALI
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOHORT AMBILAN : 2012
TEMPAT PENGAJIAN : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM)
JOHOR
BIDANG PENGAJIAN : SARJANA MUDA TEKNOLOGI AUTOMASI
ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN
Latar Belakang Pengajian
Saya belajar di uthm selama 3 1/2 tahun. Pengajian ( 2 1/2 tahun di universiti & 1 tahun di
industri). Pengajian berfokuskan pada automasi industri. Program yang ingin menghasil-
kan keluaran teknologis. Teknologis berperanan utk merealisasikan segala teori yang dia-
saskan oleh para engineer (membangunkan produk). Program ini adalah di bawah kelulu-
san MBOT (Malaysian Board Of Technologies).
11
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD KHAIDIR BIN JAMINAN
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOHORT AMBILAN : 2013
JAWATAN : TECHNICIAN
TEMPAT BEKERJA : ASM TECHNOLOGY (M) SDN.BHD
GAJI : RM 1600
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada mei 2019 sebagai technician di Asm Technology (M) Sdn.Bhd
di pasir gudang johor. Bidang pekerjaan saya adalah “assembly feeder”, iaitu feeder
akan di pasang pada Mesin Tx untuk memasang komponen cip kecil pada Mesin Pbc.
12
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD NUAIM BIN ABDUL RASHID
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : ASSISTANT ENGGINEER
TEMPAT BEKERJA : MENAJAYA SDN BHD
GAJI : RM 2500
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja di Menajaya Sdn Bhd pada 1 April 2019. Bidang pekerjaan saya
adalah mengeksport dan mengimport minyak sawit dan biodiesel serta menapis
minyak2 slugde. Saya menyelenggara mesin - mesin dan panel elektrik serta mengawal vsd
(variable speed drive) untuk mengekspot minyak ke kapal dagang.
14
Biodata Alumni
NAMA : NOR AZLIN AMIRA BINTI SAMINGAM
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : JURUTEKNIK JURUTERA
TEMPAT BEKERJA : GLOBALCAST SDN BHD
GAJI : RM 2500
Latar Belakang Pekerjaan
Bidang pekerjaan saya adalah menyediakan laporan untuk setiap kemasukan barang-barang
baru. Saya mula bekerja sejak September 2019 sehingga kini sebagai Juruteknik Jurutera di
Globalcast Sdn Bhd Kulai, Johor.
15
Biodata Alumni
NAMA : SHAHRUL HAFIFI BIN MOHAMAD JAFRI
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : TECHNICIAN
TEMPAT BEKERJA : KIEVENTURE GEMILANG SDN. BHD,
ULU TIRAM, JOHOR
GAJI : RM 1800
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada julai 2018 sebagai Technician di Kieventure Gemilang Sdn. Bhd.
Ulu Tiram Johor. Bidang pekerjaan saya adalah menyelenggara dan membaik pulih lampu
jalan di sekitar Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Bandar Penawar.
16
Biodata Alumni
NAMA : MOHAMAD SYAZWAN BIN ROHAIJAT
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOHORT AMBILAN : 2012
TEMPAT PENGAJIAN : UNIKL MALAYSIA INSTITUTE OF INDUSTRIAL
TECHNOLOGY (MITEC)
BIDANG PENGAJIAN : BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY
(HONS) INSTRUMENTATION AND CONTROL
ENGINEERING
Latar Belakang Pengajian
Pada sept 2019, saya telah mendaftar di Unikl dalam jurusan Bachelor Of Engineering
Technology (Hons) In Instrumentation And Control Engineering. Saya mengambil juru-
san ini kerana industri pada masa hadapan akan berubah kepada industrial revolution 4.0
(ir4.0). Sebelum saya sambung belajar saya sudah berada di industri ini selama 2 tahun. Ia
banyak mengunakan sistem internet if things (iot) dan komputer untuk mengawal sesuatu
proses di dalam sektor minyak dan gas, perkilangan, penjanaan dan penerbangan.
17
Biodata Alumni
NAMA : MOHAMAD NORAIZAT BIN ISHAMUDIN
PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : QC INSPECTOR
TEMPAT BEKERJA : NAEC SDN BHD MALAYSIA
GAJI : RM 4000
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja dalam Bidang Kimpalan pada December 2018 sebagai Jurukimpal
sehingga september 2019. Pada pengakhiran 2019 saya mula mengambil Certificate Of
Welding Inspector Level 1 Di Twi Tampoi Johor. Dan mula bekerja sebagai Qc Inspector
pada December 2019 sehingga kini.
19
Biodata Alumni
NAMA : WAN IZAH SAYZAWANI BINTI WAN ON
PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : QC INSPECTOR
TEMPAT BEKERJA : SAPURA ENERGY
GAJI : RM 4000
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada Oktober 2020 sebagai Qc Inspector di Sapura Energy. Tugas saya
adalah untuk memastikan sebelum, semasa dan selepas melakukan welding mengikut
prosedur yang sebenar.
20
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD HAIRI
PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
KOHORT AMBILAN : 2016
JAWATAN : GENERAL WORKER
TEMPAT BEKERJA : RT MARINE & ENGINEERING
GAJI : RM 2200
Latar Belakang Pekerjaan
Saya menjalani latihan industri di Syarikat Rt Marine & Engineering di Pasir Gudang
Johor bermula pada 6 Januari 2020 sehingga 18 March 2020. Setelah tamat menjalani latihan
industri , saya telah diserap ke dalam Syarikat Rt Marine & Engineering. Syarikat ini adalah
syarikat subkontraktor di dalam Mmhe Pasir Gudang. Saya bekerja di syarikat ini sebagai
pekerja am. Bidang pekerjaan saya adalah membaik pulih barangan kapal.
21
Biodata Alumni
NAMA : FAZIM RADZI BIN MUHAMAD FUAD
PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
KOHORT AMBILAN : 2015
TEMPAT PENGAJIAN : JOHOR SKILLS DEVELOPMENT CENTRE
(PUSPATRI)
BIDANG PENGAJIAN : WELDING INSPECTION
Latar Belakang Pengajian
Pada 7 Julai 2020, saya telah mendaftarkan diri di puspatri dalam Kursus Pengajian
Welding Inspection. Tempoh kursus Pengajian Welding Inspection 3 bulan belajar di
Puspatri dan 3 bulan praktikal di industri. Sepanjang saya belajar di puspatri, saya telah
menerima pelbagai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan welding inspection
dan ilmu pengalaman pengajar di industri. Selain itu, saya dapat sijil CSWIP daripada TWI
untuk kursus yang berkenaan di puspatri.
22
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD ASHRUL BIN NOR AZIZI
PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
KOHORT AMBILAN : 2015
TEMPAT PENGAJIAN : JOHORE SKILLS CENTRE (PUSPATRI)
BIDANG PENGAJIAN : CSWIP 3.0 WELDING INSPECTION
Latar Belakang Pengajian
Started my course on 10 August 2020 at Puspatri and exposed to visual inspection work,
job scope and knowledge in non destructive test such as radiographic testing, dye penetrant
testing and also attended 3.1 welding inspection course. After 3 month at puspatri, i then
start my internship at Tenaga Tiub and been positioned as Qc Inspector.
23
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD IQMAL BIN MD HALIM
PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
KOHORT AMBILAN : 2015
TEMPAT PENGAJIAN : UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
(UTEM)
BIDANG PENGAJIAN : SARJANA MUDA TEKNOLOGI KIMPALAN
DENGAN KEPUJIAN
Latar Belakang Pengajian
Pada 6 october 2020, saya telah mendaftar diri di UTEM dalam Jurusan Teknologi
Kimpalan Dengan Kepujian. Jurusan ini mengambil tempoh masa sepanjang 3 tahun 6
bulan. Di UTEM saya didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam
berkaitan Teknologi Kimpalan yang lebih baik.
24
Biodata Alumni
NAMA : KAVIYARASAN S.PRAKASH
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : TECHNICIAN ENGINEER/FE
TEMPAT BEKERJA : FLUID-TEC ENGINEERING.PTE.LTD. SINGAPORE
GAJI : 2500 SGD (RM7666.00)
Latar Belakang Pekerjaan
Saya bertanggujawab untuk menyelaras projek-projek kejuruteraan kecil. Dan juga
melakukan pemeriksaan kerja pembinaan serta lukisan lengkap peta dan dokumen-
dokumen lain seperti yang diarahkan oleh syarikat.
26
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD HIZAMI BIN MOHAMAD HANAFI
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : DESIGNER RESOURCES & DEVELOPMENT
TEMPAT BEKERJA : HIGH VALUE ENTERPRISE SDN. BHD
GAJI : RM 2500
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada bulan julai 2019 sebagai Draughtsman di High Value Enterprise
Muar, Johor. Bidang pekerjaan saya adalah membuat lukisan teknikal terperinci dan penyeli-
dikan untuk membangunkan sebuah produk perabot yang baru.
27
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD SYAHMI BIN SUHAIMI
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : TECHNICIAN
TEMPAT BEKERJA : EPSON PRECISION JOHOR
GAJI : RM 2000
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada bulan April 2019 sebagai Technician Di Epson Precision
Johor. Bidang pekerjaan saya adalah membuat casing jam tangan model seiko dengan
menggunakan Mesin Nc Lathe. Selain itu, di epson saya juga telah menggunakan robot
untuk melanjutkan proses cutting apabila barang mempunyai kuantiti yang banyak.
28
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD NUR FARHAN BIN ZAIDY EFFENDY
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : TECHNICIAN
TEMPAT BEKERJA : FCI CONNECTORS (M) SDN BHD
GAJI : RM 1600
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada bulan Jun 2019 selepas tamat menjalani On Job Training (Ojt)
selama 5 bulan. Saya bekerja sebagai Technician (Machinist) Di Fci Connectors (M) Sdn
Bhd . Bidang tugas saya adalah membuat dan membaik pulih komponen mould dan
sebagainya dengan menggunakan pelbagai jenis mesin, antaranya Mesin Cnc Wirecut.
29
30
Biodata Alumni
NAMA : KU ZAHIM IRFAN BIN KU AZHAR
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : PENGURUS
TEMPAT BEKERJA : DAIM ENGINEERING
GAJI : RM 7000 - RM 10000
Latar Belakang Pekerjaan
Skop kerja saya adalah meliputi kerja-kerja Civil Engineering / Kerja -Kerja Infrastruktur
/Kerja Tender Dari Kerajaan /Swasta /Developer Dan Client . Antara contoh syarikat saya
pernah bekerjasama adalah Saj /Jpnj /Mbip dan lain lain.
31
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD ZAIRY AKHMAL BIN MOHD KHAIRI
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : SITE SUPERVISOR
TEMPAT BEKERJA : C.T ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN BHD
GAJI : RM 3500
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada 2 Mei 2018 , setelah tamatnya praktikal saya terus diserap
memasuki Syarikat Ct Engineering & Construction Sdn Bhd. Skop pekerjaan saya dalam
bidang yang saya ceburi adalah mengatur, mengurus dan membantu Engineer. Dalam
bidang ini juga, saya dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti masalah dan
menyelesaikan masalah yang berlaku dalam tapak bina. Oleh itu , lukisan struktur dan
arkitek juga saya perlu mengenalpasti dan mengkaji dahulu sebelum melaksanakan
kerja. Namun, setiap perlaksanaan kerja (progress work) diatur dan saya perlu mengikut
jadual dan tarikh yang ditetapkan. Akhir sekali, alhamdulillah dengan izin allah selama 3
tahun ini saya telah berjaya selesaikan 2 projek iaitu C.Steinweg Warehouse, Pasir Gudang
dan Knauf Insulation Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor.
32
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMAD SYAFIQ BIN ROSDI
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOHORT AMBILAN : 2013
JAWATAN : SITE SUPERVISOR
TEMPAT BEKERJA : JOHMANCO SDN BHD DI JOHOR BAHRU
(TAPAK DI BATU PAHAT )
GAJI : RM 2200
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada bulan Jun 2017 sebagai Assistant Site Supervisor di Johmanco
Sdn Bhd, tapak di Batu Pahat. Bidang pekerjaan saya adalah menyelia tapak pembinaan
seperti menyelia pekerja - pekerja, mesin dan jentera berat di tapak, membaca dan meneliti
drawing, berurusan dengan sub- contractor dan pemaju dan menghadiri setiap mesyuarat
tapak.
33
Biodata Alumni
NAMA : SITI MARYAM BINTI KHUDZIR
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOHORT AMBILAN : 2012
JAWATAN : PRODUCTION PLANNER
TEMPAT BEKERJA : SYARIKAT PRCASTER (REAPLITE INDUSTRY
SDN BHD)
GAJI : RM 2800
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada mei 2016 di Syarikat Prcaster (Reaplite Industry Sdn Bhd).
Berpengalaman selama 2 tahun sebagai Juruukur Bahan (Qs) di Cawangan Skudai. Dan
diberi peluang utk mengadalikan Projek Prasarana (Lrt3) di Cawangan Selangor selama 1
tahun sebagai planner merangkap penyelia tapak. Pada januari 2020 saya telah meneruskan
kerjaya sebagai production planner saya di Syarikat Precaster Ke-2 (Aurum Precast Sdn
Bhd) sehingga kini. Saya dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan target setiap bulan
production yang perlu dicapai oleh syarikat demi mencapai keutungan bajet tahunan serta
memastikan production syarikat berjalan sesuai dgn perancangan yang telah dikluarkan
oleh saya. Kerjaya saya banyak berkenaan dengan Microsoft Project.
34
Biodata Alumni
NAMA : MOHAMAD RAIS ARBY BIN ABD RAHMAN
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOHORT AMBILAN : 2014
JAWATAN : OFFICER INDUSTRIAL ENGINEERING
TEMPAT BEKERJA : LY FURNITURE BATU PAHAT
GAJI : RM 2000
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada bulan November 2018 sebagai Officer Engineering di Batu Pahat
Johor . Bidang pekerjaan saya adalah membuat reka bentuk baru untuk pelbagai produk
dalam kerangka produk itu berkesan , rupa lebih baik dan kos lebih rendah . Antara produk
yang direka perabot , merchandise dan sebagainya . Kemahiran penting yang saya perlu
ada , termasuk 2d Dan 3d Drawing . Autocad , Solidwood , Inventor dan sebagainya adalah
antara software paling banyak digunakan dalam kerjaya saya.
35
Biodata Alumni
NAMA : NUR ELLYA NATASHA BINTI AZAHAR
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOHORT AMBILAN : 2016
TEMPAT PENGAJIAN : UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN (UTHM)
BIDANG PENGAJIAN : SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMBINAAN
BANGUNAN DENGAN KEPUJIAN
Latar Belakang Pengajian
Pada 6 Oktober 2020 saya telah mendaftarkan diri di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Dengan Kepujian. Bidang ini
baru sahaja dibangunkan khusus untuk melahirkan para teknologis dan ianya mengambil
masa selama 3 tahun 6 bulan tempoh pengajian. 2 tahun 6 bulan di universiti dan
setahun di industri. Di dalam bidang ini saya didedahkan dengan lebih mendalam
berkaitan teknologi. Dan disini juga saya belajar serta memahirkan diri dalam dunia
teknologi yang sebenar pada masa kini. Saya juga telah didedahkan lagi dengan lebih
mendalam berkaitan ilmu pembinaan serta kepentingan kualiti dalam sesuatu kerja
pembinaan.
36
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD IZZUL AMIN BIN AMIRRUDIN
PROGRAM : ANIMASI 3D
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : VIDEOGRAPHER/ VIDEO EDITOR
TEMPAT BEKERJA : JOHOR SOUTHERN TIGERS
GAJI : RM 3500
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula berkerja pada 1 Oktober 2019. Tugas saya adalah membuat tugasan merakam
dan menyunting footage & moment pasukan Johor Darul Ta’zim semasa beraksi di
gelangang bola sepak.
38
Biodata Alumni
NAMA : SITI NURMASTURA BINTI SHAIFUL FAHME
PROGRAM : ANIMASI 3D
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : PROJECT MANAGER & CREATIVE STRATEGIST
TEMPAT BEKERJA : HIJANAH HAUL HOLDINGS, SELANGOR
GAJI : RM 3000
Latar Belakang Pekerjaan
Pada November 2020, Hijanah Haul Holdings, Selangor mahukan seseorang yang
berpengalaman menguruskan syarikat serta mempunyai citarasa design seperti yang
mereka inginkan. Melalui pengalaman bekerja sebagai pereka grafik yang saya kongsikan
di sosial media dan prestasi yang baik semasa bekerja bersama mereka, saya ditawarkan
jawatan Creative Strategist oleh Hijanah Haul Holdings, Selangor. Oleh kerana ‘future
career’ yang lebih jelas, skop kerja yang lebih spesifik dan gaji yang lebih tinggi, saya
menerima tawaran tersebut dan mula bekerja sebagai Pereka Grafik Dan Creative Strategist
di Hijanah Haul Holdings, Selangor pada Disember 2020. Dan pada januari 2021 saya diberi
kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Project Manager dan Creative Strategist.
39
Biodata Alumni
NAMA : AISYAH HUMAIRA’ BINTI SHAHARUDIN
PROGRAM : ANIMASI 3D
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : GRAPHIC DESIGNER
TEMPAT BEKERJA : QV PRINTING HUB
GAJI : RM 1500
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada bulan January 2020 sebagai Graphic Designer di Qv Printing Hub
Bandar Baru Uda, Johor. Bidang pekerjaan saya adalah mereka design dan menjalankan
cetakan production untuk sesuatu product yang ditempah oleh pelanggan mengikut
material product tersebut.
40
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD FARHAN BIN AHMAD ROSLI
PROGRAM : ANIMASI 3D
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : SENIOR GRAPHIC DESIGNER
TEMPAT BEKERJA : OFO TECH
GAJI : RM 2800
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja di Syarikat Ofo Tech pada awal januari 2019. Saya bekerja sebagai Senior
Graphic Designer . Bidang tugas saya merangkumi Design, Video Editor, 3d Modeller.
41
Biodata Alumni
NAMA : NURASIMAH ASHIKIN BINTI SAIFUDIN
PROGRAM : ANIMASI 3D
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : JUNIOR ART DIRECTOR
TEMPAT BEKERJA : J ADVERTISING SDN. BHD
GAJI : RM 3000
Latar Belakang Pekerjaan
Ditawarkan menjadi Junior Art Director pada bulan Julai 2020 di J Advertising. Job
description saya adalah untuk menghasilkan konsep dalam sesebuah campaign serta
memastikan mood, look and feel campaign tersebut sampai kepada audience. Saya juga
mengawal qulity artwork setiap team J Advertising sebelum material sampai kepada client.
42
Biodata Alumni
NAMA : MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD AMIRRUL
BOKANDI
PROGRAM : ANIMASI 3D
KOHORT AMBILAN : 2015
TEMPAT PENGAJIAN : AKADEMI SENI WARISAN DAN BUDAYA
KEBANGSAAN (ASWARA)
BIDANG PENGAJIAN : ANIMASI DAN MULTIMEDIA
Latar Belakang Pengajian
Pada 15 September 2020, saya mendaftarkan diri untuk menyambung belajar di Akademi
Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Video
dibawah Fakulti Animasi Dan Multimedia. Setelah ditemuduga, saya telah diterima masuk ke
Aswara dan mula pengajian pada 5 Oktober 2020. Pengajian di Aswara ini akan mengambil
masa selama 3 tahun. Di Aswara, saya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan bidang yang diambil. Saya mendapat peluang untuk belajar dengan ramai
professional dari industri seperti encik Asrol Sani iaitu panel penasihat kursus animasi 3D di
Kv Kluang. Saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang ilmu-ilmu kesenian tradisional
seperti wayang kulit, makyong, mek mulung dan lain-lain di Aswara.
43
Biodata Alumni
NAMA : AHMAD IRFAN BIN TOREHMAN@ROSMAINI
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
KOHORT AMBILAN : 2015
TEMPAT PENGAJIAN : UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
BIDANG PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI MEDIA
BAHARU (KEPUJIAN)
Latar Belakang Pengajian
Pada 10 Oktober 2020 saya telah mendaftarkan diri di UNIMAP dalam program Ijazah
Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu Dengan Kepujian. Program ini mengambil
tempoh 3 tahun. Di UNIMAP saya didedahkan dengan ilmu pengurusan syarikat,
keusahawanan, dan media kreatif yang lebih meluas.
44
Biodata Alumni
NAMA : SHARAFINA BINTI RASUL
PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOHORT AMBILAN : 2013
JAWATAN : BRANCH MANAGER
TEMPAT BEKERJA : 99 SPEEDMART SDB BHD
GAJI : RM 2500
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada 22 November 2018 sebagai Assistant Branch Manager di 99
Speedmart Simpang Renggam . Dan telah dinaikkan jawatan sebagai Branch Manager di
99 Speedmart Suria Indah Kluang pada 7 ogos 2019. Tugas utama saya sebagai Branch
Manager adalah saya di amanah kan untuk menjaga seluruh pengurusan berkenaan
cawangan tersebut. Dari segi staff, operasi kedai, stock kedai dan sale setiap hari.
Selain itu saya juga dikehendaki menyemak semula kerja supervisor, staff dan juga yang
melaksanakan internship.
46
Biodata Alumni
NAMA : NUR AFRINA ATHIRAH BINTI MOHD USRI
PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOHORT AMBILAN : 2015
JAWATAN : CONTENT MARKETING ASSISTANTS
TEMPAT BEKERJA : MOMENTUM INTERNET SDN.BHD.
GAJI : RM 2000
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada Januari 2020 di Momentum Internet Sdn. Bhd. Bidang pekerjaan
dan kepakaran saya adalah dalam mencipta konten di dalam media sosial. Syarikat tempat
saya bekerja adalah sebuah syarikat pendidikan di mana kami membantu usahawan untuk
melakukan online bisnes secara terancang.
47
Biodata Alumni
NAMA : SITI NOOR HAMIZAH BINTI RASID
PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOHORT AMBILAN : 2016
JAWATAN : KERANI WAREHOUSE
TEMPAT BEKERJA : KEE SONG FOOD (M) SDN BHD (292786-W)
GAJI : RM 1450
Latar Belakang Pekerjaan
Saya mula bekerja pada 20 Julai 2020 sebagai kerani warehouse di Kee Song Food (M)
Sdn Bhd. Bidang kerja saya adalah merekod dan mengakses maklumat kemasukan dan
pengeluaran stock yang menggunakan microsoft excel yang telah dijadikan sebagai sistem
pengekodan. Dalam tugas ini, saya memerlukan 3 rekod laporan dari pihak production
untuk disemak sebelum direkodkan didalam sistem. Setiap laporan yang diberikan, saya
perlu tahu tujuan stock itu diproses untuk pengeluaran. Hal ini kerana stock yang keluar
adalah berbeza mengikut tempahan dari setiap pelanggan.
48
Biodata Alumni
NAMA : AJLAA AFIQAH BINTI MASLAN
PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOHORT AMBILAN : 2015
TEMPAT PENGAJIAN : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
BIDANG PENGAJIAN : BACHELOR OF EDUCATION WITH HONOURS
(BUSINESS ADMINISTRATION)
Latar Belakang Pengajian
SPada 7 Oktober 2020, saya telah mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Utara
Malaysia, kedah. Alhamdulillah, setelah melalui beberapa saringan dan temuduga
akhirnya saya berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan dengan kepujian (pengurusan perniagaan) selama 4 tahun dan ini juga
merupakan satu daripada impian kerjaya saya. Jadi, disini saya telah di
dedahkan dengan cara pembelajaran universiti dan budaya persekitaran yang baru.
Bahkan saya juga di dedahkan dengan subjek-subjek teras untuk menjadi seorang tenaga
pengajar yang efektif.
49